norja spa n beauty sdn. bhd

33
HBLS 12O3 SMP PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN NAMA:NOORLI BIN MOHAMAD NO MATRIK:730314115367001 0199314166 [email protected] NAMA TUTOR: TENGKU NOR HASNIDA BINTI TENGKU HASHIM PUSAT PEMBELAJARAN: UiTM KUBANG IKAN,CHENDERING, KUALA TERENGGANU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN 1

Upload: muniriza-is

Post on 03-Aug-2015

4.681 views

Category:

Documents


324 download

TRANSCRIPT

Page 1: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

HBLS 12O3 SMP

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

NAMA:NOORLI BIN MOHAMAD

NO MATRIK:730314115367001

0199314166

[email protected]

NAMA TUTOR:

TENGKU NOR HASNIDA BINTI TENGKU HASHIM

PUSAT PEMBELAJARAN:

UiTM KUBANG IKAN,CHENDERING,

KUALA TERENGGANU

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN(PENDIDIKAN SEKOLAH

RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER MEI 2012

1

Page 2: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

ISI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Mukasurat

I Isi Kandungan 2

II Rumusan Eksekutif 3

III Maklumat Am Syarikat 6

IV Perihal Norja Spa n Beauty 8

V Aspek Pasaran 13

VI Aspek Pengurusan 19

VII Aspek Kewangan 22

2

Page 3: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

1. RUMUSAN EKSEKUTIF

Kertas-kerja ini bertujuan menjadi rujukan dan bimbingan Malis Amanah Rakyat(MARA) bagi

permohonan pembiayaan modal kerja Norja Spa n Beauty. Kertas-kerja ini disediakan oleh

Encik Noorli b. Mohamad.

Amaun dan Tujuan Pembiayaan Perniagaan

Pembiayaan RM 250,000 (Skim

Pembiayaan Am Professional)

Modal Kerja

Pembayaran Balik Dari Pendapatan Perniagaan Norja Spa

n Beauty Sdn. Bhd.

Norja Spa n Beauty ditubuhkan pada 14 mac 2008, Norja Spa n Beauty menawarkan berbagai

jenis urutan-urutan saraf, urutan aromaterapi Swedish, urutan aromaterapi Holistic, urutan

aromaterapi relaks, urutan selepas bersalin, refleksologi, mandi wap batu lavender, urutan

jacuzzi dengan sentalan susu, tungku herba untuk angin dan lain-lain. Pakar-pakar estetik kami

dilatih memberi rawatan kecantikan muka, rawatan penjagaan badan yang terkini dan terapi-

terapi awet muda.

Pelan perniagaan ini dibangunkan untuk menjejak perkembangan perniagaan ‘soft launch’

sebelum hari pembukaan besar-besaran dan seterusnya melaksanakan tindakan susulan unjuran

tiga tahun. Juga ditulis bagi memperolehi dana pembiayaan menjamin kelancaran operasi.

3

Page 4: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

Objektif-objektif

1. Mencapai jualan RM31,000 tiga bulan selepas pembiayaan dengan melakukan 15 servis

sehari.

2. Mencapai jualan RM62,550 enam bulan selepas pembiayaan dengan melakukan 23 servis

sehari.

3. Mempunyai kadar 90% pelanggan-pelanggan tempatan datang semula pada hujung bulan

keenam.

4. Menjadi destinasi komuniti ke spa pada hujung dua belas bulan operasi.

5. Melakukan 53 servis sehari pada penghujung tahun pertama.

Misi

Misi Norja Spa n Beauty ialah menjalankan perniagaan yang menguntungkan dengan penawaran

urutan terapeutik bermutu tinggi dan servis-servis estetik (penghargaan kepada keindahan)

penjagaan berskala tinggi dengan persekitaran tenang dan nyaman.

Matlamat

Matlamat kami ialah memberi pelanggan-pelanggan keselesaan dan kepuasan. Maklumat awalan

pelanggan dan maklumbalas semasa rawatan memberi terapis-terapis kami kaedah rawatan

bersesuaian dengan keperluan pelanggan sekaligus menambat hati pelanggan-pelanggan datang

berulang. Kami amat mengambil berat dari pengalaman-penggunaan minyak dan losyen terbaik,

rawatan kecantikan dan aromaterapi-aromaterapi khusus. Pencahayaan, musik, hiasan dalaman

dan tekstil-tekstil yang terbaik digunakan sepenuhnya dalam spa melengkapkan keselesaan

persekitaran dan menambah kepuasan pengalaman pelanggan ketika di spa.

