p3120 undang undang syarikat-bab 11
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Bab 11 : Pengarah
11.0 pengenalan
Syarikat adalah entity perundangan yang mempunyai hak dan tanggungannya sendiri.
Syarikat tidak mempunyai entity fizikal, pengurusannya adalah di tangan pengarah.
Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan agen kepada syarikat. Kuasa yang
diberikan kepada mereka adalah melalui memorandum, artikel atau akta sendiri.
Mereka adalah agen kepada syarikat kerana syarikat berfungsi melalui mereka.
11.1 definisi pengarah
Sek 4 mentakrifkan pengarah sebagai mana2 orang yang menduduki pengarah
perbadanan melalui apa2 pun nama yang dipanggil dan termasuklah seseorang
mengikut mana2 arahan / perintah pengarah2 perbadanan tersebut lazim bertindak dan
pengarah silih ganti atau pengarah ganti.
11.2 perlantikan pengarah
Sek 122 (1) – setiap syarikat hendaklah mempunyai sekurang2nya dua orang
pengarah yang setiapnya prinsipalnya atau hanya tempat tinggal dalam limgkungan
Malaysia.
Sek 122 (2) - tiada seorang pun selain dari orang sebenar yang cukup umur yang
boleh menjadi pengarah syarikat. Cukup umur untuk menjadi seorang pengarah di
Malaysia ialah 21 tahun.
Sek 122 (3) – pengarah pertama syarikat hendaklah dinamakan di dalam
memorandum dan artikel syarikat.
Cara2 perlantikan pengarah terdapat di dalam memorandum atau artikel syarikat.
Selalunya dibuat oleh ahli2 syarikat melalui resolusi biasa yang diluluskan dalam
mesyuarat agung tahunan. Artikel persatuan juga boleh memberi kuasa kepada orang2
/ badan2 tertentu untuk melantik pengarah. Walau bagaimanapun artikel tidak dapat
diikuti sekiranya itu bukanlah ahli melainkan satu kontrak telah dimasuki di luar
artikel itu yang memberinya kuasa sedemikian rupa
11.3 kelayakan seorang pengarah
Terdapat sesetengah orang yang tidak boleh menjadi pengarah : -
1. Sek 125 – seseorang yang tidak menjelaskan hutang (undischarged bankrupt)
kecuali mendapat kebenaran daripada mahkamah
2. Sek 130 – seseorang yang disabitkan kesalahn
(a) berhubung dengan kenaikan pangkat, pembentukan atau pengurusan
sesebuah perbadanan
(b) melibatkan penipuan atau ketidakjujuran yang boleh dihukum dengan
pemenjaraan selama 3bulan atau lebih atau
(c) dibawah sek 132, 132A atau 303
Di dalam tempoh 5 tahun selepas disabitkan kesalahn atau selepas dibebaskan dari
penjara. Jika ia dihukum penjara dan tanpa kebenaran mahkamah masih menjadi
pengarah, ia akan dikenakan denda lima tahun penjara atau seratus ribu ringgit atau
kedua2nya sekali.
3. Sek 130A – seorang pengarah sebuah syarikat yang telah dikenakan tindakan
penyelesaian/ penggulungan dan tidak mampu membayar hutang pada masa itu
dan menjadi pengarah syarikat lain yang telah dikenakan tindakan penyelesian
telah dalam masa lima tahun bermula dari tarikh syarikat yang pertama itu
dikenakan tindakan penyelesaian dan kelakuannya membuatkan dia tidak layak
kepada pengurusan sesebuah syarikat; maka mahkamah boleh memerintahkan
seseorang itu tidak boleh menjadi pengarah tanpa kebenaran mahkamah
4. Sek 129 – seseorang yang berumur 70 tahun dan keatas tidak boleh menjadi
pengarah syarikat awam, tetapi terdapat pengecualian di bawah Sek 129 (6)
dimana seorang yang berumur 70tahun boleh menjadi pengarah jika dia memberi
notis kepada ahli2 berkenaan resolusi perlantikan dan tiga perempat majority ahli
bersetuju.
11.4 hilang kelayakan sebagai pengarah
Sek 124 - jika pengarah dikehendaki oleh artikel memenuhi atau memegang sejumlah
syer, dia mesti memenuhi kehendak tersebut dalam masa dua bulan selepas
perlantikannya atau jangka masa yang lebih pendek dari itu. Sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh artikel, jika gagal memenuhi syarat tersebut, dia mesti mengosongkan
jawantannya.
