ozs4lsha_5t2tr4psqv-umzriro

Upload: norzaimah-binti-yahya

Post on 01-Mar-2016

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

  • TAKRIF SURAT

    Surat ialah kertas atau segala sesuatu

    yang bertulis

    Surat kiriman ialah kertas yang

    mengandung khabar, maklumat, dan

    seumpamanya

    Ditulis oleh sesuatu pihak untuk

    disampaikan kepada pihak lain secara

    berkirim

  • PENTING DALAM SURAT

    KIRIMAN

    Pengirim

    Penerima

    Kandungan Surat

  • PENGERTIAN SURAT RASMI

    Surat yang dituliskan dalam urusan rasmi.

    Rasmi bermaksud segala urusan yang

    berhubung dengan jabatan seperti

    permohonan, pemberitahuan, arahan,

    makluman, notis, dan lain.

    Pejabat termasuk jabatan kerajaan, badan

    berkanun, syarikat swasta dan

    perniagaan, institusi pendidikan, dan lain.

  • BENTUK & FORMAT SURAT

    RASMI

    Surat rasmi disusunkan mengikut

    bentuk dan format yang khusus

    mengikut ketetapan jabatan, badan,

    dan institusi sebagai gaya khusus

    jabatan, badan, dan institusi

    berkenaan

  • UNSUR SURAT RASMI

    Maklumat pengirim, maklumat penerima,

    kandungan surat, dan beberapa unsur

    sampingan

  • MAKLUMAT PENGIRIM

    Maklumat yang terkandung pada

    kepala surat ialah nama jabatan,

    alamat lengkap jabatan/syarikat,

    nombor telefon/ teleks/ faks (yang

    berkaitan), maklumat surat (rujukan

    pengirim/penerima), dan tarikh

  • KEPALA SURAT

    Format kepala surat pelbagai,

    direkabentukkan sesuai untuk

    mencerminkan keperibadian jabatan

    Kepala surat dimuatkan logo atau

    lambang jabatan

  • ALAMAT PENGIRIM

    Alamat pengirim biasanya termuat

    dalam kepala surat.

    Kepala surat direkabentukkan sebegitu

    rupa supaya dapat memuatkan semua

    maklumat berkaitan

  • RUJUKAN SURAT

    Pada bahagian kepada surat,

    dimuatkan beberapa rujukan surat

    Biasanya ada dua rujukan rujukan

    penerima (jika ada dan untuk surat

    jawapan) dan rujukan pengirim

  • RUJUKAN SURAT

    Tujuan memuatkan maklumat ini

    adalah bagi memudahkan rujukan,

    baik kepada pihak pengirim mahupun

    kepada pihak penerima

  • RUJUKAN SURAT

    Rujukan surat biasanya pada bahagian

    kanan surat, sama ada sebahagian

    daripada kepala surat, mahupun pada

    bahagian bawah kepada surat

    Biasanya, rujukan penerima (jika ada)

    di atas dan rujukan penerima di bawah

  • RUJUKAN SURAT

    Bagi surat yang tidak menggunakan

    kertas surat berkepala, rujukan

    biasanya dicatatkan pada bahagian

    atas surat sebelah kanan

  • TANDATANGAN & NAMA

    PENGIRIM

    Biasanya, dalam jabatan kerajaan,

    badan berkanun, syarikat swasta,

    institusi kewangan, dan seumpamanya,

    surat ditandatangani atas nama ketua

    eksekutif

  • TARIKH SURAT

    Tarikh surat, sama ada daripada

    pejabat mahupun daripada individu,

    mestilah dicatatkan pada surat

    Biasanya, tarikh dicatatkan di bawah

    rujukan surat, pada bahagian kanan

    surat

  • TARIKH SURAT

    Ada banyak cara menuliskan tarikh.

    Yang lazim digunakan:

    21 Mei 2003

    28 h.b. Mac 1995

    Gaya Dewan:

    28 Mac 1995

    26 Syawal 1415

  • MAKLUMAT TAMBAHAN

    Surat rasmi biasa juga dituliskan

    mengikut keadaan tertentu. Misalnya,

    ada surat yang ditandai segera,

    hantar tangan, sulit atau rahsia,

    dan seumpamanya.

    Bagi surat khusus ini, lazimnya

    dinyatakan pada bahagian maklumat

    pengirim, di bawah kepada surat.

