novel ‘melunas rindu’

15
By: Brenda bonnie. Marina john baptist. * BAB 4 : Novel MELUNAS RINDU.

Upload: marsila-john

Post on 18-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

novel bahasa malaysia tingkatan 4

TRANSCRIPT

Novel MELUNAS RINDU

By:Brenda bonnie.Marina john baptist.BAB 4 : Novel MELUNAS RINDU.SINOPSIS Pagi itu merupakan hari pertama Fuad mendaftar sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia diberi kepercayaan mengajar para pelajar Tingkatan Tiga dan Lima yang akan mengambil peperiksaan. Walaupun dia agak keberatan, namun Cikgu Abas menyatakan bahawa Fuad mampu mengajar di kelas tersebut kerana guru lain tidak mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris. Dia akan dibantu oleh Cikgu Farhana, iaitu ketua panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu.

PERSOALANKEMESRAAN ANTARA GURU-GURU.Fuad yang baru bertugas di Sekolah Menengah Seri Setia disambut mesra oleh guru-guru di sekolah itu terutama sekali Cikgu Abas yang amat mesra dengan Fuad juga guru-guru lain. Semasa di kantin mereka juga bergelak ketawa dengan mesra semasa Fuad sedang diperkenalkan kepada guru-guru yang sedang menjamu selera.Samb. PERSOALAN SIKAP HORMAT MENGHORMATI ANTARA RAKAN SEKERJA. Farhana yang menyapa dan mengucap salam kepada Fuad semasa mereka berada di bilik guru selepas sahaja mereka habis makan di kantin. Fuad dan Farhana duduk berhadapam sahaja.

Samb. PERSOALANSIKAP TOLONG MENOLONG.Farhana yang banyak membantu Fuad, antaranya, Farhana memberikan Fuad jadual mengajarnya, menerangkan sikap pelajar di kelas yang akan Fuad masuk nanti dan juga Farhana memberikan sebeban buku yang agak kumal yang hanya untuk bahasa Inggeris saja kepada Fuad.WATAK & PERWATAKANFuad/Joshua/Abdul Halim (WATAK UTAMA)Seorang pemuda yang berusia 27 tahun dan berwajah tampan.Pemuda yang bertanggungjawab terhadap tugasan sebagai pendidik yang diamanahkan kepadanya.Suka membantu orang lain.Samb. WATAK & PERWATAKAN

FarhanaKetua panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.Mudah mesra dengan orang lain.Suka menolong orang lain seperti Fuad dan guru-guru lain.

Cikgu Abas bin Haji Musa.Guru penolong kanan di SM Seri Setia.Mudah disenangi oleh guru-guru lain walaupun beliau berpangkat tinggi dan peramah.LATARLATAR TEMPAT:Sekolah Menengah Seri Setia:- Fuad yang bertugas di sekolah itu. Sekolah tersebut merupakan sekolah yang ditempatkannya untuk dia melaksanakan tugasnya untuk mendidik pelajar. Fuad di sana hanya sebagai guru sandaran.Samb. LATARLATAR MASA:Pada Waktu Pagi:-Fuad yang tiba di Sekolah Menengah Seri Setia pada pukul tujuh lima belas pagi. Persekitaran di sekolah itu masih agak lengang pada waktu dia tiba di sana.

Samb. LATARLATAR MASYARAKAT:Masyarakat Yang Ramah Mesra:-- Cikgu Abas bin Haji Musa, Guru Penolong Kanan yang sangat mesra orangnya dan menyambut kedatangan guru baru iaitu Fuad dengan keadaan yang mesra dan penuh kegirangan.UNSUR KEINDAHAN.PersonifikasiSerta merta perasaannya diserbu kelegaan tatkala dilihat satu daripadanya ialah kereta Cikgu Abas.

Metafora Cikgu Abas telah berjaya meruntuhkan benteng resahnya.

Simile- Sebaliknya, Farhana pula seperti hilang kata-kata setelah dipintas begitu.NiLAi.PERAMAHCikgu Abas seorang yang peramah. Dia telah menyambut kedatangan Fuad dengan hati yang kegirangan. Begitu juga dengan guru-guru lain, termasuk Cikgu Farhana, semasa di kantin mereka bergelak ketawa mesra semasa Fuad diperkenalkan.

HORMAT-MENGHORMATIFuad memberikan salam kepada orang-orang yang berada di depan pejabat ketika hendak berjumpa dengan Cikgu Abas.Samb. NiLAiBANTU-MEMBANTUFarhana telah membantu Fuad dengan memberi Fuad jadual mengajarnya dan menerangkan sikap pelajar-pelajar di kelasnya.PENGAJARAN1.Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama dalam pasukan.Farhana yang telah membantu Fuad. Farhana memberikan Fuad jadual mengajarnya dan Farhana juga memberikan sebeban buku yang hanya untuk bahasa Inggeris.

Samb. PENGAJARAN2.Kita hendaklah menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah dan dedikasi.Fuad seorang yang bertanggungjawab kerana dia telah menjalankan tugas yang telah diberi untuk bertugas sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia.