o defamation revisited and the concept and punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/pro_siti khalijah...

17
O < Oi O § Defamation Revisited and the Concept and Punishment of Al-Qadzf Amiruldin Md Sham & Mohd Sabri Yusof Introduction to New Iterative Method Mat Salim Selamat A Review of Trade Dispute Settlement in the Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton Interactive Whiteboard as a Teaching Aid Nor Zalina Ismail, Mohd Rizal Razak, Azlini Razali & Mahfudzah Othman Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen &Tanah Siti Norhafizah Khazaai A Comparative Study between Two Landslide Events at the Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka, Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok Klasifikasi Hujan PencetusTanah Runtuh Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias The Importance of Communication in Our Life Norlaili Harun Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A. Hal id

Upload: buidung

Post on 14-Mar-2018

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

O

<

Oi

O

§

Defamation Revisited and the Concept and Punishment of Al-Qadzf Amiruldin Md Sham & Mohd Sabri Yusof

Introduction to New Iterative Method Mat Salim Selamat

A Review of Trade Dispute Settlement in the Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton

Interactive Whiteboard as a Teaching Aid Nor Zalina Ismail, Mohd Rizal Razak, Azlini Razali & Mahfudzah Othman

Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen &Tanah Siti Norhafizah Khazaai

A Comparative Study between Two Landslide Events at the Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka,

Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok

Klasifikasi Hujan PencetusTanah Runtuh Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias

The Importance of Communication in Our Life Norlaili Harun

Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin

Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A. Hal id

Page 2: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

PROSIDING KOLUKiuivi zuuo-z009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG

Page 3: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

PROSIDING KOLOKIUM 2008-2009 Universiti Teknologi MARA Pahang

Jawatankuasa Prosiding

Pengerusi : Kamisah Ariffin (Dr) Editor Perolehan : Wan Zuri Wan Abdullah

Penyunting

Azlini Razali Kamisah Ariffin (Dr)

Nazirah Ramli Norshariza Mohd Bhkari

Rekabentuk Kulit

Mohd Noor His am Ahmad

Rekaletak

Mohd Noor His am Ahmad Kam is ah A riffin (Dr)

Hak Cipta © 2009 Universiti Teknologi MARA Pahang.

Hak Cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, samada dengan cara elektronik, mekanik, gambar rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat keizinan dari Unit Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Pahang.

ISBN: 978-983-2607-21-2

Pendapat yang dikemukakan oleh penulis dalam prosiding ini adalah pandangan peri-badi mereka sendiri dan tidak mewakili pandangan jawatankuasa penerbitan, penyunting, fakulti dan universiti.

Dicetak oleh: Fathona Trading Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur

Page 4: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Kandungan

1 Defamation Revisited and the Concept and Punishment of 1 Al-Qadzf Amiruldin MdSham & Mohd.Sabri Yusof

2 Introduction to new iterative method 15 Mat Salim Selamat

3 A Review of Trade Dispute Settlement in the 19 Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton

4 Interactive Whiteboard as a Teaching Aid 23 Nor Zalina Ismail, Mohd. Rizal Razak Azlini Razali & Mahfudzah Othman

5 Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik 29 Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

6 A Comparative Study between Two Landslide Events at 55 Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka, Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok

1 Klasifikasi Hujan Pencetus Tanah Runtuh 65 Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias

8 The Importance of Communication in Our Life 77 Norlaili Harun

9 Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus 81 Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin

10 Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching 91 Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A.Halid

Page 5: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

11 'Data Rich, Information Poor' Phenomena: Obstacle to Effective Information Management Mohd Amii Abdullah @ Baharum

12 Comparative Study of Residential Roof Truss Construction Methods: Prefabrication and Built Onsite Mohd Syahrul Hisyam MohdSani & Fadhluhartini Muftah

13 Cold Formed Steel and Buckling Criteria of Cold Formed Steel Purlins Fadhluhartini Muftah & Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani

14 Social Responsibility: The Involvement of Entrepreneurs and Organizations Jahjaiton Arsad & Rohana Awang

15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Khairi Khalid, Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani, Mohd Fairuz Bachok, Mohd Risham J a 'afar, Wan Zukri Wan Abdullah, Ahmad Rasidi Osman, Mohd Razmi Zainudin, Rohaya Alias, Fadhluhartini Muftah, Nor Maslina Mohsan & Noraida Mohd Saim

16 The Benefits of Using Industrialised Building System (IBS) in Our Construction Industry Wan Zukri Wan Abdullah

17 Transformasi daiam Pengajaran dan Pembeiajaran di Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat: Satu Cadangan Siti Khalijah Majid

18 Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun: Satu Wacana Falsafah Rasid Muhamad

Page 6: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Fakulti Pengurusan dan Teknologi

