nota ringkas psv tingkatan 5

8

Click here to load reader

Upload: heary-razani

Post on 26-Dec-2015

2.892 views

Category:

Documents


231 download

DESCRIPTION

nota ringkas asas seni reka dan prinsip rekaan

TRANSCRIPT

Page 1: nota ringkas psv tingkatan 5

Dalam subjek Pendidikan Seni Visual asasnya ialah sama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5....Secara umumnya kita akan mengajar pelajar dan sentiasa mengingatkan mereka kepada Asas Seni visual iaitu

Unsur Seni :

1. Garisan - terhasil daripada satu siri titik yang disambungkan.

2. Rupa - terhasil daripada satu siri titik yang kemudiannya disambung sehingga ke titik permulaannya.

3. Bentuk - apabila dilukis mempunyai pandangan sudut yang menunjukkan 3D.

4. Ruang5. Jalinan6. Warna

Prinsip Rekaan :

1. Harmoni2. Penegasan3. Kontra4. Pergerakan5. Keseimbangan6. Kepelbagaian 7. Kesatuan 

Semua di atas adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh para pelajar dari setiap tingkatan.

Seni Halus :

1. Lukisan2. Catan3. Arca4. Cetakan

Komunikasi Visual :

1. Reka bentuk Grafik2. Poster3. Simbol, Logo dan Maskot4. Kaligrafi5. Pembungkusan6. Grafik Persekitaran7. Ilustrasi8. Komputer9. Multimedia

Reka Bentuk :

1. Industri2. hiasan dalaman3. landskap

Kraf Tradisional dan dimensi baru :

1. Tembikar2. Anyaman3. Ukiran kayu4. Tekat5. Batik6. Tenunan

Page 2: nota ringkas psv tingkatan 5

PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

1. Harmoni

Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai

Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang

Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna

Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

harmoni dari segi garisan

harmoni dari segi bentuk

harmoni dari segi rupa

2. Kontra

 Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan

Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan

Page 3: nota ringkas psv tingkatan 5

Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

kontra dari segi bentuk

kontra dari segi warna

kontra dari segi warna

3. Penegasan

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan

Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan

Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan

Page 4: nota ringkas psv tingkatan 5

penegasan pada objek yang berbeza warna

objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan

4. Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 

Page 5: nota ringkas psv tingkatan 5

imbangan simetrib. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

imbangan tidak simetri

5. Irama dan Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb

Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan

Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

Page 6: nota ringkas psv tingkatan 5

arca pergerakan/irama

6. Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan

Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan

Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

kepelbagaian warna

kepelbagaian bentuk dan jenis objek

7. Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan

Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

kesatuan tema