novel wira persona avatari

10
Novel Wira Persona Avatari karya Ahamad Zaki Abu Bakar mengisahkan enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali dan Zuriani mewakili Malaysia dalam pertandingan permainan avatari komputer. Dalam pusingan pertama mereka telah berjaya memperoleh pasu emas. Dalam pusingan kedua pasukan mereka, Zamrud II telah menghadapi beberapa masalah apabila satu cip elektronikmikro dalam mesin pasukan mereka telah hilang. Namun begitu, masalah tersebut telah dapat diatasi dan seterusnya mereka telah berjaya melangkah ke pusingan ketiga. Dalam pusingan ketiga Pasukan Zamrud II telah diputuskan seri dengan pasukan dari Thailand dan pasukan dari China. Walau bagaimanapun, Malaysia akhir nya melangkah ke pusingan akhir setelah memenangi pusingan pemecah seri. Dalam pusingan terakhir Pertandingan Avayari ke-10, Zuriani menyertai mereka kerana menggantikan tempat Aina yang telah ditembak. Apabila setiap pasukan diberi cabaran untuk mengubah sejarah dunia, Pasukan Zamrud II telah memilih untuk kembali ke zaman Melaka. Mereka ingin membantu Melaka menangkis serangan askar Portugis. Dalam pada itu, hasrat pasukan dari Rusia yang cuba untuk kembali ke zaman kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dapat dihalang oleh pasukan Zamrud II. Pada masa yang sama, pasukan mereka juga turut ditentang dengan hebat oleh pasukan dari Jepun, Amerika Syarikat dan Australia. Namun begitu, akhirnya mereka berjaya memenangi pertandingan avatar yang kesepuluh itu. Sementara itu, Anjali yang cuba menggagalkan perjuangan mereka telah ditangkap oleh Pak Cik Tan, lebih menarik lagi berita tentang pasukan ayah Aina yang telah ditemui selamat setelah hilang di laut Andaman begitu mengembirakan Aina yang sedang dirawat di hospital. Tema Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati- matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

Upload: shuvan-flyer

Post on 05-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

wira

TRANSCRIPT

Novel Wira Persona Avatari karya Ahamad Zaki Abu Bakar mengisahkan enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali dan Zuriani mewakili Malaysia dalam pertandingan permainan avatari komputer. Dalam pusingan pertama mereka telah berjaya memperoleh pasu emas. Dalam pusingan kedua pasukan mereka, Zamrud II telah menghadapi beberapa masalah apabila satu cip elektronikmikro dalam mesin pasukan mereka telah hilang. Namun begitu, masalah tersebut telah dapat diatasi dan seterusnya mereka telah berjaya melangkah ke pusingan ketiga. Dalam pusingan ketiga Pasukan Zamrud II telah diputuskan seri dengan pasukan dari Thailand dan pasukan dari China. Walau bagaimanapun, Malaysia akhir nya melangkah ke pusingan akhir setelah memenangi pusingan pemecah seri.Dalam pusingan terakhir Pertandingan Avayari ke-10, Zuriani menyertai mereka kerana menggantikan tempat Aina yang telah ditembak. Apabila setiap pasukan diberi cabaran untuk mengubah sejarah dunia, Pasukan Zamrud II telah memilih untuk kembali ke zaman Melaka. Mereka ingin membantu Melaka menangkis serangan askar Portugis. Dalam pada itu, hasrat pasukan dari Rusia yang cuba untuk kembali ke zaman kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dapat dihalang oleh pasukan Zamrud II. Pada masa yang sama, pasukan mereka juga turut ditentang dengan hebat oleh pasukan dari Jepun, Amerika Syarikat dan Australia. Namun begitu, akhirnya mereka berjaya memenangi pertandingan avatar yang kesepuluh itu.Sementara itu, Anjali yang cuba menggagalkan perjuangan mereka telah ditangkap oleh Pak Cik Tan, lebih menarik lagi berita tentang pasukan ayah Aina yang telah ditemui selamat setelah hilang di laut Andaman begitu mengembirakan Aina yang sedang dirawat di hospital.TemaKesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut.Persoalan1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan.Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat.Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina.4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak.Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandinganAvatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video.Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yangpenuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.6. Persoalan hubungan erat antara kaum.Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, danZuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum.7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agamaAnas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari.Watak dan PerwatakanWatak UtamaAina Adik kepada Anas Bertubuh kecil berumur 12 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II Pintar digelar rakan sedarjah si cili padi Rajin beribadat berpuasa sunat bulan Rejab Gigih berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II Keras hati tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunyaWatak SampinganAnas Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian Berumur 17 tahun Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh Penyayang amat menyayangi adiknya, Aina Berani sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada memenangi pertandingan Bijak bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali KesepuluhZuriani Gadis kacukan Melayu Inggeris Sahabat karib Aina berumur 12 tahun Peserta simpanan Pasukan Zamrud II Rendah diri kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan tempat Aina di peringkat akhir pertandingan Amanah tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh Pak Cik Tan