Artikel 72 Jadual 4 - pengarah hendaklah mengosongkan jawatan jika : -
I. Berhenti menjadi pengarah dengan kehendak akta
II. Menjadi bankrap atau membuat mana2 perkiraan dengan si piutang secara umum
III. Dilarang menjadi pengarah oleh Akta
IV. Menjadi tidak siuman
V. Meletak jawatan dengan notis bertulis kepada syarikat
VI. Tidak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarag selama 6 bulan atau lebih tanpa
kebenaran
VII. Memegang jawatan lain darihal keuntungan di bawah syarikat tanpa izin syarikat
kecuali jawatan pengarah urusan atau pengurus
VIII.Berminat di dalam mana2 kontrak yang dicadangkan dengan syarikat dan gagal
mengisytiharkan kepentingannya seperti yang dikehendai Akta
11.5 kuasa pengarah
Lembaga pengarah diberi kuasa untuk menjalankan semua perkara selain dari kuasa
yang diperuntukkan dalam memorandum dan artikel syarikat. Antara kuasa yang ada
pada pengarah ialah menguruskan syarikat, mewakilkan tugas kepada orang bawahan,
mengisukan syer, memanggil jumlah syer yang belum berbayar, membayar dan
menerima hutang bagi pihak syarikat, memanggil mesyuarat dan mengisytiharkan
dividen. Selalunya lembaga pengarah akan menyerah dan membahagikan kuasa
kepada orang lain, contohnya pengarah urusan, setiausaha dan lain2.
Akta menegaskan bahawa pengarah akan memastikan bahawa syarikat ditabir
mengikut undang2 dengan mengkehendaki pengarah mematuhi beberapa sek di dalam
akta.
Lembaga pengarah ada 3 tugas : -
1. membuat keputusan bagi pihak syarikat dalam bidang yang diperuntukkan
2. bertanggungjawab secara am untuk memberi tunjuk ajar kepada agen2 dan
pekerja2 syarikat dalam melaksanakan tugas2 mereka
3. memastikan syarikat dijalnkan mengikut akta syarikat
11.6 kesan sekiranya pengarah tidak dilantik dengan sah
Sek 127 – tindakan2 pengarah hendaklah menjadi sah walau apa2 kecacatan yang
mungkin kemudiannya timbul dalam perlantikan atau kelayakannya
Pihak ke-3 ada kuasa untuk menuntut daripada syarikat terhadap tindakan pengarah
jika pengarah tidak dilantik dengan sah
Sesiapa yang berurusan dengan syarikat malalui orang yang berlagak sebagai
pengarah dan ianya boleh dilantik secara sah tetapi tidak dilantik, bolehlah
menganggap orang itu sebagai pengarah dan syarikat bertanggungjwab terhadap
tindakan ‘pengarah’ tersebut. Walau bagaimanpun seseorang itu mestilah
membuktikan bahawa mereka benar2 mempercayai bahawa orang itu adalah
pengarah.
11.7 upah/ ganjaran/ saran pengarah
Upah pengarah boleh dalam berbagai bentuk dan amaun tetapi bergantung kepada
peruntukan artikel. Biasanya terdapat di dalam artikel (Jadual A Artikel 70). Upah
boleh dalam bentuk elaun atau saham di dalam syarikat, ianya dinyatakan di dalam
artikel. Amaun boleh berubah dari tahun ke tahun atau ia boleh juga tetap
Re George Newman
Jika tidak ada peruntukan di dalam artikel berkenaan dengan upah, apabila upah
dibayar kepada pengarah. Artikel syarikat perlu diubah untuk memasukkan upah
tersebut di dalam artikel.
Craven Ellis lwn Cannons Ltd. (1936) 2 All ER 1066
Jika pengarah tidak dilantik dengan betul, pengarah tersebut tidak boleh menuntut
upah walaupun dia percaya dirinya telah dilantik dengan sempurna dan dia telah
berkhidmat untuk syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, dia masih boleh menuntut
amaun yang munasabah untuk ‘quantum merit’ untuk perkhidmatan yang telah
diberikan kepada syarikat
Seorang pengarah yang boleh bersetuju untuk tidak menerima upah. Jika dia
bersetuju, dia tidak boleh menuntut upah tersebut. Pengarah boleh juga meminta
upahnya dikurangkan. Sek 136 memperuntukan larangan upah tanpa cukai kepada
pengarah.
