notis pembayaran yuran sidang akademik 2014-2015

1
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR RPJJ MAKLUMAT PENTING (nota 1) Bagi pelajar Ijazah Pertama Jarak Jauh (kecuali pelajar baru Sidang Akademik 2014/2015), caj yuran bagi Sidang Akademik 2014/2015 telahpun dikenakan pada bulan November 2014. Bayaran boleh dibuat di kaunter bank CIMB dengan mencetak slip pembayaran sedia ada ataupun pembayaran online menggunakan ePayment@USM. Pembayaran ansuran pertama berakhir pada 16 Januari 2015 dan ansuran kedua (kesemua pelajar PJJ) adalah pada 29 Mei 2015. Kegagalan untuk menyelesaikan bayaran bagi setiap ansuran akan dikenakan denda sebanyak RM50.00. Sebagaimana yang telah sedia dimaklumkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama Jarak Jauh, pelajar perlu memastikan semua yuran dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir ansuran (bagi mengelakkan sebarang denda) atau selewat-lewatnya sebelum pendaftaran bagi sidang baru bermula (bersama dengan amaun denda). Ini kerana pelajar akan dihalang daripada mendaftar kursus untuk sidang selanjutnya (2015/2016) seandainya wujud sebarang tunggakan pada masa pendaftaran sidang baru nanti. Bagi pelajar yang ingin membuat pembayaran secara online, sistem ePayment boleh dicapai melalui Campus online > Portal efas > myAccount > iRecord atau pautan berikut : https://epayment.usm.my/main/ (Isikan no. K/P untuk ruangan No. Bil/Invois). Ini adalah bagi memastikan bayaran dibuat dapat dikemaskini dalam masa yang lebih singkat. Kegagalan menggunakan kemudahan ini bagi transaksi online akan menimbulkan masalah bagi mengemaskini pembayaran. Diharapkan maklumat di atas dapat diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak yang terlibat. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan yuran Jarak Jauh, sila hubungi nombor berikut : Puan Mazlina Binti Abul Manap 04-6533777 Email: [email protected] Encik Ahmad Farah Md.Ramli 04-6534182 Email: [email protected] Puan Saliza Binti Mohd Saad 04-6533773 Email: [email protected]

Upload: zenza-zack

Post on 13-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

usm

TRANSCRIPT

  • PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR RPJJ

    MAKLUMAT PENTING (nota 1)

    Bagi pelajar Ijazah Pertama Jarak Jauh (kecuali pelajar baru Sidang Akademik 2014/2015), caj yuran bagi Sidang Akademik 2014/2015 telahpun dikenakan pada bulan November 2014. Bayaran boleh dibuat di kaunter bank CIMB dengan mencetak slip pembayaran sedia ada ataupun pembayaran online menggunakan ePayment@USM.

    Pembayaran ansuran pertama berakhir pada 16 Januari 2015 dan ansuran kedua (kesemua pelajar PJJ) adalah pada 29 Mei 2015. Kegagalan untuk menyelesaikan bayaran bagi setiap ansuran akan dikenakan denda sebanyak RM50.00.

    Sebagaimana yang telah sedia dimaklumkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama Jarak Jauh, pelajar perlu memastikan semua yuran dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir ansuran (bagi mengelakkan sebarang denda) atau selewat-lewatnya sebelum pendaftaran bagi sidang baru bermula (bersama dengan amaun denda). Ini kerana pelajar akan dihalang daripada mendaftar kursus untuk sidang selanjutnya (2015/2016) seandainya wujud sebarang tunggakan pada masa pendaftaran sidang baru nanti.

    Bagi pelajar yang ingin membuat pembayaran secara online, sistem ePayment boleh dicapai melalui Campus online > Portal efas > myAccount > iRecord atau pautan berikut : https://epayment.usm.my/main/ (Isikan no. K/P untuk ruangan No. Bil/Invois). Ini adalah bagi memastikan bayaran dibuat dapat dikemaskini dalam masa yang lebih singkat. Kegagalan menggunakan kemudahan ini bagi transaksi online akan menimbulkan masalah bagi mengemaskini pembayaran.

    Diharapkan maklumat di atas dapat diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak yang terlibat. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan yuran Jarak Jauh, sila hubungi nombor berikut : Puan Mazlina Binti Abul Manap 04-6533777 Email: [email protected]

    Encik Ahmad Farah Md.Ramli 04-6534182 Email: [email protected]

    Puan Saliza Binti Mohd Saad 04-6533773 Email: [email protected]