orff

16
PENGENALAN Perbezaan yang paling ketara diantara pendekatan Orff dan pendekatan Kodaly ialah, pendekatan Orff mementingkan penggunakan alat-alat muzik terutamanya alat-alat perkusi. Manakala pendekatan Kodaly memberi keutamman kepada suara yang beliau percaya bahawa suara adalah alat muzik semulajadi yang paling utama dalam mana-mana sesi pembelajaran muzikal. Bab ini akan membincangkan pendekatan Orff yang juga dikenali sebagai pendekatan Orff-Schulwerk Sama seperti pendekatan Kodaly, pendekatan Orff mempunyai falsafahnya yang tersendiri, padagogi pendidikan muzik, dan kaedah-kaedah pengajaran muzikal yang telah diperkembangkan oleh beliau. Bab ini akan membincangkan asal usul Carl Orff, falsafah dan prinsip pendekatan beliau. Selepas pengenalan ini, bab ini akan membincangkan proses penbelajaran Carl Orff yang merangkumi empat proses utama iaitu imitasi, explorasi, literasi dan improvisasi. Akhir sekali bab ini akan memberikan anda cadangan-cadangan untuk mengaplikasikan pendekatan Orff dalam bilik darjah anda. T T o o p p i i k k 7 7 Pendekatan Orff HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: 1. mengenali latar belakang dan falsafah Carl Orff; 2. mengenali 4 proses utama dalam pendekatan Orff; 3. mengaplikasikan pendekatan Orff dalam bilik darjah anda; dan 4. mengajar ostinato dan improvisasi dengan menggunakan alat perkusi Orff.

Upload: yvonne-hew

Post on 19-Jan-2016

554 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

o

TRANSCRIPT

Page 1: Orff

PENGENALAN

Perbezaan yang paling ketara diantara pendekatan Orff dan pendekatan Kodaly ialah, pendekatan Orff mementingkan penggunakan alat-alat muzik terutamanya alat-alat perkusi. Manakala pendekatan Kodaly memberi keutamman kepada suara yang beliau percaya bahawa suara adalah alat muzik semulajadi yang paling utama dalam mana-mana sesi pembelajaran muzikal.

Bab ini akan membincangkan pendekatan Orff yang juga dikenali sebagai pendekatan Orff-Schulwerk Sama seperti pendekatan Kodaly, pendekatan Orff mempunyai falsafahnya yang tersendiri, padagogi pendidikan muzik, dan kaedah-kaedah pengajaran muzikal yang telah diperkembangkan oleh beliau.

Bab ini akan membincangkan asal usul Carl Orff, falsafah dan prinsip pendekatan beliau. Selepas pengenalan ini, bab ini akan membincangkan proses penbelajaran Carl Orff yang merangkumi empat proses utama iaitu imitasi, explorasi, literasi dan improvisasi. Akhir sekali bab ini akan memberikan anda cadangan-cadangan untuk mengaplikasikan pendekatan Orff dalam bilik darjah anda.

TTooppiikk 77 PendekatanOrff

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: 1. mengenali latar belakang dan falsafah Carl Orff; 2. mengenali 4 proses utama dalam pendekatan Orff; 3. mengaplikasikan pendekatan Orff dalam bilik darjah anda; dan 4. mengajar ostinato dan improvisasi dengan menggunakan alat perkusi

Orff.

Page 2: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 94

CARL ORFF

(a) LLatar Belakang Carl Orff Carl Orff (1895 1982) ialah seorang composer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik. Pendedahan awal dalam bidang muzik datang daripada ibunya yang merupakan seorang pemain piano yang sangat berbakat. Pada tahun 1912, setelah menerbitkan beberapa composis muzik dan menulis sebuah opera, Carl Orff diterima masuk ke Munich Academy of Music. Disini, Orff mendapati bahawa pendekatan pendidikan terhadap muzik merupakan sesuatu yang tidak menarik minat kebanyakkan orang. Beliau percaya bahawa muzik seharusnya menarik minat semua orang

Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun 1920an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari mula menerapkan hasil karya-karya Orff dalam kelas-kelas tariannya. Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan music untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik. Beliau kemudian menjadi music director di Günther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Antara penerbitan Orff yang terkenal ialah Muzik Kinder yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak.

