documentpa

45
960213-26-5052 1.0 PENGENALAN 1.1 PENGERTIAN ADAT Menurut (Teuku Iskandar , 1984, 975) adat adalh aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu secara ringkasnya boleh dikatakan adat adalah peraturan hidup sehari-hari dan juga menyatakan bahawa adat merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai- nilai kebudayaan norma, kebiasaan, kelembagaan dan hokum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umunya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan. 1.2 PERKATAAN ASAL ADAT Menurut pandangan (Mansur Ahmad Saman, 1997) perkataan adat adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan dan juga istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan dalam situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing- masing. Justeru, bagi memahami maksud adat sesuatu suku bangsa itu kita harus menggunakan atau memahami budaya dan falsafah hidup mereka. 1

Upload: param1976

Post on 16-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

all viewer

TRANSCRIPT

Page 1: Documentpa

960213-26-5052

1.0 PENGENALAN

1.1 PENGERTIAN ADAT

Menurut (Teuku Iskandar , 1984, 975) adat adalh aneka kelaziman dalam sesebuah negeri

berdasarkan keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu secara ringkasnya boleh dikatakan adat

adalah peraturan hidup sehari-hari dan juga menyatakan bahawa adat merupakan gagasan

kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan norma, kebiasaan, kelembagaan dan

hokum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umunya, kelaziman atau kebiasaan

sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat dari

suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya

informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.

1.2 PERKATAAN ASAL ADAT

Menurut pandangan (Mansur Ahmad Saman, 1997) perkataan adat adalah perkataan dari

bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan dan juga istilah adat itu sendiri memberi pengertian

yang agak meluas dan dalam situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku

bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. Justeru, bagi memahami maksud

adat sesuatu suku bangsa itu kita harus menggunakan atau memahami budaya dan falsafah hidup

mereka.

Ramai sarjana seperti (Eshleman & Cashion, 1985) telah membuat pelbagai penafsiran bagi

istilah adat. Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup

bertatacara. Ini memperlihatkan kehidupan mereka berlandaskan norma-norma kehidupan positif

yang perlu dipatuhi. Adat resam, adat istiadat dalam setiap suku bangsa itu semestinya terdapat

perbezaan dan berlainan dan cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran

dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu, tujuannya adalah serupa iaitu membentuk

suatu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif kerana adat mencerminkan jiwa suatu

masyarakat atau bangsa dan merupakan suatu keperibadian dari suatu masyarakat atau bangsa.

1

Page 2: Documentpa

960213-26-5052

1.3 KEPENTINGAN ADAT

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka perlu hidup berdasarkan seruan

Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak yang mengutamakan Gagasan 1 Malaysia. Bagi

merealisasikan hasrat Perdana Menteri masyarakat Malaysia harus memahami adat resam setiap

kaum. Menyedari kepentingan adat sebagai agen perpaduan fungsinya dikaji secara mendalami.

Manusia yang lahir di dunia ini tidak boleh dipisahkan daripada amalan, budaya, adat resam dan

pantang larang

1.3.1 MELAMBANGKAN IDENTITI NEGARA DAN MASYARAKAT

Adat melambangkan identity sesebuah negara. Amalan adat tradisional kita melambangkan

sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan

berwarna warni. Begitu juga dengan adat yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Hal ini

dapat dikaitkan dengan pepatah Melau ‘Biar Mati Anak Jangan Mati Adat’. Adat dapat

menunjukka budi dan pekerti masyarakt Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis

pengendalian adat memaparkan identity Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar. Setiap

perlakuan manusia memaparkan adat yang diamalkan sejak turun temurun.

1.3.2 ADAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM

Hunbungan antara ahli keluarga adalah penting. Perpaduan dalam masyarakat dapat

diwujudkan melalui keluarga. Amalan adat dalam setiap masyarakat mengutamakan hubungan

kekeluargaan. Buktinya ketika adat melenggang perut/adat perkahwinan sanak saudara dijemput

bersama. Mereka akan berkumpul dan meraikan upacara-upacara yang berkaitan. Mereka juga

turut bertukar pendapat dan bergaul mesra sambil menikmati jamuan yang dihidangkan. Nilai-

nilai murni seperti tolong-menolong dan kerjasama amat jelas melalui amalan-amalan adat

tradisional.

1.3.3 ADAT MENJADI KESINAMBUNGAN TAMADUN

Amalan adat tradisional dalam masyarakat moden dapat memaparkan kesinambungan

tamadun yang diamalkan oleh masyarakt sejak zaman silam lagi. Dengan adanya amalan adat

tradisional kita dapat mengetahui asal usul kita. Kita tiak lupa daratan dan tidak melakukan

perbuatan yang bercanggah dengan agama corak hidup masyarakat dahulu, kesulitan yang

2

Page 3: Documentpa

960213-26-5052

dialami oleh nenek moyang dapat dihayati kerana adat yang diamalkan oleh setiap masyarakat

memaparkan corak hidup masyarakat zaman dahulu. Pada zaman silam tidak ada sebarang

teknologi moden, namun kehidupan mereka berjalan lancar. Kini, zaman moden mengubah

segala-galanya dan mengecatkan kehidupan bahagia masyarakat.

1.3.4 ADAT WARISAN TRADISIONAL

Adat merupakan warisan tradisional yang harus diamalkan dalam kalangan generasi muda.

Warisan tradisional ini mencerminkan corak hidup masyarakat dan memaparkan budaya

masyarakat yang unggul. Sistem pendidikan kini walaupun berfokuskan sistem secular adat tidak

diabaikan sebagai bukti mendeklarmasi sejak, syair, berbalas pantun, tarian tradisional, dan

banyak lagi dikekalkan. Apabila seseorang menghayati unsur-unsur tersebut secara tidak

langsung mereka dapat membentuk diri mereka dengan peribadi yang mulia.

