os new style

11
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARULAMAN SAMAN PEMULA NO: 24- -2013 Dalam perkara mengenai Gadaian bertarikh 8.12.2010 yang didaftarkan pada 29.12.2010 di bawah Perserahan No. 24766/2010 ke atas tanah dan hereditamen yang dikenali sebagai Lot 13655, Mukim Sungai Petani (sekarang jadi Bandar Sungai Petani), Daerah Kuala Muda, Kedah yang dipegang di bawah Geran 17044 (sekarang jadi Geran 72019) Dan Dalam perkara mengenai Seksyen-seksyen 256 dan 257 dan 267A Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam perkara mengenai Aturan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Antara HSBC Bank Malaysia Berhad (No. Syarikat 127776-V) ... Plaintif Dan Arasu a/l Subramaniam ... Defendan SAMAN PEMULA

Upload: nanthini-rajarethinam

Post on 16-Apr-2017

140 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: OS NEW STYLE

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR

DALAM NEGERI KEDAH DARULAMAN

SAMAN PEMULA NO: 24- -2013

Dalam perkara mengenai Gadaian bertarikh 8.12.2010 yang didaftarkan pada 29.12.2010 di bawah Perserahan No. 24766/2010 ke atas tanah dan hereditamen yang dikenali sebagai Lot 13655, Mukim Sungai Petani (sekarang jadi Bandar Sungai Petani), Daerah Kuala Muda, Kedah yang dipegang di bawah Geran 17044 (sekarang jadi Geran 72019)

Dan

Dalam perkara mengenai Seksyen-seksyen 256 dan 257 dan 267A Kanun Tanah Negara 1965

Dan

Dalam perkara mengenai Aturan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Antara

HSBC Bank Malaysia Berhad(No. Syarikat 127776-V) ... Plaintif

Dan

Arasu a/l Subramaniam ... Defendan

SAMAN PEMULA

Benarkan Arasu a/l Subramaniam beralamat di 46, Lorong 19A, Taman

Bandar Baru, Sungai Lalang, 08100 Bedong, Kedah dan/atau 11,

Lorong Jati 17A, Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, 08100 Bedong,

Page 2: OS NEW STYLE

Kedah dan/atau Lot 236, 238 & 240, Kawasan Perindustrian LPK,

Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah hadir di hadapan Hakim

(atau Pendaftar) Dalam Kamar pada hari pada

haribulan 2013 pada pukul pagi/petang

untuk pendengaran suatu permohonan oleh Plaintif untuk perintah-

perintah berikut:-

1. Bahawa hartanah kepunyaan Defendan yang dikenali sebagai Lot

13655, Mukim Sungai Petani (sekarang jadi Bandar Sungai

Petani), Daerah Kuala Muda, Kedah yang dipegang di bawah

Geran 17044 (sekarang jadi Geran 72019) [kemudian daripada

ini dirujuk sebagai “hartanah tersebut”] dan digadaikan oleh

Defendan kepada Plaintif di bawah peruntukan-peruntukan

Kanun Tanah Negara 1965 dengan Gadaian Perserahan No.

24766/2010 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Gadaian

tersebut”) dijual melalui lelongan awam di bawah Seksyen-

seksyen 256, 257 dan 267A Kanun Tanah Negara 1965 dan hasil

jualan seterusnya dibayar kepada Plaintif untuk

menyelesaikan jumlah wang sebanyak RM64,453.12 (Ringgit

Malaysia Enam Puluh Empat Ribu Empat Ratus Lima Puluh Tiga

dan Sen Dua Belas) sahaja yang merupakan jumlah keseluruhan

yang tertunggak dan terhutang kepada Plaintif seperti pada

31.7.2013.

2

Page 3: OS NEW STYLE

Faedah pada masa ini terakru pada kadar 1.80% setahun di

bawah Kadar Pinjaman Asas Semasa Plaintif iaitu 6.60%

[tertakluk kepada perubahan] atas hentian harian dikira atas

dasar 30/360 sehingga penyelesaian penuh.

