notapsv3109

Upload: prince-kirhu

Post on 20-Jul-2015

2.005 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NOTA PISMP SEM 5 MULTIMEDIA

TRANSCRIPT

PSV3109 Multimedia Kreatif dalam Pendidikan Seni VisualTeori Peranan Seni dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Asas Seni Reka Dalam ICT

Reka letak Menunjukkan kecekapan menghasilkan rekaan dari aspek elemen elemen visual multimedia: Garisan,warna,ruang,jalinan,bentuk Berkemampuan menghasilkan pelbagai kesan dari perisian yang digunakan. Berkebolehan merekabentuk Graphical User Interface(GUI) menarik dan berfungsi Elemen Reka Letak Tajuk Utama Isi kandungan Visual atau imej Slogan atau moto Logo atau maklumat Hakcipta

Grafik Grafik yang dimasukkan mempunyai kaitan dengan tajuk yang dipilih. Berkemampuan menghasilkan pelbagai kesan dari perisian yang digunakan. Berkebolehan merekabentuk Graphical User Interface(GUI) menarik dan berfungsi Audio dan Video Mempunyai kaitan dengan multimedia yanga hendak di hasilkan. Berkemampuan menghasilkan pelbagai kesan dari perisian yang digunakan. Proses Kreativiti dan Artistik

Proses Kreativiti Oleh Fisher i. Peringkat rangsangan -Dirangsang dengan menggunakan pelbagai bentuk soalan -Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif -Guru perlu meransang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal ii. Peringkat penerokaan -Seseorang perlu mempunyai pemikiran ke hadapan -Berjaya meransang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan -Latihan dan pendedahan seperti eksperimen, kajian atau latihan menyelesaikan masalah iii.Peringkat perancangan -Merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan -Perancangan segala verval melalui perancangan dan perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya -Perancangan secara visual dilakukan melalui visual grafik, graf, imej lukisan dan sebagainya iv.Peringkat aktiviti -Melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti dengan dibantu melalui persoalan-persoalan v. Kajian semula -Menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan -Murid-murid gigesa untuk memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui Ciri penting yang perlu ada pada seseorang individu yang kreatif. Bersifat Fleksibel Individu yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Sebagai contoh,sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa menjalankan aktiviti seni mereka tidak cepat panik malahan cepat bertindak meredakan keadaan dan cuba menyelesaikannya secepat yang boleh mengikut keadaan dan kesesuaian.

Zaharah Mohamad

-

Sensitif dan Peka - Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.Antara ciri lain adalah kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai deriadalaman yang sangat sensitif terhadap persepsi estetik. Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Individu yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. Bersifat Terbuka - Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. Logik - Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. Berfikiran Bebas - Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatuperkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

-

-

-

ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual ICT dalam bahan bantu mengajar Alat kemahiran yang member sokongan kepada murid dan guru Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual yang lebih mudah, pantas dan berkesan Maklumat yang statik boleh dijadikan dinamik. Membolehkan pembelajaran akses kendiri. Ciri interaktif menjadikan pelajar lebih seronok belajar. Proses ulangkaji menjadi lebih mudah melalui penggunaan sistem storan. Penerangan lebih jelas dan tepat melalui penggunaan video. ICT sebagai alat aplikasi Sebagai media yang mampu menghasilkan seni digital bermutu tinggi dalam komunikasi visual

ICT untuk pembelajaran penerokaan Mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Sebagai satu tarikan serta penyelesaian masalah seni reka dalam pendekatan P&P Pendidikan seni Visual Dapat memudahkan cara penghasilan sesuatu karya dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat jika dapat mengendalikan penggunaan ICT dengan cekap

-

Bidang Menggambar Menggunakan perisian grafik (contoh Microsoft Paint,Adobe Photoshop,Adobe Ilustration dan lain-lain perisian grafik) Memperkenalkan tools yang ada dlam perisian tersebut. Menunjukkan kepada murid bagaimana menggunakan perisian dan tools berfungsi. Menunjukcara bagaimana aktiviti menggambar boleh dilaksanakan menggunakan perisian tersebut dengan sepenuhnya. Murid dapat meneroka pelbagai toolsserta dapat mempelbagaikan garisan,teks,reka letak mengikut kehendak murid.