1.3.5 ADAT MENJADI ASAS MEMBENTUK PERIBADI MULIA

Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapap sesame sendiri. Mereka menyapa

dengan sebutan ‘Vanakam’ atau ‘Hari Om’ dan sentiasa bertanyakan kesihatan, kerja, perniagaan

dan sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah

mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima

hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Dalam masyarakat India juga,

jika menerima sesuatu, diwajibkan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kesyukuran. Hal

ini turut diamalkan dalam masyarakat Melayu.

3

Page 4: Documentpa

960213-26-5052

1.4 RASIONAL KAJIAN

Dewasa ini jika diperhatikan masyarakat India masih lagi mengamalkan adat resam dan

budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Ada sesetengah mereka yang

terlalu taasub dengan adat resam tersebut sehingga terpesong dari batasan yang telah ditetapkan

oleh agama Islam. Jika dilihat dari aspek kajian lepas yang telah dilakukan, adat resam wujud di

dalam setiap aspek kehidupan masyarakat India tidak kira dari sudut lahiriyah mahupun

batiniyah.

Penduduk Taman Tunku Putra juga tidak ketinggalan dengan masalah tersebut yang mana

masyarakat India di kawasan kajian saya juga masih percaya dan berpegang dengan adat resam

dan budaya tradisional yang ada. Ianya jelas dapat dilihat dari amalan-amalan yang diamalkan

oleh sesebuah keluarga di Taman saya. Jika dilihat secara kasar, amalan-amalan tersebut

mungkin menjurus kepada sesuatu yang syirik tetapi bagi masyarakat India di kawasan kajian

saya mempunyai motif tertentu di sebalik amalan-amalan yang dilakukan. Malah ianya dikatakan

menjadi satu simbolik kepada masyarakat India di Taman tersebut.

Jadi apakah motif sebenarnya adat dan budaya tersebut diamalkan? Atas dasar inilah, satu kajian

perlu dilakukan untuk mengenal pasti kepentingan adat pertunangan masyarakat India dalam

kalangan masyarakat di Taman Tunku Putra.Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tentang

langkah-langkah untuk memartabatkan adat pertunangan masyarakat India dalam kalangan

generasi muda keatas penduduk di kawasan kajian saya.

Adalah diharapkan hasil atau penemuan kajian ini dapat memberi pengetahuan baru tentang adat

pertunangan masyarakat India di Taman Tunku Putra. Dengan hasil penemuan ini diharapkan

dapat dijadikan panduan kepada semua masyarakat India di Malaysia.

4

Page 5: Documentpa

960213-26-5052

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibuat berlandaskan dua objektif utama. Hasil kajian diharap dapat memenuhi

objektif-objektif berikut:

i.) Mengenal pasti kepentingan adat pertunangan masyarakat India dalam kalangan masyarakat

Malaysia.

ii.) Mengkaji langkah-langkah untuk memartabatkan adat pertunangan masyarakat India dalam

kalangan generasi muda.

5

Page 6: Documentpa

960213-26-5052

3.0 LOKASI KAJIAN

Adat yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia telah difokuskan di tempat yang

khas iatu memilih lokasi yang tepat agar perbincangan dan penelitian tidak keluar dari kawasan

tertentu. Pengkaji memilih Taman Tunku Putra sebagai lokasi kajian kerana di sini terdapat

bilangan penduduk India yang ramai. Peta dibawah menjelaskan kedudukan lokasi kajian:

Peta 1: Peta Negeri Kedah

Sumber: Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Kedah

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13

negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di

utara Semenanjung Malaysiadan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta). Tanah besar

mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.

Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa

dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand. Ia juga bersempadan dengan

negeri Perak di selatan danPulau Pinang ke arah barat daya.

Modal dan tempat duduk diraja di negeri ini ialah Alor Setar. Bandar-bandar maju yang lain

adalah Sungai Petani dan Kulim di tanah besar, dan Langkawi di bahagian pulau.

6

Page 7: Documentpa

960213-26-5052

Bandar-bandar membangun adalah seperti Jitra, Changlun, Pendang, Pokok Sena, Kuala

Ketil serta Gurun

Berikut merupakan lima buah bandar utama di Kedah. Antaranya :

1.  Sungai Petani, pop. 456,605 : merupakan bandar perindustrian dan perumahan

terbesar di Kedah

2.  Alor Setar, pop. 366,787 : merupakan ibu negeri, bandar diraja dan pusat pentadbiran

negeri Kedah

3.  Kulim, pop. 287,694 : merupakan bandar perindustrian.

4.  Jitra - Changlun, pop. 220,740 : merupakan bandar pendidikan dan juga bandar

antara sempadan negara

5.  Langkawi, pop. 94,777 : merupakan sebuah bandar pelancongan antarabangsa yang

satu-satunya di Kedah

7

Page 8: Documentpa

960213-26-5052

Peta 2: Peta Daerah Kulim

Sumber: Laman Web Rasmi pejabat Daerah Bandar Baharu

Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia

ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim. Daerah Kulim adalah cantuman dari lima belas mukim

iaitu Junjong, Kulim, Keladi, Sungai Seluang, Terap, Bagan Sena, Karangan, Sungai

Ular, Padang China, Nagalilit, sedim, Sidam Kanan, Padang Meha, Mahang dan Lunas. [1]Dewan

Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah

Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.

Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim (atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat

mencetuskan pembangunan pesat di Kulim.

8

Page 9: Documentpa

960213-26-5052

Peta 3: Peta Taman Tunku Putra

Sumber: Google Map

Taman Tunku Putra berhampiran dengan Taman Tasik Putra.Pusat Pelancongan dan Reakreasi

Taman Tasik Putra Kulim ini telah menjadi salah satu produk pelancongan bagi Daerah Kulim.