2. Bahawa pada masa Perintah Penjualan diperintahkan, Mahkamah

Yang Mulia ini menetapkan tarikh penjualan hartanah tersebut

melalui lelongan awam sebagai satu tarikh yang tidak kurang

dari satu (1) bulan selepas tarikh Perintah yang akan dibuat

di sini atau pada tarikh secepat yang boleh selepas itu

seperti yang diluluskan oleh Penolong Kanan Pendaftar

Mahkamah Yang Mulia ini.

3. Bahawa Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Yang Mulia ini

meluluskan syarat-syarat jualan dan menetapkan harga rizab

bagi maksud jualan lelongan awam hartanah tersebut

berpandukan laporan penilaian yang akan dikemukakan kelak.

4. Bahawa tiada orang yang dibenarkan membuat tawaran di dalam

jualan kecuali jika pegawai Mahkamah berpuas hati bahawa

orang yang membuat tawaran itu memiliki, pada masa jualan

itu, sejumlah wang yang bersamaan dengan sepuluh peratus

(10%) daripada harga rizab yang dinyatakan di bawah

perenggan 3.

3

Page 4: OS NEW STYLE

5. Bahawa di mana keseluruhan jumlah daripada harga belian

tidak dibayar setelah jatuhnya penukul oleh orang yang telah

berjaya membuat tawaran, jumlah yang dinyatakan di bawah

perenggan 4 hendaklah dibayar sebagai deposit kepada

pemegang gadaian dan seterusnya dikreditkan ke dalam akaun

penggadai sementara menunggu penyelesaian baki harga belian

tersebut.

6. Bahawa baki harga belian hendaklah diselesaikan pada tarikh

tidak lewat daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari

tarikh jualan dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan

bagi tempoh yang telah ditetapkan.

7. Bahawa di mana baki harga belian tidak diselesaikan pada

tarikh yang dinyatakan di bawah perengan 6, jumlah yang

dibayar sebagai deposit di bawah perenggan 5 kepada pemegang

gadaian hendaklah dilucuthak dan pelupusan hendaklah

dilakukan di bawah cara-cara yang diperuntukkan di bawah

Seksyen 267A Kanun Tanah Negara 1965.

8. Bahawa penjualan melalui lelongan awam hartanah tersebut

dikendalikan oleh pelelong berlesen dan berkeupayaan untuk

diluluskan oleh Mahkamah ini dan kos pelelong dibayar dari

hasil jualan hartanah tersebut.

4

Page 5: OS NEW STYLE

9. Bahawa semasa jualan lelongan awam tersebut, Plaintif diberi

kebebasan untuk membuat tawaran tanpa perlu membayar

sebarang deposit dan dinamakan sebagai pembeli sekiranya

tawarannya merupakan tawaran tertinggi dan bahawa Plaintif

bebas untuk menolak harga tawaran daripada jumlah yang

terhutang oleh Defendan di bawah Gadaian tersebut pada

tarikh jualan dan kos serta perbelanjaan jualan dan segala

kos permohonan ini.

10. Bahawa Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Yang Mulia ini

diberikuasa untuk melaksanakan dan menyempurnakan mana-mana

dokumen yang diperlukan untuk memindahmilik hartanah

tersebut kepada pembeli di jualan itu.

11. Bahawa sekiranya jualan secara lelong itu diteruskan, hasil

jualan tersebut hendaklah digunakan untuk menyelesaikan

jumlah wang yang masih terhutang kepada Plaintif di bawah

Gadaian tersebut dan mana-mana denda, kos, perbelanjaan dan

caj menurut peruntukan Seksyen 268 Kanun Tanah Negara 1965

dan baki wang, sekiranya ada, dibayar kepada Penggadai

tertakluk kepada sub-seksyen (3), Seksyen 339 Kanun Tanah

Negara 1965.

