no tajuk filesebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... anda juga boleh merancang aktiviti...

49

Upload: ngomien

Post on 17-Jul-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi
Page 2: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

NO TAJUK

1 Realistik!

2 Gunakan Waktu Perjalanan Sebaik-baiknya

3 Aturkan Mesyuarat yang Produktif

4 Beri Ganjaran untuk Kejayaan Kecil

5 Amalkan Gaya Hidup Sihat

6 Cari Persekitaran yang Produktif

7 Masa Membaca yang Memberi Impak

8 Mewakilkan Tugasan, Membuang yang Tidak

Perlu

9 Produktiviti Adalah Mengenai Fokus & Tenaga,

Bukan Masa

10 Ostrich Problem

11 Pastikan Perkara Remeh Berada Pada Tahap

Minimum

12 Tangani Orang yang Suka Mengganggu

13 Tentukan Nilai & Matlamat Dengan Jelas

14 Ketahui Risiko yang Diambil

15 Dapatkan Sokongan Dari Mentor

Page 3: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Realistik!1

“Elakkan diri daripada terlalu

menyibukkan diri dalam

masalah-masalah kecil yang

boleh menghalang anda

daripada mencapai matlamat

anda.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 4: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Realistik!

Jangan gunakan masa yang terlalu banyak untuk

tugas yang anda suka lakukan, dan

memperuntukkan masa yang sedikit untuk tugas

yang anda kurang suka melakukannya.

Hal ini kerana tugas-tugas itu dilakukan mengikut

jadual yang realistik, bukannya kehendak anda.

Jadi, buat tarikh mula dan tarikh siap untuk setiap

tugasan anda.

Ingat hasil yang bakal anda dapat daripada kerja

keras anda.

Jangan menjerumuskan diri ke dalam tugas yang

tidak ada kepentingan dan faedah.

Elakkan diri daripada terlalu menyibukkan diri

dalam masalah-masalah kecil yang boleh

menghalang anda daripada mencapai matlamat

anda.

Jangan mengaturkan mesyuarat atau sesuatu urus

niaga hampir dengan waktu makan tengah hari

melainkan yang ianya memang diaturkan sekali

dengan makan tengah hari.

1

Page 5: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Realistik!

Hal ini untuk mengelakkan dari hilang fokus ketika

mesyuarat kerana memikirkan makan tengah hari.

Elakkan juga membuat mesyuarat atau pertemuan

urus niaga pada waktu lewat petang atau selepas

makan tengah hari kerana terdapat sesetengah

orang yang konsentrasinya akan hilang atau

menjadi lambat pada waktu itu.

Atau dalam erti kata lain, buat pertimbangan

masa orang lain sebaik-baiknya sebelum anda

ingin mengatur sesuatu mesyuarat atau pertemuan

urus niaga dan pastikan anda memaklumkan

kepada staf di pejabat akan waktu anda pulang

semula ke pejabat dan di mana anda boleh dicari

atau dihubungi sepanjang anda berada di luar.

1

Page 6: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Gunakan WaktuPerjalanan Sebaik-baiknya

2

“Sekiranya anda memandu

sendiri ke tempat kerja, gunakan

laluan yang paling pendek dan

menjimatkan masa agar anda

mempunyai masa yang lebih

untuk melakukan perkara yang

penting.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 7: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Gunakan WaktuPerjalanan Sebaik-baiknya

Jika anda menaiki pengangkutan awam untuk ke

tempat kerja, anda boleh merancang pelbagai

perkara sepanjang hari tersebut.

Sebagai contoh, baca semula isi kandungan fail

yang bakal dihantar kepada bos anda pada hari

itu.

Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang

hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

mesyuarat yang bakal dihadiri.

Pastikan anda mempunyai satu fail travel yang

kukuh dan keras dan hanya isikan dokumen-

dokumen yang diperlukan pada hari itu.

Fail keras tersebut juga boleh digunakan sebagai

alas untuk mengisi borang atau menulis nota-nota

penting yang terbit di minda.

Boleh juga menggunakan perakam kecil untuk

merakam nota-nota atau idea-idea tersebut.

Selain itu, gunakan masa tersebut untuk

mendengar bahan-bahan rakaman yang

produktif.

2

Page 8: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Gunakan WaktuPerjalanan Sebaik-baiknya

Sekiranya anda memandu sendiri ke tempat kerja,

gunakan laluan yang paling pendek dan

menjimatkan masa agar anda mempunyai masa

yang lebih untuk melakukan perkara yang penting.

