nota ringkas moral.docx

8
UNSUR-UNSUR PENTING BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS. UNSUR INTELEK Unsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan daya pemikiran yang inovatif, logikal, analitis dan ilmu yang bermanfat. Walau bagaimanpun, unsur-unsur intelek yang diterapkan ke dalam dasar pendidikan negara banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan teori barat. Barat menggariskan bahawa ideologi intelek adalah bersifat antroposenik, iaitu kepusatan manusia semata-mata. Ideologi barat misalnya memutuskan hubungan individu dengan Tuhan. Barat menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang terdiri daripada enam bahagian iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan biologi, perkembagan kognitif dan interaksi sosial. Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang tinggi dan bermutu. Akal merupakan alat peneroka dan pemyelidik ilmu dan maklumat kepad manusia. Akal yang waras secara berterusan penting untuk menjana ilmu dan maklumat terkini sejajar dengan tuntutan semasa. Antara otak dan akal sememangnya mempunyai perkaitan yang amat rapat, akal tidak sihat tanpa adanya otak. Oleh yang demikian, otak itu sendiri memainkan peranan yang amat penting dalam pelahiran yang waras. Kelebihan seseorang itu bergantung kepada penggunaan otaknya bagi berfikir. Otak yang berada di hemisfera kanan misalnya berfungsi untuk mengawal bahagian kiri badan dan merupakan sesuatu yang amat unik. Dalam bahagian ini, seseoarang itu berkebolehan berbahasa, bertutur, analisa matematik, analitik, logik, rasional, turutan dan disiplin. Manakala, hemisfera kanan pula berfungsi untuk proses non verbal, holistik, .lutnitif, visual, muzik, perasaan, dan imaginatif kerohanian. Berdasarkan kegunaan, otak hemisfera kiri digunakan untuk menanamkan perasaan mencintai sama ada kepada insan dan juga Tuhan. Kesimpulannya, berdasarkan pendapat Imam Ghazali otak berfungsi sebagai ingatan, perasaan, mensintesis, dan daya berfikir, visual atau bayangan, Oleh yang demikian, para pendidik tidak seharusnya mengenepikan agama itu sendiri kerana agama bukan sahaja bersesuaian dengan perkembangan daya intelek malah membantu untuk mendorong proses merealisasikan daya intelek dengan sempurna dan membekalkan daya petunjuk bagi perkembangan intelek

Upload: zanawati

Post on 11-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota ringkas moral.docx

UNSUR-UNSUR PENTING BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN

HARMONIS.

UNSUR INTELEK

Unsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan daya

pemikiran yang inovatif, logikal, analitis dan ilmu yang bermanfat. Walau bagaimanpun, unsur-

unsur intelek yang diterapkan ke dalam dasar pendidikan negara banyak dipengaruhi oleh

pemikiran dan teori barat. Barat menggariskan bahawa ideologi intelek adalah bersifat

antroposenik, iaitu kepusatan manusia semata-mata. Ideologi barat misalnya memutuskan

hubungan individu dengan Tuhan. Barat menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang

terdiri daripada enam bahagian iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan

biologi, perkembagan kognitif dan interaksi sosial.

            Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang tinggi dan bermutu. Akal

merupakan alat peneroka dan pemyelidik ilmu dan maklumat kepad manusia. Akal yang waras

secara berterusan penting untuk menjana ilmu dan maklumat terkini sejajar dengan tuntutan

semasa. Antara otak dan akal sememangnya mempunyai perkaitan yang amat rapat, akal tidak

sihat tanpa adanya otak. Oleh yang demikian, otak itu sendiri memainkan peranan yang amat

penting dalam pelahiran yang waras.

            Kelebihan seseorang itu bergantung kepada penggunaan otaknya bagi berfikir. Otak

yang berada di hemisfera kanan misalnya berfungsi untuk mengawal bahagian kiri badan dan

merupakan sesuatu yang amat unik. Dalam bahagian ini, seseoarang itu berkebolehan

berbahasa, bertutur, analisa matematik, analitik, logik, rasional, turutan dan disiplin. Manakala,

hemisfera kanan pula berfungsi untuk proses non verbal, holistik, .lutnitif, visual, muzik,

perasaan, dan imaginatif kerohanian. Berdasarkan kegunaan, otak hemisfera kiri digunakan

untuk menanamkan perasaan mencintai sama ada kepada insan dan juga Tuhan.

