npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/perintah... · web...

28
PERINTAH AM BAB “B” ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN AWAM Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah Am Bab “B” 1. PENGENALAN DIKELUARKAN ATAS KUASA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG – GANTI PERINTAH AM KEW BAB – V –TENTANG ELAUN PERJALANAN,ELAUN HIDUP & PENGANGKUTAN 1948 MENGIKUT FASAL (2) PERKARA 132 PERLEMBAGAAN MALAYSIA KUATKUASA MULAI 1 JANUARI 1974 2. KONSEP ELAUN Tidak Kekal /Tidak Tetap Boleh di hapuskan bila-bila masa Boleh dinaikkan / Dikurangkan Saksama dan lebih adil 3. ASAS PEMBAYARAN ELAUN 3.1 Tugas Tambahan Elaun memandu kenderaan 4. BERTUGAS LUAR/KURSUS/TUKAR/PINDAH Elaun Makan/harian Elaun Pejalanan Kenderaan Elaun Lojing 5. BAYARAN BALIK Tambang Perjalanan Bayaran Letak Kereta 1 | Page

Upload: doankiet

Post on 24-May-2018

274 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

PERINTAH AM BAB “B”

ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah Am Bab “B”

1. PENGENALANDIKELUARKAN ATAS KUASA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG – GANTI PERINTAH AM KEW BAB – V –TENTANG ELAUN PERJALANAN,ELAUN HIDUP & PENGANGKUTAN 1948MENGIKUT FASAL (2) PERKARA 132 PERLEMBAGAAN MALAYSIAKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 1974

2. KONSEP ELAUNTidak Kekal /Tidak Tetap

Boleh di hapuskan bila-bila masaBoleh dinaikkan / DikurangkanSaksama dan lebih adil

3. ASAS PEMBAYARAN ELAUN3.1 Tugas Tambahan

Elaun memandu kenderaan

4. BERTUGAS LUAR/KURSUS/TUKAR/PINDAHElaun Makan/harianElaun Pejalanan KenderaanElaun Lojing

5. BAYARAN BALIKTambang PerjalananBayaran Letak KeretaBayaran Dobi Pakaian

6. JENIS-JENIS PEMBAYARAN ELAUN6.1 Sebahagian daripada Emolumen

1 | P a g e

Page 2: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

6.1.1 Elaun Tetap Berupa ImbuhanImbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)Imbuhan Tetap KeraianImbuhan Tetap Perumahan

6.1.2 Elaun InsentifBayaran Insentif Kewangan(BIK)Bayaran Insentif Wilayah (BIW)Bayaran Insentif KritikalBayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)

6.2 Bukan Sebahagian Daripada Emolumen6.2.1 Elaun Perjalanan

Elaun Makan / HarianElaun Perjalanan KenderaanBayaran Sewa HotelTambang Pengangkutan

6.2.2 KemudahanKemudahan Tambang EhsanKemudahan Mengunjungi Wilayah AsalKemudahan Pengurusan Jenazah

7 KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN DAN KEMUDAHAN (KECUALI POLIS & TENTERA) P/PERB. 2/2003 DAN SURAT P/PERB. BILANGAN 8/2010

7.1 Menjalankan Tugas RasmiDalam NegeriLuar NegeriBerkuatkuasa : 1 Jun 2003

8 TAFSIRAN8.1 GRED

Gred gaji SSM – PP 4/2002Gred Gaji SSBGred Gaji JKK 1976

8.2 “IBU PEJABAT” tempat biasa pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah:

2 | P a g e

Page 3: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanrayab) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh di lalui dengan

kenderaan motorc) 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai

8.3 “Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut

8.4 “Perbendaharaan” – Menteri Kewangan termasuk pegawai-pegawai di bawah pentadbiran dan arahannya.

8.5 “Tugas Rasmi” – Tugas berkaitan dengan tugas pejabat selain menghadiri kursus yang di benarkan

9 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATANPastikan tuntutan teratur, munasabah dan berpatutanMenentu dan mengesahkan jalan yang perlu diikuti dan cara yang hendak digunakan dalam menjalankan tugas rasmi.

10 TUGAS RASMI DALAM NEGERI10.1 Elaun Makan

Bertugas Luar Ibu Pejabat 24 jam/lebihDikira dari waktu bertolakTidak boleh tuntut jika bertugas 3 bulan berturut-turut termasuk hari minggu & kelepasan amTidak boleh tuntut jika makan disediakan oleh Kerajaan/penganjurJika sebahagian disediakan layak tuntut kadar berikut:-

a) Sarapan pagi = 20% daripada Elaun Makanb) Makan Tengahari = 40% daripada Elaun Makanc) Makan Malam = 40% daripada Elaun Makan

Penganjur sediakan wang tunai bagi menampung perbelanjaan makan, layak tuntut perbezaan.

10.1.1 Kadar Elaun Makan

3 | P a g e

Page 4: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

GRED SEM. MALAYSIA SABAH/SARAWAK/LABUAN

JUSA/Khas Ke atas RM115.00 RM165.00JUSA / Khas B & C RM100.00 RM130.053 dan 54 RM85.00 RM115.0045 hingga52 RM60.00 RM80.0041 hingga 44 RM45.00 RM65.0017 hingga 40 RM40.00 RM55.001 hingga 16 RM35.00 RM50.00

10.2 Elaun HarianBertugas lebih 8 jam dan kurang 24 jamKadar : ½ ElaunMakan

10.3 Bayaran Sewa HotelBerpatutan/Munasabah dan disokong dengan resit termasuk cukai perkhidmatanTidak melebihi kelayakan maksimumTidak boleh di bayar jika masa bertugas melebihi 3bulan terus menerusTidak layak jika penginapan disediakan