Pejabat: Satu Cadangan

Siti Khalijah Majid

ABSTRAK

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP) telah mula beroperasi lebih lima dekad dan telah melalui pelbagaiproses pengembangan yang baik. Dengan matlamat baru UiTM untuk mencapai peringkat universiti bertaraf dunia tentunya FPTP tidak boleh lari dari merancang untuk terus berkembang dengan pesat. Transformasi dalam pendidikan di FPTP perlu dilakukan demi menjamin kelangsungan program ini untuk menjadi terus unggul dan dinamik. Tujuan utama kertas ini adalah sebagai satu cadangan kepada pihak FPTP untuk merencana satu perancangan strategik di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Katakunci: pengajaran dan pembelajaran, perancangan strategik, transformasi

Pendahuluan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP) telah mula beroperasi lebih lima dekad dan telah melalui pelbagai proses pengembangan yang baik. Dengan matlamat baru UiTM untuk mencapai peringkat universiti bertaraf dunia tentunya FPTP tidak boleh lari dari merancang untuk terus berkembang dengan pesat. Transformasi dalam pendidikan di FPTP perlu dilakukan demi menjamin kelangsungan program ini untuk menjadi terus unggul dan dinamik. Sesungguhnya transformasi yang dinamik dan ber-daya maju memerlukan banyak pengorbanan dari perspektif kewangan, masa dan tenaga tidak kira dari sudut akademik mahupun bukan akademik. Perubahan adalah suatu perkara yang konstan. Mahu atau tidak, FPTP perlu bergerak selari dengan ke-hendak perubahan ini jika tidak mahu ketinggalan.

Objektif

Tujuan utama kertas ini adalah sebagai satu cadangan kepada pihak FPTP (terutama FPTP Pahang) untuk merencana satu perancangan strategik di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Apabila berbincang mengenai transformasi, inovasi tidak boleh dipisahkan.Untuk melaksanakan sesuatu transformasi, inovasi diperlukan untuk menggalakkan kreativiti dan fleksibiliti dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang baru dan agak berbeza dari cara konven-sional dengan mengemas kini pendekatan yang sedia ada (Sutch, Rudd & Facer, 2008). Sebelum ini, cara pengajaran yang diamalkan adalah berbentuk "mengajar" yang lebih berpusat kepada peranan pensyarah sebagai penyampai maklumat; perlu ditukar kepada "belajar" yang memfokuskan kepada peranan pelajar untuk mengarap ilmu yang disampaikan (Harvey, 1996)

147

Page 7: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Siti Khalijah Majid

Strategi Transformasi di FPTP Pahang Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu menumpukan kepada amalan-amalan baru yang selari dengan visi pendidikan. Inovasi yang dimaksudkan mestilah berjaya menggabungkan tiga elemen penting iaitu berjaya mengekploitasi idea, dapat menjana pengertian dengan menggabungkan kreativiti dan pemahaman yang men-dalam mengenai sesuatu isu serta menghasilkan amalan baru yang boleh dijadikan satu sistem nilai yang boleh diterima pakai (Sutch, Rudd & Facer, 2008).

Dalam konteks FPTP beberapa komponen adalah perlu terlibat untuk menjayakan proses transformasi. Di antaranya adalah:

i. pemimpin (Dekan/Ketua Program) ii. kakitangan akademik (Kakitangan) iii. pelajar, dan iv. hubungan industri dan majikan (industri).

Pemimpin (Dekan/Ketua Program)

Pihak pemimpin adalah merupakan komponen yang paling penting dalam menentukan kejayaan proses transformasi ini. Sebagai peminpin, arah tuju transformasi perlu diten-tukan agar kurikulum pendidikan adalah terjamin dari segi kualiti dan relevansi dengan kehendak semasa. Matlamat untuk menjayakan transformasi ini perlu menjadi kriteria utama institusi ini. Komitmen dan sokongan sepenuhnya amat diharapkan agar proses transformasi tidak terbantut. Pelaburan kewangan dan penggunaan sumber sedia ada dengan bijak amat bermakna dalam menjadikan transformasi ini satu realiti. Sumber sedia ada yang boleh dimanfaatkan adalah seperti kepakaran dan kemahiran fakulti, kakitangan, pentadbiran, pelajar, sumber perpustakaan, perkhidmatan akademik dan hal ehwal pelajar, serta infrastruktur fizikal dan kemudahan teknologi (Goldberg, 2001). Oleh itu pemimpin adalah berperanan untuk memastikan bahawa penggunaan sumber sebagai input dapat menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan kos efektif. Golberg (2001) juga menyarankan bahawa sesuatu sistem itu adalah efisien jika ianya menggunakan sumber yang sedikit dan mempunyai impak positif kepada penghasiian. Matlamat utama keefisienan ialah apabila ianya dapat mengurangkan pembaziran di samping dapat mengekalkan atau meningkatkan penghasiian dalam tempoh masa yang sama.

