nota.docx

12
PENDEKATAN INDUKTIF Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa. Jenis pendekatan induktif Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

Upload: yeit-fong-tan

Post on 16-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENDEKATAN INDUKTIF Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa.

Jenis pendekatan induktif Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan. Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.

Pendekatan deduktif.Pendekatan deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam seta mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan. Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripada rumus, hukum, peraturan.Proses pengajaran:o Prinsip/rumuso Kaedah deduktifo Aplikasi rumus/prinsipo Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.Contoh pengajaran menggunakan pendekatan diduktif adalah seperti dibawah,D CA BJika A=60 , B=120, cari sudut CDalam pengajaran, guru akan mengemukakan soalan, Bagaimana kita hendak mencari ukuran sudut C?, Apakah yang dapat kita tahu bagi menolong kita memastikan sudut itu?. Pelajar mungkin dapat menjawab dengan betul secara spotan soalan diatas. Walaupun begitu guru perlu memberi tumpuan kepada persoalan, Bagaimana awak mengetahuinya?. Guru perlu memulakan perbincangan dalam bentuk berikut:Isi penting; Sudut bertentangan dalam parallelogram adalah setara.Isi tidak penting: sudut A dan C adalah bertentangan dalam parallelogram.Kesimpulan : oleh itu sudut A = sudut C.Bagaimana pendekatan deduktif digunakan dalam pengajaran matematik adalah seperti berikut :-Berdasarkan formula/rumus bagi luas segi empat tepat, pelajar dikehendaki menghasilkan formula/rumus baru untuk mengira luas segiempat sama, segi trapezium dan parallelogram

Model ekspositori Model ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.

Cara-cara penyampaiannya dengan menggunakan model ekspositori iaitu menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku teks. Guru membuat penerangan, memberi contoh dan menghuraikan konsep daripada buku. Guru juga mendemontrasikan cara melukis atau membina bentuk-bentuk geometri. Guru juga menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari serta menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar. Kesan daripada Model Pengajaran Ekspositori ini, boleh dikatakan ianya sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan. Di dalam peringkat ini, guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam supaya murid-murid dapat melihat dan memahami konsep atau perinsipnya. Kebaikan model ini ialah guru dapat menjimatkan masa kerana kaedah ini guru dapat menyampaikan terus semua maklumat dalam masa yang singkat dan murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Model Perbincangan Dalam Konteks BiasaLangkah-langkah perbincangan ini biasanya mengandungi lima peringkat, iaitu: peringkat rancangan, permulaan, perbincangan, rumusan dan penutup.

Peringkat Rancangan- Tetukan topik perbincangan yang sesuai dengan objektif pelajaran, kebolehan dan minat murid.- Sediakan bahan-bahan dan kemudahan yang diperlukan.Peringkat Permulaan- Guru menerangkan tujuan perbincangan dan konsep topik yang berkaitan.- Bahagikan kelas kepada kumpiulan-kumpulan kecil.- Lantik pengerusi dan pencatat bagi setiap kumpulan.- Susun meja-kerusi dalam bentuk yang sesuai.Peringkat Perbincangan- Pengerusikan menggalakkan setiap ahli memberi pendapat masing-masing.- Ahli-ahili kumpulan mengemukakan pendapat mereka.- Pencatat merekodkan pendapat-pendapat mereka yang dikemukakan.- Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk memberi bimbingan supaya perbincangan murid tidak terpesong daripada tujuannya.Peringkat Rumusan- Kumpulan-kumpuilan kecil dibubar dan duduk semula dalam bentuk keseluruhan kelas.- Pencatat memainkan peranan sebagai pelapor dengan menyampaikan hasil perbincangan mereka di depan kelas.- Guru membimbing pelapor membuat penyelarasan antara pendapat-pendapat yang dikemukakan.Peringkat Penutup- Guru membuat rumusan dan ulasan tentang perbincangan yang telah dijalankan.- Murid-murid merekodkan rumusan atau atau isi-isi penting dalam buku nota mereka.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN G URU?Guru memainkan peranan pentingKomunikasi sehala. Guru banyak bercakap.Kepimpinan guru secara autokratikPencapaian objektif guru diutamakanPenyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilaimurni/perkembangan emosi.Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.Interaksi di antara murid adalah pasif.Kaedah keseluruhan kelas.Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita,keseluruhan kelas.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?Murid memainkan peranan pentingKomunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,objektif pencapaian murid diutamakanperkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuatkesimpulan,Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan,penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untukmencapai objektif pengajaran.Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaranKecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakanPenekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran,kefahaman dan berdikari.Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melaluikaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb.Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaranKaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus,perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb

PENYIASATAN MATEMATIK Penyiasatan matematik ialah satu cara ke arah mencapai matlamat yang besar iaitu untuk menyuntik satu semangat (spirit) penyiasatan dalam pengajaran kita. Ianya boleh dijalankan dengan suatu masalah atau situasi yang mudah yang mana pelajar boleh menunjukkan kemajuan mereka. Selain daripada itu, pelajar digalakkan menyediakan bahan manipulatif di mana bahan tersebut dapat meningkatkan kefahaman dan mempercepatkan pemerolehan sesuatu penyelesaian atau keputusan. Pelajar harus diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman serta untuk berinteraksi antara guru dengan pelajar atau sesama pelajar. Sebelum penyiasatan matematikal diperkenalkan kepada pelajar, guru harus cuba menarik perhatian dan minat pelajar terhadapnya. Struktur dalam pengajaran kita harus memberikan pertimbangan terhadap pengalaman kumpulan pelajar, kebolehan kumpulan pelajar, cara bekerja dalam kumpulan, isikandungan atau proses yang hendak diperkembangkan dan masalah yang hendak diselesaikan.KEGUNAAN PENYIASATAN MATEMATIK Penyiasatan matematik memainkan peranan penting di dalam menentukan kurikulum matematik. Namun pelaksanaannya adalah bergantung kepada cara guru mengajar dan cara pelajar belajar. Kebanyakan penyiasatan dibuat secara terbuka iaitu terbuka kepada interprestasi kreatif dan ia boleh digunakan semula apabila penyelesaian ditemui. Perluasan kepada penyiasatan asal mungkin akan menghasilkan persoalan yang baru, permasalah yang baru serta penemuan yang baru.Penyiasatan matematik banyak memberi peluang kepada guru sendiri dengan memberi penerangan yang baik. Ianya juga dapat mengadakan perbincangan antara guru dan pelajar atau di kalangan pelajar sendiri. Selain daripada itu ianya turut membina kemahiran berfikiran aras tinggi (HOT) dan membina kemahiran dan strategi penyelesaian masalah. Pelajar juga berpeluang membina penemuan sendiri dan mengaplikasikan matematik dalam semua situasi dengan menunjukkan proses secara matematikal strategi penyelesaian msalah tersebut. Di samping itu, pelajar dapat membina perlakuan positif dan berfikiran secara terbuka.PERANAN GURU DALAM PENYIASATAN MATEMATIKPada peringkat awal dalam penyiasatan matematik adalah guru seharusnya mendengar dan menghargai respon yang diberikan oleh pelajar. Seandainya terdapat perbezaan pendapat di antara pelajar, guru gunakan peluang ini untuk menggalakkan pelajar membuat penjelasan dan justifikasi lanjutan. Ini dapat membantu dalam perkembangan bahasa yang lebih jelas dan meletakkan pelajar itu sendiri sebagai bertanggungjawab dalam membuktikan kebenaran .jawapan yang diberikan. Semasa pelajar menjalankan aktiviti secara individu atau berpasangan, guru dikehendaki memantau perlakuan pelajar dan mendengar percakapan mereka dan bersoal jawap dengan pelajar. Selain daripada itu, guru membimbing pelajar yang tersekat idea dan memberikan galakkan kepada pelajar. Guru juga digalakkan untuk meminta pelajar yang tidak menampakkan sebarang kemajuan dalam penyiasatannya untuk menerangkan kepada kelas apa yang mereka sedang cuba lakukan. Ini mungkin sedikit sebanyak membantu mereka membuka kekusutan dalam cara mereka berfikir. LANGKAH-LANGKAH PENYIASATAN MATEMATIK Terdapat lima langkah untuk menjalankan penyiasatan matematikal iaitu: Perkenalkan masalaho Guru akan cuba menanam minat pelajar dengan memotivasikan pelajar dengan mewujudkan situasi yang menarik dan relevan. Mentafsir masalaho Soalan dibina daripada masalah yang diberikan untuk mencari kata-kata kunci di dalam masalah yang diberi. Merancang penyiasatano Guru membimbing pelajar memilih kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melaksanakan penyiasatano Murid membuat hypotesis dan genaralisasi. Manakala guru membimbing pelajar dengan bertanyakan beberapa soalan. Membuat kesimpulano Murid akan menerangkan hasil penyiasatan dan menerangkan bagaimana dan kenapa mereka menggunakan sesuatu teori tersebut. Di samping itu, soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid yang lain dapat membantu untuk mencapai penghasilan penyiasatan yang baik