4

Page 5: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

Kunci Mencapai Kejayaan

1. Pemasaran – Pemilik telah merangka pemasaran-pemasaran berkala yang agresif sehingga

akhir tahun pertama. Membuat pembukaan rasmi besar-besaran menjemput pemimpin-

pemimpin daerah. Pemasaran menjadi kekuatan dan kelebihan bersaing menjamin kejayaan

kami.

2. Profesionalisma: Termasuk semua dari rahsia, privasi pelanggan-pelanggan, melantik

terapis-terapis dan juru estetik yang terbaik.

3. Penjagaan Individu: Setiap pelanggan diservis mengikut kecenderungan masing-masing.

Menggunakan pengkalan database pelanggan-pelanggan dapat menberi sentuhan sehingga

pelanggan terasa diambil berat.

4. Perniagaan Berulang/Mengesyorkan: Memberi servis yang akan membawa pelanggan

mengulangi rawatan, menggalakkan pelanggan mengesyorkan kami pada kawan-kawan dan

profesional kesihatan lain mengesyor kami pada pelanggan-pelanggan mereka.

5. Rawatan-rawatan unik: Kami memiliki teknik-teknik dan produk-produk terbaik dari

seluruh dunia.

6. Lokasi Hebat: Jalan Besar Paka,23100 Paka,Dungun ,Terengganu.

Cadangan

Seperti disebut diatas, Norja Spa n Beauty berupaya menarik lebih ramai pelanggan. Dengan

pembiayaan ini dapat memastikan Norja Spa n Beauty meningkat kebolehan dan efisiensi untuk

jualan yang lebih dalam masa yang singkat. Norja Spa n Beauty yakin dapat menunaikan

pembayaran balik pembiayaan ini dengan ketumbuhan semasa yang baik dan tiada persaingan di

kawasan Daerah Norja Spa n Beauty.

5

Page 6: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

2. MAKLUMAT AM SYARIKAT

1. Nama Syarikat : Norja Spa n Beauty.

(Pemilikan tunggal)

2. Alamat : No 8, Jalan Besar Paka,

23100 Paka, Dungun,Terengganu

3. Tarikh dan No. Pendaftaran : 16 Januari 2008

3765228-9

4. Tarikh Beroperasi : 14 Mac 2008

5. Modal Sumbangan : RM30,000

Nama Pemilik

Jumlah Modal Dimiliki (RM)

Sedia Ada Baru Jumlah

Encik Noorli b. Mohamad

No.8, Jalan Besar Paka,

23100 Paka, Dungun,

Terengganu.

30,000 30,000

6. Jenis Perniagaan : Spa dan Salon kecantikan

Aktiviti : Perkhidmatan kecantikan dan rawatan

Kesihatan.

6

Page 7: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

7. Milikan Modal : 100 % Bumiputera

8. Pemilik

Bil Nama/ Alamat/ K.P Umur Jawatan dalam Spa n

Beauty ini

% modal

dimiliki

1. Encik Noorli b. Mohamad

No.8, Jalan Besar Paka,

23100 Paka,

Dungun,Terengganu.

K.P : 730314-11-5367

39 Thn Pengurus 100%

Jumlah 100%

9. Alamat tetap : No 8, Taman Rose 11, 23100 Paka, Dungun , Trg.

10. Tarikh Lahir : 14 Mac 1973

11. Taraf Perkahwinan : Berkahwin

12. Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan

7

Page 8: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

3. PERIHAL NORJA SPA N BEAUTY

1. Aspek Teknikal

a) Lokasi Projek

Buat masa ini, perniagaan dijalankan di Taman Uda, Paka. Walau bagaimanapun, pemilik telah

memulakan perniagaan di premis yang disewa di No.8, Jalan Besar Paka, setelah selesai proses

ubahsuaian yang sejajar dengan usaha pemilik untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada

pelanggan-pelanggan. Butir-butir premis, kadar sewa dan pemilikannya adalah seperti berikut:-

Alamat Nama Pemilik Bangunan Kadar Sewaan

(RM)

Tempoh sewaan

No.8, Jalan Besar Paka,

23100 Paka Dungun,

Terengganu.