Selain memandu sendiri, anda juga boleh

mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah

berkongsi kereta (carpool).

Penggunaan kaedah ini bukanlah menjimatkan

masa perjalanan anda, namun ianya boleh

menjimatkan masa bekerja anda.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh

berbual-bual tentang hal kerja dengan teman-

teman sepejabat dan sekaligus anda tidak perlu

menggunakan waktu kerja anda untuk berbual-

bual tentang hal ini lagi.

2

Page 9: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Aturkan Mesyuaratyang Produktif3

“Mesyuarat yang berkesan

adalah sekitar kurang daripada 1

jam. Jika perlu lebih dari 1 jam,

jangan melebihi dari 90 minit.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 10: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Aturkan Mesyuaratyang Produktif

Rancang mesyuarat anda untuk mengelakkan

sindrom MEGO (My Eyes Glaze Over) iaitu insiden

mata semakin layu disebabkan masa yang terlalu

lama diambil untuk mesyuarat tersebut.

Mesyuarat yang berkesan adalah sekitar kurang

daripada 1 jam. Jika perlu lebih dari 1 jam, jangan

melebihi dari 90 minit.

Pastikan tujuan mesyuarat tersebut jelas dan lebih

spesifik. Tulis agenda untuk perkara yang lebih

penting dahulu.

Pastikan ianya mempunyai masa mula dan masa

akhir agar ianya tidak berlarutan lama dan

tindakan yang tepat dan bersesuaian sudah

diambil untuk agenda tersebut.

Sebelum itu, staf yang bertanggungjawab untuk

membentangkan sesuatu agenda tersebut

hendaklah diberi masa yang cukup agar

penyediaan rapi boleh dibuat sebelum mesyuarat.

Pastikan anda mengehadkan bilangan kehadiran

ke mesyuarat tersebut. Lagi sedikit lagi baik

Lantik seseorang untuk menulis minit-minit

mesyuarat tersebut.

3

Page 11: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Aturkan Mesyuaratyang Produktif

Kongsikan apa yang telah dibincangkan dan

tindakan yang diambil agar setiap staf yang hadir

pada mesyuarat tersebut boleh membuat

tindakan susulan untuk tugas tersebut.

Bawa kalendar setiap kali anda menghadiri

mesyuarat walaupun kita tidak pasti sama ada kita

memerlukannya atau tidak.

Ini untuk mengelakkan jadual anda bertindih

dengan agenda tersebut dan perlu memaklumkan

kepada staf jika berlaku perubahan dalam jadual

kelak.

Sebelum anda menangguhkan sesuatu mesyuarat,

buat semakan pantas dan ringkas untuk tugas-

tugas yang perlu dilakukan kepada staf-staf yang

hadir.

Sebagai contoh,

“Laila akan jumpa Encik Rahim untuk buat

kepastian harga esok.

Ain pula akan siapkan laporan itu paling lewat lusa.

Kamal pula akan menghubungi kesemua nama

dalam senarai itu pada hari Jumaat.”

Dengan cara ini, staf-staf akan lebih fokus dan jelas

dengan matlamat dan tugasan yang perlu dibuat.

3

Page 12: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Beri Ganjaran untukKejayaan-KejayaanKecil

4

“Setiap kali anda berjaya

menyiapkan satu tugasan kecil

itu, beli hadiah untuk diri anda

sendiri. Ini boleh menjadi

pembakar semangat untuk diri

anda.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 13: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Beri Ganjaran untukKejayaan-KejayaanKecil

Apabila anda menerima projek besar, anda boleh

pecahkan ia kepada beberapa tugas kecil dan

berikan tarikh akhir setiap tugas tersebut.

Setiap kali anda berjaya menyiapkan satu tugasan

kecil itu, beli hadiah untuk diri anda sendiri.

Ini boleh menjadi pembakar semangat untuk diri

anda.

Namun begitu, tak perlu hadiah yang mahal-

mahal. Cukup sekadar hadiah kecil yang anda

sangat sukai dan boleh membantu kerja anda.

Sebagai contoh, alat tulis atau sebuah buku. Atau

boleh juga raikan kejayaan itu dengan mengambil

sedikit masa untuk membawa diri sendiri ke tempat

yang anda ingin pergi. Ingat!