10.4 Elaun LojingJika tidak menginap di hotel

10.4.1 Kadar Sewa Hotel & Lojing

A) SEMENANJUNG MALAYSIA

GRED SEWA HOTEL (MAKSIMUM)

ELAUN LOJING

JUSA/Khas A ke atas Sebenar (Standard Suite) RM80.00JUSA / Khas B & C Sebenar (Bilik Superior) RM75.0053 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) RM70.0045 hingga52 RM180.00 RM60.0041 hingga 44 RM160.00 RM55.0027 hingga 40 RM140.00 RM45.0016 hingga 26 RM130.00 RM40.001 hingga 16 RM120.00 RM35.00

B) SABAH/SARAWAK/LABUAN

4 | P a g e

Page 5: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

GRED SEWA HOTEL (MAKSIMUM)

ELAUN LOJING

JUSA/Khas A ke atas Sebenar (Standard Suite) RM85.00JUSA / Khas B & C Sebenar (Bilik Superior) RM70.0053 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) RM75.0045 hingga52 RM200.00 RM70.0041 hingga 44 RM170.00 RM60.0027 hingga 40 RM160.00 RM50.0016 hingga 26 RM150.00 RM45.001 hingga 16 RM140.00 RM40.00

10.5 Elaun Gantian TetapTugas Luar Ibu Pejabat lebih 3 bulan, kurang 6 bulan layak tuntutElaun gentian tetap dengan kadar:-

a) Jika bermalam – 2/3 (Elaun Makan + Lojing) x Jumlah Hari Bertugasb) Tidak bermalam – 2/3 (Elaun Harian) x Jumlah Hari Bertugas

Jumlah hari dikira dari hari ketibaanBalik ke Ibu Pejabat secara sementara kurang dari 7 hari dan kembali bertugas di kira sambung tugasLayak tuntut mana-mana komponan EGT jika tidak disediakan oleh Kerajaan/Penganjur

11 ELAUN BANTUAN GAJI DREBARPegawai Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan dan Profesional yang menggaji drebar layak menuntut Elaun bantuan Gaji drebar dengan mengesahkan:

Gred KadarKhas B/Utama/Khas C RM300 sb53-54 RM250 sb45-52 20 sen per km. tidak lebih RM200 sb41-44 15 sen per km. tidak melebihi 160 sb

12 ELAUN HIDUP DREBARMenggaji drebar semasa bertugas di luar Ibu Pejabat dengan syarat pemandu bermalam bersama:

Semenanjung Malaysia RM30.00 semalamSabah/Sarawak RM40.00 semalamSingapura/Brunei RM45.00 semalam

13 ELAUN PERJALANAN KENDERAAN

5 | P a g e

Page 6: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

Jarak Perjalanansebulan

Kelas (sen/km)A B C D E

500 km pertama 70 60 50 45 40501 – 1000 km 65 55 45 40 351001 – 1,700 km 55 50 40 35 301701 km > 50 45 35 30 25

13.1 Syarat Kelayakan13.1.1 Menggunakan kenderaan sendiri samada dalam atau luar Ibu Pejabat13.1.2 Keutamaan hendaklah menggunakan kapal terbang atau keretapi melainkan:-

a) Jarak antara kedua tempat kurang 240kmb) Pegawai dihendaki menjalankan tugas dibeberapa tempat sepanjang

perjalanan

14 TAMBANG GANTIANGuna kenderaan sendiri ke satu tempat sahaja melebihi 240 km boleh tuntut tambang gantian kapal terbang / keretapiTidak layak menuntut tambang tambahan seperti dari rumah / lapangan terbang/stesen keretapi, cukai lapangan terbang, tempat tidur dalam keretapi

15 ELAUN PERJALANAN MOTORBOT/SANGKUTSyarat kelayakan:

Menggunakan bot sendiri menjalankan tugas rasmi

10 kuasa kuda ke bawah 50 sen/km10 kuasa kuda hingga 25 kuasa kuda 60 sen/kmLebih 26 kuasa kuda 95 sen/km

16 ELAUN BASIKALRM90.00 dengan menggunakan basikal sendiri lebih 10 hari atau 20 sen per km agi bulan itu yang mana menguntungkan.20 sen per km sekiranya menggunakan basikal genap atau kurang 10 hari bagi bulan berkenaan

17 TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM

6 | P a g e

Page 7: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

17.1 Jenis pengangkutanTeksi/Kereta Sewa/Bas/Motobot/dllKeretapi/Kapal Laut/Ekspres Bot/dll

17.2 KadarGred 27 ke atas – Kelas SatuGred 1-26 - Kelas Dua

18 BELANJA PELBAGAI (disokong dengan resit)Telefon,Pos,FaksDobi (Menginap luar pejabat tidak kurang 3 hari)Cukai L/Terbang,Excess BaggageLetak Kereta, Tol, tambang feri, dll

19 ELAUN PAKAIAN PANASKelayakan:

RM1500 sekali dalam tempoh 3 tahunBertugas dinegara iklim sederhana sejuk (utara Garisan Sartan – Tropic of cancer) (Selatan Garisan Jadi – Tropic of Capricon)Tuntut sebelum bertolak atau tidak lewat 3 bulan selepas pulangWajib catat dalam Buku Perkhidmatan pegawai

20 KEMUDAHAN PENDAHULUAN DIRIBoleh pohon jika bertugas melebihi 3 hariKelulusan tertakluk kepada Syarat Pendahuluan Diri oleh Jabtan Akauntan Negara dan Perbendaharaan – SPPerb. Bil. 2 tahun 1990 dan bil. 2 tahun 1993Tidak layak sekiranya Pendahuluan Diri dahulu belum di jelaskanSyarat Kelayakan:

a) Pegawai bertugas sekurang-kurangnya 3 jam selepas waktu pejabatb) Layak tuntut pada hari-hari persidangan dan sehari sebelum & selepasc) Pegawai Protokol bermula dari tarikh ketibaan hingga tetamu berlepasd) Bukan tugas rasmi di Urusetia Tetap Persidangane) Tidak Layan tuntut elaun makan dan elaun lebih masa