KNCD (Koperasi

Nelayan Cawangan

Dungun)

1000.00 5 tahun

Keluasan premis adalah 1000 kaki persegi. Keluasan ini sudah mencukupi untuk menempatkan

semua peralatan serta dapat memberikan keselesaan. Sehingga masa ini, pemilik telah

mengeluarkan wang sebanyak RM 3000.00 sebagai bayaran 3 bulan deposit sewa dan perjanjian

sewa telah pun disempurnakan.

Premis perniagaan yang berada di kawasan perniagaan Taman Paka Jaya ini dianggap strategik

kerana lokasinya di tengah-tengah bandar dan menjadi tumpuan ramai pada setiap hari, parkir yang

mudah dan banyak akses dari seluruh bandar Dungun.

8

Page 9: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

b) Cadangan Mesin/Peralatan/Kelengkapan Yang Akan Dibeli dan ubahsuai selepas

operasi berjalan lebih 6 Bulan

Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan yang dapat memenuhi keperluan

kebanyakan pelanggan, Norja Spa n Beauty telah memutuskan untuk membeli peralatan-

peralatan dan membuat ubahsuai seperti berikut :

Bil Jenis Unit Kegunaan

1

2

3

4

5

6

7

8

J-368(R)/(L)

HF-398 A

SPA 58 A

SAUNA ROOM S-1212

ITALY G5

ZD 818B

B10-60a 2in1

RF SUPER THERMASTER

1

1

1

1

1

2

1

1

Sauna 2 orang

Massage Bed

UV Hot Cabi Sterilizer

Catatan :

i. Peralatan-peralatan diatas adalah peralatan yang lazim digunakan oleh kebanyakan salon

kecantikan seperti ini.

ii. Sebagai perbandingan harga, sebutharga daripada 3 orang pembekal telah diperolehi.

Pemilihan pembekal diatas adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Tempoh sah

sebut harga ialah selama 3 bulan.

iii. Syarat-syarat pembayaran kepada pembekal-pembekal diatas adalah seperti berikut:-

Pembekal Cara Bayaran

1.Cantik Anggun Beauty Sdn Bhd 20% semasa pesanan dibuat dan bakinya selepas

peralatan diterima atau berdasarkan surat jaminan

bank.

2. Fadly Marketing 20% juga semasa pesanan dibuat manakala bakinya

9

Page 10: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

selepas paralatan diterima dan berdasarkan jaminan

bank.

3. Mizi Construction Tuntutan pada tahap progress 20%, 50%, 80% dan

100%.

c) Mesin/Peralatan/Kelengkapan Penting Sediaada

Pemilik telah melengkapi alat-alat berikut ketika permulaan operasi. Namun begitu peralatan-

peralatan perlu diselenggara dan ditukar atau ‘up-grade’ mengikut teknologi industri.

Bil Jenis Unit Harga Seunit

(RM)

Pembekal

1 Infrared Slimming Room (DBL) 1 4500 Cantik Anggun Sdn

Bhd

2 Chromo Jacuzzi 3IN1 1 3600 Cantik Anggun Sdn

Bhd

3 FM-9504S 1 350 Cantik Anggun Sdn

Bhd

4 Stelilizer 1 200 Cantik Anggun Sdn

Bhd

5 Couch Bed c/w Stool 1 400 Cantik Anggun Sdn

Bhd

6 Minifine Glass for Facial 2 200 Cantik Anggun Sdn

Bhd

7 Facial Steamer 1 200 Cantik Anggun Sdn

Bhd

8 Essential Oils Comlplete set 2 1800 Cantik Anggun Sdn

Bhd

10

Page 11: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

9 Treadmill Heavy Machine 1 400 Cantik Anggun Sdn

Bhd

10 Locker Cabinet 1 2,100 Cantik Anggun Sdn

Bhd

11 Mesin Magnetik 4 2,000 Fadly Marketing

12 Ubahsuai Lump

sum

15750 Mizi Construction

d) Carta Alir Proses-proses Servis Norja Spa n Beauty

Setiap perkhidmatan kecantikan mempunyai cara dan kaedah rawatan yang tersendiri. Cara dan

kaedah ini telah dijilidkan dalam buku manual rawatan kecantikan Norja Spa n Beauty. Manual

ini merupakan harta intelektual Norja Spa n Beauty yang mana merupakan resipi utama dalam

memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan.