  • MAKLUMAT PENERIMA

    Mengandung nama dan/atau gelar

    jawatan penerima surat diikuti alamat

    lengkap

    Sebagai amalan lazim, surat rasmi

    dikirimkan kepada ketua eksekutif

    mengikut gelar rasmi institusi

    Gelar anugerah penerima hendaklah

    diikutsertakan

  • MAKLUMAT PENERIMA

    Jika diketahui pengendali surat, maka

    masukkan maklumat tersebut pada

    bahagian bawah alamat penerima, iaitu

    dengan mencatatkan nama penerima

    atau gelar rasmi (gelar jawatan),

    melainkan harus melalui saluran tertentu

  • MAKLUMAT PENERIMA

    Jika melalui saluran tertentu, maklumat

    tersebut hendaklah dinyatakan dengan

    mencatatkan Melalui: diikuti nama dan

    alamat lengkap saluran berkaitan yang

    boleh lebih daripada satu

  • MAKLUMAT PENERIMA

    Jika lebih daripada satu, maka

    hendaklah menyenaraikan penama-

    penama yang harus dilalui.

  • MAKLUMAT PENERIMA

    Ada dua cara menyusunkan senarai

    laluan ini:

    Pertama, mengikut hierarki pangkat

    Kedua, mengikut susunan penerima

  • KANDUNGAN SURAT

    Bahagian kandungan surat memuatkan tiga unsur, iaitu tajuk, kandungan surat, dan penutup

  • SEBELUM KANDUNGAN

    Sebelum kandungan sebenar surat

    ialah kata sapaan

    Biasanya, kata sapaan dicatatkan

    langkau dua baris di bawah baris

    akhir alamat penerima

    Dilangkaukan dua baris pula sebelum

    menurunkan tajuk surat

  • TAJUK SURAT

    Surat rasmi seharusnya mempunyai

    tajuk surat

    Tajuk surat dituliskan mendahului

    kandungan surat dan mengikuti rujukan

    hormat penerima

    Tajuk surat mencerminkan isi

    kandungan surat; ringkas dan padat

  • TAJUK SURAT

    Tajuk tidak perlu diakhiri dengan

    noktah

    Contohnya:

    Laporan Tentang Prestasi Klinik 1

    Malaysia

    Kempen Derma Darah

  • TAJUK SURAT

    Tajuk surat digarisbawahi dan boleh

    dalam huruf besar atau huruf kecil

    Contohnya:

    Permohonan Mengikuti Kursus

    Keterampilan Berbahasa Dewan

    Bahasa dan Pustaka

    Sayembara Penulisan Puisi

    Kesihatan

  • TAJUK SURAT

    Contohnya:

    PENJELASAN TENTANG

    KEKURANGAN BEKALAN SIMEN

    DAN BESI

  • TAJUK SURAT

    Dalam perkembangan moden

    (menggunakan komputer), tajuk boleh

    dicetakkan hitam

    Contohnya:

    Memohon Cuti Sambilan Selama

    Dua Hari Dari 26 Februari 2004

    Hingga 27 Februari 2004

  • KANDUNGAN SURAT

    Kandungan surat ialah maklumat,

    berita, dan segala sesuatu yang ingin

    disampaikan pengirim kepada

    penerima

  • KANDUNGAN SURAT

    Kandungan surat dapat disusunkan

    dalam beberapa perenggan mengikut

    kesesuaian

  • KANDUNGAN SURAT

    Penyampaian surat harus jelas dan

    memuatkan hanya maklumat penting

    yang berkaitan

  • KANDUNGAN SURAT

    Lazimnya, perenggan-perenggan

    kandungan dinombori bagi

    memudahkan rujukan

    Secara konvensinya, perenggan

    pertama dan terakhir tidak dinombori

  • KANDUNGAN SURAT

    Contohnya:

    Tuan,

    Kursus Keterampilan Berbahasa Pada 26 Februari 2004

    Dengan hormatnya saya merujuk perbincangan saya dan tuan pada 26 Februari 2004.

  • KANDUNGAN SURAT

    Penutup:

    Sekian, terima kasih.

  • SUBPERENGGAN

    Ada kalanya maklumat yang termuat

    dalam perenggan perlu dipecah-

    pecahkan ke dalam subperenggan

  • SUBPERENGGAN

    Subperenggan boleh dipecahkan

    dengan memberikan nombor pecahan:

    Misalnya, 2.1, 2.2 dan seterusnya untuk

    perenggan dua, dan 3.1, 3.2, 3.3 dan

    seterusnya untuk perenggan tiga.

  • SUBPERENGGAN

    Jika sistem ini tidak mahu diikuti, maka

    kita boleh memisahkan perenggan

    menggunakan sistem penomboran

    yang lain

  • SUBPERENGGAN

    Boleh menggunakan nombor roman

    (i, ii, iii dan seterusnya, sama ada

    nombor besar atau nombor kecil.

