nurul nuha nordin - universiti teknologi malaysia · our schools have been exam oriented such that...

18

Click here to load reader

Upload: vandan

Post on 01-Jul-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

PEMBANGUNAN RUANGAN PEMBELAJARAN BERKESAN DAN

PENAKSIRAN DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’

NURUL NUHA NORDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

v

ABSTRAK

Persepsi mengenai matematik tercemar berikutan cara ia diajar di sekolah.

Sistem persekolahan masa kini berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu bertumpukan kepada pengiraan, penggunaan rumus dan latih tubi. Maka ramai pelajar mempunyai sikap negatif terhadap matematik. Secara realitinya, matematik merupakan ilmu yang sangat berguna dalam menjalani kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Pembangunan Dunia Matematik bertujuan untuk mendedahkan sifat matematik yang sebenarnya dengan menjangkaui matematik di bilik darjah kepada masyarakat Malaysia khususnya guru, pelajar serta ibubapa. Penulisan ini hanya bertumpukan kepada ruangan Kuiz dan Pelajari Matematik. Dunia Matematik merupakan satu majalah web yang menyediakan kuiz atas talian bertujuan untuk penaksiran dan pembelajaran dalam matematik. Penaksiran penting untuk mengetahui tahap pembelajaran pelajar dalam menguasai topik yang diajar oleh guru. Kuiz dibangunkan dengan menggunakan perisian sumber terbuka MOODLE versi 1.9 dengan berpandukan pada model ADDIE. Penggunaan MOODLE dalam membangunkan kuiz ini bertepatan dengan konsep pembelajaran yang berasaskan Konstruktivisme Sosial dimana pelajar boleh membina pengetahuan dalam suasana yang menekankan interaksi. Kuiz yang disediakan bersesuaian dengan topik-topik pilihan yang sering ditekankan dalam peperiksaan. Kuiz bersifat interaktif dan item berbentuk aneka pilihan yang disertakan sekali dengan maklum balas mengikut jawapan. Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk menyelesaikan setiap percubaan kuiz tersebut. Maklum balas yang diberi berdasarkan kepada kesilapan lazim pelajar yang mungkin dilakukan oleh mereka dan bertujuan untuk membantu dalam memperbaiki kesilapan mereka. Pemberian gred dengan serta merta memudahkan untuk pelajar dan guru melihat dan menyemak markah bagi setiap percubaan kuiz. Majalah web ini turut memberi pendedahan kepada pengguna untuk mengubah sikap mereka terhadap matematik. Artikel bagi ruangan Pelajari Matematik meliputi topik-topik seperti penyelesaian masalah mengikut kaedah Polya, kaedah menghafal yang berkesan, teknik-teknik pelajari matematik serta video pembelajaran. Ruangan tersebut dapat membantu pelajar dengan mendedahkan kaedah pelajari matematik dengan cara yang berkesan.

Page 3: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

vi

ABSTRACT

The view about mathematics is distorted due to the way it is presented in schools. Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing calculations and applying formulas in drill and practice setting. Consequently, students have negative attitudes towards mathematics. In reality, mathematics is useful in any walk of life, interesting and fun. Dunia Matematik is a dynamic mathematics web magazine that applies e-learning technology as a means to expose Malaysians, particularly, educators, learners and parents to the true nature of mathematics beyond the classroom mathematics. Dunia Matematik is a web magazine which provides online quizzes for users for assessing their mathematics learning. Assessment is an important aspect to identify students’ level of achievement on topics that they have learnt. This project runs on the open source software MOODLE version 1.9 while ADDIE model was adapted for instructional design theory. By using MOODLE in creating quizzes supports the Social Constructivism learning theory which states that students need to create their own understanding based on past experiences. The quizzes items were related to the content that is important in examination. The quizzes are in the form of multiple choice questions with four choice answers. Each answer choice has its own different feedback constructed according to the common mistakes of students in learning mathematics. The feedbacks are designed to help students correct their misunderstanding in mathematics. Grades for each attempts appeared automatically and it is easier for students to know it faster without teachers evaluate it first. The article for section Pelajari Matematik in this web magazine was prepared for users or students to improve their attitudes toward mathematics. This article for this section was used an open source Joomla as a main software for preparing articles based on ADDIE model. This section will enhance the techniques of learning mathematics in order to nuture students toward mathematics.

