TAJUK BUKU KERJA BUKAN KERANA PANGKAT
PENGULAS
BUKU Norizan Binti Hj. Mamat
SERANTA (FELDA)
BIODATA
PENULIS Dr. Mumtaz Begam binti Abdul Kadir adalah anak jati Negeri
Melaka.
Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren & Men Convent Infant
Jesus, Melaka.
Tahun 1986- Melanjutkan pelajaran ke UPM (Ijazah).
Pernah menjadi guru di sekitar Negeri Melaka.
Tahun 1995 – Mengambil Diploma Lanjutan Pendidikan
(TESL) di UTM Sekudai, Johor.
Tahun 1998 – Menyambung pelajaran peringkat Sarjana di
UTM – dalam bidang Pentadbiran & Pengurusan ( secara
sambilan).
Pernah menjadi Pensyarah di Kolej Professional MARA N.
Melaka selama 8 tahun. Pernah menjadi Guru Bahas Inggeris
di MRSM salam 10 tahun.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di UKM.
Beliau juga telah menerima pelbagai Anugerah seperti
Penasihat Akademik Terbaik, Cuti Sakit Sifar, Perkhidmatan
Cemerlang, Anugerah Kualiti KPMM, Pensyarah Inovasi dan
Penasihat Terbaik kokurikulum Kelab/Persatuan. Sentiasa
dijemput untuk Membentang kertas kerja dalam seminar
Kebangsaan dan Luar Negara yang berkaitan Pengurusan.
Kini beliau menjadi Penceramah sambilan di Institut Intergriti
Melaka, Sek-Sek Men. Dan IPT di sekitar Melaka.
Minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan
mendorongnya menghasilkan karya seperti KUALITI DALAM
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PANDUAN
PEMBENTUKAN ORGANISASI PEMBELAJARAN DAN TERKINI
KERJA BUKAN KERANA PANGKAT.
2
PERIHAL
BUKU
Penerbit Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.
Tahun 2010
Halaman 154 halaman
Harga RM 16.50
Lain-lain
Mempunyai 9 Bab
Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari
rezeki bagi menyara diri, keluarga dan juga bagi kedua-dua
ibu bapanya. Islam juga menyatakan bahawa sesuatu ”kerja”
yang halal ialah tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada
seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan
tugasnya ataupun bekerja, bererti insan tersebut sedang
menunaikan amanah Allah. Menurut islam setiap kerja yang
diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadah.
Setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa
setiap kegiatannya menjalankan kerja yang halal adalah wajib
baginya dan kegiatannya itu sekiranya dimulai dengan niat,
hendaklah dianggap sebagai ibadah. Nabi Muhammad SAW
ada bersabda:
Salah satu tujuan kita bekerja adalah untuk memberi
khidmat kepada organisasi. Selain itu, kita juga perlu
menilai dan mengenal pasti kelemahan kita untuk
dijadikan panduan dan teladan bagi memberi
perkhidmatan yang terbaik. Orang lain tidak tahu apa
sebenarnya yang ada dalam pemikiran kita semasa
membuat sesuatu melainkan kita sahaja boleh membelek-
beleknya secara diam-diam.
Niat merupakan landasan moral bagi sebuah perbuatan
kerana niat akan menentukan baik atau buruk dan
diterima atau tidaknya sesuatu perbuatan. Niat
merupakan dasar dan bentuk bagi sebuah perbuatan di
mana perbuatan itu sendiri adalah juga isi daripada
3
sebuah niat.
Mempunyai satu pengaruh penting kepada individu. Ia
bertindak sebagai sebab dan juga akibat kepada tingkah
laku dan merupakan perkara peribadi dan berkaitan
dengan perasaan yang berhubung dengan pengalaman
individu.
Apabila kita bekerja, tugas yang diberikan kepada kita
haruslah dilaksanakan dengan baik. Kita mesti
memuaskan perhatian kita kepada apa yang kita lakukan.
Penulis buku ,
menulis dalam bukunya:
Nilai didefinisikan sebagai ramuan yang menunjukkan siapa
kita sebagai manusia. Nilai yang kita pegang membolehkan
kita memilih kerja yang kita lakukan, perhubungan yang kita
bina dan kumpulan yang kita ketuai. Nilai kita mempengaruhi
setiap pilihan keputusan dan tindakan yang kita lakukan. Nilai
peribadi adalah satu elemen penting dalam sistem
kepercayaan kita. Nilai ini bertindak seperti scanner yang
menapis dan mewarnai pendapat yang melaluinya. Justeru,
nilai ialah satu konsep yang mencerminkan pegangan,
kepercayaan dan amalan seseorang individu dengan merujuk
kepada garis panduan yang dipersetujui oleh sekelompok
manusia. Nilai peribadi selalunya terhasil daripada:
Kepercayaan mengenai baik atau buruk dalam melakukan
sesuatu berasaskan agama.