Pihak pentadbiran juga perlu berupaya untuk menyediakan segala kemudahan seperti penyediaan prasarana yang akan mendukung usaha murni ini melalui teknologi pembelajaran yang terkini serta memberi latihan yang bersesuaian kepada kakitangannya. Pelaksanaan transformasi ini tidak boleh dengan hanya memberikan direktif tanpa sebarang pengorbanan kos dan sumber serta penyeliaan dan penilaian secara berterusan. Dengan sokongan yang padu dari pihak pentadbiran, proses pelaksanaan ini dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Dalam senario UiTM, pelantikan ketua-ketua (seperti Ketua Program, {Coordinator dan sebagainya) adalah mengikut jangka waktu tertentu. Tidak semua yang terpilih mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang luas mengenai teknik pengurusan. Sudah tentu pertukaran kakitangan yang sering berlaku boleh membantutkan usaha transformasi ini. Oleh itu, pihak pengurusan tertinggi perlu memastikan yang para perwakilan pengurusan adalah mereka yang betul-betul layak dan faham akan misi dan matlamat proses transformasi yang dirancang oleh institusi agar ianya menjadi satu usaha yang berterusan. Selain dari itu, setiap pemimpin yang dipilih juga perlu ada

148

Page 8: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

kualiti diri yang mantap dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan strategik (Strategic Leadership) yang melayakkan mereka menjadi wakil pengurusan. Maccoby (2001) menyarankan lima kompetensi utama yang penting bagi pemimpin strategik iaitu:

(i) Berpandangan jauh: Seorang pemimpin yang dapat mengambil kira faktor luaran dan dalaman serta mengenal pasti senario dan keadaan pesaingnya, agar perancangan yang dibuat dapat memberi impak positif kepada kejayaan organisasinya. Kepekaan terhadap arus perubahan mesti sering diberi perhatian agar sentiasa bersedia dengan langkah-langkah proaktif mahupun preventif dalam menangani permasalahan. Pemimpin yang bijak mampu menjangka dan menilai masa depan serta berkeupayaan untuk mengantisipasi konsekuensi atau implikasi terhadap sesuatu tindakan. Ianya memerlukan penelitian yang mendalam melalui pandangan mata hati dan hikmah dalam merencanakan corak dan perjalanan institusi menuju kecemerlangan.

(ii) Berfikiran sistem: Setiap keputusan dan tindakan yang diambil hendaklah' mengambil kira semua sistem yang ada di dalam organisasi agar ianya adalah satu keputusan yang mantap. Pemimpin yang bijak akan dapat mengintegrasikan kesemua komponen yang terlibat di dalam sistem sedia ada tanpa mengasingkan segmen-segmen tertentu bagi mengelakkan kepincangan dalam membuat keputusan atau dalam mengimplimentasi sesuatu perancangan.

(iii) Mempunyai visi: Visi adalah satu hala tuju jangka panjang yang perlu selari dengan visi organisasi. Dalam memastikan visi tercapai, seorang pemimpin perlu sedar akan keadaan sumber manusianya yang boleh mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu perancangan. Selain dari memahami sikap (attitude) dan tingkah laku para pekerjanya, pemimpin yang cekap wajar mempunyai cara untuk mendorong kakitangan untuk terus berkhidmat dan meningkatkan prestasi kerja sebaik mungkin melalui proses tertentu bagi mengoptimumkan penggunaan kemahiran yang ada pada kakitangannya. Oleh itu satu sistem berorientasikan hasil (result-oriented) layak diwujudkan demi memastikan yang semua kakitangan memahami budaya kerja yang ingin diterapkan.

(iii) Motivasi: Sebagai pemimpin, tanggungjawab yang utama adalah menjadi pendorong kepada orang bawahannya untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Ianya juga merupakan satu tanggungjawab yang paling mencabar kerana memerlukan kepakaran dalam "human skill". Keupayaan memberi dorongan yang berterusan dan inspirasi yang dapat mencabar komitmen kakitangannya untuk tekal meneruskan perjuangan melalui galakan terhadap kebebasan berkomunikasi, pertukaran idea, budaya kerja yang "supportive", penglibatan kakitangan dalam keputusan yang melibatkan bidang tugas masing-masing dan inisiatif mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan mampan. Melalui kata-kata perangsang oleh pihak pemimpin, menyanyikan lagu-lagu korporat setiap kali perjumpaan formal, mengiktiraf pencapaian yang dibuat oleh kakitangan adalah antara contoh yang wajib diteruskan di UiTM (Norlaila, 2006) untuk terus menyemarakkan semangat setia terhadap institusi.

(iv) Rakan kongsi: Pemimpin yang bestari wajar menjalinkan hubungan dan kerjasama yang akrab lagi utuh dengan pihak-pihak tertentu yang berupaya mendatangkan man-faat dan memastikan relevensi dengan kehendak semasa. Kemahiran nilai tambah (added value) ini secara positifiiya akan mampu menjana kompetensi-kompetensi baru serta dapat mencetuskan idea-idea bernas lagi mantap yang sememangnya wajar untuk proses penambahbaikan secara berterusan agar organisasi dapat bertahan dalam arus

149

Page 9: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Siti Khalijah Majid

perubahan yang sentiasa mencabar. Melalui initiatif R&D secara usaha sama, perkong-sian dan pemindahan teknologi, dan penggunaan fasiliti secara bersama dapat memper-eratkan hubungan institusi dengan pihak-pihak luar.

