nota dan aktiviti

18
NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015 NOTA KEMAHIRAN PROSES SAINS TAHAP 1 KPS 1 : MEMERHATI Contoh : Memerhatikan Spesimen : Daun Anda memerhati apabila anda ………… 1. Menggunakan lima deria secara berkesan 2. Mengenalpasti butiran relevan bagi daun dan persekitarannya 3. Bezakan kesamaan dan perbezaan 4. Kenalpasti ciri-ciri unik yang ada pada daun 5. Menggunakan alat untuk meningkatkan keupayaan deria Apakah yang dimaksudkan dengan memerhati ? Untuk mengumpul maklumat/ data sebanyak mungkin mengenai objek atau fenomena Bagaimana anda memerhati ? 1. Memberi fokus terhadap objek atau fenomena yang hendak dikaji 2. Mengenal pasti ciri-ciri Apabila memerhati sesuatu objek atau fenomena, bermaksud kita sedang meneroka ciri-ciri fizikal objek atau fenomena. Ciri-ciri bagi ialah warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu. Kadang-kadang objek itu menghasilkan bunyi bila dimanipulasikan

Upload: haha

Post on 15-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

KBAT

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

NOTA KEMAHIRAN PROSES SAINS TAHAP 1

KPS 1 : MEMERHATI

Contoh :

Memerhatikan Spesimen : Daun

Anda memerhati apabila anda …………

1. Menggunakan lima deria secara berkesan

2. Mengenalpasti butiran relevan bagi daun dan persekitarannya

3. Bezakan kesamaan dan perbezaan

4. Kenalpasti ciri-ciri unik yang ada pada daun

5. Menggunakan alat untuk meningkatkan keupayaan deria

Apakah yang dimaksudkan dengan memerhati ?

Untuk mengumpul maklumat/ data sebanyak mungkin mengenai objek atau fenomena

Bagaimana anda memerhati ?

1. Memberi fokus terhadap objek atau fenomena yang hendak dikaji

2. Mengenal pasti ciri-ciri

Apabila memerhati sesuatu objek atau fenomena, bermaksud kita sedang meneroka ciri-

ciri fizikal objek atau fenomena. Ciri-ciri bagi ialah warna, tekstur, bau, bentuk, berat,

isipadu atau suhu. Kadang-kadang objek itu menghasilkan bunyi bila dimanipulasikan

3. Bandingkan objek atau fenomena

- Objek yang berlainan akan mempunyai ciri yang membezakannya dari objek lain

- Pemerhatian melibatkan mengenalpasti dan menghuraikan ciri-ciri secara kuantitatif

dan kualitatif

- Jika berlaku perubahan, perhatikan perubahan fizikal dan kimia yang berlaku

sebelum, semasa dan selepas perubahan

4. Alatan yang sesuai boleh digunakan untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih

terperinci ( contoh : pembaris, penimbang, silinder penyukat, kanta pembesar dan bikar)

Page 2: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

KPS 2 : MENGELAS

Contoh

Spesimen : Daun

Apakah yang dimaksudkan dengan mengelas ?

Mengumpul objek ke dalam sesuatu kumpulan berdasarkan ciri-ciri tertentu

Bagaimana anda mengelas ?

1. Kenalpasti ciri-ciri am bagi objek

2. Asingkan objek-objek dengan ciri yang sama ke dalam kumpulan yang sama

3. Kenalpasti dan tuliskan ciri tersebut

4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga hanya terdapat satu objek dalam setiap kumpulan.

Mengelas objek

Pengelasan boleh dilakukan dengan menggunakan sistem pengelasan binari yang

mana objek dibahagikan kepada dua subset berdasarkan ciri yang dipunyai dan ciri

yang tidak dipunyai oleh objek.

Untuk membina sistem binari, kita perlu mengenalpasti ciri umum yang ditunjukkan oleh

objek dan seterusnya dibahagikan kepada kumpulan pertama dan kumpulan kedua iaitu

yang tidak mempunyai ciri dan yang mempunyai ciri.