(b) FFalsafah dan Prinsip Orff pernah berkata "Experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.

Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk improvisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menuulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik. Percakapan, nyanyian, pergerakkan dan alat muzik terutamanya alat muzik perkusi adalah alat yang paling penting untuk mengajar irma, melodi, bentuk, harmoni dan warna ton alat muzik. Falsafah pendekatan ini adalah berdasarkan idea bahawa kanak-kanak harus menghayati, merasai dan menghasilkan irama dan melodi sebelum mereka diajar untuk membaca dan menulis notasi muzikal.

7.1

Experiencefirst then

intellectualize

Page 3: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 95

Orff percaya bahawa muzik, pergerakan dan percakapan tidak boleh dipisahkan. Beliau percaya bahawa ketiga-tiga unsur ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat diantara satu sama lain dan beliau menggelarnya sebagai elemental music. Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Ini adalah kerana elemen asas yang terdapat dalam muzik, percakapan dan tarian adalah irama. Iramalah yang mengaitkan kesemua unsur-unsur ini yang dipanggil sebagai elementalmusic. Dalam pendekatan Orff irama dijar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain.

Apabila Orff merujuk kepada elemental music, beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Dalam erti kata lain, elemental music adalah benda-benda muzikal yang dihasilkan oleh kanak-kanak semasa mereka sedang bermain dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang dilakukan.

Unsur asas dalam elemental music ialah alat perkusi dram yang munurut beliau merupakan pengalaman muzikal primer bagi seseorang kanak-kanak. Dalam pendekatan Orff, elemen-elemen muzik seperti detik, tempo, ritma, dan meter harus dialami secara fizikal melalui pergerakkan. Elemen-elemen ini lebih mudah untuk dipelajari dan difahaimi jika seseorang pelajar mengalaminya daripda hanya mempelajari tentang elemen-elemen muzik ini dalam kelas tanpa sebarang pengalaman fizikal.

Orff percaya bahawa, muzik harus dipelajari oleh kanak-kanak dengan menggunakan kaedah yang sama semasa mereka mempelajari bahasa ibonda mereka. Dalam pendekatan Suzuki, cara pembelajaran ini dikenali sebagai the "mother tongue approach". Kanak-kanak belajar untuk bercakap dengan menggunakan teknik imitasi. Mereka selalunya mengimitasi bunyi atau perkataan yang mereka dengar. Maka menurut Orff, pembelajaran muzik harus berlaku dengan cara yang sama.

Percakapan merupakan satu elemen utama dalam pendekatan Orff kerana antara kesemua ahili falsafah dan ahli muzik, hanya Carl Orff yang memberi penekanan yang lebih kepada kepentingan percakapan dalam perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Pada usia yang muda lagi, kanak-kanak didedahkan kepada bunyi disekeliling mereka. Mereka belajar untuk nyanyi dan bermain alat perkusi mudah seperti dram dengan cara imitasi. Maka penbelajaran muzik harus berlaku dalam persekitaran yang sama untuk kanak-kanak.

Pergerakkan dan tarian

adalah unsur yang paling asas dalam pendekatan

Orff

Page 4: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 96

Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Maka sesi pembelajaran kanak-kanak dalam kelas muzik yang menggunakan pendekatan Orff akan bermula pada tahap percakapan, kemudian berkembang kepada aktiviti pergerakkan yang dikenali sebagai body rhythms seperti, menepuk tangan, menghentam kaki dan akhirnya mereka belajar untuk bermain alat muzik.

Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan skil untuk bermain alat muzik. Sebagai contoh, konsep muzikal seperti, meter, detik dan tekanan dalam muzik diperkenalkan dalam sekuan yang sama. Konsep-konsep muzikal ini diperkenalkan dalam bentuk corak percakapan, kemudian konsep-konseo ini akan diperkayakan dengan menggunakan aktiviti yang lain dan akhirnya kanak-kanak akan mempelajari konsep-konsep muzikal ini dalam konteks muzik. Menurut Orff, pembelajaran notasi, simbol not dan sebagainya harus berlaku apabila kanak-kanak berada pada tahap yang lebih matang.