Transformasi yang ingin dicadangkan ialah pemilihan pemimpin (yang memegang jawatan) mestilah dikaji semula. Sistem penggantian yang diamalkan sekarang perlu ditukar dengan sistem yang lebih kemas dengan mengambil kira kebolehan individu itu untuk memimpin. Pastikan pemimpin mempunyai kriteria-kriteria yang bersesuaian untuk membolehkan individu itu menjadi "ketua" yang cemerlang. Ujian-ujian tertentu perlu diadakan dan temu duga juga perlu dijalani untuk memilih ketua yang tepat. Apabila pemilihan yang tepat dapat dibuat, tempoh memegang jawatan tersebut boleh dipanjangkan agar sesuatu insprirasi dan visi itu dapat dilaksanakan dan dicapai.

Kakitangan (Akademik)

a) Kaedah Pengajaran

Transformasi dan inovasi adalah amat berkait rapat dengan penggunaan teknologi. Pendekatan yang digunakan oleh pensyarah perlu mengambil kira penggunaan teknologi terkini. Memandangkan peringkat sekolah juga telah mengenal keadah baru pendidikan melalui eduweb, pihak universiti juga perlu bersedia untuk menggunakan kaedah yang hampir serupa atau lebih baik dari itu. Melihat kepada generasi akan datang yang sudah terdedah kepada pendidikan melalui teknologi (Zulkurnain, 2007), penggunaan papan putih dan pen akan menjadikan FPTP sebuah fakulti yang ketinggalan zaman. Pembelajaran menggunakan teknologi ini bukan sahaja dapat membuatkan pembelajaran lebih menarik malah dapat membuka minda dan meningkatkan kreativiti para pelajar itu sendiri.

Goldberg (2001) telah menggariskan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi pendidikan yang boleh diterapkan. Di antara ciri-ciri yang perlu ada adalah teknologi tersebut perlulah bersifat:

i. asli (teknologi dan kandungan kurikulum mestilah dihasilkan oleh fakulti sendiri dan dikawalselia oleh pihak fakulti berkenaan),

ii. integratif (boleh diguna pakai dalam pelbagai situasi), iii. koperatif (mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk fakulti

"servicing", pengurusan, dan kakitangan), iv. berpusatkan pelajar (teknologi yang dibangunkan mestilah dapat

merangsang pembelajaran para pelajar), v. berteraskan hasil pembelajaran (outcome-based) (menghasilkan penca-

paian matlamat yang boleh dinilai. Penilaian mestilah dibuat bersesuaian dengan proses pembelajaran dan berada di bawah kawalan fakulti berkaitan), dan

vi. berperingkat (pelaksanaannya perlu dibuat secara berperingkat dengan men­gambil kira sumber sedia ada serta kemahiran kakitangan).

Pensyarah juga perlu menukar teknik pengajaran dengan mengguria pakai teori an­dragogi berbanding pedagogi. Teori andragogi yang lebih berpusat kepada pelajar amat bersesuaian kerana teknik ini memerlukan pensyarah untuk menjadi fasilitator dan membantu pelajar memaksimumkan kefahaman melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian berbanding dengan hanya memberi input (spoon-feed) kepada para pela­jar. Sebenarnya penggunaan satu lagi teori pembelajaran yang agak bertepatan dengan keadaan masa kini adalah melalui teori heutagogi iaitu pembelajaran kendiri. Dengan

150

Page 10: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

pengembangan teknologi yang amat pantas sekali, pelajar boleh mendapatkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti interaktif dengan komputer (game-based) dan juga secara atas talian.

b) Penubuhan Hab Kepakaran

Dunia akademia bukanlah sesuatu yang jumud bahkan sentiasa berkembang melalui perkongsian ilmu dan kesarjanaan sesama kakitangan bidang kesepakaran sama ada di dalam atau di luar universiti. Melalui hab kepakaran ini, para pensyarah dapat men-gadakan hubungan dengan kakitangan dari fakulti yang sama dan seterusnya melebar-kan jaringan dengan pihak luaran. Pelaksanaannya juga boleh membuka ruang untuk pensyarah baru memperolehi kerjasama dan tunjuk ajar dari pensyarah yang berpen-galaman. Bagi kakitangan dari fakulti yang sama, sudah tentu konsep ini akan mem-beri peluang untuk program mentor-mantee diwujudkan sekali gus dapat menjamin kepatuhan kepada piawaian yang telah ditetapkan.

Dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran di antara kakitangan di cawangan induk dan cawangan lain (yang mengajar bidang yang sama di fakulti yang sama) da­pat menjayakan program mentor-mantee di kalangan pensyarah itu sendiri. Pensyarah senior di kampus induk boleh mendidik dan memberi tunjuk ajar secara langsung den­gan pensyarah baru yang berada di kampus cawangan. Selain dari itu, pendekatan yang diguna pakai dapat memberikan satu input yang baru kepada perkembangan pen­gajaran dan pembelajaran melalui maklum balas yang telah diperolehi. Para pensyarah boleh berkongsi pengalaman, berbincang mengenai cabaran dan kekangan yang diha-dapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka lalui. Di samping itu pensyarah senior yang pakar di dalam kandungan kursus juga boleh mendapat man-faat dari pensyarah baru yang kebanyakannya mahir dalam penggunaan komputer. Hasilnya nanti akan membuahkan kepelbagaian di dalam model pengajaran dan pem­belajaran dan mengalakkan eksplorasi kepada ilmu baru di samping menjalinkan hubungan yang rapat di kalangan kakitangan akademik. Proses ini juga boleh dipan-jangkan kepada kakitangan dari universiti luar yang mengajar bidang yang sama. Se-lanjutnya bagi mempromosikan kesarjanaan, para pensyarah boleh menjalinkan jarin­gan dengan kakitangan dari fakulti yang lain sama ada di universiti yang sama mahu-pun universiti luar.

Transformasi yang dicadangkan adalah kakitangan perlu mengubah cara penga­jaran dengan mengaplikasi teknik pengajaran yang lebih berkesan mengikut kese-suaian kod atau bidang kursus yang diajar. Kakitangan juga perlu memahirkan diri dengan menghadiri kursus atau latihan-latihan yang berkaitan dengan teknologi penga­jaran agar bahan-bahan pengajaran dapat disediakan dengan lebih menarik lagi. Ke-sediaan kakitangan untuk menjadi "malim sarjana" di dalam bidang masing-masing juga perlu kerana ini akan menyemarak dan menyuburkan lagi kebijaksanaan masing-masing di dalam bidang-bidang yang diceburi. Melibatkan diri secara aktif sebagai pakar rujuk akan membolehkan kakitangan lebih berkeyakinan di dalam bidang sendiri.

Pelajar

Kaedah Pembelajaran

Dari perspektif pelajar pula, cara pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah dis-arankan. Memandangkan keadah pembelajaran di FPTP adalah lebih kepada penyam-

151

Page 11: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Siti Khalijah Majid

paian maklumat dari pensyarah kepada pelajar, transformasi dalam pembelajaran perlu diajukan.

Banyak kaedah yang boleh diguna pakai dan di antaranya adalah pembelajaran secara koperatif (cooperative learning) (Walker, 2002), pembelajaran secara kolabo-ratif, pembelajaran berasaskan penyoalan, pembelajaran berasaskan masalah dan e-pembelajaran (Modul Pembangunan KI untuk IPT, 2006). Dalam P & P yang pelbagai ini pelajar boleh belajar secara berkumpulan dan bersama-sama berbincang untuk mencari jalan terbaik untuk memahami sesuatu isu atau kandungan kursus. Melalui teknik-teknik ini, pelajar boleh memperbaiki kemahiran interpersonal mereka, mem-bina keyakinan diri, dapat berinteraksi dengan lebih positif dan belajar menangani konflik atau menyelesaikan sesuatu pemasalahan dengan cara tersendiri. Ini adalah kerana kaedah ini mengambil kira tahap kefahaman dan kebolehan para pelajar yang berbeza dan menggabungkan beberapa aktiviti pembelajaran untuk memudahkan pe-mahaman terhadap sesuatu kursus/subjek. Kaedah ini menekankan peri pentingnya kerjasama di dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan bukan sahaja dapat belajar tetapi membantu rakan sekumpulan untuk sama-sama memahami apa yang dipelajari. Kae­dah ini juga dapat membuka minda pelajar dan menjadikan para pelajar lebih ber-fikiran kritis; satu perkara yang sepatutnya ditekankan di dalam sistem pendidikan tinggi. Namun begitu, ianya mestilah berpandukan kepada teknik yang betul dan ob-jektif yang jelas. Terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasi untuk menjayakan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif ini namun penggunaan teknik ini perlu-lah disesuaikan dengan kandungan kursus yang hendak disampaikan. Di antara kon-sep penting yang dicedok dari teknik pembelajaran secara koperatif (Walker, 2002) yang boleh memaksimakan kefahaman para pelajar dalam mencerakin ilmu yang dida-pati dari pensyarahnya perlu berlandaskan ciri-ciri berikut:

a) Memfokuskan kepada kandungan utama kursus:

Satu teknik yang menggunakan teknik sumbang saran (brainstorm) untuk . memberikan definisi atau penerangan terhadap sesuatu konsep. Teknik ini

akan meminta para pelajar/kumpulah untuk memikirkan perkataan-perkataan yang sesuai untuk menerangkan sesuatu perkara. Senarai ini akan dikumpulkan dan diperbincangkan bersama-sama kumpulan lain.

b) Mengambil kira kefahaman pelajar

Dalam masa beberapa minit, setiap pelajar/kumpulan diminta memberi ko-men terhadap soalan yang telah ditetapkan untuk meiihat sejauh mana kefaha­man mereka terhadap kursus/subjek yang telah mereka pelajari. Di antara contoh soalan yang mesti mereka jawab adalah seperti: • Apakah perkara yang paling penting anda pelajari hari ini? • Adakah anda mempunyai apa-apa persoalan mengenai perkara yang

kurang jelas? • Apa yang anda ingin tahu dengan lebih lanjut?