Zaharah Mohamad

Bidang Membuat Corak Dan Rekaan Menggunakan perisian grafik (contoh Microsof Word atau Power Point ,Microsoft Paint,Adobe Photoshop,Adobe Ilustration dan lain-lain perisian grafik) Memperkenalkan tools yang ada dlam perisian tersebut. Menunjukkan kepada murid bagaimana menggunakan perisian dan tools berfungsi. Menunjukcara bagaimana aktiviti mencorak dan membuat rekaan boleh dilaksanakan menggunakan perisian tersebut dengan sepenuhnya. Murid didedahkan bagaimana menghasilkan corak dan rekaan menggunakan perisian. Contohnya murid diperkenalkan kepada rupa asas yang terdapat dalam perisian bagi menghasilkan corak dan rekaan 2D atau 3D. Kajian warna dapat dilakukan dengan mudah Pengenalan Multimedia Konsep multimedia Multimedia merupakan gabungan data, suara, video, audio, animasi, grafik, teks dan yang mana menggabungkan elemen-elemen tersebut mampu dipaparkan melalui komputer Elemen asas multimedia i. Animasi Pergerakan imej. Contohnya beberapa ekor burung terbang di awan. Kelihatan juga daun berterbangan serta pokok bergoyang. Pergerakan burung dan juga tumbuhan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash Audio Elemen bunyi-bunyian seperti suara burung-burung berkicauan yang dirakam atau didapati dari bahan mp3. Iringanmuzik tanpa suara menceriakan suasana tersebut. Disertai juga kesan khas bunyi tiupan angin Grafik Gambar sepert gambar foto atau ilustrasi. Reka bentuk imej/butang yang memberi arahan kapada pengguna untuk memulakan program/tayangan. Dengan hanya satu klik paparan tersebutboleh berubah kepada situasi yang lain Teks Tulisan atau fon berkait tajuk/isi kandungan hasil. Keseragaman bentuk dan format teks. Jenis tulisan teks yang sesuai. Kebolehbacaan iaitu tulisan mudah dibaca. San serif: rupa taip yang tidak mempunyai ekor atau lengkung di hujungnya. Serif : rupa taip yang mempunyai lengkungan atau ekor di bahagian hujungnya. Dekoratif : rupa taip yang mempunyai unsur unsur sastera lama dan agak berbunga-bunga. Script : rupa taip yang cuba mengambil ciri cirri utama yang ada pada tulisan tangan biasa.

ii.

iii.

iv.

-

Ringkas dan padat Penggunaan teks haruslah diminimumkan. Membaca teks yang dipaparkan agak sukar sekiranya ianya disediakan dalam kuantiti yang banyak. Satu kaedah yang terbaik bagi menyampaikan maklumat, idea, konsep atau fakta. Teks yang digunakan haruslah kurang dari separuh penggunaan skrin Gunakan rupa taip dan fon yang bersesuaian Pilih rupa taip yang bersesuaian dengan isi kandungan,konsep, kumpulam pengguna sasaran serta mood. Rupa taip yang yang sesuai boleh menarik perhatian pengguna. Pastikan teks tersebut boleh dibaca

Zaharah Mohamad

Pemilihan warna pada teks tidaj terlalu kontas dengan warna latar belakang. Jarak langkau yang digunakan antara setiap baris dan teks, jarak di antara setiap perkataan perlu diberi perhatian. v. Video Merupakan satu siri skrin yang memuatkan gambar-gambar yang diiringi bunyi-bunyian. Video hendaklah berkaitan dengan tajuk karya persembahan Aplikasi multimedia secara efektif dan kreatif Teks: - mudah dibaca,tidak membebankan pengguna,menggunakan kesan khas,pendekatan dan penggunaan warna yang sesuai dengan latar belakang,dapat menyampaikan mesej yang jelas. Audio: - mampu memberi kesan dari aspek kognitif iaitu aspek yang berkaitan dengan pemprosesan mental seperti pengetahuan,penaakulan,ingatan,penilaian dan persepsi. - mampu member kesan dari sudut afektif pengguna iaitu aspek yang berkaitan dengan emosi,jiwa dan perasaan. Multimedia Dalam Pendidikan Seni Visual