Ianya menjadi semakin terkenal sejak Hotel Seri Malaysia Kulim beroperasi di kawasan ini.

Selain daripada itu Kompleks 'Chinese Recreation Club' yang terletak bersempadan dengan

Taman Tasik ini telah berjaya menarik ramai pelancong luar untuk menggunakan kemudahan

rekreasi di kawasan tersebut. Pusat Pelancongan ini juga merupakan salah satu projek yang

menjadi fokus utama Majlis Perbandaran Kulim dan Kerajaan Negeri untuk tujuan pembangunan

rekreasi dan pelancongan. Taman Tasik Putra Kulim terletak di tengah-tengah Pusat Bandar

Kulim. Ianya dikelilingi oleh pusat perniagaan dan pentadbiran di sebelah Baratnya dan kawasan

perumahan di sebelah Utara, Timur dan Selatannya. Dengan keluasan taman ini ialah 50 ekar dan

sebahagian daripadanya adalah merupakan kawasan badan air yang berkeluasan dianggarkan

14.0 ekar. Fungsi utamanya ialah sebagai Taman Tasik Awam dan Kolam Takungan Air bagi

kawalan banjir Bandar Kulim. Sungai Tebuan yang bersumberkan airnya dari Empangan Bukit

Besar serta alirannya merentasi kawasan tadahan yang meliputi Kampung Baru Bukit Besar,

Kampung Darul Aman, Penempatan Jalan Pegawai, Kuarters Polis juga merupakan penyumbang

utama air ke tasik ini. Kedudukannya yang bersebelahan dengan Sungai Wang Pinang yang

9

Page 10: Documentpa

960213-26-5052

bersumberkan airnya dari kawasan bukan penempatan merupakan aset yang wajar dimanfaatkan

untuk aktiviti rekreasi. Kawasan Taman Tasik Putra adalah salah satu Kawasan Bekas Lombong

Bijih Timah. Ianya mula dibuka untuk aktiviti perlombongan pada tahun 1850an dan di sinilah

bermulanya Pusat Bandar Kulim. Selain daripada kawasan perlombongan bijih timah di kawasan

Taman Tunku Putra, terdapat lagi kawasan Lombong bijih timah yang telah dibuka di kawasan

Kulim pada masa itu terutamanya di Kampung Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama.

Kawasan bekal lombong di Taman Tunku Putra ini mula diberi perhatian untuk dijadikan Taman

Awam sejak dilaksanakan berdasarkan kepada Pelan Induk Taman Tasik Putra Kulim. Program

Agenda 21 Kulim telah banyak menyumbangkan kepada peri pentingnya taman ini untuk warga

Kulim. Selain itu, Kemudahan juga disediakan iaitu Medan Selera,,Wakaf, 'Jogging Trek',

Peralatan 'Out Door Gim', Peralatan, 'Physical Fittness', Taman Permainan Kanak-Kanak,

Dataran Aerobik, Padang, Tandas Awam, Tempat Letak Kereta. Bukan sahaja kemudahan tetapi

aktiviti juga dijalankan antaranya berehat, memancing, berkelah, berkayak, berjogging,

senamrobik, Sukan Keluarga, 'Out DoorBuffet', 'Night B', Taman Permainan Kanak-Kanak,

'Physical Fitness', 'Out Door Gim', bersantai, menjamu selera dan akiviti sukan.

10

Page 11: Documentpa

960213-26-5052

4.0 METODOLOGI KAJIAN

PENDAHULUAN

Menurut Hornby (1985) dalam (NorHidayahbinti Mohamed, 2004), metodologi merupakan satu

set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian keatas subjek kajian yang tertentu. Olehitu,

bahagian ini akan membincangkan reka, bentuk kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrument

kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan- persoalan kajian yang telah

dikemukan lebih awal.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan.Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai

perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data.Kajian ini

adalah untuk mengenalpasti adat pertunangan kaum India dan mengkaji tahap amalan adat

pertunangan tradisional masyarakat India pada masa kini di Taman Tunku Putra.

INSTRUMENT KAJIAN

Instrument ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan

sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrument yang

digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temubual, borang soal

selidik dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrument kajian

Kuantitatif Borang soal selidik

Kualitatif Borang temubual, rujukan

11

Page 12: Documentpa

960213-26-5052

CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan Taman Tunku Putra,

Kulim, Kedah. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 15 perempuan

dan 15 lelaki dari penduduk kawasan Taman Tunku Putra, Kulim akan diambil responden.

Responden terbatas kepada penduduk yang mendiami berhampiran kawasan Taman Tunku Putra

dan mengisi boring soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik

persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan

rawak mudah di mana menggunakan prosedur persampelan ini, setiap penduduk di Taman

Tunku Putra mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai seorang responden. Sampel

kajian terdiri daripada 30 orang penduduk dan 30 set boring soal selidik dan akan diberikan

kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam kualitatif

pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah rujukan akan dilakukan oleh

pengkaji sendiri.

CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT/DATA DARIPADA RESPONDEN

Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapat dan mengumpul maklumat

yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara rawak kepada

responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A

dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden manakala Bahagian B

adalah soalan pendapat kaum muda tentang adat pertunangan dalam masyarakat india di kawasan

Taman Tunku Putra. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert lima mata mengandungi

lima aras, iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-kurang setuju, 4-setuju, 5-sangat setuju.

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Kurang setuju 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

Jadual: Skala likert 5 Aras digunakan

Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Pengkaji akan menemu bual 3 orang yang tinggal

di kawasan kajian pengkaji.Tinjauan utama temu bual ini adalah untuk mengenal pasti tentang

12

Page 13: Documentpa

960213-26-5052

adat pertunangan dalam masyarakat India di Taman Tunku Putra. Disamping itu, pengkaji akan

meminta pendapat responden tentang temu bual.

Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah rujukan.

Pengkaji telah merujukkan surat khabar, majalah, internet dan Kamus Dewan Edisi ke-4 daripada

perpustakaan SMK Chio Min. Pengkaji telah mencari banyak perkataan dengan maknanya

daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja.

MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Kaedah statistik deskriptif digunakan penganalisisan data yang berbentuk skala Likert.

Untuk memudahkan penganalisisan data, Skala Likert akan dikategorikan seperti yang dirujukan

dalam jadual di bawah

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan auto akan digunakan. Data yang

dikumpulkan akan disembahkan dalam bentuk grafik, iaitu carta paid an jadual.

RUMUSAN

Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan

dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara kajian yang ketat

dengan menepati prosedur kutipan data dan instrument yang telah dikenal pasti.

13

KATEGORI

Tidak setuju Setuju

1

Sangat tidak

setuju

2

Tidak setuju

3

Kurang setuju

4

Setuju

5

Sangat setuju

Page 14: Documentpa

960213-26-5052

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang

dilakukan daripada soal selidik yang telah diisikan oleh responden terhadap kepentingan adat

pertunangan dalam kalangan masyarakat India di Taman Tunku Putra, Kulim Kedah.Dapatan

kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah daripada 30 responden yang diambil secara

rawak dalam kalangan penduduk Taman Tunku Putra.Hal ini bertujuan bagi mendapatkan

perbezaan pendapat responden yang berlainan.

5.1 Demografi Responden

Dalam borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji, Bahagian A merupakan

demografi responden iaitu latar belakang responden.Demografi responden amat penting bagi

tujuan analisis dalam dapatan kajian.Maklumat demografi yang digunakan adalah jantina, umur,

bangsa, pekerjaan dan tahap pendidikan.Huraian analisasi latar belakang responden

dipersembahkan dalam bentuk rajah dan jadual.

5.1.1 Jantina

Jantina Kekerapan

(orang)

Peratus

(%)

Perempuan 15 50

Lelaki 15 50

Jadual 1: Demografi responden berdasarkan jantina

Sumber: Kajian lapangan 2015

14

Page 15: Documentpa

960213-26-5052

50%50%

Jantina

perempuanlelaki

Rajah 1: Demografi responden berdasarkan jantina

Sumber: Kajian lapnagan 2015

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, seramai 15 orang (50%)

adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya sebanyak 15 orang (50%)

adalah responden lelaki. Tidak dapat perbezaan jurang dalam pemilihan jantina

responden.Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas. Kajian ini

dilakukan adalah untuk melihat persepsi penduduk Taman Tunku Putra terhadap kepentingan

mengamalkan adat pertunangan dalam kalangan masyarakat India. Oleh yang demikian, jantina

yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperolehi tidak memihak kepada satu gender

sahaja.

15

Page 16: Documentpa

960213-26-5052

5.1.2 Umur

Umur

(tahun)

Kekerapan

(orang)

Peratus

(%)

20 – 25 12 40.00

26 – 30 10 33.33

31 – 35 6 20.00

36 – 40 2 6.67

Jadual 2: Demografi responden berdasarkan umur

Sumber; Kajian lapangan 2015

40%

33%

20%

7%

Umur

20 - 2525 - 3031 - 3536 - 40

Rajah 2: Demografi responden berdasarkan umur

Sumber: Kajian lapangan 2015

Berdasarkan hasil kajian daripada 30 responden yang disoal selidik, seramai 12 orang

(40.00%) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 20 hingga

16

Page 17: Documentpa

960213-26-5052

25 tahun. Manakala responden yang berumur 26 hingga 30 tahun adalah terdiri daripada 10

orang (33.33%). Diikuti dengan yang berumur 31 hingga 35 tahun adalah 6 orang (20.00%) dan

responden yang berumur 36 hinggga 40 tahun hanya sebanyak 2 orang seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 2 dan Rajah 2 di atas. Kajian ini mengandungi pelbagai usia antara responden

supaya mempunyai pandangan dan pendapat yang berlainan.

5.1.3 Bangsa

Bangsa Kekerapan

(orang)

Peratus

(%)

Melayu 9 30

Cina 15 50

India 6 20

Jadual 3: Demografi responden berdasarkan bangsa

Sumber: Kajian lapangan 2015

17

Page 18: Documentpa

960213-26-5052

30%

20%

50%

Bangsa

MelayuCinaIndia

Rajah 3: Demografi responden berdasarkan bangsa

Sumber: Kajian lapangan 2015

Dalam hasil kajian ini, sebannyak 30 responden yang terdiri daripada tiga bangsa yang

berlainan iaitu Melayu, Cina dan India. Kajian ini terdiri daripada bangsa Melayu yang seramai 9

orang (30%) dan bangsa India seramai 15 orang ( 50%). Manakala bakinya sebanyak 6 orang

(20%) yang terdiri daripada bangsa Cina.Maklumat yang lebih dapat dilihat pada Jadual 3 dan

Rajah 3. Kajian ini mengandungi pelbagai bangsa kerana untuk mengelakkan bias antara kaum.

Selain itu, responden yang pelbagai bangsa dapat membandingkan pendapat dan pandangan yang

berbeza.