Manual ini tidak diedarkan bersama kertas rancangan perniagaan ini. Walau bagaimanapun

dokumen ini sedia untuk ditunjukkan kepada mana-mana pihak yang berkenaan apabila

diperlukan.

e) Penggunaan bahan mentah utama dan pembekalnya

Diantara bahan-bahan mentah utama adalah seperti berikut:-

Jenis Bahan Mentah Kuantiti digunakan

Sebulan

Jumlah Kos

Sebulan (RM)

Pembekal dan Syarat

Pembelian

Hydro Peeling Gel 3 300 Beberapa pembekal

sekitar Dungun,

Terengganu. Pembelian

secara tunai

Fade Cream 3 160 Pembelian secara tunai

11

Page 12: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

2 Way Foundation 3 160 Pembelian secara tunai

Toner Oily 3 150 Pembelian secara tunai

Normal Set 3 500 Pembelian secara tunai

Oily Set 3 500 Pembelian secara tunai

Trial Set Normal 3 450 Pembelian secara tunai

Trial Set Oily 12 450 Pembelian secara tunai

Facial Scrub 3 120 Pembelian secara tunai

Whitening Mask 2 100 Pembelian secara tunai

Collagen Gel 2 100 Pembelian secara tunai

Moisteriser 6 100 Pembelian secara tunai

Peeling Treatment (Serum) /

Cream

3 100 Pembelian secara tunai

Jumlah 3190.00

Stok awalan yang telah dibeli adalah sebanyak lebih kurang RM 3190.00 iaitu bersamaan dengan

1 bulan kegunaan. Termasuk keperluan barangan pameran untuk jualan runcit.

Syarat pembelian adalah secara tunai. Had minima pembelian tidak dikenakan oleh semua

pembekal. Harga barang-barang diatas amat stabil dimana turun-naik harga tidak mudah berlaku.

12

Page 13: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

4. ASPEK PASARAN

a) Produk-produk dan Servis-servis

Norja Spa n Beauty menjalankan perniagaan pusat rawatan kesihatan dan kecantikan serta

khidmat fisioterapi pesakit-pesakit yang dicadangkan dari hospital swasta. Perniagaan Norja Spa

n Beauty termasuklah melangsing badan, mendandan rambut, rawatan muka dan biomagnetik

(rawatan kesihatan yang menggunakan kombinasi terapi-terapi urutan dan refleksologi), urutan

tradisional (urutan biasa dan selepas bersalin), mandian SPA, dan sauna bagi perempuan dan

lelaki.

Disamping menjalankan perkhidmatan yang tersebut diatas, Norja Spa n Beauty juga ada

menjual pelbagai produk-produk kecantikan dan kesihatan yang kebanyakannya adalah berkaitan

dengan kesihatan dan kecantikan wanita.

Norja Spa n Beauty dijangka akan dapat menarik minat ramai wanita untuk mencuba dan

seterusnya menggunakan khidmat yang disediakan oleh Norja Spa n Beauty. Ini kerana

kecantikan merupakan idaman setiap orang.

b) Pasaran Am

Penjagaan kesihatan dan kecantikan amatlah diambil berat terutamanya oleh wanita-wanita

moden masa kini yang amat mementingkan kesempurnaan diri. Ini adalah kerana wanita pada

zaman ini banyak berkecimpung di dalam kerjaya profesional dan perniagaan sendiri yang

setaraf dengan lelaki. Oleh sebab itu kebanyakan wanita amat mengambil berat tentang

keterampilan diri masing-masing agar kelihatan muda, bergaya, sihat, ceria, dan yakin.

Perkembangan industri perkhidmatan kesihatan dan kecantikan pada masa ini adalah amat

meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan

peningkatan taraf wanita seperti yang tersebut diatas.