Page 4: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 7

1.5.1 Pelajar 7

1.5.2 Guru 9

1.5.3 Sekolah 9

Page 5: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

viii

1.5.4 Ibu-bapa Dan Masyarakat 10

1.6 Skop Dan Batasan Projek 10

1.7 Kerangka Teori Projek 11

1.8 Definisi dan Istilah 12

1.8.1 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 12

1.8.2 Internet 13

1.8.3 E-Pembelajaraan 13

1.8.4 Laman-Web 13

1.8.5 Pengajaran 14

1.8.6 Majalah Web 14

1.8.7 Kuiz 14

1.8.8 Pelajar 14

1.8.9 Penaksiran 15

1.9 Kesimpulan 15

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Penaksiran Formatif 17

2.3 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Matematik 18

2.3.1 Penaksiran Berasaskan Komputer (Computer-

Based Assessment)

19

2.3.2 Perbandingan Laman Web Matematik 20

2.3.3 Jenis Soalan 22

2.3.3.1 Soalan Jenis Aneka Pilihan 22

2.3.3.2 Jawapan Pendek 23

2.3.3.3 Betul-Salah 23

2.4 Sistem Pengurusan Kursus-MOODLE 24

2.4.1 Modul Kuiz MOODLE 25

2.4.2 Perkaitan Modul Kuiz MOODLE Dengan

Konstruktivisme Sosial

27

2.5 Perisian Sumber Terbuka Joomla 29

Page 6: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

ix

2.6 Kesalahan Dan Miskonsepsi Lazim Dalam Matematik 31

2.6.1 Kesalahan Dan Miskonsepsi Lazim Dalam Tajuk

Penjelmaan (Transformations)

33

2.6.1.1 Berstruktur 34

2.6.2.2 Aplikasi Kaedah 34

2.6.2 Kesalahan Dan Miskonsepsi Lazim Dalam

Tajuk Kebarangkalian (Probability)

