p3120 - undang-undang syarikat

99

Click here to load reader

Upload: khairul-aslam

Post on 23-Oct-2015

426 views

Category:

Documents


73 download

DESCRIPTION

Undang-undang syarikat

TRANSCRIPT

Page 1: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 1 : Pengenalan Undang-undang Syarikat 1.0 Definisi Syarikat Di Malaysia, terdapat 3 jenis organisasi perniagaan iaitu :

a. Perniagaan tunggal b. Perkongsian c. Syarikat

Perniagaan tunggal dan perkongsian adalah merupakan perniagaan yang tidak diperbadankan manakala syarikat pula adalah merupakan perniagaan yang diperbadankan. Syarikat adalah merupakan 1 perbadanan yang menjalankan perniagaan untuk tujuan perdagangan dan perindustrian. Menurut Sek 4, Akta Syarikat 1965 syarikat adalah syarikat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mana2 anakmen sebelumnya yang berkaitan. Ertinya sesebuah syarikat itu hanya tertubuh apabila ianya didaftarkan di Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 Apabila sesebuah syarikat diperbadankan, bererti ia mempunyai entity undang-undang yang khusus dan berasingan daripada personality ahli2nya serta mempunyai hak2 dan tanggungjawab tertentu, contohnya syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya sendiri, mempunyai hak untuk memiliki harta dan sebagainya. Menurut Oxford English Dictionary pula, syarikat didefinisikan sebagai penyatuan beberapa inidvidu2 yang membentuk sebuah perbadanan bagi menjalankan satu objektif yang sama/serupa. Maksudnya, perkara2 yang perlu wujud pada sesebuah syarikat itu ialah : -

a. Penyatuan inidividu2 iaitu keahlinya adalah melebihi daripada seorang ahli b. Mempunyai objektif yang sama di kalangan ahli2 perbadanan yang lazimnya

bersatu untuk tujuan perdagangan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 2: P3120 - Undang-Undang Syarikat

1.1 Perbezaan di antara syarikat dengan perniagaan tunggal dan perkongsian Perbezaan yang wujud di antara syarikat dengan perniagaan tunggal dan perkongsian dapat kita lihat dari beberapa aspek iaitu : -

a. Bilangan keahlian Bagi penubuhan sesebuah perniagaan tunggal,minima keahliannya adalah seorang sahaja. Manakala bagi sesebuah firma perkongsian pula menurut Sek 14 (3) (b) Akta Syarikat 1965, minima keahliannya ialah 2 org manakala maksimanya ialah 20 orang rakan kongsi, bagi jenis perkongsian biasa. Tetapi bagi firma perkongsian jenis professional, ianya boleh melebihi 20 orang ahli. Ini bermakna, had maksima 20 orang ahli itu tidak dikenakan kepada mana2 perkongsian yang dibentuk bagi tujuan menjalankan mana2 profesional contohnya, doctor, peguam, akauntant dan lain2 lagi. Sesebuah syarikat mestilah mempunyai jum minima ahli iaitu 2 orang kecuali dalam keadaan sesebuah syarikat iatu adalah syarikat subsidiary milikan penuh kepada syarikat lain. Menurut Sek 36 Akta Syarikat, adalah merupakan suatu kesalahan sekiranya selepas 6 bulan ahli kurang dari had minima, syarikat masih meneruskan perniagaan dengan tiada pertambahan ahli baru. Di samping itu, menurut Sek 218 (1) (d) Akta Syarikat 1965, jumlah ahli yang kurang dari had minima boleh menjadi salah satu alasan untuk penggulungan syarikat. Jumlah maksima ahli bagi sesebuah syarikat tidak dihadkan kecuali bagi syarikat persendirian iaitu ahlinya mestilah tidak boleh lebih dari 50 orang.

b. keupayaan untuk memiliki/memegang harta Di dalam sesebuah perniagaan tunggal, harta2 adalah keuapayaan tuan punya tunggal. Begitu juga dengan sesebuah perkongsian iaitu aset2 adalah kepunyaan ahli2 kongsi firma perkongsian tersebut. Tetapi keadaan ini berbeza dengan syarikat kerana harta/asset perniagaan adalah kepunyaan syarikat itu sendiri bukannya kepunyaan ahli2 syarikat tersebut. Ini bermakna syarikat berhak memiliki hartanya sendiri dan harta itu mestilah didaftarkan dengan nama syarikat.

c. tanggungan ahli terhadap hutang Bagi perniagaan tunggal dan perkongsian, ahli2nya adalah bertanggungan secara peribadi terhadap hutang2 perniagaan mereka. Sekiranya sesebuah perniagaan tunggal / perkongsian tidak dapat menjelaskan hutang, ahli2nya akan menanggungnya sehingga selesai. Di sini, liability ahli2 utk menjelaskan hutang adalah tidak terhad. Manakala bagi syrkt, hutang syarikat adalah merupakan hutang syarikat itu sendiri dan ahli2 tidak akn bertanggungan secara peribadi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 3: P3120 - Undang-Undang Syarikat

d. tindakan bagi prosiding undang-undang Pertubuhan2 yang tidak diperbadankan tidak mempunyai personality perundangan. Maka segala tindakan undang2 diambil atas nama peribadi ahli2 bkn atas nama pertubuhan tersebut. Walau bagaimanapun, untuk kemudahan prosedur, Peraturan Mahkamah Tinggi 1980, Ordinan 77 membenarkan penggunaan nama pertubuhan bagi urusan menyaman dan disaman tetapi hakikatnya ianya adalah dilakukan terhadap ahli2 pertubuhan itu sendiri. Bagi syarikat pula, tindakan undang2 adalah adalah diamibil atas nama syarikat itu sendiri, malahan syarikat itu juga boleh mendakwa mana2 pihak atas namanya sendiri.

e. jangka hayat dan pembubaran jangka hayat bagi sesebuah syarikat adalah berdasarkan peruntukan2 yang termaktub di dalam Akta Syarikat 1965. manakala bagi perniagaan tunggal dan perkongsian ianya adalah bergantung kepada perjanjian di antara ahli2 kongsinya 1.2 Klasifikasi Syarikat Syarikat boleh dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu : -

A. syarikat persendirian B. syarikat awam C. syarikat berhad

i. syrikat berhad oleh saham ii. syarikat berhad oleh jaminan

iii. syarikat berhad oleh saham dan jaminan D. syarikat tidak berhad E. syrikat induk F. anak syarikat

A. syarikat persendirian menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat persendirian adalah bermaksud mana2 syarikat : a. yang ditubuhkan sebagai syarikat persendirian di bawah akta pindaan bertulis b. yang diperbadankan sebagai syarikat persendirian di bawah Sek 15 Akta Syarikat c. yang ditukarkan kepada syarikat persendirian mengikut Sek 26 (1) yang merupakan sebuah syarikat yang tidak terhenti menjadi syarikat persendirian di bawah Sek 26 / 27 Menurut Sek 15 Akta Syarikat pula, sesebuah syarikat persendirian perlulah di dalam memorandum persatuannya mengandungi perkara2 berikut : -

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 4: P3120 - Undang-Undang Syarikat

a. membuat sekatan terhadap hak untuk memindahkan saham sub Sek ini menyekat syarikat persendirian daripada memnidahkan syer2nya. Walau bagaimanapun, ia tidak menjelaskan cara2 untuk menyekat pemindahan syer tersebut. Kebiasaanya, sekatan ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :

i. ‘right of pre-emption’ hendaklah diberikan kepada ahli2 yang lain. Ini bermaksud, sekiranya seseorang ahli ingin menjualkan syernya, dia mestilah menawarkan syer itu kepada ahli2 lain terlebih dahulu. Jika mereka menolak, barulah dia boleh menjualkannya kepada orang lain.

ii. Dengan meletakkan syarat bahawa syer2 hanya boleh dipindahkan dengan kebenaran Lembaga Pengarah

b. mengehadkan bilangan ahli2 syarikat tidak melebihi daripada 50 orang c. larangan untuk membuat cadangan kepada umum untuk menyumbangkan

syer/debenture d. larangan terhadap cadangan untuk mengambil wang deposit daripada orang ramai B. Syarikat Awam Menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syarikat awam adalah sebuah syarikat yang selain dari syarikat persendirian. Sesebuah syarikat awam itu adalah terikat dengan beberapa peraturan yang berbeza dari syarikat persendirian iaitu terutamanya mengenai pemberitahuan berkenaan hal ehwal kewangan syarikat. Syarikat awam mempunyai syrat2 yang lebih terperinci dari syarikat2 lain kerana ia dibenarkan untuk menerima atau memperolehi wang daripada orang ramai Sijil pemerbadanan hendaklah memperakui bahawa syarikat tersebut adalah syarikat awm. Nama syarikat selalunya diakhiri dengan perkataan ‘berhad’ atau singkatannya ‘bhd’. Syarikat awam tidak mempunyai peruntukan maksima mengenai bilangan keahlian sebagaimana syarikat persendirian. Had umur bagi pengarah2 bagi syarikat awam adalah 70 tahun menurut Sek 129 Akta Syarikat. Ciri yang paling istimewa bagi syarikat awam ialah ia dibenarkan untuk menawarkan saham kepada orang ramai seterusnya boleh disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 5: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Perbezaan di antara syarikat awam dan syarikat persendirian

a. keahlian sesebuah syarikat persendirian tidak bolehmempunyai ahli lebih daripada 50 orang tetapi syarikat awam tiada had jumlah maksima keahliannya.

b. pemindahan saham sesebuah syarikat persendirian mengehadkan pemindahan saham kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat tetapi syarikat awam tiada halangan untuk pemindahan saham

c. penawaran saham sesebuah syarikat awam boleh menawarkan kepada orang ramai dengan mengedarkan satu prospectus kepada orang ramai untuk melanggan saham yang ingin diterbitkan tetapi sesebuh syarikat persendirian tidak boleh berbuat demikian

d. memungut/ menyimpan wang daripada orang ramai sesebuah syarikat persendirian tidak boleh mempelawa orang ramai menyimpan wang mereka didalam syarikat / memungut wang dari orang ramai tetapi syarikat awam boleh berbuat demikian

e. hal ehwal kewangan sesebuah syarikat awam boleh memberitahu umum mengenai hal ehwal kewangan syarikat tetapi syarikat persendirian tidak boleh berbuat demikian

f. had umur pengarah syarikat awam, had umur maksimum mestilah tidah melebihi 70 tahun. Syarikat persendirian tiada had umur.

g. nama syarikat persendirian, nama sperti ‘sdn bhd’ mestilah dimasukan di pengakhiran nama syarikat tersebut manakala syarikat awam jika ianya tergolong dalam status syarikat awam berhad, perkataan ‘bhd’ perlulah dimasukkan di pengakihran nama syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 6: P3120 - Undang-Undang Syarikat

C. syarikat berhad menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syarikat berhad ditakrifkan sebagai syarikat tang dihadkan oleh saham/jaminan / kombinasi ke2,2nya sekali

i. syarikat berhad oleh saham syarikat berhad oleh saham ditakrifkan sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan atas prinsip menghadkan segala tanggungan ahli2nya setakat jumlah saham yang belum dibayar (sekiranya ada). Sekiranya penggulungan berlaku, ahli2 tidak boleh diminta untuk membayar lebih daripada jumlah syernya yang belum dibayar. Sek 214 (1) (d) Akta Syarikat 1965 memperuntukan : ‘dalam kes sebuah syarikat yang terhad dengan syer, tiada apa2 sumbangan hendaklah diperlakukan dari mana2 ahli melebihi amaun, jika ada. Tidak dibayar ke atas syer berhubung dengan mana ia tertanggung sebagai ahli yang ada / terdahulu.’ Contohnya Ali telah membeli 100 unit saham syarikat ABY yang mempunyai nilai nominalnya sebanyak Rm1.00 sesaham. Ali telah membayar sebanyak 800unit sesaham yang bernilai RM800.00 tersebut. Oleh itu, apabila berlaku penggulungan syarikat, Ali tidak boleh diminta memberikan sumbangan melebihi dari jumlah saham yang belum dibayar iaitu RM200.00

ii. syarikat berhad oleh jaminan syarikat berhad oleh jaminan adalah merujuk kepada sesebuah syarikat yang diperbadankan atas prinsip di mana tanggungan ahli2nya adalah dihadkan kepada jumlah tanggungan yang dipersetujui oleh ahli2nya bagi menyumbangkan asset syarikat jika berlakunya penggulungan (winding up) syarikat sekiranya syarikat todak dapat menyelesaikan hutangnya, ahli hanya perlu menanggung kesetakat amaun yang dia telag persetujui dan perkara ini perlu dinyatakan di dalam memorandum menurut Sek 18 (1) (c) Akta Syarikat 1965 syarikat spt ini tidak mempunyai modal syer di mana ahli tidak dikehendaki untuk menyumbang modal sewaktu syarikat sedang beroperasi. Ia juga jarang sekali ditubuhkan untuk aktiviti dagangan, sebaliknya untuk kelab2 yang bukannya berteraskan dagangan di mana modalnya diperolehi melalui sumber2 lain, aktiviti social dan lain2. pada waktu penggulungan, libiliti ahli bagi syarikat berhad menurut jaminan dinyatakan di dalam Sek 214 (1) (c) Akta Syarikat 1965

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 7: P3120 - Undang-Undang Syarikat

iii. syarikat berhad oleh saham dan jaminan menurut Sek 214 (4) Akta Syarikat, di samping perlu menyumbang kesetakat amaun yang ahli telah persetujui di dalam memorandum, ahli juga perlu menyumbang setakat amaun syer yang dia belum jelaskan di dalam kes sekiranya penggulungan berlaku. Walaubagaimanapun, syarikat sperti ini tidak mungkin ditubuhkan lagi dengan wujudnya Sek 14A Akta Syarikat 1965

D. syarikat tidak berhad syarikat tidak berhad adalah syarikat yang diperbadankan di atas dasar di mana tanggungan ahli2nya adalah tidak terhad. Libiliti ahli untuk menyumbang kepada syarikat di dalam kes penggulungan tidak terhad dalam apa cara sekalipun. Liability ahli2nya adalah sperti liability perkongsian tetapi ia tetap mempunyai keperibadian korporat yang lain. Syarikat jenis ini boleh untuk mempunyai / tidak mempunyai modal syer dan modal syer ini boleh dikurangkan tanpa had kerana pemiutang boleh menuntut sehingga kepada harta peribadi ahli. Sek 25 Akta Syarikat memperuntukkan bahawa syarikat ini boleh ditukatkan kepada syarikat berhad atau sebaliknya tetapi pertukaran ini tidak memberi kesan terhadap hak, tanggungjawab dan tindakan undang2 yang boleh diteruskan/dimulakan sebelum penukaran itu dibuat.

E. Syarikat induk dan anak syarikat Sek 6 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan ‘di mana sesebuah syarikat adalah :-

(a) syarikat induk bagi perbadanan yang lain; (b) subsidiary bagi perbadanan yang lain ; atau (c) subsidiary syarikat induk perbadanan yang lain

perbadanan pertama tersebut dan perbadanan yang lain itu hendaklah bagi maksud2 Akta ini disifatkan berkaitan di antara satu sama lain’ menurut Sek 5 Akta Syarikat 1965, ‘sesebuah syarikat itu merupakan anak syarikat kepada syarikat yang lain jika :

a) perbadanan yang lain itu ;

i. menguasai keahlian Lembaga Pengarah perbadanan yang pertama tersebut ii. menguasai lebih daripada separuh kuasa mengundi di dalam perbadanan

yang pertama tersebut; atau iii. memegang lebih daripada separuh modal saham yang diterbitkan oleh

perbadanan yang pertama tersebut; atau iv. perbadanan yang pertama tersebut adalah anak syarikat kepada mana2

anak syarikat poerbadanan yang lain itu

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 8: P3120 - Undang-Undang Syarikat

sementara itu Sek 5A Akta Syarikat, sesebuah syarikat itu dikatakan syarikat induk terakhir bagi sesebuah perbadanan yan lain jika :

a) perbadanan yang lain itu adalah sudsidiari kepada perbadanan pertama tersebut ; dan

b) perbadanan pertama tersebut dengan sendirinya bukanlah subsidiary mana2 perbadanan

Sek 5B Akta Syarikat memperuntukkan sesebuha perbadanan hendaklah disifatkan sebagai syarikat subsidiary milik penuh bagi perbadanan yang lain jika tidak ada ahli2 yang pertama tersebut orang yang lain dari :

a. perbadanan kedua tetsebut ; b. penerima namaan bagi perbadanan kedua tersebut ; c. subsidiary kepada perbadanan kedua tersebut iaitu subsidiary yang mana tidak ada

ahli2nya merupakan orang yang lain dari perbadanan kedua tersebut/ penerima namaan perbadanan kedua tersebut ; atau

d. penerima namaan subsidiary tersebut

F. syarikat asing Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syarikat asing sebagai : -

a) suatu syarikt, perbadanan, pertubuhan, persatuan / lain2 badan yang diperbadankan di luar Malaysia ; atau

b) suatu persatuan, pertubuhan yang tidak diperbadankan / lain2 badan yang mana di bawah undang2 tempat asalnya boleh mendakwa/ didakwa/ memegang harta di atas nama setiausaha / lain2 pegawai badan / persatuan yang dilantik dengan sewajarnya bagi tujuan itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat / tempat perniagaan utamanya di Malaysia.

Syarikat asing yang berminat untuk menubuhkan perniagaan di Malaysia mestilah mendaftarkan di Malaysia. Sek 332 (1) Akta Syarikat menyenaraikan dokumen yang perlu diserahsimpan dengan Pendaftar Syarikat untuk tujuan pendaftaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 9: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 2 : Kontrak Pra-Perbadanan 2.0 Pra-Perbadanan syarikat Kita boleh melihat masalah transaksi/ kontrk2 yang dilaksanakan sebelum penubuhan sesebuah syarikat itu dari dua aspek iaitu kesan undang2 dari perspektif undang2 Inggeris dan peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965 2.1 Transaksi (kontarak-kontrak) Pra-Perbadanan Syarikat di bawah Undang-undang Inggeris (Common Law) Menurut Common Law, sesebuah syarikat tidak akan bertanggungan terhadap kontrak-kontrak yang dimasuki oleh syarikat tersebut sebelum pembentukan/penubuhannya. Ini disebabkan tiada principal yang akan bertanggungan terhadap semua perbuatan, tindakan ejennya kerana pada masa itu syarikat masih lagi belum wujud. Pihak yang memasuki kontrak bagi pihak syarikat juga tidak boleh mengakui dirinya sebagai ejen. Di samping itu di bawah Common Law, pengesahan juga tidak boleh dibuat terhadap kontrak yang dimasuki sebelum sesebuah syarikat ditubuhkan. Di dalam kes Newborne lwn Sensolid (Great Britain) Ltd. 1954 1 QB Court Of Appeal telah menggariskan kaedah am yang terpakai berhubung dengan isu kontrak-kontrak yang dibuat sebelum pembentukan sesebuah syarikat Newborne telah berkontrak untuk menjual 200 daging dalam tin kepada Sensolid (Great Britain) Ltd. Kotrak ini adalah bagi pihak Leopold Newborne (London) Ltd. sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Pasaran bagi daging dalam tin kemudiannya telah merosot dan ini menyebabkan Sensolid enggan untuk meneruskan pembelian daging dalam tin tersebut. Newborne telah mengambil tindakan undang2 di mahkamah. Isunya ialah samada kontrak penjualan daging dalam tin oleh Newborne yang mewakili Leopold Newborne sebuah syarikat yang belum ditubuhkan merupakan satu kontark yang sah? Mahkamah Rayuan England telah memutuskan bahawa kontrak2 yang dilaksanakan sebelum pembentukan sesebuah syarikat adalah merupakan kontrak yang tidak mengikat bagi Sensolid kerana Leopold Newborne masih lagi belum dibentuk semasa kontrak itu dibuat. Newborn sendiri tidak boleh mendakwa kerana syarikat itu hanyalah merupakan ejen sahaja kepada Leopold Newborne. Di dalam kes Black lwn Smallwood (1996) 117 CLR 52, Black telah memasuki kontrak untuk menjual tanah kepada Western Suburbs Holdings Pty Ltd. dimana Smallwood dan Cooper adalah merupakan pengarah2nya. Walau bagaimanapun, syarikat tidak lagi ditubuhkan pada waktu kontrak dimasuki walaupun kesemua pihak mempercayai ia telah ditubuhkan. Smallwood Dan Cooper kemudiannya enggan meneruskan kontrak itu. Black mengambil tindakan ke atas mereka di atas alasan bahawa mereka adalah ejen bagi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 10: P3120 - Undang-Undang Syarikat

principal yang belum lagi wujud. Mahkamah Tinggi Australia memutuskan, sesebuah syarikat yang belum ditubuhkan adalah tidak layak untuk mempunyai ejen, jadi syarikat / penandatangan kepada kontrak adalah tidak bertanggungan. 2.2 Transaksi (kontrak-kontrak) Pra-Perbadanan Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 Sek 35 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan ; ‘(1) apa2 kontrak / lain2 transaksi yang berupa dibuat oleh syarikat sebelum penubuhannya boleh disahkan oleh syarikat selepas penubuhannya dan dengan pengesahan itu, syarikat adalah terikat oleh dan berhak kepada faedahnya seolah2 ia telah wujud pada tarikh kontrak / lain2 transaksi dan merupakan suatu pihak kepada kontrak / transaksi2 lain itu’ ‘(2) sebelum ratifikasi oleh syarikat itu,orang / orang2 yang berupa bertindak atas nama / bagi pihak syarikat hendaklah dalam ketiadaan perjanjian nyata yang berlawanan, terikat secara peribadi dengan kontrak atau lain2 transaksi itu dan berhak mendapat faedah2nya’ Menurut peruntukan di bawah Sek 35 (1) Akta Syarikat 1965, ia membenarkan ratifikasi (pengesahan) ke atas kontrak yang dibuat sebelum pembentukan sesebuah syarikat. Walaubagaimanapun, ratifikasi ini hanya boleh dilaksanakan jika syarat2 di bawah ini dipenuhi : -

a. kontrak tersebut mestilah dimasuki oleh syarikat tersebut / sesiapa sahaja yang mewakili syarikat tersebut (ejen) sebelum pembentukan syarikat itu.

b. Syarikat tersebut mestilah meratifikasikan kontrak itu setelah pembentukannya. Kesan undang2 bagi ratifikasi kontrak pra perbadanan syarikat akan menyebabkan syarikat tersebut bertanggungan terhadap kontrak itu. Masalah yang mungkin timbul ialah apabila syarikat yang membuat ratifikasi adalah syarikat yang berbeza namanya daripada syarikat yang melaksanakan kontrak. Untuk menyelesaikan persoalan ini dua perkara perlu diambilkira iaitu dengan melihat samada syarikat yang meratifikasi kontrak itu adalah syarikat yg melaksanakan kontrak tersebut dan juga melihat identitit korporater dan objektif penubuhan syarikat. Di dalam kes Cosmic Insurance Ltd. Lwn Khoo Chiang Poh (1981) 1 MLJ 61 (Privy Council Singapore) isu berhubung dengan ratifikasi telah diperbincangkan Cosmic telah dibentuk oleh 12 orang penaja yang kemudiannya telah melantik Khoo sebagai Pengarah Urusan Syarikat. Surat perlantikan itu berbunyi : -

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 11: P3120 - Undang-Undang Syarikat

‘Khoo akan menjadi pengarah urusan syarikat seumur hidup kecuali beliau meletakkan jawatan, meninggal dunia atau disabitkan kesalahan di bawah Akta Syarikat atau beliau dilarang dari menjadi pengarah urusan mengikut Akta Syarikat setelah disabit kesalahn’ Setelah penubuhan syarikat tersebut, 1 resolusi telah diluluskan : - Adalah dipersetujui bahawa Khoo dilantik menjadi pengarah urusan dan akan memegang jawatan seumur hidup mengikut Artikel dan Memorandum Persatuan dan beliau adalah bertanggungjawab terhadap Lembaga Pengarah. Artikel Persatuan syarikat mengandungi peruntukan iaitu Khoo akan memegang jawatan Pengarah Urusan sehingga beliau luput dari memegang jumlah saham yang ditetapkan oleh syarikat. Kemudian telah berlaku pertelingkahan di antara Khoo dan Lembaga Pengarah dan syarikat kemudiannya teleh memecat Khoo. Samada surat perlantikan daripada 12 orang penaja syarikat adalah merupakan kontrak pra pembentukan syarikat? Sekiranya surat itu adalah kontrak pra pembentukan syarikat adakah syarikat telah meratifikasikannya setelah pembentukan syarikat tersebut? Majilis Privy Singapore telah memutuskan bahawa surat perlantikan oleh 12 orang penaja itu adalah merupakan kontrak pra pembentukan syarikat dan syarikat tersebut telahpun meratifikasikannya selepas pembentukan apabila resolusi diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 12: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 3 : Penubuhan Syarikat 3.0 Penubuhan Syarikat

A. Nama Syarikat Perkara pertama yang harus dilakukan untuk menubuhkan syarikat ialah dengan membuat tempahan nama bagi syarikat. Menurut Sek 16 (1) Akta Syarikat 1965, seseorang yang ingin menubuhkan syarikat mestilah menyerahsimpan dengan Pendaftar Syarikat, memorandum dan artikel syarikat (sekiranya ada) yang dicadangkan itu. Syarikat Berhad Oleh Syer mempunyai opsyen untuk menghantar / tidak menghantar artikel persatuannya sendiri. Sekiranya syarikat ini tidak menghantar artikel persatuannya, maka Susunan A jadual 4 akan terpakai automatic Sementara itu Sek 18 (1) Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa nama syarikat hendaklah dinyatakan di dalam memorandum persatuan Menurut Sek 22 (6) Akta Syarikat 1965, sebelum sesebuah syarikat ingin didaftarkan, syarikat tersebut mestilah membuat tempahan nama terlebih dahulu di pejabat Pendaftar Syarikat. Sek 22 (7) pula menyatakan jika Pendaftar berpuashati tentang bona fide permohonan itu dan nama itu boleh didaftar tanpa melanggar subseksyen (1), dia hendaklah menrizabkan nama yang dicadangkan untuk tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan diserahsimpan. Mengikut kelazimannya, mahkamah tidak akan campur tangan berhubung dengan tempahan nama syarikat. Ini adalah kerana Pendaftar Syarikat mempunyai kuasa samada untuk menerima tempahan atau menolak temapahan nama syarikat yang dibuat. Namun begitu, sekiranya keputusan yang diambil oleh Pendaftar Syarikat menyalahi peruntukan undang2 / Pendaftar dipengaruhi oleh unsur2 yang bersalahan dengan undang2 semasa membuat keputusan berhubungan dengan penerimaan dan penolakkan tempahan nama syarikat ini, barulah mahkamah akan campur tangan. Sek 4 Akta Syarikat memberikan definisi syarikat sebagai syarikat yang ditubuhkan menurut Akta ini atau mengikut mana2 enakmen yang sama pada masa lalu. Kuasa dan liability syarikat sebaik sahaja selepas penubuhannya ialah, ia mempunyai entity berasingan dari orang2 yang menubuhkannya. Dalam kebanyakkan keadaan, syarikat diiktiraf oleh undang2 sebagai mempunyai kuasa dan liability sebagai seorang individu.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 13: P3120 - Undang-Undang Syarikat

B. Syarikat boleh memiliki hartanya sendiri Walaupun Sek 16 (5) Akta Syarikt, hanya menyebut tentang ‘tanah’ sahaja, tetapi dalam erti kata sebenrnya, syarikat juga boleh memiliki harta benda yang lain. Walaupun seseorang ahli itu mungkin merupakan pemegang saham terbesar atau memiliki kesemua saham syarikat, ini bukanlah bererti harta syarikat adalah milik peribadi beliau. Di dalam kes Macaura lwn Northern Assurance Co. Ltd. (1925) AC 619 (HOL). Macaura memiliki sebuah ladang di Ireland. Beliau telah menjual semua kayu-kayan (balak) yang ada di ladang tersebut kepada sebuah syarikat iaitu Irish Canadian Sawmills Ltd. Semua saham di dalam syarikat ini adalah kepunyaan beliau dan penama2 beliau. Beliau juga merupakan pemiutang bg syarikat tersebut. Macaura telah m’insurankan semua kayu kayan yang ada di ladangnya itu atas nama beliau. 2 minggu selepas beliau m’insurnkan kayu-kayan itu,ladang tersebut telah mengalami kebakaran yang menyebabkan kemusnahan kayu-kayan diladang tersebut. Macaura telah membuat tuntuntan gantu rugi dari syrikat insuran tetapi syarikat insuran enggan membuat pembayaran. Persoalannya ialah samada Macaura boleh membuat tuntutan pampasan terhadap kayu2 balak kepunyaan Irish Canadian Sawmills Ltd yang musnah akibat kebakaran tersebut? House of Lords telah memutuskan bahawa, apabila Macaura telah menjualkan kayu2 blak tersebut, ini menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai kepentinagn lagi terhadap kayu2 balak tersebut. Oleh itu syarikat insuran adalah tidak bertanggungan untuk membayar pampasan kepada Macaura.