13

Page 14: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah kurang

berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina. Jika

kita lihat di merata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan seperti ini yang diuruskan

oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik untuk membuka perniagaan khidmat

kesihatan dan kecantikan akan membuka mata masyarakat bumiputera untuk cuba bersaing

dalam industri ini.

c) Sasaran Pasaran

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama Norja Spa n Beauty adalah tertumpu kepada

pelanggan yang berada di kawasan Paka,Dungun, iaitu:

i) Taman Uda

ii) Taman Rose 11

iii) Taman Impian

iv) Taman Seroja

v) Sekitar Bandar Paka, Dungun

Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera.

Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada Norja Spa n Beauty untuk memenangi pelanggan-

pelanggan dari kaum bumiputera dan kaum lain-lain. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik

bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya.

Lokasi Norja Spa n Beauty berada di kawasan komersial Bandar Paka yang berhampiran dengan

pusat-pusat perniagaan, perkembangan komersil, klinik, pusat beli belah akan memberikan

peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.

Pelanggan-pelanggan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:-

i. Wanita / Lelaki berumur diantara 18 – 50 tahun.

ii. Wanita / Lelaki bekerja.

14

Page 15: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti berikut:-

Kawasan/ Taman Bilangan Rumah

Bilangan

Penghuni

Berkeluarga (*)

Bilangan Pelanggan

Sasaran (^)

1. Taman Uda

2. Taman Rose 11

3. Taman Impian

4. Taman Seroja

5. Sekitar Bandar Paka

3500 unit

1650 unit

2750 unit

1000 unit

2000 unit

2700 keluarga

1000 keluarga

2500 keluarga

900 keluarga

1800 keluarga

1150 orang

560 orang

1370 orang

550 orang

820 orang

Jumlah 10900 org 8900 keluarga 4450 org

Nota : (*) 80% dari bilangan rumah dianggar didiami oleh penghuni berkeluarga.

(^) 40% dari bilangan penghuni berkeluarga dianggarkan mempunyai ciri-ciri pelanggan

sasaran Norja Spa n Beauty. Taburan penduduk hanyalah anggaran dari kelompok bilangan

perumahan dan taman-taman sekitar Paka, Dungun.

15

Page 16: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

Anggaran pendapatan Norja Spa n Beauty adalah seperti berikut:-

Khidmat/ Rawatan Bayaran

Perkhidmatan

(RM)

Anggaran

Pelanggan

Sehari

Anggaran

Pelanggan

Sebulan

Anggaran

Pendapatan

Sebulan

(RM)

Anggaran

Pendapatan

Setahun (RM)

Biomagnetik 8.00 4 104 3,328.00 39936.00

Rawatan Muka 60.00 3 78 14,040.00 168480.00

Perampingan 120.00 2 52 12,480.00 149760.00

Urut Tradisional 30.00 5 130 19,500.00 234000.00

Aromatherapi 75.00 2 52 7,800.00 93600.00

Rawatan Badan 60.00 3 78 14,040.00 168480.00

Sauna 27.00 4 104 11,232.00 134784.00

Jumlah 23 598 82,420.00 989040.00

Ulasan :

Anggaran adalah berdasarkan kepada jumlah minima pelanggan yang datang untuk 26 hari

dalam sebulan. Bayaran perkhidmatan adalah anggaran bayaran minima yang dikenakan bagi

setiap perkhidmatan. Buat permulaan, hanya aktiviti ini sahaja yang dijalankan. Walau

bagaimanapun, apabila aktiviti-aktiviti seperti terapi fisio pesakit-pesakit dari klinik-klinik

swasta berdekatan dan peruncitan produk-produk kecantikan juga dijalankan, anggaran

pendapatan Norja Spa n Beauty dijangka akan meningkat lagi.

Diandaikan seorang pelanggan sasaran datang mendapatkan satu jenis perkhidmatan dalam masa

sebulan. Daripada bilangan pelanggan sasaran diatas, didapati ianya lebih daripada mencukupi

untuk menghasilkan pendapatan diatas.