21 ELAUN DAN BAYARAN KERANA HADIR DI MAHKAMAHPegawai yang di sapina ( sapoena) bagi member keterangan pakar/saksi boleh tuntut elaun tugas rasmiJika ada bayaran oleh mahkamah serahkan kepada kerajaan kecuali jika dibenarkan disimpan di bawah akta fees (Public Officers) Regulations, 1953

22 ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KERANA MENGHADIRI ISTIADAT PERNGURNIAAN

7 | P a g e

Page 8: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

Pegawai/Pesara/2tetamu yang di undang menghadiri upacara/majlis pengurniaan Pingat/Darjah Kebesaran Negeri / Persekutuan.

a) Pesara – tuntut dari JPM/SUKb) Pegawai – tuntut dari jabatanc) Kadar ikut jawatan akhir pegawai

23 TAMBANG PERJALANAN BAGI LANTIKAN PERTAMALayak tuntut tambang untuk diri pegawai mengikut kelayakan dari tempat kediaman ke tempat di arah bertugas luar stesen.

24 ELAUN DAN BAYARAN SEMASA BERKURSUSTafsiran :

Dalam negeri – Malaysia, Kalimantan, Selatan Thailand (Phuket dan selatan)Ibu Pejabat- 25 km jika boleh di hubungi jalanraya, 16 km dihubungi jalan tanah, boleh dilalui oleh kenderaan dan 8 km jika dihubungi basikal/jalan sungaiGred /Kategori – SSM,SSB,JKK (Awam shj.)Kajian Luar – Aktiviti di luar pusat pengajian berupa penyelidikan,lawatanKeluarga Pegawai – suami,isteri, anak-anak (anak tiri,anak angkat yang sah,belum capai umur 21 tahun atau ijazah pertama (IPTA) yang masih belajar.Kursus panjang luar negeri – anak 13 tahun kebawah sahaja ditanggung oleh kerajaan)Kursus - sebarang kursus,latuhan berupa akademik,praktikal,lawatan sambil belajar,seminar,bengkel bercorak latihan.Kursus Panjang – Kursus sepenuh masa lebih 3 bulanKursus Pendek – Kursus sepenuh masa kurang 3 bulanKursus Sambila – Kursus di jalankan secara sambilan selepas waktu pejabatPusat Pengajian - tempat kursus di jalankan.Pusat pengajian di takrifkan sebagai Ibu Pejabat

25 KURSUS PENDEK DALAM NEGARA25.1 Luar Kawasan Ibu Pejabat

25.1.1 Elaun Makan- 2 hari ikut kadar tugas rasmi ( 1 hari sebelum dan 1 hari selepas kursus)

25.1.2 Sewa Hotel – Mengikut kadar ditetapkan- 2 hari ikut kadar tugas rasmi- Disokong dengan resit-Penginapan tidak disediakan

25.1.3 Elaun Lojing25.1.4 Elaun Perjalanan Kenderaan dan Tambang Pengangkutan Awam

Perjalanan dari rumah kediaman ke pusat pengajian dan balikPerjalanan dari pusat pengajian ke tempat penyelidikan dan balikElaun perjalanan kenderaan ikut kadar rasmi

8 | P a g e

Page 9: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

Tambang pengankutan awam yang paling murah

25.1.5 Tambang Gantian

Jika menggunakan kenderaan sendiriPerjalanan pergi dan balik sahajaTidak layak tuntut bayaran cukai lapangan terbang,tambang teksi,bayaran tempat tido dalam keretapi,tol,tempat letak kereta dll

25.2 Dalam Kawasan Ibu Pejabat25.2.1 Elaun Sara Hidup RM5.00 sehari dengan syarat:

Kemudahan makan tidak disediakanKursus di luar bangunan / kompleks tempat biasa pegawai bertugasPegawai Luar Ibu Pejabat yang menerima surat Arahan Bertukar

25.2.2 Elaun Perjalanan Kenderaan/Tambang Pengangkutan Awam

26 KURSUS PANJANG DALAM NEGARA26.1 Luar Ibu Pejabat

26.1.1 Elaun Sara Hidup RM10.00 sehari sepanjang tempoh kursus dengan syarat:Pegawai tidak menerima surat pertukaranMakan dan Penginapan tidak disediakanSekiranya salah satu ( makan atau penginapan) layak tuntut 50%

26.2 Dalam kawasan Ibu Pejabat26.2.1 Elaun Sara Hidup RM5.00 sehari dengan syarat

Kursus dalam kawasan Ibu PejabatPegawai dari luar Ibu Pejabat terima surat pertukaranKemudahan makan tidak disediakanKursus diadakan diluar bangunan/kompleks tempat biasa pegawai bertugas

26.2.2 Elaun Perjalanan Kenderaan /Tambang Pengangkutan Awam

26.2.3 Bayaran Sewa Hotel atau Lojing dan Elaun Makan/sehari sebelum & sehari selepas mengikut kadar Pekeliling Tugas Rasmi

9 | P a g e

Page 10: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

26.2.4 Pegawai ikut Kursus Peringkat Diploma/Ijazah/Ijazah Lanjutan tertakluk kepada peraturan berasingan yang dikeluarkan oleh Kerajaan

27 SYARAT KELAYAKAN (TUNTUTAN KURSUS):Disahkan oleh Ketua jabatan perlu menghantar barang untuk di simpan ditempat lain/bawa ke tempat kursusMenerima Arahan Pertukaran / Arahan BerkursusKursus tidak kurang satu tahun

27.1 Syarat-syarat tuntutan Kursus Dalam NegeriMemilih menyimpan barang di tempat lain atau ke tempat kursus ikut prinsip yang mana dekatSebelum kursus – dikira dari kediaman ke tempat barang disimpan/ketempat kursusSelepas kursus - tempat barang disimpan/tempat kursus ke kediamanTuntutan ikut kadar keluarga / bujangTidak layak tuntut bayaran lain bersabit penghantaran barang seperti Bayaran Sewa Hotel, Elaun Makan, dllJabatan boleh menyediakan pengangkutan dan pegawai tidak layak tuntutTuntutan selepas berkursus hendaklah dikembarkan dengan tuntutan sebelum kursus.