    Boleh juga menggunakan abjad a,b,

    c, dan seterusnya.

  • PENUTUP SURAT

    Surat rasmi lazimnya ditutupkan

    dengan memasukkan maklumat

    berkaitan dengan arahan, syarat, dan

    seumpamanya.

  • PENUTUP SURAT

    Lazimnya, surat-surat rasmi daripada

    jabatan kerajaan, badan berkanun,

    institusi, dan lain diakhiri dengan

    ungkapan seperti BERKHIDMAT

    UNTUK NEGARA, BERSATU

    BERTAMBAH MUTU dll.

  • HUJUNG SURAT

    Bahagian ini memuatkan maklumat tentang pengirim, nama, dan gelar jawatan rasmi pengirim

    Hujung surat juga memuatkan maklumat tambahan, jika perlu

  • TANDATANGAN & NAMA

    PENGIRIM

    Tidak semua surat ditandatangani oleh

    ketua eksekutif.

    Ada pegawai tertentu yang dibenarkan

    menandatangani surat, mengikut

    kepentingan, hierarki, dan sebagainya.

  • TANDATANGAN & NAMA

    PENGIRIM

    Penama yang mendapat kebenaran menandatangani surat mencatatkan namanya pada bahagian bawah tandatangannya.

    Contohnya:

    T.T.

    (HJ. AMIN BIN ABU)

  • TANDATANGAN & NAMA

    PENGIRIM

    Di bawah namanya, diturunkan gelar

    jawatan rasminya diikuti dengan

    kependekan b.p. (bagi pihak) dan

    gelaran ketua eksekutif jabatan

    tersebut.

  • TANDATANGAN & NAMA

    PENGIRIM

    Contohnya:

    T.T.

    ..

    (HJ. AMIN BIN ABU)

    b.p. Pengarah Urusan,

    Syarikat Gaya Hidup Sihat Sdn.

    Bhd.

  • SUASANA SURAT RASMI

    Suasana yang dibawa oleh surat

    rasmi adalah formal atau tak

    bersahaja

    Terbina satu gaya atau laras bahasa

    yang tersendiri

  • SUASANA SURAT RASMI

    Ada beberapa gaya dan laras bahasa

    bagi mengungkapkan sesuatu secara

    khusus untuk menyatakan sesuatu

    maksud.

  • PENGGUNAAN GANTI NAMA

    DIRI

    Kata ganti diri pertama yang diguna-

    kan dalam surat rasmi ialah SAYA

    untuk tunggal dan KAMI untuk jamak

  • PENGGUNAAN GANTI NAMA

    DIRI

    Jika ditujukan kepada raja pemerintah

    seperti D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda

    Yang di-Pertuan Agong, dan Sultan

    digunakan kata ganti diri orang

    pertama PATIK

  • PENGGUNAAN GANTI NAMA

    DIRI

    Bagi orang yang bergelar RAJA,

    tetapi bukan pemerintah negeri,

    digunakan ganti nama diri orang

    pertama biasa SAYA, KAMI, dan

    lain yang sesuai dengan jawatannya

  • Kata Ganti Diri Kedua

    KGD kedua yang sesuai untuk surat

    rasmi ialah TUAN dan PUAN menurut

    kesesuaian

    Tidak dibezakan wanita berkahwin

    dengan wanita bujang kedua-

    duanya dirujuk dengan ganti nama

    diri orang kedua PUAN

  • Kata Ganti Diri Kedua

    Jika penerima surat orang bergelar, maka lebih wajar jika kita menggunakan gelarannya sebagai ganti nama orang kedua.

    Ada cara panggilan hormat yang harus dicatatkan, mendahului gelar dan/atau namanya.

  • Cara Panggilan Hormat

    Raja pemerintah Duli Yang Maha

    Mulia

    Orang Kenamaan Yang Berbahagia

    PM/MB/KM Yang Amat Berhormat

  • Cara Panggilan Hormat

    Wakil Rakyat/ Senator/ SKN/

    Penasihat Undang-Undang Negeri:

    Yang Berhormat (jika raja Yang

    Berhormat Mulia)

    Yang Dipertua Negeri/Duta Besar

    Tuan Yang Terutama

  • Cara Panggilan Hormat

    Ketua Hakim Negara Yang Amat

    Arif

    Hakim Yang Arif (jika raja Yang

    Arif Mulia)

    Orang biasa Tuan/Puan

  • Kata Ganti Diri Orang Ketiga

    Dalam surat rasmi, rujukan orang

    ketiga ialah BELIAU.