Hadiah itu mesti diberikan segera kepada diri

sendiri kerana jika bertangguh, kemungkinan besar

anda tidak akan melakukannya.

4

Page 14: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Amalkan Gaya Hidup Sihat5

“Sebelum tidur, tulis senarai perkara

yang anda ingin buat dan letakkan

bersebelahan tempat tidur anda

kerana dengan cara ini, ianya

sedikit sebanyak dapat

mengurangkan kebimbangan anda

akan terlupa akan perkara yang

ingin dilakukan.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 15: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Individu yang bertenaga dan bersemangat akan

mudah mendapat pencapaian lebih dalam kerja

yang mereka lakukan.

Tingkatkan tenaga anda dengan meminum air, jus,

atau bahan air yang lain mengikut keperluan

tubuh badan.

Makan secara sihat dengan memastikan terdapat

protein (contohnya daging ayam), vitamin

(contohnya sayur-sayuran), dan karbohidrat

(contohnya nasi) dalam setiap hidangan kita.

Kurangkan kafein dan gula dalam hidangan anda.

Untuk mendapatkan semula tenaga, basuhlah

muka dan tangan anda dengan kerap.

Pastikan waktu tidur anda mencukupi iaitu 6-8 jam

sehari.

Sebelum tidur, tulis senarai perkara yang anda

ingin buat dan letakkan bersebelahan tempat tidur

anda kerana dengan cara ini, ianya sedikit

sebanyak dapat mengurangkan kebimbangan

anda akan terlupa akan perkara yang ingin

dilakukan.

5

Page 16: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Jangan sesekali tinggalkan makan pagi. Makanlah

sedikit walaupun hanya segelas susu.

Elakkan hidangan terlalu berat ketika makan

tengah hari.

Ambil sekadar cukup untuk menambah tenaga

kerana jika berlebihan, ianya boleh mengundang

rasa mengantuk dan letih.

Bersenam 3 kali seminggu untuk mencergaskan

badan dan mencerdaskan otak.

Ingat! Jangan sesekali tidur semula setelah anda

boleh bangun secara natural, iaitu tidak

menggunakan jam loceng.

Relakskan diri anda dengan mengamalkan teknik

bernfas atau teknik-teknik meditasi yang lain.

(Sebagai Muslim, bersolat dan khusyuk sudah

cukup)

5

Page 17: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Cari Persekitaranyang Produktif6

“Jika anda sedang berusaha

menyiapkan satu tugas yang

sukar, buatlah di tempat baru

seperti di perpustakaan,

bahagian ruang pejabat yang

lain, atau di rumah.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 18: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Cari Persekitaranyang Produktif

Cari tempat yang senyap untuk membuat kerja.

Jika anda sedang berusaha menyiapkan satu

tugas yang sukar, buatlah di tempat baru seperti di

perpustakaan, bahagian ruang pejabat yang lain,

atau di rumah.

Ketika di meja kerja, tutup segala bunyi yang boleh

mengganggu seperti bunyi mesej masuk,

panggilan, mel suara, atau televisyen, serta jangan

semak atau belek apa-apa barang yang tidak

ada kaitan dengan tugas anda sehingga anda

menyiapkan tugasan anda.

Pergi ke tempat kerja lebih awal.

Waktu awal pagi adalah waktu yang terbaik untuk

menyiapkan tugas yang anda tidak dapat lakukan

pada waktu lain kerana terlalu banyak gangguan.

Ianya merupakan satu perkara yang sangat

menakjubkan jika anda dapati berapa banyak

kerja anda yang dapat disiapkan dalam masa 5

jam seminggu pada awal pagi itu.

6

Page 19: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Masa Membacayang MemberiImpak

7

“Membaca dengan pantas akan

membolehkan anda menguasai

skil membaca dan mencari kata

kunci yang betul untuk diserap

masuk ke dalam minda.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 20: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Masa Membacayang MemberiImpak

Apabila anda berserabut dengan perkara-perkara

yang banyak memerlukan mata anda untuk

membaca, berikan keutamaan untuk setiap

perkara itu.

Pertamanya, anda perlu membaca item-item

yang kritikal untuk kerja anda pada hari itu terlebih

dahulu.

Membaca dengan pantas akan membolehkan

anda menguasai skil membaca dan mencari kata

kunci yang betul untuk diserap masuk ke dalam

minda.