16

Page 17: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

d) Strategi Pasaran

Diantara strategi-strategi adalah seperti berikut :

i. Membina serta menubuhkan pengkalan database pelanggan-pelanggan dengan butir-butir

saperti nama, alamat, tarikh lahir, emel, nombor telefon, seris-servis diterima dan lain-

lain maklumat difikir perlu. Maklumat akan digunakan untuk menjalinkan hubungan

pembekal dan pelanggan. Norja Spa n Beauty akan membuat hantaran emel, pos dan

hubungan telefon memberitahu mengenai promosi, ucapan hari jadi, peringatan temujanji

dan sasaran program-program berkala komuniti.

ii. Memperluaskan kaedah rawatan dengan alat-alat moden. Campuran antara rawatan

tradisional dan moden.

iii. Menambah lebih banyak pakej-pakej menarik dengan harga yang lebih kompetitif dengan

tiada penurunan kualiti.

iv. Menjalankan promosi secara “Pelanggan Sentiasa Betul”. Setiap pelanggan yang

membawa pelanggan lain untuk mendapatkan perkhidmatan ini, si pembawa akan dapat

satu perkhidmatan secara percuma. Mengedar 2,000 keping risalah produk dan harga

kepada semua rumah dalam lingkaran 7km dari Norja Spa n Beauty.

v. Memperkenalkan kad keahlian dimana setiap ahli akan mendapat potongan keatas

bayaran perkhidmatan. Khidmat bimbingan kecantikan dan keterampilan akan diberi

secara percuma kepada ahli.

vi. Perkhidmatan akan diberikan dengan penuh beretika dan mengamalkan tahap

professionallisma yang tinggi. Motto perniagaan “Wellness – Belaian Manjakan Diri”.

vii. Menyediakan perkhidmatan dan pilihan yang lebih banyak kepada pelanggan-pelanggan

yang ingin menggunakan khidmat Norja Spa n Beauty.Mengamalkan sistem booking atau

penjadualan temujanji untuk mengelakkan pelanggan terlalu lama menunggu.

Berdasarkan strategi yang telah dikenalpasti diatas, Norja Spa n Beauty dijangka akan dapat

berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan dan dapat memberikan perkhidmatan

professional yang efektif.

17

Page 18: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

e) Pesaing-pesaing

Norja Spa n Beauty dianggap sebagai bertuah kerana kurang mempunyai pesaing.

Walaubagaimanapun, pesaing hanya menjalankan perniagaan kecantikan muka sahaja dan salon

rambut ini tidak begitu menjejaskan perniagaan firma.

Strategi-strategi yang telah dirancangkan diatas dijangka telah memadai untuk bersaing dengan

pesaing ini.

18

Page 19: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

5. ASPEK PENGURUSAN

a) Carta Organisasi

Pada masa ini, Norja Spa n Beauty diuruskan oleh Encik Noorli sendiri sebagai pengurus. Beliau

dibantu oleh tiga orang kakitangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri iaitu

langsingan badan dan biomagnetik, kecantikan muka, dan perbidanan dan urutan. Norja Spa n

Beauty dijangka akan mengambil dua orang pekerja lagi apabila perniagaan Norja Spa n beauty

beroperasi sepenuhnya kelak.

b) Latarbelakang Pengurus - Encik Noorli b. Mohamad

Pengurus

Beliau berusia 39 tahun, telah mengikuti Kursus Asas Perniagaan anjuran Mara pada 20 Mac

2007. Seorang usahawan yang memahami ilmu adalah modal utama perniagaan, beliau

menghadiri kursus-kursus saperti dibawah dan membuka Norja Spa n Beauty

NORJA SPA N BEAUTY

Badan & Sauna Biomagnetik(Pn.Noraini)

Bidan & Urutan(Pn.Muniriza

Ismail)

Kecantikan Muka

(Cik Mahani)

Pengurus

(Encik Noorli b.Mohamad)

19

Page 20: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

i. 20 Mac 2007 Kursus Asas perniagaan (MARA)

ii. 15 Jun 2006 Kursus asas pemasaran dan kewangan

(Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

iii. 6 April 2005 Product knowledge & skills of hair dressing

(Haircare industry Malaysia by Wella)

iv. 20 julai 2006 Kursus Pengurusan Spa.

Anatomi dan fisiologi.

Terapi bersalin (sebelum/selepas).

Nutrisi selepas bersalin.