Tugas-tugas pengarah
Seseorang pengarah mempunyai 3 jenis kewajipan : -
1. tugas fidusari
2. menjalankan tugas dengan berskil, berhati2 dan berusaha sewajarnya
3. tugas statutory
tugas fidusari
(a) bertindak untuk kepentingan syarikat
perkataan ‘bertindak dengan jujur’ dalam sek 132 (1) telah didefinisikan di dalam kes
Marehesi lwn Barnes Keogh : “ ‘bertindak dengan jujur’ adalah dirujuk kepada
perbuatan yang bona fide (suci hati) untuk kepentingan syarikat dalam melaksanakan
tugas2 sebagai pengarah”
bukannya mahkamah yang menganggap sesuatu tugas itu untuk kepentingan syarikat
tetapi pengarah itu sendiri yang harus beranggapan demikian. Keputusan yang dibuat
oleh seorang pengarah mestilah bertujuan membawa keuntungan kepada syarikat.
Re W & M Roith Ltd (1967) 1 All ER 247
Roith mengawal syarikat dengan memegang majority syer dan dia adalah seorang
daripada 3 orang pengarah. Dia kemudiannya memasuki kontrak dengan syarikat
dimana sekiranya dia mati, isterinya boleh mendapatkan pencen. Dia kemudiaannya
meniggal dunia. Apabila isterinya menuntut pencen, ia ditolak oleh likudator.
Mahkamah bersetuju dengan likudator kerana sewaktu membuat keputusan, pengarah
tidak mengira kepentingan syarikat tetapi mengira kepentingan isterinya
Kepentingan siapakah yang dikira kepentingan syarikat
Peter’s America Delicacy Co. Ltd. Lwn Heatg (1939) 61 CLR 457
Greenhalgh lwn Arderne cinemas Ltd. (1951) Ch. 286
‘kepentingan ahli2 secara keseluruhan syarikat bolehlah disamakan dengan
kepentingan syarikat’
Hakim Mason di dalam kes Walker lwn Wimborne mengatakan : “….dalam
melaksanakan tugas, pengarah juga mesti mengambil kira kepentingan pemegang syer
dan juga pemiutang. Kegagalan untuk mengamibil kira kepentingan pemiutang akan
meyebabkan akibat yang tidak baik kepada syarikat dan juga kepada pemiutang
sendiri.”
Winkworth lwn Edward Baron Development Co. Ltd. (1987) 1 All ER 114
Lord Templeman menyatakan : “kewajiban itu adalah dipunyai oleh pengarah
terhadap pemegang syer dan pemiutang untuk memastikan bahawa segala urusan
syarikat diuruskan dengan betul dan supaya harta2 syarikat tidak diekplotasikan untuk
kepentingan pengarah dan memprejudiskan pemiutang”
Bagi syraikat berkumpulan, syarikat2 ini mempunyai entity yang berasingan, jadi
tidak boleh pengarah sesebuah syarikat memperjudikan nasib syarikat untuk
kepentingan syarikat2 lain pula
Untuk menentukan kepentingan sesebuah syarikat, ujian yang terbaik ialah satu ujian
yang akan menentukan samada seseorang yang jujur sebagai pengarah, dapat dalam
semua keadaan, percaya bahawa perbuatan itu adalah untuk kepentingan syarikat
sepenuhnya.
Mills lwn Mills (1937) 60 CLR 150
Persoalan bukan untuk kepentingan syarikat keseluruhannya tapi apa yang adil di
antara kelas2 syer yang berbeza. Tetapi ini sukar untuk ditentukan kerana susah untuk
memenuhi kehendak semua orang.