Teknik ini juga akan dapat membantu pensyarah mengenal pasti topik mana yang sukar difahami oleh pelajamya; dan juga boleh membantu pensyarah membuat persediaan awal untuk kuliah seterusnya.

152

Page 12: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

c) Pembelajaran Kendiri

Pelajar/kumpulan akan membuat ulang kaji/bacaan terhadap topik, artikel atau bab yang sama dengan membuat catatan sendiri mengenai apa yang difa-haminya. Kemudian pelajar/kumpulan akan bertukar-tukar catatan dan mem­buat perbandingan terhadap fakta dan maklumat yang digarap dari pembacaan mereka. Hasilnya pelajar/kumpulan dapat menyediakan satu catatan yang komposit tanpa terlalu bergantung kepada pensyarah.

d) Penyoalan Balas

Aktiviti ini menggalakkan perbincangan di antara kumpulan mengenai se-suatu topik atau perkara yang telah diajar oleh pensyarah melalui pertanyaan atau soalan-soalan yang telah ditentukan temanya (perkara pokok) oleh pen­syarah. Aktiviti ini membantu pelajar memikirkan tentang isu yang relevan dengan kandungan topik. Pelajar/kumpulan menulis sendiri soalan yang perlu mereka ketahui jawapannya. Pelajar tidak semestinya tahu akan jawa-pan kepada soalan yang diajukannya. Mereka boleh mengutarakan sebanyak soalan yang mungkin dari tema yang telah diberikan tadi. Soalan-soalan ini akan dibawa ke dalam perbincangan bersama kumpulan-kumpulan lain. Aktiviti ini akan menggalakkan pelajar berfikiran kritis dan analitis. Di antara contoh-contoh tema yang boleh diberikan adalah seperti:

Apakah perkara utama di dalam ? Apa akan terjadi jika ? Apakah kesannya ? Terangkan kenapa ? Terangkan bagaimana...? Apakah perkaitannya dengan ? Apa kesimpulan yang boleh ? Apa perbezaan di antara ...? Apapersamaan ? Apa kekuatan/kelemahan ? Apakah cara terbaik dan kenapa?

Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills)

Pembangunan modal insan amat berkait rapat dengan insitusi pengajian tinggi. Melahirkan graduan yang berilmu sahaja belum cukup untuk menjamin mereka mendapat pekerjaan. Dalam era globalisasi kini, ekspektasi majikan dan cabaran dunia pekerjaan semakin menduga (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006). Justeru, sebagai memenuhi saranan YAB Perdana Menteri kita, pembangunan kemahiran insaniah tidak boleh diketepikan demi memastikan yang para pelajar UiTM umumnya dan pelajar FPTP khasnya, juga boleh menjadi insan bermental kelas pertama. Seperti yang kita ketahui pelaksanaan pembangunan modal insan ini tidak terhad kepada pihak tertentu sahaja malah ianya merupakan satu pendekatan yang holistik, merentas jabatan. Melalui pendekatan pembelajaran secara koperatif yang dibincangkan di atas, kemahiran insaniah di kalangan pelajar FPTP dapat dibangunkan.

153

Page 13: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Siti Khalijah Majid

Namun begitu, kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, tidak memasukkan unsur kerohanian di dalam elemen utama yang perlu dilaksanakan di IPT. Tujuh elemen yang disenaraikan adalah:

i. Kemahiran berkomunikasi; ii. Pemikiran Kritis and Kemahiran Menyelesaikan Masalah; iii. Kemahiran Kerja Berpasukan; iv. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat; v. Kemahiran Keusahawanan; vi. Etika dan Moral Profesional; vii. Kemahiran Kepimpinan

Kalau adapun yang paling hampir dengan kerohanian adalah Etika dan Moral Profe­sional (EM). Namun begitu hanya tiga tahap EM yang diberikan seperti berikut:

Jadual 1: Tahap Etika dan Moral Profesional

TAHAP

EMI

EM2

EM3

KEMAHIRAN

KIM

KIM

KETERANGAN

Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiabudaya dalam amalan profesional.

Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika

Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di samp-ing mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat

Sumber: Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk IPT

Oleh yang demikian, sebagai tambahan, dicadangkan pembangunan insaniah dari per-spektif kerohanian. Kerohanian di sinibukanlah terhad kepada aspek keugamaan tetapi lebih kepada penghayatan, semangat atau penjiwaan terhadap sesuatu perkara/ perbuatan/ tindakan. Contohnya memiliki akhlak yang mulia. Pengertian akhlak dan etika atau moral adalah jauh berbeza. Seseorang yang beretika dan bermoral profe­sional belum pasti lagi dapat mengekalkan akhlak yang mulia kerana etika dan moral adalah satu konsep yang relatif yang boleh dikatakan bersifat luaran sedangkan akhlak lebih kepada penghayatan maksima yang merangkumi zahir dan batin. Akhlak yang mulia ini perlu dipupuk dan disemarakkan melalui contoh tauladan yang boleh dik-ongsi bersama rakan mahupun pensyarah sendiri.

