nota-mi-nggu-7

2
NOTA MINGGU KULIAH 8 1 Laras Agama Ciri Laras Bahasa Laras Seni Laras Sains Konsep Pendidikan Jasmani Laras Matematik Laras Sastera Kemahiran Hidup Laras Bahasa Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Laras bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi, konteks, menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada bidang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa agama, sains, matematik, seni, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan sastera. Laras bahasa mempunyai retorik yang tersendiri, sama ada pujukan, penyataan, perintah dan sebagainya. Konsep dan Ciri Laras Bahasa Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan. Jenis-jenis laras yang wajib dikuasai dalam tajuk ini ialah: Laras Agama Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Laras ini juga mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat. Laras Sains Laras bahasa sains ialah laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intelektual, saintifik, formal, dan objektif. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta. Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal. Penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif. Laras Matematik Bagi laras matematik, penggunaan istilah berkaitan dengan pengiraan seperti penambahan dan pendaraban. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am, dan definisi tepat untuk operasi-operasi menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang, dan medan. Laras matematik banyak menggunakan simbol atau unit bagi mewakili sesuatu perkataan. Simbol yang digunakan lazimnya terdiri daripada satu huruf atau lebih huruf tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Laras bahasa matematik bersifat formal dan tidak mementingkan struktur

Upload: unknown

Post on 09-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota minggu 7

TRANSCRIPT

Page 1: nota-mi-nggu-7

NOTA MINGGU KULIAH 8

1

Laras Agama Ciri Laras Bahasa Laras Seni

Laras Sains Konsep Pendidikan Jasmani

Laras Matematik Laras Sastera Kemahiran Hidup

Laras Bahasa

Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa

yang digunakan dalam satu-satu masa. Laras bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan

penggunaannya mengikut situasi, konteks, menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus

kepada bidang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang

pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi,

istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa agama, sains,

matematik, seni, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan sastera. Laras bahasa mempunyai retorik

yang tersendiri, sama ada pujukan, penyataan, perintah dan sebagainya.

Konsep dan Ciri Laras Bahasa

Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa

menurut bidang penggunaannya. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa

yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras

bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, laras bahasa

berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa

atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri penggunaan bahasa

mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan. Jenis-jenis laras

yang wajib dikuasai dalam tajuk ini ialah:

Laras Agama

Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama

yang khusus bagi sesuatu agama. Laras ini juga mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.

Laras Sains

Laras bahasa sains ialah laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa

basahan. Bersifat intelektual, saintifik, formal, dan objektif. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian

dan fakta. Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal. Penggunaan istilah-istilah pinjaman

daripada bahasa Inggeris. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.

Laras Matematik

Bagi laras matematik, penggunaan istilah berkaitan dengan pengiraan seperti penambahan dan

pendaraban. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am, dan definisi tepat untuk

operasi-operasi menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang, dan medan. Laras matematik

banyak menggunakan simbol atau unit bagi mewakili sesuatu perkataan. Simbol yang digunakan

lazimnya terdiri daripada satu huruf atau lebih huruf tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk

menandai sesuatu konsep. Laras bahasa matematik bersifat formal dan tidak mementingkan struktur

Page 2: nota-mi-nggu-7

NOTA MINGGU KULIAH 8

2

ayat. Laras matematik mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan

eksplisit. Berbentuk ilmiah dan mengandungi istilah-istilah teknikal Setiap fakta dapat dihuraikan

berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.

Laras Sastera

Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan. Laras ini bersifat

imaginatif dan figuratif (kiasan). Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah yang

khusus yang berkaitan dengan sastera.

Laras Seni

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif,

deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Laras Kemahiran Hidup

Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu, mengandungi ilustrasi gambar rajah,

jadual, graf, peta, dan sebagainya. Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat dan

mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah.

Latihan

1. Andaikan anda seorang pengulas sukan. Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan

sukan dengan menggunakan laras sukan yang sesuai. Persembahkan ulasan selari tersebut

dengan intonasi yang betul.

2. Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan. Sertakan beberapa contoh iklan yang

menggunakan laras bahasa iklan yang menarik.

3. Senaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut:

a) laras bahasa matematik

b) laras bahasa sains

c) laras bahasa agama

d) laras bahasa sastera

e) laras bahasa seni