nota k8 x

Upload: luqman

Post on 05-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dsdsdsds

TRANSCRIPT

  • KULIAH MINGGU 8

    IMBANGAN PEMBAYARAN DAN TUKARAN MATAWANG ASING

    Perdagangan antarabangsa melibatkan aktiviti eksport dan import Malaysia dengan pelbagai negara rakan niaganya di seluruh dunia.

    Secara umumnya Malaysia mengalami imbangan dagangan positif dari tahun 1960-an sehinggalah kini di awal abad ke 21.

    Ini bermakna nilai eksport barangan Malaysia melebihi nilai import barangan Malaysia bagi jangka masa tersebut.

    *

  • Sekiranya nilai import dan eksport dalam Jadual I adalah pada harga semasa, maka nilai-nilai tersebut boleh meningkat di sebabkan oleh 3 faktor:

    a) peningkatan kuantiti eksport dan importb) peningkatan harga eksport dan importc) peningkatan kuantiti dan harga eksport dan import serentak*

  • STRUKTUR EKSPORT DAN IMPORT

    1) KOMPOSISI EKSPORT

    a) Zaman penjajahan dan awal kemerdekaanPada era tersebut, komoditi eksport utama terdiri daripada getah, bijih timah, bijih besi, kayu kayan dan kelapa sawit.

    Hasil eksport komoditi tersebut adalah seperti di Jadual 2.

    Jadual 2

    Hasil eksport komoditi ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran penjajahan dan juga untuk mengimport barangan pembuatan untuk penggunaannegara.*

  • Nilai eksport bagi getah(1) meningkat tetapi sumbangan kepada jumlah eksport kian menurun iaitu 70.3% pada tahun 1947 dan menjadi 44.2% sahaja dalam tahun 1965. Bijih timah(2) merupakan komoditi eksport kedua penting dan sumbanganya daripada jumlah eksport adalah dalam lingkungan 13- 28% bagi tahun terpilih.

    Bagi barangan eksport lain seperti bijih besi, kayu-kayan dan kelapa sawit, sumbangannya agak kecil (antara 1-6%) bagi tahun-tahun terpilih. Tren nilai dan komposisi eksport bagi ketiga-tiga barangan ini adalah menaik bagi tahun 1947-1965.

    b) Tahun 1960-an dan 1970-an

    Dari segi kumpulan utama, terdapat pengurangan yang nyata dalam tren komposisi eksport barangan pertanian dan sebaliknya berlaku peningkatan dalam komposisieksport barangan perkilangan bagi tahun 1960-1978 (Jadual 3).

    Kumpulan eksport barangan pertanian utama terdiri daripada getah, kayu, minyak kelapa sawit, lada hitam, koko dan lain-lain. Kemerosotan industri pertanian disebabkan kemerosotan dalam eksport getah. Didapati tren komposisi eksport bagi produk kayu dan minyak kelapa sawit adalah meningkat.*

  • Jadual 3.

    Eksport barangan perkilangan terus meningkat dari 8.5% pada tahun 1960 kepada 21.2% pada tahun 1987. Secara kumpulan, barangan perkilangan terdiri daripada keluaran petroleum, makanan, kain dan kasut, keluaran kayu, kimia, mesin-mesin elektrik dan alat ganti. Pertambahan yang besar berlaku dalam pengeluaran mesin-mesin elektrik dan alat-alat gantian, keluaran kayu, kain dan kasut, serta bahan-bahan makanan.*

  • Eksport barangan perkilangan yg semakin meningkat ini menunjukkan perubahan dalam struktur pengeluaran negara yang mengurangkan pergantungan pada keluaran barangan utama. Ini ialah kerana dasar perindustrian negara yg memperluaskan pengeluaran barangan baru dalam usaha mengatasi masalah turun naik harga barangan keluaran utama. Peningkatan dalam nilai keluaran (value added).

    Daripada kumpulan barangan perkilangan, pertumbuhan barang-barang elektrik berlaku dengan pesat akibat daripada penubuhan zon-zon perdagangan bebas.

    Purata pertumbuhan tahunan bagi eksport negara bagi tahun 1971-78 ialah 46 peratus. Dari segi komposisi eksport, barang yag mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi pada tahun 1971-78 ialah mesin-mesin elektrik dan alat ganti (79%), kain dan kasut (40%), petroleum (35%), minyak sawit (29%), keluaran hasil kayu (19%), keluarankeluaran getah (18%), kayu (14.7%), makanan (14%) dan lain-lain.

    c) Era 1980-an

    Eksport negara pada keseluruhannya menunjukkan arah aliran yang serupa dengan tahun-tahun sebelumnya. Terdapat kejatuhan dalam bahagian eksport baranganpertanian yang diikuti dengan kenaikan dalam bahagian eksport bahan logam, galian, dan bahan perkilangan.*

  • d) Era 1990-an dan kini

    Secara umumnya eksport barang perkilangan kekal menjadi eksport tertinggi mengatasi eksport sektor-sektor lain.

    II. KOMPOSISI IMPORT

    a) Era kemerdekaan

    Merujuk kepada beberapa tahun sebelum dan selepas kemerdekaan.

    Jadual 4.

    Daripada Jadual 4, di dapati berlaku kejatuhan dalam import bahan makanan tetapi berlaku peningkatan dalam bahan barangan pembuatan dan penggunaan.

