nurse2

Download NURSE2

If you can't read please download the document

Upload: ahmad-fitri

Post on 10-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Jururawat adalah merupakan orang yang bertanggungjawab secara langsung dalam memberi penjagaan dan perawatan keatas pesakit. Secara amnya jururawat adalah merujuk kepada seseorang yang telah dilatih khusus untuk menjaga pesakit. Kualiti seseorang jururawat adalah bergantung kepada sikap dan ciri-ciri yang ada pada seseorang jururawat seperti caring, cekap, bertanggungjawab, sensitif terhadap keperluan orang lain serta boleh berinteraksi dengan baik dengan pesakit, selain daripada skil dan pengetahuan yang telah dipelajari dalam profesion tersebut. Untuk menjadikan jururawat tersebut seorang yang bertanggungjawab perancangan pengurusan adalah perlu keatas mereka supaya dapat memberi perawatan secara standard dan berkualiti. Virginia Henderson (1996) mendefinisikan jururawat sebagai the unique function of the nurse is to assist a individual, sick or well, in the performance of those activities contributing to health or its recovery (or to peaceful death) that he would perform unaided if he had the necessary strength, will, or knowledge, and to do this in such a way as to help him gain independence as rapidly as possible. Kerjaya kejuruawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh sister Katholik. Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua. Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara SENI dan SAINS yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. Justeru itu, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020.Selaras dengan anjakan paradigma terhadap kerjaya kejururawatan telah dapat dilihat di mana taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui pewujudan skim perkhidmatan yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu. Melalui skim perkhidmatan baru ini, gred-gred jawatan di peringkat Pengurusan dan Profesional telah diperluaskan dari Gred U41 hingga ke Gred U54 berbanding dengan peruntukan dibawah skim perkhidmatan terdahulu yang hanya menghadkan gred jawatan tertinggi hingga ke Gred U40 sahaja.Peranan jururawat secara umumnya merangkumi aktiviti penjagaan kesihatan primer, sekunder dan tertiar. Bagi aktiviti penjagaan kesihatan primer, meliputi aktiviti-aktiviti promosi kesihatan, pencegahan dan pengawalan penyakit, jagaan perawatan dan rehabilitasi. Manakala bagi penjagaan kesihatan sekunder dan tertiar pula ia melibatkan aktiviti-aktiviti penjagaan kesihatan di hospital-hospital. Selaras dengan tugas jagaan perawatan secara holistik tersebut, jururawat perlu memantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa, mendokumenkan rekod kemajuan perawatan serta membuat tindakan sewajarnya dan melaporkan keadaan luar biasa kepada pihak yang bertanggung jawab.Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya kejururawatan ialah penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap yang positif.Dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab seharian, jururawat adalah tertakluk kepada Akta Jururawat 1950, Akta Bidan 1966, Code of Professional Conduct for Nursing, Polisi, Peraturan-peraturan dan Garis panduan yang telah ditetapkan dalam meningkatkan kualiti jagaan perawatan kesihatan serta penglibatan masyarakat, keluarga dan komuniti.Memandangkan jururawat merupakan tenaga kerja terbesar serta memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan negara maka, tenaga kerja jururawat memerlukan pasukan professional yang dinamik dan responsif terhadap dasar kesihatan negara, keperluan pelanggan dan persekitaran yang sentiasa berubah.Setiap jururawat mampu memberi perkhidmatan kepakaran kejururawatan menerusi amalan budaya penyayang, kerja berpasukan, efisien, efektif dan profesional, seiring dengan teknologi terkini yang bersesuaian ke arah peningkatan kehidupan yang berkualiti.Perkhidmatan hospital sememangnya telah berterusan sejak berdekad lamanya dan telah mengalami pelbagai perubahan dan banyak usaha dilaksanakan untuk memantapkan sistem perkhidmatan dan perawatan di hospital ini supaya mengikuti arus pemodenan masa kini. Perubahan dalam perawatan klinikal, perubahan teknologi yang berterusan dan kekurangan pelbagai sumber dalam kalangan sektor perkhidmatan kesihatan telah menjadikan Budaya Professionalisme Jururawat merupakan isu yang hangat diperkatakan berdasarkan perspektif teori dan pengurusan kerjaya.Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008 menunjukan bahawa terdapat seramai lebih kurang 78,000 orang jururawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Angka ini merupakan kategori kakitangan yang paling ramai antara pelbagai kategori jawatan di perkhidmatan Kementerian Kesihatan. Ini membuktikan bahawa jururawat merupakan kategori jawatan yang terpenting di perkhidmatan kesihatan khasnya di hospital. Namun begitu, profesion kejururawatan sedang menghadapi masa depan yang tidak pasti. Menjelang 2020, Malaysia memerlukan sejumlah besar juruawat bagi memenuhi keperluan sektor penjagaan kesihatan negara. Ini berikutan berlakunya pertambahan penduduk dan keprihatinan masyarakat dan kerajaan terhadap penjagaan kesihatan. Kerajaan juga menyasarkan nisbah satu jururawat untuk 200 penduduk. Justeru itu, secara puratanya kerajaan memerlukan lebih kurang 75,000 jururawat bagi tujuan berkenaan, ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam anggaran 5000 jururawat setahun (Roslan, 2008).Abdul Hanit Halit & Ahmad Hakimi Awang. (2012). Stres dalam kalangan penjawat awam kumpulan sokongan Universiti Malaysia Terengganu. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia, 7, hlmn; 257 278.Aris Kasan, Fatimah Hanum Mohamad Hajari, Juwairiyah Jaafar & Nordin Yusoff. (2012). Stres dalam perkhidmatan awam: Impaknya kepada prestasi dan kesejahteraan pegawai awam. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia. 7 :1-34