paduan metabolisma & penghasilan...
TRANSCRIPT
PADUAN METABOLISMA
&
PENGHASILAN TENAGA
BIOKIMIA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir kuliah ini, pelajar-pelajar dapat:
1. Memahami tapak jalan metabolik di dalam tubuh.
2. Memahami proses fosforilasi oksidatif dalampenghasilan tenaga.
PENGENALAN
• Makanan yang dimakan akan dihadam dan diserap akan dimetabolismakan di dalam tubuh.
• Ini akan melibatkan tapak jalan metabolik tertentu sama ada:
1. Tapak jalan anabolik
2. Tapak jalan katabolik
3. Tapak jalan amfibolik
• Hubungan di antara tapak jalan ini penting bagi fungsi tubuh.
PENGENALAN
• Hampir kesemua hasil penghadaman karbohidrat, lemak dan protein dimetabolismakan kepada hasil metabolik yang sama (asetil-KoA) sebelum dioksidakan kepada CO2 di dalam kitar Krebs.
• Asetil-KoA digunakan sebagai prekursor bagi biosintesis asid lemak rantaian panjang, steroid (kolesterol) dan jasad keton.
• Glukosa turut membekalkan karbon skeletal bagi pembentukan gliserol dan sesetengah asid amino.
GAMBARAN KATABOLISMA NUTRISI
DIET
METABOLISMA
KARBOHIDRAT
METABOLISMA
ASID LEMAK
METABOLISMA ASID AMINO
PENGANGKUTAN SUBSTRAT
KARBOHIDRAT & ASID AMINO
PENGANGKUTAN SUBSTRAT LIPID
RINGKASAN
TAPAK JALAN
METABOLIK
MAJOR
FOSFORILASI OKSIDATIF
• Kebanyakan ATP dihasilkan melalui proses fosforilasi oksidatif.
• Proses ini berlaku dalam kehadiran oksigen.
• Penghasilan ATP berlaku melalui pemindahan elektron daripada NADH dan FADH2 kepada 1 molekul oksigen menerusi satu siri pengangkut elektron.
• Proses ini berlaku pada membran dalam mitokondria.
RANTAI PENGANGKUT ELEKTRON
• Terdapat 4 protein pada membran dalam mitokondria yang dinamakan kompleks protein I, II, III, IV.
• Oksidasi NADH dan FADH2 akan menyebabkan elektron diangkut menerusi rantai pengangkutan elektron.
• Elektron daripada NADH dipindahkan ke kompleks I, manakala elektron daripada FADH2 dipindahkan terus ke kompleks II.
• Elektron daripada kompleks I dan II seterusnya dipindahkan kepada Koenzim Q (ubikuinon) dan menuruni rantaian.
RANTAI PENGANGKUT ELEKTRON
• Elektron akhirnya didermakan kepada atom oksigen dan molekul air terbentuk setelah elektron melewati kompleks IV.
• Sepanjang elektron bergerak pada molekul I, III dan IV proton (H+) akan dipam dari matriks ke ruang
intermembran mitokondria.
proton-proton ini akan digunakan bagi menghasilkan ATP.
TAMAT