Seterusnya, dalam memastikan anda sentiasa tahu

perkembangan semasa, baca melalui internet

sebagai cara mudah dan cepat untuk

mengetahui apa yang berlaku di sekeliling anda.

Jika masa membaca anda yang senyap adalah

ketika waktu makan tengah hari, bawa sandwich

ke meja kerja atau duduk di bawah pokok dan

ambil masa itu untuk membaca dengan selesa

dan senyap.

Bawa bahan bacaan anda apabila anda mahu

ke mesyuarat, temu janji, atau urusan tugas. Anda

boleh menggunakan masa menunggu itu untuk

membaca.

7

Page 21: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

MewakilkanTugasan, MembuangTidak Perlu

8

“Seorang penulis bernama Jay

Baer menyarankan agar kita

mewakilkan sekurang-kurangnya

15% daripada jumlah tugasan

kita.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 22: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

MewakilkanTugasan, MembuangTidak Perlu

Tim Harvard telah menjalankan satu eksperimen

tentang produktiviti terhadap staf-stafnya untuk

menganalisis tugas-tugas yang dibuat berdasarkan

3 soalan ini:

1. Bolehkah mereka menganggap tugas itu

sebagai tidak perlu langsung?

2. Bolehkah mereka mewakilkan tugas tersebut

kepada staf bawahan yang cekap?

3. Jika mereka perlu membuat tugas tersebut,

adakah mereka akan mengkaji untuk

mewujudkan solusi yang lebih efisien

berbanding sekarang?

Dengan mengikuti program ini, staf-staf tersebut

berjaya mengurangkan masa secara purata “6

jam di meja kerja” dan “2 jam masa mesyuarat”

setiap minggu.

Seorang CEO yang selalu mewakilkan tugas-

tugasnya kepada staf bawah yang cekap dan

boleh dipercayai akan mendapat lebih tenaga

dan produktiviti serta mengurangkan stres.

8

Page 23: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

MewakilkanTugasan, MembuangTidak Perlu

Dengan mengambil sumber luar untuk melakukan

kerja-kerja mudah dapat menjimatkan banyak

masa dan tenaga mental untuk mereka fokus

terhadap matlamat dan projek yang memberi

pulangan yang lebih besar.

Seorang penulis bernama Jay Baer menyarankan

agar kita mewakilkan sekurang-kurangnya 15%

daripada jumlah tugasan kita.

8

Page 24: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Produktiviti adalahMengenai Fokus & Tenaga Bukan Masa

9

“Mengambil masa yang pendek

dengan kerap untuk berehat seperti

minum air, makan snek berkhasiat, dan

senaman ringan mampu untuk

mengembalikan semula tenaga kita

yang sekaligus meningkatkan produktiviti

kerja kita.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 25: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Produktiviti adalahMengenai Fokus & Tenaga Bukan Masa

Menghabiskan masa dengan kerja tidak menjamin

hasil yang lebih baik.

Dengan mengekalkan tenaga di tahap

maksimum, ianya boleh mambantu ke arah

produktiviti.

Orang yang berjaya sentiasa akan mengehadkan

keupayaan tubuh badan mereka.

Mereka tahu, kerja jika dilakukan 24 jam sehari pun

tetap tidak akan habis kerana urusan kerja tiada

penamatnya.

Apabila melakukan sesuatu tugas, berusaha

sehabis boleh untuk menyiapkannya dan

tinggalkan yang selebihnya untuk disiapkan pada

hari yang lain.

Dengan mengatasi tanggungjawab kerja secara

konsisten, kita boleh menjalani kehidupan normal

dan boleh menjaga diri sendiri dan keluarga tanpa

perlu rasa bersalah.

Setiap manusia akan melakukan dua jenis tugas,

iaitu tugas rutin dan tugas kerja.

Dalam hal ini, tugas rutin hendaklah diutamakan

terlebih dahulu kerana ianya mempengaruhi tugas

kerja.

9

Page 26: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Produktiviti adalahMengenai Fokus & Tenaga Bukan Masa

Dalam hal ini, tugas rutin hendaklah diutamakan

terlebih dahulu kerana ianya mempengaruhi tugas

kerja.

Contoh mudah tugas rutin adalah makan.

Bayangkan jika kita tidak makan dan hanya

bekerja sepanjang hari, sudah tentu badan tidak

akan bertenaga sekaligus memberi kesan negatif

kepada tenaga badan untuk membuat kerja.

