nota sejarah bab 5 - tingkatan 5

Upload: arivaran-ravichantar

Post on 30-May-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Nota Sejarah Bab 5 - Tingkatan 5

    1/2

    (1) Sistem Ahli

    (i) Faktor Pengenalan

    a) Idea1. Oleh Dato Onn semasa berunding dengan Sir Henry

    Gurney.

    b) Model

    1. Mengikut model Negara Rhodesia dan Kenya.

    c) Melatih

    1. Penduduk tempatan dan lain-lain kaum menerajuipentadbiran di TM.

    d) Dekolonisasi1. Selaras dengan dasar dekolonisasi British.

    e) Komunis

    1. Mengurangkan tekanan daripada PKM.

    f) Rundingan1. Setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja, rundingan

    Henry Gurney dengan wakil UMNO dan wakil kaum lainjuga tercapai.

    (ii) Ciri-Ciri Sistem Ahli

    a) Sebelum

    1. Diadakan sebelum Pilihanraya Majlis PerundanganPersekutuan.

    b) Kabinet Bayangan

    1. Dengan beberapa orang pegawai tadbir dan tokohmasyarakat.

    c) Gelaran

    1. Anggota sistem ini akan digelar Ahli.

    d) Jumlah1. Terdiri daripada 9 Ahli.

    e) Lantik

    1. Oleh PJT dengan persetujuan MRR Melayu.

    f) Kawal1. Kesemua anggota dikawal oleh PJT.

    (iii) Tugas Ahli

    a) Portfolio1. Ahli diberi tugas menjaga satu portfolio yang

    mengandungi satu jabatan kerajaan.

    b) Uruskan1. Pentadbiran harian jabatan.

    c) Cadangan1. Mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatan

    setelah berbincang dengan pegawai kanan British dandibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.

    d) PJT1. Kesemua anggota Sistem Ahli diletakkan di bawah

    kawalan PJT.

    (iv) Kepentingan Sistem Ahli

    a) Latih

    1. Tapak asas untuk melatih orang tempatan ke arahbekerajaan sendiri.

    b) Perpaduan1. Memulakan proses perpaduan kaum kerana ahlinya dari

    pelbagai kaum.

    c) Kemerdekaan1. Asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal

    dicapai oleh Persekutuan TM.

    d) Pendedahan

    1. Memberi pendedahan yang baik kepada penduduktempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaanwalaupun masih dijajah oleh British.

    (2) Pakatan Murni

    a) Maksud1. Satu usaha semua kaum di TM bekerjasama dan tolak

    ansur dalam politik melalui rundingan.2. Jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.

    (i) Usaha Pakatan Murni Sebelum Penubuhan PrtiPerikatan.

    a) Penubuhan J/K Hubungan Antara Kaum

    1. Ditubuhkan di Pulau Pinang.2. Mula dianggotai oleh Dato Onn (wakil UMNO dan orang

    Melayu), Tan Cheng Lock (wakil MCA dan orang Cina).3. Selepas itu disertai oleh orang India, Serani, Sri Lanka,

    dan Eropah.4. Titik permulaan kerjasama antara kaum.

    b) UMNO Dibuka Kepada Bukan Melayu

    1. Dicadangkan oleh Dato Onn.

    2. Orang Melayu telah membantah kerana tidak mahumengubah struktur UMNO dan Dato Onn meninggalkanUMNO.

    c) Perkara Yang Dipersetujui Dalam RundinganUMNO JHAK(CLC)

    1. Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakatluar bandar terutama kaum Melayu.Pengerusi pertamanyaialah Dato Onn Jaafar.

    Bab 5 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka

  • 8/14/2019 Nota Sejarah Bab 5 - Tingkatan 5

    2/2

    2. Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigren yanglahir di Persekutuan Tanah Melayu.Bagaimanapun,syaratnya ibu atau bapanya telah menjadi rakyat TanahMelayu.

    3. Pilihanraya akan diadakan pada masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis PerundanganPersekutuan (MPP).

    d) Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)1. Ditubuhkan oleh Dato Onn.

    2. Keanggotaan dibuka kepada semua kaum demi untukmewujudkan kerjasama kaum dalam satu parti.3. Orang bukan Melayu telah menjadi rakyat TM melalui

    Kerakyatan Negeri 1951.4. Gagal mendapat sambutan orang Cina dan India kerana

    mereka tidak menganggap mereka satu bangsa TM.

    e) Persidangan Kebangsaan 19531. Dicadangkan oleh Sir Malcolm Mac Donald.2. Untuk mencapai kerjasama politik dan mengurangkan

    perasaan perkauman.

    f) Konvensyen Kebangsaan1. Dianjurkan oleh TAR UMNO bersama MCA.