5.1.4 Adakah adat pertunangan wujud dalam kalangan

masyarakat India

Persepsi Kekerapan

(orang)

Peratus

(%)

Tidak wujud 12 40

Wujud 18 60

18

Page 19: Documentpa

960213-26-5052

Jadual 4: Demografi responden berdasarkan persepsi

Sumber: Kajian lapangan 2015

40%

60%

Adakah adat pertunangan wujud atau tidak dalam kalangan masyarakat India

Tidak Wujud Wujud

Rajah 4: Demografi responden berdasarkan persepsi

Sumber: Kajian lapangan 2015

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, seramai 12 orang (40%)

responden berpendapat bahawa adat ini tidak wujud dalam kalangan masyarakat Cina, manakala

bakinya sebanyak 18 orang (60%) responden.Bersetuju bahawa adat ini wujud dalam kalangan

masyarakat India. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 4 dan Rajah 4 di atas.

Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat persepsi penduduk Taman Tunku Putra samada adat

pertunangan wujud atau tidak wujud dalam kalangan masyarakat India.Oleh yang demikian,

hasil kajian ini dapat mengetahui bahawa kebanyakan responden berpendapat bahawa adat ini

wujud dalam kalangan masyarakat India.

5.2 Mengenal pasti kepentingan adat pertunangan dalam kalangan

19

Page 20: Documentpa

960213-26-5052

masyarakat India

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum. Mereka

terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India serta lain-lain. Dalam kalangan masyarakat

Malaysia masyarakat India amat dipengaruhi oleh pelbagai amalan dan adat yang unik.

Seseorang yang beragama Hindu terpaksa mengikut adat tersebut yang bermula sejak kelahiran

hinggalah kematian. Walaupun terdapat pelbagai adat sejak lahir seseorang warga India adat

pertunangan merupakan suatu yang unik dan diraikan secara meriah pada zaman sekarang. Adat

ini adalah adat yang berlangsung sebelum perkahwinan.

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang berlaku di antara seorang lelaki dan anak gadis

yang akan berumahtangga. Sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan pelbagai persediaan

perlu dilaksanakan dalam kalangan masyarakat India. Antaranya adat merisik, adat penyesuaian

bakal pengantin, kunjungan ke rumah pengantin, ikat janji dan bertukar dulang.

5.2.1 Adat Merisik

Menurut buku Siri Adat dan Kebudayaan Kaum Utama- Perkahwinan yang diterbit oleh

Sri Bumi Trading pada tahun 2013 oleh pernerbit Nur Faten Amalina Binti Jelani, adat merisik

dipanggil juga sebagai meninjau menengok. Dalam masyarakat India adat ini merupakan tahap

awal menjodohkan teruna dan dara yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna

dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga

pihak dara. Menurut pepatah kalau hendak mencari gadis yang baik dan sempurna kita harus

melihat orang tuanya. Disamping itu, untuk mengetahui perwatakan gadis tersebut amalan ini

sangat berleluasa pada zaman dahulu hingga sekarang.

Selain itu, tujuan adat ini adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh

seseorang lelaki masih belum berpunya. Ini penting kerana peminangan atau pertunangan dengan

tuning orang adalah dilarang dalam agama. Adat merisik biasanya dilakukan oleh saudara mara

terdekat pihak lelaki atau orang tengah yang diupah. Proses merisik dilakukan dengan tertutup

dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua-dua belah pihak.

20

Page 21: Documentpa

960213-26-5052

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti factor etnik,

subetnik,kasta dan agama. Selain itu, factor-faktor lain seperti status ekonomi dan status social

merangkumi aspek umur, tahap pendidikan,jenis pekerjaan,etika dan moral,rupa paras dan latar

belakang keluarga juga turut diambil kira. Biasanya, maklumat-maklumat ini diperolehi secara

langsung daripada pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat handal

dan saudara mara.

5.2.2 ADAT PENYESUAIAN BAKAL PENGANTIN (THIRUMANAM PORUTTAM

PAARTAL)

Dalam masyarakat Hindu perkahwinan dianggap suatu yang amat dihormati dan suci. Oleh

itu, penceraian tidak diutarakan dalam mana-mana karya sastera lama mahupun dalam epic-epik

yang disanjung. Dalam hal menentukan jodoh selepas adat merisik ialah adat penyesuaian bakal

penganting melalui ‘horoskop’ yang ditulis berdasarkan waktu kelahiran. Hal ini hanya boleh

dilakukan oleh sami-sami di kuil atau pakar astrology. Terdapat 21 aspek yang akan diambil kira

untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan. Antaranya Tina

poruttam, Natchatira poruttam, Kana poruttam, Mahenthira poruttam, Raasiyaah poruttam, Vaiya

poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. ( http://malaysiana.pnm.my,11 Mac 2013)

5.2.3 KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN( PEN PAARTAL)

Menurut buku Siri Budaya Masyarakat Malaysia Kaum India, penerbit Siti Rahman Hj.

Idris dan Fatimah Azzahra yang dicetak pada tahun 1996, adat ini dilakukan selepas adat merisik

dan adat melihat kesesuaian jodoh. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin

perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya walaupun jejaka

sekarang bercinta dan memilih pasangan isteri sendiri namun kunjungan ke rumah pengantin dan

melihat ‘horoskop’ masih menjadi amalan masyarakat India memastikan bertapa kukuhnya

kepercayaan mereka terhadap adat istiadat mereka.

Seturusnya, menurut buku Siri Adat dan Kebudayaan Kaum Utama- Perkahwinan yang

diterbit oleh Sri Bumi Trading pada tahun 2013 oleh pernerbit Nur Faten Amalina Binti Jelani,

dalam kategori ini, keluarga jejaka akan berkunjung ke rumah bakal pengantin dalam jumlah

21

Page 22: Documentpa

960213-26-5052

ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih pinang, cendana,

buah-buahan, bunyian-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa

sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan hubungan

kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak

mereka hanya melayan orang yang dating sebagai tetamu dan tidak mengambil barang-barang

tersebut. (pmr.penerangan.gov.my, 11 Mac 2013)

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan menghidangkan air minuman dan

makanan ringan. Pada masa itu, bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan

dengan lebih dekat lagi. Oleh itu, bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang

bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian, kunjungan ini dibalas oleh ahli keluarga pihak

perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut diserta.

