objektif kajian

Upload: azri

Post on 10-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

OBJEKTIF KAJIANKajian ini dilakukan dengan beberapa tujuan dan objektif bagi mencapai matlamat dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Terdapat beberapa objektif kajian yang boleh didapati melalui kajian ini. Antara objektif kajian yang boleh didapati ialah pelajar dapat memahami jenis-jenis pembentukan kata dalam bahagian tatabahasa. Pelajar juga dapat mengaplikasikan pembelajaran dan pemahaman tentang pembentukan kata yang telah mereka pelajari dalam kajian ini. Hal ini dapat membantu pelajar dalam membina ayat yang betul dan tepat. Secara tidak langsung, pengetahuan mengenai pembentukan kata ini semakin bertambah dalam diri pelajar.

Rumusan

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata atau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu. Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.