olahraga hafizul

16
PENGENALAN DAN SEJARAH SUKAN OLAHRAGA OLAHRAGA Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga(athletics) yang dapat merangkumi acara berlari,melompat dan melontar. Olahraga juga dikenali sebagai acara balapan dan padang. Sejarah sukan olahraga Olahraga ialah satu aktiviti yang bersifat sainagan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari,melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya sukan olimpik kuno. Sepertimana kita tahu,olahraga bermula dari sukan olimpik moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF( Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsan) dalam tahun 1912. Sejak itu,program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangankan secara berterusan.

Upload: hafizuldeyla

Post on 09-Nov-2015

238 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

joii

TRANSCRIPT

PENGENALAN DAN SEJARAH SUKAN OLAHRAGA

OLAHRAGATahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga(athletics) yang dapat merangkumi acara berlari,melompat dan melontar. Olahraga juga dikenali sebagai acara balapan dan padang.

Sejarah sukan olahragaOlahraga ialah satu aktiviti yang bersifat sainagan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari,melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya sukan olimpik kuno. Sepertimana kita tahu,olahraga bermula dari sukan olimpik moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF( Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsan) dalam tahun 1912. Sejak itu,program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangankan secara berterusan.Olaharaga merupakan elemen yang paling penting dalam sukan olimpik moden. Ia dipraktikan di semua Negara kerana nilai pendidikannyan dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu itu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan balapan. Nama olahraga berasal dari perkataan Greek athlos yang membawa maksud bertanding. Tarikan yang ada pada acara sukan ini juga telah melahirkan istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara belari,melompat dan melontar. Mengikut cacatan sejarah,olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampu di Greece. Oleh itu , ianya dianggap sebagai acara sukan yang tertua didunia. Cacatan sukan olahraga ini bermula di sukan olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan the encyclopedia of sports acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta bernama Chionis Berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 setengah inci pada sukan olimpik M66 S.M.

SENARAI ACARA PADANG YANG DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM

1ACARA LARIAN JARAK JAUH

Larian jarak jauh.Tahukah anda acara larian jarak jauh merangkumi acara 5000m hingga 10000m. contoh acara ialah marathon,lumba jalan kaki,merentas desa medley relay,4 x 16000, 5000m dan 3000m lari berhalangan. namun begitu acara sukan seperti medley relay, 4 x1600 amat jarang di lakukan dimana-mana kejohanan.

Sejarah acara larian jarak jauhSejarah larian jarak jauh tidak tertulis secara tetap dan terperinci sejak manusia mula berlari sebagai prestasi atau untuk kejohanan. Namun begitu terdapat versi yang mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada bangsan Yunani yang sedang dilanda peperangan Antara kaum yunani dan Persia di Kota Marathonas,Pulau Egina Yunani. Pasukan Persia mengalami kekalahan dan pasukan Yunani yang memenangi perang tersebut,telah memerintahkan salah seorang pasukannya untuk membawa peranan. Se pembawa peranan berlari ke Athena yang terletaknya 40.8 km(25.4 batu) dalam sehari untk mengkhabarkan kemenangannya. Sesampainya di kota,si pembawa pesanan berteriak dan akhirnya pengsan dan meninggal dunia. Untuk mengenang kemenangan terhadap perang tersebut dan menghormati si pembawa pesanan maka beberapa tahun selepas itu diadakan perlawanan lumba lari dan sukan ini semakin berkembang menjadi satu sukan olahraga. Disebabkan prestasi atau pencapaian yang memberangangkan ,sukan ini terpecah menjadi berbagai cabang larian.Dikhabarkan cabang olahraga larian sperti marathon yang pertama kali dipertandingkan dalam olimpik telah diadakan di kota Athens. Acara ini dimenangi oleh Eucles dan perlumbaan yang berikutnya acara ini dimenangi oleh atlet dari Filipina. Setelah mengalami pelbagai kejadian dan mengambil masa yang panjang,perlumbaan ini telah diubah menjadi salah satu acara olimpik dan pada tahun yang berikutnya,perlumbaan ini mendapat julukan olimpik moden.