36

2.6.2.1 Berstruktur 36

2.6.2.2 Aplikasi Kaedah 37

2.7 Penyelesaian Masalah Dalam Matematik 38

2.7.1 Langkah-langkah Penyelesaian Masalah

Mengikut Polya

39

2.8 Kesimpulan 40

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Kaedah Pelaksanaan 41

3.2.1 Analisis (Analysis) 42

3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 42

3.2.1.2 Topik 43

3.2.1.3 Strategi 43

3.2.2 Merekabentuk (Design) 44

3.2.3 Pembangunan (Development) 47

3.2.3.1 Pembangunan Kuiz 48

3.2.3.2 Pembanguan Artikel Ruangan Pelajari

Matematik

57

3.2.4 Perlaksanaan (Implementation) 61

3.2.5 Penilaian (Evaluation) 61

3.3 Kesimpulan

62

Page 7: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

x

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 63

4.2 Penghasilan Bahan Kuiz 65

4.2.1 Pemilihan Tajuk 65

4.2.2 Pembangunan Soalan Kuiz 66

4.3 Kuiz Dunia Matematik 66

4.3.1 Log In Ke Ruangan Kuiz 66

4.3.2 Paparan Kuiz 68

4.3.3 Paparan Gred Keputusan 70

4.3.4. Paparan Pengguna Lain 73

4.3.5 Paparan Lain 74

4.4 Penghasilan Artikel Pelajari Matematik 75

4.4.1 Pemilihan Tajuk 75

4.4.2 Pembangunan Artikel 75

4.5 Ruangan Pelajari Matematik 76

4.5.1 Mencapai Keluaran Lepas 79

4.5.2 Artikel Pelajari Matematik Bagi Setiap Keluaran 80

4.6 Kesimpulan 81

5 PERBINCANGAN, CADANGAN, KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Perbincangan 82

5.3 Keistimewaan Kuiz Dunia Matematik Dan Ruangan

Pelajari Matematik

83

5.3.1 Kuiz Dunia Matematik 83

5.3.2 Ruangan Pelajari Matematik 84

5.4 Kebaikan Kuiz Serta Ruang Pelajari Matematik 85

5.4.1 Isi Kandungan 85

5.4.2 Afektif 85

5.4.3 Navigasi 86

5.5 Masalah Yang Dihadapi 86

Page 8: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

xi

5.5.1 Isi Kandungan 86

5.5.2 Kepakaran 87

5.5.3 Perisian 87

5.5.4 Internet 88

5.5.5 Kekurangan Masa 88

5.6 Kelemahan Kuiz Dan Ruangan Pelajari Matematik 88

5.7 Cadangan Pembaikan Dan Pembangunan Di Masa

Hadapan

89

5.8 Kesimpulan 90

RUJUKAN 91

LAMPIRAN 94

Page 9: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sebagai seorang pendidik, mereka bertanggungjawab dalam membantu para

pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan kearah pelajaran. Mengajar sahaja

tidak mencukupi, malah pelajar itu sendiri perlu mencari kaedah atau inisiatif sendiri

dalam pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah mempunyai peluang

untuk mereka melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan berterusan.

Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses penilaian yang harus

dilakukan oleh para guru bagi mengetahui kemajuan pelajar mereka. Antara proses

tersebut ialah pengukuran, pengujian, penilaian dan penaksiran.

Pengukuran adalah satu proses untuk mendapatkan penerangan berangka

yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan

pengajaran guru. Manakala pengujian pula merupakan prosedur yang sistematik

untuk mengukur sesuatu tingkah laku pelajar dan juga untuk mengenal pasti prestasi

pelajar dalam pembelajaran. Penilaian pula adalah proses sistematik dalam

pengumpulan dan penganalisisan data untuk menentukan sama ada objektif

pengajaran telah tercapai yang membolehkan keputusan dibuat. Demikian pula,

penaksiran merupakan proses memerhati dan mencerap pembelajaran, menghurai,

mengumpul, merekod, menskor dan menginterprestasikan maklumat pembelajaran

seseorang murid.

Page 10: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

2

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang

dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Ini menwujudkan konsep dunia tanpa

sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan

sebagainya. Cabaran yang dihadapi oleh negara ini adalah berpunca daripada

globalisasi, pengantarabangsaan serta perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT).

Matlamat Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

memberi penekanan kepada pembangunan ICT yang menyeluruh, antaranya ialah

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar, pendidik dan

individu serta menekankan pengintergrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

supaya ia lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ICT telah membawa peubahan besar

terhadap senario pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia (2007), Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (2006-2010) bertujuan untuk memperkemaskan pelaksanaan program-

program pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara

menyeluruh dan berterusan. Antara fokus dalam pembangunan modal insan adalah

meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan. Ia memberi impak

dalam perlaksanaan Program Pembestarian Sekolah terutamanya dalam menyediakan

Pusat Akses. Ini bermaksud pelajar akan mahir dengan ICT dan celik minda. Hal ini

terkandung juga dalam salah satu daripada pendekatan utama PIPP iaitu memastikan

akses (ICT) kepada pendidikan dan menyamaratakan medan persaingan di kalangan

murid.

Pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya menggunakan teknologi

terkini untuk membantu pelajar dalam memahami konsep-konsep matematik secara

mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea

matematik. Kalau dahulu penggunaan buku teks, buku rujukan, serta surat khabar

menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran selain guru, namun sekarang boleh

dilihat penggunaan internet telah menjadi salah satu sumber maklumat penting.

Page 11: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

3

Penggunaan internet lebih berbentuk terbuka dan pelajar boleh memperoleh

maklumat dan pengalaman dari pelbagai sumber.

Walau bagaimanapun, penaksiran penting untuk dilaksanakan sekalipun

pelajar menjadikan penggunaan internet sebagai kaedah pembelajaran mereka.

Walaupun penggunaan internet lebih berbentuk terbuka dan global, namun guru

masih perlu mengetahui prestasi pelajar dan keberkesanan kaedah tersebut dalam

pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, majalah web Dunia Matematik

dibangunkan, sesuai dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

yang diterapkan dalam pendidikan. Ia juga sebagai satu kaedah untuk guru menaksir

tahap pencapaian pelajar. Dunia Matematik, majalah web matematik, memfokuskan

penaksiran formatif dalam bentuk kuiz aneka pilihan serta ruangan artikel yang

memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran matematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) menyatakan

dasar Kementerian Pengajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan modal

insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai

murni. Matlamat KPM adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu

pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif

serta membina disiplin diri di kalangan pelajar.