KumarAnak bongsPakCik Kuppusamy, jutawan barang kemas Panas baran lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games Star Angkuh tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan komputer Avatari Pak Cik Ho Menginsafi kesilapan diri berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II

AdeenAnakProfesorZakriBerumur18tahunPengendalikomputerAvatari Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia Sangat pintar mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap Sabar tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan Kumar yang biadapPauline Anak tunggal Pak Cik Ho Berumur 17 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II Menaruh hati terhadap Anas Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho Berani sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan KumarAnjali Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap Anak yatim tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanyameninggalkan mereka Kasar dipengaruhi oleh didikan abangnya Pembelot sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya Pandai bermain permainan video mengalahkan Sudin dalam permainan Robot WarPlotTidak mengikut kronologi Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks)cerita.Binaan PlotPermulaanAina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan AvatariKebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkanPasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empatrakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.PerkembanganPasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihandan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusinganpertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud IIdengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.PuncakSemasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan,Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandinganAvatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani.PeleraianPasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh danmemenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masihdirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitridan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.Teknik Plot1. DialogContoh: Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi.Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen.2. SuspensContoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang mencuri cip pemecut mesin Avatari.3. KejutanContoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.4. Imbas kembaliContoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh tahun lalu.5. MonologContoh: Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi, kata Anassendirian.Gaya Bahasa Diksi Istilah KomputerContoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar SlangaContoh: amoi cantik, hei tambi PeribahasaContoh: nasi sudah menjadi bubur;kalau tidak ada rotan, akar pun berguna jugahendak seribu daya, tak hendak seribu dalihmacam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Pembinaan Ayat Bahasa mudah dan menarik Ada ayat pendekContoh: Samy semakin nekad Ada ayat panjangContoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya menghargai kebebasan PersonifikasiContoh: Petang semakin tua SimileContoh: seperti semut merah menghurung lipas matiseperti halilintar membelah bumi HiperbolaContoh: mata yang tajamberjalan di atas kepulan awanLatarLatar Masa Zaman sekarang golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakanInternet Zaman prasejarah setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari _ Zaman Mesir kuno pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatarimengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek hartakarun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yangdiselesaikan oleh peserta. Zaman Kesultanan Melayu Melaka Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka.Latar Tempat Kompleks Beli-belah Anggun tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan Rumah Profesor Fitri tempat tinggal Anas dan Aina Pusat Permainan Game Star Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War Pangsapuri Pak Cik Ho Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II. Kawasan bukit di Batu Layar tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembaraLatar Masyarakat Masyarakat bandar yang celik komputerContoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandinganAvatari Masyarakat remaja yang meminati permainan komputerContoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yangterdiri daripada golongan remaja. Masyarakat elitContoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit keranaayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor. Masyarakat bandar yang miskinContoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagimencabar. Masyarakat yang gemar melakukan jenayahContoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untukmenimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.NILAI1. Nilai bertanggungjawabAnas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.2. Nilai kasih sayangAnas sangat menyayangi adiknya, Aina.3. Nilai keberanianAnas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.4. Nilai kesabaranAdeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.5. Nilai keinsafanKumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.6. Nilai kegigihanPasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.Pengajaran1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamatContoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuaraiPertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.2.Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukanContoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali.3.Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamatContoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.4.Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agamaContoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kitaContoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjaminkejayaan sesuatu pasukan dalam pertandinganContoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.About these adsMemuat...

Top of Form