Pendekatan Orff dalam pendidikan muzik menggunakan pergerakkan dan aktiviti-aktiviti harian yang berlaku pada tahap yang paling asas seperti, nyanyian kanak-kanak semasa mereka bermain, nyanyian rhymes,pergerakkan seperti berjalan berlari dan sebagainya. Muzik yang dihasilkan dalam kelas muzik yang menggunakan pendekatan Orff banyak mempunyai unsur-unsur improvisasi.

AKTIVITI 7.1

(a) Apakah itu elemental music?(b) Senaraikan falsafah-falsafah dalam pendekatan Orff. (c) Apakah falsafah yang paling utama dalam pendekatan Orff?

PROSES PEMBELAJARAN CARL ORFF

Tell me, I forget⁄show me, I remember⁄Involve me, I understand."

Ayat diatas adalah moto utama dalam pendekatan Orff yang dapat menjelaskan kesemua falsafah Carl Orff secara menyeluruh. Moto ini bermaksud, jika guru hanya memberitahu pelajar, mereka akan melupakannya, jika guru menunjukkan cara untuk membuat sesuatu, pelajar akan mengingatinya, tetapi jika guru melibatkan pelajar dalam sesuatu aktiviti, mereka akan memahaminya. Penglibatan kanak-kanak dalam mana-mana sesi muzikal adalah prinsip asas

7.2

Page 5: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 97

pendekatan Orff. Beliau percaya bahawa kanak-kanak dapat belajar dan memahi sesuatu dengan lebih mendalam jika mereka diberi peluan untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Terdapat beberapa kata kunci yang sering digunakan apabila seseorang merujuk kepada proses pembelajaran dalam Pendekatan Orff. Kata Kunci ini ialah Explorasi, Imitasi, Literasi dan Improvisasi. Proses pembelajaran yang paling utama dalam pendekatan Orff ialah penerokaan (exploration ) dan pengalaman (experience). Beliau percaya bahawa elemen-elemen muzik harus diterokai oleh kanak-kanak dahulu dalam bentuk yang paling asas. Lama kelamaan melalui pengalaman yang secukupnya, pengalaman elemen-elemen muzik ini ditapis dan dibawa ke satu tahap penerokaan dan pengalaman muzikal yang lebih komplex. Orff percaya bahawa prosess ini haruslah berlaku secara semula jadi dalam setiap kanak-kanak. Prosess pembelajaran Orff merangkumi empat proses iaitu, Explorasi, Imitasi, Literasi dan Improvisasi. Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri.

(a) EEXPLORASI Proses Explorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga espek iaitu explorasi ruang, explorasi bunyi, dan explorasi bentuk.

Explorasi Ruang Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil, ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.

Explorasi ruang belaku dalam satu kitaran. Ia melibatkan tiga peringkat pergerakkan. Pergerakkan yang pertama berlaku disebabkan oleh motivasi luaran. Pergerakkan ini merupakan pergerakkan yang dibuat secara natural dan spontan seperti, berlari, berjalan, melompat meranggkak, merayap dan sebaginya. Pergerakkan yang kedua disebabkan oleh motivasi dalaman yang melibatkan pergerakkan sistematik dimana kanak-kanak sedar akan corak dan irama pernafasan mereka. Ia melibatkan aktiviti seperti merasai denyutan jantung dan mengenali nadi yang terdapat dalam setiap individu semasa mereka mereka melakukan pergerakkan. Pergerakkan yang terakhir merangkumi pergerakkan yang pertama dan kedua dan ia berlaku pada tahap yang lebih tiggi. Dalam pergerakkan yang ketiga, motivasi dalaman menjadi sebahagian daripada motivasi luaran dan kanak-kanak sedar akan pergerakkan mereka. Pergerakkan explorasi adalah sesuatu

ExplorasiImitasiLiterasi

Improvisasi

Page 6: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 98

yang amat penting dalam pendekatan Orff kerana pergerakkan merupakan unsur yang paling asas dalam pendekatan ini.