C. syarikat boleh mendakwa dan didakwa apabila sesebuah syarikat itu ingin membuat dakwaan / didakwa oleh pihak lain yang berurusan dengannya, maka dakwaan tersebut perlulah menggunakan nama syarikat sendiri bukannya nama ahli bagi syarikat tersebut. Begitu juga bagi ahli, di mana mereka tidak boleh menggunakan nama snediri untuk membuat dakwaan bagi pihak syarikat. Di dalam kes Foss lwn Harbottle (1843) 2 HARE 461, 2 orang pemegang saham di Victoria Park Company telah mengambil tindakan undang2 terhadap pengarah syarikat dan beberapa orang yang lain. Mereka mendakwa bahawa set/ harta syarikat tersebut telah disalahgunakan. Isu yang timbul ialah samada 2 orang pemegang saham itu layak untuk membuat dakwaan bagi pihak syrikat? Mahkamah telah memutuskan bahawa penyalahgunaan harta tersebut adalah merupakan 1 kerugian kepada syarikat, bukannya kepada ahli2 syarikat tersebur. Ahli syarikat dan syarikat mempunyai entity yang berbeza. Justeru itu, mereka tidak layak untuk membuat dakwaan tersebut. Sepatutunya syarikat itu sendiri yang mendakwa pihak2 yang terlibat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 14: P3120 - Undang-Undang Syarikat

D. Jangka hayat adalah kekal sesebuah syarikat itu tidak akan mengalami pembubaran akibat dari kematian salah seorang atau kesemua ahli2nya. Syarikat akan sampai ke pengakhiran hayatnya apabila syarikat tersebut m’alami penggulungan ataupun pendaftar syarikat memberikan perintah penggulungan. Di dalam kes Re Noel Tedman Holding Pty Ltd. (1967) Qdr 561, syarikat hanya mempunyai 2 orang ahli yang merupakan suami isteri. Kedua2 mereka ini merupakan pengarah syarikat tetapi malangnya mereka telah meniggal dunia akibat kemalangan. Anak tunggal mereka terselamat di dalam kemalangan itu. Masalah timbul kerana artikel memerlukan kebenaran dari pengarah sebelum syer boleh dipindahmilik menurut wasiat si mati. Kebiasaanya, masalah ini akan selesai dengan perlantikan pengarah baru tetapi di dalam kes ini, pengarah baru tidak boleh dilantik kerana tiada ahli yang akan mengundi. Mahkamah telah membenarkan wakil peribadi kepada kedua-dua si mati untuk melantik pengarah baru bagi membolehkan pengarah tersebut memberikan keizinan untuk memindahkan saham kepada waris mereka.

E. Tanggungan/liability ahli-ahli syarikat adalah terhad Tanggungan/ liability ahli2 syarikat terhadap hutang syarikat adalah ditanggung oleh syarikat itu sendiri Di dalam kes Re Application by Yee Yut Ee (1978) 2 MLJ 142, Yee adalah seorang setiausaha bagi Trans Market Research Pte. Ltd. Syarikat ini adalah anak syarikat bagi sebuah perbadanan Amerika Syarikat ini telah memberhentikan pekerja2nya dan kes ini telah dirujuk ke mahkamah industri. Semasa penghakiman dilaksanakan, tiada wakil dari syarikat yang hadir dan penghakiman yang diberikan memihak kepada pekerja2. Yee kemudiannya telah dilantik menjadi wakil kepada syarikat TMR. Mahkamah industri telah memutuskan bahawa Yee adalah bertanggungan secara peribadi terhadap hutang2 syarikat Adakah Yee bertanggungan secara peribadi terhadap hutang syarikat? Mahkamah tinggi memutuskan bahawa Yee adalah tidak bertanggungan secara peribadi terhadap hutang syarikat TMR kerana syarikat dengan ahli2 adalah mempunyi entity yang berasingan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 15: P3120 - Undang-Undang Syarikat

3.1 Prinsip Pengenepian Tirai Perbadanan Prinsip pengenepian tirai perbadanan adalah merupakan pengecualian kepada ciri2 istimewa sesebuah syarikat iaitu mempunyai keperibadian yang tersendiri / berasingan daripada ahli2 syarikat tersebut Prinsip ini memberi maksud bahawa mahkamah di dalam membuat sebarang keputusan berhubung dengan keperibadian berasingan sesebuah syarikat akan melihat pihak atau individu yang memainkan peranan utama di belakang tirai perbadanan Tujuannya adalah untuk membolehkan pihak atau individu yang memainkan peranan penting itu (kontroler) bertanggungjawab terhadap segala tindakan syarikat Prinsip pengenepian tirai perbadanan ini boleh dibahagikan kepada 2 pengecualian iaitu :

a. Pengecualian statutory (berkanun) b. Pengecualian kehakiman

a. Pengecualian statutory

1. syarikat tidak boleh menjalankan perniagaannya sekiranya keahlian syarikat

adalah kurang daripada 2 orang ahli. Kenyataan ini merujuk kepada Sek 36 Akta Syarikat. Oleh itu, syarikat yang mempunyai keahlian kurang daripada 2 orang ahli akan menyebabkan ahli yang seorang itu bertanggungan secara peribadi terhadap tindakan/perbuatan syarikat. Tanggungan ini hanyalah terhad kepada hutang2 yang dibuat selepas 6 bulan pertama bilamana keahlian syarikat iu hanya tinggal seorang

2. Sek 121 (2) Akta Syarikat menyatakan bahawa pegawai bagi sesebuah syarikat akan bertanggungan peribadi sekiranya beliau menandatangani/ mengeluarkan sebarang surat cara boleh niaga, surat janji hutang/ pesanan/ pengesahan keatasnya di mana nama syarikat tidak dicatat

3. merujuk kepada Sek 303 (3) & 304(2) Akta Syarikat, seseorang pegawai yang berhutang bagi pihak syarikat beliau semasa melaksanakan tindakan itu berkepercayaan bahawa syarikat itu tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikn hutang2 itu

4. sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang bertujuan untuk melakukan perbuatan menipu/frod, membolehkan mahkamah mengisytiharkan sesiapa yang merupakan salah seorang pegawai yang menjalankan aktiviti itu bagi pihak syarikat, akan bertanggungan secara peribadi. Kenyataan ini merujuk kepada Sek 304 (1) Akta Syarikat

5. merujuk kepada Sek 365 (2) (b) Akta Syarikat pula menyatakan dividen hanya boleh dibayar kepada pemegang2 saham syarikat apabila syarikat tersebut memperolehi keuntungan. Maka pengarah yang mengisytiharkan dividen bagi syarikat yang tidak mendapat keuntungan, akan bertanggungan sendiri ke atas amaun dividen yang diisytiharkannya itu

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 16: P3120 - Undang-Undang Syarikat

6. Sek 67 (3) Akta Syarikat memperuntukkan, seseorang pegawai yang melanggar larangan terhadap syarikat daripada memberi bantuan kewangan kepada pihak lain untuk membeli sahamnya sendiri, akan bertanggunagn secara peribadi terhadap pembuatannya.

7. Sek 140 (1) Akta Cukai Pendapatan membenarkan Ketua Pengarah Lembaga Hasil untuk tidak mengambil kira transaksi2 yang mempunyai kesan pengelakan cukai. Di dalam hal ini, prinsip pengenepian tirai perbadanan akan terpakai

b. Pengecualian Kehakiman Tujuan pengecualian kehakiman terhadap prinsip keperibadian korporat yang berasingan adalah untuk melihat individu/ pihak yang memainkan peranan di belakang tabir perbadanan Lord Halsbury di dalam kes Salomon teah menutarakan kaedah berikut : - ‘ whether it is within the legislative intent of the Companies Act that the company should be treated as a person separate from its members and controllers in the situation under consideration. If the legislative intention doesn’t necessitate the separation of the company and us members, they may be treated as one’ 1. Syarikat hanya sebagai satu alat untuk melakukan penipuan atau mengabaikan

tanggungjawab Kadang-kala, sebuah syarikat itu diperbadankan untuk sesuatu tujuan yang bertentangan dengan undang2/ ianya dijadikan alat untuk melakukan penipuan. Seseorang individu menggunakan syarikat untuk melarikan diri daripada melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukan oleh undang2. sekiranya perkara ini berlaku, mahkamah boleh mengambil tindakan secara peribadi kepada individu tersebut.

Di dalam kes Gilford Motor Company lwn Horne (1933) CH. 935, Horne adalah merupakan bekas pengarah urusan bagi syarikat plaintif. Beliau telah menandatangani perjanjian ‘restain of trade’ dengan syarikat plaintif untuk tidak menarik pelanggan2 syarikat apabila beliau tidak lagi berkhidmat dengan syarikat tersebut

Walau bagaimanapun, apabila beliau meninggalkan syarikat plaintif, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat JM Home & Co. Ltd. dan melantik isterinya dan seorang yang lain sebagai pengarah2nya. Mereka telah menggunakan syarikat tersebut untuk menarik pelanggan syarikat plaintif

Adalah syarikat plaintif boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap Horne secara peribadi?

Mahkamah Rayuan di England telah memberikan injunksi terhadap Horne dan syarikat beliau kerana beliau telah memungkiri perjanjian beliau dengan syarikat plaintif.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 17: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Sementar itu di dalam kes Jones lwn Lipman (1962) A11 ER 442, pada mulanya Lipman telah bersetuju untuk menjual sebuah rumah kepada Jones. Kemudianya Lipman cuba lari dari tanggungjawab terhadap Jones degan menjual dan memindahkan hak milik rumah itu kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Syarikat ini pada hakikatnya dikuasai oleh Lipman sendiri. Mahkamah memutuskan bahawa Lipman dan syarikat yang baru ditubuhkan itu hanyalah merupakan satu alat untuk melarikan diri dari tanggungjawabnya.

2. Syarikat bertindak sebagai ejen bagi syarikat yang lain

Di dalam kes Aspatra Sdn. Bhd. Lwn Bank Bumiputra Malaysia Bhd. (1988) 1 MIJ 97, BBMB dan anak syarikatnya BMF telah mendakwa Lorrain kerana menerima keuntungan rahsia semasa beliau memegang jawatan pengarah di BBMB dan pengerusi BMF. BBMB dan BMF juga telah membuat permohonan ex parte untuk mendapatkan injuksi Mareva untuk menghalang Lorrain dari memindahkan aset2nya ke luar negeri. Injuksi ini juga memberi kesan kepada Aspatra perintah Anton Piller juga telah dikeluarkan oleh mahkamah terhadap Aspatra. Aspatra telah membuat bantahan terhadap kedua2 perintah mahkamah ini kerana syarikat berpendapat mahkamah tidak seharusnya beranggapan bahawa aset2 syarikat adalah merupakan aset2 peribadi Lorrain kerana syarikat dan Lorrain adalah mempunyai entity yang berasingan Mahkamah memutuskan bahawa antara Lorrain dan Aspatra mempunyai entity yang sama kerana Lorrain merupakan orang yang memainkan peranan penting di belakang tebir syarikat Aspatra. Oleh itu mahkamah akan mengenepian tirai perbadanan demi untuk keadilan

3. Syarikat hanya sebagai topeng untuk melindungi fakta sebenar Di dalam kes RE FG (Films) Ltd. (1953) 1 WLR 483, 90% daripada saham syarikat adalag dipegang oleh A, seorang Amerika dan 10% adalah dipegang oleh B, seorang British. Syarikat ini tidak mempunyai pejabat yang tetap selain daripada alamat yang didatarkan. Syarikat juga tidak mempunyai pekerja2. syarikat ini telah mengeluarkan sebuah filem yang berjudul ‘MOONSOON’. Melalui perjanjian di antara sayarikat dengan sebuah syarikat Amerika yang dikenali sebagai FGI. FGI membiayai perbelanjaan di dalam bentuk kewangan dan juga peralatan2 bagi pembuatan file mini. Syarikat telag mendaftarkan filen ‘MOONSOON’ ini sebagai filem keluaran British di bawah Akta Sinematografi Filem 1938-48. Walau bagaimanapun pihak pendaftar telah enggan melaksanakan pendaftaran memandangkan dari segi pegangan saham dan individu yang sebenrnya yang memainkan peranan penting di sebalik syarikat bukanlah orang British sendiri Mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan Lembaga Pendaftaran Filem adalah benar

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 18: P3120 - Undang-Undang Syarikat

4. Mahkamah menggunakan dasar equiti dan analogi Sekiranya mahkamah merasakan ianya adil dan berekuiti untuk mengetahui siapakah yang sebenarnya yang mempunyai kepentingan disebalik tabir perbadanan, mahkamah bolehlah mengenepikan tabir tersebut. Keadaan ini dapat dilihat apabila mahkamah ingin memberikan perintah penggantungan pelaksanaan ( stay of execution). Di dalam keadaan ini, mahkamah akan mengenepian tabir perbadanan dan pandangan mahkamah tidak akan dikaburi oleh topeng2 persyarikatan yang ditubuhkan untuk tujuan yang menyalahi undang2 Kes yang boleh dirujuk ialah Orri lwn Moundreas (1981) Com LR 168

5. Kumpulan syarikat-syarikat Syarikat induk dan anak syarikat adalah mempunyai entity yang berasingan di antara satu sama lain. Di dalam keadaan2 yang dinyatakan terdahulu daripada ini, mahkamah akan menganggap bahawa syarikat induk dan anak syarikat adalah mepunyai entity yang sama Di dalam kes DHN Food Distributors Ltd lwn Tower Hamlets London Borough Council (1976) 1 WLR 852, terdapat tiga syarikat yang menjalankan perniagaan. Perniagaan itu dipunyai oleh DHN sendiri tetapt tempat di mana perniagaan itu dijalankan dipunyai oleh anak syarikat iaitu Bronze Investment Ltd. Sementara itu, kenderaan yang digunakan dipunyai oleh DHN Food Transport Ltd. yang juga merupakan anak syarikatnya. Tidak berapa lama kemudian, tanah di mana tempat perniagaan itu dijalankan, telah diambil oleh Tower Hamlet London Borough Council atas alas an bahawa DHN dan anak syarikatnya mempunyai 2 entiti yang berbeza, maka DHN tidak mempunyai kepentingan dalam hal ini. Mahkamah Rayuan menolak pendapat ini dan menganggap syarikat2 ini sebagai satu. Ini bermakna pihak DHN berhak untuk memohon gantirugi Sementara itu, di dalam kes Hotel Jaya Puri Bhd lwn National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers (1980) 1 MLJ 109, restoran yang diperbadankan pada tahun 1974 adalah merupakan anak syarikat kepada Hotel Jaya Puri Bhd. Restoran ini telah ditutup pada tahun 1976 dan pekerja2nya telah diberhentikan. Pekerja2 itu meminta ganti rugi daripada Hotel Jaya Puri Bhd. Mahkamah Buruh telah memerintahkan pihak hotel supaya membayar ganti rugi kepada pekerja2 yang telah diberhentikan itu. Hotel jaya Puri Bhd membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi memutuskan, walaupun hotel dan restoran itu secara amnya adalah dua entity yang berbeza tetapi hakikatnya, kedua-dua syarikat itu adalah dua syarikat yang beroperasi sebagai satu. Maka, Hotel Jaya Puri Bhd. diarahkan untuk membayar ganti rugi tesebut

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 19: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Di dalam menentukan samada kumpulan syarikat itu mempunyai entity yang sama ataupun tidak, kebiasaannya mahkamah akan melihat kepada persamaan dari segi keempunyaan dan jga persamaan dari segi kawalan. Sekiranya perkara ini tidak wujud. Kedua2 syarikat ini tidak boleh dianggap sebagai mempunyai entity yang sama.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 20: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 5 : Memorandum Persatuan 5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan memorandum persatuan? Memorandum persatuan ialah perlembagaan/ piagam sesebuah syarikat. Kadang kala ia juga disebut sebagai tatawujud syarikat. Memorandum ini ialah suatu dokumen yang wajib di daftarkan dengan Pendaftar Syarikat (ROC). Ini adalah keperluan di bawah peruntukan Sek 16 (5) Akta Syarikat Jika ada apa2 percanggahan antara peruntukan di dalam memorandum dengan peruntukan artikel persatuan, maka peruntukan di dalam memorandum persatuan lah yang akan diutamakan. 5.2 Ciri-ciri memorandum persatuan

Ianya perlu dicetak Dibahagi mengikut perenggan Bertarikh Mempunyai sekurang2nya dua penandatangan (Sek 14 (1) Akta Syarikat)

Perkara2 yang perlu dinyatakan di dalam memorandum mengikut Sek 18 (1) Akta Syarikat ialah : -

Nama syarikat Objek-objek syarikat Bagi syarikat yang dihadkan oleh syer, nyatakan jumlah syer modal (jika ada) Bagi syarikat berhad menurut syer, nyatakan tanggungan ahli2 adalah terhad Bagi syarikat berhad menurut gerenti, nyatakan tanggungan ahli2 terhad mengikut

gerenti yang diberikan Nyatakan nama, alamat dan pekerjaan penandatangan2 memorandum Nyatakan bahawa penandatangan2 memorandum adalah berniat menubuhkan

syarikat mengikut peruntukan memorandum tersebut Sek 18 (1) (a) – (b) adalah merupakan peruntukan minima yang diperlukan di dalam sesuatu memorandum itu. Sesebuah syarikat boleh membuat peruntukan tambahan kepada peruntukan minima ini. Misalnya, syarikat boleh menambahkan suatu peruntukan yang mengehadkan jumlah ahli maksima di dalam syarikat tersebut. Kebaikan peruntukan tambahan ini ialah memorandum persatuan tidak boleh dipinda sesuka hati kecuali pindaan itu mengikut peruntukan di dalam Akta Syarikat. Jika tidak ada peruntukan di dalam Akta Syarikat yang membenarkan sesuatu fasal di dalam memorandum itu dipinda, maka fasal tersebut tidak boleh dipinda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 21: P3120 - Undang-Undang Syarikat

5.3 Doktrin Ultra Vires Antara perkara yang perlu di nyatakan di dalam memorandum ialah tujuan / objek sesebuah syarikat itu itubuhkan. Jika sebuah syarikat membuat suatu tindakan/ menjalankan suatu urusan yang tidak dikuatkuasakan / tidak berkaitan dengan tujuan/ objek yang dinyatakan di dalam fasal memorandum, maka ianya adalah dikatakan telah bertindak secara ultra vires. Tindakan / urusan sedemikian boleh dikaji di dalam dua kedudukan iaitu di bawah Common Law dan di bawah Akta Syarikat 1965.

Mengikut Common Law

i. Suatu urusan/ tindakan syarikat yang ultra vires adalah tidak sah Kes Ashbury Railway Carriage & Iron Co Ltd lwn Riche (1875) LR 7 HL 653, syarikat telah ditubuhkan dengan tujuan membuat, menjual, meminjam atau menyewa gerabak kereta api. Syarikat juga boleh bertindak sebagai juru mekanik dan kontraktur. Walau bagaimanapun, pengarah2 syarikat telah membuat suatu perjanjian untuk membiayai pembinaan suatu landasan keretapi di Belgium. Perjanjian tersebut kemudiannya telah disahkan di dalam mesyuarat agung syarikat oleh semua ahli. Mahkamah tetap memutuskan bahawa perjanjian itu adalah ultra vires dan tidak sah. Syarikat juga tidak boleh mengesahkan perjanjian tersebut di dalam mesyuarat agungnya.

ii. Syarikat tidak boleh didakwa berasaskan suatu kontrak ultra vires Kes Re Jon Beauforte adalah berkenaan dengan sebuah syarikat di mana objek syarikat ialah menjalankan perniagaan kain baju, membuat baju dan urusan2 yang lain yang hampir sama. Syarikat telah memulakan perniagaan membuat “veneered panel’s” iaitu sejenis plywood. Mereke telah membina sebuah kilang untuk perniagaan baru ini dan telah menempah arang batu untuk kilang tersebut. Seorang pembekal arang batu telah membekalkan arang batu secara kredit. Syarikat kemudiannya mengalami kegagalan dan terpaksa dibubarkan. Likuidator telah menolak hutang terhadap pembekal arang tersebut. Mahkamah memutuskan bahwa pembekal arang itu tidak dapat menuntut hutangnya kerana dia telah mendapat notis yang mencukupi bahawa arang batu itu akan digunakan untuk tujuan ultra vires. Ini adalah kerana surat dari syarikat menempah arang batu itu telah tercatat dengan perkataan “ pengeluar veneered panel’s”

iii. syarikat tidak boleh mendakwa pihak lain daripada suatu kontrak ultra vires

iv. orang luar yang bertindak secara suci hati juga tidak boleh bergantung kepada alasan bahwa dia tidak mendapat notis tantang ketiadaan kuasa syarikat. Undang2 mengambil pendirian bahawa oleh kerana memorandum adalah berdaftar dengan Pendaftar Syarikat dan dibuka untuk pemeriksaan maka orang luar adalah mempunyai motis konstruktif tentang ini kandungannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 22: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Apakah kedudukannya jika syarikat melakukan tindakan yang di dalam kuasa syarikat tetapi kuasa itudigunakan untuk tujuan yang tidak sah? Kes Re Introduction Ltd. (1970) Ch 199 (Court Of Appeal, England), di dalam kes ini syarikat telah memulakan perniagaan menyediakan perkhidmatan pelancongan untuk “ Festival of Britain” pada tahun 1951. pada tahun 1960 syarikat telah menukarkan perniagaannya kepada perniagaan ‘ pgi breeding’. Memorandum persatuan ada memperuntukan satu fasal yang memberi kuasa kepada syarikat untuk meminjam/ mendapatkan wang dengan apa cara yang dianggap patut oleh syarikat. Syarikat kemudiannya telah meminjam wang dengan cara cagaran dari sebuah bank yang mempunyai 1 salinan memorandum syarikat tersebit. Bank kemudiannya ingin menguatkuasakan pinjaman tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa pinjaman tersebut adalah ultra vires. Walaupun fasal peminjaman itu memberi kuasa kepada syarikat untuk meminjam wang tetapi kuasaitu mestilah digunakan untuk maksud/ tujuan yang sah. Keputusan kes ini dikatakan sebagai “ the wide view” (pandangan luas) Namun begitu keputusan dari kes ini telah diikuti id dalam kes yang kemudiannya iaitu kes Rolled Steel Products (Holding) Ltd lwn BritishSteel Corp (1984) BCLC 466 (Court of Apeeal, England). Keputusan dari kes ini di anggap sebagai “ narrow view”. Untuk maklumat yang lebih, sila baca kes berkenaan.

Doktrin ultra vires di dalam Akta Syarikat 1965 Sek2 yang berkaitan dengan doktrin ultra vires di dalam Akta Syarikat ialah Sek 20 (1), 20 (2) (a), (b), (c) dan 20 (3). Sek 20 (1) memperuntukan ‘ tiada tindakan yang didakwakan sebagai tindakan syarikat…..boleh menjadi tak sah hanya dengan sebab fakta yang syarikat itu tidak mempunyai keupayaan atau kuasa membuat tindakan itu…..’. Ini bermakna, jika syarikat melakukan sesuatu tindakan di luar kuasa syarikat (bertindak secara ultra vires), tindakan itu adalah sah. Sek ini seolah2 mengenepikan doktrin ultra vires di bawah Common Law. Walau bagaimanapun, Sek kecil (2) menyentuh tiga keadaan dimana doktrin ultra vires itu masih terpakai di Malaysia.

1. Sek 20 (2) (a) – seorang ahli syarikat atau di mana syarikat telah mengeluarkan debenture yang didapati dengan suatu cagaran terapung, maka pemegang mana2 debentur tersebut/ pemegang amanah kepada pemegang2 debentur yang disebut tadi bolehlah mendakwa syarikat untuk menyekatnya dari mengambil sebarang tindakan yang di luar kuasa syarikat. Orang2 yang disebut di atas bolehlah memohon untuk mendapat tegahan/ injuksi bagi memberhentikan suatu tindakan ultra vires itu. Perlulah diingatkan Sek ini hanya boleh digunakan untuk tegahan yang dibuat terhadap tindakan ultra vires yang hampir dijalankan. Ini dapat dilihat di dalam kes Hawkesbury Development Co Ltd lwn Landmark Finance Pty Ltd (1969) 2 NSWR 786. di dalam kes ini H memegang kesemua saham dalam LF. LF telah mengeluarkan dua debenture kepada United Dominion Corp (UDC). H memohon supaya mahkamah mengistiharkan pengeluaran kedua2 debentur tersebut sebagai tak sah kerana ianya adalah ultra vires objek syarikat. H juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan tegahan terhadap UDC daripada menguatkuasakan debentur2 tersebut. Persoalannya, bolehkah H

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 23: P3120 - Undang-Undang Syarikat

memohon mahkamah mengeluarkan tegahan terhadap UDC? Mahkamah memutuskan, walaupun tindakan tersebut adalah ultra vires, H tetap tidak boleh memohon mahkamah mengeluarkan tegahan terhadap UDC. UDC adalah pihak yang ketiga sementara Sek 20 (2) (a) hanya boleh digunakan ahli untuk mendakwa syarikat sahaja.

2. Sek 20 (2) (b) memperuntukan, “…….mana 2 tindakan oleh syarikat/ mana2 ahli

syarikat itu terhadap pegawai2 syarikat masa kini dan yang lepas.” Ini bermakna syarikat/ ahli2 syarikat boleh mendakwa mana2 bekas pegawai/ pegawai syarikat masa kini yang telah melakukan tindakan ultra vires. Tindakan ultra vires ini mestilah yang telah selesai/terlaksana. Ini berbeza dengan Sek 20 (2) (a).