Harvey (1996) juga ada menyarankan bahawa transformasi pendidikan perlu menerapkan elemen pembangunan kemahiran, kemampuan dan sikap yang tidak ter-maktub di dalam silibus/kurikulum semata-mata. Penekanan terhadap nilai positif (Muhammad Nubli, 2006) juga perlu semarakkan. Sikap-sikap positif yang tersirat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian perlu diketengahkan agar pelajar tahu apa yang baik dan tidak baik dalam aktiviti seharian mereka. Menurut Muham­mad Nubli, (2006) "pembangunan kemahiran Nilai Positif memberikan tumpuan dalam aspek kehadiran ke kelas, ketepatan masa kehadiran, kepatuhan terhadap un-dang-undang dan peraturan unviersiti serta penampilan gaya rupa diri." Contohnya,

154

Page 14: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

jika pelajar diminta menghantar kerja atau tugasan mengikut masa yang telah ditetap-kan, ianya bukanlah semata-mata satu peraturan akademik biasa tetapi adalah untuk mendidik pelajar akan kepentingan memenuhi masa (punctuality) dan mengikut pera­turan yang telah ditetapkan (rules & order). Begitu juga dengan sikap bertanggung-jawab para pelajar terhadap pelajaran mereka. Pelajar perlu diingatkan tentang sikap jujur dalam menghadapi peperiksaan, misalnya, dengan membuat ulangkaji dan pem-bacaan yang komprehensif serta berbincang sesama mereka untuk mendapatkan pema-haman yang lebih baik berbanding dengan mengambil jalan singkat dengan meniru atau menciplak kerja orang lain. Sikap negatif ini jika tidak dibendung dan dibentuk dari awal akan melahirkan generasi atau golongan eksekutif yang akan menyalahguna-kan kuasa dan Iain-lain sumber untuk kepentingan peribadi. Pihak majikan mahukan pekerja yang berani menghadapi cabaran dan bersedia mengambil risiko untuk berjaya. Majikan sentiasa mengalu-alukan kakitangan yang mampu berdepan dengan peruba-han yang sentiasa mendatang dan bersedia mengetuai proses perubahan itu berbanding dengan mereka yang tidak berupaya menanganinya.

Transformasi yang ingin dicadangkan adalah para pelajar perlu menukar teknik pembelajaran agar ianya lebih berkesan dan membantu pelajar meningkatkan penca-paian di dalam pelajaran. Pelajar perlu mengurangkan kebergantungan mendapatkan maklumat dari para pensyarah sahaja malah perlu mencuba kaedah lain untuk menam-bahkan pemahaman melalui teknik-teknik yang sesuai dengan tahap kecerdasan minda dan kefahaman masing-masing. Melalui teknologi moden seperti internet dan laman-laman web yang berkaitan dapat membantu pelajar menggarap sesuatu ilmu baru den­gan lebih berkesan. Kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh UiTM (seperti makmal komputer, perpustakaan, wi-fi, dan sebagainya) perlu dimanfaatkan sepe-nuhnya oleh para pelajar. Di samping itu para pelajar juga perlu memajukan diri den­gan kemahiran-kemahiran insaniah (soft skill) yang sangat-sangat diperlukan sebagai nilai tambah (added-value) kepada potensi mereka mendapatkan pekerjaan nanti. Para pelajar perlu melibatkan difi secara aktif di dalam setiap aktiviti akademik mahupun bukan akademik.

Pihak Industri/Majikan

Penglibatan pihak industri dan majikan amat penting demi menjamin kerelevanan stuktur kurikulum sedia ada dengan kehendak semasa. Pihak universiti mahupun pen­syarah perlu mengadakan hubungan baik dengan berkongsi kepakaran dan kemahiran melalui program perkongsian pintar. Namun begitu, ianya perlu diasaskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar ianya mutakhir dan tepat. Realiti sekarang mengkehendaki penggabungan displin dan integrasi idea merentasi bidang jurusan bagi membolehkan penyelesaian masalah dibuat secara rasional dan jitu. Se-benarnya jaringan yang wujud di antara universiti dengan pihak industri/majikan dapat membuka ruang diskusi mengenai isu-isu semasa berkaitan peluang baru, cabaran, kekangan dan pemasalahan yang berlaku di luar dunia akademik.

Beberapa kebaikan boleh dikenalpasti akibat dari hubungan baik di antara pihak universiti dan industri. Di antaranya adalah:

• Membantu menjana ekonomi melalui program keusahawanan dengan IKS dan projek perusahaan kampung

• Mewujudkan serta mengaktifkan badan konsultansi dan khidmat nasihat • Menghasilkan indeks keupayaan bekerja graduan

155

Page 15: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Siti Khalijah Majid

Integrasi di antara fakta teori yang diperolehi dari universiti, dan amalan praktikal yang diterjemahkan di dalam industri, tentunya dapat memperhalusi dan memperbaiki lagi proses pelaksanaan sesuatu perkara.

Transformasi yang dicadangkan ialah pihak FPTP perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak majikan seperti menjemput pihak majikan ke program-program yang dianjurkan oleh FPTP. Melibatkan mereka dengan aktiviti pelajar dapat sedikit sebanyak memberikan gambaran yang jelas mengenai bidang FPTP yang sering disalah ertikan. Pengiktirafan program-program FPTP juga dapat disalurkan dengan lebih mudah agar kekeliruan dapat dileraikan. Selain daripada itu, pihak FPTP juga perlu mewujudkan badan-badan tertentu untuk mempromosikan kemahiran dan kepakaran bidang pengurusan pejabat ini ke mata masyarakat luar terutama organisasi yang memang telah ada jalinan dengan FPTP. Kemampuan dan kebolehan kakitangan FPTP untuk memberi ceramah dan latihan di dalam bidang pengurusan pejabat boleh diketengahkan dan hasilnya akan membuahkan satu badan konsultansi yang dinamik.

Kesimpulan

Inovasi dan transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang agak mencabar dan memerlukan usaha yang keras dan berpanjangan, namun hasilnya amatlah berbaloi sekali. Pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli dan keberhasilannya bukan dalam jangka masa yang pendek tetapi perlu dilihat dari per-spektif yang lebih luas dan memakan masa yang panjang. Untuk menggalakkan trans­formasi, memerlukan kesediaan untuk mengguna pakai cara baru yang mungkin akan menemui kegagalan di peringkat awal, tetapi ianya perlu dilihat dari sudut yang lebih positif di mana ianya adalah relatif kepada penambahbaikan berterusan. Banyak pen-galaman dan pelajaran yang boleh diperolehi melalui kegagalan yang ditempuhi untuk terus memperbaiki keadaan dan seterusnya melalui proses kitaran inovasi. Oleh itu, adalah diharapkan agar kertas cadangan ini akan memberi input yang positif kepada pengembangan dan pembangunan FPTP Pahang melalui strategi transformasi yang mantap.

Rujukan

Goldberg, M. (2001). Transformative education through technology (TET) initiative: Enabling sustainable faculty learning by leveraging transformative teaching, in­stituting assessment practices, and implementing efficiencies. University of Wash­ington, Botheli.

Harvey, L. (1996). Tranforming higher education: Students as key stakeholders. Uni­versity of Central England.

Maccoby, M. (2001). Successful leader employ strategic intelligence. Research Tech­nology Management, 44, 58-60.

156

Page 16: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Muhammad Nubli Abdul Wahab, Haslinda @ Robita Hashim, Anita Abdul Ran, & Aini Ahmad. (2006, Mei). Program soft skills dan klinik soft skills: Konsep dan kaedah pelaksanaan ke arah membentuk sikap graduan berdaya saing. Kertas kerja telah dibentangkan di National Seminar on Science Technology and Social Science (STSS 2006), Kuantan, Pahang.

Norlaila Abdullah. (2006, Mei). Strategic intelligence: A tool to successful strategic leadership, globalizing knowledge and Information. Kertas kerja telah dibentangkan di National Seminar on Science Technology and Social Science (STSS 2006), Kuantan, Pahang.

Sutch, D., Rudd, T. & Facer, K. (2008). Promoting transformative innovation in schools: A futurelab handbook. Futurelab Innovation in Education.

Walker, G. H. (2002). Cooperative learning, University of Tennessee. Dicapai dari http// www. utc.edu/Administration/WalkerTeachingResourceC enter/ FacultyDevelopment/CooperativeLearning/index.html

Zulkurnain Hj. Awang. (2007). Efficiency and innovation in education system: The case of the education development master plan (2006-2010). Ministry of Educa­tion.

SITI KHALIJAH MAJID, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Universiti Teknologi MARA Pahang. [email protected]

157

Page 17: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11021/1/PRO_SITI KHALIJAH MAJID C 09.pdf · 12 Comparative Study of Residential Roof ... pencapaian yang

'Data Rich, Information Poor'Phenomenon: Obstacle to Effective Information Management Mohd Amli Abdullah @ Baharum

Comparative Study of Residential Roof Truss Construction Methods: Prefabrication and Built Onsite Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani & Fadhluhartini Muftah

Cold Formed Steel and Buckling Criteria of Cold Formed Steel Purlins Fadhluhartini Muftah & Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani

Social Responsibility: The Involvement of Entrepreneurs and Organisations Jahjaiton Arsad & Rohana Awang

e-Lawatan Akademik:Satu Kajian Awalan melalui Konsep Kumpulan InovatifdanKreatif(KIK) Khairi Khalid, Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani, Mohd Fairuz Bachok, Mohd Risham Ja'afar, Wan Zukri Wan Abdullah, Ahmad Rasidi Osman, Mohd Razmi Zainudin, Rohaya Alias, Fadhluhartini Muftah, Nor Maslina Mohsan & Noraida Mohd Saim

The Benefits of Using Industrialised Building System (IBS) in Our Construction Industry Wan Zukri Wan Abdullah

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Fakulti Pengurusan danTeknologi Pejabat: Satu Cadangan Siti Khalijah Majid

m