5.2.4 IKAT JANJI

Ikat janji atau ‘Niccayam’ merupakan satu majlis yang diadakan di rumah pengantin

perempuan. Selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak majlis ini akan dilangsungkan

dihadapan saudara mara sebagai pengisytiharan dan pemberitahuan bahawa dara sudah ada

tuning. Wakil lelaki akan mengunjungi rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang

ganjil. Mereka akan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaanm,

buah-buahan, cendana, kumkum untuk diberi kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke

rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai

perkahwinan.

Sekiranya, bapa salah seoarang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan

diadakan dengan saudara mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka

akan ikat janji. Bakal pengantin lelaki seterusnya melafazkan ikat janji bagi menyatakan

persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya, perkahwinan tersebut

akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar

sirih pinang yang dinamakan menukar dulang sirih iatu ‘taambulam maatrutal’. Selepas itu,

mereka akan membincang mengenai hari perkahwinan dan belanja untuk pengantin perempuan,

kad jemputan dan sebagainya.

22

Page 23: Documentpa

960213-26-5052

5.2.5 PARISAM

‘Parisam’ terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau disebut ‘udan parisam’. Parisam

biasa adalh satu upacara pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari

perkahwinan, manakala ‘udan parisam’ adalah upacara pemberian hadiah yang dilakukan pada

hari sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India,

parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa

jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah

bersuami sahaja dan mereka dipanggil ‘sumanggali’. Bagi memulakan adat tersebut, upacara

sembahyang akan diadakan terlebih dahulu.

Bapa pengantin atau saudara terdekat pengantin perempuan akan menerima hantaran yang

mengandungi sari, bunga kalung dan emas lalu berikannya kepada anak perempuannya. Pada

masa yang sama penganin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai

meminta restu daripada tuhan. Setelah upacara itu pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat

‘Puurna Kumbam’ dengan lebih dekat lagi. Pada hari itu juga, bakal pengantin perempuan

memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu.

Selepas pengantin perempuan memakai sari baru yang diberi oleh pengantin lelaki denagn

hiasan yang cantik, beberapa orang saudara mara para pengantin mengalungkan kalungan bunga

pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai ‘Orrai ;maalai’ atau kalungan tunggal.

Pengiring akan member kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Zaman dahulu tidak

ada kad yang dicetak, oleh itu pihak pengantin akan member daun sirih, pinang dan buah pisang

kepada saudara mara dan menjemput mereka ke majlis perkahwinan

5.3 MENGKAJI LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMARTABATKAN ADAT

PERTUNANGAN MASYARAKAT INDIA DALAM KALANGAN GENERASI

MUDA

Bercakap berkenaan identity dan keperibadian masyarakat, kita sedia

maklum bahawa di Malaysia kita tidak hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Malaysia

merupakan sebuah negara yang bangsa-bangsa didalamnya adalah bercampur atau dikenali

sebagai masyarakat majmuk. Justeru, perkara yang akan diutarakan dalam bab ini adalah

23

Page 24: Documentpa

960213-26-5052

bagaimana adat dalam masyarakat Malaysia dapat dikekalkan agar tidak luput ditelan zaman.

Perlu juga dibincang akan aspek yang harus dijadikan garis panduan bagi menjadikan adat

sebagai salah satu unsur dalam budaya masyarakat Malaysia.

5.3.1 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pembentukan adat nasional menjadi teras kepada masyarakat zaman ini supaya mereka

menjadikannya sebagai garis panduan hidup. Aspek adat menjadi teras kepada pembentukan

identity nasional lebih mudah difahami melalui pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Dasar ini digubal pada tahun 1971 dan terus mengalami perkembangan hingga masa ini. Dalam

dasar ini telah digariskan beberapa perkara yang menjadi teras kepada pembentukan identity dan

keperibadian seluruh rakyat Malaysia. Justeru, melalui kewujudan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan yang memang digagaskan bagi maksud itu dapat diungkap aspek adat menjadi teras

kepada pembentukan identity nasional. Dengan cara ini generasi zaman ini dapat didedahkan

kepada adat tradisional.

5.3.2 PERTUBUHAN-PERTUBUHAN DAN PERSATUAN

Pertubuhan-pertubuhan dan persatuan yang berfungsi di Malaysia memang bergerak aktif

dalam pembentukan masyarakat yang beridentiti tinggi. Oleh itu, pertubuhan dan persatuan di

Malaysia boleh mengendalikan program-program yang bermanfaat kepada generasi muda agar

mereka memahami akan adat yang perlu mereka amalkan. Adat bukan mendorong manusia

beralih ke zaman dahulu atau mengajar mereka unsur-unsur kekolotan malah membantu

masyarakat bertindak tanpa melupakan asal usul mereka. Zaman moden serba lengkap dengan

peralatan tetapi mula mengabaikan unsur-unsur kemanusiaan. Oleh itu, adat diharap dapat

melahirkan masyarakat yang sempurna dan lengkap. Pertubuhan dan persatuan mempunyai

kebebasan mengendalikan mana-mana program berkaitan adat tanpa sebarang halangan.

5.3.3 DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Selain itu, Dasar Pendidikan Negara juga boleh memainkan peranan penting bagi

menyuburkan adat dalam kalangan generasi zaman ini. Kurikulum yang diberi perlu

menitikberatkan adat. Hal ini boleh dilaksanakan melalui pengajaran matapelajaran sejarah. Oleh

24

Page 25: Documentpa

960213-26-5052

kerana adat ialah unsur zaman silam yang mencerminkan masyarakat zaman silam yang unggul

maka adalah wajar kita mempelajarinya. Guru-guru dan ibubapa juga boleh memainkan peranan

mereka bagi mendorong anak-anak mereka mengetahui dan mempelajari amalan adat kaum

masing-masing.