(b) pengarah tidak meletakkan dirinya dalam keadaan di mana terdapat percanggahan
kepentingan di antara tugas untuk syarikat dan kepentingan diri
Boardman lwn Phipps (1967) 2 AC 46
“seorang pemegang amanah tidak boleh meletakkan dirinya di dalan keadaan di mana
berlaku percanggahan kepentingan di antara tugasnya dan kepentingan dirinya…”
Keadaan-keadaan dimana kepentingan boleh bercanggahan
(1) pengarah tidak boleh menggunakan harta atau wang syarikat untuk mendapatkan
keuntungan individu atau peribadi. Kalau dia melakukannya, dia bukan sahaja
telah melanggar tugasnya tetapi keuntungan dari harta atau wang yang diperolehi
adalah milik syarikat. Dia juga boleh didapati bersalah dibawah jenayah pecah
amanah
Totex-Adon Pty Ltd lwn Marco (1982) 1 ACI. C 228
Fakta : Marco adalah pengarah syarikat Totex –Adon iaitu syarikat yang usahasama
antara Totex (Aust) Pty Ltd yang menjalankan perniagaan di NSW dan Adon Pty Ltd
sebuah syarikat di Queensland. Marco adalah juga pengarah dan pemegang syer
Adon. Dibawah perjanjian usahasama, Totex-Adon akan membeli barangan dari Totex
dan menjualnya di Queensland.
Totex-Adon menyaman Marco kerana gagal memasukkan pulangan jualan ke dalam
akaun syraikat. Ini kerana Marco gagal membuka akaun berasingan bagi syraikat
Totex-Adon di Queensland dan kesemu pembayaran dan penerimaan dimasukkan ke
dalam akaun Adon
Mahkamah memutuskan yang Marco telah melanggar tugas fidusarinya terhadap
Totex-Adon kerana mencampurkan wang kedua2 syarikat tersebut
Rujuk pada kes PP lwn Tan Koon Swan (1987) 1 MLJ 18
(2) Sek 132(2) - seorang pegawai syarikat tidak boleh menyalahgunakan mana2
maklumat yang diperolehi dengan kedudukannya sebagai pegawai syarikat bagi
mendapatkan keuntungan dirinya dan menyebabkan kerugian kepada syarikat
secara langsung atai tidak langsung. Keuntungan yang didapati dengan cara ini,
mestilah dipulangkan kepad asyarikat. Keuntungan boleh di dalam bentuk upah,
yuran, komisen dan sebagainya
Regal Hastings Ltd lwn Gulliver (1942) 1 All ER 378
Pengarah2 mesti membari keuntungan yang didapati kepada syarikat kerana hanya
dengan pengetahuan dan kedudukan sebagai pengarah yang menyebabkan mereka
mendapat keuntungan
Cook lwn Deek (1916) 1 AC 554
Isu kes adalah berkenaan dengan kontrak yang dimasuki oleh pengarah di atas
namanya i.e dengan menubuhkan syarikat baru
Mahkamah memutuskan bahawa keuntungan kontrak tersebut adalah kepunyaan
syarikat dan pengarah dengan sengaja gagal untuk melindungi kepentingan syarikat
yang mana menjadi kewajiban mereka untuk berbuat demikian.
(3) tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukan sebagai pengarah
untuk mendapatkan kepentingan peribadi
Mahesan lwn Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society
(1987) 1 MLJ 149
Fakta : Mahesan adalah seorang pengarah dan bekerja untuk syarikat Malaysian
Government Officers Co-operative Housing Society. Tujuan penubuhan syarikat ialah
untuk menyediakan perumahan untuk pekerja kerajaan. Mahesan menerima rasuah
dari Manickam berkenaan dengan satu transaksi yang melibatkan pembelian tanah.
Manickan membeli tanah dengan harga $456,000. dia menjual kepada syarikat dengan
harga $944,000 dan memberi rasuah sebanyak $122,000 kepada Mahesan. Syarikat
boleh membeli tanah tersebut dengan harga $456,000 tetapi mereka terpaksa
membayar $944,000
Mahkamah memutuskan bahawa syarikat boleh menuntut jumlah rasuah atau
kerugian daripada perlanggaran kewajiban oleh Mahesan. Memandangkan kerugian
syarikat adalah lebih besar dari jumlah rasuah, Mahesan diperintah untuk membayar
kerugian yang dialami oleh syarikat akibat daripada rasuah tersebut.
(4) pengarah tidak boleh mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia atas
dasar hubungan fidusari.
Sekiranya ada peluang untuk membuat keuntungan atau mendapatkan manfaat dari
kedudukannya sebagai seorang pengarah, keuntungan atau manfaat tersebut mestilah
diberitahu dan disahkan dalam mesyuarat syarikat.
