pada zaman atom ini

4
Nama Kumpulan : KITKAT Nama Ahli Kumpulan: Voon Kang Lee (PISMP BM SEM3) Tiong Hie Huey (PISMP BM SEM3) Ling Kuok Sieng (PISMP BM SEM3) Tajuk Inovasi : Dunia Makanan Pada zaman atom ini, teknologi maklumat dan komunikasi tidak lagi merupakan keperluan kepada masyarakat global tetapi telah menjadi satu kehendak untuk masyarakat kalian. Boleh dikatakan ia telah merangkumi pelbagai bidang, sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan, perniagaan dan lain-lain. Namun, sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas? Yang menyedihkan ialah situasi dalam negara kita yang jarang menggunakan bahan bantu mengajar yang berteraskan ICT kerana mereka berpandangan bahawa sangat susah. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahan bantu mengajar berteraskan ICT perlu digiatkan lagi agar dapat menjadi lebih mesra pengguna kepada semua masyarakat. Tambahan pula, inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah agar dapat menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Malahan, inovasi yang dicipta juga akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran para

Upload: kang13

Post on 21-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bmm 3053

TRANSCRIPT

Page 1: Pada Zaman Atom Ini

Nama Kumpulan : KITKAT

Nama Ahli Kumpulan: Voon Kang Lee (PISMP BM SEM3)

Tiong Hie Huey (PISMP BM SEM3)

Ling Kuok Sieng (PISMP BM SEM3)

Tajuk Inovasi : Dunia Makanan

Pada zaman atom ini, teknologi maklumat dan komunikasi tidak lagi merupakan

keperluan kepada masyarakat global tetapi telah menjadi satu kehendak untuk

masyarakat kalian. Boleh dikatakan ia telah merangkumi pelbagai bidang, sama ada

dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan, perniagaan dan lain-lain. Namun,

sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum

oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas?

Yang menyedihkan ialah situasi dalam negara kita yang jarang menggunakan

bahan bantu mengajar yang berteraskan ICT kerana mereka berpandangan bahawa

sangat susah. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahan bantu mengajar berteraskan

ICT perlu digiatkan lagi agar dapat menjadi lebih mesra pengguna kepada semua

masyarakat.

Tambahan pula, inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru

di sekolah agar dapat menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah

dan ringkas. Malahan, inovasi yang dicipta juga akan menyebabkan pengajaran dan

pembelajaran para guru di sekolah menjadi lebih hidup dan menarik. Sehubungan

dengan itu, atas hasil percambahan fikiran dan sumbangan idea ahli kumpulan kami,

kami telah menghasilkan satu PowerPoint yang berkaitan tentang tajuk kesihatan demi

pertandingan inovasi yang dianjurkan di IPG kami.

Bagi menyempurnakan hasil inovasi yang berkualiti, semua ahli kumpulan kami

telah berbincang dan bersungguh-sungguh mencari maklumat serta idea tentang tajuk

kumpulan kami. Dengan hasil usaha kumpulan kami, kami telah mendapat idea kami

yang kreatif yang berhubung kait dengan tajuk kami, iaitu tajuk tentang pemakanan yang

seimbang. Seterusnya, kami telah menghasilkan satu PowerPoint tentang piramid

makanan yang mengandungi animasi-animasi, gambar-gambar, video, audio dan

Page 2: Pada Zaman Atom Ini

permainan. Dengan PowerPoint yang mengandungi aspek-aspek sebegini, murid-murid

yang menggunakannya akan berasa seronok serta menumpukan perhatian yang

sepenuhnya dalam pembelajaran dan seterusnya akan dapat mempelajari tentang tajuk

kesihatan. Namun, seperti yang telah diketahui perisian PowerPoint sering digunakan

untuk membentangkan teks dan gambar, malah kumpulan kami telah menggunakan

PowerPoint yang biasa digunakan, tapi dengan usaha ahli kumpulan kami dan tunjuk

ajar daripada rakan-rakan sekalian, kami dapat menghasilkan sebuah PowerPoint yang

menarik yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran tentang tajuk kesihatan.

Dalam hal ini, kumpulan kami telah memberi signifikan tentang tajuk kesihatan.

Dalam hasil percambahan kumpulan kami, kami telah memberi tumpuan pada

pemakanan yang seimbang berkaitan dengan piramid makanan. PowerPoint yang telah

kami hasilkan jelas memberi gambaran yang sepenuhnya kepada murid-murid yang

melayari Powerpoint kumpulan kami. Secara implisitnya, murid-murid akan dapat

mengetahui panduan dalam penyediaan makanan sihat dan dapat mempelajari cara

untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai

setiap hari.

Dalam perisian Powerpoint ini, murid-murid juga didedahkan pengambilan

makanan yang sihat yang dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak dapat

menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan

baik. Secara langsungnya, murid-murid akan mengaplikasikan ilmu tentang pemakanan

sihat ini dalam kehidupan seharian mereka. Dapat disimpulkan bahawa dalam

Powerpoint ini, murid-murid akan belajar tentang pemakanan yang seimbang

berdasarkan piramid makanan serta lebih menitikberat tentang kesihatan mereka.

Sebenarnya, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan dijadikan sebagai alat

untuk menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang

dijual di pasaran. Masalahnya, ia memerlukan masa untuk dipelajari dan seterusnya

dipraktikkan oleh para guru.

Realitinya, perisian PowerPoint ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Jika

berbanding dengan perisian yang mengenakan bayaran, perisian ini lebih menjimatkan

kos serta dapat dikendali dengan mudah kerana semua pengunaan komputer

mempunyai perisian PowerPoint ini.

Page 3: Pada Zaman Atom Ini

Selain itu, perisian yang dibeli tidak boleh diubahsuai atau ditambah untuk

disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah. Bukan itu sahaja,

perisian dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh

negara. Justeru, kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan

persekitaran murid-murid. Tambahan lagi, bagaimana seseorang murid hendak

menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dipelajarinya sekiranya

bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran mereka. Oleh itu,

perisian powerpoint yang telah kami hasilkan bukan sahaja senang disimpan malah juga

boleh diubahsuai atau ditambah lagi mengikut keadaan dan tahap pembelajaran setiap

murid. Hal ini jelas menunjukkan keadaan ini dapat membantu guru menjalankan

pengajaran dan pembelajaran secara efektif dengan adanya perisian yang sesuai untuk

muridnya. Sebagai seorang guru, sudah tentulah mereka lebih memahami dan

mengetahui kehendak serta keperluan murid mereka. Dengan adanya inovasi perisian

PowerPoint interaktif yang dihasilkan oleh kumpulan kami ini, guru di sekolah akan

dapat bebas merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik

perisian tersebut di sekolah.

Secara kesimpulannya, inovasi secara mudah seperti menggunakan Powerpoint

boleh diterangkan sebagai penghasilan yang baru dan kreatif berdasarkan proses

penyusunan semula supaya dapat mencapai hasil pembejaran dengan objektif dan

efisien. Dengan inovasi sebegini, para pendidik boleh mengaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran seharian agar dapat memaksimumkan keberkesanannya

dan seterusnya menjadi saluran yang efektif untuk mengajar murid-murid di sekolah

nanti.