nota sejarah

Upload: dzul-hellmy

Post on 07-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

History

TRANSCRIPT

Isnin

Sejarah

14.7.2014

Kerajaan Melayu Awal

Kerajaan melayu awal terbahagi kepada 2 bentuk kerajaan iaitu :

a) Kerajaan Agraria pertanian

b) Kerajaan Maritim perdagangan & perikanana) Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.Ciri ciri Kerajaan Agraria

1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian.

2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman.

3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah

4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang.

5. Sistem pengaliran dikawal oleh pemerintah.

6. Hasil utama kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan menangkap ikan.

b) Kebanyakannya kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai kerana ia utamanya berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan perdagangan. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim.c) Aktiviti utama adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat persinggahan pelayar.d) Antaranya barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan.Faktor faktor Kebangkitan Kerajaan Maritim

Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya sangat mahir dalam pelayaran. Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua bidang berkaitan dengan laut)

Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan, dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.

Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan Timur dan Barat. Tiupan angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu pertukaran angin monsun. Terletak di kawasan yang strategik.

Nama : Tarikh :