nota biologi ii

6
TOPIK 3 : PEMBIAKAN Kepentingan Mitosis Salah satu ciri kebanyakan sel-sel hidup adalah keupayaan mereka untuk sentiasa tumbuh, membahagi dan mati. Ini bermakna mereka dapat membahagi (divide) untuk menghasilkan sel-sel baru yang serupa dengan diri mereka sendiri (self-replicate). Sel yang mati perlu diganti dengan sel baharu. Setiap sel hidup terbentuk daripada sel yang sedia ada melalui prosespembahagian sel (cell division). Pembahagian sel melibatkan mitosis dan sitokinesis  (cytokinesis). Pembahagian sel terbahagi kepada dua peringkat : 1. Pembahagian nukleus. 2. Pembahagian sitoplasma atau sitokinesis. Pembahagian nukleus berlaku melalui proses meiosis dan mitosis . Meiosis  ialah proses pembahagian untuk menghasilkan gamet yag terlibat dalam pembiakan seks. Mitosis adalah proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak dengan setiap nukleus anak mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang seiras dengan bilangan kromosom dan kandungan genetik nukleus sel induk. Mitosis juga adalah proses yang membolehkan sel baharu dibentuk bagi menggantikan sel yang telah mati. Sitokinesis  adalah proses pembahagian sitoplasma menjadi dua. Selepas proses mitosis dan sitokinesis, dua sel anak (two daughter cell) yang serupa dengan sel induk akan terbentuk. Kepentingan mitosis Mitosis menggantikan sel-sel mati. Contohnya, sel kulit dapat hidup selama dua miggu, selepas itu sel baharu dibentuk me lalui mitosis. Mitosis menggantika n dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Contohnya, sel hati yang cedera mengalami penjanaan semula melalui proses mitosis bagi menggantikan bahagian yang rosak atau hilang. Mitosis merupakan asas pembiakan aseks dalam organisma seperti Amoeba sp. Sel anak yang dihasilkan adalah seiras secara genetik dengan sel induk. Jenis pembahagian sel yang melibatkan pembentukan dua organisma baharu disebut belahan dedua (binary fission). Sel menjalani pembahagian untuk menambahkan bilangan sel  dalam badan sesuatu organisma dan seterusnya membolehkan petumbuhan (growth) berlaku dalam organisma multisel.  Organisma multisel seperti manusia bermula sebagai satu sel tunggal yang dipanggil zigot.  Zigot keudiannya membahagi untuk membentuk dua sel, kemudia empat sel, lapan sel dan seterusnya sehingga berjuta-juta sel dalam organisma multisel.  Semua sel yang terbentuk adalah dari segi genetik. Ini bermakna semua sel, sama ada sel hati, sel kulit atau sel otak, mempunyai kandungan genetik yang sama. Mitosis menyebabkan pembentukan dua nukleus anak yang seiras dari segi genetik antara satu sama lain dan juga dengan nukleus sel induk. Setiap nukleus mengandungi bilangan

Upload: nurul-asyikin

Post on 13-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Biologi II

7/27/2019 Nota Biologi II

http://slidepdf.com/reader/full/nota-biologi-ii 1/6

TOPIK 3 : PEMBIAKAN

Kepentingan Mitosis 

Salah satu ciri kebanyakan sel-sel hidup adalah

keupayaan mereka untuk sentiasa tumbuh,

membahagi dan mati. Ini bermakna mereka

dapat membahagi(divide) untuk menghasilkan

sel-sel baru yang serupa dengan diri mereka

sendiri (self-replicate). Sel yang mati perlu

diganti dengan sel baharu.

Setiap sel hidup terbentuk daripada sel yang

sedia ada melalui prosespembahagian sel (cell

division).

Pembahagian selmelibatkan mitosis dan sitokinesis (cytokinesis).

Pembahagian sel terbahagi kepada dua

peringkat:

1.  Pembahagian nukleus.

2.  Pembahagian sitoplasma atau

sitokinesis.

Pembahagian nukleus berlaku melalui

proses meiosis dan mitosis.

Meiosis ialah proses pembahagian untuk

menghasilkan gamet yag terlibat dalam

pembiakan seks.

Mitosis adalah proses pembahagian nukleus sel

induk menjadi dua sel anak dengan setiap

nukleus anak mengandungi bilangan kromosom

dan kandungan genetik yang seiras dengan

bilangan kromosom dan kandungan genetik

nukleus sel induk.

Mitosis juga adalah proses yang membolehkan

sel baharu dibentuk bagi menggantikan sel yang

telah mati.