    Raja pemerintah baginda bersama

    atau tanpa kata TUANKU, SERI

    PADUKA, dan seumpamanya.

  • Ungkapan Khusus

    Dalam surat-menyurat terdapat

    ungkapan yang bagaikan khusus

    bentuknya, hingga dapat membentuk

    gaya dan laras bahasa persuratan

    rasmi.

    Semua ini menjadi penanda dilihat

    daripada beberapa kelompok.

  • Penanda Rujukan

    Penanda rujukan diwujudkan oleh

    ungkapan yang merujuk kembali

    perkara yang sudah berlaku atau

    disebut, mungkin secara langsung

    mahupun tidak langsung.

  • Contoh Penanda Rujukan

    Merujuk kepada (perkara yang

    tersebut di atas)

    Berhubung dengan surat tuan

    (perenggan 2)

    Sehubungan dengan (permohonan

    tuan untuk)

  • Contoh Penanda Rujukan

    Berkenaan dengan (maklumat

    tersebut)

    Menurut (pendapat yang

    dikemukakan)

    Menurut (aturan yang ditetapkan)

  • Menggunakan ayat lengkap

    Sukacita saya merujuk kepada perkara

    yang tersebut di atas.

    Perbincangan kita tempoh hari dirujuk.

    Perbualan telefon antara saya dan

    pihak tuan pada 21 Mei 2003 dengan

    hormatnya dirujuk.

  • Penanda Penyertaan

    Ungkapan ini memberikan semacam

    tanda bahawa disertakan sesuatu dengan

    surat berkaitan.

    Contohnya:

    Bersama-sama surat ini (disertakan.)

    Dengan ini (saya lampirkan.)

  • Penanda Pemakluman

    Pihak kami ingin memaklumkan

    bahawa

    Dengan hormatnya dimaklumkan

    bahawa

    Sukacita/dukacita dimaklumkan

    bahawa

  • Penanda Pemakluman

    Seperti yang sedia tuan/puan

    maklumi bahawa

    Sukacita saya memaklumi tuan

    bahawa

    Sukacita saya memaklumkan

    bahawa

  • Penanda Sebab-Musabab

    Penanda sebab-musabab berfungsi

    menimbulkan perkaitan peristiwa.

    Contohnya:

    Berhubung dengan lawatan Yang

    Amat Berhormat Perdana Menteri ke

    Beijing, jabatan ini mencadangkan

    dua orang wakil untuk turut serta

    dalam rombongan tersebut.

  • Penanda Sebab-Musabab

    Oleh sebab 15 hari bulan hari Ahad,

    maka cuti am digantikan pada hari

    Isnin, 16 hari bulan.

    Atas kerjasama tuan (Oleh sebab

    tuan memberikan kerjasama), kami

    mengucapkan terima kasih banyak.

  • Penanda Perintah

    Dalam surat rasmi, ungkapan

    perintah dapat dilihat daripada dua

    sudut.

    Pertama Perintah Hormat: dapat

    diungkapkan dengan menggunakan

    ungkapan yang membawa maksud

    harapan, nasihat, dan permohonan.

  • Penanda Perintah

    Perintah Hormat Harapan

    Contohnya:

    Saya harap tuan maklum bahawa

    Kami mengharapkan bahawa

    Perkara itu menjadi harapan kami bahawa

  • Penanda Perintah

    Perintah Hormat Nasihat

    Contohnya:

    Tuan dinasihatkan supaya

    Sukacita saya menasihati tuan

    Dalam hal ini, saya ingin menasihati tuan supaya

  • Penanda Perintah

    Perintah Hormat Permohonan

    Contohnya:

    Tuan diminta mengemukakan

    Sukacita kami meminta tuan melaporkan

    Sila sampaikan borang tuan

  • Perintah Kurang Hormat

    Menggunakan ungkapan yang ditandai kata arahan

    Contohnya:

    Saya telah diarahkan supaya memberitahu tuan

    Tuan diingatkan bahawa

    Puan dikehendaki melapor diri

  • Penanda Matlamat

    Penanda jenis ini menunjukkan

    adanya matlamat atau tujuan yang

    hendak dicapai. Ungkapan yang

    menjalankan tugas ini biasanya

    bermula dengan kata untuk.

  • Penanda Matlamat

    Contohnya:

    Untuk tujuan

    Untuk makluman dan tindakan tuan

    Untuk makluman puan

    Untuk pertimbangan puan

  • Penanda Perwakilan

    Ungkapan jenis ini diwujudkan untuk menyatakan bahawa surat tersebut dituliskan bagi pihak atau dituliskan sebagai wakil.