Bagi mencapai dasar dan matlmat tersebut, salah satu daripada fokus

pembangunan modal insan KPM dalam RMK ke-9 ialah memantapkan dan

memperbaharui sistem penaksiran pelajar supaya lebih holistik. Pengkajian semula

sistem penaksiran dan penilaian bertujuan untuk menjadikan persekolahan tidak

terlalu berorientasikan peperiksaan. Malah ia adalah untuk memantapkan kualiti

sistem penaksiran dan penilaian.

Page 12: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

4

Dalam pendidikan matematik masa kini banyak menekankan penyelesaian

masalah, kemahiran penggunaan pemikiran tahap tinggi, pemikiran kritis dan kreatif

dan kemahiran generik. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan

antara topik-topik dalam matematik dengan bidang lain secara amnya harus

diwujudkan. Kurikulum matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang

diskrit seperti perhitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah.

Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang tersebut, pelajar akan belajar

dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Apabila

idea matematik ini dikaitkan dengan pengalaman seharian di dalam dan di luar

sekolah, murid lebih menyedari kegunaan matematik. Selain daripada itu, mereka

berpeluang menggunakan subjek itu secara kontekstual dalam bidang ilmu yang lain

serta dalam kehidupan seharian mereka.

Penggunaan ICT boleh dikatakan sebagai penggunaan kemudahan dan

perkakasan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti dalam

pembelajaran. Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan proses keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

perlu dirancang dengan baik kerana ia adalah sebagai alat tambahan dalam

pembelajaran. Penggunaan ICT perlulah bersesuaian dengan keperluan kurikulum

dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2003, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melaksanakan dasar

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI, rasional kepada peralihan bahasa

pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa

Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap

pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan

persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan

dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Page 13: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

5

Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia

menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mendapatkan maklumat tentang

pembelajaran murid, guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian dan

pentaksiran. Guru selalu memilih ujian atau peperiksaan sebagai salah satu kaedah

atau sistem yang digunakan dalam proses penaksiran. Biasanya ujian yang diberikan

kepada pelajar ialah ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran

ataupun ujian berkomputer. Dengan ciri seperti itu, peperiksaan selalunya hanya

sesuai digunakan untuk menaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang.

Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir

menggunakan kaedah peperiksaan.

Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar ialah mereka belajar hanya untuk

menduduki peperiksaan. Kadang kala para pelajar tidak faham dengan apa yang

diajar kerana kemungkinan guru mengajar laju, semata-mata untuk mengejar tempoh

masa yang tinggal sebelum peperiksaan besar bermula. Untuk mengesan kefahaman

pelajar tentang apa yang telah diajar, guru akan memberi mereka latih tubi. Maka

daripada keputusan menerusi latih tubi membolehkan guru menaksir kefahaman

pelajar dalam pembelajaran.

Penggunaan komputer dan ICT bukanlah perkara yang baru lagi. Malah

teknologi tersebut mendapat sokongan daripada para guru memandangkan kemahiran

dalam penggunaan akses internet ini menjadi salah satu teras dalam pembanguanan

modal insan. Namun tugas guru yang bukan sahaja mengajar malah perlu

menyediakan bahan-bahan pembelajaran menggunakan teknologi tersebut.

Kekurangan masa akibat beban kerja yang banyak menyebabkan guru tidak

mempunyai banyak peluang untuk menganalisis serta merangka langkah-langkah

secara lebih terancang untuk menterjemahkan kehendak kurikulum.