3. Sek 20 (2) (c) memperuntukan bahawa menteri boleh membuat petisyen kepada

mahkamah untuk menggulung syarikat yang telah melakukan tindakan ultra vires 5.4 Pemindaan objek syarikat Akta Syarikat 1965 telah memperuntukan dengan tepatnya berkenaan dengan pemberian kuasa dan peraturan untuk pemindaan : -

i. fasal nama – Sek 23 Akta Syarikat 1965 ii. fasal modal – Sek 62 dan 64 Akta Syarikat 1965

iii. fasal objek – Sek 28 Akta Syarikat 1965 Sek 21 telah memperuntukan bahawa “ memorandum sesebuah syarikat boleh dipinda kesetakat dan dengan cara yang diperuntukan oleh Akta ini tetapi tidak selainnya”. Nampaknya, oleh kerana peruntukan ini fasal2 lain selain dari pada fasal nama, objek. Dan modal, jika didapati di dalam memorandum tidaklah boleh dipinda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 24: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 6 : Artikel Persatuan 6.0 Apakah yang dimaksudkan dengan artikel persatuan? Artikel persatuan ialah suatu dokumen yang menyentuh tentang urusan dalaman sesebuah syarikat iaitu ianya memperuntukan maklumat2 mengenai bagaimana syarikat perlu menjalankan urusannya. Misalnya, ia menyentuh perhubungan di antara pemegang syer sesama pemegang syer yang lain, tentang pengeluaran, perampasan dan pemindahan syer, tentang panggilan, pemindaan modal syer, notis perjalanan mesyuarat, butir2 lantikan, kuasa, tindakan pengarah, akaun, audit, dividen, pinjaman dan penggulungan. Ia juga dikenali sebagai tataurus syarikat. Tiap2 syarikat melainkan syarikat yang dihadkan menurut syer mestilah mendaftarkan artikel persatuan kepada Pendaftar Syarikat. Ini adalah keperluan di bawah Sek 29 Akta Syarikat. Akta ini juga ada memperuntukan satu set contoh artikel persatuan di dalam Susunan A kepada Jadual Ke-4. Mana2 syarikat adalah bebas meniru sebahagian/ keseluruhan daripadanya. Jika sesebuah syarikat yang dihadkan menurut syer telah tidak mendaftar artikelnya sendiri dengan Pendaftar, maka Susunan A akan terpakai secara automatik. 6.1 Ciri-ciri Artikel Persatuan

Ianya perlu dicetak Dibahagikan kepada perenggan bernombor Ditandatangani oleh setiap penandatangan kepada memorandum di hadapan

sekurang2nya dua orang saksi Ciri2 ini diperuntukan di bawah Sek 29 (2) Akta Syarikat. Di dalam kes syarikat yang tidak berhad, syarikat yang dihadkan menurut gerenti dan syarikat yang dihadkan menurut kedua syer dan gerenti, maka hendaklah mematuhi peruntukan lain yang terdapat di dalam Sek 29 (3) – (4) 6.2 Kesan Memorandum dan Artikel Persatuan Sek 33 (1) Akta Syarikat 1965 memperuntukan : “ tertakluk kepada Akta ini, memorandum dan artikel2 hendaklah apabila didaftarkan, mengikut syarikat dan ahli2nya seolah2 memorandum dan artikel2 itu masing2 telah ditandatangani dan dimeterai oleh setiap ahli dan terkandung waad2 di pihak setiap ahli untuk mematuhi semua peruntukan memorandum dan artikel2 tersebut”

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 25: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Kesan dari Sek 33 (1) yang tepat masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah. Tetapi dari keputusan2 setakat ini kesan Sek ini boleh dikaji dari 3 aspek : -

1. kesan kontrak antara syarikat dengan ahli2 2. kesan kontrak antara ahli sesama ahli 3. perhubungan antara syarikat dengan orang luar

1. Kesan kontrak antara syarikat dengan ahli-ahli

Artikel dan memorandum adalah menjadi kontrak yang mengikat tiap2 ahli kepada syarikat. Di dalam kes Hickman lwn Kent (1951) 1 Ch 881, faktanya adalah seperti berikut : suatu peruntukan di dalam artikel sebuah syarikat telah memperuntukan bahawa, “ apabila ada apa2 perselisihan yang wujud di antara persatuan dan mana2 ahlinya, maka hendaklah perselisihan tersebut dirujuk kepada timbangtara.” H, seorang ahli di dalam syarikat tersebut telah mengambil tindakan undang2 terhadap syarikat berkaitan dengan suatu pertelingkahan mengenai pemecatannya dari syarikat tersebut. Ini adalah suatu pertelingkahan di antara H di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli dengan syarikatnya. Syarikat tersebut telah bergantung kepada Artikel berkenaan dan telah memohon supaya perbicaraan itu diberhentikan. Mahkamah memutuskan syarikat adalah berhak memberhentikan perbicaraan tersebut kerana artikel itu adalah merupakan suatu kontrak diantara H dan syarikatnya dan pertelingkahan sedemikian hendaklah dirujuk kepada timbangtara sebagaimana yang diperuntukan oleh artikel persatuan tersebut. Di dalam kes Inggeris Beattie lwn E&F Beattie Ltd (1938) Ch 708, telah diputuskan bahawa tanggungan kontrak yang wujud di antara syarikat dan ahli hanya timbul diantara syarikat dan seorang ahli di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli. Jika seorang ahli telah diberi beberapa hak di dalam kedudukan lain misalnya sebagai seorang pengarah, maka tanggungan tersebut tidak timbul. Sila rujuk kes di atas untuk maklumat lanjut.

2. Kesan kontrak antara ahli sesame ahli Tiap2 ahli adalah terikat kepada ahli2 lain melalui artikel. Di sini terdapat pertentangan pendapat undang2 mengenai kaedah ini. Apa yang Nampak jelas ialah jika artikel memberikan kepada seseorang ahli suatu hak bersendirian maka dia boleh menguatkuasakan hak tersebut diantara ahli tanpa pertolongan syarikat. Di dalam kes Rayfield lwn Hands (1960) Ch. 1, artikel persatuan sebuah syarikat sendirian telah memperuntukan “ Tiap2 ahli yang berhajat untuk memindahkan syer hendaklah memberitahu pengarah2 dan mereka akan mengambil syer tersebut sama banyak diantara mereka dengan harga yang berpatutan.” Berdasarkan kepada peruntukan artikel ini R, seorang ahli telah cuba memaksa 3 orang pengarah syarikat tersebut agar membeli syernya. Tetapi ketiga-tiga mereka enggan membeli syernya. Mahkamah memutuskan bahawa perhubungan yang diwujudkan oleh artikel itu adalah mengikat R dan pengarah2 syarikat itu sebagai di antara ahli dan ahli dan bukan sebagai di antara seorang ahli dan pengarah. Dengan itu ketiga-tiga pengarah tersebut adalah terikat untyk membeli syer R.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 26: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Di dalam kes Malaysia Wong Kim Fatt lwn Leong & Co. Sdn Bhd (1976)1 MLJ 140, peruntukan artikel persatuan syarikat berhad telah memperuntukan seperti berikut: “ pemegang kepada 7/10 daripada modal syarikat yang dikeluarkan bolehlah bila2 masa membuat permintaan kepada syarikat supaya menguatkuasakan pemindahan mana2 syer tertentu yang tidak dipegang oleh peminta…..”. Dalam kes ini syarikat mempunyai 2 pemegang syer, A dan B dimana A adalah pemegang syer minority yang memegang 50000 syer. B pula memegang 250000 syer dan dengan ini beliau adalah pemegang lebih dari 7/10 daripada modal yang dikeluarkan. B telah membuat permohonan untuk mendapatkan syer A berdasarkan peruntukan artikel tersebut tetapi A enggan menjualnya dan menuntut di mahkamah yang dia berhak untuk terus memegang syernya. Mahkamah memutuskan bahawa “…….. ianya adalah semata2 kewajipan kontrak dan pihak menuntut mestilah terikat kepada kewajipan kontrak yang beliau telah terima”. Persoalan samada adil / tidak sesuatu peruntukan artikel itu, adlah tidak relevan dalam menentukan samada artikel tersebut boleh dikuatkuasakan atau tidak. Hak dan tanggungan ahli di bawah artikel adalah merupakan kewajipan kontrak.

3. Perhubungan di antara syarikat dan orang luar Sebuah artikel tidaklah menjadi suatu kontrak di antara syarikat dan orang luar. Kes Raffles Hotel lwn Malayan Banking Bhd (No 2) (1966) 1 MLJ 206, MBB adalah tuanpunya tanah di mana Raffles Hotel didirikan. Raffles Hotel adalah penyewa kepada tanah tersebut. Peruntukan artikel persatuan syarikat ada menyebut, “ Tuanpunya tanah (MBB)mempunyai kuasa untuk melantik pengarah di dalam syarikat tersebut”. Berdasarkan artikel tersebut MBB telah melantik dirinya sendiri sebagai pengarah di dalam syarikat tersebut. Raffles Hotel telah memohon mahkamah mengistiharkan perlantikan tersebut tidak sah. Mahkamah memutuskan, memandangkan MBB adalah bukan ahli di dalam syarikat tersebut, maka peruntukan artikel tersbut tidak mewujudkan suatu kontrak yang mengikat antara Raffles Hotel dan MBB.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 27: P3120 - Undang-Undang Syarikat

6.3 Pindaan artikel persatuan Sek 311 membenarkan sesebuah syarikat tertakluk kepada peruntukan2 lain di dalam Akta Syarikat 1965 dan juga tertakluk mana2 syarat khas di dalam memorandumnya, untuk meminda/ menambah kepada artikelnya. Ini hanya boleh dilakukan melalui resolusi khas di dalam mesyurat agung syarikat. Artikel boleh dipinda tetapi ada had2nya : -

i. Pemindaan yang mengkehendaki mana2 pemegang2 syer supaya mengambil syer yang lebih atau yang menambahkan tanggungan mereka untuk menyumbang kepada modal syer adalah tidak dibenarkan oleh Akta Syarikat melainkan pemegang syer telah memberikan kebenaran bertulis sebelum/ selepas pemindaan. Ini dijelaskan di dalam Sek 33 (3) Akta Syarikat1965

ii. Di dalam keadaan2 tertentu, seorang pemegang syer/ pemegang debenture boleh

membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Sek 181 untuk mendapatkan 1 remedi dengan alasan penindasan. Di atas permohonan sedemikian, mahkamah mempunyai kuasa yang luas untuk membuat beberapa jenis perintah. Salah satu perintah yang boleh di buat ialah meminda memorandum/ artikel syarikat. Jika satu perintah telah dibuat kepada syarikat supaya meminda artikelnya, maka syarikat hendaklah jangan, tanpa kebenaran mahkamah membuat satu pindaan/ tmbhn yang tidak mengikut perintah itu.

iii. Di mana syarikat mempunyai modal dan modal dibahagikan mengikut beberapa kelas syer, maka pengeluaran kelas2 syer yang berlainan ini akan mempunyai hak2 yang berlainan juga. Misalnya, pemegang syer uatama akan mempunyai hak utama mengenai dividen dan juga keutamaan pemulangan modal semasa pembubaran syarikta. Jika hak kelas ini dimasukkan di dalam peruntukan artikel, maka fasal yang memperuntukan tentang cara untuk meminda hak kelas ini dikenali sebagai ‘ fasal variasi’. Di mana fasal variasi ini wujud di dalam peruntukan artikel, maka pemindaan hak kelas tidak boleh dibuat melainkan dengan mengikut cara yang telah diperuntukan di dalam fasal variasi tersebut

iv. Melalui prinsip ‘majority rule’, ahli2 majoriti boleh menambah/ meminda artikel

sesebuah syarikat itu. Namun begitu pemindaan artikel oleh pihak majority tidaklah boleh di buat sesuka hati. Undang2 ada memperuntukan bahawa pemindaan artikel mestilah di buat seca bona fide untuk kepentingan syarikat secara keseluruhannya. Prinsip ini akan dibincangkan di bahagian lain di dalam nota lanjutan kepada nota ini.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 28: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 7 : Debentur dan Caj (Gadaian) 7.0 Pengenalan Salah satu daripada ciri2 entiti terpisah sebuah syarikat ialah syarikat berhak untuk memiliki harta dan membuat apa2 transaksi atas namanya sendiri. Seperti individu yang melibatkan diri dalam perniagaan, syarikat juga perlu mendapatkan modal dan menambah punca kewangannya. Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh syarikat untuk mendapatkan modal ialah dengan membuat pinjaman samada daripada bank, institusi kewangan/ daripada mana2 pemiutang. Kuasa untuk meminjam selalunya dimasukkan di dalam fasal tujuan dan fasal kuasa yang didapati di dalam memorandum syarikat. Jika sekiranya tidak terdapat peruntukan sedemikian, Perkara 13 dan 15 Jadual 3 Akta Syarikat adalah terpakai, di mana diperuntukan bahawa syarikat mempunyai kuasa untuk membuat pinjaman. Pinjaman boleh dilakukan terhadap orang perseorangan/ institusi kewangan. Selain daripada itu, syarikat juga boleh mendapatkan pinjaman daripada orang ramai dengan cara mengeluarkan/ menerbitkan debenture. 7.1 Takrif dan definisi debenture Di dalam istilah undnag2, tidak terdapat definisi yang khusus untuk debenture. Di dalam kes Levy lwn Abercorris Slate & Slab Co. (1887) 37 Ch. 260, 264, Chitty J menyatakan “ A debenture means a document which either creates a debt or acknowledges it, and any document which fulfils either of these conditions is a debenture. I cannot find any precise legal definition of the term. It is not either in law or commerce a strictly technical term, or what is called a term of art.” Semestara itu, Sek 4 (1) pula memberikan takrif debenture sebagai “stak debenture, bon, nota dan lain2 sekuriti perbadanan samada merupakan cagaran ke atas aset2 perbadanan ataupun tidak” Daripada kedua2 definisi diatas, dapat dirumuskan bahawa debenture ialah sejenis dokumen pengakuan atau dokumen yang menyaksikan hutang syarikat terhadap pemiutang, di mana selalunya hutang ini akan disertai dengan satu cagaran terhadap aset2 syarikat, samada dengan satu/ lebih daripada satu cagaran. Perlu dinyatakan bahawa tidak semua dokumen yang menyaksikan hutang syarikat adalah debenture. Selalunya debenture dirujuk kepada satu kaedah untuk mendapatkan hutang bagi satu jangka masa yang panjang. Pemegang2 debentur akan mendapat faedah dari hutang/ pinjaman yang telah diberikan kepad syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 29: P3120 - Undang-Undang Syarikat

7.2 Jenis-jenis debenture Terdapat beberapa jenis debenture, antaranya ialah : -

• Debenture tunggal dan debenture siri • Debenture bercagar dan tak bercagar • Debenture berkekalan dan boleh tebus

Debenture tunggal dan debenture siri

Debenture tunggal ialah sejenis debenture yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan hutang bagi satu jangkamasa yang agak pendek, ataupun untuk tujuan mendapatkan overdraft. Selalunya ia diterbitkan kepada institusi2 kewangan Debenture siri pula ialah satu jenis debenture yang dikeluarkan untuk tempoh satu jangkamasa yang panjang dan ia boleh dikeluarkan kepada orang ramai

Debenture bercagar dan tak bercagar Sesuatu debenture yang dikeluarkan samada melalui satu cagaran atau tanpa cagaran. Cagaran adalah bertujuan sebagai satu jaminan kepada pemiutang di mana syarikat akan menjelaskan pinjaman atau hutang yang telah dibuat. Hutang2 tersebut boleh dijamin samada dengan satu atau banyak cagaran. Cagaran pula terdiri daripada cagaran tetap dan cagaran terapung.

Debenture berkekalan dan boleh tebus Syarikat juga boleh mengeluarkan debenture berkekalan atau boleh tebus. Ini telah dinyatakan di dalam Sek 72 yang memperuntukan bahawa debetur yang telah diterbitkan tidak akan menjadi tidak sah semata2 kerana debenture tersbut dibuat sabagai tidak boleh ditebus/ ianya hanya boleh ditebus jika berlaku sebarang kejadian yang telah ditetapkan. Daripada peruntukan Sek di atas dapat difahami bahawa syarikat telah menebus mana2 debentur, syarikat tersebut boleh lah menerbitkan semula debentur2 itu samada dengan menerbit semula debentur2 yang sama atau dengan menerbitkan debenture yang lain sebagai pengganti debenture yang telah ditebur. Walau bagaimanapun, kuasa untuk menerbitksn debenture tersebut adalah tertakluk kepada : -

i. Sebarang peruntukan yang berlawanan dalam artikel syarikat atau mana2 kontrak yang telah dibuat oleh syarikat

ii. Mana2 resolusi syarikat yang menyatakan niatnya untuk membatalkan debenture tersebut

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 30: P3120 - Undang-Undang Syarikat

7.3 Perlantikan pemegang amanah bagi pemegang debenture Jika sesebuah syarikat ingin mengeluarkan debenture, ia hendaklah mematuhi semua peruntukan di dalam Sek 74. Sek 74 (1) memperuntukan bahawa jika sekiranya syarikat ingin menerbitkan debenture kepada orang ramai, syarikat mestilah membuat peruntukan di dalam debenture/ surat ikatan amanah yang menyatakan bahawa pemegang debenture mestilah mempunyai pemegang amanah. Ini adalah bertujuan untuk menyenangkan urusan dan supaya hak pemegang debenture dilindungi. Pemegang debenture ialah seseorang yang mempunyai kepentingan dalam pinjaman yang dibuat oleh syarikat (pemiutang).

Syarat dan kelayakan pemegang amanah kepada pemegang debenture Pemegang amanah kepada pemegang debentur mestilah merupakan sebuah perbadanan. Ini bermaksud individu/ manusia tidak layak untuk menjadi seorang pemegang amanah. Selain daripada itu, perbadanan yang dilantik sebagai pemegang amanah hendaklah bukan/ tidak : -

a. Pemegang syer dalam syarikat meminjam b. Berkepentingan berhak kepada wang yang dipinjam oleh syarikat yang meminjam c. Satu perbadanan yang telah dimasuki satu jaminan berkaitan dengan hutang

pokok yang dijamin oleh debenture itu atau berkaitan dengan bunga hutang pokok itu. ( bukan penggernti bagi hutang syarikat)

d. Satu perbadanan yang berkaitan dengan syarikat yang meminjam atau yang berkaitan dengan mana2 perbadanan dalam (a) – (c) di atas.

Tugas dan kewajipan pemegang amanah

Kewajipan dan tugas seorang pemegang amanah kepada pemegang debenture telah dinyatakan di dalam Sek 78 (1), di mana peruntukan bahawa pemegang2 amanah bagi pemegang debenture hendaklah dengan sedaya upaya memastikan bahawa : -

a) Harta2 syatikat meminjam dan penjaminnya adalah mencukupi untuk membayar hutang pokok

b) Prospectus yang berkaitan dengan debenture tidak mengandungi apa2 kenyataan yang bertentangan dengan syarat2 debentur/ surat ikatan amanah

c) Syarikat peminjam mematuhi Bahagian 7 mengenai apa2 peruntukan yang berkaitan dengan debenture

d) Syarikat peminjam tidak melakukan pelanggaran wad atau terma2 dan peruntukan2 debentur atau surat ikatan amanah

Jika berlaku perlanggaran, pemegang amanah hendaklah mengambil langkah2 yang sewajarnya dengan memastikan bahwa syarikat peminjam dan penggerentinya memulihkan/ membetulkan perlanggaran tersebut. Jika mereka gagal, pemegang amanah hendaklah memberitahu hal di dalam mesyuarat pemegang debenture dan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 31: P3120 - Undang-Undang Syarikat

mengemukakan cadangan untuk melindungi hak pemegang debenture. Selain daripada itu, mereka juga hendaklah menerima apa2 arahan daripada pemagang debenture untuk melakukan tindakan seterusnya bagi tujuan membetulkan keadaan/ perlanggaran tersebut. Pemegang amanah yang dilantik mempunyai kuasa untuk memohon dari mahkamah arahan2 yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi2nya/ meminta mahkamah memutuskan apa2 persoalan berkaitan dengan kepentingan pemegang debenture 7.4 Cara-cara mengeluarkan debenture Debenture boleh dikeluarkan melalui 2 cara iaitu : -

1. Gadaian tetap 2. Gadaian terapung

Gadaian tetap/ tertentu

Gadaian tetap ialah 1 gadaian yang dibuat ke atas harta syarikat yang khusus/ ditentukan. Contoh gadaian tetap ialah gadaian ke atas bangunan/ tanah milik syarikt. Gadaian jenis ini adalah merupakan gadaian dalam erti kata sebenar di sisi undang2. ia memberikan hak/ kepentingan yang serta merta kepada pemegang gadaian

Ciri-ciri penting pada gadaian tetap Sifat2 yang penting pada gadian tetap telah dinyatakan oleh Vaughan- Williams LJ dalam kes Re Yorkshire Woolcombers Association, (1903) 2 Ch 274, 294 “ I do not think that for a ‘specific security’, you need to have a security of a subject matter which is then in existence. I mean by ‘then’ at the time of the execution of the security, but what you do require to make a specific security is that the security whenever it has come into existence, and has been identified or appointed as a security, shall never thereafter at the wish of the mortgagor cease to be a security, although something else may be substituted more or less for it, that is not a ‘specific security’.” Seseorang (penghutang) boleh membuat gadaian tertentu ke atas seberapa banyak hartanya. Walau bagaimanapun, undang2 tidak membenarkan gadaian jenis ini dibuat ke atas asset syarikat pada satu waktu. Ini hanya boleh dilakukan melalui gadaian terapung sahaja.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 32: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Gadaian terapung Gadaian terapung merupakan satu lagi jenis gadaian yang dibenarkan oleh undang2. ia adalah merupakan gadaian dari segi ekuiti, di mana syarikat akan menggadaikan hartanya pada masa kini dan akan datang, tertakluk kepada kuasa syarikat untuk berurusan dengan harta tersebut dalam urusan biasa perniagaannya. Dalam gadaian terapung, harta yang digadaikan tidak dapat ditentukan/ dikenali. Tidak ada bahasa/ cara2 yang khusus untuk mengadakan gadaian terapung ini. Ia adalah memadai dengan menentukan bahawa perjanjian menunjukkan wujudnya niat pada pihak2 yang terlibat bahawa mereka ingin mewujudkan gadaian jenis ini. Gadaian jenis terapung mempunyai beberapa keistimewaan. Antaranya ialah ia lebih senang dan fieksibel. Ini dapat di lihat di mana walaupun syarikat menggadaikan ke semua harta2nya, tapi pada masa2 yang sama ia membolehkan syarikat untuk membuat urusan2 yang biasa dalam perniagaannya terhadap harta2 tersebut tanpa perlu mendapat persetujuan daripeda pemegang gadaian. Gadaian terapung ini dikatakan akan terus terapung-apung (float) dan harta syarikat akan terus cair sehinggalah peristiwa2 tertentu berlaku yang akan menjadikan gsdaian terapung ini menjadi gadaian tetap. Apabila terjadi sesuatu perkara yang tertentu/ ditetapkan, gadaian terapung akan membeku dan melekat (fix). Apabila ia telah menjadi beku atau melekat, syarikat tidak boleh lagi membuat urusan dengan harta tersebut.

Sifat-sifat gadaian terapung Dalam kes Re YorkShire Woolcombers’ Association Ltd (1903) 2 Ch. 284, 295, syarikat telah menggadaikan buku2 hutangnya pada masa kini dan pada masa akan dating. Mahkamah telah memutuskan bahawa ini adalah merupakan gadaian jenis terapung. Selain daripada itu, mahkamah (Romer LJ) juga telah menyatakan sifat2 gadaian terapung (3 sifat) : -

i. Ia adalah merupakan gadaian ke atas satu kelas asset syarikat pada masa kini dan pada masa yang akan datang

ii. Asset tersebut dalam urusan biasa perniagaan akan bertukar dari semasa ke semasa

iii. Adalah dinyatakan bahawa sehingga langkah2 tertentu diambil, syarikat boleh menjalankan perniagaannya dengan cara yang biasa.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 33: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Menjalankan perniagaan yang biasa telah ditakrifkan di dalam kes Re Automatic Bottle Maker (1926) Ch 412, sebagai mengikut makna komersial, iaitu dalam cara biasa menjalankan kerja2 pengilangan dan transaksi2 komersial mengikut tujuan penubuhan sesuatu syarikat itu. Sekiranya transaksi yang dijalankan adalah di dalam lingkungan tujuan syarikat maka ia adalah dianggap sebagai dalam urusan perniagaan biasa perniagaan. Di dalam kes Re H.H Vivian & Co. Ltd, (1990) 2 Ch 654, syarikat telah ditubuhkan untuk menjalankan 3 perniagaan yang berasingan, 1 di Swansea dan 2 lagi di Birmingham. Syarikat, bertindak secara suci hati mengambil keputusan untuk menjual perniagaannya di Swansea kerana perniagaannya yang tidak menguntungkan. Pemegang debenture membantah keputusan itu. Mahkamah memutuskan bahawa keputusan syarikat adalah sah. Menjalankan perniagaan secara biasa juga bermaksud syarikat adalah dibenarkan untuk terus membeli atau menjual dalam cara yang biasa membayar kepada pemiutang. Pemiutang yang tidak bercagar malah boleh memberi gadai janji ke atas harta yang sama, melainkan jika wujud peruntukan yang sebalinya. Daripada maksud ini dapat dibuat rumusan bahawa adalah menjadi perkara biasa bagi syarikat untuk meweujudkan 1 gadaian tetap yang akan mengatasi gadaian terapung yang telah dibuat. Pengwujudan gadaian tetap ini boleh dibuat walaupun gadaian terapung sacera jelas menyatakan larangan untuk membuat gadaian tetap dengan syarat orang yang menerima gadaian yang kedua tidak ada notis tentang larangan tersebut. 7.5 Peristiwa yang menyebabkan gadaian terapung menjadi gadaian tetap Keadaan2 yang lazimnya akan menyebabkan gadaian terapung bertukar menjadi gadaian tetap adalah seperti berikut : -

i. Apabila sesuatu perkara/ kejadian yang disebutkan dalam syarat2 debentur berlaku

ii. Apabila mahkamah melantik penanggung iii. Apabila syarikat telah memberhentikan perniagaannya iv. Apabila syarikat gagal untuk membayar bunga dalam masa yang telah ditetapkan v. Apabila wujudnya penghakiman mahkamah ke atas syarikat dan penghakiman ini

tidak disempurnakan/ diselesaikan oleh syarikat tersebut vi. Distress ke atas mana2 harta syarikat

vii. Apabila ada percubaan untuk membubarkan syarikat kecuali jika pembubaran tersebut dilakukan bagi maksud penyusunan semula syarikat dengan persetujuan pemegang debenture

viii. Apabila pindaan dibuat terhadap memorandum syarikat tanpa mendapat persetujuan daripada pemegang debenture/ pemegang amanah kepada pemegang debenture

ix. Jika syarikat gagal untuk mematuhi apa2 syarat perjanjian yang telah dipersetujui oleh syarikat dan pemegang gadaian

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 34: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Walaupun telah dinyatakan bahawa syarikat hendaklah memberhentikan segala urusannya terhadap asset syarikat yang telah dicagar dengan gadaian/ cagaran terapung jika gadaian tersebut telah bertukar menjadi gadaian tetap, tetap ini tidaklah memadai (akan terjadi automatic). Pemegang debenture hendaklah mengambil beberapa langkah yang tertentu untuk menguatkuasakan cagarannya/gadaiannya. Prinsip ini telah diputuskan di dalam kes Government Stock and Other Securities lwn Manila Rail Company (1897) 66 LJ Ch 102. Dalam kes ini, satu debenture telah dikeluarkan dengan cara gadaian terapung. Faedah telah tidak dibayar oleh syarikat selama tiga bulan. Sungguhpun demikian, pemegang debenture tidak mengambil langkah2 menguatkuasakan cagaranya/ gadaianya. Syarikat kemudiannya mewujudkan gadai janji ke atas sebahagian daripada asset tertentunya. Mahkamah telah memutuskan bahawa gadai janji itu mengatasi gadaian terapung. Debenture itu kekal sebagai gadaian terapung sehinggalah pemegang debenture mengambil lamgkah2 menguatkuasakan gadaianya. 7.6 Pendaftaran gadaian Menurut Sek 108 Akta Syarikat 1965, setiap gadaia hendaklah didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat dalam masa 30 hari daripada tarikh pengwujudannya.