28 ELAUN,KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA BERTUKAR ATAU BERPINDAH RUMAH (PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 1995)

28.1 TAFSIRANBerpindah rumah – berpindah rumah mengikut keadaan, pegawai mendiami rumah tersebutBertukar – Pegawai bertukar keluar stesen berpindah rumah danmendiami rumah tersebutDalam Negeri – Malaysia,Singapura,Brunei, Kalimantan dan Selatan ThailandStesen – Bagi tujuan pertukaran – satu kawasan lingkungan 25 km dari pejabat baru ke pejabat lamaJika pertukaran atas permohonan sendiri, radius adalah dalam lingkungan 33 kmKeluarga Pegawai - suami/isteri, anak-anak berumur belum mencapai 21 tahun (kecuali anak-anak daif tiada had) dan tinggal bersama pegawai semasa bertukar dan orang gaji.

10 | P a g e

Page 11: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

28.2 BERTUKAR, BERPINDAH RUMAH DALAM NEGERI (KECUALI S’PURA, BRUNEI,KALIMANTAN & SELATAN THAI). SYARAT KELAYAKAN:

Tuntutan menggunakan borang yang ditetapkanTiada perbelanjaan, bayaran tambahan atau kemudahan yang layak dituntut bersabit pertukaran tersebut, umpamanya menghantar barang persendirian ketempat lainBayaran pengangkutan barang bersama resit - bagi tempat yang boleh dihubungi jalan daratJika suami/isteri bekerja dan bertukar - tuntutan salah seorang mana yang tertinggi

29 TUNTUTAN-TUNTUTAN29.1 UNSUR BAYARAN TETAP

Elaun Gantian (Makan) – 3 hari sebelum dan 5 hari selepas tanpa resitPemberian Pindahan (bujang/keluarga) (tujuan bungkus membungkus, insurans dan upah buruh)

29.2 Unsur Bayaran Berubah

Bayaran Sewa Hotel (disokong dengan resit)Lojing – pegawai sahaja tanpa resitTambang perjalanan atau Elaun Perjalanan Kenderaan (jika guna kenderaan sendiri)

29.3 Tambang Pengangkutan Barang

Jalan darat – ikut jarak perjalananJalan laut – ikut had muatan seperti:

Kelayakan Pegawai Had MuatanPegawai 1.8 m.p seorangAnak 3 tahun ke atas dan orang gaji 0.93 m.p seorangAnak 3 tahun kebawah 0.45 m.p seorangKeluarga / bujang 6.79 m.p / 3.39 m.p

29.4 Belanja Pelbagai

1% dari jumlah tuntutan bagi Semenanjung Malaysia1.5% dari jumla tuntutan untuk Sabah,Sarawak, LabuanKadar Perkiraan:Ditetapkan mengikut kawasan iaitu:

Antara Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia Dalam Sabah (termasuk Labuan) Antara Bahagian di Sarawak Tukar antara wilayah

11 | P a g e

Page 12: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

30 BERPINDAH RUMAH30.1 Kelayakan Memohon

Berpindah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah kerajaan/ ke rumah kerajaan atau rumah sewanya di bayar oleh Kerajaan atas arahan pihak berkuasa tertentu.Berpindah rumah dari rumah Kerajaan atau rumah sewanya dibayar oleh Kerajaan ke rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah Kerajaan atas arahan pihak berkuasa tertentuBerpindah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan.

30.2 Syarat-syaratMenggunakan borang yang ditetapkanPegawai mendiami rumah tersebutLayak tuntut 50% daripada kadar bayaran penuh jika perpindahan tidak melibatkan belanja pengangkutan contohnya pindah antara blokTidak layak tuntut jika pindah antara tingkat dalam blok yang sama, jika kemudahan pengangkutan, makan, perjalanan disediakan.Tuntutan dikemukakan dalam tempoh tidak lewat daripada 3 bulan tarikh pindah

30.3 Kadar-kadarTuntutan mengikut kadar dalam stesen sahajaPerkiraan jumlah layak tuntut berdasarkan dalam Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah(termasuk Labuan)

31 SENARAI ELAUN YANG MASIH BERKUATKUASA SSM 31.1 Imbuhan Tetap

Imbuhan tetap JUSA/Gred KhasImbuhan tetap KeraianImbuhan tetap Khidmat AwamElaun Sara Hidup

31.2 Bayaran InsentifBayaran Insentif PedalamanBayaran Insentif WilayahBayaran Insentif Perkhidmatan KritikalBayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)