Explorasi Bunyi Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak. Antara contoh bunyi-bunyi ini adalah, bunyi pintu, bunyi anjing menyalak, bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, bunyi angin yang bertiup dan sebagainya. Kemudian explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam dram, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar.

Dalam explorasi bunyi, kanak-kanak diajar untuk menerokai bunyi-bunyi dalam alat-alat muzik mereka. Alat-alat muzik ini biasa digunakan adalah alat-alat yang boleh didapati dimana-mana. Kanak-kanak tidak semetinya menggunakan alat muzik yang khusus. Mereka boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong, sudu dan garpu dan sebagainya.

Dalam aktiviti penerokaan bunyi, suara juga digunakan sebagai alat muzik. Dalam kelas explorasi bunyi kanak-kanak sedar bahawa terdapat pelbagai cara untuk memanupulasikan bunyi yang dikeluarkan oleh suara mereka. Bunyi-bunyi inilah yang mejadi teras dalam perbendaharaan kata (vocabulary) yang akan membantu kanak-kanak dalam nyanyian dan percakapan. Antara contoh bunyi-bunyi dari vod vokal yang diterokaai oleh kanak-kanak ialah bunyi-bunyi yang menggunakan sukukata yang tidak membawa sebarang makna seperti yang ditunjukkan dibawah.

Explorasi Bentuk Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.

Page 7: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 99

Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi. Contoh simbol yang digunakan biasanya tidak perlu membawa sebarang makna tetapi asalkan ia membantu kanak-kanak memahami maksudnya. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.

Contoh Latihan yang Boleh Digunakan untuk Kelas Explorasi Anda boleh membuat experimen dengan beberapa jenis lagu kanak-kanak atau lagu rakyat. Kanak-kanak boleh diajar untuk mengexplorasi cara-cara yang berbeza untuk mendendangkan sebuah lagu yang sama. Anda boleh membuat experimen dengan elemen-elemen muzik seperti meter, dinamik, irama, mode dan sebagainya. Tetapi setiap kali lagu didendangkan, pastikan hanya satu elemen muzik sahaya yang ditukar seperti mengexperimen dengan tempo yang lebih cepat atau lagu dinyanyikan dalam dinamik p.

(b) IImitasi Imitasi merupakan mod pembelajran yang paling tua. Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan peranan sebagai Ârole modelÊ dan beliau memainkan peranan yang sangat penting. Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh kanak-kanak dalam kelasnya. Contoh-contoh imitasi ialah guru memepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama. Kemudian kanak-kanak akan diajar untuk membuat improvisasi kecil berdasarkan kepada ritma tersebut. Sebagai contoh, mereka boleh disuruh untuk menepuk ritma yang sama dengan kuat atau perlahan. Ataupun mereka boleh disuruh untuk menepuk ritma tersebut dengan cepat dan kemudian perlahan.

Contoh Latihan yang Boleh Digunakan untuk Kelas ImitasiBahagikan kelas kepada dua orang dalam satu kumpulan. Seorang pelajar

akan membuat satu corak perkusi badan untuk meter 44

selama dua bar.

Pelajar yang kedua harus mengimitasi corak irama yang dibuat oleh perlajar pertama. Anda boleh menukarkan latihan ini kepada latihan pergerakkan. Untuk latihan ini juga, pelajar yang pertama akan membuat satu pergerakkan untuk dua bar dan pelajar kedua harus mengimitasi

Page 8: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 100

pergerakkan ini. Pastikan bahawa setiap pelajar membuat perkusi badan ataupun latihan pergerakkan dalam meter dan nadi yang betul.

SEMAK KENDIRI 7.1

(a) Apakah tiga espek utama dalam proses Explorasi? (b) Apakah beza diantara Explorasi dan Imitasi?

(c) LLiterasi Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mengalami (experience) bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik.

Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Ini bermaksud, bila, dimana dan bagaimana sesetengah skil literasi diajar tidak mempunyai masa yang khusus. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori. Pengalaman ini adalah sangat mustahak dalam pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam kanak-kanak. .