Page 3: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

KPS 3 : MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

Mengukur dan menggunakan nombor adalah proses memerhati secara kuantitatif

menggunakan alatan piawai atau alat pengukuran yang dipiawaikan sebagai unit-unit rujukan.

Alatan piawai- alat-alat yang dihasilkan seperti pembaris, pita pengukur, selinder penyukat (alat

yang diterima secara universal).

STANDARDISED TOOLS (alatan yang dipiawaikan) – adalah alatan yang boleh digunakan

untuk mengukur kuantiti objek menggunakan unit yang tidak diterima secara universal seperti

cawan, sudu dan sebagainya.Pengukuran melibatkan proses membuat pemerhatian kuantitatif

dengan membandingkan dengan sesuatu unit piawai seperti sentimeter, inci, gram, liter dan

sebagainya.

Pelajar membuat pemerhatian kuantitatif dengan membandingkan unit piawai dengan bukan

piawai. Mereka akan berupaya menerangkan perhubungan antara objek dengan menggunakan

graf, carta. Diagram dan jadual. Radas seperti termometer, jam, pembaris dan

sebagainya.digunakan untuk membuat pengukuran. Kita perlu mengukur dan menggunakan

nombor-nombor untuk mendapatkan pengukuran yang lebih tepat seperti indeks jisim badan

kita.

Bagaimana kita mengukur dan menggunakan nombor?

1. Kenalpasti pengukuran yang diperlukan, sebagai contoh diameter satu tabung uji.

2. Spesifikkan instrumen untuk digunakan. Yang manakah yang lebih tepat? Pembaris

meter, angkup vernier atau tolok skrew mikrometer?

3. Bandingkan bacaan daripada setiap alat.

4. Yang manakah alat yang anda rasakan memberi bacaan yang paling tepat.

Page 4: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Pengukuran secara metrik

Sistem metrik ialah sistem unit antarabangsa yang dikenali sebagai SI. Metrik berasal daripada

unit asas panjang iaitu meter.

Mengukur panjang metrik – meter ialah unit asas untuk mengukut panjang (m).

Jarak yang melebihi beberapa meter boleh diukur menggunakan pita pengukur dalam

unit meter, centimeter dan milimeter. Satu kilometer bersamaan dengan 1000 meter (m)

Mengukur jisim metrik - unit asas bagi jisim ialah gram (g). Kilogram ialah unit yang

digunakan untuk menyukat jisim yang lebih besar, manakala jisim yang sangat besar

disukat menggunakan tan metrik ( 1 tan = 1000 kg). Jisim yang kurang daripada satu

gram disukat menggunakan milligram (mg).

Page 5: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

KPS 4 : MERAMAL

Kemahiran yang penting adalah membuat ramalan. Membuat ramalan adalah proses yang

menggunakan pemerhatian yang lampau atau data bersama pengetahuan sains untuk meramal

peristiwa atau hubungan. Ianya adalah membentuk idea mengenai jangkaan hasil apa yang

akan berlaku berdasarkan pengetahuan kini dan kefahaman ,pemerhatian dan inferen.Suatu

kenyataan yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan.Ia hanyalah tekaan.Ia

boleh di klassifikasikan kepada :

a) Intrapolasi –adalah ramalan data yang baru berdasarkan kepada tren atau corak yang

diperhatikan dari data lampau yang diperhatikan.

b) Extrapolasi – adalah ramalan data baru diluar atau menjangkau julat data yang diperolehi

sebelum ini.

Membuat ramalan adalah tekaan yang bijak terhadap apa yang akan berlaku.Ia perlu diikuti

dengan menulis atau penerangan secara lisan untuk mengkelaskan idea dan mendedahkan

sebarang miskonsepsi atau maklumat yang hilang. Anda mungkin boleh bertanya ‘apa yang

akan berlaku?’,” kenapa anda berfikir itu berlaku?” ,” adakah cara anda boleh mencari

penyelesaian?” Membuat ramalan mempunyai hubungan yang rapat dengan

pemerhatian,membuat inferen dan pengkelasan. Membuat ramalan adalah berdasarkan kepada

pemerhatian yang teliti dan inferen yang dibuat terhadap hubungan diantara peristiwa yang

diperhatikan.Inferen adalah penerangan atau interpretasi yang dibuat daripada

pemerhatian.Pengkelasan digunakan apabila kita hendak mengenalpasti persamaan atau

perbezaan terhadap objek atau peristiwa.