    Contohnya:

    Bagi pihak rakan sejawatan dan diri saya sendiri, saya

    Saya bagi pihak Pengarah merakamkan penghargaan

  • Penanda Pendapat

    Umumnya, ungkapan yang menunjukkan pendapat ditandai oleh kata-kata seperti pendapat, fikiran, hemat, pandangan, dan seumpamanya.

    Contohnya:

    Pada pendapat saya,

    Pada fikiran kami,

    Kami berpandangan bahawa

    Pada hemat kami,

  • Penanda Sambungan

    Ungkapan yang sering digunakan

    sebagai penanda sambungan seperti:

    Sebagai lanjutan kepada surat tuan

    Berikutan daripada percakapan telefon

    antara

    Lanjutan daripada perbincangan kita

    tempoh hari

  • Penanda Sikap

    Penanda sikap positif sikap positif

    dapat ditandai dengan ungkapan-

    ungkapan penghargaan, pernyataan

    kesanggupan, persetujuan, dan

    seumpamanya.

  • Penanda Sikap Positif

    Contohnya:

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana

    Kerjasama tuan itu sangat kami hargai.

    Sukacita dimaklumkan bahawa tuan

    Kami tidak keberatan membantu

    Saya bersetuju membenarkan tuan

  • Penanda Sikap Negatif

    Sikap negatif ditandai dengan ungkapan-ungkapan yang berentuk kesal, enggan, dan seumpamanya.

    Contohnya:

    Dukacita dimaklumkan bahawa tuan

    Kejadian itu sangat dikesali

    Kami keberatan menerima cadangan tuan

    Saya memandang berat kejadian itu

  • Penanda Jangkaan

    Ada kalanya kita membuat andaian terhadap sesuatu. Untuk itu, kita tandai dengan ungkapan yang menunjukkan adanya andaian atau antisipasi.

    Contohnya:

    Segala kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan

  • Penanda Penamat

    Penanda penamat ialah ungkapan

    yang menandai bahawa surat akan

    berakhir.

    Contohnya:

    Sekian untuk makluman dan

    perhatian tuan.

    Kerjasama tuan kami dahului dengan

    setinggi-tinggi terima kasih.

  • BAHASA AKHIR SURAT

    Biasanya, akhiran surat memadai dengan ungkapan:

    Sekian.

    Sekian, terima kasih.

    Sekian, kerjasama tuan didahului

    dengan ucapan terima kasih.

    Sekian, semoga mendapat kerjasama tuan. Terima kasih.

  • TERIMA KASIH

    JUMPA LAGI

    Terima kasih atas perhatian

    dan kerjasama baik kalian

    semua.

  • BENGKEL

    KUMPULAN 1

    Tulis sepucuk surat kepada Yang

    Amat Berhormat Ketua Menteri untuk

    memohon kesudian beliau

    merasmikan bangunan tambahan

    jabatan anda dengan mematuhi

    tatacara dan format surat rasmi yang

    betul.

  • BENGKEL

    KUMPULAN 2

    Tulis sepucuk surat rasmi kepada

    Ketua Jabatan anda untuk

    memaklumkan perkembangan projek

    yang sedang anda laksanakan

    dengan mematuhi tatacara dan

    format surat kiriman rasmi yang betul.

  • BENGKEL

    KUMPULAN 3

    Tulis sepucuk surat kepada Yang Dipertua Majlis Kerajaan Tempatan memohon kerjasama beliau untuk membekalkan tong sampah yang sesuai di kawasan kediaman anda dengan mematuhi tatacara dan format surat kiriman rasmi yang betul.

  • BENGKEL

    KUMPULAN 4

    Tulis sepucuk surat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Urbanisasi memohon peruntukan untuk membina jambatan baharu di kampung anda untuk menggantikan jambatan lama yang sudah usang mengikut tatacara dan format surat kiriman rasmi yang betul.

  • BENGKEL

    KUMPULAN 5

    Tulis sepucuk surat kepada seorang pegawai yang bertanggungjawab di sebuah jabatan kerajaan melalui ketua jabatan beliau untuk mendapatkan khidmat kepakaran beliau dengan mematuhi tatacara dan format surat rasmi yang betul.

  • BENGKEL

    KUMPULAN 6

    Tulis sepucuk surat kepada seorang Hakim Mahkamah memohon khidmat beliau untuk menyampaikan ceramah tentang aspek perundangan dalam pengurusan harta tanah dengan mematuhi tatacara dan format surat rasmi yang betul.