Penilaian moral yang dibuat berasaskan penilaian tindakan
yang sesuai dalam situasi tertentu.
Sifat intelek mengenai pendekatan atau tingkah laku yang
menghasilkan keputusan yang diterima.
Pengalaman yang diperolehi sama ada secara eksplisit @
implisit daripada sesuatu tindakan yang telah menghasilkan
keputusan yang baik.
Keputusan yang dilakukan oleh individu dalam keluarga,
masyarakat atau kerjaya.
4
Piawai yang disediakan oleh individu tersebut
Persekitaran individu seperti keluarga, komuniti setempat dan
tempat kerja.
Perhubungan individu tersebut dengan orang lain iaitu ahli
keluarga, jiran, rakan sekerja dan pelanggan.
Cara penggunaan masa dan sumber.
Memberi alasan kepada tindakan seseorang individu.
Memotivasikan individu dalam situasi yang berbeza
Menghubungkaitkan peribadi individu dengan keutamaan
kerja
Memberi sumbangan yang terbaik dalam kerjaya yang dipilih
atau aktiviti komuniti.
Mempamerkan ciri-ciri peribadi individu dalam kekuatan
bekerja.
Piawaian tingkah laku yang diharapkan daripada pekerja
dalam menjalankan sesuatu tugas.
Cara pekerja dalam sesuatu organisasi itu bekerja.
Perhubungan antara pekerja dalam organisasi tersebut.
Cara penggunaan sumber dalam organisasi tersebut.
Cara sesuatu keputusan dibuat dalam organisasi itu.
Keluarga, Budaya, Agama, Pengalaman, dan Kepercayaan
intelektual
Jika menepati masa merupakan nilai peribadi seseorang
individu, maka individu tersebut tidak akan berkomproni
dalam penggunaan masa setiap hari. Dengan menepati masa
individu itu akan menunjukkan komitmen dan penghasilan
mutu kerja yang baik dalam jangka masa yang ditetapkan.
Nilai peribadi mempunyai pengaruh yang kuat
5
dalam kejayaan seseorang individu.
Ada ketikanya kita perlu berhenti sejenak untuk
menilai kembali kedalam diri kita secara jujur
tentang bagaimana nilai –nilai kita yang berubah
atau tidak. Kadang kala nilai kita berubah tanpa
disedari dalam meniti waktu kerana kita
dipengaruhi oleh individu dan persekitaran yang
berbeza-beza.
Hubungan antara nilai peribadi individu dan nilai
korporat merupakan proses dua hala. Nilai peribadi
individu memberi impak yang besar terhadap nilai
korporat jika keduanya selari. Nilai juga dilihat
sebagai semakin teguh jika adanya kerjasama
antara nilai peribadi dan organisasi.
Setiap individu yang melakukan sesuatu pekerjaan
yang baru memiliki nilai peribadi. Nilai peribadi ini
boleh membantu membentuk hala tuju pada
keutamaan kita dan memberi kesan secara
peribadi.
Latihan yang ringkas dan cepat akan menyediakan
rangka kerja yang baik untuk dibincangkan
mengenai dari mana nilai ini datang, bagaimana ia
mempengaruhi kehidupan dan kejayaan kita dan
bagaimana kita mahu mempertingkatkan lagi nilai-
nilai tersebut
Merupakan sumbangan tersendiri yang boleh membawa
perubahan penting kepada individu dan organisasi. Setiap
individu menambah nilai dengan cara yang berbeza. Sekiranya
kita menambah nilai dengan cara pendekatan dan cara yang
6
sama, kita sebenarnya tidak menambah nilai dengan efektif
dan produktif.
Mengenal pasti dengan jelas hasil yang
dikehendaki.
Membaawa satu kemahiran yang baru ke dalam
pelaksanaan sesuatu tugas.
Kebolehan sesuatu kumpulan untuk bekerjasama
Sebagai pakar dalam sesebuah kumpulan.
Memberi penjelasan untuk kemajuan organisasi
Pemimpin menjadi penasihat dan mengagihkan
tanggungjawab kepada pekerja.