5.3.4 MEDIA MASSA

Selanjutnya, menurut buku Sri Malaysiana- Pakaian Tradisional,Mohd Zaki bin Mohd

Helmi dan Suziyanna binti Ismail yang diterbitkan pada tahun 2006 oleh Femina, dunia moden

mendedahkan manusia kepada kepelbagaian komunikasi. Komunikasi boleh berfungsi sebagai

penyampai maklumat. Oleh itu, media massa boleh dijadikan sebagai agen penyebar maklumat.

Hal ini boleh dipraktikkan melalui filem, drama,bahan-bahan penulisan dan sebagainya. Manusia

memang celik dengan unsur-unsur hiburan. Oleh itu, sesuatu maklumat boleh disampaikan

kepada mereka melalui cara tersebut. Pihak tertentu boleh mengambil inisiatif bagi

menyampaikan maklumat tentang adat melalui unsur-unsur hiburan seperti media massa dan

media elektronik.

5.4 MENGKAJI PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP ADAT TRADISI

Jadual menunjukkan pandangan masyarakat terhadap adat

BILANGAN PANDANGAN INFORMEN 1 INFORMEN 2 INFORMEN 3

25

Page 26: Documentpa

960213-26-5052

MASYARAKAT

1 Adakah adat

menjadi garis

panduan?

Sangat setuju Sangat setuju Sangat setuju

2 Adakah adat

dimasukkan

dalam kategori

warisan budaya?

Sangat setujuTidak

setuju.Sebab ia mengikut agama masing-masing.

Tidak pasti kerana kurang pengetahuan tentang adat

3 Adakah adat

membentuk

peribadi mulia?

Setuju Setuju Adat adalah asas

peraturan hidup

4 Adakah adat

mengeratkan

hubungan

kekeluargaan?

Setuju Sangat setuju Sangat setuju

5 Adakah adat ini

diwarisi oleh

generasi muda?

Tidak Setuju Tidak setuju Kurang setuju

5.6 ANALISIS DATA

Pengkaji telah menemubual 3 orang pengamal adat pertunangan masyarakat India di Taman Tunku Putra untuk mendapatkan pandangan mereka tentang amalan adat tradisional. Mereka memberi pandangan masing-masing yang mengalakkan amalan tersebut walaupun dunia menuju ke era globalisasi. Pada pandangna mereka setiap perlakuan manusia harus ada garis panduan. Adat memang menjadi garis panduan kepada masyarakat walaupun mereka hidup pada era globalisasi. Jawapan yang diberi oleh pengamal adat membantu pengkaji menyiapkan hasil dapatan dengan sempurna

Soalan yang berkaitan adat yang yang dijadikan garis panduan mendapat pandangan yang sama daripada ketiga-tiga informen. Menurut mereka, manusia yang dihantui pemodenan banyak menggunakan peralatan dan cara moden. Cara tersebut moden tersebut hanya membantu seseorang untuk menyelesaikan masalah kita pada masa itu tetapi bagi jangka masa lama perkara yang tidak diingini akan berulang kembali. Perkara ini boleh dicontohi dengan adat perkahwinan yang mana masyarakat zaman moden meenggunakan cara moden bagi mengendalikan majlis

26

Page 27: Documentpa

960213-26-5052

perkahwinan sedangkan zaman dahului segala persiapan dilakukan dengan bantuan jiran. Oleh itu, semangat kejiranan pada zaman ini semakin luput. Nilai bertolak ansur, saling membantu turut dihilang ditelan zaman. Kebendaan menghantui masyarakat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat hati.

Seterusnya soalan dua yang diajukan kepada informen adalah tentang adat yang berperanan sebagai warisan budaya. Bagi soalan ini informen 2 mengatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan persoalan tentang adat yang boleh menjadi warisan budaya. Katanya adat adalah amalan masyarakat tertentu mengikut agama masing-masing. Oleh itu, pandangan menjadikannya sebagai warisan budaya menjadi tanda soal. Namun, instrument kedua yang didapat amat berpengalaman mengatakan bahawa adat memang menjadi warisan budaya. Pengaplikasian adat dan gabungan adat dari pelbagai kaum boleh dijadikan warisan budaya masyarakat Malaysia. Warisan tradisional ini mencerminkan corak hidup masyarakat memaparkan budaya masyarakat yang unggul. Instrument 3 mengatakan bahawa dia kurang pengetahuan tentang warisan budaya. Ini mungkin kerana beliau tidak berpelajaran dan sudah lanjut usia.

Selain itu, adat menjadi asas pembentukan peribadi mulia. Setiap adat yang diamalkan memang memaparkan majlis keramaian. Ketika mengendalikan mana-mana adat samada adat kelahiran, adat memotong jambul mahupun adat bertunang amat mengutamakan majlis makan dan menjemput sanak saudara serta jiran tetangga.Oleh itu, instrument I dan ii mengatakan bahawa amalan adat mendidik seseorang menghormati lain dan mengamalkan nilai bertoleransi. Faham memahami antara satu sama lain akan wujud dalam diri seseorang. Generasi muda yang asyik dengan peralatan moden sekurang-kurang terdedah kepada manusia berbanding dengan mesin. Mesin seperti komputer tidak ada perasaan. OIeh itu, generasi muda yang menggunakannya turut menjadi mesin. Adalah wajib amalan adat diteruskan dalam setiap keluarga supaya ‘rumah orang tua’ dan ‘rumah anak yatim’ berkurangan dalam masyarakat. Instrument 3 turut berpendapat demikian.

Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampaui batasan agama.Jika seseorang India itu sudah tidak lagi terikat dengan adat dan budayanya, akan pincangkan lah masyarakat. Mereka akan dipandang sebagai seorang yang hilang jati diri, hidup tidak bermaruah dan pelbagai anggapan negatif. Dalam kehidupan bermasyarakat khususnya di kalangan bangsa India amalan adat dan budaya mempunyai kedudukan yang tertinggi dan dilihat sebagai satu kelangsungan hidup. Sehubung dengan itu, pengkaji telah menanyakan soalan bahawa adakah adat pertunangan masih diwarisi oleh genrasi muda. Ketiga-tiga informen telah memberi jawapan yang sama. Mereka tidak bersetuju kerana peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan

27

Page 28: Documentpa

960213-26-5052

santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi.

Berkenaan adat yang menjadi penghubung dan mengeratkan hubungan silaturahim serta mengekalkan institusi kekeluargaan turut diberi keutamaan. Hubungan antara ahli keluarga adalah penting. Perpaduan dapat diwujudkan melalui keluarga. Amalan adat dalam setiap masyarakat memang mengutamakan hubungan kekeluargaan. Buktinya ketika adat bertunag dilangsungkan semua sanak saudara dijemput. Begitu juga ketika mengendalikan adat melenggang dan adat memotong jambul dan sebagainya. Hubungan sanak saudara amat penting menurut ketiga-tiga instrument yang ditemubual. Menurut mereka seseorang insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai hubungan persaudaraan. Mereka mesti memiliki nilai-nilai murni yang bersifat tolong menolong dan bantu membantu. Manusia dicipta sebagai manusia malah sikap manusia yang ingin menjadi mesin dan mengakibatkan wujudnya dunia kiamat dan luntur nilai-nilai murni. Masyarakat memang terkenal dengan nilai ketimuran. Kita harus mengikuti pepatah melayu ‘ biar mati anak jangan mati adat’.

6.0 RUMUSAN  

28

Page 29: Documentpa

960213-26-5052

Hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa proses pengendalian adat menunjukkan keunikan masyarakat India di Malaysia.. Adat menjadi asas pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan masyarakat yang berinovatif dan progresif. Oleh itu, amalan adat dalam masyarakat moden tidak boleh diketepikan. Mereka wajar mempelajari dan mengamalkannya untuk kepentingan bersama. Budaya asal yang diubah untuk jadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identity dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam. Masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai.

Seterusnya, dalam memfokuskan esei ini iaitu kepentingan adat menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identity kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang berpelbagai. Negara kita merangkumi tiga penduduk utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ramai yang berpendapat bahawa adat yang diamalkan oleh kaum India amat brbeza dengan kaum-kaum lain.

Walaupun dunia moden berubah seiring kepada peredaran masa tetapi amalan dan adat yang diwarisi secara turun temurun ini masih diamalkan. Jadi secara keseluruhannya, adat pertunangan dalam kalangan masyarakat India memberi banyak kepentingan terhadap penduduk sekitar. Hasil kajian ini ialah untuk mengenal pasti kepentingan adat pertunangan masyarakat India dalam kalangan masyarakat Malaysia dan mengkaji langkah-langkah untuk memartabatkan adat pertunangan masyarakat India dalam kalangan generasi muda.

RUJUKAN

29

Page 30: Documentpa

960213-26-5052

1.) Bahan Internet

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

a.) www.pmr.penerangan.gov.my

b.) www.ptgkedah.gov.my

c.) www.fast-metro.com

d.) www.google.com

2.) Bahan buku

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

a.) buku Sri Malaysiana- Pakaian Tradisional

b.) buku Siri Adat dan Kebudayaan Kaum Utama

3.)Kamus dan ensiklopedia

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

a.) maksud adat, Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat

KAEDAH PENULISAN RUJUKAN SALAH, SILA RUJUK CONTOH

LAMPIRAN

30

Page 31: Documentpa

960213-26-5052

SOAL SELIDIK

Bahagian A : Borang Soal Selidik

Jantina:

Umur:

Status Perkahwinan:

Bahagian B

1.) Sejak bila saudara/saudari mengetahui tentang adat pertunangnan?

(a) Sejak kanak-kanak

(b) Setelah meningkat dewasa

(c) Selepas berkahwin

2.) Adakah saudara/saudari pernah mengalami adat ini?

Ya Tidak

3.) Adakah saudara/saudari pernah mengalami adat ini?

Ya Tidak

4.) Pada pendapat saudari/saudara, adakah anda menggalakkan amalan dan adat istiadat kepada

generasi akan datang?

Ya Tidak

5.) Pada zaman moden/canggih ini adakah seseorang wajar mengikut adat istiadaat yang sudah

lapuk itu?

Ya Tidak

6.) Bersetujukah anda dengan peranan adat istiadat dalam masyarakat moden ini? Sekiranya

31

Page 32: Documentpa

960213-26-5052

bersetuju sila tandakan betul dalam kotak yang disediakan. Sekiranya tidak sila takan salah

dalam kotak yang disediakan.

(a) Boleh mengukuhkan hubungan ahli keluarga

(b) Membantu mengekalkan ikatan keluarga

(c) Mengekalkan berlakunya sebarang kepincangan

(d) Menakutkan seseorang yang terikat dengan adat

(e) Menjadikan seseorang lebih berdisiplin

(f) Menjadi kekuatan bagi pihak perempuan

(g) Tidak akan menjejaskan pembangunan minda

(h) Adat boleh diubahsuai mengikat peredaran masa

(i) Mengingatkan generasi muda kewajipan mereka

(j) Adat menjadi panduan hidup masyarakat moden

32