Sitokinesis adalah proses pembahagian

sitoplasma menjadi dua.

Selepas proses mitosis dan sitokinesis, dua sel

anak (two daughter cell) yang serupa dengan sel

induk akan terbentuk.

Kepentingan mitosis

Mitosis menggantikan sel-sel mati. Contohnya,

sel kulit dapat hidup selama dua miggu, selepas

itu sel baharu dibentuk melalui mitosis.

Mitosis menggantikan dan memperbaiki sel-sel

yang rosak. Contohnya, sel hati yang cedera

mengalami penjanaan semula melalui proses

mitosis bagi menggantikan bahagian yang rosak

atau hilang.

Mitosis merupakan asas pembiakanaseks dalam organisma seperti Amoeba sp. Sel

anak yang dihasilkan adalah seiras secara

genetik dengan sel induk. Jenis pembahagian

sel yang melibatkan pembentukan dua

organisma baharu disebut belahan dedua

(binary fission).

Sel menjalani pembahagian

untuk menambahkan bilangan sel dalam badan

sesuatu organisma dan seterusnya

membolehkan petumbuhan (growth) berlakudalam organisma multisel.

  Organisma multisel seperti manusia

bermula sebagai satu sel tunggal yang

dipanggil zigot.

  Zigot keudiannya membahagi untuk

membentuk dua sel, kemudia empat sel, lapan

sel dan seterusnya sehingga berjuta-juta sel

dalam organisma multisel.

  Semua sel yang terbentuk adalah dari

segi genetik. Ini bermakna semua sel, sama ada

sel hati, sel kulit atau sel otak, mempunyaikandungan genetik yang sama.

Mitosis menyebabkan pembentukan

dua nukleus anak yang seiras  dari segi genetik

antara satu sama lain dan juga dengan nukleus

sel induk. Setiap nukleus mengandungi bilangan

Page 2: Nota Biologi II

7/27/2019 Nota Biologi II

http://slidepdf.com/reader/full/nota-biologi-ii 2/6

kromososm dan kandugan genetik yang sama

dengan sel induk.

Jenis sel yang menjalani mitosis

Pada tumbuh-tumbuhan 

  Mitosis berlaku secara aktif di tisu

meristem apeks (apical meristem tissue) di

hujung akar dan hujung pucuk.

  Sel meristem juga terdapat di hujug

mata tunas, kambium vaskulardan kambium

gabus.

  Pembahagian sel yang aktif dalam sel

meristem membolehkan tumbuhan membesar

dan memanjang dengan cepat.

Pada haiwan 

  Pertumbuhan berlaku di seluruh badan

dan tidak terhad di kawasan tertentu seperti

pada tumbuhan. 

  Kulit manusia mempunyai lapisan

Malphigi yang menjalani mitosis untuk

menghasilkan sel kulit baharu bagi

menggantiakan sel yang cedera dan mati.Lapisan Malphigi juga menambahkan luas

permukaan kulit semasa proses pertumbuhan. 

Kitar Haid

Peringkat akil baligh (puberty) merupakan

peringkat permulaan kematangan seseorang

lelaki dan wanita. Pada masa tersebut, banyak

perubahan berlaku dari segi fizikal, emosi dan

fisiologi disamping perkembangan sistem

pembiakan (reproductive system) mereka.

Bagi perempuan (female), haid merupakan

tanda permulaan peringkat akil baligh.

Kedatangan haid (menstruation) dan

pengovulan (ovulation) dalam kitar haid

merupakan tanda kematangan dan kesuburan

(maturity and fertility) wanita.

Perubahan kitar bulanan yang berlaku dalam

badan perempuan beserta dengan pengovulan

dan pendarahan (discharge of blood) dikenali

sebagai kitar haid(menstrual cycle). Setiap kitar

mengambil masa selama kira-kira 28 hari.

Haid (menstruation) adalah pendarahan yang

disebabkan oleh penguraian tisu dinding

endometrium pada uterus dan berlaku selama 4

hingga 5 hari dalam kitar haid.

Kitar haid menyebabkan perubahan struktur

dan fisiologi pada sistem pembiakan

perempuan bagi setiap 28 hari, iatu: 

  perubahan pada ovari yang berkaitan

dengan perkembangan folikel dan pengovulan. 

  perubahan pada ketebalan dinding

uterus (endometrium). 

  perubahan pada aras hormon yang

terlibat dalam kitar haid. 

Kepentingan Kitar Haid 

1.  Menyediakan uterus untuk

penempelan zigot (implantation of a

zygote).