Menurut Robiah Sidin (2003) guru-guru berpendapat bahawa bahan-bahan

bacaan atau yang diterbitkan seperti video, filem dan perisian komputer adalah

kurang dan tidak banyak diperolehi. Disebabkan itulah wujudnya masalah yang

Page 14: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

6

berlaku dalam perlaksanaan penggunaan komputer dan internet dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Oleh itu, majalah web Dunia Matematik dibangunkan sebagai satu alternatif

untuk guru mendapatkan bahan-bahan pentaksiran yang berbentuk kuiz yang

menarik dan berkualiti. Tambahan pula, penggunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

‘New learning environtments have been developed which are based on

principles of active learning reflecting the change in the culture of education from

teacher centerd to learner centred.’ Noraini Idris (2004). Ini bererti penaksiran

berasaskan web dapat mengubah pelajar untuk belajar secara aktif tanpa berpusatkan

pada guru. Guru tidak perlu meluangkan masa untuk memilih dan menapis soalan

untuk menguji pelajar kerana soalan yang disediakan di ruangan kuiz dalam majalah

web ini sesuai dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran.

Majalah web, Dunia Matematik memfokuskan aktiviti yang berpusatkan

pelajar. Majalah ini memaparkan bahan yang pelbagai bentuk seperti teks, grafik dan

animasi. Ini menggalakkan pelajar untuk aktif dalam proses pembelajaran mereka.

Dunia Matematik menerapkan pembelajaran secara konstruktivisme dan pengalaman

hands-on, bersesuaian dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

1.3 Pernyataan Masalah

Penaksiran merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan dalam

menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian pelajar. Fokus penaksiran ialah untuk

mendapatkan maklumat berkaitan dengan kemajuan pelajar untuk memudahkan

tindakan susulan. Kesibukan guru yang mempunyai pelbagai tugas dalam satu masa

menyebabkan mereka tidak mempunyai cukup masa untuk memberikan perhatian

yang sepenuhnya untuk setiap orang pelajarnya. Kuiz yang dijalankan memberi

Page 15: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

7

peluang kepada pelajar untuk menguji diri sendiri samada menguji kelemahan diri

sendiri ataupun mengetahui tahap kefahaman mereka dalam sesuatu topik matematik.

Ini memudahkan mereka untuk mengambil tindakan susulan tanpa menunggu arahan

guru. Ia juga menyediakan penaksiran berbentuk formatif berkualiti yang dapat

digunakan oleh guru sebagai aktiviti kelas pada akhir setiap pengajaran. Ruangan

Pelajari Matematik pula memberi panduan kepada pelajar untuk mereka mengetahui

idea atau pengetahuan mengenai matematik.

1.4 Objektif Projek

Bagi mencapai objektif pembelajaran, antara objektif projek ini adalah untuk:

i. Menyediakan artikel mengenai kaedah mempelajari matematik bagi

ruangan Pelajari Matematik dalam majalah web.

ii. Membangunkan kuiz untuk tahap menengah rendah dalam majalah web

dengan menggunakan Sistem Pengurusan Kursus, MOODLE.

iii. Membangunkan kuiz untuk tahap menengah atas dalam majalah web

dengan menggunakan Sistem Pengurusan Kursus, MOODLE.

iv. Membangunkan soalan tambahan berupa kuiz pelajar sekolah rendah dan

penyelesaian masalah.

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

Kebiasaannya, pelajar menggunakan buku sebagai bahan rujukan. Sama ada

buku teks atau buku rujukan, mereka menggunakannya sebagai bahan tambahan

untuk mereka mengulangkaji. Namun terdapat pelbagai kelebihan sekiranya pelajar

Page 16: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

8

menggunakan majalah web sebagai salah satu rujukan mereka. Antaranya majalah

web menjadi bahan perantaraan antara kefahaman mereka dalam subjek matematik

yang dipelajari di kelas dengan pengalaman yang dilalui dalam kehidupan seharian.

Kaedah pembelajaran yang menggunakan komputer secara talian ini

membolehkan pelajar memperoleh pengalaman hands-on dan pengalaman secara

kolaboratif. Kaedah ini masih dianggap baru kerana melalui majalah web yang

memerlukan pelajar berada di talian internet, para pelajar dapat mengetahui tentang

matematik dengan lebih meluas dan mendalam daripada apa yang dipelajari dalam

kelas.

Kuiz yang disediakan dalam majalah web Dunia Matematik ini dapat dijawab

oleh pelajar berulang kali. Malah markah yang diperoleh juga tidak diketahui oleh

pelajar lain. Dengan itu mereka boleh mengelak dari perasaan malu serta boleh

mengenal pasti kesalahan atau kelemahan mereka dalam sesetengah soalan menerusi

maklumbalas serta merta yang terpapar setiap kali mereka menjawab soalan kuiz.