Bilakah tempoh 30 hari bermula/ bilakah gadaian ini dikatakan telah diwujudkan? Dalam kes Johor Para Rubber Co. Ltd lwn Registrar of Companies, Malayan Union (1948) MLJ 135, syarikat telah mendapat satu pinjaman dari sebuah lembaga kewangan dan pada 15 Ogos 1947, syarikat telah melaksanakan satu memorandum gadaian bagi faedah lembaga tersebut ke atas tanahnya yang terletak di Johor. Gadaian ini telah didaftarkan dengan Pendaftar Hak Milik di Johor Bahru pada 9 sept 1947 dan pada hari yang sama, syarikat telah menghantar secara pos satu salinan gadaian kepada Pendaftar Syarikat bagi tujuan pendaftaran di bawah Sek 81 Ordinan Syarikat 1940. pendaftar enggan mendaftarkan gadaian tersebut atas alas an ia tidak boleh berbuat demikian menurut Sek 80 (1) Ordinin tersebut. Mahkamah memutukan bahawa gadaian ini diwujudkan pada tarikh ia didaftarkan di Pejabat Pendaftar Hak Milik di Johor Bahru pada 9 sept 1947. mahkamah seterusnya memutuskan bahawa oleh kerana salinan gadaian telah dihantar kepada Pendaftar pada hari yang sama dan telah diterima olehnya dalam masa 21 hari, maka Pendaftar hendaklah mendaftarkannya. Daripada keputusan ke sdi atas dapat dibuat rumusan bahawa tarikh sebenar yang diamnil kira sebagai tarikh pendaftaran gadaian ialah pada masa ia didaftarkan di Pejabat Hak Milik/ Pejabat Tanah (bagi kes gadaian berupa tanah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 35: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Siapakah yang patut mendaftarkan gadaian? Orang yang patut mendaftarkan gadaian ialah orang yang mewujudkan gadaian. Ini bermakna ysarikat yang membuat gadaianlah yang sepatutnya mengambil tindakan untuk mendaftarkan gadaian yang telah diwujudkan. Walau bagaimanapun, gadaian juga boleh didaftarkan oleh orang lain yang berkepentingan dalam gadaian tersebut. Ini telah dijelaskan dalam Sek 109 (1). Jika sekiranya pendaftaran dibuat oleh orang lain, selain daripada syarikat, orang yang mendaftarkan gadaian tersebut boleh menuntut bayaran2 pendaftaran dari syarikat

Kesan pendaftaran Apabila gadaian telah didaftarkan, ia mewujudkan satu notis konstruktif tentang kewujudannya. Prinsip ini telah diputuskan dalam kes Re C.L Nye Ltd. (1971) Ch, 442, (1970) 3 ALL ER 1061, di mana di dalam kes ini syarikat bercadang untuk mendapatkan pinjaman dari sebuah banh bagi tujuan membeli premis tertentu. Pada 28 Feb 1964 satu gadaian oleh syarikattelah diserahkan kepada peguamcara bank, tetapi ia tidak ditarikhkan. Pada 9 Mac, peguamcara itu melaporkan bahawa hak milik premis itu adalah baik dan bank telah meminjamkan wang kepada syarikat pada tarikh tersebut tetapi gadaian tersebut tidak didaftarkan pada 9 Mac. Kesilapan ini hanya diketahui pada 9 Jun dan pada 3 Julai, peguamcara berkenaan memohon pendaftaran gadaian dan memasukkan 18 Jun sebagai tarikh gadaian diwujudkan dan disaksikan. Butir2 gadaian didaftarkan pada 3 Julai dan pendaftar mengeluarkan sijil pada tarikh berkenaan. Pada 16 Julai syarikat telah dibubarkan. Mahkamah memutuskan bahawa diandaikan gadaian telah diwujudkan pada 9 Mac, di mana sijil pendaftaran adalah merupakan keterangan muktamad tentang kewujudan gadaian walaupun tarikh pengwujudan gadaian itu telah dinyatakan secara salah oleh peguamcara tersebut. Note : - Sungguhpun pendaftaran satu gadaian mewujudkan motis konstruktif mengenai kewujudannya, tetapi ia tidak mewujudkan notis konstruktif menenai apa2 sekatan khas terhadap syarikat dalam urusan2nya ke atas harta2nya dalam cara yang biasa. Melalui peruntukan Sek 108, dapat difahamkan bahawa pendaftaran gadaian yang sebenar tidak semestinya dilakukan I dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pengwujudan gadaian itu. Ia adalah memadai jika apa2 dokumen atau instrument yang penting yang diserahkan kepada ROC.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 36: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Lanjutan masa Satu gadaian yang tidak didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan boleh didaftarkan dalam masa yang dilanjutkan oleh mahkamah. Sek 114 memberikan kuasa budibicara yang luas kepada mahkamah untuk membenarkan masa untuk pendaftaran dilanjutkan. Walau bagaimanapun, perlanjutan tempoh ini akan diberikan sekiranya mahkamah merasakan perlu dan disebabkan oleh alasan2 yang munasabah. Jika sekiranya masa perlanjutan telah diberikan, dan pendaftaran dibuat dalam masa yang telah dilanjutkan itu, maka ianya adalah sah ab initio. Ini memberikan maksud bahawa walaupun ianya didaftarkan dalam tempoh yang telah dilanjutkan, tidak ada apa yang boleh menyebabkan keesahannya tergugat. Romer LJ dalam kes In Re Ebrmann Brothers Ltd. (1906) 2 Ch 697, menyatakan “……jika masa dilanjutkan dan pendaftaran dibuat dalam masa yang dilanjutkan itu, maka debenture tersebut akan mewujudkan satu gadaian san ab initio tertakluk hanya kepada syarat2 sebagaimana yang mungkindikenakan oleh seorang hakim yang memberi lanjutan masa itu….”

Kesan jika tidak mendaftar gadaian Sebelum penggulungan syarikat, gadaian terapung yang tidak didaftarkan dalam masa yang ditetapkan/ dalam tempoh yang telah dilanjutkan akan menjadi batal terhadap pemegang2 gadaian yang selepasnya ( bagi 2 gadaian terhadap asset yang sama). Begitu juga jika selepas penggulungan syarikat, gadaian2 yang tidak didaftarkan ia akan menjadi batal terhadap penanggung. Ini membawa maksud bahawa pemegang2 gadaian yang tidak didaftarkan akan hilang keutamaan apabila ingin membuat tuntutan. (pemiutang tidak terjamin) Walaupun begitu, tidak mendaftarkan gadaian tidaklah bermaksud bahawa syarikat yang berhutang tidak perlu untuk menjelaskan hutangnya. Daripada Sek 108 (2), dapat difahami bahawa kegagalan syarikat untuk mendaftarkan gadaian akan menyebabkan syarikat dikehendaki membayar hutang tersebut dengan serta merta. Penerima masih boleh dilantik untuk mmebuat tuntutan bagi pihak pemiutang2 yang tak terjamin.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 37: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Jika sekiranya dokumen yang lengkap telah diserahkan kepada pihak ROC untuk tujuan pendaftaran, tetapi sijil pendaftaran diserahkan lambat sehingga tamat tempoh yang dibenarkan, gadaian tersebut adalah terpakai (mendapat keutamaan daripada gadaian yang kemudiannya). Merujuk kepada kes United Asian Bank Bhd lwn Kwong Yik Bank Bhd. (Malaysian High Court) No. C98 of 1980 (1984 Unreported),Shahalah Sdn Bhd telah mengisu debenture bertarikh 20 Jun 1977 kepada United Asian Bank Berhad (UAB). Pada 24 Mac 1978, Shahalah mengisu pula debenture kedua kepada Kwong Yik Bank Berhad. UAB telah mendaftarkan gadaian yang dibuat di Pejabat pendaftar dalam masa 30 hari tetapi sijil pendaftaran tidak dikeluarkan sehingga 13 Julai 1979. pada masa yang sama Kwong Yik Bank telah mendaftarkan gadaian kedua dan memperolehi sijil pada 31 Mac 1978. UAB telah menuntut bahawa debenture yang dikeluarkan oleh Shahalah kepadanya lebih berkeutamaan dari debenture yang kedua. Dalam menentukan keutamaan bagi kedua2 cagaran itu, mahkamah memutuskan bahawa tuntuntan yang dibuat oleh UAB adalah dah kerana UAB telah mendaftarkan gadaian dlam masa 30 hari dari tarikh gadaian diwujudkan. Dalam erti kata lain, UAB mendapat keutamaan daripada Kwong Yik Bank kerana telah mendaftarkan gadaian dalam masa yang dibenarkan. 7.7 Keutamaan-keutamaan dalam tuntutan

Gadaian tetap adalah lebih utama daripada gadaian terapung kecuali jika gadaian terapung dibuat terlebih dahulu daripada gadaian tetap dan pemegang gadaian tetap mengetahui tentang larangan yang wujud di dalam gadaian terapung yang melarang pengwujudan gadaian yang ke-2

Syarikat boleh mewujudkan lebih daripada satu gadaian terapung terhadap

aset2nya. Gadaian yang terlebih dahulu dibuat akan diberikan keutamaan. Rujuk kes Yip Hock Chye lwn Santan Engineering kecuali jika gadaian pertama membenarkan gadaian kedua yang mempunyai kedudukan yang lebih utama/ parri passu diberi keutamaan. Lihat Re Benjamin Cope

Antara 2 gadaian tetap, gadaian yang dibuat terlebih dahulu akan diberikan

keutamaan

Pemiutang terjamin akan mendapat keutamaan mengatasi pemiutang tek terjamin (yang tidak mendaftarkan gadaian)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 38: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 8 : Syer & Dividen 8.1 Syer 8.1.0 Definisi dan ciri-ciri syer Dalam kes Borland’s Trustee lwn Steel Brothers & Co. Ltd, Farwell J,mentakrifkan syer sebagai kepentingan bagi pemegang syer di dalam sesebuah syarikat, yang mana ianya dapat diukur dengan sejumlah wang bagi tujuan : -

• Liability / tanggungan • Kepentingan • Merupakan siri perjanjian bersama di antara pemegang2 syer inter se

Sesebuah syarikat yang dihadkan oleh syer mempunyai modal norminal yang dibahagikan kepada syer di dalam jumlah yang tetap, syer adalah merupakan kepentingan terhadap sejumlah modal syer yang spesifik di dalam sesebuah syarikat. Ertinya, ia adalah sebahagian (nisbah) daripada modal. Ia menunjukkan kepentingan pemegang syer dan liability/ kepentingan semasa syarikat sedang beroperasi dan apabila penggulungan berlaku. Menurut Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syer sebagai syer dalam syer modal sesebuah perbadanan, termasuk stok kecuali di mana perbezaan di antara stok dan syer dinyatakan/ disiratkan. Ciri2 sesebuah syer pula dinyatakan di dalam Sek 98 Akta Syarikat, syer2/ lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah merupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara yang diperuntukkan oleh artikel2 persatuan dan tidak boleh merupakan sifat harta tidak alih. Menurut Sek 99 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa tiap2 syer di dalam syarikat hendaklah dikenali dengan nombor yang sesuai. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya terhadap kesemua syer yang dikeluarkan di dalam syarikat atau kesemua syer2 yang dikeluarkan di dalamnya dari kelas yang tertentu adalah dibayar sepenuhnya bolehlah mempunyai nombor yang sama.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 39: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Terdapat beberapa syarat berhubung dengan bentuk sijil syer yang diperuntukkan oleh Akta Syarikat 1965. Sek 100 (2) iaitu : -

Sijil syer mestilah di bawah meterai biasa syarikat/ rasmi syarikat / cawangan syarikat

Bertarikh bila sijil dikeluarkan Nama syarikat dan kuasa di bawah mana syarikat itu ditubuhkan Alamat pejabat berdaftar syarikat di Malaysia/ di mana sijil dikeluarkan oleh

pejabat cawangan, alamat pejabat cawangan tersebut, dan Nilai2 nominal dan kelas syer2 dan had di mana syer2 dibayar

Walau bagaimanapun kegagalan mematuhi sub-Sek (2) di atas tidaklah boleh mempengaruhi hak mana2 pemegang syer2. Hanya syarikat dan tiap2 pegawai syarikat yang ingkar pematuhan syarat bentuk sijil syer hendaklah didapati bersalah terhadap kesalahan di atas mengikut Akta Syarikat 1965. 8.1.1 Jenis-jenis syer Syer boleh diklasifikasikan kepada jenis2 berikut : -

Syer biasa Syer terutama Syer tertunda/ penaja

Syer biasa

Menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syer ekuiti ertinya sebarang syer yang bukannya syer keutamaan. Ia merupakan yang paling lazim dikeluarkan oleh syarikat. Pemegang syer biasa berhak mengundi dan mengawal polisi syarikat. Kadar dividen untuk pemegang syer biasa bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat dan mengikut cadangan Lembaga Pengarah. Pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa hanya akan dibuat setelah dividen dibayar kepada pemegang syer terutama. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer biasa adalah yang terakhir akan menerima pembahagian asset (dari tanggungan/ liability)

Syer terutama Sek 4 Akta Syarikat 1965 mendefinisikan syer terutama sebagai syer dengan apa2 pun namanya dipanggil, yang tidak memberi hak kepada pemegangnya untuk mengundi di mesyuarat agung/ kepada apa2 hak untuk menyertai melebihi amaun yang ditetapkan dalam apa2 pembahagian samada secara dividen/ ke atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan/ selainnya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 40: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Ciri-ciri syer terutama : -

a. Pemegang syer terutama berhak menerima kadar dividen yang tetap b. Peratus dividen ditetapkan pada masa syer diterbitkan dan tidak bergantung

kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat c. Pemegang syer terutama mempunyai keutamaan di dalam membuat tuntutan

pembayaran dividen d. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer terutama mempunyai

keutamaan tuntutan ke atas pembahagian asset syarikat (liability/ tanggungan) e. Pemegang syer terutama bukan pemilik syarikat dan tidak berhak untuk

mengundi/ campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat Menurut Sek 66 Akta Syarikat1965, tiada mana2 syarikat boleh menguntukkan mana2 syer terutama/ mengubah mana2 syer terbitan kepada syer2 terutama melainkan dinyatakan dalam memorandum/ artikel2 hak2 pemegang syer tersebut berhubung dengan pembayaran modal, penyertaan dalam asset lebihan dan keuntungan, dividen2 terkumpul/ tidak terkumpul, mengundi dan terutama pembayaran modal dan dividen berhubung dengan lain2 syer atau lain kelas syer terutama. Jika keingkaran dilakukan dalam mematuhi Sek ini maka syarikat dan setiap pegawai syarikat itu yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta Syarikat 1965. Penalty : RM2000 Sekiranya syer terutama diterbitkan perkara2 berikut perlu diambil perhatian : -

i. Pembayaran semula modal ii. Kuasa penyertaan dalam lebihan asset dan keuntungan

iii. Samada dividen kumulatif/ tidak iv. Kuasa pengundian v. Terutama pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer/ kelas bagi syer

terutama Jenis-jenis syer terutama ialah : -

Syer terutama penyertaan Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif Syer terutama boleh tebus Syer terutama boleh tukar

Syer terutama pernyertaan

Syer ini memberikan hak bukan sahaja untuk menerima dividen yang telah ditetapkan jumlahnya tetapi juga dividen tambahan jika sekiranya terdapat baki lebihan keuntungan selepas dividen dibayarkan kepada pemegang syer biasa.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 41: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif Syer terutama kumulatif memberikan hak kepada pemegang syernya untuk mendapatkan dividen pada kadar tetap sepanjang hayat syarikat tersebut. Sekiranya sesebuah syarikat itu mengalami penurunan keuntungan pada tahun tersebut dan jumlah/ kadar sebenar pembayaran dividen tidak dapat dibayar. Kekurangan tertunggak ini boleh dibayar pada tahun berikutnya. Will lwn United Lankat Plantation Co. Ltd. (1914) AC 11 Prinsip : pemegang syer terutama kumulatif dengan hak untuk mendapatkan kumulatif dividen sebanyak 10% setahun Syer terutama bukan kumulatif memberikan hak kepada pemegang syernya untuk mendapat pembayaran dividen pada kadar yang tetap hanya pada tahun di mana keuntungan diperolehi. Sekiranya terdapat penurunan keuntungan pada satu tahun, pembayaran dividen yang telah ditetapkan itu tidak akan membawa kepada liability/ tanggungan pada tahun hadapannya.

Syer terutama boleh tebus Menurut Sek 61 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat yang mempunyai syer modal boleh jika dibenarkan sedemikian oleh artikel2nya, menerbitkan syer2 terutama yang merupakan/ atas opsyen kena tebus dan penebusan hendaklah dibuat hanya atas terma2 dan secara yang diperuntukkan oleh artikel2 Penebusan boleh dibuat atas opsyen syarikat/ pada waktu yang telah ditetapkan pada masa hadapan dan hendaklah dibuat atas terma2 yang diperuntukan oleh artikel.penebusan hendaklah tidak disifatkan sebagai mengurangkan amaun syer modal yang dibenarkan bagi syarikat itu dan syer2 hendaklah ditebus :

a. Daripada keuntungan2 yang mana selainnya boleh diperuntukkan bagi dividen, atau daripada hasil2 terbitan syer yang baru yang dibuat bagi tujuan2 penebusan, dan

b. Syer-syer itu berbayar penuh

Sekiranya mana2 syer tersebut selain daripada hasil terbitan baru, maka hendaklah dipindahkan daripada keuntungan2 yang sepatutnya diperuntukkan bagi dividen kepada suatu simpanan yang di panggil ‘ simpanan penebusan modal’ suatu jumlah yang sama dengan amaun nominal syer2 yang ditebus. Pengurangan syer modal syarikat hendaklah terpakai seolah2 simpanan penebusan modal adalah syer modal berbayar bagi syarikat itu.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 42: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Syer terutama boleh tukar Syer terutama boleh tukar merupakan syer yang boleh ditukarkan kepada kelas syer yang berbeza. Kebiasaan penukaran kepada syer biasa mengikut opsyen pemegang syer.

Syer penaja / tertunda Syer ini dikeluarkan hanya kepada pengasas syarikat/ mereka yang memberi sumbangan dalam pembentukan sesebuah syarikat. Pemegang syer ini berhak menerima dividen hanya apabila syarikat memperolehi lebihan keuntungan iaitu setelah kadar dividen yang tertentu telah dibayar kepada pemegang syer terutama dan syer biasa. 8.1.2 Lain-lain jenis syer

• Syer untuk kakitangan Sek 67Akta Syarikat 1965, pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2, selain daripada pengarah2, yang secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat atau subsidiary syarikat itu dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh mereka secara pemunyaan beneficial. 8.1.3 Pembahagian syer / pengisuan syer Pembahagian syer (allotment) dan pengisuan (issue) adalah merupakan tindakan yang berbeza iaitu : - Pembahagian syer merupakan satu tindakan oleh syarikat membahagikan syer2 yang tidak diisukan kepada pihak tertentu dan syer tersebut adalah terhad kepada jumlah yang tertentu sahaja. Apabila pembahaian syer dilaksanakan oleh sesebuah syarikat kepada pihak tertentu tersebut, tidaklah menjadi pihak itu secara automatic ahli di daialam syarikat tersebut. Pengisuan syer merupakan perjanjian yang mengikat iaitu syarikat mestilah memenuhi keseluruhan/ semua jumlah syer yang telah ditetapkan untuk tidakan pembahagian dan pihak yang telah membuat cadangan untuk membeli syer tersebut adalah terikat apabila penerimaan telah dibuat oleh syarikat. Apabila penerimaan telah berlaku, peringkat kedua tindakan syarikat ialah mengisukan syer tersebut. Apabila syer dilaksanakan ia adalah melibatkan pengawalan sepenuhnya oleh pemegang syer terhadap jumlah syer yang dimiliki olehnya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 43: P3120 - Undang-Undang Syarikat

• Kesan-kesan pembahagaian dan pengisuan syer Apabila pemberitahuan berhubung dengan pembahagian dan pengisuan syer telah berkuatkuasa, pemohon (alootee) : -

a) Menjadi ahli syarikat jika syernya telah didaftarkan b) Adalah terikat dengan artikel dan memorandum syarikat c) Adalah mempunyai liability untuk membayar baki kepada nilai nominal syer yang

dibahagikan kepadanya 8.1.4 Bentuk pembayaran syer Kaedah am menyatakan bahawa syarikat mestilah menerima jumlah penuh nilai nominal syer apabila syer diisukan. Sesebuah syarikat tidak boleh mengisukan syer kurang daripada nilai nominal dengan syarat pemegang syer tidak mempunyai liability untuk membayar jumlah kekurangan tersebut. Tujuannya untuk memberikan perlindungan hak kreditor2 kepada syarikat yang hanya mempunyai tabung simpanan/ dana untuk membayar pinjaman kepada kreditor. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya terhadap kaedah am ini apabila penerbitan syer dilakukan secara diskaun. Bentuk2 pembayaran syer : -

i. penerbitan syer secara diskaun ii. penerbitan syer secara premium

penerbitan syer secara diskaun

Sek 59 Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa sesebuah syarikat boleh menerbitkan syer2 secara diskaun dari kelas2 yang telah diterbitkan jika :

a. terbitan syer secara diskaun dibenarkan melalaui resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat agung syarikat dan disahkan oleh perintah mahkamah

b. resolusi itu menetapkan kadar maksimum diskaun di mana syer itu akan diterbitkan

c. pada tarikh terbitan itu tidak kurang dari satu tahun telah berlalu semenjak tarikh di mana syarikat berhak memulakan perniagaan ; dan

d. syer2 itu diterbitkan dalam masa satu bulan selepas tarikh di mana terbitan itu disahkan oleh perintah mahkamah/ dalam masa lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah

Sek 59 (3) memperuntukkan setiap prospectus berkaitan dengan terbitan syer hendaklah mengandungi butir diskaun yang dibenarkan atau sejumlah diskaun tersebut yang tidak dihapuskaira pada tarikh terbitan prospectus.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 44: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Sek 59 (4) pula memperuntukkan walau apa pun peruntuka2 artikel2nya, sesebuah syarikat tidak boleh menerbitkan secara diskaun mana2 kelas syer melainkan ia terlebih dahulu menawarkan ayer2 itu kepada setiap pemegang2 syer kelas tersebut dalam syarikat itu mengikut kadar bilangan syer yang dipegang olehnya. Setiap tawaran tersebut hendaklah dibuat secara notis menyatakan bilangan syer yang ahli itu berhak dan menghadkan masa tidak kurang dari 21 hari dalam masa tawaran itu boleh diterima [Sek 59 (5)]

penerbitan syer pada kadar premium Nilai premium minimum bererti amaun (jika ada) dengan mana nilai asas syer yag dipindahmilik melebihi nilai agregat nominal syer2 yang diuntukkan sebagai balasan kepada pindahmilik. Lebihan ini yang dikatakan sebagai kadar premium. Menurut Sek 60 (2), sesebuah syarikat boleh menerbitkan syer pada kadar premium dengan syarat bahawa semua premium yang diterima sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain sebagai balasan bernilai suatu jumlah sama dengan amaun agregat atau nilai premium2 ke atas syer2 tersebut hendaklah dipindahmilik kepada suatu akaun yang dipanggil ‘akaun premium syer’ Sek 60 (3) memperuntukkan tujuan kegunaan akaun premium syer yang dibenarkan oleh undang2 iaitu : -

a. bagi membayar syer2 yang tidak diterbitkan kepada ahli2 syarikat sebagai syer2 bonus berbayar penuh

b. bagi membeyar kesemua atau sebahagian baki yang belum dibayar ke atas syer2

yang diterbitkan pada masa lalu kepada ahli2 syarikat

c. bagi membayar dividen2 jika dividen2 tersebut dipenuhi secara terbitan syer2 kepada ahli2 syarikat

d. dalam hal syarikat yang mejalankan perniagaan insurans di Malaysia melalui

penggunaan atau pindahmilik kepada mana2 tabung berkanun yang ditubuhkan dan disenggara menurut mana2 undang2 Malaysia berkaitan insurans

e. bagi menghapus kira

i. perbelanjaan2 permulaan syarikat ; atau ii. perbelanjaan/ komisen/ brokeraj yang dibayar/ diskaun yang dibenarkan ke

atas apa2 duti, fee / cukai yang kena dibayar bagi / berhubung dengan mana2 terbitan syer syarikat

f. bagi menyediakan premium yang kena dibayar ke atas penebusan syer2

keutamaan yang boleh ditebus

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 45: P3120 - Undang-Undang Syarikat

walau bagaimanapun premium tidak perlu dipindahmilik ke dalam akaun premium syer dalam kes2 relief percantuman- Sek 60 (4), relief bagi kumpulan pembentukan semula- Sek 60 (5) dan relief kebelakangan dalam keadaan2 tertentu – Sek 60 (6) 8.1.5 Pemindahan syer Menurut Sek 98 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa syer2/ lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah nerupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara yang diperuntukan oleh artikel2 persatuan dan tidak boleh merupakan sifat harta tidak alih. Ertinya, syer2 boleh dipindahkan secara bebas oleh pemegang2 syer yang berdaftar kecuali terdapat peruntukkan yang spesifik telah dinyatakan di dalam artikel persatuan syarikat. Pemindahan syer bagi syarikat persendirian mestilah menepati peruntukkan Sek 15 (1) (a) yang mengehadkan hak untuk memindahmilik syer. (sila rujuk kes Lim Ow Goik lqn Sangsi Merah Bus Co. Ltd (1969) 2 MLJ 122) Menurut Sek 103 (1) Akta Syarikat 1965 menyatakan mengenai keperluan suratcara pemindahan iaitu syarikat tidak boleh mendaftar pemindahan syer2/ debenture melainkan suratcara pemindahan yang betul di dalam bentuk yang ditetapkan telah diserah hantar kepada syarikat walau bagaimanapun ia tidaklah boleh memudaratkan apa2 kuasa untuk mendaftar sebagai pemegang2 syer atau pemegang debenture mana2 orang kepada siapa, hak terhadap apa2 syer didalam/ denbentur syarikat telah dipindahkan oleh operasi undang2. 8.1.6 Kelas-kelas syer dan variasi (pelbagaian) hak kelas syer Syer modal bagi sesebuah syarikat boleh dibahagikan kepada beberapa kelas. Kelas2 ini ada dinyatakan di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat. Setiap kelas mempunyai hak yang berbeza dari segi dividen oengundian, keutamaan untuk mendapat pembayaran bila syarikat digulungkan dan sebagainya. Walau bagaimanapun ini bukanlah sesuatu yang wajib bagi semua syarikat untuk melaksanakannya. Lembaga Pengarah kebiasaanya mempunyai kuasa untuk menentukan hak bagi kelas2 ini tetapi mestilah kuasa diluluskan oleh resolusi yang dipersetujui. Jika sekiranya hak bagi kelas syer ini wujud di dalam memorandum persatuan syarikat, maka hak ini tidak boleh diubah kerana memorandum hanya boleh dipinda mengikut peruntukkan yang dibenarkan oleh Akta Syarikat 1965. Walau bagaimanapun sekiranya hak bagi kelas syer ini dinyatakan di dalam artikel persatuan syarikat maka ianya boleh diubah dengan membuat pindaan terhadap artikel persatuan syarikat