Urutan Holistik, Aromaterapi,

Refleksologi.

v. 16 Jan. 2008- kini Pemilik Norja Spa n Beauty

Beliau amat berminat di dalam industri ini dan telah membuat pelaburan simpanan peribadi

sebelum memohon pembiayaan daripada MARA ini. Beliau melengkapi skil-skil dengan

menghadiri pelbagai kursus perubatan aromaterapi dan pemasaran menjamin keupayaan bersaing

seterusnya berjaya dalam industri.

Tugas utama beliau ialah membuat kerja-kerja pentabdiran, pemasaran, perakaunan dan

pengurusan operasi lain.

c) Latarbelakang Pengurus dan Penyelia (ahli pengurusan)

i. Pn.Noraini - Melangsing Badan & Biomagnetik & Aromaterapi

Beliau berpengalaman selama lima tahun di dalam bidang sauna dan melangsingkan badan. Di

Norja Spa n Beauty ini, beliau bertanggungjawab kepada pelanggan yang inginkan rawatan

melangsing badan dan biomagnetik.

20

Page 21: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

ii. Pn.Muniriza – Urutan/aromaterapis

Beliau berumur 33 tahun dan berpengalaman sebagai bidan selama 15 tahun dan

bertanggungjawab bagi urutan tradisional, rawatan bersalin, dan rawatan bersunat untuk bayi

perempuan.

iii. Cik Mahani – Kecantikan Muka/ Sauna/Rambut

Beliau berpengalaman selama 5 tahun dalam bidang persolekan, rambut dan bertanggungjawab

kepada pelanggan Norja Spa n Beauty yang inginkan khidmat persolekan, kecantikan muka dan

sauna.

d) Latarbelakang Kakitangan Utama/mahir

Nama Umur

(Tahun)

Kelulusan Pengalaman Jawatan & Tugas

Utama

Noraini bt Mohamad

Muniriza bt Ismail

Mahani bt Mohamad

40

33

25

Universiti

Lim Kok

Wing

UiTM

IKBN

5 tahun dalam

bidang rawatan

badan.

15 tahun dalam

bidang urutan.

5 tahun dalam

bidang

kecantikan

Penyelia

Pakar Urutan

Ketua Kecantikan

21

Page 22: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

6. ASPEK KEWANGAN

Matlamat kami adalah menjadi satu permulaan perniagaan yang menguntungkan pada bulan

pertama. Perniagaan tidak perlu menunggu pelanggan-pelanggan mengenali kami kerana sudah

ada satu pangkalan pelanggan yang wujud.

Kewangan-kewangan yang disertakan adalah anggapan-anggapan.

Pendapatan akan tumbuh pada kadar tahunan 10%, bertambah 20% pada November dan

Disember. Kami menjangka peningkatan ini tinggal kukuh sepanjang tahun berikut menjelaskan

aliran biasa pelanggan-pelanggan baru masuk kedai.

Kami tidak menggunakan kos barang dijual dalam pengiraan bersih jualan keseluruhan hanya

belanja-belanja berulang-ulang yang berhubungan, ibarat senarai gaji dan bekalan-bekalan,

dalam jadual belanja operasi untung dan rugi. Hanya kos langsung dalam ramalan jualan adalah

untuk diunjurkan.

Jualan barangan adalah satu bahagian yang minimum pasaran kami. Juga dalam jadual unjuran-

unjuran jualan-jualan ada perkhidmatan seperti penjagaan kuku . Kita tidak agak yakin berapa

banyak pendapatan dari perkhidmatan ini akan menjana. Kami adalah pasti bahawa pada masa

perkhidmatan ini akan sebahagian besar pendapatan kita, kecuali untuk tidak membuat kesilapan

tentang kiraan secara konservatif, kami menganggarkan pendapatan daripada perkhidmatan ini

menjadi hanya RM1,500 sebulan untuk permulaan tahun.