31.3 Elaun Dan Bayaran LainElaun Kerana Hadir Di MahkamahElaun Tanggungjawab Khas Pemandu

12 | P a g e

Page 13: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

Elaun dan Bayaran Balik Kerana Menghadiri Istiadat PengurniaanElaun untuk suami/isteri Yang Dihendaki Mengiringi Anggota Semasa Menghadiri Majlis RasmiElaun GangguanElaun Perumahan WilayahBayaran Tambang Perjalanan Selepas Lantikan PertamaBayaran Balik Letak KeretaElaun PerjalananElaun,Kemudahan dan Bayaran Kerana Menjalankan Tugas RasmiElaun MakanElaun HarianBayaran Sewa HotelElaun LojingElaun Gantian TetapTambang GantianElaun BasikalElaun Perjalanan Motobot/MotosangkutTambangPengangkutan AwamBelanja PelbagaiElaun Pakaian PanasElaun, Kemudahan dan Bayaran Semasa Bertukar atau Berpindah Rumah Dalam NegeriElaun Gantian TetapBelanja Pelbagai

31.4 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menjalankan Tugas RasmiElaun MakanElaun HarianBayaran Sewa HotelElaun LojingElaun Pakaian PanasBelanja PelbagaiElaun Perjalanan KenderaanTambang Gantian

31.5 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana BerkursusElaun MakananElaun HarianBayaran Sewa HotelElaun LojingElaun Perjalanan KenderaanTambang Pengangkutan AwamBelanja PelbagaiElaun Pakaian Panas

13 | P a g e

Page 14: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

32. ELAUN PENGETUA/GURU BESAR(SURAT PERKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL 4/2000)

Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah yang menyandang jawatanPengetua di Sekolah Menengah tanpa mengira gred penyandang dan gredsekolah yang berjawatan taraf tetap dan Pegawai Perkhidmatan PelajaranLepasan Diploma yang dilantik sebagai Guru Besar sekolah rendah GredA, Gred B dan Sekolah Kekurangan Murid yang berjawatan taraf tetaplayak di bayar Elaun Pengetua/Guru Besar.

Bagi Pengetua elaun sebanyak RM150.00 sebulan dan bagi Guru Besar sebanyak RM100.00 sebulan.

33. ELAUN TANGGUNGJAWAB(SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL 3/1990, 3/1993 DAN3/2002)Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang menjalankan tugas tambahan dan menyandang jawatan berikut

layak di bayar Elaun Tanggungjawab:

Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Kanan Mata Pelajaran di Sekolah Menengah Gred A.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Kanan Kokurikulum dan Penyelia Petang di Sekolah Menengah Gred B.

Semua Penolong Kanan dan Penyelia Petang di Sekolah Rendah Gred A.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru KanaKokurikulum dan Penyelia Petang di Sekolah Rendah Gred B.

Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang dinaikkan pangkat secara time-based dan terus menjalankan tugas tambahan. Kadar elaun tanggungjawab untuk Sekolah Menengah ialah RM120.00 sebulan dan Sekolah Rendah sebanyak RM60.00 sebulan.

34. ELAUN KETUA WARDEN DAN WARDEN (SURAT PEKELILINGKEWANGAN BIL 6/1995 DAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATANBIL. 3/1997)

Pegawai yang layak dibayar Elaun Warden mestilah bertaraf tetap. Tiap-tiapasrama mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang warden.

Sekiranya asrama mempunyai 190 murid, warden yang layak secara rasmi hanyalah tiga (3) orang. Lebihan 40 murid hendaklah dibahagikan kepada ketiga-tiga warden yang sedia ada kerana nisbah asrama adalah untuk kanak-kanak biasa 50 orang murid layak 1 orang warden manakala untuk kanak-kanak cacat adalah 20 orang murid.

Bagi asrama yang mempunyai tidak kurang dari 5 orang warden, maka salah seorang warden bolehlah dilantik sebagai Ketua Warden. Warden sebolehnya tinggal di kawasan sekolah atau persekitarannya.

Elaun Warden asrama yang layak adalah sebanyak RM120.00 sebulan dan Ketua Warden sebanyak RM140.00 sebulan.

14 | P a g e

Page 15: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

35 BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN BAGI PEGAWAIPERKHIDMATAN PENDIDIKAN BIDANG SAINS, MATEMATIK DANBAHASA INGGERIS (PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 15/2002)

Pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di KPM adalah tertakluk kepada dua aspek iaitu kelayakan subjek dan kelayakan anggota terlibat.

KELAYAKAN SUBJEK

Adalah ditetapkan bahawa anggota yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan mengajar subjek Bahasa Inggeris boleh dipertimbangkan menikmati faedah ini. Komponen subjek Sains dan Matematik adalah merangkumi semua subjek Sains Tulen, teknikal dan Teknologi Maklumat. Pemberian BISP bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik adalah seperti berikut:

a)Pendidikan Rendah iaitu subjek Sains dan Matematik.b)Pendidikan Menengah iaitu subjek Sains, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi,

Sains Tambahan, Matematik Tambahan dan Teknologi Maklumat.c)Pendidikan Lepas Menengah (Tingkatan 6) iaitu subjek Fizik, Kimia, Biologi,

Matematik dan Pengkomputeran.d)Program Matrikulasi iaitu subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Sains

Informatik.e)Program Politeknik iaitu subjek Teknologi Maklumat, Teknologi Petroleum,

Teknologi Makanan dan Reka Bentuk.

KELAYAKAN ANGGOTA

Adalah ditetapkan PPP di KPM yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan mengajar subjek Bahasa Inggeris seperti kumpulan berikut layak dipertimbangkan untuk BISP:

Sekolah Rendah sekurang-kurangnya mengajar 20 waktu seminggu.

Sekolah Menengah sekurang-kurangnya mengajar 15 waktu seminggu.

Mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh KPM kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris. PPP yang tidak mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris tetapi mengajar subjek tersebut dan memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Telah mengajar subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya tiga (3) TAHUN SECARA BERTERUSAN.

b) Mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh KPM.c) Memenuhi syarat seperti mengajar sekurang-kurangnya 20 waktu seminggu

bagi sekolah rendah dan 15 waktu seminggu bagi sekolah menengah. PPP yang menyandang jawatan Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah layak di bayar BISP sekiranya memenuhi syarat berikut:

a) Mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan mengajar subjek tersebut sekurang-kurangnya 6 waktu seminggu.

b) Mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh KPM kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris. PPP yang

menyandang jawatan Penolong Kanan dan Penyelia Petang di sekolah menengah dan sekolah rendah perlu memenuhi syarat-syarat

berikut:

15 | P a g e

Page 16: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

i)Mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan mengajar subjek sekurang-kurangnya 6 waktu seminggu; dan

ii) Mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh KPM kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa

Inggeris.

Kadar BISP yang ditetapkan untuk PPP di KPM yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan mengajar subjek Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:a) 5% daripada gaji pokok bagi PPPS; danb) 10% daripada gaji pokok bagi PPPLD.

Semua PPP di KPM yang dilantik secara tetap/sementara/kontrak (termasuk pegawai bertaraf kontrak dari luar Negara) layak dibayar insentif ini setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. PPP di KPM hanya layak mendapat satu (1) bayaran sahaja sama ada bagi pengajaran subjek Sains, Matematik atau Bahasa Inggeris.

36. BAYARAN INSENTIF MENGAJAR KANAK-KANAK CACAT (BIMKC)Kadar bayaran BIMKC adalah sebanyak RM250.00 sebulan. Semua guru pendidikan khas yang terlibat secara langsung dengan mengajar muridmurid cacat penglihatan dan cacat pendengaran sepenuh masa layak dibayar BIMKC seperti berikut:

Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan yang bertugas di Sekolah Pendidikan Khas.

PPP yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas.

PPP yang mempunyai sijil khas yang mengajar sepenuh masa di kelas percantuman di sekolah-sekolah biasa.

PPP yang mengajar murid-murid keperluan khas di Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional sepenuh masa.

Guru Resos yang mengajar dalam Program Pendidikan Khas Inklusif di sekolah-sekolah biasa.

37. BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL (BIPK)(PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 17/2007)

BIPK layak diberi kepada pegawai yang memenuhi kesemua syarat berikut:

Mempunyai kelayakan/kelulusan yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal. b) Dilantik sebagai pegawai tetap/ sementara/kontrak (pegawai kontrak dari dalam dan luar Negara) dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal

Berada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan sokongan.

Menggunakan kelayakan/kelulusan yang dimilikinya untuk menjalankan skop fungsi bidang tugas skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal. PPPPS dan PPPLD (kejuruteraan) yang mengajar di sekolah menengah perlu memenuhi syarat peruntukan waktu minimum mengajar sekurangkurangnya 15 waktu seminggu untuk melayakkan diberi BIPK. PPPS (kejuruteraan) dan PPPLD (kejuruteraan) yang diberi BISP tidak layak menerima BIPK. Kadar BIPK adalah seperti berikut:

a) 5% daripada gaji pokok sebulan untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional.b) 10% daripada gaji pokok sebulan untuk Kumpulan Sokongan.

16 | P a g e

Page 17: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

38. ELAUN KHAS MENGIKUT LOKASI DAN TAHAP KESUSAHANPembayaran Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada PPP di KPM yang berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman di seluruh Negara adalah untuk menarik minat dan seterusnya mengekalkan PPP untuk terus berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman. PPP yang layak menerima EKMLTK adalah mereka yang bertaraf tetap, kontrak, sambilan, sangkut, sementara dan sandaran yang berkhidmat di sekolahsekolah pedalaman yang telah ditetapkan. PPP yang layak menerima bayaran EKMLTK hendaklah memenuhi kriteria berikut:

PPP yang telah diarah secara bertulis untuk ditempatkan di sekolahsekolah di pedalaman.

PPP perlu berkhidmat selama tempoh satu (1) bulan atau lebih di sekolah-sekolah pedalaman.

PPP yang bertugas di sekolah-sekolah pedalaman dan menerima bayaran EKMLTK adalah tidak layak menerima BIP.

Bagi pasangan suami isteri yang berkhidmat di Sekolah P1, P2 dan P3, kedua-duanya adalah layak menerima EKMLTK.

Kadar bayaran EKMLTK dibuat secara bulanan mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut:a) Sekolah Pedalaman 1: RM500.00b) Sekolah Pedalaman 2: RM1000.00c) Sekolah Pedalaman 3: RM1500.00

Penentuan kedudukan sekolah-sekolah mengikut kategori pedalaman 1, 2 dan 3 adalah seperti yang ditetapkan dalam pekeliling. Pembayaran EKMLTK ini boleh dihentikan atau dipinda oleh Jawatankuasa Induk Pemantauan apabila sesebuah sekolah itu tidak lagi berada dalam kategori pedalaman yang ditetapkan.

39. BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN (BIP)

BIP dibayar kepada penjawat awam termasuk PPP adalah sebagai galakan untuk berkhidmat di kawasan yang diiktiraf oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai kawasan pedalaman dan untuk mengekalkan PPP yang berkhidmat di kawasan tersebut. PPP yang layak dibayar BIP adalah mereka yang bertaraf tetap, sementara, kontrak dan guru sandaran yang diarah bertugas di kawasan pedalaman. Syarat pembayaran adalah seperti berikut:

PPP yang diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman.

PPP yang tinggal/menetap di kawasan pedalaman.

PPP yang berkhidmat selama tempoh sebulan kalendar atau lebih di kawasan pedalaman. Kadar bayaran kepada PPPS dan PPPLD atas kadar 10% daripada gaji bulanan.