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 46: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Adalah juga dibenarkan, jika hak kelas syer ini terkandung di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat dengan mengenakan syarat atau memasukkan fasal ubahsuaian iaitu perubahan terhadap hak kelas syer ini hanya boleh dilaksanakan dengan mengikut kesenua prosedur yang dinyatakan dalam fasal variasi / fasal ubahsuaian hak tersebut. Di dalam keadaan wujudnya fasal modifikasi/ ubahsuaian ini maka sebarang pindaan terhadap hak kelas syer itu mestilah mengikut prosedur itu. Prinsip ini dapat dinyatakan di dalam kes berikut : - Crumpton lwn Momne Hall Pty. Ltd. (1965) 82 WN (Supreme Ct) Fakta : Aset milik syarikat adalah hanya sebuah bangunan yang dibahagikan kepada 6 unit tempat kediaman. Di dalam artikel persatuan syarikat, ada meperuntukan fasal yang menyatakan bahawa syer modal syarikat dibahagikan mengikut kelas2 yang berbeza. Hakmilikan terhadap syer bagi setiap kelas itu memberikan hak secara ekslusif kepada pemegangnya untuk menggunakan blok/ unit tempat kediaman itu. Disamping itu, terdapat juga fasal ubahsuaian hak yang dimasukkan di dalam artikel yang berbunyi ‘persetujuan majority pemegang kelas syer adalah diperlukan apabila hal2 berhubung dengan hak pemegang kelas syer tersebut hendak dibuat sebarang pindaan’ Satu resolusi telah diluluskan bagi meminda artikel persatuan dengan memasukkan satu peruntukan yang menghalang hak penyewaan unti tempat kediaman. Plaintif di dalam kes ini telah membuat bantahan terhadap resolusi yang diluluskan itu kerana menurutnya beliau tidak pernah bersetuju berhunbung dengan pindaan artikel yang mengehadkan hak beliau sebagai salah seorang pemegang kelas syer yang kuasa eksklusif penggunaan unit tempat kediaman Keputusan mahkamah : apabile wujudnya fasal ubahsuaian hak di dalam sesebuah artikel persatuan syarikat maka sebarang hak yang ada bagi pemegang kelas syer tersebut tidaklah boleh dipinda kecuali mengikut prosedur yang ditetapkan. Oleh itu resolusi yang meluluskan pindaan artikel persatuan syarikat tidak akan memberi kesan kepada hak plaintif kerana pematuhan tidak dilaksanakan sepertimana yang tercatat di dalam fasal ubahsuaian hak oleh syarikat Walaupun di dalam keadaan syarikat telah mengikut semua prosedur fasal ubahsuaian hak, tetapi jika ada pemegang syer yang memegang syer yang jumlahnya tidak kurang dari 10% syer2 yang diterbitkan mereka boleh memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pelbagaian (variation)/ pembatalan (abrogation) itu dan permohonan itu akan hanya berkuatkuasaan sehinggan ianya disahkan oleh mahkamah. Pemegang2 syer masih mempunyai hak walaupun mungkin mereka pernah bersetuju terhadap pelbagaian/ pembatalan itu dengan syarat persetujuan diberi kerana beberapa fakta material telah tidak didedahkan terlebih dahulu kepada mereka. Mengikut Sek 65 (2), jika mahkamah berpuashati bahawa beberapa fakta material telah tidak dijelaskan sebelum mereka beersetuju atau mengundi, mereka boleh memohon untuk tidak menguatkuasakan selepas tarikh di mana persetujuan telah diberikan atau dalam masa

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 47: P3120 - Undang-Undang Syarikat

lanjutan yang dibenarkan oleh mahkamah. Permohonan juga boleh dibuat oleh wakil kepada pemegang2 syer dengan syrat perlantikannya sebagai wakil telah dibuat secara bertulis. Sek 65 (4) pula memperuntukkan juka mahkamah berpuashati yang pembatalan itu akan memudaratkan mana2 pemegang syer dari kelas yang diwakili oleh permohon, bolehlah tidak membenarkan pembatalan itu dan keputusan mahkamah adalah muktamad. 8.1.7 Hakmilikan terhadap syer Hakmilikan yang sah di sisi undang2 terhadap syer adalah wujud kepada sesiapa yang telah dibahagikan (allocated) syer atau dipindahmilikkan syer dan namanya telah didaftarkan sebagai ahli bagi syer tersebut. Di Malaysia, sijil yang di bawah meterai biasa atau rasmi syarikat menetapkan bahawa mana2 syer dipegang oleh mana2 ahli syarikat hendaklah merupakan keterangan prima facie hak milik ahli terhadap syer2. (Sek 100 Akta Syarikat 1965) EG Tan & Co. (Pte.) lwn Lim & Tan (Pte.) (1987) 2 MLJ 149 Prinsip : pembeli bona facie dengan nilai tanpa notis mempunyai keutamaan dan pembeli yang tidak mendaftar diri sebagai pemegang syer Terdapat juga keadaan di mana seseorang itu mendaftarkan pihak lain sebagai penamanya yang mana pihak lain bertindak sebagai pemegang amanah beliau. Walau bagaimanpun apabila syer telah didaftarkan degan nama penama untuk tujuan yang menyalahi undang2/ tujuan untuk mengelirukan pihak awam maka kesannya pemilik adalah tidak berhak untuk membuat tuntutan kepentingan beneficial hak milik terhadap syer tersebut. (sila rujuk kes : Suntoso Jacob lwn Kong Miao Ming) 8.1.8 Urusniaga oleh syarikat dalam syernya sendiri Menurut Sek 67 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa syarikat tidak boleh memberi, samada secara langsung atau tidak langsung dan samda secara pinjaman gerenti atau peruntukan sekuriti/ selainnya. Apa2 bantuan kewangan bagi maksud/ berhubung dengan pembelian dan langganan yang dibuat/ akan dibuta oleh mana2 orang atau bagi mana2 syer dalam syarikat / jika syarikat itu subsidiary, dalam syarikat induknya / dalam mana2 cara membeli, berurusan / memberi pinjaman wang ke atas syer2nya sendiri. Trevor lwn Whitworth (1887) 12 APP Cas 409 Prinsip : syarikat tidak dibenarkan membeli syernya sendiri walaupun artikelnya mungkin membenarkan perbuatan sedemikian

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 48: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya di bawah Sek 67 (2) iaitu : -

a. sekiranya pemberian pinjaman wang itu adalah sebahagian daripada perniagaan syarikat, pemberian pinjaman wang oleh syarikat dalam urusan perjalanan perniagaan.

b. Wujudnya peruntukkan oleh sesebuah syarikat, menurut apa2 skim yang pada itu berkuatkuasa, wang bagi pembelian atau langganan bagi syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya, iaitu pembelian atau langganan oleh pemegang2 amanah / bagi syer2 yang akan dipegang bagi faedah pekerja2 syarikat, atau subsidiary syarikat itu termasuk mana2 pengarah yang menjadi pekerja/ berjwatan bergaji dalam syarikat / subsidiary syarikat itu ; atau

c. Pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2, selain daripada pengarah2, yang secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat / subsudiari syarikat itu dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh mereka secara pemunyaan beneficial

Jika sekiranya berlaku perlanggaran terhadap Sek ini, syarikat tidak bersalah tetapi setiap pegawai yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahn terhadap Akta ini. Penalty : penjara 5 tahun/ Rm 100000 Walau bagaimanapun disebabkan ketidakstabilan pasaran saham, Sek 67 A telah dimasukkan dalam Akta Syarikat, yang mana memberi kebenaran kepada semua syarikat untuk mmeberi bantuan kewangan bagi maksud pembelian ke atas sahamnya sendiri. Sek ini berkuatkuasa pada bulan September 1967 8.2 Dividen 8.2.0 Definisi dividen Definisi dividen secara teknikal adalah merujuk kepada syer dan ianya adalah sejumlah amaun yang diterima olh pemegang2 syer sesebuah syarikat apabila sesebuah syarikat itu memperolehi keuntungan yang secara sahnya wujud untuk pembahagian dividen Menurut Sek 365 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa tiada dividen boleh dibayar kepada pemegang2 syer mana2 syaarikat kecuali dari keuntungan/ menurut Sek 60 Akta Syarikat Dividen hendaklah dibezakan dengan faedah (interest) iaitu faedah adalah merupakan hutang yang mana ianya seperti hutang2 yang lain iaitu dibayar dengan menggunakan asset syarikat. Dividen pula bukanlah merupakan hutang syarikat sehinggalah ia diisytiharkan oleh pihak syraikat. Di samping itu, dividen tidaklah boleh dibayar dengan menggunakan asset syarikat secara amnya, hanya di dalam keadaan tertentu sahaja prinsip pembayaran dividen dibenarkan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 49: P3120 - Undang-Undang Syarikat

8.2.1 Bentuk pembayaran dividen Fasal berhubung dengan pembayaran dividen adalah tertakluk kepada artikel persatuan sesebuah syarikat. Pembahagian keuntungan sesebuah syarikat adalah merupakan urusan dalaman sesebuah syarikat. Kebiasaannya mahkamah tidak akan cmpr tgn did lm isu ini kecualilah timbul soal2 ketdkadilan/ slh byr / perbuatan/ tindakan yang tidak mematuhi mana2 peruntukan undang2 Burland lwn Earle Prinsip : Ahli syarikat dan mahkamah tidak boleh campurtangan dalam pengisytiharkan dividen kecuali berlakunya penindasan dan ketidakadilan Sesebuah syarikat di dalam mesyuarat agungnya boleh mengisytiharkan dividen, tetapi dividen hendaklah tidak melebihi junlah yang disyorkan oleh pengarah. Pengarah2 boleh sebelum mengesyorkan mana2 dividen, mengenepikan keuntungan2 syarikat, apa2 jumlah yang difikirkan perlu sebagai :

i. Simpanan ;atau ii. Untuk kegunaan apa2 tujuan di mana keuntungan2 syarikat ; atau

iii. Dilaburkan dalam pelaburan2 tertentu (selaindaripada syer2 dalam syarikat) yang difikirkan perlu dari masa ke semasa oleh pengarah2 ; atau

iv. Membawa ke hadapan mana2 keuntungan yang mereka fikirkan lebih jimat kalau tidak dibahagikan

• Bentuk-bentuk pembayaran dividen ialah : -

a. wang tunai b. pembahagian dalam bentuk aset2 khusus/ tertentu c. debenture d. stok debenture / lain2 cara mengikut kelulusan resolusi / ketetapan di dalam

artikel persatuan syarikat tersebut bagi mana2 dividen yang dibayar secara tunai berhubung dengan syer2 boleh dibayar dengan cek atau waran yang dihantar secara pos ditujukan kepada alamat berdaftar pemegang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 50: P3120 - Undang-Undang Syarikat

8.2.2 Jenis-jenis dividen Dividen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : -

a. dividen interim b. dividen terakhir c. dividen terkumpul (cumulative) d. dividen tidak terkumpul (non cumulative)

Dividen interim

adalah merupakan dividen yang diisytiharkan dan dibayar sebelum berakhir/ tamat tempoh tahun keuntungan tersebut/ sebelum mesyuarat tahunan diadakan. Dividen jenis ini kebiasaannya diisytiharkan oleh pengarah2 apabila yakni bahawa kewangan syarikat adalah menyakinkan harga syer dalam pasaran syer. Pengarah2 boleh dari masa ke semasa membayar kepada ahli2 dividen interim ini sebagaimana didapati oleh pengarah2 sebagai berpatutan dari keuntungan syarikat. Dividen ini dibayar dari untung yang telah terakru dari baki untung tertahan yang dibawa ke hadapan dari tempoh perakauanan dahulunya.

Dividen terakhir Pengisytiharkan terhadap dividen ini adalah selepas keuntungan diperolehi bagi satu tempoh tahun keuntungan tamat

Dividen terkumpul Jumlah bagi pembayaran dividen bagi satu tahun keuntungan yang di bawa ke tahun hadapan dan tahun seterusnya. Jumlah dividen yang tertunggak ini dikenali sebagai dividen terkumpul

Dividen tidak terkumpul Jumlah dividen bagi satu tahun keuntungan sahaja (satu tempoh perakaunan)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 51: P3120 - Undang-Undang Syarikat

8.3 Prinsip undang-undang pembayaran dividen Kaedah pembayaran dividen yang dibenarkan oleh undang-undang adalah sperti berikut :

1. Keperntingan syarikat mestilah wujud diperolehi sesebuah syarikat ketika syarikat membuat pengisytiharkan pembayaran dividen

Kaedah2 undang2 menyatakan bahawa keuntungan yang diperolehi oleh syarikat untuk tujuan pembayaran dividen mestilah wujud ketika pengisytiharan dibuat oleh syarikat. Setelah pengisytiharan dibuat dividen tersebut merupakan hutng syarikat yang mesti dijelaskan kepada ahli2/ pemegang syer syarikat jika sekiranya, pada masa pembayaran dividen hendaklah dibuat syarikat mengalami kerugian, syarikat masih bertanggungan mengikut undang2 membayar jumlah dividen yang telah diisytiharkan Kes : Marra Development Ltd lwn BW Rofe Pty Ltd (1977) Supreme Ct. Fakta : Marra Development telah mengisytiharkan dividen dan ketika pengisytiharan itu Marra Development mempunyai keuntungan. Apabila tiba masa pembayaran dividen, pengarah syarikat tidak mahu mmebuat pembayaran kerana pada masa itu tiada lagi keuntungan yang wujud. Ini disebabkan di dalam jangkamasa tarikh pengisytiharan dan tarikh pembayaran dividen, Marra telah membuat penilaian semula aset2nya yang mana menyebabkan keuntungan yang diperolehi telah berhapus kira. Keputusan Mahkamah : mahkmah mendapati memanglah benar bahawa pada masa tuntutan dividen dibuat itu, Marra tidak mempunyai keuntungan tetapi semasa pengisytiharan dibuat Marra mempunyai keuntungan tersebut. Oleh itu, Marra hendaklah membayar dividen tersebut kerana ia merupakan hutang terhadap syarikat selepas pengisytiharannya.

2. Keuntungan bagi pembayaran dividen mestilah daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharan

Keuntungan yang akan digunakan untuk membuat pembayaran dividen mestilah daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharan dividen. Walaupun wujud keadaan di mana perhubungan antara syarikat induk dan anak syarikat, tetapi dari segi undang2 syarikat2 ini mempunyai entity yang berasingan bagi tujuan pembayaran dividen.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 52: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Kes : Industrial Equity Ltd lwn BlackBurn (1977) 3 ACLR 89 Fakta : industrial Equity bercadang untuk mengisytiharkan dividen dalam bentuk sebahagian tunai dan sebahagian lagi bentuk syer dalam Syarikat Minerva Centre Ltd (anak syarikat) di mana Industrial Equity adalah merupakan syarikat induknya. Jumlah yang untuk pembayaran dividen ialah A$900,000 tetapi akaun untung rugi bagi Idustrial Equity menunjukkan untung bersih hanya A$200,000 dengan keuntungan yang dibahagikan kepada tahun2 yang lalu sebanyak A$100,000 Industrial Equity. Idustrial Equity cuba menggunakan keuntungan kumpulan syarikat sebagai memenuhi jumlah untuk pembayaran dividen. Isu : samada keuntungan syarikat subsidiary yang dikuasai oleh syarikat induk boleh dianggap sebagai keuntungan syarikat induk? Keputusan Mahkamah : keuntungan yang akan digunakan mestilah diperolehi oleh syarikat yang mengisytiharkan dividend an oleh itu, dividen dalam bentuk syer Minerva tidak boleh dibayar kerana Industrial Equity tidak memperolehi keuntungan yang boleh dibayar.

3. Dividen boleh dibayar walaupun jumlah asset syarikat kurang daripada modal asset selagi syarikat membuat keuntungan hasil iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan

Dividen juga boleh dibayar walaupun jumlah nilai asset syarikat adalah berkurangan daripada jumlah asal modal yang disumbangakn oleh pemegang syer. Ini boleh dilakukan selagi syarikat dapat menunjukkan untungn dalam Akaun Untung Rugi nya iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan. Kes : Lee lwn Neuchatel Asphalte Co. (1889) 41 Ch. D1 Fakta : syarikat mendapat satu konsensi melombong asphalt. Konsensi itu hanya untuk jangkamasa yang terhad, oleh itu nilainya telah menurun setelah beberapa tahun. Syarikat mengisytiharkan dividen berdasarkan keuntungan yang diperolehi tanpa mengambilkira penurunan nilai lombong asfaltnya. Keputusan mahkamah : mahkamah membenarkan pembayaran dividen walaupun berlaku pengurangan pada harta syarikat. Kes : Verner lwn General & Commercials Investment Trust (1894) 2 CH 239, Ct Of Appeal Prinsip : keuntungan yang didapati daripada modal pusingan (circulating capital) boleh diagihkan sebagai dividen walaupun terdapat pengurangan nilai asset tetap syarikat

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 53: P3120 - Undang-Undang Syarikat

4. Keuntungan hasil (revenue) juga boleh dibahagikan sebagai dividen tanpa kemestian untuk menggantikan kehilangan modal atau kehilangan asset modal

Sesebuah syarikat tidak dimestikan untuk memperuntukkan hasil perolehan bagi menggantikan semula kerugian yang terkumpul atau berlaku susutnilai asset. Ertinya, selagi terdapat untung dalam sesuatu tahun, dividen boleh diisytiharkan walaupun terdapat kerugian dalam tahun sebelumnya atau berlaku pengurangan nilai asset syarikat Rujuk kes : - Lee lwn Neuchatel asphalte Co. (1889) 41 CHD 1 - Verner lwn General & Commercials Investment Trust (1994)

5. Dividen tidak semestinya dibayar daripada keuntungan pada tahun di mana keuntungan itu diperolehi kecuali artikel mempunyai peruntukkan tersebut

Dividen boleh dibawa ke tahun2 hadapan/ dipindahkan ke dalam simpanan syarikat. (sila rujuk kes : Re Hume Industries (FE) Ltd (1974) 1 MLJ 167)

6. Dividen boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapat keuntungan hasil (revenue)

Dividen juga boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapat keuntungan hasil dengan syarat terdapat penambahan dalam nilai2 aset modalnya. Dividen boleh diisytiharkan berdasarkan kepada untung modal yang direalis. Akan tetapi, tidak wujudnya untung modal untuk tujuan ini kecuali modal syarikat terdapat pertambahan (accretion) Kes : Lubbock lwn British Bank Of South America (1892) 2 CH 198 Fakta : sesebuah syarikat bank dengan modal berbayar sebanyak $ 500,000 menjual sebahagian daripada modalnya dengan harga $875,000 memberikan pertambahan modal sebanyak $375,000 Pengarah syarikat bercadang menyimpan sebanyak $70,000 untuk perbelanjaan syarikat dan mengisytiharkan lebihan iaitu $205,000 atas modal berbayar sebagai keuntungan untuk tujuan dividen Keputusan mahkamah : dividen boleh dibayar oleh kerana $205,000 mewakili untung modal bukan modal itu sendiri

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 54: P3120 - Undang-Undang Syarikat

7. Lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh dibahagikan sebagai dividen

Di dalam keadaan yang tertentu, untung yang belum direaliskan (untung yang dijangkakan tetapi belum ada) boleh dipergunakan bagi tujuan pembayaran dividen. Oleh itu, lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh diagih2kan sebagai dividen. Walau bagaimanapun, penilaian semuala asset mestilah dibuat oleh pihak yang pakar untuk membuat penilaian dan nilai itu tidak akan terjejas dengan perubahan semasa Kes : Dimbula Valley (Ceylon) Tea Co. Ltd lwn Laurie (1961) CHD Fakta : syarikat mempunyai artikel yang dipanggil ‘capitalization article’ iaitu membenarkan syarikat dalam sebarang masa meluluskan resolusi mempermodalkan untung yang tidak diagihkan Isu : adakah syarikat secara sah dalam mempermodalkan satu tabungan akibat daripada penilaian semua asset modal syarikat? Keputusan mahkamah : kecuali bercanggah dengan hak pemegang syer terutama, artikel persatuan syarikat memberi kuasa kepada permodalan tabung yang berpunca daripada penilaian semula asset modal. Mahkamah juga memutuskan bahawa syarikat boleh secara sah mengagihkan untung/ tambahan modal sebegini dengan cara membayar dividen kepada pemegang syer terutama syer biasa.

8. Artikel persatuan sesebuah syarikat boleh mengehadkan jenis keuntungan untuk dibahagikan sebagai pembayaran dividen

Mengikut kaedah undang2, sungguhpun keuntungan adalah didapati keputusan untuk mengisytiharkan dividen adalah bergantung kepada urusan perniagaan dan bukan isu perundangan. Oleh itu, artikel persatuan syarikat boleh menghadkan jenis keuntungan yang boleh/ tidak boleh dibuat pembayaran dividen

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 55: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 9 : Keahlian Dan Hak-hak Seorang Ahli 9.0 Definisi ahli Raja Khairulzaman Shah lwn Zaman Indah Sdn. Bhd. (1979) 2 MLJ 181 Prinsip : seorang pemegang syer tidak semestinya dia adalah seorang ahli di dalam sesebuah syarikat itu, begitu juga sebaliknya seorang ahli di dalam sesebuah syarikat tidak semestinya dia adalah pemegang syer di dalam syarikat tersebut Terdapat beberapa cara untuk menjadi ahli iaitu : -

• Mereka yang menjadi penandatangan kepada memorandum, dengan pemerbadanan syarikat tersebut hendaklah disifatkan telah bersetuju untuk menjadi ahli2 syarikat itu. (Sek 16 (6) Akta Syarikat )

• Mereka yang bersetuju menjadi ahli dengan memberi nama mereka untuk dimasukkan di dalam daftar ahli syarikat hendaklah disifatkan sebagai merupakan ahli syarikat

• Pengarah yang membuat akujanji untuk mengambil dan membayar syer yang diperuntukkan (qualification shares) kepadanya

• Pemegang syer yang berdaftar bagi syarikat berhad oleh syer 9.1 Perbezaan antara ‘ pemegang syer’ (yang bukan ahli) dengan ‘ ahli syarikat’ Pemegang syer yang tidak berdaftar bukan ahli syarikat dan meeka tidak : -

Berhak mengawal perjalanan syarikat Berhak menghadiri mesyuarat agung syarikat Berhak meminda artikel persatuan Tertakluk kepada apa2 liabiliti ahli

9.2 Perhubungan antara ahli-ahli dan lembaga pengarah : - Prinsip di dalam kes John Shaw & Sons (Salford) Ltd lwn Shaw (1909) AC 442 (House of Lords) ialah ahli2 syarikat tidak boleh mencampuri (menggangu) hak2 yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah syarikat sekiranya kuasa untuk mengururs syarikat itu telah diberikan kepada lembaga pengarah melalui artikel persatuan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 56: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Automatic Self- Cleansing Fillter Syndicate Co. Ltd lwn Cunninghame (1906) 2 Ch 34 ( Court of Appeal) Fakta : ahli2 syarikat telah memohon pengisytiharan mahkamah ke atas pengarah2 syarikat tersebut agar mereka melaksana dan menguatkuasakan resolusi yang telah diluluskan oleh ahli2 syarikat di mana mereka mengarah pengarah2 tersebut menjual perniagaan syarikat itu kepada sebuah syarikat lain. Mahkamah enggan meluluskan pengisytiharan tersebut kerana artikel persatuan telah memberikan mandate kepada lembaga pengarah untuk mengurus dan mengwal perniagaan syarikat tersebut. Oleh itu ahli2 syarikat tidak boleh mencampuri kuasa yang telah diberikan kepada lembaga pengarah. Namun begitu, kuasa pengarah boleh dikawal melalui : -

i. pemindahan peruntukan artikel berkenaan ; atau ii. tidak melantik semula pengarah2 syarikat yang berkenaan ( rujuk kes John

Shaw & Sons Ltd lwn Shaw) walau bagaimanapun, kuasa pengurusan syarikat mungkin akan dikembalikan semula (reverts) kepada ahli2 syarikat sekiranya : -

a. lembaga pengarah syarikat tidak boleh bertindak ; atau b. lembaga pengarah syarikat tidak layak untuk bertindak ( not competent to act)

keadaan ini boleh dilihat di dalam kes Barron lwn Potter (1914) 1 Ch 895 ( High Court, England) di mana di dalam kes ini, artikel persatuan telah memberi kuasa kepada lembaga pengarah untuk melantik pengarah tambahan. Lembaga syarikat ini adalah terdiri daripada 2 orang pengarah dan kedua2 mereka tidak mempunyai hubungan yang baik di mana meeka tidak bertegur sapa anatara satu sama lain. Beberapa percubaan untuk mengadakan mesyuarat lembaga telah gagal, maka akhirnya satu resolusi telah diluluskan oleh ahli2 di dalam mesyuarat agung tahunan untuk melantik pengarah tambahan. Mahkamah memutuskan bahawa perlantikan pengarah2 tambahan itu adalah sah walaupun artukel hanya memberi kuasa kepada lembaga pengarah untuk membuat perlantikan berkenaan. Lembaga pengarah tidak boleh bertindak maka ahli2 boleh bertindak melalui mesyuarat agung syarikat

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 57: P3120 - Undang-Undang Syarikat

9.3 Hak-hak ahli : -

1. seseorang ahli mempunyai hak berkanun untuk memastikan ahli2 lain mematuhi peruntukan memorandum/ artikel persatuan. Ini adalah kerana Sek 33 (1) Akta Syarikat telah menjelaskan memperuntukan bahwa kedua2 artikel dan memorandum adalah merupakan kontrak yang mengikat antara ahli sesame ahli (members inter se). ahli2 boleh memohon mahkamah agar mengenepikan apa2 perbuatan yang dikatakan telah melanggar peruntukkan artikel/ memorandum/ menahan tindakan yang akan dibuat yang melanggar peruntukan2 di dalam memorandum/ artikel.

Walau bagaimanapun, sekiranya pelanggaran memorandum / artikel itu hanyalah merupakan kecacatan / luar aturan secara prosedur sahaja (dan bukannya substansial), maka mahkamah tidak akan mentaksahkan pelanggaran tersebut. Kes Macdougall lwn Gardiner, di mana di dalam kes ini pelanggaran artikel yang merupakan tindakan pengerusi tidak membenarkan plaintif mengadakan pengundian sebelum mesyuarat syarikat di tangguhkan adalah diputuskan oleh mahkamah hanya sebagai tindakan luar aturan secara prosedur. Berdasarkan alas an tersebut, mahkamah tidak membenerkan permohonan plaintif yang memohon agar mahkamah mengisytiharkan tindakan pengerusi sebagai tidak wajar

2. ahli2 juga mempunyai hak untuk menghalang tindakan ‘ ultra vires’ / yang salah di sisi undang2. hak ini termaktub di dalam Sek 20 (2) (a) Akta Syarikat.