Menurut Orff pembelajaran notasi lidi biasanya bermula apabila alat muzik rekorder diperkenalkan. Pengunalan kepada alat muzik ini seharusnya berlaku beberapa tahun selepas seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada pendekatan Orff dan diberi peluang untuk mengalami dunia muzik. Dalam pendekatan Orff, tugas untuk mengajar notasi lidi dan pembacaan skor bergantung kepada daya imaginasi dan diskrasi guru.

Contoh Latihan yang Boleh Digunakan untuk Kelas Literasi Anda boleh menyuruh pelajar-pelajar menggubah irama empat bar yang

mudah untuk meter 44

. Pelajar-pelajar boleh menggunakan notasi grafik

yang telah mereka pelajari. Kemudian, berikan lagu yang digubah ini kepada rakan disebelah untuk dimainkan diatas alat perkusi.

Page 9: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 101

(d) IImprovisasi Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Keupayaan untuk seseorang kanak-kanak mengimprovisasi dalam muzik adalah antara falsafah utama pendekatan Orff. Menurut Orff, improvisasi adalah skil muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang kanak-kanak. Imrpovisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak.

Proses ini memerlukan kanak-kanak untuk menghasilkan bunyi, irama, atau melodi dengan menggunakan pengalaman muzikal dan daya imaginasi mereka. Improvisasi boleh berlaku pda setiap peringkat pembelajaran kanak-kanak. Ia tidak seharusnya hanya berlaku selepas mereka belajar untuk membaca notasi. Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

Sebagai contoh, semasa kanak-kanak mempelajari tentang jenis-jenis bunyi, mereka boleh diajar untuk membuat mengimprovisasi kecil keatas bunyi-bunyi tersebut. Dinamik kuat dan perlahan boleh diajar apabila kanak-kanak membuat bunyi anjing menyalak sebagai contoh. Mereka boleh diajar untuk membuat bunyi yang perlahan dan bunyi yang kuat. Corak-corak improvisasi yang mudah ini adalah penting dalam memperkembangkan pemahaman muzikal kanak-kanak kerana ia akan membantu pemahaman mereka terutamanya apabila mereka berada pada tahap-tahap yang lebih tinggi.

Contoh Latihan yang Boleh Digunakan untuk Kelas Improvisasi Bahagikan kelas anda kepada beberapa kumpulan. Pilih satu sajak atau text pendek. Dapatkan pelajar-pelajar anda untuk mebacakan sajak atau text itu secara berirama. Kemudian setelah kesemua pelajar dapat membacakan text dalam tempo dan irama yang betul, tambahkan satu bahagian iringan untuk alat perkusi tidak berpic seperti dram. Latihan ini akan mengajar kanak-kanak yang bermain dram untuk mengikut rentak dan ritma yang diberikan oleh kanak-kanak yang sedang membacakan text itu. Kemudian anda boleh menjadikan latihan ini sebagai lagu tiga pic dengan menambahkan satu bahagian untuk dimainkan oleh alat perkusi berpic. Anda juga boleh menambahakan pergerakkan dalam latihan ini dimana

Improviasaiadalah nadi

dalampendekatan

Orff

Page 10: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 102

pelajar-pelajar yang tidak bermain alat perkusi disuruh untuk bergerak sambil menginterpretasikan maksud text.

SEMAK KENDIRI 7.2

(a) Apakah empat proses utama yang terkandung dalam pendekatan Orff?

(b) Apakah beza diantara Explorasi dan Imitasi?

APLIKASI PENDEKATAN ORFF DALAM BILIK DARJAH

Subtpik 7.1 dan 7.2 dalam bab ini telah membincangkan tentang Falsafah dan Prinsip pendekatan Orff dan empat proses utama dalam Pendekatan Orff. Subtopik 7.3 akan memberikan anda beberapa contoh latihan yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan ajaran dan falsafah pendekatan Orff dalam bilik darjah anda. Anda juga akan dibekalkan dengan dengan tip-tip yang penting yang harus diambil kira semasa mengaplikasikan pendekatan ini dalam bilik darjah.