Keupayaan otak untuk memproses data secara

efisien akan terputus-putus sepanjang hari,

daripada keadaan bertenaga kepada keletihan

setiap 90 minit.

Mengambil masa yang pendek dengan kerap

untuk berehat seperti minum air, makan snek

berkhasiat, dan senaman ringan mampu untuk

mengembalikan semula tenaga kita yang sekaligus

meningkatkan produktiviti kerja kita.

Orang yang berjaya akan sentiasa membina

tenaga dan fokus bagi memastikan setiap minit

adalah benar-benar memberi kesan kepada tugas

mereka.

9

Page 27: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Ostrich Problem10

“Mengambil masa yang pendek

dengan kerap untuk berehat seperti

minum air, makan snek berkhasiat,

dan senaman ringan mampu untuk

mengembalikan semula tenaga kita

yang sekaligus meningkatkan

produktiviti kerja kita.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 28: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Ostrich Problem

“The Ostrich Problem” adalah kecenderungan

yang meluas bagi orang yang ingin mengelak

daripada mengetahui maklumat mengenai

kemajuan dan perkembangan tugas mereka

dalam mencapai matlamat.

Apakah masalah utama? Tidak mahu mengesan

sebarang kemajuan atau perkembangan. Sebagai

contoh:

Melakukan rutin latihan fizikal, tetapi tidak mahu

mengetahui berapa banyak berat badan yang

berjaya diturunkan.

Penulis, berasakan sudah lambat daripada jadual

yang ditetapkan, tetapi mengelak untuk

memeriksa jika ia benar-benar terjadi

Pelatih di gim, berasakan yang mereka tidak

kehilangan berat badan, tetapi memilih untuk

tidak mengetahui dengan pasti.

10

Page 29: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Ostrich Problem

Diantara punca-punca ‘Ostrich Problem’ adalah:

Didorong oleh rasa takut

Berasa takut untuk mengesahkan apa yang

disyaki, maka keadaan akan menjadi lebih teruk

Berasa selesa dengan keadaan semasa – sangat

suka untuk menipu diri sendiri bahawa tiada

keperluan untuk berubah (elak untuk memantau

perkembangan).

Sebagai contoh:

Pergi ke gimnasium dua kali seminggu – apabila

melihat diri sendiri sebagai seorang yang sihat dan

aktif, ia membuatkan anda takut untuk memeriksa

kesihatan badan dan jantung.

Mengetahui maklum balas yang mengecewakan –

Perasaan kecewa yang dirasai adalah dua kali

ganda daripada kegembiraan jika berlaku

sebaliknya .

10

Page 30: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Ostrich Problem

Langkah-Langkah yang boleh diambil ialah:

Maklum balas yang dipercayai – Ambil peluang

untuk mengambil tindakan yang sewajarnya

(buat satu jadual latihan yang baru)

Lakukan perkembangan secara berjadual

Sebagai contoh,

Pemeriksaan ke atas kardiovaskular dan berat

badan boleh mengetahui sama ada latihan fizikal

yang dilakukan bersesuaian atau tidak

Pesakit yang memantau perkembangan

penyakitnya – boleh mengetahui rutin latihan yang

betul

Penulis yang mengetahui sudah terlambat dari

jadual – Mula melakukan penulisan satu jam lebih

awal setiap hari untuk memastikan ianya dapat

disiapkan mengikut jadual

10

Page 31: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Ostrich Problem

Ingatkan diri untuk tidak mementingkan

kesempurnaan – Tidak mengapa jika berterabur

pada mulanya kerana ianya adalah sebahagian

daripada proses

Minta teman sekerja untuk memberikan maklum

balas atas kerja yang dilakukan

Buat satu sistem maklum balas automatik

Sentiasa mengetahui maklumat perkembangan

secara berjadual dan konsisten (kerana mereka

sentiasa ingin memantau hanya apabila dalam

mood yang baik)

Belajar untuk memaafkan diri sendiri kerana tidak

memantau lebih awal

‘Ostrich Problem’ berpunca kekecewaan yang

bersifat sementara disebabkan oleh maklum balas

yang negatif adalah tidak ada apa-apa jika

dibandingkan dengan kekecewaan apabila

semuanya sudah musnah.