40. ELAUN BALIK KAMPUNGPPP yang layak dibayar EBK ialah mereka yang bertaraf tetap, kontrak dan guru sandaran yang berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman yang telah ditetapkan. PPP layak menerima bayaran EBK seperti syarat-syarat berikut:

PPP yang diarah secara bertulis untuk ditempatkan di sekolahsekolah pedalaman.

PPP perlu berkhidmat sekurang-kurangnya untuk tempoh enam (6) bulan di sekolah pedalaman bagi tuntutan kali pertama.

17 | P a g e

Page 18: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

Kelayakan kali kedua dan seterusnya ialah pada bila-bila masa dalam tempoh tiap-tiap tahun yang berulang selepas penempatan atau pertukaran PPP.

Tempoh PPP bercuti tanpa gaji atau separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk menentukan kelayakan kemudahan EBK.

PPP hanya layak menikmati salah satu kemudahan sama ada EBK atau Tambang Mengunjungi Wilayah Asal bagi pegawai bertukar wilayah.

Bagi PPP dan pasangan, hanya salah seorang sahaja yang layak menuntut EBK.

PPP dan pasangan layak diberi tambang mengikut kelas kelayakan pegawai manakala anak pegawai disediakan tambang kelas ekonomi.

Kelayakan EBK hanya melibatkan tuntutan perjalanan pergi dan balik sahaja dan tidak termasuk kos penginapan, makan serta lainlain tuntutan pelbagai.

PPP yang belum berkahwin yang balik ke kampung asalnya untuk berkahwin, layak menuntut tambang perjalanan untuk membawa isteri atau suami ke tempat penempatan.

41. IMBUHAN TETAP PERUMAHAN KEPDA PPP YANG MENDUDUKIRUMAH SUBSTANDARD DI KAWASAN PEDALAMANPPP yang layak menerima elaun tersebut adalah mereka yang bertaraf tetap, sementara atau kontrak yang menduduki rumah substandard di kawasan pedalaman. Anggota sambilan dan guru sandaran adalah tidak layak menerima kemudahan ini. PPP yang berkhidmat di kawasanpedalaman serta menduduki rumah kerajaan yang tidak memenuhi kriteria seperti berikut:

Rumah yang tidak memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan oleh BPH, JPM sebagai rumah kerajaan.

Rumah yang dibina secara gotong-royong, tidak dibina oleh kerajaan atau tidak diselenggara menggunakan peruntukan kerajaan.

Rumah yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan kaedah pembuangan najis serta kumbahan yang sempurna.

Rumah kerajaan yang boleh diduduki tidak dikenakan sewa.

42. JENIS ELAUN DAN INSENTIF BAGI PPP YANG BERTUKAR WILAYAHTAKRIFAN BERTUKAR WILAYAH

“PPP bertukar wilayah” adalah bermaksud PPP yang berkhidmat di wilayah selain daripada wilayah asalnya. “Wilayah” adalah bermaksud Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak atau Labuan.“Wilayah asal” adalah bermaksud:

Wilayah kelahiran ibu bapa PPP sekiranya ibu bapa PPP lahir di wilayah yang sama.

Sekiranya ibu bapa PPP dilahirkan di wilayah yang berbeza, PPP boleh memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.

Bagi PPP yang ibu bapanya memperoleh taraf penduduk tetap atau warganegara Malaysia, wilayah asal mereka adalah merujuk kepada wilayah tempat tinggal ibu bapa PPP berkenaan

18 | P a g e

Page 19: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

ketika mereka memperoleh Kad Pengenalan Bertaraf Penduduk tetap atau Sijil Warganegara Malaysia.

Sekiranya terdapat kes-kes lain selain yang dijelaskan di atas, PPP bolehlah merujuk kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM bagi pertimbangan oleh JPA.

“Keluarga PPP” adalah bermaksud isteri atau suami dan anak-anak PPP di bawah umur 21 tahun yang masih dalam tanggungan PPP, termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Bagi anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur di atas tidak terpakai.

“Bandar utama” adalah bermaksud:Labuan bagi Wilayah Labuan.

Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri bagi Wilayah Sarawak.

Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu atau Tawau bagi Wilayah Sabah.

“Ibu negeri wilayah asal” adalah bermaksud Kuala Lumpur, Putrajaya atau Ibu negeri bagi negeri- negeri di Wilayah Semenanjung Malaysia Pada umumnya terdapat 5 jenis elaun dan insentif yang layak diberi kepada seseorang PPP yang bertukar wilayah iaitu:

Elaun Perumahan Wilayah (EPW).

Bayaran Insentif Wilayah (BIW).

Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (TMWA).

Tambang Ehsan.

Elaun Gangguan.

43. ELAUN PERUMAHAN WILAYAHBayaran EPW layak diberi kepada seseorang PPP yang bertaraf tetap yang bertukar wilayah. Di KPM selain PPP yang bertaraf tetap, EPW juga diberi kepada guru sandaran iaitu GST dan GSTT yang bertukar wilayah Syarat dan Peraturan EPW dibayar kepada PPP mulai dari tarikh mereka melaporkan diri bertugas di wilayah baru tertakluk kepada peraturan seperti berikut:

PPP yang dibayar EPW tidak layak dibayar ITP.

PPP yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih sama ada menerima EPW atau ITP.

PPP yang menduduki rumah kerajaan tidak layak dibayar EPW dan ITP kerana rumah telah diperuntukkan kepada PPP secara perseorangan atau secara berkongsi.

PPP yang menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isteri, tidak layak dibayar EPW tetapi layak dibayar ITP.PPP iaitu suami dan isteri yang bertukar wilayah dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar ITP masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang di antara mereka boleh memilih untuk mendapat EPW.

PPP yang bercuti tanpa gaji tidak layak dibayar kedua-dua EPW dan ITP.