            Kesimpulannya, berdasarkan pendapat Imam Ghazali otak berfungsi sebagai ingatan,

perasaan, mensintesis, dan daya berfikir, visual atau bayangan, Oleh yang demikian, para

pendidik tidak seharusnya mengenepikan agama itu sendiri  kerana agama  bukan sahaja

bersesuaian dengan perkembangan daya intelek malah membantu untuk mendorong proses

merealisasikan daya intelek dengan sempurna dan membekalkan daya petunjuk bagi

perkembangan intelek secara beradab terutamanya dalam perkembangan dunia yang semakin

mencabar kini. Sekiranya konsep dan kepercayaan kepada Tuhan Maha Pencipta itu

Page 2: nota ringkas moral.docx

diterapkan nescaya impian falsafah pendidikan negara akan tercapai terutamanya melahirkan

masyrakat yang berilmu pengetahuan, dan berakhlak mulia akan tercapai.

UNSUR ROHANI

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah dierti sebagai batin yang

berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu yang berlawanan

dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata

kasar.

            Imam Al-Ghazali (1058-1111) mentafsirkan rohani sebagai perkara yang terdiri daripada

akal, nafsu jiwa dan roh. Mengikut pandangan Islam, perkembagan rohani seseorang insan

remaja terdiri daripada pelbagai peringkat. Pada peringkat awal remaja, iaitu lingkungan umur

12-15 tahun, remaja telah  memahami nilai ketuhanan, dosa dan pahala secara konseptul.

Pada peringkat ini, mereka memerlukan kepuasan rohanian untuk menghadapi dugaan hidup.

Pada peringkat ini juga remaja mudah terpengaruh pada persekitaran dan rakan sebaya dalam

perkembangan rohaninya.

            Namun, remaja yang berusia lingkungan 15 hngga 20 tahun mula mempunyai pegangan

yang kukuh kepada agama. Mereka telah percaya tentang kewujudan  Tuhan, dosa  dan pahala

serta hari pembalasan. Mereka juga mula memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara

abstrak. Remaja dalam lingkungan umur  ini juga mula mempersoalkan aspek-aspek

kerohanian secara logik. Malah, kadang-kadang timbul perasaan ragu, gelisah dan curiga

terhadap perkara-perkara yang berkaitan kerohanian.

            Kesimpulannya, bagi meningkatkan perkembangan rohani remaja, pendidikan agama

harus ditekankan seperti yang dilakukan pada masa kini.Kesedaran tentang Tuhan sebagai

pencipta alam semesta dan bend-benda di sekeliling terus ditegaskan. Melalui pendidikan

agama, semangat sayang kepada Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan Tuhan tetap

akan diperkukuhkan. Maka, dengan ini perinsip dalam falsafah pendidikan negara

iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai.

UNSUR EMOSI

Menurut Freud, seorang ahli psikologi dan psikiatri terkenal telah membahagiakan

perkembangan manusia kepada tiga bahagian iaitu id, ego dan superego. Ia merupakan

bahagian personaliti tidak sedar yang berfungsi sebagai stor prnyimpanan keinginan manusia

dan ia telah didorong oleh tenaga libido. Ego wujud  seawal bayi berusia enam bulan dan pada

Page 3: nota ringkas moral.docx

waktu itu ia mengandungi pemikiran realistik, dan logik yang tersusun. Ia berfungsi mengawal

supaya keinginan itu tidak akan melanggar nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.

           Freud juga berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia berkait rapat dengan

perkembagan fizikal. Ciri perkembangan emosi remaja dapat dikenal pasti apabila remaja mulai

menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Selain itu, mereka mula merasa

ingin bersosial dengan rakan sebaya. Malah pada peringkat ini, mereka telah didorong oleh

tenaga libido yang memotivasikan tingkah laku.

           Oleh itu sejajar dengan tuntutan falsafah pendidikan negara, seseorang pendidik itu

harus tahu tentang emosi dan rohani pelajar mengikut peringkat perkembangannya. Pada

peringkat ini golangan remaja harus dikawal dan dicegah daripada perkembangan rohani yang

tidak diingini. Pendidik sewajarnya bersifat penyayang dan membantu pelajar serta

membimbing mereka agar menyelesaikan masalah rohani mereka dengan cara yang

berpatutan di samping menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar.

UNSUR JASMANI

PSIKOMOTOR

Psikomotor merujuk kepada potensi atau kematangan seseorang dan kesediaan untuk

melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Seseorang

individu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh badannya telah sampai

kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Kematangan psikomotor ini meliputi

perkembangan otot, tulang, anggota , pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh

tubuh badan.

            Peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang sebaya adalah berbeza-beza,

memandangkan fizikal setiap orang adalah unik dan tersendiri. Bagaimanapun, kesediaan

psikomotor yang tinggi adalah membolehkan seseorang menjalankan aktiviti harian dalam

program pembelajaran yang cekap dan berkesan. Kesediaan psikomotor ini adalah penting

untuk pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Muzik dan

Kemahiran Hidup.

            Melihat senario pendidikan dan pembelajaran di Malaysia pada masa kini, kesediaan

psikomotor memainkan peranan yang amat penting bagi membentuk kokurikulum di sekolah.

Malah, sistem yang diikuti oleh pelajar di sekolah telah dirancang mengikut tahap psikomotor

terutamanya latihan-latihan permainan bagi menajamkan lagi kemahiran pelajar. Malah, pelajar-

Page 4: nota ringkas moral.docx

pelajar juga telah didahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang lain untuk membina

daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan pergerakan yang cekap.

Kesimpulannya, pada tahap kematangan dan kesediaan psikomotot yang tertentu dan

peringkat-peringkat, proses pembelajaran boleh diterapkan dengan nilai-nilai Islam supaya

mampu melahirkan insan yang lebih seimbang pada masa akan datang. Ini kerana fizikal yang

sihat dan matang tidak akan sihat tanpa disusuli dengan kematangan dalam beribadat dan

menyembah Pencipta yang Esa. Dengan ini, matlamat dan wawasan falsafah pendidikan

negara akan tercapai seperti dalam petikan “Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

KOGNITIF

Kognitif merujuk kepada kesediaan mental seseorang untuk belajar sesuatu. Ia

berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis,

mengsintesis dan menilai. Biasanya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara

terus dengan pertambahan umurnya iaitu murid-murid sekolah rendah hanya perlu bersedia

untuk belajar operasi konkrit, dan apabila telah masuk sekolah menengah, mereka mula

sanggup bersedia untuk belajar operasi yang kompleks.

            Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newmah (1937), dan Sheildo

(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan

intelek yang berbeza-beza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan antar individu

boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam kelas.

Dengan kata lain, kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu ialah kesanggupan

seseorang yang dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya.

Seseorang itu dikatakan mempunyai kesediaan kognitif apabila pencapaian ilmiahnya adalah

sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukan.

Kesimpulannya, dalam unsur kognitif ini maklumat yang diterima akan diproses melalui

pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumt yang lain yang sedia ada dalam

ingatan, iaitu diubah secara disusun semula. Oleh itu, bagi melahirkan generasi yang ideal,

maklumat tentang ketuhanan dan keagamaan sentiasa disalurkan kepada mereka supaya

maklumt ini terus sebati dalam diri pelajar itu bagi melahirkan generasi yang seimbang.

Page 5: nota ringkas moral.docx

KESIMPULAN

Konklusinya, sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, maka aspek rohani

perlulah ditegaskan dengan maksud menghubungkan manusia (Insan) dengan Allah (Pencipta).

Ini tentulah menyentuh persoaalan dasar kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah. Apabila

diperkatakan konsep rohani, maka wajarlah dihayati aspek keimanan, tradisi keilmuan,

ketakwaan, serta amal yang salih. Oleh itu, dengan wajar perkara-perkra ini dihayati di dalam

pembelajaran agar dapat mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan negara.

            Ilmu dan kebijaksanan tidak bermakna sekiranya tanpa unsur ketuhanan dan rohani

dalam kehidupan manusia. Tiada gunanya kemajuan  sekiranya tanpa kasih sayang dan sikap

menghormati dan menyayangi mahluk ciptaan Tuhan itu sendiri.

Page 6: nota ringkas moral.docx

Pendekatan Pendidikan Moral

Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Pendekatan Tindakan Sosial

Pendekatan Analisis Nilai

. Pendekatan Bertimbang Rasa

Pendekatan Pembinaan Rasional

. Pendekatan Penjelasan Nilai

PENDEKATAN PENDIDIKAN

Page 7: nota ringkas moral.docx

Pendekatan Pendidikan Moral

Terdapat 7 Pendekatan Pendidikan Moral

1. Pendekatan Pemupukan Nilai

2. Pendekatan Bertimbang Rasa

3. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

4. Pendekatan Analisis Nilai

5. Pendekatan Tindakan Sosial

6. Pendekatan Penjelasan Nilai

7. Pendekatan Pembinaan Rasional

Page 8: nota ringkas moral.docx