(a) Sebutan Berirama Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah berbeza daripada sebutan berirama dalam pendekatan Kodaly. Dalam pendekatan Kodaly, setiap detik mempunyi silibel yang khusus untuk mewakilinya. Manakala dalam pendekatan Orff, sebutan berirama adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik.

Oleh kerana percakapan merupakan unsur asas dalam pendekatan Orff, Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut Orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik. Skor 1 dan2 menunjukkan contoh sebutan berirama yang digunakan dalam pendekatan Orff untuk mengajar irama kepada kanak-kanak.

7.3

Page 11: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 103

Skor 1

Skor 2

Seperti yang ditunjukkan dalam skor-skor1 dan 2, setiap detik tidak mempunyai sukukata atau silibel yang khusus. Dalam pendekatan Orff, kanak-kanak boleh menggunakan sukukata yang mereka suka untuk mewakili detik dalam irama yang dipelajari asalkan ia membantu dalam sesi pembelajaran mereka.

(b) Alat Muzik dalam Pendekatan Orff Alat Pekusi Badan Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara. Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.

Dalam kelas-kelas yang seterusnya guru boleh menggunakan alat muzik badan atau perkusi badan untuk menunjukkan empat jenis bunyi yang boleh dihasilkan oleh badan pada tahap koordinasi yang berbeza. Semasa mengajar perkusi badan, guru harus mengikut urutan yang diberikan dalam rajah dibawah. Rajah dibawah menunjukkkan urutan koordinasi badan bermula dari tahap koordinasi yang mudah ke tahap koordinasi yang susah. Ia bermula dengan hentaman kaki yang merupakan pergerakkan koordinasi badan yang paling mudah dan mengikut jadual dibawah koordinasi yang paling susah untuk dipelajari oleh kanak-kanak ialah memetik jari. Dengan menggunakan kaedah ini, kanak-kanak boleh diajar untuk mengenali jenis-jenis bunyi yang boleh dihasilkan oleh anggota badan mereka.

Page 12: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 104

Peringkat-peringkat kordinasi badan oleh kanak-kanak untuk perkusi badan

Contoh-contoh dibawah adalah beberapa contoh latihan yang boleh digunakan untuk mengajar irama kepada kanak-kanak dengan menggunakan badan sebagai alat perkusi

Contoh 1

Guru menghentam kaki untuk meter 44

, dan pelajar dikehendaki untuk

mengikut corak hentaman kaki guru. Guru harus memulakan dengan irama yang mudah seperti menghentam kaki untuk satu detik krotchet bagi setiap bar. Kemudian bila pelajar dapat mengikut ritma dan nadi guru dengan betul, guru bolehlah menambahkan bilangan not dalam satu bar dan menjadikan irama dalam setiap bar lebih mencabar. Latihan ini boleh diadaptasikan untuk mengajar koordinasi badan. Sebagai contoh, guru bolehlah menambahkan perkusi badan yang digunakan seperti menghentam kaki dan menepuk tangan. Guru boleh menghentap kaki untuk bit pertama dan ketiga dan menepuk tangan untuk bit yang kedua dan ketiga. Latihan ini dapat mengajar pelajar untuk mengkoordinasikan badan mereka dengan corak irama yang dimainkan. Contoh 2 Dalam contoh ini, guru boleh menggunakan corak-corak irama yang mudah seperti yang ditunjukkan dalam skor dibawah untuk mengajar kanak-kanak jenis-jenis perkusi badan dan contoh-contoh improvisasi yang mudah.

Page 13: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 105

Kanak-kanak harus diajar untuk membuat improvisasi yang kecil berdasarkan corak irama yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh berdasarkan skor diatas, apabila guru menepuk tangan pada detik yang pertama dan ketiga, kanak-kanak boleh menghentam kaki mereka untuk detik-detik ini. Dan apabila guru memetik jari untuk detik yang kedua dan keempat, kanak-kanak boleh membuat improvisasi dan menepuk tangan pada detik ini ataupun mevokalkan suku kata ga, ga sebagai contoh untuk detik tersebut. Ini adalah beberapa contoh latihan yang boleh digunakan untuk mengajar perkusi badan dan improvisasi.