    2. Disertai oleh pelbagai parti dan pertubuhan.3. Berjaya membentuk Part Perikatan (UMNO MCA)

    (ii) Usaha Pakatan Murni Selepas Penubuhan PartiPerikatan

    a) Pilihanraya Majilis Perbandaran

    1. Pilihanraya Majlis Perbandaran KL mewujudkankerjasama UMNO MCA Selangor (Menang 9 drpd 12kerusi).

    2. Pilihanraya Majlis Perbandaran di Bandar-bandar utamalain.Memenangi 26 drpd 37 kerusi yang dipertandingkan.

    b) Pilihanraya Negeri 1954

    1. Parti Perikatan memenangi 226 kerusi dalam 268 kerusiyang dipertandingkan.

    c) Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

    1. Parti Perikatan memenangi 52 kerusi.2. Manifesto Parti Perikatan :

    Mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun Mewajibkan Pendidikan Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan Menjaga hak asasi manusia Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja

    Berpelembagaan

    d) Kabinet Dibentuk

    1. TAR sebagai Ketua Parti Perikatan dilantik menjadi KetuaMenteri.

    2. Membentuk kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum.3. TAR dan rombongannya dihantar ke London untuk

    rundingan kemerdekaan.

    (3) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957(Perlembagaan Kemerdekaan 1957)

    a) Suruhanjaya Reid1. Tugas ialah membincang dan menyusun perlembagaan

    Persekutuan Tanah Melayu Merdeka.2. Anggotanya ialah Lord Reid sebagai Pengerusi, Sir

    William Mckell, Sir Ivor Jennings, Tuan B.Malik dan TunAbdul Hamid.

    3. Pihak yang terlibat dalam memberi pandangan dan

    memorandum kepada Suruhanjaya Reid adalah : Raja-raja Melayu Parti Perikatan Pertubuhan Politik Orang Perseorangan

    b) Isu-Isu Yang Menjadi Panduan Kepada SuruhanjayaReid

    1. Pembentukan kerajaan pusat yang kuat.2. Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam beberapa

    bidang.3. Kedudukan hak istimewa orang Melayu.4. Kedudukan Raja-raja Melayu5. Mewujudkan satu bangsa PTM

    6. Prinsip Jus Soli diterima dengan syarat orang bukanMelayu menerima hak istimewa orang Melayu.

    7. Agama Islam menjadi agama rasmi.8. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.

    c) Parlimen British menerima cadangan Suruhanjaya inid) Pengesahan diterima dari Majlis Perundangan

    Persekutuane) Terbentuk Perlembagaan Kemerdekaan 1957

    f) Isu-Isu Penting

    1. Ditubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan dan Pusat.2. Wujud pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan

    Negeri.

    3. Wujud Institusi Raja-raja Berpelembagaan.4. Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Negara.5. Pentadbiran bersifat Demokrasi Berparlimen.6. Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara di bawah

    kuasa Parlimen.7. Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang di

    peringkat negeri.8. Menteri Besar pelaksana pentadbiran di peringkat negeri.9. Kerakyatan - Prinsip Jus Soli diterima dengan syarat orang

    bukan Melayu menerima hak istimewa orang Melayu.Wujud beberapa jenis kerakyatan iaitu :

    1) Kuat Kuasa Undang-undang2) Permohonan3) Naturalisasi

    10. Kedudukan hak istimewa orang Melayu dikekalkan.11. Islam menjadi agama rasmi.12. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.13. Tanah simpanan Melayu dikekalkan.

    g) Kepentingan Perjanjian PTM 19571. Sebuah kerajaan demokrasi dgn konsep Raja

    berpelembagaan dapat dibentuk.2. Pemimpin Melayu dan Cina dapat mewujudkan perpaduan

    melalui Pakatan Murni.

    3. Penduduk tempatan diberi kuasa mutlak untuk mentadbirNegara mengikut acuan sendiri.

    4. Perbezaan warna kulit, agama dan bangsa diketepikanuntuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.

    5. Di negeri, Menteri Besar mentadbir dengan bantuanEXCO dan Dewan Undangan Negeri.

    h) Tokoh-Tokoh Merdeka

    1. Tunku Abdul Rahman2. Tun Abdul Razak

    3. Tun H.S.Lee4. Tun V.T.Sambanthan