pahlawan melayu.doc

Upload: dayang-khatijah-awang-sebi

Post on 09-Jan-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ROSLI DHOBY

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan kepada darah ayahnya berketurunan Palembang. Manakala ibunya berketurunan Melanau.

DATUK MAHARAJA LELA

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.ABDUL RAHMAN BIN TUANKU IMAM NUH (DATO' BAHAMAN)Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.

Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan.

DOL SAID PAHLAWAN NANING

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.

MAT KILAU - PEJUANG PAHANGPAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.

DATU TATINGDatu Tating merupakan anak kepada seorang Saudagar dari Tionghua yang berkahwin dengan Dayang Meria. Semenjak kanak-kanak lagi, telah tumbuh dibahagian umbun-umbun beliau seperti batu putih (batu granit) yang dikatakan Tanduk Datu Tating. Khabarnya, beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan menggigitnya (ini adalah khabar yang mahsyur dalam kalangan keluarga Maharaja Adinda).PADUKA MAT SALLEH

Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagaiMat Salleh, merupakan pejuangSabahyang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahanBritishdi Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerahTambunansebagai daerah di bawah kekuasaannya.Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku ajau dan ulu. Ibunya daripada sukuBajau.