Semasa kitar haid, dinding uterus

menjadi semakin tebal dan kaya dengan

bekalan salur darah. Keadaan ini

membolehkan penempelan

(implantation) telur yang tersenyawa

(zigot / zygote) pada dinding uterus. 

2.  Menyebabkan pengovulan.

Folikel dalam ovari berkembang

sehingga folikel Graaf yang matang

terbentuk. Oosit sekunder dalam folikel

Graaf dibebaskan daripada ovari kira-kira hari ke-14, iaitu pada pertengahan

kitar haid. Oosit sekunder ini akan

disenyawakan oleh sperma (jika hadir)

di tiub Fallopio. 

3.  Menyingkirkan haid.

Oosit sekunder yang tidak

Page 3: Nota Biologi II

7/27/2019 Nota Biologi II

http://slidepdf.com/reader/full/nota-biologi-ii 3/6

disenyawakan akan merosot dang

disingkirkan. Akibat kegagalan

persenyawaan ovum, tisu lembut pada

dinding uterus akan terurai beserta

dengan pendarahan. Semua bahan

buangan ini dikenali sebagai haid dan

akan disingkirkan melalui faraj (vagina). 

4.  Merangsangkan perembesan

pelbagai jenis hormon.

Empat jenis hormon terlibat dalam kitar

haid iaitu hormon perangsang folikel

(follicle stimulating hormones / FSH)

dan hormon peluteinan (luteinising

hormone / LH) yang dirembeskan oleh

kelenjar pituitari (pituitary) serta

hormon estrogen dan progesteron

(progesterone) yang dirembeskan olehovari. 

PEMBIAKAN ASEKS 

Ciri-ciri

1. melibatkan 1 induk

2. tiada penghasilan gamet

dan proses persenyawaan

3. anak serupa induknya

4. berlaku pada organisma

peringkat rendah

5. penghasilan individu baru

yang banyak tanpa bantuan individu

lain

Jenis pembiakan Aseks 

Belahan dedua 

berlaku pada

Ameba,paramesium,dan bakteria.

induk yang matang membahagi

dua membentuk organisma baru.

Pembentukan Spora 

berlaku pada tumbuhan seperti

kulat,lumut,dan paku pakis

spora terbentuk melalui

pembahagian sel secara berulang

spora berada dalam sporagium dandibebaskan bila matang.

Pertunasan 

Yis dan hidra membiak secara ini.

pertunasan berlaku apabila induk

mengeluarkan unjuran atau mata tunas

yang akan berkembang dan tertanggal untuk

menjadi organisma baru.

Pembiakan Vegetatif  

Pembiakan ini dilakukan oleh ubi

kentang,halia,dan pokok setawar.

Organisma baru akan terbentuk

daripada bahagian vegetatif tertentu

pada induknya.

Penjanaan Semula 

Organisma yang membiak dengan

cara ini ialah cacing pipih

Organisma baru boleh berkembangdaripada sebahagian keratan badan

induknya.

TOPIK 6 PEWARISAN DAN GENETIK

Konsep Pewarisan Berdasarkan Eksperimen

Mendel 

Semua organisma boleh menurunkan ciri-

cirinya kepada zuriat masing-masing. 

Pemindahan ciri-ciri induk kepada anaknya dari

satu generasi ke satu generasi yang lain dikenalisebagai pewarisan (inheritance). 

Kajian tentang pewarisan secara saintifik

dipanggil sebagai genetik (genetic). 

Swsuatu ciri (characteristics) adalah sifat

tersendiri bagi sesuatu organisma. Ciri ini boleh

Page 4: Nota Biologi II

7/27/2019 Nota Biologi II

http://slidepdf.com/reader/full/nota-biologi-ii 4/6

diwarisi dari satu generasi ke satu generasi

berikutnya. Contohnya, ketinggian dan warna

kulit. 

Sesuatu trait pula adalah varian bagi ciri

tertentu. 

Setiap ciri yang diwarisi terdiri daripada trait

tertentu. Misalnya, ketinggian adalah suatu ciri

manakala tinggi atau rendah adalah traitnya. 

Jadual di bawah menunjukkan ciri dan trait

pokok kacang pea yang dikaji olehGregor

Mendel. 

Ciri dan trait pokok kacang pea. 

Beliau adalah ahli sains yang pertama

menyarankan teori bahawa ciri yang terdapat

pada induk (parent) diturunkan kepada zuriat

melalui gamet jantan dan gamet betina (male

and female gametes). 

Ini menunjukkan bahawa nukleus (nucleus)

gamet jantan dan gamet betina membawa

maklumat genetik pewarisan ciri tersebut. 