Kita memahami persekitaran disekiling kita dengan cara pemerhatian perkara yang berlaku dan

kemudian membuat interpretasi dan membuat penjelasan.Kita selalunya boleh mengesan corak dari apa

yang diperhatikan.

Kerapkali kita boleh membuat ramalan apa yang akan berlaku pada masa akan dating. Contoh-contoh

membuat ramalan adalah:

Saya melihat hari hujan dan matahari muncul. Mungkin akan ada pelangi.

Jika saya melepaskan kedua-dua bola pada masa yang sama, mungkin ia akan jatuh

ketanah pada waktu yang sama.

Page 6: Nota Dan Aktiviti

MERAMAL

MEMERHATI INFERENS

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Setiap pernyataan ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan corak yang diperkembangkan

daripada pemerhatian yang lampau. Bagaimana kita menerangkan dan membuat interpretasi

apa yang kita perhatikan memberkan kesan kepada bagaimana kita membuat ramalan. Menguji

ramalan kita akan menjuruskan kita untuk melakukan lebih banyak pemerhatian yang akan

menyokong atau tidak menyokong ramalan yang asal. Apabila pemerhatian yang baru

konsisten dengan corak pemerhatian yang diramal maka kita mempunyai keyakinan dalam

ramalan kita. Walaubagaimanapun jika pemerhatian yang baru tidak menyokong ramalan awal

kita,maka kita mungkin akan menolak atau menilai semula pemerhatian kita. Pemerhatian yang

baru akan mengarahkan kepada inferens dan ramalan yang baru. Dibawah menunjukkan peta

bagi kemahiran membuat ramalan:

Selagi data yang baru (pemerhatian) dikumpul,teori (inferens) dicadangkan untuk menerangkan apa yang

telah diperhatikan dan meramal tentang perkara yang belum diperhatikan. Sesuatu teori hanya dapat

diterima dalam sains ianya perlu memenuhi tiga lapisan ujian.

Boleh menerangkan apa yang telah diperhatikan

Boleh meramal apa yang belum diperhatikan

Boleh diuji dengan melakukan pemerhatian selanjutnya dan diubahsuai

mengikut keperluan data yang baru.

Anda membuat ramalan jika ….

1. Menggunakan bukti yang lampau atau sekarang untuk menyatakan peristiwa yang akan

datang.

2. Boleh membezakan antara membuat ramalan dengan membuat tekaan.

3. Boleh untuk menentukan natijah daripada tindakan yang di ambil.

4. Menggunakan corak data secara eksplisit untuk membuat unjuran.

5. Yakin dengan ketepatan ramalan.

Page 7: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

6. Boleh untuk mengesahkan pernyataan yang berkaitan dengan peristiwa masa depan

mempunyai perkaitan dengan bukti atau pengalaman lampau.

7. Berhati-hati dalam membuat andaian mengenai corak atau data yang menjangkau dari

data yang sedia ada.

8. Extrapolasi dan menggunakan data sebagai alat untuk meramal.

Page 8: Nota Dan Aktiviti

MEMBUAT INFEREN

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

KPS 5 : Menginferens

Kita lebih menghargai persekitaran kita jika kita mampu membuat interpretasi dan menerangkan

perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita.Kita belajar untuk mengenal corak dan

menjangkakan corak itu akan berulang lagi dalam keadaan yang sama. Banyak tingkahlaku kita

adalah berdasarkan inferen yang kita buat mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku. Saintis

membina hipotesis berdasarkan inferen yang dilakukan terhadap sesuatu penyiasatan. Sebagai

guru kita selalu membuat inferen mengenai mengapa murid berkelakuan sedemikan. .

