objektifn peraturan perkhemahan krs

4
WAJIB BACA SEMUA PESERTA KONTIGEN SARIKEI OBJEKTIF PERKHEMAHAN 1. Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar. 2. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar. 4. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka. 5. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 6. Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab. 7. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan menarik. 8. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. 9. Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar. 10. Memupuk sikap berani di kalangan peserta. 11. Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. 12. Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN 1. Berdikari dan ikhtiar hidup. 2. Mengamalkan kebersihan. 3. Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan. 4. Merandang segala aktiviti dan keperluan. 5. Cergas dan yakin pada diri sendiri.

Upload: lee-dahlan

Post on 05-Jan-2016

304 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TATACARA

TRANSCRIPT

Page 1: OBJEKTIFn peraturan  PERKHEMAHAN krs

WAJIB BACA SEMUA PESERTA KONTIGEN SARIKEI

OBJEKTIF PERKHEMAHAN

1. Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi

keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari

bandar.

2. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab.

3. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan

berkhemah kepada para pelajar.

4. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan

yang ada pada mereka.

5. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi

perpaduan.

6. Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab.

7. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih

mencabar dan menarik.

8. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan.

9. Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar.

10. Memupuk sikap berani di kalangan peserta.

11. Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta.

12. Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN

1. Berdikari dan ikhtiar hidup.

2. Mengamalkan kebersihan.

3. Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan.

4. Merandang segala aktiviti dan keperluan.

5. Cergas dan yakin pada diri sendiri.

6. Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan.

7. Menghilangkan tekanan.

8. Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah.

9. Mengelakkan daripada gejala social yang tidak sihat.

10. Bekerjasama.

Page 2: OBJEKTIFn peraturan  PERKHEMAHAN krs

WAJIB BACA SEMUA PESERTA KONTIGEN SARIKEI

PERATURAN TETAP UNTUK PESERTA PENDIDIKAN LUAR

Untuk menjaga imej yang baik dan bagi tujuan menjayakan program ini, maka perlulah

diadakan beberapa peraturan dan tatatertib untuk memberi panduan kepada para peserta.

Masa

1. Para peserta haruslah mengikut jadual waktu yang telah disediakan dan berada di

tempat-tempat yang ditentukan sepuluh minit sebelum waktu aktiviti dijalankan.

2. Para peserta harus bangun awal dengan kewajipan masing-masing dan bersedia

untuk senaman.

Kebersihan

1. Perserta diminta menjaga kebersihan setiap kawasan tempat perkhemahan dan

kawasan kegiatan.

2. Gunakan lubang kering untuk membuang sampah sarap, sisa-sisa makanan dan

lain-lain. Tin-tin kosong bekas makanan hendaklah dikemikkan terlebih dahulu

sebelum ditanam.

3. Alat-alat yang dipinjamkan hendaklah dijaga dengan baik dan bersih.

Pakaian

1. Semasa menyertai aktiviti luar, para peserta hendaklah memakai pakaian sukan

maktab dan berkasut dengan sopan.

2. Semasa menjalani ekspedisi, semua peserta hendaklah menjaga

keselamatan diri seperti memakai baju atau seluar panjang, stokin dan

kasut.

3. Tuala mandi dan pakaian kotor hendaklah disidai di tempat yang

dikhaskan.

MASA MENYERTAI KEGIATAN

1. Setiap peserta mesti mengikut kegiatan dan acara yang ditetapkan kecuali ada hal-

hal yang penting dan mendapat kebenaran dari ketua jurulatih.

2. Setiap peserta hendaklah menjaga keselamatan diri dengan baik semasa

menjalani kegiatan luar mahupun semasa ekspedisi.

3. Setiap peserta hendaklah menjaga dengan baik bagi setiap alat yang

digunakan semasa menjalani kegiatan luar dan dikembalikan ke tempat yang

tertentu apabila diarahkan.

Page 3: OBJEKTIFn peraturan  PERKHEMAHAN krs

WAJIB BACA SEMUA PESERTA KONTIGEN SARIKEI

LARANGAN

1. Pergaulan yang sihat secara beramai adalah dibenarkan tetapi berpasangan

antara lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.

2. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan melainkan dengan

urusan yang penting sahaja dan mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari

ketua jurulatih.

3. Apabila peserta berbual atau bercakap ditegah daripada mengeluarkan perkatan yang

kurang manis atau bahasa yang boleh membawa kepada tersinggung perasaan

seseorang atau kaum.

4. Sesiapa yang mendapati engkar daripada meyempurnakan peraturan-peraturan yang

ditetapkan atau didapati melakukan sesuatu yang membawa kepada mencemarkan

nama baik kursus ini, maka tindakan tatatertib akan diambil oleh pihak penganjur.

5. Selain daripada menghormati dan menhamalkan peraturan di atas, setiap peserta

dikehendaki mematuhi peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak

penganjur program ini.

6. Dilarang merokok semasa dan juga aktiviti dijalankan.

7. Para peserta dilarang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti

melakukan kecurian sama ada untuk mai-main atau sungguh-sungguh.

8. Setiap peserta seharusnya tidak mencuri tulang semasa aktiviti dijalankan dan harus

melakukan semua pekerjaan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.