3. ahli juga mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat serta memeriksa rekod2 syarikat. Misalny Sek 160 (2) Akta Syarikat membenarkan daftar dan indeks syarikat dibuka untuk pemeriksaan oleh mana2 ahli tanpa dikenakan apa2 bayaran untuk membolehkan ahli mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku di dalam syarikat

4. ahli2 mempunyai hak untuk menghadiri dan mengundi di dalam mesyuarat agung syarikat. Hak ini adalah merupakan hak asasi seorang ahli dan memorandum dan artikel tidak boleh menghadkan hak ini

Seek 148 (1) memperuntukkan bahawa tertakluk kepada sub sek (2), tiap2 ahli hendaklah tanpa mengira apa2 peruntukkan di dalam memorandum mempunyai hak untuk menghadiri apa2 mesyuarat agung syarikat dan bersuara dan mengundi di atas apa2 resolusi sebelum mesyuarat Hak ahli untuk mengundi hanya boleh di gantung di dalam dua keadaan saja iaitu : -

i. apabila semua panggilan / lain2 jumlah yang kena dibayar sendiri oleh ahli, berkenaan dengan syer2 di dalam syarikat telah tidak di bayar (Sek 148 (1))

ii. apabila syer yang dipegang oleh ahli ialah syer terutama (Sek 148 (2))

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 58: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Selain daripada itu, ahli juga berhak untuk mengundi di dalam sesuatu resolusi itu sungguhpun dia mempunyai kepentingan peribadi di dalam keputusan resolusi tersebut. Kes North-West Transportation Co Ltd lwn Beatty. Di dalam kes ini, Betatty adalah pengarah dan juga pemegang syer majority di dalam syarikatnya. Dia telah menjual kapalnya kepada syarikat, tetapi pembelian ini telah ditentang oleh seorang pemegang syer yang lain. Satu resolusi telah dibuat meluluskan pembelian tersebut di mana sebenarnya resolusi tersebut telah diluluskan oleh undi Beatty dan 3 orang pengarah syarikat itu. Pemegang syer yang tidak bersetuju dengan pembelian tersebut mendakwa transaksi tersebut dililiskan berdasarkan undi Beatty yang merupakan orang yang mempunyai kepentingan di dalam transaksi tersebut. Mahkamah memutuskan walaupun seseorang itu mempunyai kepentingan di dalam sesuatu transaksi itu, kepentingan itu tidak akan menjejaskan haknya untuk mengundi. Namun begitu, hak untuk mengundi ini tertakluk kepada syarat2 tertentu : -

i. seorang ahli mestilah mengundi secara bona fide untuk kepentingan syarikat secara keseluruhan apabila meminda artikel persatuan

ii. apabila mengundi sebagai seorang ahli di dalam sesuatu kelas untuk satu resolusi yang akan memberi kesan kepada kelas tersebut, maka telah diputuskan di dalam kes British America Nickel Corporation Ltd lwn O’Brien Ltd, ahli yang berkenaan mestilah mengundi bagi maksud kepentingan kelas tersebut secara keseluruhan

5. hak untuk dilayan dengan adil. Hak ini ada pada seseorang ahli. Walau

bagaimanapun, seseorang yang telah menyertai sesebuah syarikat itu biasanya akan terikat dengan kaedah majority atau “the majority rule”

Di bawah kaedah ini,kehendak dan keputusan majority akan mengikat pihak minority. Oleh itu perlu ada satu mekanisme untuk menghalang pihak majority supay tidak menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengikat pihak minority. Akta syarikat ada memperuntukkan remedi di dalam kes2 penindasan. Mengikut peruntukkan Sek 181 (1) Akta Syarikat, mana2 ahli atau pemegang debenture syarikat/ dalam kes syarikat yang diisytiharjan di bawah bahagian IX, boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah di bawah sek ini atas alasan2 berikut : -

a) bahawa hal ehwal syarikat atau kuasa pengarah dijalankan dengan cara menindas/ tidak mengambilkira kepentingan ahli atau pemegang debenture

b) bahawa tindakan syarikat telah dibuat/ diugut / bahawa resolusi ahli, pemegang debenture/ mana2 kelas darinya telah diluluskan / dicadangkan yang mana didiskriminasikan secara tidak adil / prejudis terhadap ahli/ pemegang debenture

Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa salah satu daripada alasan2 di atas telah dibuktikan, maka mahkmah blh mengeluarkan apa2 perintah yang difikirkannya sesuai menurut Sek 18 (2) untuk mengakhiri arau meremedikan perkara2 yang diadukan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 59: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Perkataan “penindasan” telah ditakrifkan oleh Viscount Simonds di dalam kes Seotitish Co-operative Wholesale Society Ltd lwn Meyer, sebagai “burdensome, harsh and wrongful”. Dan takrifan ini telah dihuraikan oleh Buckley LJ’s dalam kes Re Jermyn Turkish Baths Ltd. Keadaan-keadaan di mana Sek 181 (1) boleh digunakan ialah : -

1) remedi boleh dituntut mengikut peruntukan sek ini terhadap seseorang individu yang mempunyai kuasa dominant di dalam syarikat. Seseorang itu mungkin mempunyai kuasa dominant sungguhpun dia tidak boleh menguasai undi majority misalnya apabila kuasa dominant ini diperolehi malalui peruntukan artikel

2) perbuatan yang didakwakan itu mestilah melebihi daripada dakwaan bahawa

pihak yang dominant tersebut telah menjalankan kuasa pengundian majoritinya. Rujuk kes Re Kong Thai Sawmills

3) tindakan yang didakwakan itu mestilah memberi kesan kepada ahli tersebut di

dalam kedudukannya sebagai seorang ahli. Sekiranya tindakan yang dipertikaikan itu memberi kesan kepadanya di dalam kedudukannya yang selain daripada sebagai ahli, misalnya sebagai seorang pengarah, maka sek 181 (1) tidak terpakai. Walau bagai manapun, jika seseorang itu ditindas di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli dan mungkin juga akan mendapat remedi daripada tindakn tersebut yang mungkin telah memberi kesan kepadanya di dalam kedudukannya yang lain juga. Kes rujukan : Re Chi Liung & Sons

4) apabila petisyen di buat di atas alasan penindasan/ pengabaian terhadap

kepentingan ahli, maka tindakan yang dipertikaikan itu mestilah berupa tindakan yang berlanjutan sehingga petisyen itu dibuat. Seseorang ahli tidak berhak mendapat remedi daripada suatu tindakan penindasan yang telah tamat. Kes rujukan Re Kong Thai Sawmills

5) remedi di bawah sek ini mungkin boleh diperolehi apabila ahli2 yang dominant di

dalam syarikat melakukan sesuatu yang mereka telah merencanakan untuk kepentingan mereka atau kepentingan orang2 lain yang mereka pilih dengan menyebabkan kerugian kepada pemegang syer yang lain. Kes rujukan Re Bright Pine Mills

6) remedi juga mungkin diperolehi apabila pihak dominant di dalam syarikat telah

menguruskan syarikat seolah2 syarikat tersebut adalah miliknya dengan tidak memperdulikan hak dan kepentingan ahli2 yang lain. Kes rujukan Re HR Harmer

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 60: P3120 - Undang-Undang Syarikat

7) Apabila majority pemegang syer / pengarah2 syarikat telah mengundi dengan menyalahgunakan kuasa undi mereka untuk tujuan yang tidak baik.

8) Percubaan untuk menyalahgunakan harta2 ahli dengan menggunakan kuasa

majority yang mana ini mungkin akan menyebabkan layanan yang tidak adil terhadap mereka, memungkin Sek 181 (1) terpakai

9) Seseorang ahli yang mempunyai perjanjian secara nyata/ tersirat yang

membenarkan ia turut menyertai di dalam pengurusan syarikat, sekiranya tidak diberi peluang untuk berbuat demikian boleh membuat petisyen di bawah sek ini

10) Ahli yang ditindas hendaklah membuat petisyen secepat mungkin. Tempoh

penangguhan yang tidak munasabah mungkin akan menyebabkan mahkamah beranggapan yang ahli tersebut membenarkan tindakan tersebut

Note : Keadaan2 yang disenaraikan di atas adalah tidak lengkap. Dalam membenarkan remedi di bawah Sek 181 (1) Akta Syarikat. Mahkamah haruslah bertanyakan dirinya samada pemohon telah dilayan secara tidak adil sehinggakan ia tidak mendapat layanan yang sepatutnya ia berhak sebagi seorang ahli.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 61: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 10 : Mesyuarat 10.0 Jenis-jenis mesyuarat Terdapat 3 jenis mesyuarat iaitu : -

Mesyuarat berkanun (statutory meeting) Mesyuarat agung tahunan (annual general meeting) Mesyuarat agung luar biasa ( extraordinary general meeting)

Mesyurat berkanun

Hanya syarikat awam iaitu syarikat berhad dan mempunyai modal syer hendaklah mengadakan mesyuarat jenis ini. Mesyuarat ini hendaklah diadakan hanya sekali, iaitu pada permulaan hayat sesebuah syarikat itu. Ini diperuntukan di dalam Sek 142 (1) Akta Syarikat

• Bilakah sesebuah syarikat itu boleh memanggil mesyuarat ini? Syarikar boleh memanggil mesyuarat ini di dalam satu tempoh yang tidak kurang daripada satu bulan tetapi tidak melebihi tiga bulan selepas tarikh di mana syarikat berhak memulakan perniagaannya.

• Siapakah pihak-pihak yang layak memanggil mesyuarat ini? Pengarah2 syarikat adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat. Kegagalan pengarah untuk memanggil mesyuarat ini adalah merupakan satu kesalahan terhadap Akta dan boleh dikenakan penalty sebanyak RM 5000 (Sek 142 (2) Akta Syarikat)

• Syarat-syarat sebelum memanggil mesyuarat Sekurang2nya tujuh hari sebelum syarikat memanggil mesyuarat ini, pengarah mestilah menyerahkan laporan berkanun kepada tiap2 ahli dan juga sesalinan kepada Pendaftar Syarikat. Laporan berkanun ini mestilah diperakui oleh sekurang2nya dua orang pengarah Laporan ini juga mestilah mengandungi perkara2 yang diperuntukan di dalam Sek 142 (3) (a)-(c), misalnya jumlah bilangan syer yang diperuntukan oleh syarikat atau jumlah wang tunai yang diterima oleh syarikat berhubung dengan peruntukan syer tersebut. Selain daripada perkara2 yang terkandung di dalam laporan berkanun ini, biasanya apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah berkenaan dengan penubuhan syarikat tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 62: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Mahkamah boleh mengeluarkan perintah menggulung syarikat tersebut jika sekiranya syarikat gagal mengadakan mesyuarat berkanun / menyerahkan laporan berkanun. Ini di peruntukan di dalam Sek 218 (1) (b) Akta Syarikat 1965

Mesyuarat agung tahunan Mesyuarat ini mesti diadakan sekali setiap tahun dan tidak melebihi 15bulan selepas mesyuarat agung yang terakhir diadakan. Walau bagaimanapun, sesebuah syarikat itu tidak perlu mengadakan mesyuarat ini pada tahun ia diperbadankan atau tahun yang berikutnya sekiranya syarikat telah mengadakan mesyuarat agung tahunan pertamanya di dalam masa 18 bulan ia diperbadankan Pihak yang bertanggungjawab memanggil mesyurat ini ialah pengarah syarikat. Namun begitu, mahkamah boleh atas permohonan mana2 ahli mengeluarkan perintah supaya mesyuarat agung tahunan di panggil. Ini dibenarkan di bawah peruntukan Sek 143 (4) (b) Akta Syarikat 1965 Antara perkara2 yang mungkin dibincangkan di dalam mesyuarat ini ialah berkenaan perlantikan juruaudit, di dalam kes syarikat awam tentang perlantikan semula pengarah yang telah menjangkau usia 70tahun, persetujuan am untuk pengisuan syer, persaraan dan perlantikan pengarah2, pengisytiharan dividen dan akaun syarikat. Jika keingkaran dilakukan dalam mengadakan mesyuarat agung tahunan : -

a) Syarikat dan tiap2 pegawai syarikat adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini. Penalty : RM5000

b) Mahkamah boleh di atas permintaan mana2 ahli memerintah syarikat agung dipanggil. (rujuk Sek 143 (4) Akta Syarikat)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 63: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Mesyuarat agung luar biasa Apa2 mesyuarat agung yang selain daripada mesyuarat agung tahunan ialah sebenarnya mesyuarat agung luar biasa - Jadual Ke-4 Susunan Daftar A

• Siapakah pihak-pihak yang layak memanggil mesyuarat ini?

i. 2 atau lebih orang ahli yang memegang tidak kurang daripada 1/10 modal syer yang dikeluarkan

ii. Jika syarikat itu tidak mempunyai modal syer, maka tidak kurang daripada 5% daripada bilangan ahli2 syarikat – rujuk Sek 145 Akta Syarikat ; atau

iii. Pengarah juga boleh pada bila2 masa jika ia fikir patut memanggil mesyuarat agung luar biasa tetapi mestilah mengikut peruntukan artikel

Mesyuarat agung luar biasa juga boleh diadakan atas tuntutan ahli2. ahli2 memberi notis bertulis kepada pengarah mengkehendaki mesyuarat dipanggil. Cara ini adalah lebih digemari oleh ahli2. Ini boleh dilakukan atas tuntutan ahli2 yang memegang tidak kurang daripada 1/10 modal berbayar yang membawa hak mengundi di dalam mesyuarat pada tarikh tersebut atau jika syarikat tidak ada modal syer, dan ahli2 yang mewakili tidak kurang daripada 1/10 jumlah hak2 mengundi semua ahli2 yang mempunyai hak untuk mengundi di dalam mesyuarat agung pada tarikh itu. Dalam keadaan ini, pengarah2 syarikat mestilah memanggil mesyuarat agung luar biasa diadakan secepat mungkin tetapi di dalam mana2 hal tidak lewat dari 2 bulan selepas syarikat menerima tuntutan daripada ahli2 – Sek 144 (1) Akta Syarikat 1965 Jika pengarah2 telah mengadakan mesyuarat dalam masa 21 hari selepas tarikh tuntutan, maka ahli2 yang menuntut boleh dengan sendirinya mengadakan mesyuarat berkenaan, tetapi mesyuarat berkenaan hendaklah di adakan dalam masa 3bulan dari tarikh tuntutan itu - Sek 144 (3) Akta Syarikat Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah memanggil mesyuarat jika ada alasan2 yang menunjukkan adalah tidak pratikal untuk memanggil mesyuarat mengikut peruntukan artikel atau Akta Syarikat. Dalam keadaan ini samada dengan usaha sendiri / atas permohonan mana2 ahli yang berhak mengundi / wakil dari mana2 ahli tersebut memohon mahkamah mengeluarkan perintah memanggil mesyuarat – Sek 150 Akta Syarikat 1965

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 64: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Perkataan “tidak pratikal” merujuk kepada keadaan2 berikut spertimana telah dihuraikan di dalam kes Re Noel Tedman Holding Pty Ltd dan kes Re EI Sombrero. Di dalam kes kedua, pemegang2 syer syarikat telah dibahagikan sperti berikut : pemohon di dalam kes ini memegang 900 syer manakala 2 org pertentang dalam kes ini memegang 50 syer tiap seorang. Kedua2 penentang ini juga adalah merupakan pengarah2 di dalam syarikat ini. Artikel persatuan ada memperuntukan bahawa korum mesyuarat mestilah sekurang2nya 2 orang. Pemohon telah 2 kali meminta diadakan mesyuarat tetapi pengarah2 syarikat telah dengan sengaja tidak menghadiri mesyuarat tersebut ( ini memberi kesan korum mesyuarat tidak cukup). Pemohon telah membuat permohonan kepada mahkamah supaya mengeluarkan perintah yang membenarkan mesyuarat diadakan dengan seorang ahli saja. Permohonan ini telah diperkenankan oleh mahkamah.

Mesyuarat khas Bagi syarikat awam yang dihadkan oleh syer, modal syer akan dibahagikan kepada kelas2 syer yang berlainan seperti syer biasa dan syer terutama. Pemegang syer utama akan memperolehi hak utama mengenai dividen, atau pemulangan modal jika berlaku pembubaran (rujuk Jadual Ke-4 Susunan Daftar A). Mesyuarat kelas diadakan apabila ada perubahan atau pindaan pada hak2 kelas ini. 10.1 Notis mesyuarat Sek 148 (1) Akta Syarikat, setiap ahli berhak menghadiri, bersuara dan mengundi di dalam mana2 resolusi mesyuarat Walau bagaimanapun, sebelum mesyuarat dipanggil notis hendaklah diberi kepada setiap ahli. Notis ini hendaklah diberi sekurang2nya 14 hari sebelum diadakan mesyuarat – Sek 145 (2) Akta Syarikat. Tetapi artikel persatuan boleh memperuntukan tempoh yang lebih lama dari sek ini Jika mesyuarat dipanggil untuk meluluskan resolusi khas, maka notis hendaklah diberi sekurang2nya 21 hari sebelum mesyuarat diadakan – Sek 152 (!) Akta Syarikat Bagi mesyuarat agung, mesyuarat jenis ini boleh dipanggil dengan notis yang lebih singkat jika terdapat persetujuan semua ahli yang berhak untuk hadir dari mengundi dalam mesyuarat – Sek 145 (3) (a) Akta Syarikat Bagi mesyuarat2 lain, mesyuarat boleh dipanggil dengan notis yang lebih singkat jika terdapat persetujuan majority yang memegang tidak kurang daripada 95% nilai nominal syer. Tetapi jika syarikat tidak mempunyai modal syer, jika terdapat persetujuan tidak kurang dari 95% jumlah ahli yang berhak mengundi di mesyuarat tersebut – Sek 145 (3) (a) dan (b) Akta Syarikat. Notis Khas Untuk Sesuatu Resolusi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 65: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Jika mana2 ahli berhajat untuk mengemukan suatu resolusi dalam mesyuarat, maka ia diwajibkan memberi notis khas mengenai resolusi tersebut kepada syarikat, misalnya, Sek 128 Akta Syarikat, resolusi untuk menyingkir seorang pengarah atau melantik beberapa orang pengarah menggantikan pengarah yang disingkir melalui resolusi biasa, atau Sek 172 (4) Akta Syarikat resolusi untuk menyingkir juruaudit syarikat. Dalam keadaan ini notis khas untuk resolusi ini hendaklah diberi pada syarikat. Peruntukan mengenai notis khas ini terdapat di bawah Sek 153 Akta Syarikat. Notis khas hendaklah diberi tidak kurang daripada 28 hari sebelum mesyuarat diadakan

• kesan jika notis tidak diberi Mengikut Common Law, jika ahli tidak diberi notis berkenaan mesyuarat, mesyuarat tersebut adalah prima facie tidak sah. Walau bagaimanapun Sek 355 Akta Syarikat memperuntukkan jika notis mesyuarat tidak diberikan kepada ahli, ianya tidak menjadikan mesyuarat tidak sah melainkan mahkamah boleh mengisytiharkan perjalanan mesyuarat adalah tidak sah. 10.2 Korum Biasanya artikel persatuan akan memperuntukan korum bagi sesebuah syarikat tersebut. Jika artikel persatuan menyepi mengenai hal ini, Sek 147 (1) (a) Akta Syarikat memperuntukan 2 org ahli syarikat boleh mmebentuk korum di dalam mesyuarat. Korum ini hanya perlu hadir pada permulaan sesuatu mesyuarat tersebut saja dan bukan sepanjang mesyuarat. Korum yang tidak cukup tidak akan memberi kesan kepada mesyuarat (mesyuarat tetap sah)melainkan mahkamah berpendapat perkara tersebut akan menyebabkan ketidakadilan berlaku. Walau bagaimanapun, kaedah am memperuntukan bahawa di dalam sesebuah mesyuarat mesti mempunyai sekurang2nya 2 orang ahli (kes rujukan : Re Salvage Engineers). Dan sekurang2nya 2 orang ahli ini mestilah hadir sepanjang mesyuarat tersebut walaupun korum mencukupi pada permulaan mesyuarat – kes Re London Flats Ltd

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 66: P3120 - Undang-Undang Syarikat

10.3 Pengerusi Biasanya artikel persatuan akan memperuntukan perlantikan seorang pengerusi untuk mengerusi sesebuah mesyuarat. Dan seorang pengerusi tidak semestinya dipilih dari kalangan ahli. Jika artikel persatuan menyepi mengenai perlantikan pengerusi ini, maka nama2 ahli yang dipilih oleh ahli2 yang lain ini, yang menghadiri mesyuarat itu bolehlah dilantik sebagai pengerusi – Sek 147 (1) (b) Tugas pengerusi ialah memastikan mesyuarat berjalan dengn lancar dan teratur. Akta Syarikat tidak memperuntukan bagaimana sesebuah syarikat harus menjalankan mesyuaratnya, selagi pengerusi menjalankan tugasnya secara bona fide, segala salah aturan dalam mesyuarat akan dianggap sebagai perkara dalaman syarikat dan salah aturan itu boleh disahkan oleh ahli2 sendiri. 10.4 Minit mesyuarat Setiap mesyuarat mestilah mempunyai minit mesyuarat sendiri – Sek 156 (1) Akta Syarikat. Minit mesyuarat ini akan menjadi bukti prima facie yang mesyuarat telah diadakan dan segala perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah sah. Buku minit mesyuarat ini boleh diperiksa oleh mana2 ahli tanpa dikenakan bayaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 67: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 11 : Pengarah 11.0 pengenalan Syarikat adalah entity perundangan yang mempunyai hak dan tanggungannya sendiri. Syarikat tidak mempunyai entity fizikal, pengurusannya adalah di tangan pengarah. Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan agen kepada syarikat. Kuasa yang diberikan kepada mereka adalah melalui memorandum, artikel atau akta sendiri. Mereka adalah agen kepada syarikat kerana syarikat berfungsi melalui mereka. 11.1 definisi pengarah Sek 4 mentakrifkan pengarah sebagai mana2 orang yang menduduki pengarah perbadanan melalui apa2 pun nama yang dipanggil dan termasuklah seseorang mengikut mana2 arahan / perintah pengarah2 perbadanan tersebut lazim bertindak dan pengarah silih ganti atau pengarah ganti. 11.2 perlantikan pengarah Sek 122 (1) – setiap syarikat hendaklah mempunyai sekurang2nya dua orang pengarah yang setiapnya prinsipalnya atau hanya tempat tinggal dalam limgkungan Malaysia. Sek 122 (2) - tiada seorang pun selain dari orang sebenar yang cukup umur yang boleh menjadi pengarah syarikat. Cukup umur untuk menjadi seorang pengarah di Malaysia ialah 21 tahun. Sek 122 (3) – pengarah pertama syarikat hendaklah dinamakan di dalam memorandum dan artikel syarikat. Cara2 perlantikan pengarah terdapat di dalam memorandum atau artikel syarikat. Selalunya dibuat oleh ahli2 syarikat melalui resolusi biasa yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan. Artikel persatuan juga boleh memberi kuasa kepada orang2 / badan2 tertentu untuk melantik pengarah. Walau bagaimanapun artikel tidak dapat diikuti sekiranya itu bukanlah ahli melainkan satu kontrak telah dimasuki di luar artikel itu yang memberinya kuasa sedemikian rupa

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 68: P3120 - Undang-Undang Syarikat

11.3 kelayakan seorang pengarah Terdapat sesetengah orang yang tidak boleh menjadi pengarah : - 1. Sek 125 – seseorang yang tidak menjelaskan hutang (undischarged bankrupt)

kecuali mendapat kebenaran daripada mahkamah 2. Sek 130 – seseorang yang disabitkan kesalahn

(a) berhubung dengan kenaikan pangkat, pembentukan atau pengurusan sesebuah perbadanan

(b) melibatkan penipuan atau ketidakjujuran yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama 3bulan atau lebih atau

(c) dibawah sek 132, 132A atau 303 Di dalam tempoh 5 tahun selepas disabitkan kesalahn atau selepas dibebaskan dari penjara. Jika ia dihukum penjara dan tanpa kebenaran mahkamah masih menjadi pengarah, ia akan dikenakan denda lima tahun penjara atau seratus ribu ringgit atau kedua2nya sekali. 3. Sek 130A – seorang pengarah sebuah syarikat yang telah dikenakan tindakan

penyelesaian/ penggulungan dan tidak mampu membayar hutang pada masa itu dan menjadi pengarah syarikat lain yang telah dikenakan tindakan penyelesian telah dalam masa lima tahun bermula dari tarikh syarikat yang pertama itu dikenakan tindakan penyelesaian dan kelakuannya membuatkan dia tidak layak kepada pengurusan sesebuah syarikat; maka mahkamah boleh memerintahkan seseorang itu tidak boleh menjadi pengarah tanpa kebenaran mahkamah

4. Sek 129 – seseorang yang berumur 70 tahun dan keatas tidak boleh menjadi pengarah syarikat awam, tetapi terdapat pengecualian di bawah Sek 129 (6) dimana seorang yang berumur 70tahun boleh menjadi pengarah jika dia memberi notis kepada ahli2 berkenaan resolusi perlantikan dan tiga perempat majority ahli bersetuju.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 69: P3120 - Undang-Undang Syarikat

11.4 hilang kelayakan sebagai pengarah Sek 124 - jika pengarah dikehendaki oleh artikel memenuhi atau memegang sejumlah syer, dia mesti memenuhi kehendak tersebut dalam masa dua bulan selepas perlantikannya atau jangka masa yang lebih pendek dari itu. Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh artikel, jika gagal memenuhi syarat tersebut, dia mesti mengosongkan jawantannya. Artikel 72 Jadual 4 - pengarah hendaklah mengosongkan jawatan jika : - I. Berhenti menjadi pengarah dengan kehendak akta II. Menjadi bankrap atau membuat mana2 perkiraan dengan si piutang secara umum III. Dilarang menjadi pengarah oleh Akta IV. Menjadi tidak siuman V. Meletak jawatan dengan notis bertulis kepada syarikat VI. Tidak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarag selama 6 bulan atau lebih tanpa

kebenaran VII. Memegang jawatan lain darihal keuntungan di bawah syarikat tanpa izin syarikat

kecuali jawatan pengarah urusan atau pengurus VIII. Berminat di dalam mana2 kontrak yang dicadangkan dengan syarikat dan gagal

mengisytiharkan kepentingannya seperti yang dikehendai Akta

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 70: P3120 - Undang-Undang Syarikat

11.5 kuasa pengarah Lembaga pengarah diberi kuasa untuk menjalankan semua perkara selain dari kuasa yang diperuntukkan dalam memorandum dan artikel syarikat. Antara kuasa yang ada pada pengarah ialah menguruskan syarikat, mewakilkan tugas kepada orang bawahan, mengisukan syer, memanggil jumlah syer yang belum berbayar, membayar dan menerima hutang bagi pihak syarikat, memanggil mesyuarat dan mengisytiharkan dividen. Selalunya lembaga pengarah akan menyerah dan membahagikan kuasa kepada orang lain, contohnya pengarah urusan, setiausaha dan lain2. Akta menegaskan bahawa pengarah akan memastikan bahawa syarikat ditabir mengikut undang2 dengan mengkehendaki pengarah mematuhi beberapa sek di dalam akta. Lembaga pengarah ada 3 tugas : - 1. membuat keputusan bagi pihak syarikat dalam bidang yang diperuntukkan 2. bertanggungjawab secara am untuk memberi tunjuk ajar kepada agen2 dan

pekerja2 syarikat dalam melaksanakan tugas2 mereka 3. memastikan syarikat dijalnkan mengikut akta syarikat 11.6 kesan sekiranya pengarah tidak dilantik dengan sah Sek 127 – tindakan2 pengarah hendaklah menjadi sah walau apa2 kecacatan yang mungkin kemudiannya timbul dalam perlantikan atau kelayakannya Pihak ke-3 ada kuasa untuk menuntut daripada syarikat terhadap tindakan pengarah jika pengarah tidak dilantik dengan sah Sesiapa yang berurusan dengan syarikat malalui orang yang berlagak sebagai pengarah dan ianya boleh dilantik secara sah tetapi tidak dilantik, bolehlah menganggap orang itu sebagai pengarah dan syarikat bertanggungjwab terhadap tindakan ‘pengarah’ tersebut. Walau bagaimanpun seseorang itu mestilah membuktikan bahawa mereka benar2 mempercayai bahawa orang itu adalah pengarah.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 71: P3120 - Undang-Undang Syarikat

11.7 upah/ ganjaran/ saran pengarah Upah pengarah boleh dalam berbagai bentuk dan amaun tetapi bergantung kepada peruntukan artikel. Biasanya terdapat di dalam artikel (Jadual A Artikel 70). Upah boleh dalam bentuk elaun atau saham di dalam syarikat, ianya dinyatakan di dalam artikel. Amaun boleh berubah dari tahun ke tahun atau ia boleh juga tetap Re George Newman Jika tidak ada peruntukan di dalam artikel berkenaan dengan upah, apabila upah dibayar kepada pengarah. Artikel syarikat perlu diubah untuk memasukkan upah tersebut di dalam artikel. Craven Ellis lwn Cannons Ltd. (1936) 2 All ER 1066 Jika pengarah tidak dilantik dengan betul, pengarah tersebut tidak boleh menuntut upah walaupun dia percaya dirinya telah dilantik dengan sempurna dan dia telah berkhidmat untuk syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, dia masih boleh menuntut amaun yang munasabah untuk ‘quantum merit’ untuk perkhidmatan yang telah diberikan kepada syarikat Seorang pengarah yang boleh bersetuju untuk tidak menerima upah. Jika dia bersetuju, dia tidak boleh menuntut upah tersebut. Pengarah boleh juga meminta upahnya dikurangkan. Sek 136 memperuntukan larangan upah tanpa cukai kepada pengarah. Tugas-tugas pengarah Seseorang pengarah mempunyai 3 jenis kewajipan : - 1. tugas fidusari 2. menjalankan tugas dengan berskil, berhati2 dan berusaha sewajarnya 3. tugas statutory

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 72: P3120 - Undang-Undang Syarikat

tugas fidusari (a) bertindak untuk kepentingan syarikat perkataan ‘bertindak dengan jujur’ dalam sek 132 (1) telah didefinisikan di dalam kes Marehesi lwn Barnes Keogh : “ ‘bertindak dengan jujur’ adalah dirujuk kepada perbuatan yang bona fide (suci hati) untuk kepentingan syarikat dalam melaksanakan tugas2 sebagai pengarah” bukannya mahkamah yang menganggap sesuatu tugas itu untuk kepentingan syarikat tetapi pengarah itu sendiri yang harus beranggapan demikian. Keputusan yang dibuat oleh seorang pengarah mestilah bertujuan membawa keuntungan kepada syarikat. Re W & M Roith Ltd (1967) 1 All ER 247 Roith mengawal syarikat dengan memegang majority syer dan dia adalah seorang daripada 3 orang pengarah. Dia kemudiannya memasuki kontrak dengan syarikat dimana sekiranya dia mati, isterinya boleh mendapatkan pencen. Dia kemudiaannya meniggal dunia. Apabila isterinya menuntut pencen, ia ditolak oleh likudator. Mahkamah bersetuju dengan likudator kerana sewaktu membuat keputusan, pengarah tidak mengira kepentingan syarikat tetapi mengira kepentingan isterinya Kepentingan siapakah yang dikira kepentingan syarikat Peter’s America Delicacy Co. Ltd. Lwn Heatg (1939) 61 CLR 457 Greenhalgh lwn Arderne cinemas Ltd. (1951) Ch. 286 ‘kepentingan ahli2 secara keseluruhan syarikat bolehlah disamakan dengan kepentingan syarikat’ Hakim Mason di dalam kes Walker lwn Wimborne mengatakan : “….dalam melaksanakan tugas, pengarah juga mesti mengambil kira kepentingan pemegang syer dan juga pemiutang. Kegagalan untuk mengamibil kira kepentingan pemiutang akan meyebabkan akibat yang tidak baik kepada syarikat dan juga kepada pemiutang sendiri.”