5

Page 6: OS NEW STYLE

12. Bahawa segala kos, perbelanjaan dan kos perbelanjaan

sampingan permohonan ini dan bagi jualan lelongan awam

tersebut ditetapkan atas dasar peguamcara dan anakguaman

oleh Penolong Kanan Pendaftar dan ditambah kepada jumlah

yang terhutang di bawah Gadaian tersebut dan dibayar oleh

Defendan kepada Plaintif dari hasil jualan tersebut.

13. Bahawa Defendan atau penghuni atau pihak-pihak yang menuntut

hak, hakmilik dan kepentingan hartanah tersebut meninggalkan

dan menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada

pembeli dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh perintah

jualan lelong tersebut dikeluarkan.

14. Jika jualan tersebut tidak berjaya atau tidak dapat

dijalankan pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah atas

apa-apa alasan, Plaintif berhak dan bebas untuk memohon

kepada Penolong Kanan Pendaftar untuk arahan dan perintah

selanjutnya berkenaan dengan lelongan tersebut.

15. Bahawa pihak-pihak berkuasa yang berkenaan mendaftar

pindahmilik hartanah tersebut apabila hartanah tersebut

dijual di lelongan awam.

6

Page 7: OS NEW STYLE

16. Lain-lain perintah atau relif atau arahan berkaitan jualan

tersebut yang dianggap sebagai patut, adil dan suaimanfaat

oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Bertarikh pada haribulan 2013.

…………………………………………………………………Penolong Kanan Pendaftar

Mahkamah TinggiAlor Setar

7

Page 8: OS NEW STYLE

Saman Pemula ini disokong oleh Afidavit yang diikrarkan oleh

Sukvender Kaur a/p Daljit Singh Chima dan difailkan di sini.

Saman ini diambil oleh Tetuan Presgrave & Matthews yang beralamat

di Kamar Standard Chartered Bank, No.2 Lebuh Pantai, 10300 Pulau

Pinang, peguam kepada Plaintif tersebut yang beralamat berdaftar

di No.2 Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur dan beralamat perniagaan

di 69, Jalan Ibrahim, 08000 Sungei Petani, Kedah.

Nota: Saman ini tidak boleh disampaikan lebih daripada enam

(6) bulan kalendar selepas tarikh di atas melainkan

jika diperbaharui oleh Perintah Mahkamah.

Sekiranya Defendan tidak hadir secara sendiri atau melalui peguam

atau peguamcaranya di waktu dan tempat yang disebut di atas

perintah akan dibuat sebagaimana yang difikirkan adil dan suai

manfaat oleh Mahkamah.

8

Page 9: OS NEW STYLE

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETARDALAM NEGERI KEDAH DARULAMAN

SAMAN PEMULA NO: 24- -2013

Dalam perkara mengenai Gadaian bertarikh 8.12.2010 yang didaftarkan pada 29.12.2010 di bawah Perserahan No. 24766/2010 ke atas tanah dan hereditamen yang dikenali sebagai Lot 13655, Mukim Sungai Petani (sekarang jadi Bandar Sungai Petani), Daerah Kuala Muda, Kedah yang dipegang di bawah Geran 17044 (sekarang jadi Geran 72019)

Dan

Dalam perkara mengenai Seksyen-seksyen 256 dan 257 dan 267A Kanun Tanah Negara 1965

Dan

Dalam perkara mengenai Aturan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Antara

HSBC Bank Malaysia Berhad(No. Syarikat 127776-V) ... Plaintif

Dan

Arasu a/l Subramaniam ... Defendan

****************************************************************SAMAN PEMULA

****************************************************************Peguamcara bagi PlaintifTetuan Presgrave & Matthews Kamar Standard Chartered BankNo. 2 Lebuh Pantai10300 Pulau Pinang

[Ruj: NR/20120917]

Difailkan pada haribulan 2013.

9