19 | P a g e

Page 20: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

PPP yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan PPP dengan pinjaman perumahan kerajaan di dalam stesen PPP berkhidmat adalah layak diberi EPW.

PPP yang menghadiri kursus melebihi tiga (3) bulan tidak layak dibayar EPW.

PPP yang bertukar wilayah yang dibenarkan menduduki hotel melebihi tempoh yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan semasa pertukaran, akan kehilangan secara proportionate EPW bagi tempoh tambahan yang beliau tinggal di hotel.

Di mana terdapat Rumah Khas Jabatan/Jawatan yang telah disediakan oleh Jabatan/Agensi, maka PPP tidak ada pilihan dan dikehendaki menduduki rumah berkenaan.

44. BAYARAN INSENTIF WILAYAHPenerima yang layak dibayar Insentif Wilayah adalah seperti berikut:

PPP bertaraf tetap termasuk GST dan GSTT yang bertukar wilayah; dan

PPP yang berasal dari Sabah/Wilayah Persekutuan Labuan/Sarawak yang bertugas di negeri masing-masing. Pembayaran BIW dibuat mengikut lingkungan gaji yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 Tahun 2007 seperti berikut:

Bil Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Pemangkuan) % daripada Gaji1 RM5565.61 dan ke atas 12.502 RM3566.05 – RM5565.60 15.003 RM1783.84 – RM3566.04 17.50

Bil Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Pemangkuan) % daripada Gaji4 RM1176.76 – RM1783.83 20.005 RM841.90 – RM1176.75 22.506 RM841.89 dan ke bawah 25.00

45. KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASALKemudahan TMWA layak diberi kepada PPP yang bertaraf tetap yang bertukar wilayah. GST dan GSTT tidak layak dibayar kemudahan TMWA Syarat dan Peraturan:

Bagi kali pertama kemudahan digunakan PPP hendaklah berkhidmat sekurang- kurangnya selama enam (6) bulan di wilayah penempatan/ tarikh lapor diri.

Kelayakan kali kedua dan seterusnya ialah pada bila-bila masa di dalam tahun berikutnya selepas tarikh lapor diri PPP di wilayah penempatan.

Kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal PPP di wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah asal atau Bandar utama bagi PPP yang berasal dari Sabah, Sarawak atau Labuan.

Kemudahan ini diberi sekali dalam tempoh satu (1) tahun perkhidmatan PPP di wilayah penempatan.

Tempoh PPP bercuti tanpa gaji atau bercuti separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk menentukan kelayakan kemudahan ini. Tempoh cuti ini hendaklah ditambah kepada tempoh perkhidmatan PPP untuk menentukan kelayakan kemudahan seterusnya.Kemudahan yang tidak digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.

20 | P a g e

Page 21: npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Perintah... · Web view“Pegawai” –Perkhidmatan Persekutuan/Negeri termasuk Sementara, Kontrak,Sangkut “Perbendaharaan”

Bagi kedua suami isteri yang bertukar wilayah, hanya seorang sahaja layak memperoleh kemudahan TMWA atau Elaun Balik Kampung untuk membawa keluarga mengunjungi wilayah asal dalam sesuatu tahun manakala suami/isteri menggunakan kadar bujang dalam tempoh sama.

Bagi isteri atau suami atau anak-anak yang tidak mengikut PPP bertukar wilayah, mereka dibenarkan menggunakan tambang tersebut untuk melawat PPP berkenaan.

Pegawai yang belum berkahwin yang balik ke wilayah asalnya atas pembiayaan sendiri untuk berkahwin boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa isteri/suami ke wilayah penempatan pegawai.

Ketua Jabatan hendaklah memastikan penggunaan kemudahan tambang ini dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai.

46. ELAUN GANGGUANElaun Gangguan ini layak diberi kepada PPP yang bertaraf tetap dan “PPP yang bertukar wilayah”. Walau bagaimanapun, elaun ini tidak layak diberi kepada GST atau GSTT. Elaun Gangguan dibayar kepada PPP yang memenuhi syarat-syarat berikut:

PPP yang bertukar wilayah.

Elaun Gangguan dibayar sejurus sebelum PPP bertukar semula ke wilayah asalnya.

PPP yang bertukar wilayah boleh dibayar separuh daripada kadar Elaun Gangguan berasaskan kepada gaji yang diterimanya sebelum pertukaran sebagai pendahuluan. Baki bayaran Elaun Gangguan akan dibayar berasaskan gaji terakhir yang diterima oleh PPP itu sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya.

Bagi pasangan suami isteri yang bertukar wilayah, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan, berasaskan kepada PPP yang menerima gaji yang lebih tinggi.

47. TAMBANG EHSANTambang Ehsan layak diberi kepada PPP yang bertaraf tetap yang bertukar wilayah. Guru Sandaran sama ada GST atau GSTT tidak layak menikmati kemudahan ini. Kriteria dan syarat pemberian bayaran Tambang Ehsan adalah seperti berikut:

Kemudahan hanya diberi sekali bagi tujuan sakit tenat.

PPP hanya layak diberi kemudahan sekali sahaja bagi ibu, bapa, ibu mentua dan bapa mentua sepanjang tempoh penempatan di wilayah bertukar.

Bagi anak-anak PPP yang menziarahi PPP yang sakit tenat di wilayah tempat beliau berkhidmat, Tambang Ehsan boleh diberi dengan syarat anak PPP tidak pernah menggunakan kemudahan tambang kapal terbang ketika PPP bertukar wilayah.

Tambang ini juga disediakan kepada ibu bapa atau ibu bapa mentua PPP yang memohon untuk menziarahi PPP yang telah meninggal dunia di wilayah PPP berkhidmat tetapi jenazah PPP berkenaan akan dikebumikan di wilayah asalnya.

21 | P a g e