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 73: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Winkworth lwn Edward Baron Development Co. Ltd. (1987) 1 All ER 114 Lord Templeman menyatakan : “kewajiban itu adalah dipunyai oleh pengarah terhadap pemegang syer dan pemiutang untuk memastikan bahawa segala urusan syarikat diuruskan dengan betul dan supaya harta2 syarikat tidak diekplotasikan untuk kepentingan pengarah dan memprejudiskan pemiutang” Bagi syraikat berkumpulan, syarikat2 ini mempunyai entity yang berasingan, jadi tidak boleh pengarah sesebuah syarikat memperjudikan nasib syarikat untuk kepentingan syarikat2 lain pula Untuk menentukan kepentingan sesebuah syarikat, ujian yang terbaik ialah satu ujian yang akan menentukan samada seseorang yang jujur sebagai pengarah, dapat dalam semua keadaan, percaya bahawa perbuatan itu adalah untuk kepentingan syarikat sepenuhnya. Mills lwn Mills (1937) 60 CLR 150 Persoalan bukan untuk kepentingan syarikat keseluruhannya tapi apa yang adil di antara kelas2 syer yang berbeza. Tetapi ini sukar untuk ditentukan kerana susah untuk memenuhi kehendak semua orang. (b) pengarah tidak meletakkan dirinya dalam keadaan di mana terdapat percanggahan

kepentingan di antara tugas untuk syarikat dan kepentingan diri Boardman lwn Phipps (1967) 2 AC 46 “seorang pemegang amanah tidak boleh meletakkan dirinya di dalan keadaan di mana berlaku percanggahan kepentingan di antara tugasnya dan kepentingan dirinya…” Keadaan-keadaan dimana kepentingan boleh bercanggahan (1) pengarah tidak boleh menggunakan harta atau wang syarikat untuk mendapatkan

keuntungan individu atau peribadi. Kalau dia melakukannya, dia bukan sahaja telah melanggar tugasnya tetapi keuntungan dari harta atau wang yang diperolehi adalah milik syarikat. Dia juga boleh didapati bersalah dibawah jenayah pecah amanah

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 74: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Totex-Adon Pty Ltd lwn Marco (1982) 1 ACI. C 228 Fakta : Marco adalah pengarah syarikat Totex –Adon iaitu syarikat yang usahasama antara Totex (Aust) Pty Ltd yang menjalankan perniagaan di NSW dan Adon Pty Ltd sebuah syarikat di Queensland. Marco adalah juga pengarah dan pemegang syer Adon. Dibawah perjanjian usahasama, Totex-Adon akan membeli barangan dari Totex dan menjualnya di Queensland. Totex-Adon menyaman Marco kerana gagal memasukkan pulangan jualan ke dalam akaun syraikat. Ini kerana Marco gagal membuka akaun berasingan bagi syraikat Totex-Adon di Queensland dan kesemu pembayaran dan penerimaan dimasukkan ke dalam akaun Adon Mahkamah memutuskan yang Marco telah melanggar tugas fidusarinya terhadap Totex-Adon kerana mencampurkan wang kedua2 syarikat tersebut Rujuk pada kes PP lwn Tan Koon Swan (1987) 1 MLJ 18 (2) Sek 132(2) - seorang pegawai syarikat tidak boleh menyalahgunakan mana2

maklumat yang diperolehi dengan kedudukannya sebagai pegawai syarikat bagi mendapatkan keuntungan dirinya dan menyebabkan kerugian kepada syarikat secara langsung atai tidak langsung. Keuntungan yang didapati dengan cara ini, mestilah dipulangkan kepad asyarikat. Keuntungan boleh di dalam bentuk upah, yuran, komisen dan sebagainya

Regal Hastings Ltd lwn Gulliver (1942) 1 All ER 378 Pengarah2 mesti membari keuntungan yang didapati kepada syarikat kerana hanya dengan pengetahuan dan kedudukan sebagai pengarah yang menyebabkan mereka mendapat keuntungan Cook lwn Deek (1916) 1 AC 554 Isu kes adalah berkenaan dengan kontrak yang dimasuki oleh pengarah di atas namanya i.e dengan menubuhkan syarikat baru Mahkamah memutuskan bahawa keuntungan kontrak tersebut adalah kepunyaan syarikat dan pengarah dengan sengaja gagal untuk melindungi kepentingan syarikat yang mana menjadi kewajiban mereka untuk berbuat demikian.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 75: P3120 - Undang-Undang Syarikat

(3) tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukan sebagai pengarah

untuk mendapatkan kepentingan peribadi Mahesan lwn Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society (1987) 1 MLJ 149 Fakta : Mahesan adalah seorang pengarah dan bekerja untuk syarikat Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society. Tujuan penubuhan syarikat ialah untuk menyediakan perumahan untuk pekerja kerajaan. Mahesan menerima rasuah dari Manickam berkenaan dengan satu transaksi yang melibatkan pembelian tanah. Manickan membeli tanah dengan harga $456,000. dia menjual kepada syarikat dengan harga $944,000 dan memberi rasuah sebanyak $122,000 kepada Mahesan. Syarikat boleh membeli tanah tersebut dengan harga $456,000 tetapi mereka terpaksa membayar $944,000 Mahkamah memutuskan bahawa syarikat boleh menuntut jumlah rasuah atau kerugian daripada perlanggaran kewajiban oleh Mahesan. Memandangkan kerugian syarikat adalah lebih besar dari jumlah rasuah, Mahesan diperintah untuk membayar kerugian yang dialami oleh syarikat akibat daripada rasuah tersebut. (4) pengarah tidak boleh mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia atas

dasar hubungan fidusari. Sekiranya ada peluang untuk membuat keuntungan atau mendapatkan manfaat dari kedudukannya sebagai seorang pengarah, keuntungan atau manfaat tersebut mestilah diberitahu dan disahkan dalam mesyuarat syarikat. Rujuk kes Regal (Hastings) Ltd. Lwn Gilliver Urusniaga di antara syarikat dan pengarah Seorang pengarah yang memasuki kontrak dengan syarikat mestilah memberitahu keuntungan yang diperolehi daripada kontrak tersebut yang mana dia mempunyai kepentingan. Kegagalan memberitahu keuntungan tersebut boleh membuat pengarah bertanggungjawab terhadap syarikat ke atas keuntungan tersebut

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 76: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, samada langsung atau tidak langsung berminat dalam kontrak yang dicadangkan oleh syarikat tersebut, hendaklah secepat mungkin yang pratik selepas fakta2 yang berkaitan telah sampai ke pengetahuaanya mengisytiharkan sifat kepentingan itu di mesyuarat pengarah syarikat Dibawah sek 131, perkara2 ini mestilah didedahkan.

(i) sek 131 (1) - keadaan kepentingan samada secara langsung atau tidak langsung dan samada terlibat kepentingan ahli2 keluarga yang lain dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan

(ii) sek 131 (5) - keadaan fakta2 atau had2 percanggahan yang wujud dari pemegangan jawatan mestilah diisytiharkan dalam mesyuarat

(iii) sek 131 (5) - keadaan fakta2 atau had2 percanggahan yang wujud dari pemegangan harta oleh pengarah

Persaingan dengan syarikat Tiada undang2 yang mengatakan seseorang tidak boleh manjadi pengarah kepada dua syarikat yang bersaing asalkan kesemua konflik yang mungkin timbul didedahkan dan disahkan oleh syarikat. Cooks lwn Deeks Fakta : Toronto Construction Company mempunyai 4 orang pengarah yang juga pemegang syer. 3 orang pengarah (defenden) berkonflik dengan seorang pengarah (plaintif). Mereka bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan plaintif. Syarikat membuat perundingan berkenaan dengan kontrak dengan Canadian Pacific Railway. Perundingan itu dibuat oleh kedua2 defenden menubuhkan syarikat baru yang bernama Dominion Construction Company untuk menjalankan kontrak tersebut. Plaintif menyaman bagi pihak syarikat untuk mendapatkan kembali keuntungan yang dibuat oleh defenden. Privy Council memutuskan bahawa ke3,3 defenden telah melanggar kewajiban sebagai pengarah, dan membenarkan syarikat untuk mendapatkan kembali keuntungan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 77: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Peso Silver Mines Ltd. (NPL) lwn Cropper Mahkamah Agung Kanada memutuskan bila lembaga pengarah dengan suci hati (bone fide) telah menolak satu peluang untuk syarikat, maka pengarah bolehlah mengambil peluang tersebut tanpa perlu mendedahkan kepada syarikat. (c) mesti menggunakan kuasa dan harta yang telah diamanahkan dengan tujuan yang

sesuai atau yang diperuntukkan seseoang pengarah mungkin telah bertindak secara amanah untuk menentukan kepentingan syarikat tetapi beliau masih lagi boleh dikatakan mungkir tanggungjawab fidusarinya jika beliau menggunakan harta syarikat untuk tujuan yang salah. Belmont Finance Corporation Ltd lwn Williams Furniture Ltd (1980) 1 All ER 393 Jika pengarah menyalahgunakan wang syarikat, mereka telah melakukan pecah amanah. Re Duomatic Ltd (1969) 2 CH 365 Fakta : pembayaran telah dibuat kepada bekas pengarah sebagai gantirugi untuk kehilangan pekerjaan. Pembayaran ini tidak diberitahu kepada pemegang syer sebagaimana yang diperlukan oleh sek 191 Akta Syarikat United Kingdom 1948. jadi pembayaran tersebut adalah tidak sah. Mahkamah memutuskan pengarah yang membuat pembayaran tersebut haruslah bertanggungjawab terhadap pembayarn tersebut kerana menyalahgunakan wang syarikat, walaupun didapati pengarah berkenaan berlaku jujur kerana tidak tahu tentang undang2 tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 78: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Kesan-kesan kontrak akibat kemungkiran tanggungjawab fidusari Satu urusniaga syarikat yang intra vires tidak batal walaupun ianya melanggar kewajiban fidusari pengarah. Urusniaga tersebut hanya boleh menjadi bolehbatal. Terdapat 2 perkara yang perlu diambilkira : - (1) bila pengarah memasuki kontrak atau urusniaga dengan syarikatnya sendiri dan

melanggar tugas fidusarinya, kontrak atau urusniaga tersebut menjadi bolehbatal, dimana syarikat mempunyai opsyen untuk membatalkan kontrak atau urusniaga tersebut.

(2) Bila urusniaga dimasuki oleh syarikat dengan pihak ke-3, sama ada urusniaga itu boleh diketepikan oleh pihak ke-3 atau tidak. Bergantung sama ada pihak ke-3 tahu atau sepatutnya tahu yang pengarah telah melanggar tugas fidusarinya. Jika pihak ke-3 tahu, maka pihak ke-3 tidak dapat mengenepeikan urusniaga tersebut.

Satu urusniaga syarikat yang ultra vires tidak batal walaupun ianya melanggar kewajiban fidusari pengarah. Urusniaga tersebut boleh diketepikan jika satu pihak tahu atau sepatutnya tahu berkenaan dengan perlanggaran kewajiban oleh pengarah syarikat. Remedi-remedi untuk kemungkiran tanggungjawab fidusari pengarah (1) syarikat boleh menyaman untuk mendapatkan gantirugi atau pemulangan harta

tertentu (2) syarikat boleh menuntut keuntungan rahsia yang diperolehi oleh pengarah (3) kuasa pengarah terhadap perlaksaan kontrak yang menyebabkan kemungkiran

tanggungjawab boleh dianggap tidak sah. Syarikat boleh membuat pilihan samada untuk menuntut kerugian syarikat atau menyaman pengarah di atas keuntungan yang diperolehi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 79: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Menjalankan tugas dengan berskil, berhati-hati dan berusaha sewajarnya Selalunya kita menganggap orang yang memegang jawatan pengarah mempunyai skil yang berpetutan untuk jawatan itu, tetapi undang2 mengatakan pengarah tidak perlu untuk mempunyai skil2 tertentu, dan sekiranya dia tidak mempunyai skil bukanlah dianggap satu perlanggaran kepada kewajibannya. Rowies J mengatakan di dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Ltd (19245) 1 Ch 407 “ pengarah tidak perlulah memnunjukkan, didalam melaksanakan tugasnya, tahap skil yang lebih tinggi dari yang sepatutnya dianggapkan ada dalam fikiran atau pengalamannnya” Akta Syarikat tidak penah memberikan syarat2 minimum sebelum seseorang itu boleh menjadi pengarah. Tetapi seandainya dalam keadaan di mana seseorang pengarah dilantik kerana kemahirannya dalam skil tertentu, dan kemudiaanya dia gagal membuktikannya, disini satu perlanggaran kewajiban mungkin telah berlaku. Tugas/ tanggungjawab dan tahap hati-hati (Duty and standard of care) Adalah tidak adil untuk mengharapkan orang yang kurang layak untuk menunjukkan skil yang berlebihan. Tetapi tidaklah boleh juga dijadikan satu alasan untuk tidak bersikap hati-hati. Seseorang pengarah adalah tertakluk kepada prinsip hati-hati kepada syarikat selama dia menjadi pengarah. Kes Re City Equitable Fire Insurance Co. Ltd menyarankan bahawa tidak ada satu skala tahap hati2 yang boleh diikuti, jadi pengarah perlu menunjukkan tahap hati2 yang munasabah yang ada pada pengalaman dan kelayakannya itu. Dalam kes Re Brazilian Rubber Plantation and Estates Ltd (1911) Ch 425 Neville J mengatakan : - “seseorang pengarah tidak tertakluk untuk mengamil bahagian-bahagian tertentu dalam menjalankan perniagaan syarikat, tetapi setelah dia menanggung tanggungjawab itu, dia mesti menggunakan tahap hati2 yang munasabah dalam melaksanakan tugasnya. Tahap hati2 itu dikira sebagai tahap sebagaimana orang biasa akan berhati2 untuk

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 80: P3120 - Undang-Undang Syarikat

kepentingan sendiri. Dia tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang diakibatkan dari salah hukum Cadangan-cadangan (1) pengarah mestilah mengambl inisiatif untuk mengetahui apakah hak2 dan

tanggungjawab2nya dibawah artikel dan undang2. kedaifan tentang undang2 tidak boleh dijadikan satu alas an kepada perbuatan2 yang bertentangan dengan akta

Dia boleh meminta nasihat sekiranya perlu, dia tidak boleh menerima jawatan tetapi kemudiannya menegaskan yang dia tidak tahu apa2 peruntukkandi dalam Akta, memorandum atau artikel syarikat Rujuk kes Re John Fulton & Co. Ltd (1932) NI 35 (2) pengarah mestilah membuat beberapa pertanyaan yang munasabah apabila disuruh

mengeluarkan wang syarikat Re Railway & General Light Improvement Co.lwn Marzetti Case (1880) 42 Ltd 206 Pengarah menandatangani cek tanpa mengetahui untuk tujuan apa duit itu akan digunakan dan tidak membuat pertanyaan sebagaimana seorang yang waras akan bertanya Mahkamah rayuan memutuskan pengarah tersebut telah berlaku cuai Seorang pengarah yang tidak mengambil tahu sebelum menandatangi cek, dia akan bertanggungjawab terhadap cek tersebut jika terjadi sesuatu ke atas cek tersebut. Tetapi sekiranya jelas bahawa ianya adalah untuk tujuan yang sah, pengarah tidak bertanggungjawab untuk memastikan yang cek tersebut adalah digunakan untuk tujuan tersebut, asalkan cek itu datang untuk ditandatangani dalam keadaan biasa syarikat menjalankan perniagaan. (3) pengarah boleh menyerahkan tugas dan kuasa kepada orang lain asalkan tidak

dalam keadaan yang boleh mendatangkan kecurigaan pengarah mestilah memberikan kepercayaan kepada pegawai2 syarikat untuk melakukan tugas dengan jujur dan betul Lindley MR di dalam kes Re National Bank Of Wales (1899) 2 Ch 629 mengatakan : “ perniagaan tidak dapat dijalankan jika wujudnya prinsip tidak percaya atau tidak mempercayai orang lain, melainkan ada sebab untuk berbuat demikian”

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 81: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Lord Parker CJ mengatakan dalam kes Huckerby lwn Elliot (1970) 1 All ER 189 : “tidak ada prinsip yang mengatakan setiap pengarah mesti ada had kawalan tertentu ke atas perniagaan syarikat. Pengarah boleh menyerahkan sesuatu perkara kepada pengarah lain atau kepada pegawai2 syarikat. Pengarah tidak akan bertanggungkawab sekiramnnya orang yang dipertanggungjawabkan itu tidak amanah lagi” Tugas atau tanggungjawab untuk berusaha sewajarnya Seorang pengarah mesti berusaha sewajarnya dalam menjalankan tugas. Ini diperuntukkan dalam sek 132 (1), yang mana memerlukan seorang pengarah yang jujur untuk berusaha sewajarnya tahap usaha itu adalah sebagaimana orang biasa melakukannya dan tidak lebih dari itu Berkenaan dengan kewajiban berjada2 (duty of care), tidak ada kaedah tetap yang dapat diberikan. Walaubagaimanapun, dapat dirumuskan sperti berikut : - (1) seseorang pengarah tidak semestinya menghadiri semua mesyuarat lembaga.

Jessel MR dalam kes Re Forest Of Dean Coal Mining Co (1879) ChD 450 mengatakan : “seseorang pengarah adalah tertakluk untuk menggunakan usaha sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawabnya, walaupun pengarah biasa, yang hadir kadang2 dalam lembaga, tidak boleh dianggap untuk menghabiskan terlalu banyak masa dan perhatian kepada perniagaan sebagaimana seseorang rakan pengurusan dalam sesebuah perkongsian, mereka adalah tertekluk untuk menggunakan usaha yang sewajarnya dalam pentadbiran atau pengurusan syarikat dan juga untuk bertindak dengan jujur”

seseorang pengarah adalah tidak perlu untuk memberi perhatian yang berpanjangan dalam hal2 syarikat. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan2 sesuatu kes Dalam kes Marquis Of Butes Case (1892) 2 Ch 100, di mana pengarah hadir hanya sekali sahaja dalam mesyuarat lembaga dalam masa 20 tahun, dia dikatakan tidak bersalah sedangkan dalam kes Re Denham & Co, ketidakhadiran pengarah dalam mesyuarat lembaga selama 4 tahun, adalah dikatakan bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan tugasnya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 82: P3120 - Undang-Undang Syarikat

(2) pengarah tidak akan bertanggungan atas perbuatan atau ketinggalan perbuatan

pengarah-pengarah lain kalaupun jika dia tidak menghadiri mesyuarat yang berkenaan

pengarah tidak bertanggungan di atas perkara2 yang dilakukan semasa ketidakhadirannya dalam mesyuarat. Dia juga tidak bertanggungan ke atas pinjaman yang dibuat tanpa kehadirannya atas kesalah frod yang dibuat oleh pengarah2 lain. Tetapi jika dia mengarahkan perkara2 itu, dia akan dipertanggungjawabkan. Kesan sekiranya pengarah melanggar tugas skil, berhati-hati dan berusaha sewajarnya Syarikat boleh menyaman dan menuntut gantirugi jika seseorang pengarah melanggar tugas skil, berhati2 dan berusaha sewajarnya. Sek 132 (3) memperuntukkan bahawa seseorang pengarah adalah bertanggungan atas kerugian yang ditanggung oleh syarikat akibat dari perlanggaran tugasnya untuk berusaha sewajarnya. Memandangkan tugas itu adalah terhadap syarikat, ahli2 syarikat tidak boleh menyamannya.

Tugas statutory Sebagai salah satu dari tugas2 pengarah, mereka dikehendaki mendedahkan beberapa perkara kepada syarikat : - (1) Sek 131 – pengarah mestilah mendedahkan beberapa perkara bersangkutan

dengan kepentingan sendiri dalam mesyuarat, contohnya memberitahu tentang faedah dalam kontrak, harta benda, jawatan dan sebagainya

(2) Sek 132A - pengarah yang berada dalam atau berhubung kepada satu urusniaga dalam cagaran2 perbadanan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah untuk memperolehi maklumat2 sulit.

(3) Sek 132B – pengarah tidak boleh menyalahgunakan maklumat yang didapati dalam kapasiti rasmi sebagai pengarah

(4) Sek 132C – pengarah tidak boleh menguatkuasakan mana2 cadangan atau melaksanakan mana2 transaksi bagi : -

(a) pemerolehan satu usahan atau harta benda bernilai tinggi ; atau (b) pelupusan suatu bahagian besar dari usaha atau harta benda syarikat, yang akan

merugikan dan mempengaruhi kedudukan atau pelaksanaan kewangan syarikat,

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 83: P3120 - Undang-Undang Syarikat

kecuali jika ianya telah diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat am. (5) Sek 132D – pengarah tidak boleh menggunakan mana2 kuasa syarikat untuk

mengeluarkan syer2, melainkan mendapat kelulusan dari syarikat dalam mesyuarat am

(6) Sek 132E - sebuah syarikat tidak boleh memasuki mana2 perkiraan atau transaksi dengan mana2 pengarah syarikat atau syarikat pegangannya atau dengan seorang yang berhubung dengan pengarah untuk memperolehi daripada atau melupuskan kepada pengarah mana2 aset tiada tunai dari nilai2 yang wajib, kecuali jika ianya diluluskan oleh resolusi syarikat dalam mesyuarat am

(7) Sek 133 – sebuah syarikat tidak boleh membuat suatu pinjaman wang kepada pengarah syarikat

(8) Sek 133A – larangan darihal pinjaman wang kepada orang2 yang berhubung dengan pengarah

(9) Sek 135 – pengarah kewajiban untuk memberitahu : - (a) butiran2 sperti syer, debenture,faedah turutan, hak, pilihan dan sebagainya (b) mengenai mana2 pertukaran butiran perenggan (a) (c) darihal kejadian dan perkara yang mempengaruhi atau berkaitan kepada dirinya

sendiri (d) jika ia adalah pengarah syarikat awam atau subsidiary syarikat awam darihal

tarikh pada bila ia mencapai umur 70 tahun 11.8 gantirugi dan pelepasan tugas Sebarang peruntukkan yang menggantirugikan pengarah dari sebarang liabiliti2 untuk kecuaian, kemungkiran, perlanggaran kewajiban atau pecah amanah adalah tidak sah. Walaubagaimanapun, ahli2 syarikat boleh melepaskan pengarah dari tugas fidusarinya Sek 354 – mahkamah mempunyai kuasa untuk memberi pelepasan atau membebaskan samada secara sebahagian atau sepenuhnya pelanggaran kewajiban oleh pengarah jika mahkamah merasakan adil untuk berbuat demikian.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 84: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Bab 12 : penggulungan syarikat 12.0 pengenalan Suatu proses di mana sesebuah syarikat dibubarkan dikenali sebagai penggulungan atau pembubaran syarikat. Apabila sesebuah syarikat itu digulung atau dibubarkan, perniagaannya akan diberhentikan, harta benda akan dijual, pemiutang2 akan dibayar dan akhirnya lebihan asset akan dibahagikan kepada ahli2. Pada waktu ini, syarikat sudah tidak lagi wujud. Sek 211 memperuntukkan bahawa sesebuah syarikat itu boleh digulungkan samada : -

Oleh mahkamah Secara sukarela

12.1 penggulungan syarikat oleh mahkamah Penggulungan oleh mahkamah boleh dilakukan di atas petisyen seseorang yang letak atau mempunyai ‘locus standi’ untuk berbuat demikian seperti yang dinyatakan di dalam sek 217 (1). Petisyen ini pula mestilah berdasarkan di ant sebab2 sperti yang terkandung di dalam sek 218(1) Sek 217(1) – sesebuah syarikat boleh digulung di bawah satu perintah mahkamah di atas petisyen (permohonan) : (a) syarikat sesebuah syarikat boleh melalui resolusi khas memutuskan bahwa syarikat itu digulung oleh mahkamah. Walau bagaimanapun perkara ini jarang sekali dilakukan kerana penggulungan secara sukarela adalah lebih menyenangkan dan tidak melibatkan kos yang tinggi (b) mana2 pemiutang syarikat termasuk pemiutang yang dijangkakan dan pemiutang

prospetif Perkataan “pemiutang” tidak didefinisikan di dalam akta. Prinsip di dalam kes Re William Hockley Ltd (1962) 1 WLR 555, ialah seseorang yang syarikat masih berhutang dengannya pada waktu permohonan penggulungan ialah pemiutang. Sementara itu di dalam kes Re Mechanised Construction Pte Ltd (1989) 1 MSCLC 95, diputuskan bahawa perkara yang paling penting ialah mesti terdapat hutang yang sah sebelum permohonan boleh dibuat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 85: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Pemiutang yang dijangkakan ialah pemiutang bagi hutang yang hanya akan habis tempoh masanya bergantung kepada berlaku atau tidak sesuatu kejadian di masa hadapan. Dalam kes Community Development Pty Ltd lwn Enqwirda Construction Co. (1969) 120 CLR 455, di mana ‘builder’ yang mana hutangnya akan hanya dibayar menurut keputusan prosiding ‘arbitration’. Dia katakana sebagai pemiutang yang dijangkakan dan berhak untuk memohon. Pemiutang yang prospektif pula ialah pemiutang bagi hutang yang akan habis tempoh masanya di masa hadapan samada pada satu tarikh yang telah ditetapkan atau pada satu tarikh yang akan ditentukan dengan merujuk kepada kejadian2 di masa hadapan. Ia juga bermaksud pemiutang yang mana hutangnya akan habis tempoh tapi bukanlah ‘immediately payable’. Contohnya seseorang menjual dan menyerahkan barang tetapi hanya akan mendapat bayaran selepas 30 hari, maka dia dikatakan sebagai pemiutang prospektif dalam jangkamasa 30 hari itu. (c) penyumbang atau mana-mana wakil kepada penyumbang yang mati atau

pemegang amanah dalam kes kebankrapan atau pegawai pemegang harta estet penyumbang yang bankrap

Menurut sek 4, penyumbang ialah seseorang yang bertanggungjawab untuk menyumbang kepada aset2 syarikat sekiranya syarikat itu digulung. Ini termasuklah ahli2 terdahulu dan ahli2 yang ada pada waktu sekarang di dalam syarikat. Walaupun pemegang syer berbayar penuh tidak perlu menyumbang sewaktu syarikat digulung tetapi ianya dimasukkan di dalam definisi ‘penyumbang’ di bwh sek 4 Sekiranya penyumbang telah meninggal dunia, maka wakil kepada penyumbang itu bolehlah menghantar petisyen memohon supaya syarikat itu digulung oleh mahkamah. Jika penyumbang itu seorang yang bankrap, hak untuk membuat petisyen ialah terhadap pemegang amanah atau pengawai pemegang harta

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 86: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Sek 217 (2)(a) menyatakan bahawa, seseorang penyumbang tidak boleh membuat petisyen di atas alasan seperti yang terkandung di dalam sek 218(1)(a), (b), (c). (c) dan (i) melainkan :

i. ia adalah ahli terakhir dalam syarikat (tidak tertakluk kepada syarikat subsidiary milikan penuh) atau ;

ii. dia mempunyai syer berhubung dengan mana2 penyumbang atau kebanyakan daripada mereka secara asalnya diuntukkan kepada penyumbang atau;

iii. syer telah dipegang olehnya dan didaftarkan atas namanya untuk tempoh tidak kurang dari 6 bulan dalam masa 18bulan sebelum mengemukakan permohonan atau;

iv. dia menerima saham melalui kematian atau kebankrapan pemegang terdahulu syarat2 ini diadakan untuk menghalang seseorang daripada membeli syer dalam sesebuah syarikat dengan tujuan untuk membuat petisyen penggulungannya. Sila rujuk kes : Re Ah Yee Constractors (Pte) Ltd (1987) 2 MLJ 590 (d) penyelesai seseorang penyelesai yang dilantik di dalam penggulungan secara sukarela boleh membuat petisyen supaya syarikat digulung melalui mahkamah. (e) menteri menurut sek 205 atau di atas alas an menurut sek 218 (1)(b) dan (d) (f) dalam kes sebuah syarikat yang mana sebuah institusi berlesen atau institusi

berjadual berhubung dengannya Menteri yang bertanggungjawab tentang kewangan telah membuat suatu perintah di bawah sek 24(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atau sebuah institusi yang tidak terjadual mengenainya, menteri tersebut telah mmebuat suatu perintah di bawah sek 93(1) Akta Bank Negara Malaysia.