Rujuk kes Regal (Hastings) Ltd. Lwn Gilliver
Urusniaga di antara syarikat dan pengarah
Seorang pengarah yang memasuki kontrak dengan syarikat mestilah memberitahu
keuntungan yang diperolehi daripada kontrak tersebut yang mana dia mempunyai
kepentingan. Kegagalan memberitahu keuntungan tersebut boleh membuat pengarah
bertanggungjawab terhadap syarikat ke atas keuntungan tersebut
Tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, samada langsung atau tidak
langsung berminat dalam kontrak yang dicadangkan oleh syarikat tersebut, hendaklah
secepat mungkin yang pratik selepas fakta2 yang berkaitan telah sampai ke
pengetahuaanya mengisytiharkan sifat kepentingan itu di mesyuarat pengarah syarikat
Dibawah sek 131, perkara2 ini mestilah didedahkan.
(i) sek 131 (1) - keadaan kepentingan samada secara langsung atau
tidak langsung dan samada terlibat kepentingan ahli2 keluarga yang
lain dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan
(ii) sek 131 (5) - keadaan fakta2 atau had2 percanggahan yang wujud
dari pemegangan jawatan mestilah diisytiharkan dalam mesyuarat
(iii) sek 131 (5) - keadaan fakta2 atau had2 percanggahan yang wujud
dari pemegangan harta oleh pengarah
Persaingan dengan syarikat
Tiada undang2 yang mengatakan seseorang tidak boleh manjadi pengarah kepada dua
syarikat yang bersaing asalkan kesemua konflik yang mungkin timbul didedahkan dan
disahkan oleh syarikat.
Cooks lwn Deeks
Fakta : Toronto Construction Company mempunyai 4 orang pengarah yang juga
pemegang syer. 3 orang pengarah (defenden) berkonflik dengan seorang pengarah
(plaintif). Mereka bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan plaintif. Syarikat
membuat perundingan berkenaan dengan kontrak dengan Canadian Pacific Railway.
Perundingan itu dibuat oleh kedua2 defenden menubuhkan syarikat baru yang
bernama Dominion Construction Company untuk menjalankan kontrak tersebut.
Plaintif menyaman bagi pihak syarikat untuk mendapatkan kembali keuntungan yang
dibuat oleh defenden.
Privy Council memutuskan bahawa ke3,3 defenden telah melanggar kewajiban
sebagai pengarah, dan membenarkan syarikat untuk mendapatkan kembali
keuntungan tersebut.
Peso Silver Mines Ltd. (NPL) lwn Cropper
Mahkamah Agung Kanada memutuskan bila lembaga pengarah dengan suci hati
(bone fide) telah menolak satu peluang untuk syarikat, maka pengarah bolehlah
mengambil peluang tersebut tanpa perlu mendedahkan kepada syarikat.
(c) mesti menggunakan kuasa dan harta yang telah diamanahkan dengan tujuan yang
sesuai atau yang diperuntukkan
seseoang pengarah mungkin telah bertindak secara amanah untuk menentukan
kepentingan syarikat tetapi beliau masih lagi boleh dikatakan mungkir tanggungjawab
fidusarinya jika beliau menggunakan harta syarikat untuk tujuan yang salah.
Belmont Finance Corporation Ltd lwn Williams Furniture Ltd (1980) 1 All ER
393
Jika pengarah menyalahgunakan wang syarikat, mereka telah melakukan pecah
amanah.
Re Duomatic Ltd (1969) 2 CH 365
Fakta : pembayaran telah dibuat kepada bekas pengarah sebagai gantirugi untuk
kehilangan pekerjaan. Pembayaran ini tidak diberitahu kepada pemegang syer
sebagaimana yang diperlukan oleh sek 191 Akta Syarikat United Kingdom 1948. jadi
pembayaran tersebut adalah tidak sah.
Mahkamah memutuskan pengarah yang membuat pembayaran tersebut haruslah
bertanggungjawab terhadap pembayarn tersebut kerana menyalahgunakan wang
syarikat, walaupun didapati pengarah berkenaan berlaku jujur kerana tidak tahu
tentang undang2 tersebut.
Kesan-kesan kontrak akibat kemungkiran tanggungjawab fidusari
Satu urusniaga syarikat yang intra vires tidak batal walaupun ianya melanggar
kewajiban fidusari pengarah. Urusniaga tersebut hanya boleh menjadi bolehbatal.
Terdapat 2 perkara yang perlu diambilkira : -
(1) bila pengarah memasuki kontrak atau urusniaga dengan syarikatnya sendiri dan
melanggar tugas fidusarinya, kontrak atau urusniaga tersebut menjadi bolehbatal,
dimana syarikat mempunyai opsyen untuk membatalkan kontrak atau urusniaga
tersebut.
