nota elektrik

3
SUBTAJUK : KEELEKTRIKAN 1. Keelektrikan bermaksud pengaliran arus elektrik yang berlaku di dalam suatu konduktor. 2. Sumber elektrik pula boleh datang daripada pelbagai, termasuk bateri, dinamo, sel suria, sel kering, bateri basah, penjana kuasa dan lain-lain lagi. SUBTOPIK: KAEDAH MENGUKUR KEELEKTRIKAN Bagi mengukur keelektrikan, kita perlu tengok pengukuran yang dibuat pada 3 perkara lain yang berkaitan dengan elektrik, iaitu pada arus, voltan dan rintangan . Arus Voltan Rintangan 1. Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran elektrik. 2. Arus diukur dengan menggunakan Ammeter 3. Unit yang digunakan adalah ampere (A) 4. Ammeter disambung secara bersiri pada litar 1. Voltan ditakrifkan sebagai daya elektrik yang diperlukan untuk mengalirkan elektron antara dua titik ataupun beza keupayaan di antara dua titik. 2. Voltan diukur dengan menggunakan Voltmeter 3. Unit yang digunakan adalan voltan (V) 4. Voltmeter disambung secara selari pada litar 1. Rintangan ditakrifkan sebagai sifat sesuatu bahan yang menghalang atau menentang pengaliran elektron melaluinya. 2. Rintangan diukur dengan menggunakan formula (Rintangan = Voltan / Arus) 3. Unit yang digunakan adalah ohm (Ω) 4. Faktor yang menentukan rintangan adalah panjang konduktor, diameter konduktor dan jenis konduktor.

Upload: ana-farhana

Post on 05-Dec-2015

264 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sains tingkatan 3

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Elektrik

SUBTAJUK : KEELEKTRIKAN

1. Keelektrikan bermaksud pengaliran arus elektrik yang berlaku di dalam suatu konduktor.

2. Sumber elektrik pula boleh datang daripada pelbagai, termasuk bateri, dinamo, sel suria, sel kering, bateri basah, penjana kuasa dan lain-lain lagi.

SUBTOPIK: KAEDAH MENGUKUR KEELEKTRIKAN

Bagi mengukur keelektrikan, kita perlu tengok pengukuran yang dibuat pada 3 perkara lain yang berkaitan dengan elektrik, iaitu pada arus, voltan dan rintangan.

Arus Voltan Rintangan

1. Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran elektrik.

2. Arus diukur dengan menggunakan Ammeter

3. Unit yang digunakan adalah ampere (A)

4. Ammeter disambung secara bersiri pada litar

1. Voltan ditakrifkan sebagai daya elektrik yang diperlukan untuk mengalirkan elektron antara dua titik ataupun beza keupayaan di antara dua titik.

2. Voltan diukur dengan menggunakan Voltmeter

3. Unit yang digunakan adalan voltan (V)

4. Voltmeter disambung secara selari pada litar

1. Rintangan ditakrifkan sebagai sifat sesuatu bahan yang menghalang atau menentang pengaliran elektron melaluinya.

2. Rintangan diukur dengan menggunakan formula (Rintangan = Voltan / Arus)

3. Unit yang digunakan adalah ohm (Ω)

4. Faktor yang menentukan rintangan adalah panjang konduktor, diameter konduktor dan jenis konduktor.

Page 2: Nota Elektrik

HUBUNGAN ANTARA ARUS, VOLTAN DAN RINTANGAN

Hubungkait antara voltan, arus dan rintangan telah dikaji oleh Georg Simon Ohm. Dalam Hukum Ohm, ianya menyatakan bahawa arus yang mengalir melalui suatu konduktor adalah berkadar terus degan voltan. Bahasa mudahnya, sekiranya arus meningkat, maka voltan juga turut meningkat.

Formula Hukum Ohm adalah seperti berikut :

Bagi memudahkan hafalan, adik-adik boleh gunakan petua segitiga Hukum Ohm di bawah.

Hubungan antara arus dengan voltan Hubungan antara rintangan dan arus

Hipotesis :Arus adalah berkadar terus dengan voltan.(Semakin besar arus, maka semakin besar voltan)

Perbincangan:1. Arus berkadar terus dengan voltan apabila rintangan adalah malar.

Hipotesis : Semakin besar rintangan, semakin kecil arus yang mengalir melalui litar.

Perbincangan:1. Arus adalah berkadar songsang dengan rintangan(jika besar rintangan, arus akan mengecil)2. Semakin panjang wayar yang digunakan , maka semakin besar rintangan. Maka juga semakin kecil arus yang mengalir melaluinya.