Petisyen ini juga boleh dibuat oleh mana-mana dua orang atau lebih dari pihak-pihak tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 87: P3120 - Undang-Undang Syarikat

12.2 keadaan-keadaan di mana syarikat boleh digulung oleh mahkamah Sek 218(1) memperuntukkan bahawa mahkmah boleh memerintah penggulungan jika memenuhi salah satu dari sebab berikut. Apabila mahkamah memerintahkan syarikat digulung, ia akan melantik penerima supaya menggulungakan syarikat – sek 227 (a) syarikat melalui resolusi khas memutuskan ia digulung oleh mahkamah resolusi khas selalunya diperlukan untuk perkara-perkara yang amat penting seperti permohonan supaya syarikat digulung. Resolusi khas mesti diputuskan oleh 3 per 4 majoriti daripada yang hadir dan mengundi pada waktu mesyuarat itu diadakan. Sebelum ini notis secara bertulis untuk memanggil mesyuarat mestilah terlebih dahulu diberikan dalam tempoh tidak kurang dari 21 hari sebelum mesyuarat itu diadakan. (b) syarikat ingkar dalam menyerahsimpan lapaoran berkanun atau mengadakan

mesyuarat berkanun sek 217 (2)(b) – hanya penyumbang ataupun menteri yang boleh membuat petisyen di atas alasan ini. Ia juga tidak boleh dibuat kecuali tempoh selama 14 hari telah berakhir daripada hari terakhir mesyuarat itu patut diadakan. Sek 221(3) menyatakan selain daripada membei penghakiman supaya syarikat digulung. Mahkamah bolehlah memerintahkan agar mesyuarat berkanun itu diadakan atau laporan berkanun itu diserahkan dan segala kos berkaitan dengannya hendaklah ditanggung oleh orang yang menyebabkan keingkaran tersebut. (c) syarikat tidak memulakan perniagaan dalam masa satu tahun dari

pemerbadanannya atau menggantung perniagaan untuk seluruh tahun. Di dalam kes Re Tomlin Patent Horse Shoe Co. Ltd (1886) 55 LT 314, mahkamah memutuskan bahawa apabila sesebuah syarikat menggantung perniagaannya, mahkamah tidak akan membuat penghakiman sehinggalah dipastikan niat syarikat iaitu untuk menggantung perniagaan atau tidak mampu lagi mengendalikannya. Mahkamah juga akan melihat kepada keinginan atau hasrat penyumbang membuat penghakiman di atas alasan ini sperti yang diputuskan di dalam kes Re Middlesborough Assembly Rooms Co. (1879) 14 Ch. D 104

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 88: P3120 - Undang-Undang Syarikat

(d) bilangan ahli adalah kurang dari dua orang (kecuali sebuah syarikat subsidiary milikan penuh)

penyumbang boleh memohon di bawah sebab ini walaupun dia tidak memegang saham dalam tempoh waktu yang ditetapkan oleh sek 217 (2)(a). adalah menjadi kesalah di bawah sek 35, jika menjalankan perniagaan setelah ahli kurang dari 2 orang selama lebih dari tempoh 6 bulan dari tarikh pengurangan itu. Ahli terakhir, setelah gagal mendapatkan ahli baru bolehlah membuat petisyen di bawah alasan ini. Menteri juga boleh memohon agar syarikat digulung oleh mahkamah menggunakan sebab ini. (e) syarikat tidak mampu membayar hutang (insolven) ini adalah salah satu sebab yang paling utama sesebuah syarikat itu digulung. Syarikat tidak semestinya menunjukkan bahawa tanggungannya adalah melebihi asetnya tetapi persoalannya tidak bolehkah syarikat menyelesaikan hutangnya apabila tiba waktu pembayaran nanti. Di dalam kes Malayan Plant (Pte) Ltd lwn Moscow Narodny Bank Ltd (1980) 2 MLJ 53, diputuskan bahawa : “……sesebuah syarikat boleh dalam satu waktu yang sama menjadi kaya tetapi insolven” Taksolven sesebuah syarikat itu boleh dibuktikan dengan beberapa cara. Pemohon atau orang yang membuat petisyen mestilah membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa syarikat itu tidak mampu membayar hutang. Sek 218 (2)(c), dalam menentukan sesebuah syarikat itu solven atau tak solven mahkamah akan mengamil kira mengenai pemiutang yang dijangkakan dan juga pemiutang yang prospektif

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 89: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Adalah agak sukar bagi pemiutang2 untuk membuktikan bahawa sesebuah syarikat itu tak solven kerana mereka tidak dibenarkan untuk memeriksa laporan kewangan sesebuah syarikat. Untuk mengatasi masalah ini, Akta memutuskan bahawa dalam beberapa keadaan, andaian boleh dibuat tentang taksolvennya sesebuah syarikat :

i. Sek 218(2)(b) sesebuah syarikat hendaklah dianggap tidak boleh membayar hutangnya jika pelaksanaan atau proses lain yang dikeluarkan atas satu kehakiman, dikri atau perintah mana2 mahkamah bagi pihak seorang pemiutang syarikat itu adalah dikembalikan secara tidak berpuas hati keseluruhan atau sebehagian ;

ii. Sek 218(2)(1) – pemiutang melalui penyerahan hak terhadap hutang melebihi RM500.00, kemudian diserah kepada syarikat dengan meninggalkannya di pejabat berdaftar syarikat. Suatu permintaan di bawah tandatangannya atau tandatangan ejennya dan syarikat tidak membayarnya dalam masa tiga minggu bolehlah memohon.

iii. Sek 218(2)(c) – sebuah syarikat hendaklah dianggap tidak boleh membayar hutangnya jika adalah dibuktikan kepada kepuasan mahkamah bahawa syarikat tidak boleh membayar hutang-hutangnya dan dalam menentukan sama ada sebuah syarikat tidak dapat membayar hutangnya mahkamah hendaklah mengambil kira laibiliti2 kontijen dan prospektif syarikat itu.

(f) pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat dengan kepentingan

mereka sendiri lebih baik dari kepentingan ahli secara keseluruhan atau dalam mana2 cara jua yang kelihatan tidak adil atau tidak sesuai kepada ahli2 yang lain.

Keadaan ini adalah dikatakan bertindih dengan Sek 181(2)(e) yang mana memberi kuasa kepada mahkamah untuk membubarkan sesebuah syarikat sekiranya kuasa pengarah dijalankan dalam cara yang boleh menidas ahli2 ataupun kepentingan mereka tidak diambil kira. Dalam kes Re Petrotech Logistic Pte Ltd (1982) 2 MLJ 212. Mahkamah telah memutuskan bahawa pemohon diberi pilihan untuk membeli saham di dalam syarikat daripada mahkamah membuat arahan supaya syarikat digulung

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 90: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Di dalam kes Re National Discounts Ltd (1951) 52 SR (NSW) 244, ia telah diputuskan di Australia bahawa jika pengarah bertindak atas kepentingan syarikat lain yang juga dibawah kawalannya, dia dikatakan telah bertindak untuk kepentingan sendiri. (g) seorang inspector yang dilantik telah melaporkan bahawa ia berpendapat : -

i. syarikat tidak boleh membayar hutang dan patut digulung ii. ia adalah untuk kepentingan orang ramai atau pemegang2 syer atau

pemiutang bahawa syarikat itu harus digulung Sek ini mesti dibaca bersama dengan Sek 205(1) yang membenarkan Menteri untuk membuat petisyen agar syarikat digulung selepas laporan dibuat oleh inspector. (h) tempoh yang telah ditetapkan untuk pengwujudan syarikat telah tamat (i) mahkamah merasakan bahawa ianya adil dan berekuiti supaya syarikat digulung Sek ini merupakan satu lagi alasan yang selalu digunakan untuk menggulung syarikat. Contoh-contoh keadaan yang akan diterangkan dibawah bukanlah merupakan suatu perkara yang semestinya diikuti tetapi ia adalah sebagai cadangan

i. bilamana objek utama syarikat tidak dapat dicapai atau terpesong jauh ia adalah dikatakan adil dan berekuiti untuk menggulung sesebuah syarikat jika objek utama syarikat tidak dapat dicapai atau terpesong jauh. Ia selalunya di kenali sebagai ‘loss of company’s substrarain’ kes : Re German Date Coffe Co. (1882) 20 Ch. D 169 syarikat ditubuhkan untuk perniagaan kopi sebagai ganti kepada kurma. Untuk melakukan perniagaan ini, ia adalah menjadi matlamat yang utama untuk mendapatkan kopi jenis German. Tetapi kemudiannya didapati ianya tidak dibenarkan oleh kerajaan. Mahkamah memutuskan bahawa, memandangkan syarikat ditubuhkan untuk mendapatkan jenis kopi tertentu dan ianya telah gagal jadi pemegang syer berhak mengatakan bahawa mereka tidak lagi berminat dengan peniagaan itu. Syarikat itu kemudiannya digulung.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 91: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Sila rujuk kes Re Tivoli Freeholds Ltd. (1972) VR 445 Tujuan sesebuah syarikat ini ditubuhkan terkandung di dalam fasal tujuan memorandum persatuan. Ia masih menjadi persoalan yang masih menjadi tanda Tanya samada mahkamah boleh melihat disebalik memorandum persatuan untuk menentiukan objek sesebuah syarikat

ii. bila perniagaan dijalankan dengan cara menipu seseorang yang melaburkan wang ke dalam syarikat mempunyai hak untuk mengetahui yang wangnya itu akan digunakan dengan sebaiknya dan bukan dengan menipu pihak yang lain. Bila sesebuah syarikat menjalankan perniagaannya dengan cara menipu dan pemegang syer telah terpengaruh untuk melabur ke dalamnya, dia bolehlah memohon kepada mahkamah supaya syarikat digulung untuk mendapatkan semula wangnya itu. Di dalam kes Re Thomas Edward Brinsmead & Sons Ltd. (1897) 1 Ch 45 Mahkamah memutuskan bahawa pemegang saham yang terpengaruh untuk percaya bahawa syarikat itu mempunyai hak untuk menggunakan nama dan ‘goodview’ sesebuah syarikat lain, mempunyai hak untuk menolak dari terus terlibat dengan perniagaan yang mempunyai unsur frod.

iii. bila ahli-ahli di dalam syarikat tidak lagi boleh menjalankan perniagaan bersama.

Dalam sesebuah syarikat, kerjasama dari semua pihak adalah amat penting dan mareka seharusnya mempercayai anatara satu sama lain. Sekiranya perkara ini tidak dapat dipertahankan dan sekiranya mereka tidak lagi boleh bekerjasama anatara satu sama lain (deadlock), penggulungan boleh diperintahkan Dalam kes Re Yenidge Tobacco Co. Ltd (1916) 2 Ch. 426. Syarikat ini ditubuhkan oleh Rothman dan Weinberg untuk menjalankan perniagaan pembuatan tembakau. Mereka kemudiannya tidak dapat lagi bekerjasama anatara satu sama lain. Mahkamah memutuskan supaya syarikat itu digulung walaupun sebenrnya perniagaan itu mendatangkan keuntungan yang banyak Dalam menentukan samada ianya adil dan berekuiti supaya sesebuah syarikat itu digulung di atas dasar ‘deadlock’, ia perlu diperhatikan siapakah yang bersalah dalam mengakibatkan ‘deadlock’ ini. Jika pemohon adalah orang yang

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 92: P3120 - Undang-Undang Syarikat

menyebabkan, mahkamah mengkin memberikan keputusan yang tidak berpihak kepadanya. Sekiranya tidak dapat dilihat bahawa perjalanan syarikat itu dari hari ke hari adalah sesuatu yang tidak memungkinkan, disini dikatakan tiada ‘deadlock’ yang berlaku. Dan sekiranya ‘deadlock’ dapat dihindari dengan cara melantik pengarah yang baru atau dengan cara lain, maka mahkamah tidak akan memutuskan bahawa syarikat itu perlu digulung. Kes-kes lain yang boleh dirujuk :

- Re Semantan Estate Ltd (1962) MLJ 285 - Re Ah Yee Contractors (Pte) Ltd (1987) 2 MLJ 590

iv. apabila golongan minority telah ditindas dan mereka telah hilang keyakinan

sekiranya ahli minority telah hilang keyakinan terhadap pengarah dalam melaksanakan tugas2 syarikat, perintah penggulungan bolehlah dikeluarkan. Dalam kes Loch lwn John Blackwood Ltd (1924) AC 783, pengarah urusan dalam syarikat ini ialah Mc Laren yang memegang satu syer. Lebih sebahagian daripada saham syarikat dipegang oleh Mrs Mc Laren dan dua penama yang juga merupakan pengarah2. syer yang lain dipegang oleh Mrs Loch dan Rodger iaitu orang yang membuat petisyen dalam kes ini. Kemudiannya didapati bahawa mesyuart agung tidak diadakan, akaun untung dan rugi tidak dikeluarkan, laporan tidak dihantar dan juga peraturan2 yang berhubung dengan audit tidak dipatuhi. Lord Shaw menyatakan bahawa tujuan ianya dilakukan adalah untuk membiarkan orang yang membuat petisyen dalam ‘ignorance’ supaya mereka menuntut syer dalam harga yang rendah. Syarikat ini kemudiannya diarahkan supaya digulung Sila rujuk juga kes Re Wondoflrx Textiles Pty Ltd (1951) VLR 458

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 93: P3120 - Undang-Undang Syarikat

v. bilamana pemohon telah dikecualikan dari hal pentadbiran syarikat di mana dia sebenarnya mempunyai hak untuk berbuat demikian

di dalam sesebuah perkongsian, semua ahli adalah berhak untuk melibatkan diri dalam hal pengurusan perniagaannya itu sekiranya tiada syarat yang sebaliknya. Begitulah juga halnya dalam sesebuah syarikat. Apabila ahli majority tidak membenarkan ahli minority daripada melibatkan diri dalam pentadbiran syarikat ahli minority tadi bolehlah memohon supaya syarikat itu digulung. Di dalam kes Eharahimi lwn Westbourne Galleries Ltd (1973) AC 360, sebuah syarikat telah ditubuhkan untuk mengamibil alih sebuah perniagaan perkongsian. Rakan kongsi dalam syarikat yang baru ini ialaj Nazar dan Ebrahimi. Kedua2nya adalah ahli dan pengarah dalam syarikat ini. Tiada dividen yang dibayar tetapi pengarah menerima ganjaran untuk tugas mereka itu. Anak lelaki Nazar kemudiannya menyertai syarikat itu sebagai ahli dan juga sebagai pengarah. Mereka kemudiannya mengendalikan syarikat itu dan memberhentikan Ebrahimi sebagai pengarah. Ebrahimi kemudiannya membuat petisyen supaya syarikat itu digulung. Mahkamah memutuskan bahawa ianya adil dan berekuiyi supaya syarikat digulung Sika rujuk kes Tay Bok Choon lwn Tahansan Sdn Bhd (1987) 1 MLJ 433

(j) syarikat memegang lessen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983, dan lessen itu ditolak atau dikembalikan

(k) syarikat telah menjalankan perniagaan Bank Islam, perniagaan berlesen atau

perniagaan terjadual, atau telah menerima atau mengambil deposit dalam Malaysia yang melanggar Akta Bank Islama 1983 atau Akta bank dan Institusi Kewangan 1989, mengikut mana yang berkenaan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 94: P3120 - Undang-Undang Syarikat

12.3 kesan penghantaraan petisyen Penghantaran petisyen supaya sesebuah syarikat itu digulung bukanlah bermakna syarikat itu dibubarkan pada terikh tersebut. Walaubagaimanapun, tarikh penghantaraan petisyen itu adalah penting kerana jika perintah penggulungan itu telah dikeluarkan, ianya dianggap bermula pada tarikh petisyen itu dihantar sperti yang terkandung di dalam Sek 219(2). Jadi tempoh masa di antara penghantaraan petisyen dengan masa perintah dkeluarkan oleh mahkamah, keadaan syarikat itu adalah diantara hidup dan mati. Diantara kesan penghantaraan petisyen itu ialah :

i. penghindaran pelupusan harta seperti yang terkandung di dalam sek 223 apa-apa pelupusan harta syarikat termasuk benda2 dalam tindakan dan apa2 pemindahan syer atau pemindahan dalam status2 ahli syarikat yang dibuat selepas penguatkuasaan penggulungan oleh mahkamah hendaklah dianggap terbatal melainkan mahkamah memerintah sebaliknya.

ii. ‘Lis pendens’

Sek 255 memperuntukkan bahawa apa-apa petisyen untuk penggulungan syarikat hendaklah termasuk ‘lis pendens; dalam pengertian mana-mana undag-undang yang berkaitan dengan akibat ‘lis pendens’ pada pembeli atau pemegang gadai janji. Doktrin ‘lis pendens’ adalah satu doktrin yang lama di mana undang-undang tidak membenarkan pihak-pihak di dalam litigasi untuk mengambil harta yang terlibat di dalam percanggahan itu sementara menantikan keputusan mahkamah.

iii. penghindaran pernahanan terhadap syarikat

Sek 224 mempeuntukkan apa-apa pernahanan, sekuastrasi, distress atau perlaksanaan yang dikuatkuasakan terhadap estet atau hasil syarikat selepas penguatkuasaan penggulungan oleh mahkamah hendaklah terbatal.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 95: P3120 - Undang-Undang Syarikat

12.4 penggulungan secara sukarela Sek 254 memperuntukkan keadaan-keadaan di mana sesebuah syarikat boleh digulung secara sukarela (1) sesebuah syarikat boleh digulung secara sukarela : - (a) apabila tempoh, jika ada, ditetapkan untuk jangka masa tertentu bagi syarikat

dengan memorandum atau artikel2 telah tamat atau kejadian jika ada, berlaku, dengan mana memorandum atau perkara-perkara syarikat memperuntukkan bahawa syarikat adalah dibubarjab dan syarikat dalam mesyuarat agungnya meluluskan satu resolusi yang menghendaki syarikat digulung secara sukarela.

(b) Jika syarikat membuat ketetapan dengan resolusi khas (2) syarikat hendaklah dalam masa 7 hari selepas meluluskan resolusi untuk

penggulungan secara sukarela menyerah simpan satu salinan bercetak resolusi tersebut dengan Pendaftar. Dalam masa 10 hari selepas meluluskan resolusi itu, memberi notis mengenai resolusi di dalam surat khabar yang diedarkan secara am keseluruhan Malaysia.

Secara ringkasnya, diantara turutan peristiwa yang akan berlaku pada waktu penggulungan syarikat secara sukarela terbahagi kepada 2 : 1. bilamana syarikat tidak dapat meneruskan perniagaan disebabkan oleh liabilitinya (a) bilamana syarikat tidak dapat menjalankan perniagaan disebabkan oleh

tanggungan liabilitinya, pengarah bolehlah membuat akuan berkanun terhadap perkara itu dan melantik penyelesai sementara. Sek 255 (1)

(b) mesyuarat diantara syarikat dan pemiutan-pemiutangnya perlulah diadakan dalam masa sebulan daripada tarikh surat akuan itu dibuat Sek 255(1)(b)

(c) sewaktu mesyuarat syarikat, satu resolusi untuk penggulungan secara sukarela diluluskan dan orang yang berkelayakan dilantik sebagai penyelesai

(d) mesyuarat pemiutang-pemiutang akan diadakan pada hari yang sama dengan mesyuarat ahli-ahli atau pada hari yang berikutnya sperti yang dinyatakan di

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 96: P3120 - Undang-Undang Syarikat

dalam Sek 206(1). Pada waktu mesyuarat itu, pemiutang boleh memulih penyelesai dan sekiranya pilihan mereka adalah berbeza dengan pemilihan yang dibuat oleh syarikat, pilihan pemiutang akan diamibil kira

(e) penggulungan dianggap bermula dari tarikh bila mana akuan berkanun bahawa

syarikat tidak dapat meneruskan perniagaan dihantar kepada Pendaftar. Sek 255(6)(a)

2. penggulungan sukarela atas sebab-sebab yang lain (a) mesyuarat mesti diadakan untuk meluluskan resolusi penggulungan syarikat.

Resolusi ini mestilah resolusi khas mlainkan tempoh masa yang ditetapkan telah berakhir dimana resolusi biasa adalah memadai seperti di dalam Sek 254(1). Sesebuah syarikat tidak boleh memutuskan untuk penggulungan sukarela jika petisyen itu diperuntukkan untuk penggulungan melalui mahkamah melainkan, dengan izin mahkamah – Sek 276

(b) sebelum notis mesyuarat dihantar, majority pengarah boleh membuat pengisytiharkan solvensi menurut Sek 257(1)

(c) sekiranya pengisytiharan solvensi dibuat, proses penggulungan diteruskan sebagai penggulungan sukarela ahli-ahli dan ahli hendaklah melantik penyelesai menurut Sek 258(1)

(d) sekiranya pengisytiharan solvensi tidak dibuat, penggulungan itu dianggap sebagai penggulungan sukarela pemiutang. Mesyuarat pemiutang-pemiutang mestilah diadakan pada hari yang sama dengan mesyuarat syarikat atau pada hari yang berikutnya seperti yang dinyatakan di dalam Sek 260 (1). Pemiutang boleh melantik penyelesai menurut Sek 261(1)

(e) dalam kes-kes lain, penggulungan sukarela dikatakan bermuka pada waktu resolusi untuk penggulungan itu diluluskan Sek 255(6)(b)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 97: P3120 - Undang-Undang Syarikat

penggulungan sukarela ahli-ahli dan penggulungan sukarela pemiutang-pemiutang bilamana terdapat cadangan bagi menggulung syarikat secara sukarela. Pengarah-pengraha syarikat (atau majority pengarah-pengarah sekiranya terpadat lebih dari 2 orang) boleh membuat pengisytiharan solvensi mengikut sek 257. sekiranya ini dilakukan, penggulungan ini dianggap sebagai penggulungan sukarela ahli-ahli. Jika ianya tidak dilakukan ianya dikatakan sebagai penggulungan sukarela pemiutang-pemiutang pengisytiharan solvensi ialah akuan bertulis bahawa ,ereka telah membuat penyiasatan terhadap hal ehwal syarikat, dan bahawa pada mesyuarat pengarah-pengarah telah membentuk suatu pendapat bahawa syarikat boleh membayar hutangnya dengan penuh dalam suatu tempoh yang tidak melebihi 12 bulan selepas permulaan penggulungan Sek 257 (3) memperuntukkan 3 syarat yang mesti dipenuhi oleh akuan tersebut

(a) ia dibuat pada mesyuarat pengarah yang dirujukkan dalam (1) (b) dibuat dalam masa 5 minggu selepas sahaja terdahulu dan kelulusan resolusi

untuk penggulungan sukarela surat akuan ini juga mesti disertakan bersama dengan suatu pernyataan mengenai hal ehwal syarikat yang menunjukkan : - (a) asset-aset syarikat dan jumlah amaun yang dianggarkan supaya dihasilkan ???? (b) tanggungan-tanggungan syarikat (c) perbelanjaan penggulungan yang dianggarkan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 98: P3120 - Undang-Undang Syarikat

walaubagaimanapun, jika didapati kemudiannya bahawa surat akuan itu dibuat dengan kesilapan dan hutang syarikat tidak dapat dibayar dengan penuh dalam tempoh masa yang ditetapkan : -

(a) pengarah yang membuat surat akuan itu akan didapati bersalah diatas kesalahan itu melainkan dia dapat buktikan yang dia mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk membuat pengisytiharaan solvensi. Beban pembuktian adalah terhadap pengarah itu sendiri. Rujuk Sek 257(4) dan (5)

(b) pemiutang-pemiutang boleh memohon supaya penyelesai yang dilantik oleh ahli-ahli dipecat dan digantikan dengan penama-penama mereka

penggulungan sukarela ahli-ahli boleh ditukarkan kepada penggulungan sukarela pemiutang jika penyelesai yang dilantil oleh ahli-ahli berpendapat bahawa hutang syarikat tidak akan dapat dibayat dengan penuh dalam tempoh yang ditetapkan dalam pengisytiharan solvensi dalam keadaan ini penyelesai mesti memanggil mesyuarat pemiutang-pemiutang dan diserahkan kepada mereka suatu penyataan mengenai asset dan liability syarikat seperti yang terkandung dalam Sek 259(1). Pemiutang mempunyai opsyen untuk menggantikan penyelesai dengan penama mereka Sek 259(2). Samada pemiutang menggantikan penyelesai atau tidak penggulungan akan diuruskan sebagai penggulungan sukarela pemiutang. Sesebuah syarikat boleh digulung di atas perintah mahkamah walaupun sebenarnya ia adalah penggulungan sukarela. Ini boleh terjadi jika petisyen untuk penggulungan syarikat di hantar oleh orang yang mempunyai ‘locus standi’ untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, mahkamah tidak akan membuat perintah penggulungan melainkan jika ia berpuas hati bahawa penggulungan sukarela tidak dapat diteruskan demi kepentingan pemiutang atas pemyumbang sperti yang termaktub dalam Sek 217(2)(d).

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 99: P3120 - Undang-Undang Syarikat

Tarikh bermulanya penggulungan secara sukarela Sek 255(6)(1) dan (2) memperuntukkan Penggulungan sukarela hendaklah bermula : -

(a) di mana penyelesai sementara telah dilantik sebelum resolusi untuk penggulungan sukarela dilulusakan, pada masa bila akuan berkanun yang dirujuk dalam (1) telah diserahsimpan dengan pendaftar

(b) dalam mana-mana kes lain, pada masa meluluskan resolusi untuk penggulungan sukarela

sek 219(2) pula memperuntukkan dalam mana-mana hal penutupan hendaklah dianggap telah mula dikuatkuasakan semasa mengemukakan petisyen itu bagi penutupan. 12.5 kesan penggulungan sukarela Sek 263 1. apa-apa penahanan, sekrestasi, distress atau perlaksanaan yang dikuatkuasakan

terhadap estet atau melibatkan syarikat selepas permulaan penggulungan sukarela oleh pemiutang hendaklah terbatal

2. selepas permulaan penggulungan, tidak ada tindakan atau prosiding yang boleh diteruskan dengan atau dimulakan terhadap syarikat melainkan dengan kebenaran mahkamah dan tertakluk pada terma-terma yang dikenali oleh mahkamaha

Sek 256(1) dan (2) 1. syarikat hendaklah berhenti dari menjalankan perniagaannya tetapi kedudukan

perbadanan syarikat hendaklah diteruskan sehingga syarikat dibubarkan 2. apa-apa pemindahan syer dan apa-apa pertukaran dalam kedudukan ahli-ahli yang

dibuat selepas permulaan penggulungan hendaklah terbatal.

http://modul2poli.blogspot.com/