10

Page 32: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Pastikan PerkaraRemeh Berada di Tahap Minimum

11

“Permudahkan cara kerja anda,

sama ada di pejabat, mahupun di

rumah. Jangan letakkan barang-

barang yang tidak perlu di hadapan

mata anda.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 33: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Pastikan PerkaraRemeh Berada di Tahap Minimum

Permudahkan cara kerja anda, sama ada di pejabat,

mahupun di rumah.

Jangan letakkan barang-barang yang tidak perlu di

hadapan mata anda.

Sebagai contoh, jika anda sudah membaca satu

artikel itu, buangkan terus atau jika ingin simpan,

simpan terus di tempatnya yang jauh dari pandangan

mata anda.

Apabila terdapat artikel yang berada di atas meja

atau di dalam laci anda melebihi 2 minggu tanpa

anda membacanya, buangkan terus kerana

kemungkinan anda memang tidak akan

membacanya.

Buat kerja rumah anda dengan cara paling mudah,

jangan rumitkan.

Matlamat anda adalah kerja itu siap. Untuk lebih

menyenangkan, siapkan kerja rumah yang patut

dibuat malam itu juga seperti contoh membasuh

pinggan, supaya pagi esok perasaan anda tidak

terganggu apabila melihat sinki yang kemas dan

bersih.

Jika anda terlalu sibuk untuk membuat kerja rumah,

upah agensi atau seseorang untuk melakukannya.

11

Page 34: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Pastikan PerkaraRemeh Berada di Tahap Minimum

Buat senarai nama orang atau agensi yang boleh

membuatkan hidup anda menjadi lebih mudah

atau lebih sihat.

Sebagai contoh, tukang jahit, tukang baiki

komputer, doktor, atau sesiapa sahaja. Pastikan

senarai ini selalu dikemas kini dan senang dirujuk

dan diakses.

11

Page 35: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Tangani Orang yang Suka Mengganggu12

“Jika anda membiarkan mereka

mengganggu anda, selepas ini

mereka akan terus menggangguanda lagi dan lagi.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 36: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Tangani Orang yang Suka Mengganggu

Bergantung kepada personaliti anda, anda

mungkin mengalami kesukaran untuk menolak

rakan-rakan sekerja yang suka berbual-bual

kosong atau lebih kepada bergosip.

Tetapi, anda kena ingat! Jika anda membiarkan

mereka mengganggu anda, selepas ini mereka

akan terus mengganggu anda lagi dan lagi.

Segera pintas kata-kata mereka jika mereka

memberi tanda untuk berbual-bual kosong

dengan anda dengan memberi amaran awal

yang menunjukkan anda tidak boleh diganggu

pada satu-satu waktu.

Jika perlu, gantungkan tanda “Do not disturb” di

pintu pejabat anda atau pergi ke ruangan pejabat

yang lain untuk membuat kerja.

Namun begitu, jika ini masih berlaku, jangan

biarkan mereka berasa selesa dengan keadaan

itu.

Anda harus menolak mereka dengan cara baik

seperti anda bangun berdiri dan jangan tawarkan

mereka kerusi untuk duduk.

Jangan biarkan mereka mencuri masa anda.

12

Page 37: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Tangani Orang yang Suka Mengganggu

Namun, jika mereka masih tidak mengerti yang

anda tidak bersedia untuk berbual-bual dengan

mereka, buat kerja anda sahaja, tidak perlu

memandang mereka, kerana isyarat itu sudah

sangat jelas bahawa anda sangat sibuk ketika ini

dan tidak mahu melayan sesiapa.

Begitu juga dengan panggilan telefon atau emel

masuk, jangan layan, siapkan kerja anda.

12

Page 38: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Tentukan Nilai & Matlamat denganJelas

13

“Dengan memecahkan semua

impian kepada beberapa tugas kecil

dan tersusun, anda membuat peta

jalan kerja yang nyata.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 39: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Tentukan Nilai & Matlamat denganJelas

Selalunya, kita akan mendengar pertanyaan yang biasa didengar,

“Di mana kamu lihat diri kamu dalam tempoh lima tahun?”, walaupun ianya kedengaran lapuk, tetapi ia adalah titik permulaan yang bagus untukmenilai di mana anda dan apa yang anda inginjadi.

Apa yang anda ingin capai tahun ini?

Bulan ini?

Dengan memecahkan semua impian kepadabeberapa tugas kecil dan tersusun, andamembuat peta jalan kerja yang nyata.

Anda juga boleh mengembang lagi skil sedia adaatau membesarkan kedudukan semasa anda.