Dimanakah acara larian jarak jauh ini dilangsungkanGelanggangLarian jarak jauh ini terbahagi kepada beberapa acara seperti acara 1000m,2000m,3000m,5000m,10000m perlumbaan lebuhraya dan merentas des. Bagi acara 1000m,tempat atau arena yang digunakan ialah gelanggang balapan. Gelanggang balapan ini berbentuk bujur dan balapan ini dibina daripada rumput,asphalt atau bahan synthetic dan biasanya mengandungi lapan lorong. Dalam pertandingan yang menggunakan peraturan IAAF,acara seperti 800m ke atas ,lari berganti-ganti yang lebih daripada 4x400m dan acara-acara yang seumpamanya dijalankan dalam satu pusingan sahaja. Kedudukan lorong atau permulaan ditentukan dengan undian.Lebuhraya atau jalan rayaLarian jarak jauh lebuhraya pula diadakan di sepanjang jalan raya yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ahli IAAF. Jarak standard bagi acara ini untuk atlet lelaki dan wanita ialah 10km,15km,20km,separuh marathon,25km,30km,marathon (42.195km),100km dan lari berganti-ganti jalan raya. Perlumbaan hendaklah dijalankan diatas jalan yang berturap. Walau bagaimana pun, sekiranya ketiadaan lalu lintas atau wujunya keadaan yang menyebabkan tidak sesuai dijalankan ,acara ini boleh dijalankan di laluan pejalan kaki atau laluan basikal di tepi jalan tersebut tetapi bukan di atas rumput atau bahu jalan yang lembut.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DALAM ACARA INIMerentas desaBagi acara merentas desa pula jarak yang ditetapkan dan dipersetujui oleh IAAF ialah lelaki dewasa sejauh 12km,lelaki junior 8km,wanita dewasa 8km dan wanita junior pula 6km. laluan merentas desa ini hendaklah direka di kawasan hutan kayu,jika boleh dilindungi dengan rumput,mempunyai halangan semulajadi agar boleh digunakan oleh pereka laluan untuk membina satu laluan perlumbaan yang menarik. Laluan yang digunakan hendaklah cukup luas dan bukan hanya untuk menempatkan haluan tetapi juga segala kemudahan yang digunakan.

Lumba jalan kakiAcara ini memerlukan langkah yang berterusan supaya langkah sentiasa mencecah bumi dan tidak ada jejak yang tidak mencecah bumi yang boleh kelihatan dengan mata kasar. Jarak bagi lumba jalan kaki ialah 5km,10km,20km dan 50km. acara lumba jalan kaki ini dijalankan dibalapan atau di atas jalan raya.

Peraturan dan undang-undang umum lari jarak jauhPermulaan1. Larian hendaklah dimulakan dengan letupan pistol2. Kata perintah yang standard bagi larian jauh hendaklah digunakan3. Bagi perlumbaan antarabangsa,amaran lima minit,tiga minit da satu minit hendaklah diberikan4. Stesen hadapan di garisan permulaan hendaklah disediakan dan peserta-peserta dari satu-satu pasukan akan berbaris memanjang ke belakang

Stesen persegaraan1. Air atau minuman yang bersesuaian hendaklah disediakan di permulaan dan penamat perlumbaan2. Bagi semua acara ,minuman hendaklah disediakan pada setiap pusingan jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan

Penskoran1. Setelah perlumbaan tamat ,para hakim akan memutuskan kedudukan muktamat para peserta yang bertanding,mencampurkannya dan mengisytiharkan peserta yang memperolehi jumlah terendah sebagai pemenang.2. Jika terdapat jumlah yang seri,kemenangan akan di berikan kepada peserta terakhirnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada peserta terkhir yang seri dengannya.

RumusanKesimpulannya acara larian jarak jauh ini memerlukan seseorang individu itu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi untuk menyertainya. Disamping tahap kecergasan yang tinggi seseorang individu itu perlu menanamkan tahap kesabaran serta persedian mental dan fizikal yang baik bagi membolehkan mereka menyertai acara ini. Hal ini dapat memastikan ketahanan yang dimliki oleh seseorang peserta itu mampu berlari dalam jarak yang jauh. Acara ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja jika mereka memiliki daya ketahanan yang tinggi..