    Sebab kejatuhan import makanan

    i) kecenderungan marginal mengimport yang rendahii) pertambahan dalam penggantian import, terutamanya beras.*

  • *Sebab peningkatan Import bahan pembuatan dan penggunaan

    i) keperluan terhadapnya semakin bertambah seiring dgn perkembangan dan peningkatan aktiviti perkilangan.

    Contoh: jentera, mesin, pengangkutan, bahan kimia untuk industri pembuatan, pembinaan.

    b) Tahun 1960-an dan 1970-an

    Import barangan terdiri daripada empat (4) kumpulan besar iaitu:

    i) barang-barang penggunaanii) barang-barang pelaburaniii) barang-barang perantaraaniv) import bagi eksport semula

    Jadual 5

    i) Tren import barangan pengguna menurun

    Sebabnya: kadar pencapaian semakin tinggi dalam tingkat mampu diri bagi pengluaran bahan makanan akibat dari dasar mampu diri dan penggantian import.

  • *ii. Tren import barangan pelaburan meningkatSebabnya: kemajuan dan perkembangan sektor perindustrian. Pengimportan mesin-mesin.

    iii. Tren import barangan perantaraan juga meningkatSebabnya: kemajuan dan perkembangan sektor perindustrian. Untuk kegunaan sektor perindustrian bahan-bahan perantaraan termasuk input perantara juga diperluakan.

    c) Era 1980an

    Tren import Malaysia bagi barangan pengguna tetap menurun tetapi dimbangi oleh kenaikan dalam import barangan pelaburan. Import bagi barangan perantaraanagak stabil.

    d) Era 1990an

    Barangan pelaburan dan perantara masih menguasi peratusan import tertinggi. Bagaimanapun pertumbuhan agak lembab berbanding tahun2 sebelumnya kerana kelembapan ekonomi yang berlaku.

    Import barang pengguna juga sedikit merosot disebabkan oleh perbelanjaan pengguna swasta yang lemah.

  • *

    e) Era 2000 sehingga kini (2003)

    Prestasi import era 2000-2003 agak lemah. Ini kerana didorong oleh keadaan kelembapan ekonomi dunia.

    Import barangan pelaburan dan perantaraan mencatatkan penurunan akibat kelembapan ekonomi dan penggunaan swasta yang perlahan.

    Import barangan pengguna didapati sedikit meningkat. Ini terdiri daripada import pengangkutan, bahan tahan lama isirumah seperti barangan elektrik dan bukanelektrik, dll serta barangan bukan tahan lama seperti wangian, kosmetik dan bahan kebersihan diri.

    HALUAN PERDAGANGAN

    Sila buat bacaan sendiri.

    SOALAN MINGGU 7

    Berbantukan data siri masa, bincangkan pola perdagangan Malaysia dengan negara-negara ASEAN sejak tahun 1970an sehingga kini.

  • *

    LIBERALISASI DAN GLOBALISASI PERDAGANGAN

    Apa yang anda faham tentang liberalisasi dan globalisasi perdagangan?

    Secara umumnya Liberalisasi perdagangan adalah satu keadaan atau proses yang membuatkan urusan perdagangan bersifat lebih liberal/terbuka kepada dunia luar danmembolehkan peluang-peluang pelaburan yang lebih terbuka.

    Apabila berlakunya liberalisasi, ini memberi ruang untuk negara lebih bergantungan antara satu sama lain. Dengan kata lain berlakunya apa yang dikenali sebagai globalisasi dalam perdagangan tersebut.

    Di sini globalisasi dalam ruang yang lebih luas merupakan satu proses atau keadaan di mana berlaku pergantungan antara negara, tekanan antara manusia, nilai dan ideamelampaui sempadan. Dengan kemudahan ICT, memudahkan lagi kesampaian dalam pelbagai dimensi dan menghapuskan perbezaan masa dan ruang dan sekaligus menyatukan seluruh dunia. Dunia tanpa sempadan.

    Liberalisasi dan globalisasi perdagangan jika berjalan dengan cara baik dapat memberi peluang baik kerana berjaya membawa masuk peluang-peluang pelaburan bagi negara-negara yang kekurangan modal dan sebagainya. Ini dapat membantu membangukan sesebuah negara. Contoh: Negara China kini.

  • *Malah tidak terkecuali juga membawa banyak keburukan.

    SOALAN MINGGU 8

    Bincangkan kebaikan dan keburukan liberalisasi dan globalisasi perdagangan.

    SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

    Perdagangan antarabangsa kerap kali lebih menguntungkan negara yang kaya berbanding negara miskin. Untuk menjaga kepentingnya negara ini, beberapa sekatan perdagangan dilakukan antaranya:i. Tarif dan cukai importii. Kuota dan sekatan kuantitiiii. Kawalan pertukaran asingiv. Subsidi eksport

    SOALAN MINGGU 81. Berbantukan data siri masa, bincangkan pola perdagangan Malaysia dengan negara-negara ASEAN sejak tahun 1970an sehingga kini.

    2. Bincangkan kebaikan dan keburukan liberalisasi dan globalisasi perdagangan.

    3. Bincangkan sekatan-sekatan dalam perdagangan antarabangsa.

    *****