Pengenalan kepada perisian seperti Flash, Dreamweaver dan Paint Pro

Power Point Slider Sorter: Untuk memaparkan keseluruhan slaid yang ada didalam sebuah fail persembahan. Wordart : Teks dalam pelbagai rupa yang menarik yang boleh diubah dari sudut saiz,orientasi kedudukan mengikut keperluan pengguna. Macromedia Flash Lasso Tool Paint Bucket Tool Hand Tool Eraser Tool Text Tool Pelaksanaan tool. Oval Tool Pilih oval tool dan bawa ke atas pentas (stage). Klik fill colour dan pilih warna merah. Lukis rupa bulat. Arrow Tool Pilih arrow tool. Kemudian pilih kedua ojek yang hendak digabungkan. Pergi ke modify - group Tambah lain2 tools I tak sempat... Proses aplikasi perisian i. Senarai fungsi elemen multimedia Teks/hyperteks sebagai alat penghubung antara frame/slide b) Grafik mampu mengubah imej,menukar dan memantulkan saiz imej c)Animasi mampu menimbulkan kesan pergerakan terhadap karya. d)Audio berkeupayaan mengeluarkan sistem bunyi yang jelas,menarik dan berkesan, e)Video mampu menyelesaikan masalah tentang proses untuk menghasilkan sesuatu karya . ii. Pelan/ carta alir Memilih mana-mana bahagian objek. Mewarna ruang. Mengheret. Memadam bahagian yang tidak perlu. Memasukkan teks.

iii.

Contoh storyboard

Multimedia yang baik

Zaharah Mohamad

i. ii. iii. iv.

Kesederhanaan Skrin yang dihasilkan mudah untuk dibaca dan dipandang Penonton memerhatikan gambar terlebih dahulu sebelum membaca teks Teks hendaklah dihadkan kepada beberapa baris sahaja Teks haruslah lebih pendek, ringkas dan mudah Dalam satu skrin gambar dapat menceritakan lebih daripada tiga imej Keseimbangan Penggunaan elemen media perlulah seimbang dan tidak digunakan secara berlebihan Tulisan dapat dimasukkan menggunakan kotak-kotak teks yang berasingan daripada gambar Kejelasan Tulisan boleh dikurangkandengan diganti oleh sistem bunyi Sekiranya penonton tidak boleh membaca, rakaman suara perlu dibuat Arahan perlu jelas tepat dan difahami oleh penonton sasar Konsisten (keseragaman) Kekalkan pilihan fon, ikon dan butang, warna, format dan transisi skrin Audiens tidak perlu memikirkan mengenai di mana hendak klik atau perasan perubahan warna pada skrin Kesan kejutan boleh digunakan tetapi jangan terlalu kerap agar audiens tidak mudah jemu Apresiasi karya multimedia

Penerangan menurut Ecker (1966). Penerangan Literacy Penerangan Teknikal Perangan Formal

Faedah multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (i) (ii) (iii) (iv) (v) Menarik minat dan memotivasikan pelajar Pelajar dapat belajar pada tahap kendiri dan pada bila-bila masa sahaja Pengajaran akan menjadi lebih efektif dengan adanya integrasi elemen-elemen multimedia. Menjimat masa dan kos. Tidak memerlukan tenaga pengajar, Cuma bertindak sebagai fasilitator sahaja Pelbagai sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan dengan adanya kemudahan internet dan perpustakaan maya

Amali Mengguna Multimedia Perkakasan Multimedia

-

Pemproses Mikro (contoh Mother board) Ingatan Utama Cakera Keras Grafik Kad Sistem Pengoperasian (contoh Window XP @ Linux) Mengarang (authoring) menggunakan perisian multimedia Membuat perkembangan multimedia Membuat Proses merekabentuk dan perkembangan Graphical User Interface (GUI) Menggunakan hypermedia Mengintegrasi elemen-elemen multimedia dengan ciri-ciri interaktif dan kreatif

Langkah Penghasilan Multimedia

Zaharah Mohamad

Menentukan perkakasan serta peralatan komputer yang akan digunakan. Menentukan perisian yang sesuai mengikut keperluan. Menentukan dan mengumpul pelbagai media yang diperlukan. Melaksanakan proses membuat multimedia. Menentukan cara penyimpanan multimedia.(Storan) Kelebihan penggunaan multimedia (i) (ii) Memberi nilai tambah dalam hasil ciptaan seni Sebagai alat yang memberi sokongan dalam merekacipta Memberi persepsi pelajar sebagai pereka grafik Dapat menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti Pelajar boleh meneroka lebih jauh Menghasilkan kerja dengan lebih cepat Boleh simpan dan menyambung semula kerja Menjimatkan penggunaan bahan Penerokaan asas kerja seni boleh menggunakan perisian tertentu