‘The online quizzes provided students with regular problem solving practice

and immediate detailed feedback that could be used to improve grades. The quizzes

have influenced study habits of students who acknowledge that they have helped

them work more consistently over the semester.’ Swan (2004). Menurutnya, kuiz

atas talian akan memberi maklumbalas yang serta merta yang membolehkan pelajar

meningkatkan lagi kefahaman mereka berdasarkan keputusan mereka. Ini bererti

pelajar menjadi lebih konsisten dalam pembelajaran mereka.

Soalan yang disediakan juga mengikut format peperiksaan. Ia mencabar dan

melibatkan pengaplikasian konsep yang telah dipelajari di sekolah. Namun setiap

soalan terdapat aras-aras soalan sama ada soalan tersebut senang, tahap sederhana

atau sukar. Selain itu, pelajar dapat berhubung dengan guru-guru dan rakan-rakan

lain melalui forum dan chat yang disediakan.

Page 17: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

9

1.5.2 Guru

Projek ini memberi pelbagai kepentingan terhadap guru. Guru tidak perlu

menjadi pakar komputer, tapi memadailah dengan melengkapkan diri dengan

menguasai kemahiran asas menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai seorang pengguna (end-user). Majalah

web Dunia Matematik juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar yang menarik dan

interaktif kepada semua pelajar. Ini dapat mengurangkan pengajaran guru terlalu ke

arah berorientasikan peperiksaan. Malah majalah web ini juga dapat diterapkan

sepanjang hayat.

Guru tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan memilih soalan kemudian

mencipta soalan untuk pelajar kerana kuiz yang dibina dalam majalah web ini lebih

berkualiti dan berbentuk interaktif. Guru turut boleh mengetahui kemajuan pelajar

setiap kali mereka mencuba kuiz tersebut. Ini bermaksud guru tidak perlu menanda

kerja pelajar kerana guru boleh melihat dengan serta merta keputusan yang diperoleh

oleh pelajarnya. Oleh itu, pengurusan akademik pelajar dan tugas guru menjadi lebih

mudah dan teratur.

1.5.3 Sekolah

Senario ini, semua sekolah telah dilengkapi dengan kemudahan komputer dan

talian internet. Pihak Kementerian Pendidikan juga telah menganjurkan pelbagai

kursus untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam

mengendalikan komputer. Pengurusan akademik pelajar dapat dilakukan dengan

mudah dan menyeluruh menerusi majalah web ini kerana rekod kemajuan pelajar

dapat diperolehi menerusi majalah web.

Page 18: NURUL NUHA NORDIN - Universiti Teknologi Malaysia · Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered simply doing ... The quizzes are in the form of ... 2.3.3.1

10

1.5.4 Ibu-bapa Dan Masyarakat

Ibu bapa seharusnya didedahkan dengan penggunaan majalah web. Ini kerana

mereka boleh memantau aktiviti anak-anak mereka dan memantau prestasi akademik

pelajar. Menerusi majalah web Dunia Matematik, ibu bapa dapat mengetahui

kelemahan pelajar dalam subjek matematik. Ini boleh dilihat dalam ruangan kuiz.

Selain itu mereka juga faham bahawa bukan semua bahan pembelajaran menerusi

internet tidak berfaedah.

Kelebihan dalam pengunaan majalah web untuk subjek matematik ini ialah

dapat melahirkan generasi yang mahir menggunakan ICT memandangkan ia telah

menjadi suatu kepentingan kepada kemajuan masyarakat masa kini.

1.6 Skop Dan Batasan Projek

Skop dan batasan projek setakat menyediakan :

i. Kuiz

ii. Artikel

Batasan projek ini adalah untuk:

i. Menyediakan soalan berbentuk kuiz untuk tahap pembelajaran menengah

rendah dan menengah atas untuk 12 keluaran majalah web.

ii. Menyediakan soalan tambahan berbentuk penyelesaian masalah mengikut

topik yang bersesuaian dan kuiz UPSR.

iii. Menulis artikel mengenai kaedah pembelajaran matematik secara

berkesan untuk 12 keluaran majalah web.