Alat Perkusi Alat-alat perkusi seperti Glokenspiel, Zailofon dan Dram merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah metalofon, glokenspiel dan zailofon. alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza. Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable). Melalui cara ini, kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setaip lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah dan menurut Orff ini akan meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain. Contoh-contoh latihan yang boleh digunakan untuk mengajar irama melalui alat perkusi diberikan di muka surat sebelah.

Contoh 1 Alat perkusi yang boleh digunakan untuk latihan adalah seperti Glokenspiel, Zailofon dan Metalofon. Untuk latihan ini, gunakan lagu-lagu yang hanya mempunyai not-not pantatonik. Mulakan dengan latihan yang mudah seperti memainkan not-not krotchet untuk setiap detil dalam meter 44

. Kanak-kanak boleh dibenarkan untuk memainkan mana-mana not

dalam skel pantatonik tersebut tetapi mereka harus bermain dalam irama yang betul. Tujuan latihan ini adalah untuk melatih koordinasi dalam pelajar. Mulakan dengan memberikan pelajar hanya satu mellet. Penggunaan dua mallet harus dikhaskan untuk kanak-kanak yang telah fasih dengan alat perkusi yang mereka main.

Page 14: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 106

Contoh 2 Untuk latihan ini kanak-kanak boleh diajar untuk bemain melodi yang pendek. Mulakan dengan melodi yang hanya menggunakan skel pantatonik. Guru boleh menggunakan notasi untuk menunjukkan melodi yang harus dimainkan seperti yang ditunjukkan dalam skor dibawah. Kemudian kanak-kanak boleh diajar untuk membuat improvisasi yang pendek untuk lagu tersebut bermula dengan improvisasi untuk satu bar dan kemudian improvisasi untuk bar yang pertama dan ketiga dan sebagainya.

(c) MMemainkan Alat Perkusi Orff Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian Ostinato seperti yang anda telah pelajari dalam Bab 4 adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni.

Contoh latihan yang boleh anda gunakan untuk mengajar ostinato dalam alat perkusi adalah:

Contoh 1 Bahagikan pelajar-pelajar anda kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama akan menyanyikan lagu dan kumpulan yang kedua dan ketiga akan memainkan corak ostinato pada alat perkusi. Anda boleh membekalkan pelajar dengan dua corak ostinato yang mudah seperti yang ditunjukkan dibawah. Untuk latihan pastikan kanak-kanak hanya memainkan ostinato pada satu not sahaja. Setiap corak haruslah dipraktis secara berasingan. Kemudian apabila setiap kumpulan telah yakin dengan corak ostinato yang harus dimainkan, anda boleh menyuruh kedua-dua kumpulan bermain bersama. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi

kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 44

.

Page 15: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 107

Contoh 2 Dalam contoh ini anda boleh menggunakan lagu Burung Kakak Tua untuk mengajar ostinato. Bahagikan kelas anda kepada 3 kumpulan. Pastikan setiap kumpulan fasih dengan bahagian mereka masing-masing sebelum mereka mula bermain bersama. Latihan sebegini dapat melatih kanak-kanak untuk bermain dalam kumpulan.

Ostinato untuk lagu Burung Kakak Tua

(d) MMemainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi Improvisasi seperti yang anda sedia maklum adalah antara proses pembelajaran yang paling utama dalam pendekatan Orff. Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi. Anda boleh menggunakan contoh-contoh lagu dalam bab ini dan bab yang lepas untuk mengajar improvisasi.

Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang permulaan guru tidak seharusnya menetapkan had-had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba carak-corak improvisasi yang

Page 16: Orff

TOPIK 7 PENDEKATAN ORFF 108

mereka suka. Setelah mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, anda kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermin improvisasi.

Contoh 1 Anda boleh membekalkan kanak-kanak dengan satu melodi yang mudah seperti lagu Skip To My Lou. Dalam skor lagu ini terdapat satu corak irama yang mudah. Mulakan kelas dengan mengajar kanak-kanak corak irama ini dan kemudian berikan mereka beberapa contoh improvisasi yang boleh mereka buat untuk mencantikkan lagi bahagian iringan lagu ini.

Contoh iringan untuk lagu Skip to my Lou