(iii)(iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix)

Mengaplikasi kreativiti dan artistik dalam karya digital Proses artistik oleh Laura Chapman Mewujudkan idea Alam semulajadi dan objek di persekitaran Mengesan dinamik fom, kualiti organic, keunikan, integrasi alam dan kehidupan, unsure-unsur seni seperti warna, bentuk dan sebagainya boleh menggerakkan kewujudan idea/ilham Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi Pengalaman hidup member banyak kesan dan pengaruh terhadap minda Aliran dan tema sejagat Pemikiran manusia bersifat unik dan berkeupayaan menjelaskan konsep mengenai sesuatu tema dan agenda kehidupan Keperluan dan pengalaman hidup seharian Membuat Perkembangan idea Pemerhatian dan kajian visual Meningkatkan kesedaran terhadap kualiti tampak Kajian visual akan meningkatkan lagi ciri-ciri tersebut serta membolehkan aktiviti memperkembangkan dan memperinci serta penghalusan dilakukan dengan lebih kreatif Perubahan cara bekerja Bertumpu dan bercapah Spontan dan penetapan Orientasi tampak dan haptik Penerokaan symbol dan makna Penerokaan dalam tindakan untuk menyelesaikan dan mendapatkan keputusan, memberikan banyakenemuan Membuat Eksplorasi dan Eksperimentasi Pengalaman secara lansung menggunakan alat dan bahan Memahami perkembangan teknologi dan proses pembuatan Mengamalkan dan menggunakan proses-proses secara manual dan teknologi, meningkatkan kemudahan dan keperluan bersesuaian dengan temadun teknologi Mengaplikasikan Asas Seni Reka Garisan

menyusun maklumat agar kelihatan lebih teratur dan sistematik membantu meningkatkan tumpuan atau fokus kepada satu lokasi atau subjek yang di perlukan. menyediakan tekstur permukaan sesuatu subjek. menyusun, menghubung dan memisahkan elemen.

Zaharah Mohamad

menyediakan tekstur permukaan sesuatu subjek. membantu pemerhatian pengguna dalam mencari maklumat yang diperlukan.

Bentuk bentuk merujuk kepada objek-objek tertutup yang mempunyai struktur tertentu seperti segiempat, bulat, segitiga dan sebagainya. gabungan garis atau/dan titik bagi membentuk struktur tertentu. Bentuk digunakan untuk membantu menyusun atau mengorganisasikan maklumat atau rekabentuk. membantu mata atau perhatian pengguna agar memberi tumpuan kepada sesuatu fokus yang diperlukan oleh seseorang pereka. Jalinan

Warna

tekstur merupakan satu elemen rekabentuk yang apabila digunakan pada suatu paparan atau permukaan mampu mempengaruhi rupa atau rasa permukaan tersebut. tekstur juga merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk memberi gaya, jiwa atau perasaan kepada sesuatu permukaan objek. penggunaan tekstur juga dapat menghasilkan penekanan. tekstur boleh dalam bentuk corak khas seperti corak kayu, batu-bata, aluminium, kaca mahupun corak-corak abstrak atau corak yang terbentuk dari gabungan elemen-elemen rekabentuk asas . penggunaan tekstur mampu memberi kesan realistik. meningkatkan daya tarikan kepada sesuatu subjek ataupun rekabentuk.

warna merupakan elemen dalam rekabentuk grafik yang paling penting dalam menarik perhatian seseorang pengguna. pemilihan warna yang sesuai dilihat dari aspek produk, isi kandungan atau kumpulan sasaran yang akan mengguna atau membaca rekaan grafik yang dihasilkan. warna yang dipilih juga sewajarnya mampu menarik perhatian pengguna dan seterusnya mengekalkan tumpuan atau perhatian tersebut untuk satu jangka masa yang tertentu.

