numbered heads together

2
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Numbered Heads Together Oleh Mokhzani Fadir SISC+, PPD Lipis Latar Belakang Pendekatan Numbered Heads Together menitikberatkan akauntabiliti individu semasa proses pembelajaran secara kumpulan. Pendekatan Numbered Head Together dapat mewujudkan aspek kepelbagaian kepada strategi penyoalan guru di dalam kelas. Dalam keadaan biasa, guru akan mengemukakan soalan dan guru akan memilih pelajar yang telah mengangkat tangan untuk menjawab soalan tersebut. Melalui pendekatan Numbered Head Together, guru akan mengemukakan soalan dan akan memanggil pelajar berdasarkan nombor yang telah ditetapkan. Lantaran itu, pendekatan ini dapat memupuk sikap pelajar untuk lebih bertanggung jawab dalam menguasai topik pembelajaran demi untuk merealisasikan aspek kejayaan kumpulan. Oleh sebab pelajar tidak mengetahui akan nombor apa yang akan dipanggil oleh guru, semua ahli kumpulan akan lebih bersedia. Kaedah Pelaksanaan 1. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan. Jumlah pelajar ideal adalah seramai empat orang. Guru digalakkan untuk mewujudkan kumpulan heterogeneous yang mempunyai pelajar yang tahap pencapaian/penguasaan yang pelbagai. 2. Setiap pelajar akan diberikan nombor, 1-4. 3. Guru akan mengemukakan soalan atau permasalahan kepada kelas. 4. Tempoh masa akan diberikan kepada semua pelajar untuk berbincang mengenai jawapan tersebut dalam kumpulan masing-masing. Semasa perbincangan, setiap kumpulan mestilah memastikan semua ahli kumpulan mempunyai tahap pemahaman yang sama. 5. Setelah semua kumpulan bersedia, guru akan menyebut satu nombor secara rambang. Contohnya, nombor 4. 6. Kesemua pelajar yang dinomborkan sebagai 4, harus mengangkat tangan dan menjawab soalan atau permasalahan telah diajukan. 7. Guru juga boleh memanggil pelajar dengan mengguna koordinasi nombor. Contohnya: Pelajar nombor 4 dari kumpulan ke 3. Guru perlulah mendapatkan sebanyak mungkin jawapan dari pelajar bagi memberi peluang untuk mereka melontarkan idea sebelum kesimpulan kepada jawapan atau persoalan yang telah diajukan dibuat.

Upload: mokhzani-fadir

Post on 21-Feb-2017

40 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Strategi Pembelajaran Kooperatif: Numbered Heads Together

Oleh Mokhzani Fadir

SISC+, PPD Lipis

Latar Belakang

Pendekatan Numbered Heads Together menitikberatkan akauntabiliti individu semasa

proses pembelajaran secara kumpulan. Pendekatan Numbered Head Together dapat

mewujudkan aspek kepelbagaian kepada strategi penyoalan guru di dalam kelas. Dalam

keadaan biasa, guru akan mengemukakan soalan dan guru akan memilih pelajar yang telah

mengangkat tangan untuk menjawab soalan tersebut. Melalui pendekatan Numbered Head

Together, guru akan mengemukakan soalan dan akan memanggil pelajar berdasarkan nombor

yang telah ditetapkan.

Lantaran itu, pendekatan ini dapat memupuk sikap pelajar untuk lebih bertanggung

jawab dalam menguasai topik pembelajaran demi untuk merealisasikan aspek kejayaan

kumpulan. Oleh sebab pelajar tidak mengetahui akan nombor apa yang akan dipanggil oleh

guru, semua ahli kumpulan akan lebih bersedia.

Kaedah Pelaksanaan

1. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan. Jumlah pelajar ideal adalah seramai empat

orang. Guru digalakkan untuk mewujudkan kumpulan heterogeneous yang mempunyai

pelajar yang tahap pencapaian/penguasaan yang pelbagai.

2. Setiap pelajar akan diberikan nombor, 1-4.

3. Guru akan mengemukakan soalan atau permasalahan kepada kelas.

4. Tempoh masa akan diberikan kepada semua pelajar untuk berbincang mengenai jawapan

tersebut dalam kumpulan masing-masing. Semasa perbincangan, setiap kumpulan

mestilah memastikan semua ahli kumpulan mempunyai tahap pemahaman yang sama.

5. Setelah semua kumpulan bersedia, guru akan menyebut satu nombor secara rambang.

Contohnya, nombor 4.

6. Kesemua pelajar yang dinomborkan sebagai 4, harus mengangkat tangan dan menjawab

soalan atau permasalahan telah diajukan.

7. Guru juga boleh memanggil pelajar dengan mengguna koordinasi nombor. Contohnya:

Pelajar nombor 4 dari kumpulan ke 3. Guru perlulah mendapatkan sebanyak mungkin

jawapan dari pelajar bagi memberi peluang untuk mereka melontarkan idea sebelum

kesimpulan kepada jawapan atau persoalan yang telah diajukan dibuat.

Faedah

1. Memberi fokus kepada aspek akauntibiliti individu dan kumpulan.

2. Mewujudkan aspek sokongan kumpulan semasa proses pembelajaran kumpulan.

3. Meningkatkan aspek saling kebergantungan yang positif antara pelajar.

4. Meningkatkan tahap keyakinan diri terutamanya bagi “low achievers” kerana mereka

dibantu oleh ahli kumpulan yang lain.

Rujukan:

Numbered Heads Together Cooperative Learning: Retrieved from:

Strategyhttps://www.teachervision.com/group-work/numbered-heads-together-cooperative-

learning-strategy

Jim Right (2015) How to: Improve Group Responding: Numbered Heads Together:Retrived

from

https://www.interventioncentral.org/sites/default/files/pdfs/pdfs_blog/cooperative_learning_n

umbered_heads_together.pdf