pajsk

2
PAJSK PAJSK merangkumi ujian SEGAK, Sukan, penglibatan Kokurikulum dan Exstrakokurikulum. Proses penilaian, pengumpulan markah dan kemasukan prestasi, 1. SEGAK - Ujian SEGAK dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Terdapat 2 kali ujian, iaitu Penggal 1 dan Penggal 2. - Ujian SEGAK penggal 1, sepatutnya telah dilaksanakan ataupun selewat-lewatnya dalam bulan Januari 2013. Borang penilaian ada pada Panitia Pendidikan Jasmani. - Setelah penilaian dijalankan, guru Pendidikan Jasmani hendaklah menyimpan borang berkenaan kedalam fail SEGAK mengikut kelas yang berkaitan didalam bilik PBS. Proses ini akan berulang lagi pada bulan Ogos. - Apabila Admin SPPBSM mengarahkan kemasukan prestasi SEGAK, maka tugas guru kelas untuk mengambil maklumat didalam fail. Seterusnya membuat kemasukan prestasi. 2. Sukan, penglibatan Kokurikulum dan Exstra kokurikulum. Kebiasaannya penyertaan murid dalam sukan, kokurikulum dan ekstrakokurikulum diisi dalam buku kokurikulum. Kehadiran aktiviti akan disahkan oleh guru penasihat yang berkenaan. Pada akhir tahun guru penasihat akan mengisi borang penglibatan murid dan diserahkan kepada guru kelas. Namun proses ini dilihat menyebabkan banyak keciciran maklumat berlaku. Bagi mengatasi masalah yang timbul, beberapa langkah telah diambil. Antaranya 1. Pelajar wajib mempunyai buku kokurikulum dan pastikan segala aktiviti sukan, kokurikulum dan extra kokurikulum diisi dan disahkan oleh guru penasihat. Buku ini akan dikutip oleh guru kelas

Upload: raja-laut

Post on 08-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: PAJSK

PAJSK

PAJSK merangkumi ujian SEGAK, Sukan, penglibatan Kokurikulum dan Exstrakokurikulum.Proses penilaian, pengumpulan markah dan kemasukan prestasi,

1. SEGAK

- Ujian SEGAK dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Terdapat 2 kali ujian, iaitu Penggal 1 dan Penggal 2.

- Ujian SEGAK penggal 1, sepatutnya telah dilaksanakan ataupun selewat-lewatnya dalam bulan Januari 2013. Borang penilaian ada pada Panitia Pendidikan Jasmani. - Setelah penilaian dijalankan, guru Pendidikan Jasmani hendaklah menyimpan borang berkenaan kedalam fail SEGAK mengikut kelas yang berkaitan didalam bilik PBS. Proses ini akan berulang

lagi pada bulan Ogos. - Apabila Admin SPPBSM mengarahkan kemasukan prestasi SEGAK, maka tugas guru kelas untuk mengambil maklumat didalam fail. Seterusnya membuat kemasukan prestasi.

2. Sukan, penglibatan Kokurikulum dan Exstra kokurikulum.

Kebiasaannya penyertaan murid dalam sukan, kokurikulum dan ekstrakokurikulum diisi dalam buku kokurikulum. Kehadiran aktiviti akan disahkan oleh guru penasihat yang berkenaan. Pada akhir tahun guru penasihat akan mengisi borang penglibatan murid dan diserahkan kepada guru kelas. Namun proses ini dilihat menyebabkan banyak keciciran maklumat berlaku.

Bagi mengatasi masalah yang timbul, beberapa langkah telah diambil. Antaranya

1. Pelajar wajib mempunyai buku kokurikulum dan pastikan segala aktiviti sukan, kokurikulum dan extra kokurikulum diisi dan disahkan oleh guru penasihat. Buku ini akan dikutip oleh guru kelas pada akhir tahun.

2. SU PBS telah menyediakan satu buku penglibatan pelajar, dan jawatan mereka mengikut kelas masing-masing. Pelajar mengisi maklumat yang diminta. Kemudian buku tersebut disimpan dalam fail Kokurikulum.

3. Borang penglibatan murid diisi oleh guru penasihat pada akhir tahun(Sept/Okt). Borang tersebut disimpan dalam fail Kokurikulum.Langkah-langkah ini dilakukan bagi membantu guru kelas membuat kemasukan prestasi murid dalam bidang kokurikulum.