Menghasilkan Karya dengan menggunakan Multimedia Menghasilkan karya multimedia interaktif - Teks - Audio - Visual - Interaktif - bentuk dan makna i. Senarai fungsi elemen multimedia Teks/hiperteks sebagai alat penghubung antara frame/slide Grafik mampu mengubah imej, menukar dan memantulkan saiz imej Animasi mampu menimbulkan kesan pergerakan terhadap karya karya Audio berkeupayaan mengeluarkan system bunyi yang jelas, menarik dan berkesan Video mampu menyelesaikan masalah tentang proses untuk menghasilkan sesuatu karya Proses Penentuan tajuk dan perbincangan - kajian berkaitan tajuk dan tema yang dipilih merangkumi bahan seperti foto, ilustrasi dll Penyediaan skrip - skrip atau jalan cerita multimedia Menyediakan carta aliran- menentukan carta aliran yang sesuai Menghasilkan papan cerita - menentukan reka bentuk skrin, audio, video dalam multimedia. Menentukan format tersendiri Pemprograman perisian multimedia - Kemahiran menggunakan perisian multimedia. Contoh perisian adalah Power Point, Macromedia Director. Memerlukan perisian sokongan seperti edit foto, audio, video

ii.

Zaharah Mohamad

Penyimpanan storan data - menggunakan Zip atau CD ROM, kerana kapasiti besar Penyebaran - membuat reka bentuk kulit CD ROM. Menggunakan autorun bagi memudahkan pengguna Membuat Apresiasi dan Refleksi

i.

Kaedah Hedonistik Cara melihat jenis ini akan membawa kepada penyataan mengenai nilai suka, gemar, menarik, benci dan sebagainya.Saya suka corak tersebut. Penyataan spontan terhadap sesuatu karya. Kaedah Kontekstualistik Penyataan merujuk kepada sesuatu aspek Cara melihat jenis ini menumpukan hubungan karya dengan aktiviti dan aspek tertentu. Juga hubungan seni dengan pemerhati. Dalam konteks susunan grid dalam corak........... Kaedah Organistik Cara melihat jenis ini lebih menumpukan kepada aspek formal penghasilan seni. Olahannya begitu harmoni, dinamis dan Penyataan merujuk kepada hubungan unsur dalam ruang gubahan.

ii.

iii.

Membuat Persembahan dan Pameran Multimedia i. ii. iii. iv. Menggunakan CD, DVD, laman web untuk menyimpan dan menyebar hasil kerja multimedia Membuat pameran dan bertindakbalas terhadap pelbagai karya multimedia serta menganalisis pelbagai tindakbalas terhadap karya dalam pameran. Masa Tidak memerlukan masa yang lama untuk melayari sesuatu bahan multimedia Bagi bahan interaktif multimedia, penonton diberi peluang menggunakan masa sendiri untuk mengeksplor bahan Ruang Memerlukan ruang yang minima tetapi selesa semasa mengakses Pastikan berapa banyak computer yang dapat berfungsi pada satu masa Pemiliha ruang juga harus difikirkan dari segi keupayaan jaringan computer, kemudahan, keselamatan dan struktur bangunan Lokasinya haruslah mudah didatangi audien Penonton sasar Penentuan penonton sasar adalah sanagat penting agar pameran tersebut sentiasa dilawati Buat promosi sebagai tarikan pengunjung dating ke pameran tersebut Buat kajian apakah kegemaran penonton agar penganjur mudah tahu kehendak audien Bentuk persembahan Sediakan persembahan yang sesuai dengan audien yang akan berkunjung

Kepentingan Pameran i. ii. iii. iv. Memberi pendedahan kepada guru tentang pelbagai bahan multimedia yang boleh digunakan sebagai bahan bant mengajar Mendapat maklumat baru dan terkini mengenai perkembangan teknologi ICT dan vahan-bahan perisian atau program baru Mengenal pasti berkongsi pengetahuan tentang kepelbagaian teknik dan tips-tips penghasilan vahan multimedia yang berkesan dan menarik Dapat menilai jenis-jenis vahan multimedia yang digemari oleh penonton sasar secara lansung semasa menjalankan demonstrasi dan soal jawab

Zaharah Mohamad

v.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu pameran multimedia dan berusaha bertindak membuat penambahbaikan

Zaharah Mohamad