Courtesy of Learning and Assessing Science Process Skills, 1995

Pemerhatian adalah pengalaman yang di perolehi melalui satu atau lebih deria,Membuat

inferen adalah penerangan atau interpretasi sesuatu pemerhatian itu.Proses ini selalunya

dikaitkan dengan pengalaman lampau. Pengalaman yang baru hanya akan membawa

maknajika kita boleh membuat hubungan dengan apa yang telah diketahui.Untuk membuat

inferen bermaksud untuk membuat perkaitan dengan apa yang dilihat secara terus dan apa

yang telah diketahui dari penglaman yang lampau.

Page 9: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Sebagai contoh ianya hujan dan anda melihat satu pancaran cahaya yang trrang di luar

jendela.Hampir serta merta selapas pancaran itu anda mendengar bunyi yang kuat. Anda

kemudian berkata bahawa kilat telah memanah sesuatu tidak jauh dari situ.Ini adalah inferen

anda kepada pemerhatian tentang sinar cahaya dan bunyi bising tersebut. Ianya berdasarkan

pengalamanyang lampau dengan kilat dan guruh yang termasuk pengetahuan tentang tempoh

masa antara cahaya dan bunyi yang boleh mengukur sejauh manakah kilat itu akan berdentum.

Suatu inferens adalah BUKAN tekaan kerana tekaan adalah pendapat yang dibentuk daripada

bukti yang sedikit atau tiada bukti.Bila membuat inferen,adalah penting untuk mengikuti

langkah-langkah berikuts:

Buat seberapa banyak pemerhatian tentang sesuatu objek atau peristiwa

Imbas kembali pengalaman lampau tentang maklumat yang relevan tentang objek atau

peristiwa yang boleh digarapkan dengan apa yang telah diperhatikan.

Nyatakan setiap inferen supaya ianya berbeza dengan pernyataan yang lain.

“daripada apa yang diperhatikan saya membuat inferen ……… “

“bukti mencadangkan ……. Mungkin telah terjadi”

“penjelasan yang munasabah dari apa yang saya lihat adalah … “

“daripada apa yang saya perhatikan saya merumuskan …”

Selalunya apabila sudah membuat inferen daripada suatu set pemerhatian,maklumat baru

mungkin akan timbul dan menyebabkan anda berfikir semula inferen yang asal. Ini kadangkala

akan memperkukuhkan inferen anda.Pada masa yang lain maklumat tambahan mungkin

menyebabkan anda mengubahsuai atau menolak inferen yang anda fikirkan penting pada satu

ketika dulu.Pemerhatian yang baru menjurus kepada pengubahsuaian corak pengalaman untuk

melakukan akodomasi maklumat yang baru.

Anda juga boleh membuat inferen mengenai sesuatu peristiwa.Setiap inferens mestilah

berdasarkan pemerhatian.Oleh yang demikian anda perlulah membuat pemerhatiam yang teliti

dan membuat interpretasi atau menerangkan pemerhatian tersebut.Interpretasi mengenai

pemerhatian ini adalah inferen.

Page 10: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Anda telah membuat inferens jika anda …..

1. Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan yang

munasabah.

2. membuat beberapa interpretasi yang munasabah dari satu pemerhatian.

3. Boleh mengenalpasti keterbatasan inferen.

4. Menguji ketepatan inferen melalui pemerhatian yang lanjut.

5. Menggunakan inferen sebagai alat untuk menentukan pemerhatian lanjut yang sesuai.

Page 11: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

KPS 6 : BERKOMUNIKASI

Berkomunikasi ialah kemahiran menyampaikan maklumat atau idea kepada orang lain sama

ada secara lisan atau berbentuk tulisan. Pelajar-pelajar harus berkomunikasi untuk berkongsi

pemerhatian mereka dengan orang lain. Komunikasi mestilah jelas dan berkesan jika

seseorang itu hendak difahami maklumat yang disampaikan.Komunikasi berkesan semestinya

jelas, tepat dan tidak kabur dan seterusnya mengguna kemahiran yang perlu dikembang dan

diamalkan.