(2) Bila urusniaga dimasuki oleh syarikat dengan pihak ke-3, sama ada urusniaga itu
boleh diketepikan oleh pihak ke-3 atau tidak. Bergantung sama ada pihak ke-3
tahu atau sepatutnya tahu yang pengarah telah melanggar tugas fidusarinya. Jika
pihak ke-3 tahu, maka pihak ke-3 tidak dapat mengenepeikan urusniaga tersebut.
Satu urusniaga syarikat yang ultra vires tidak batal walaupun ianya melanggar
kewajiban fidusari pengarah. Urusniaga tersebut boleh diketepikan jika satu pihak
tahu atau sepatutnya tahu berkenaan dengan perlanggaran kewajiban oleh pengarah
syarikat.
Remedi-remedi untuk kemungkiran tanggungjawab fidusari pengarah
(1) syarikat boleh menyaman untuk mendapatkan gantirugi atau pemulangan harta
tertentu
(2) syarikat boleh menuntut keuntungan rahsia yang diperolehi oleh pengarah
(3) kuasa pengarah terhadap perlaksaan kontrak yang menyebabkan kemungkiran
tanggungjawab boleh dianggap tidak sah. Syarikat boleh membuat pilihan samada
untuk menuntut kerugian syarikat atau menyaman pengarah di atas keuntungan
yang diperolehi.
Menjalankan tugas dengan berskil, berhati-hati dan berusaha sewajarnya
Selalunya kita menganggap orang yang memegang jawatan pengarah mempunyai skil
yang berpetutan untuk jawatan itu, tetapi undang2 mengatakan pengarah tidak perlu
untuk mempunyai skil2 tertentu, dan sekiranya dia tidak mempunyai skil bukanlah
dianggap satu perlanggaran kepada kewajibannya.
Rowies J mengatakan di dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Ltd
(19245) 1 Ch 407
“ pengarah tidak perlulah memnunjukkan, didalam melaksanakan tugasnya, tahap skil
yang lebih tinggi dari yang sepatutnya dianggapkan ada dalam fikiran atau
pengalamannnya”
Akta Syarikat tidak penah memberikan syarat2 minimum sebelum seseorang itu boleh
menjadi pengarah. Tetapi seandainya dalam keadaan di mana seseorang pengarah
dilantik kerana kemahirannya dalam skil tertentu, dan kemudiaanya dia gagal
membuktikannya, disini satu perlanggaran kewajiban mungkin telah berlaku.
Tugas/ tanggungjawab dan tahap hati-hati (Duty and standard of care)
Adalah tidak adil untuk mengharapkan orang yang kurang layak untuk menunjukkan
skil yang berlebihan. Tetapi tidaklah boleh juga dijadikan satu alasan untuk tidak
bersikap hati-hati. Seseorang pengarah adalah tertakluk kepada prinsip hati-hati
kepada syarikat selama dia menjadi pengarah.
Kes Re City Equitable Fire Insurance Co. Ltd menyarankan bahawa tidak ada satu
skala tahap hati2 yang boleh diikuti, jadi pengarah perlu menunjukkan tahap hati2
yang munasabah yang ada pada pengalaman dan kelayakannya itu.
Dalam kes Re Brazilian Rubber Plantation and Estates Ltd (1911) Ch 425
Neville J mengatakan : -
“seseorang pengarah tidak tertakluk untuk mengamil bahagian-bahagian tertentu
dalam menjalankan perniagaan syarikat, tetapi setelah dia menanggung
tanggungjawab itu, dia mesti menggunakan tahap hati2 yang munasabah dalam
melaksanakan tugasnya.