2ACARA LARI PECUT

Larian pecutLari pecut dalam sukan olahraga boleh didefinasikan sebagai larian terpantas jika dibandingkan dengan acar-acara lain. Larian terpantas ini bergantung pula kepada beberapa factor seperti jarak,kederasan tiupan angin,permukaan balapan ,jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif daripada perlumbaan ini. Ini bererti larian pecut adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada suatu jarak tertentu yang ditetapkan,umpamanya 50 meter,100 meter atau 200 meter.Sejarah larian pecutLarian pecut merupakan satu acara terawal pernah dicatatkan yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Pada zaman moden antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke 19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibtakan jarak 192 meter. Jarak ini merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan itu acara ulang alik yang dinamakan dialosmberjarak 384(192 meter x2) diadakan Pada zaman olimpik kuno, larian ini bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan,prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan,sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan telah dibuat yang mana menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara yang paling baik dan diterima semua pihak. Pada 1880 an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian pecut. Antara cara permulaan awal yang digunakan ialah pensil start dimana atlet-atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dipanggil kangroo start. Sebelum 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk kaum lelaki sahaja. Pertandinagn kaum wanita yang pertama diadakan pada tahun 1921 di Monte Carlo.Rekod rasmi bagi acara lelaki yang dicatatkan dalam larian 100 meter dilakukan oleh pelari Switzerland iaitu Harald Anderson pada tahun 1890 yang mencatatkan masa 11.0saat,Merlies Gohr dari Jerman pula pemegang rekod pertama dengan cacatan10.88saat yang dibuat pada sukan olimpik 1928. Dalam acara 200 meter,rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang yang mencatat masa 22 saat. Manakala bagi acara wanita pula 200 meter diperkenalkan dalam sukan olimpik 1948,Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekodnya dengan catat masa 22.9 saat.

Larian pecutlarian pecut memerlukan tenaga yang tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seseorang pelari itu iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. PERATURAN Peraturan 121 penjaga masaBilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek ini. Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang, salah seorang dari mereka merupakan ketua penjaga masa. Penjaga masa mesti ditempatka segaris dengan garisan penamat. Jika boleh mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku bertingkat. Setiap penjaga masa bertindak bersendirian dan keua penjaga masa akan menentukan masa setiap peserta Peraturan 160Untuk mengambil masa dengan tangan,masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih panjang. Contoh : 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s. masa mula dikira bila asap tembakan dilihat. dalam kes tiga jam randik digunakkan ,pertimbangan berikut boleh diambil :-jika dua daripadanya adalah masa yang sama yang dicatatkan maka keputusan yang dua jam radik yang sama keputusan akan diambi kira-jika ketiga-tiganya mencatatkan keputusan yang berlainan maka masa yang tengah adalah masa yang akan diambil kira sebagai masa rasmi. Naming begitu ,jika salah satu nya berbeza dengan dua masa yang lain maka masa berkenaan tidak akan diambil kira.

RumusanDalam acara lari pecut seseorang atlet itu perlu memastikan tahap kecergasan mereka benar-benar dalam keadaan yang tinggi dan baik untuk menyertainya. Bagi acara larian pecut ini ianya memerlukan kepantasan seseorang atlet itu untuk menyertainya. Bukan itu sahaja bagi memastikan atlet itu untuk mencapai kejayaan dalam acara larian pecut, atlet berkenaan perlu menjalani latihan secara berterusan agar memastikan atlet berkenaan mampu bersaing dan memperolehi kejayaan. Oleh itu setiap atlet perlu mencatatkan rekod masa mereka agar menjadi pembakar semangat untuk mereka membaiki masa peribadi mereka dari satu tahap yang memuaskan. Acara larian jarak jauh ini mampu menanamkan semangat yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Ini sekaligus menjadikan atlet berkenaan menjadi insan yang tidak menyerah kalah walauapa keadaan sekalipun untuk mencapai kejayaan.