22

Page 23: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

a. Aset, Tanggungan & Ekuiti .

i. Jumlah Harta (Kos Projek)

Perkara

Sedia Ada

(12/06/08) Baru Jumlah

RM % RM % RM %

a) Ubahsuai

b) Peralatan

c) Deposit sewa

d) Pra-Operasi

e) Modal Kerja Bersih

20,000

20,980

3,000

1,000

4,500

41

44

8

2

9 50,000 100

20,000

20,980

3,000

1,000

54,500

20

21

2

1

56

JUMLAH 49,480 100 50,000 100 98,280 100

Nota i : Perkiraan Modal Kerja :-

Perkara

Sedia Ada

(RM’000)

Baru

(RM’000)

Jumlah

(RM’000)

Stok

- Bahan Mentah (12 bln)

Tunai operasi (12 bulan) *

Lain-lain

54

95.2

54

95.2

Jumlah 149.2 149.2

Tolak : Sipiutang ( bln) 0 0

KEPERLUAN MODAL KERJA BERSIH 149.2 149.2

23

Page 24: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

* Pengiraan tunai untuk menampung operasi selama 12 bulan pertama seperti berikut:-

Gaji - RM60,000

Sewa - RM12,000

Sewa hawa dingin - RM2,400

Telefon - RM3,000

Air/letrik - RM8,200

Pemasaran & promosi - RM5,800

Lain-lain - RM8,600

Nota ii : Kos Projek (Sedia ada dan tambahan) Dan Sumber Pembiayaannya

Bil Perkara

Harga/ Kos

(RM)

Sumber Pembiayaan

MARA Sumbangan

1

2

3

4

5

Peralatan

Ubahsuai

Deposit sewa

Pra-operasi

Modal kerja

20,980

20,000

3,000

1,000

54,500 50,000

20,980

20,000

3,000

1,000

4,500

Jumlah 99,480 50,000 49,480

b. Prestasi Dijangka

Perkara Prestasi

Lalu

Prestasi Dijangka (RM’000)

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Keberuntungan (RM'000)

Jualan

Untung Kasar

432.7

364.1

454.4

374.4

477.1

394.8

24

Page 25: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

Untung Sebelum Cukai

Untung Selepas Cukai

Untung Terkumpul

109.5

78.8

78.8

108.1

77.9

156.7

117.5

84.6

241.3

Ketunaian (RM'000)

Wang Tunai Masuk

Wang Tunai Keluar

Baki Tunai

Tunai Terkumpul

611.3

445.8

165.5

165.5

454.4

386.3

68.1

233.6

477.1

405.2

76.6

310.2

Analisa/Penjelasan :

a) Prestasi Masa Lalu

Tiada

d) Prestasi Jangkaan

i) Norja Spa n Beauty dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM 98,904.00

pada tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM 82,420.00 sebulan adalah

bersesuaian dengan perniagaan firma yang masih baru..

ii) Syarikat dijangka mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM 1,000000.00

pada tahun pertama operasi diikuti dengan RM 1,200000.00 dan RM1,350000.00

pada tahun kedua dan ketiga. Ini memberikan pulangan atas pelaburan yang amat

menarik.

iii) Unjuran aliran wang tunai menjangkakan firma mempunyai lebihan wang tunai

yang mencukupi untuk membayar faedah serta pokok pinjaman.

Besarlah harapan kami warga Norja Spa n Beauty, agar segala keterangan dan maklumat tentang

perancangan perniagaan yang kami cadangkan ini mendapat kerjasama daripada pihak tuan

untuk diberikan pertimbangan yang sewajarnya bagi memacu dan menjanakan semula empayar

perniagaan kami ke arah menjayakan wawasan 2020.

25

Page 26: Norja Spa n Beauty Sdn. Bhd

BIBLIOGRAFI

Jamaluddin Che Sab.(2004),Bagaimana Memulakan Perniagaan.Pahang:PTS Publications

&Distributors Sdn.Bhd.

Khaairuddin Khalil.(2002),Keusahawanan Sebagai Kerjaya.Kuala Lumpur:DBP

Wan Mohd Nazif & Fazilah Ibrahim (2005),Formula Menjadi Usahawan Berjaya.Kuala Lumpur

:PTS Professional

Zafir Mohd Makhbul,Mohd Rizal Palili & Ahmad Khairy Ahmad Domil.(2004),Mengurus

Perniagaan.Kuala Lumpur : PTS Publications.

http://www.bplans.com/business plan template/business plan template.pdf

http://www.businessballs.com/freebusinessplansandmarketingtemplates.htm

26