Tahap hati2 itu dikira sebagai tahap sebagaimana orang biasa akan berhati2 untuk
kepentingan sendiri. Dia tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang
diakibatkan dari salah hukum
Cadangan-cadangan
(1) pengarah mestilah mengambl inisiatif untuk mengetahui apakah hak2 dan
tanggungjawab2nya dibawah artikel dan undang2. kedaifan tentang undang2 tidak
boleh dijadikan satu alas an kepada perbuatan2 yang bertentangan dengan akta
Dia boleh meminta nasihat sekiranya perlu, dia tidak boleh menerima jawatan tetapi
kemudiannya menegaskan yang dia tidak tahu apa2 peruntukkandi dalam Akta,
memorandum atau artikel syarikat
Rujuk kes Re John Fulton & Co. Ltd (1932) NI 35
(2) pengarah mestilah membuat beberapa pertanyaan yang munasabah apabila disuruh
mengeluarkan wang syarikat
Re Railway & General Light Improvement Co.lwn Marzetti Case (1880) 42 Ltd
206
Pengarah menandatangani cek tanpa mengetahui untuk tujuan apa duit itu akan
digunakan dan tidak membuat pertanyaan sebagaimana seorang yang waras akan
bertanya
Mahkamah rayuan memutuskan pengarah tersebut telah berlaku cuai
Seorang pengarah yang tidak mengambil tahu sebelum menandatangi cek, dia akan
bertanggungjawab terhadap cek tersebut jika terjadi sesuatu ke atas cek tersebut.
Tetapi sekiranya jelas bahawa ianya adalah untuk tujuan yang sah, pengarah tidak
bertanggungjawab untuk memastikan yang cek tersebut adalah digunakan untuk
tujuan tersebut, asalkan cek itu datang untuk ditandatangani dalam keadaan biasa
syarikat menjalankan perniagaan.
(3) pengarah boleh menyerahkan tugas dan kuasa kepada orang lain asalkan tidak
dalam keadaan yang boleh mendatangkan kecurigaan
pengarah mestilah memberikan kepercayaan kepada pegawai2 syarikat untuk
melakukan tugas dengan jujur dan betul
Lindley MR di dalam kes Re National Bank Of Wales (1899) 2 Ch 629
mengatakan : “ perniagaan tidak dapat dijalankan jika wujudnya prinsip tidak percaya
atau tidak mempercayai orang lain, melainkan ada sebab untuk berbuat demikian”
Lord Parker CJ mengatakan dalam kes Huckerby lwn Elliot (1970) 1 All ER 189 :
“tidak ada prinsip yang mengatakan setiap pengarah mesti ada had kawalan tertentu
ke atas perniagaan syarikat. Pengarah boleh menyerahkan sesuatu perkara kepada
pengarah lain atau kepada pegawai2 syarikat. Pengarah tidak akan bertanggungkawab
sekiramnnya orang yang dipertanggungjawabkan itu tidak amanah lagi”
Tugas atau tanggungjawab untuk berusaha sewajarnya
Seorang pengarah mesti berusaha sewajarnya dalam menjalankan tugas. Ini
diperuntukkan dalam sek 132 (1), yang mana memerlukan seorang pengarah yang
jujur untuk berusaha sewajarnya tahap usaha itu adalah sebagaimana orang biasa
melakukannya dan tidak lebih dari itu
Berkenaan dengan kewajiban berjada2 (duty of care), tidak ada kaedah tetap yang
dapat diberikan. Walaubagaimanapun, dapat dirumuskan sperti berikut : -
(1) seseorang pengarah tidak semestinya menghadiri semua mesyuarat lembaga.
Jessel MR dalam kes Re Forest Of Dean Coal Mining Co (1879) ChD 450
mengatakan : “seseorang pengarah adalah tertakluk untuk menggunakan usaha
sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawabnya, walaupun pengarah biasa,
yang hadir kadang2 dalam lembaga, tidak boleh dianggap untuk menghabiskan
terlalu banyak masa dan perhatian kepada perniagaan sebagaimana seseorang
rakan pengurusan dalam sesebuah perkongsian, mereka adalah tertekluk untuk
menggunakan usaha yang sewajarnya dalam pentadbiran atau pengurusan syarikat
dan juga untuk bertindak dengan jujur”
seseorang pengarah adalah tidak perlu untuk memberi perhatian yang berpanjangan
dalam hal2 syarikat. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan2 sesuatu
kes
Dalam kes Marquis Of Butes Case (1892) 2 Ch 100, di mana pengarah hadir hanya
sekali sahaja dalam mesyuarat lembaga dalam masa 20 tahun, dia dikatakan tidak
bersalah sedangkan dalam kes Re Denham & Co, ketidakhadiran pengarah dalam
mesyuarat lembaga selama 4 tahun, adalah dikatakan bersalah kerana kecuaian dalam
melaksanakan tugasnya.
