notes fiqh #1 - pengenalan haji - · pdf filedatang kepadamu dengan berjalan kaki dan...

2
FIQH – YEAR/TAHUN 10 IBADAH HAJI PENGERTIAN HAJI - Dari segi bahasa - mengunjungi sesuatu tempat yang dimuliakan secara berulang- ulang Dari segi syarak - mengunjungi Baitullah di Mekah untuk menunaikan amal ibadat yang tertentu pada waktu yang tertentu & pada masa yang tertentu untuk mendapat keredaan Allah SWT kerana menunaikan perintahnya. Hukum mengerjakan haji. 1. Hukum mengerjakan haji adalah wajib & Fardhu bagi setiap orang islam. 2. ulama fiqah & imam-imam mazhab telah bersepakat bahawa jika seseorang tidak mengerjakan haji maka dia akan menjadi murtad & terkeluar dari agama islam. 3. Sunnat hukumnya bagi mereka yang mampu mengerjakan haji berulang- ulang kali. 4. jika seseorang itu telah bernazar untuk mengerjakan haji, maka wajib & fardhu ia mengerjakannya. 5. Mengikut mazhab Imam Syafiee, tidak wajib mengerjakan haji dengan segera sekiranya seseorang itu mampu untuk mengerjakannya & tidaklah berdosa melambat-lambatkannya asalkan ia dilakukan sebelum dia meninggal dunia. Dalil wajib mengerjakan haji. Ertinya: Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yagn kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. AL-HAJJ - # 27 Syarat-syarat sah haji. ada 2 syarat sah haji 1. Islam & 2. masa iaitu dari awal bulan syawal hingga 10hb zulhijjah. syarat-syarat wajib haji. ada 5 syarat wajib haji - 1. islam 2. cukup umur (baligh) 3. sempurna akal (aqil) 4. merdeka (bukan hamba) 5. berkuasa & berkemampuan

Upload: ngothien

Post on 13-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Notes fiqh #1 - Pengenalan haji - · PDF filedatang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yagn kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya ... ternak maka

FIQH – YEAR/TAHUN 10 IBADAH HAJI

PENGERTIAN HAJI - Dari segi bahasa - mengunjungi sesuatu tempat yang dimuliakan secara berulang-ulang Dari segi syarak - mengunjungi Baitullah di Mekah untuk menunaikan amal ibadat yang tertentu pada waktu yang tertentu & pada masa yang tertentu untuk mendapat keredaan Allah SWT kerana menunaikan perintahnya.

Hukum mengerjakan haji.

1. Hukum mengerjakan haji adalah wajib & Fardhu bagi setiap orang islam. 2. ulama fiqah & imam-imam mazhab telah bersepakat bahawa jika seseorang

tidak mengerjakan haji maka dia akan menjadi murtad & terkeluar dari agama islam.

3. Sunnat hukumnya bagi mereka yang mampu mengerjakan haji berulang-ulang kali.

4. jika seseorang itu telah bernazar untuk mengerjakan haji, maka wajib & fardhu ia mengerjakannya.

5. Mengikut mazhab Imam Syafiee, tidak wajib mengerjakan haji dengan segera sekiranya seseorang itu mampu untuk mengerjakannya & tidaklah berdosa melambat-lambatkannya asalkan ia dilakukan sebelum dia meninggal dunia.

Dalil wajib mengerjakan haji.

Ertinya: Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yagn kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. AL-HAJJ - # 27 Syarat-syarat sah haji. ada 2 syarat sah haji

1. Islam & 2. masa iaitu dari awal bulan syawal hingga 10hb zulhijjah.

syarat-syarat wajib haji. ada 5 syarat wajib haji -

1. islam 2. cukup umur (baligh) 3. sempurna akal (aqil) 4. merdeka (bukan hamba) 5. berkuasa & berkemampuan

Page 2: Notes fiqh #1 - Pengenalan haji - · PDF filedatang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yagn kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya ... ternak maka

Maksud berkuasa & berkemampuan. 1. Hendaklah orang itu sihat tubuh badannya. 2. Hendaklah orang itu mempunyai kenderaan, perbelanjaan & bekalan yang mencukupi bagi dirinya & ada kelebihan nafkah bagi orang-orang yang ditinggalkannya. 3. Hendaklah aman & selamat dalam perjalanan pergi & balik bagi dirinya dan harta bendanya. 4. Tidak ada sesuatu yang menyekat dirinya daripada mengerjakan haji seperti pemerintah yang zalim yang melarangnya mengerjakan ibadat haji Hikmat diwajibkan haji. 1. menguatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah 2. memberi peluang kepada orang-orang islam untuk berkumpul di suatu tempat supaya dapat berkenal-kenalan bermesra dan mengeratkan lagi persaudaraan sesama islam. 3. melahirkan perpaduan dan semangat bersatu padu di antara umat islam dari seluruh dunia tanpa ada perbezaan pangkat, bangsa, keturunan, warna kjulit dan adat resam kebudayaan semasa memakai pakaian ihram 4. perhimpunan di padang Arafah akan dapat mengingatkan kita pada perhimpunan yang lebih besar di padang mahsyar setelah manusia dibangkitkan kelak dari kubur masing-masing pada hari qiamat. 5. mengandungi unsur-unsur keamanan, pergaulan, kemasyarakatan dan budi pekerti yang menjadi dasar berbaik-baik dan saling hormat menghormati sesama manusia 6. mendidik jiwa dan mengasuh rohani supaya bersifat dengan sifat-sifat sopan santun yang tinggi bersabar menanggung kesusahan, berbelas kasihan pada fakir miskin dan membantu manusia yagn lemah dan menderita. 7. mendapat keampunan dan keredaan Allah serta memperolehi syurga dengan sebab mengikut perintah-perintahnya. 8. menghilangkan sifat-sifat tamak dan pentingkan diri sendiri kerana hatinya telah tunduk kepada kebesaran Allah.

latihan/ Exam Question’s 1. apakah yang dimaksudkan dengan ibadat haji dari segi bahasa & syarak? 2. apakah hukum mengerjakan haji secara amnya dan apakah akan terjadi jika seseorang itu enggan mengerjakannya. 3. nyatakan syarat sah haji 4. nyatakan syarat wajib haji 5. diantara syarat wajib haji adalah berkuasa & berkemampuan, huraikan 3 saja 6. nyatakan 4 hikmat Allah SWT mewajibkan ibadat haji.

Hj Md Sharil 2011