Faktor pewarisan (hereditary factor) yang

menentukan sesuatu ciri (characteristics) itu

dipanggil gen (gene). 

Variasi Dalam Kehidupan 

Variasi (variation) adalah perbezaan

ciri (differences in characteristics) antara

individu daripada spesies yang sama (same

species). 

Variasi pada sesuatu organisma membolehkan

kita membezakan individu dalam spesies yang

sama. 

Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu

spesies bermandiri (survive) dalam persekitaran

yang sentiasa berubah. 

Jika terdapat keperluan dan peluang yang

wujud, variasi membolehkan sesetengah

individu mengeksploitasi (exploit) sumber yang

ada di habitat baru. 

Variasi juga adalah termasuk perbezaan dari

segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental

(morphology, physiology, genetic and

intellectual). 

Contoh variasi pada manusia adalah seperti

berikut: 

1) Variasi morfologi   Ketinggian. 

  Corak cap ibu jari (fingerprint). 

  Kebolehan menggulung lidah (roll

tongue). 

  Bentuk cuping telinga (ear lobes). 

  Berat badan. 

  Kehadiran lesung pipit (dimples). 

  Warna kulit. 

  Jenis rambut. 

  Warna rambut. 

2) Variasi fisiologi 

  Tekanan darah. 

  Kumpulan darah. 

  Kebolehan merasa PTC. 

3) Variasi genetik 

  Albinisme (albinism). 

  Buta warna (colour blindness). 

4) Variasi mental 

  Kepintaran IQ (intelligence). 

Page 5: Nota Biologi II

7/27/2019 Nota Biologi II

http://slidepdf.com/reader/full/nota-biologi-ii 5/6

 Contoh variasi corak cap ibu jari pada manusia. 

Alel Dominan dan Alel Resesif  

Alel (alleles) boleh wujud dalam bentuk

dominan (dominant) dan resesif (recessive).

Alel dominan diwakili oleh huruf besar (capital

letter) manakala alel resesif diwakili oleh huruf

kecil (lower case letter).

Alel dominan akan menunjukkan trait dominan

bagi ciri yang dikawal samada kedua-dua alel

yang dominan atau hanya satu alel yang

dominan hadir.

Sebagai contoh, ketinggian pokok kacang pea

dikawal oleh sepasang alel iaitu alel dominandiwakili oleh T dan alel resesif diwakili oleh t.

Trait dominan (tinggi) akan dipamerkan apabila

kedua-dua alel dominan (TT) hadir atau salah

satu alel dominan (Tt) sahaja.

Alel resesif   hanya akan menunjukkan ciri yang

dikawal apabila alel yang dominan tidak hadir.

Oleh itu, trait resesif hanya akan dipamerkan

apabila kedua-dua alel adalah resesif.

Sebagai contoh, trait resesif untuk tumbuhankerdil akan dipamerkan apabila kedua-dua alel

adalah resesif (tt). 

Gen dan Alel 

Gen (gene) merupakan unit asas

pewarisan (basic unit of inheritance) yangmembentuk ciri sesuatu organisma.

Gen terletak pada kromosom (chromosome).

Setiap kromosom terdiri daripada beribu-ribu

gen.

Kromosom terdiri daripada segmen DNA (asid

deoksiribonukleik / deoxyribonucleic acid) pada

sepanjang kedudukan tertentu (lokus / locus) di

sepanjang kromosom. DNA mengkodkan

sintesis protein berfungsi seperti enzim dan

protein struktur yang menentukan sesuatu ciri.

Oleh itu, gen mengawal ciri-ciri yang diwarisi

(inherited).

Gen yang mengawal ciri tertentu wujud secara

berpasangan digelar alel (allele).

Alel adalah bentuk alternatif sesuatu gen yang

terletak di lokus (kedudukan)yang

setara pada kromosom homolog (homologous

chromosomes). 

Page 6: Nota Biologi II

7/27/2019 Nota Biologi II

http://slidepdf.com/reader/full/nota-biologi-ii 6/6

Lokasi gen dan alel pada sepasang kromosom

homolog. 

Dalam sel diploid, setiap gen biasanya terdiri

daripada dua alel. Satu daripada pasangan alel

ini berasal dari ibu dan satu lagi berasal dari

bapa.

Alel yang menentukan ciri (trait) tertentu akan

diwarisi dan dimanifestasikan. Sebagai contoh,

trait tinggi dan kerdil adalah untuk ciri

ketinggian.

Setiap trait dikawal oleh sepasang alel.