13

Page 40: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Ketahui Risikoyang Diambil14

“Proses bereksperimen ini boleh

menjadi sesuatu yang tidak

menyenangkan, kerana ia memaksa

anda untuk mengakui ketakutan

anda sendiri dan menolaknya ke

tepi.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 41: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Ketahui Risikoyang Diambil

Risiko yang diambil adalah berdasarkan oleh

latihan yang konsisten, dan pengurangan

halangan berpotensi yang timbul apabila motivasi

semakin berkurang.

Anda perlu mula mempertimbangkan setiap risiko

dan peluang sebagai salah satu cara untuk

mengembangkan skil sedia ada dan

pertimbangkan bagaimana risiko akan

membolehkan anda untuk mencapai matlamat

jangka panjang.

Anda mesti mencipta peluang-peluang ini,

sebagai contoh, menghantar emel kepada wanita

yang memberi inspirasi kepada anda, atau

menghantar permohonan kerja yang diimpikan

walaupun anda tahu anda tidak berkelayakan.

Proses bereksperimen ini boleh menjadi sesuatu

yang tidak menyenangkan, kerana ia memaksa

anda untuk mengakui ketakutan anda sendiri dan

menolaknya ke tepi.

14

Page 42: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Ketahui Risikoyang Diambil

Walau apapun pilihan anda, pastikan anda

mempunyai pandangan yang jelas tentang tugas

anda.

Jika ada yang mengganggu momentum kerja

anda, lihat semula semua daya usaha yang anda

dah taburkan untuk menyiapkan tugas itu.

Ini boleh membantu anda mendapatkan

semangat anda semula.

14

Page 43: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Dapatkan Sokongandari Mentor15

“Minta pandangan atau kisah

mereka tentang laluan kerjaya

mereka supaya ianya menjadi

pencetus inspirasi atau idea dalam

mengembangkan lagi kerjaya

anda.”

KEMBALI KE UTAMA

Page 44: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Dapatkan Sokongandari Mentor

Mencari mentor boleh menjadi satu jalan yang selamat untuk bertanyakan soalan, menerokaidea-idea baru, dan mendapat galakan untukkeluar dari zon selesa.

Bengkel profesional atau persidangan bolehmenjadi tempat untuk berkenalan dan berkongsipandangan dengan mentor yang mempunyaibidang yang sama dengan anda.

Berbicara dengan mentor yang anda hormati dankagumi dalam komuniti anda, tanpa mengirasama ada anda berdua dalam bidang yang samaatau tidak.

Malah, anda boleh kumpulkan mentor-mentor inidan buat satu kumpulan anda sendiri.

Minta pandangan atau kisah mereka tentanglaluan kerjaya mereka supaya ianya menjadipencetus inspirasi atau idea dalammengembangkan lagi kerjaya anda.

15

Page 45: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

IKLANRuangan selepas ini adalah iklan.

Terima Kasih atas kesudian membaca nota kecil ini.

Semoga ia memberi manfaat dan membawakan kebaikan.

Yusry Yusopp

Zusuff Kan

Page 46: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

START-LAH!

“KeberanianMemulakan

Sesuatuyang

Bermakna”

Page 47: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

“Kami adalah sebuah gerakan pendidikan yang

percaya, melalui ilmu pengetahuan dan keberanian

untuk menggerakkan satu usaha kecil akan menjadikan

negara Malaysia kita menjadi lebih baik.

Kami percaya kita boleh menjadi pengkritik tetap.

Namun, kita mesti juga menggalas sedikit

tanggungjawab kecil.

Jika tuan-tuan berminat berkolaborasi bersama kami

dengan 'mencipta nilai' bersama-sama bagi mendidik

‘warga Lembah Kelang’ agar berani memulakan

sesuatu yang memberi makna sama ada kepada

dirinya, keluarga, komuniti atau Malaysia.

Kami gembira mengusahakannya bersama-sama.

ZUSUFF KAN / YUSRY YUSOPP

PENGASAS BERSAMA START-LAH!

Startlah Innovation PLT

LLP0010638-LGN

MANIFESTO START-LAH!

Page 48: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

SENARAI AKTIVITI:

Page 49: NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi

Sebarang pertanyaan, hubungi:

Yusry Yusopp016 359 5290 (whatsapp/sms/telefon)

E-Mel: [email protected]

FB: www.facebook.com/yusryyusopp2