Apa itu berkomunikasi? Berkomunikasi ialah satu proses penerimaan, penyebaran, dan

perkongsian maklumat dan idea. Anda sedang berkomunikasi apabila anda :

1. Bercakap, mendengar atau menulis untuk menyatakan idea atau maksud.

2. Mencatat maklumat daripada penyiasatan atau kajian.

3. Melakar atau mangambil nota.

4. Mengguna atau menjelaskan makna simbol

5. Mengguna carta, graf, dan jadual bagi menyampaikan maklumat.

6. Menyoal dengan jelas.

7. Mengguna rujukan

8. Menulis laporan eksperimen bagi membolehkan orang lain mengulangi eksperimen

tersebut.

Idea berkomunikasi mengguna perkataan deskriptif dimana dua orang mempunyai atau

berkongsi persefahaman. Ada tiga langkah yang menunjukkan anda sedang berkomunikasi

apabila :

1. Mencatat maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber.

2. Menterjemah maklumat kepada bentuk lain seperti carta, graf, dan jadual.

3. Menyebarkan maklumat melalui pelbagai bentuk dan cara.

Page 12: Nota Dan Aktiviti

ALAT BERKOMUNIKASI

BERKOMUNIKASI

Simbol Bahasa Badan Bahasa Lisan

Graf

Model

Carta

Peta Konsep Jadual Penulisan

Peta

Muzik

Lakaran

Penomboran

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Kita boleh berkomunikasi dengan berkesan jika kita :

1. Menerangkan hanya apa yang kita perhati (lihat, dengar, bau dan rasa)

bukannya apa yang kita buat inferen atau andaian berkenaan sesuatu objek atau

peristiwa.

2. Menjelaskan secara ringkas mengguna bahasa dan istilah yang tepat.

3. Menyampaikan maklumat dengan betul mengguna banyak pemerhatian kualitatif

seperti yang dikehendaki oleh keadaan.

4. Mengambil kira pandangan dan pengalaman lampau orang yang kita sedang

berkomunikasi.

5. Membuka ruang untuk mendapat maklum balas dari orang yang kita sedang

berkomunikasi supaya dapat menentukan keberkesanan komunikasi kita.

6. Membina penyampaian alternatif jika keadaan memerlukan.

Bercakap dan berbual semasa menjalankan aktiviti sains, membuat catatan dalam buku jurnal,

menyusun data, membanding keputusan dan berkongsi dapatan adalah aktiviti-aktiviti yang

boleh membantu kanak-kanak mengembangkan cara berkesan untuk berkomunikasi.

Mempelajari mengguna alat komunikasi boleh membantu kanak-kanak membuat cara yang

terbaik bagaimana berkomunikasibagi menyampaikan pemerhatian dan idea.

Page 13: Nota Dan Aktiviti

NOTA KPS SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Para pendidik sains bersetuju bahawa mempelajari kemahiran proses sains bermaksud

‘mempelajari cara belajar’. Kanak-kanak belajar melalui pemikiran kritikal dan mengguna

maklumat secara kreatif.Kenapa kita harus berkomunikasi? Kemahiran berkomunikasi akan

membantu kita :

1. Menyebarluaskan idea atau maklumat.

2. Berkongsi idea atau maklumat.

Semasa kemahiran proses sains diperkenalkan dalam sains sekolah rendah, Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, mencadangkan garis

panduan bagaimana guru-guru boleh mengesan sama ada murid-murid telah menguasai

kemahiran tersebut. PPK telah mencadangkan dan memberi indicator bagi setiap kemahiran.

Indicator bagi kemahiran komunikasi adalah :

1. Bertutur, mendengar atau menulis untuk menerangkan sesuatu idea atau

maksud kepada kawan-kawan.

2. Mencatat maklumat daripada kajian.

3. Melakar dan mencatat nota.

4. Mengguna simbol dan menjelaskan makna di sebaliknya.

5. Menyoal dengan jelas

6. Mengguna bahan-bahan rujukan

7. Menulis laporan eksperimen supaya orang lain juga dapat mengulangi

eksperimen yang serupa.