(2) pengarah tidak akan bertanggungan atas perbuatan atau ketinggalan perbuatan
pengarah-pengarah lain kalaupun jika dia tidak menghadiri mesyuarat yang
berkenaan
pengarah tidak bertanggungan di atas perkara2 yang dilakukan semasa
ketidakhadirannya dalam mesyuarat. Dia juga tidak bertanggungan ke atas pinjaman
yang dibuat tanpa kehadirannya atas kesalah frod yang dibuat oleh pengarah2 lain.
Tetapi jika dia mengarahkan perkara2 itu, dia akan dipertanggungjawabkan.
Kesan sekiranya pengarah melanggar tugas skil, berhati-hati dan berusaha
sewajarnya
Syarikat boleh menyaman dan menuntut gantirugi jika seseorang pengarah melanggar
tugas skil, berhati2 dan berusaha sewajarnya. Sek 132 (3) memperuntukkan bahawa
seseorang pengarah adalah bertanggungan atas kerugian yang ditanggung oleh
syarikat akibat dari perlanggaran tugasnya untuk berusaha sewajarnya.
Memandangkan tugas itu adalah terhadap syarikat, ahli2 syarikat tidak boleh
menyamannya.
Tugas statutory
Sebagai salah satu dari tugas2 pengarah, mereka dikehendaki mendedahkan beberapa
perkara kepada syarikat : -
(1) Sek 131 – pengarah mestilah mendedahkan beberapa perkara bersangkutan
dengan kepentingan sendiri dalam mesyuarat, contohnya memberitahu tentang
faedah dalam kontrak, harta benda, jawatan dan sebagainya
(2) Sek 132A - pengarah yang berada dalam atau berhubung kepada satu urusniaga
dalam cagaran2 perbadanan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai
pengarah untuk memperolehi maklumat2 sulit.
(3) Sek 132B – pengarah tidak boleh menyalahgunakan maklumat yang didapati
dalam kapasiti rasmi sebagai pengarah
(4) Sek 132C – pengarah tidak boleh menguatkuasakan mana2 cadangan atau
melaksanakan mana2 transaksi bagi : -
(a) pemerolehan satu usahan atau harta benda bernilai tinggi ; atau
(b) pelupusan suatu bahagian besar dari usaha atau harta benda syarikat, yang akan
merugikan dan mempengaruhi kedudukan atau pelaksanaan kewangan syarikat,
kecuali jika ianya telah diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat am.
(5) Sek 132D – pengarah tidak boleh menggunakan mana2 kuasa syarikat untuk
mengeluarkan syer2, melainkan mendapat kelulusan dari syarikat dalam
mesyuarat am
(6) Sek 132E - sebuah syarikat tidak boleh memasuki mana2 perkiraan atau transaksi
dengan mana2 pengarah syarikat atau syarikat pegangannya atau dengan seorang
yang berhubung dengan pengarah untuk memperolehi daripada atau melupuskan
kepada pengarah mana2 aset tiada tunai dari nilai2 yang wajib, kecuali jika ianya
diluluskan oleh resolusi syarikat dalam mesyuarat am
(7) Sek 133 – sebuah syarikat tidak boleh membuat suatu pinjaman wang kepada
pengarah syarikat
(8) Sek 133A – larangan darihal pinjaman wang kepada orang2 yang berhubung
dengan pengarah
(9) Sek 135 – pengarah kewajiban untuk memberitahu : -
(a) butiran2 sperti syer, debenture,faedah turutan, hak, pilihan dan sebagainya
(b) mengenai mana2 pertukaran butiran perenggan (a)
(c) darihal kejadian dan perkara yang mempengaruhi atau berkaitan kepada dirinya
sendiri
(d) jika ia adalah pengarah syarikat awam atau subsidiary syarikat awam darihal
tarikh pada bila ia mencapai umur 70 tahun
11.8 gantirugi dan pelepasan tugas
Sebarang peruntukkan yang menggantirugikan pengarah dari sebarang liabiliti2 untuk
kecuaian, kemungkiran, perlanggaran kewajiban atau pecah amanah adalah tidak sah.
Walaubagaimanapun, ahli2 syarikat boleh melepaskan pengarah dari tugas
fidusarinya
Sek 354 – mahkamah mempunyai kuasa untuk memberi pelepasan atau membebaskan
samada secara sebahagian atau sepenuhnya pelanggaran kewajiban oleh pengarah jika
mahkamah merasakan adil untuk berbuat demikian.