Kita menambah nilai dengan cara berbeza pada
peringka yang berbeza dalam kehidupan kita.
Pengalaman dan kepandaian yang ditambah
membolehkan kita memberi nilai tambah yang
berkesan dengan pelbagai cara dengan mengambil
kira perubahan kemahiran dan pilihan yang
diperlukan oleh mereka disekeliling kita.
Perancangan untuk menambah nilai bukan sahaja
berkisar tentang bidang tugas tetapi merangkumi
semua aspek pembelajaran yang membantu dalam
kehidupan.
Teknik pemerhatian terhadap cara orang lain
menambah nilai adalah cara yang terbaik untuk
belajar ditempat kerja. Kita boleh memerhati
bagaimana mereka menggunakan masa dan kata-
kata mereka. Kita sebenarnya terfikir teknik
pemerhatian tidak memberi kebaikan kepada
mereka yang kita perhatikan. Tetapi sebenarnya ia
amat berguna kerana kita seumpama mendapat
nasihat daripada pakar perunding secara percuma.
Apabila kita telah dapat membina kekuatan kita,
kita akan berada di zon selesa – yang bermaksud
perubahan dari segi memberi kepercayaan dan
mengagihkan tugas kepada orang lain. Semasa
berada di zon selesa, kita mungkin suka berbincang
bersama seseorang atau ahli kumpulan untuk
7
mencapai kata sepakat tetapi kita mungkin tidak
berasa selesa berbincang dengan kumpulan yang
lebih besar di luar zon selesa kita.
Membawa pengalaman tentang nilai ke tempat lain
yang boleh memberi kekuatan. Kita selalu
mengabungkan kehidupan antara kerja, keluarga
dan aktiviti masyarakat. Galakan harus diberikan
untuk membawa nilai tambah di luar bidang
pekerjaan tertentu. Ini akan mengembangkan nilai
yang sedia adalah dalam individu dan organisasi.
Bagi memantapkan sektor perkhidmatan awam,
usaha penghayatan nilai-nilai murni telah
dilaksanakan. Nilai telah ditakrifkan sebagai
keparcayaan yang mendorong seseorang atau
sesebuah intitusi untuk bertindak mengikut
pemilihan yang berasaskan keutamaan
masyarakat. Pada umumnya, nilai adalah satu idea
atau konsep yang wujud dalam pemikiran manusia
yang mengambarkan pelbagai darjah perlakuan,
kecantikan, kemuliaan, keikhlasan dan keefisienan
yang dijadiikan pegangan untuk membantu
keputusan atau menetapkan yang baik dan tidak
baik.
Salah guna kuasa oleh sesetengah pihak berlaku dari
masa ke semasa dalam organisasi. Kuasa dan pangkat
digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Ia juga
digunakan untuk menipu dan memberi rasuah. Jika dilihat
dari segi agama ia secara terang ditentang kerana ia
dianggap tidak bermoral dan tidak berlaku adil kepada
mereka yang lain. Mereka juga menggunakan kuasa untuk
kepentingan peribadi seperti menyalah gunakan
maklumat untuk tujuan memberi keuntungan kepada
keluarga dan rakan-rakan dalam pemberian kontrak
dalam menguruskan pinjaman @ subsidi.
Merupakan satu lagi amalan tidak sihat dalam organisasi.
Gangguan seksual merupakan satu daripada perlakuan
yang dilarang atau ditegah sama sekali bagi Penjawat
Awam mengikut Peraturan 4A Peraturan Pegawai Awam
8
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Berikut adalah beberapa
kategori gangguan seksual :
Gangguan secara lisan
Gangguan secara isyarat (bukan lisan)
Gangguan secara visual
Gangguan secara fizikal
Gangguan secara psikologi
Terdapat pelbagai perkataan sinonim yang menerangkan
rasuah seperti tumbuk rusuk, wang sogok, wang suapan,
sorong tutup mulut, korapsi dan kecurangan. Rasuah
boleh ditafsirkan sebagai apa-apa yang diberi, ditawarkan
atau dijanjikan dalam apa jua bentuk, seperti wang
ringgit, harta benda, perkhidmatan dan sebagainya bagi
mempengaruhi si penerima untuk memperolehi sesuatu
perkara ganjaran, perkhidmatan dan sebagainya yang
tidak sah.
Layanan yang diberikan sebagai balasan atau bagi
memperolehi sesuatu bagi kepentingan diri seperti
kenaikan pangkat, layanan istimewa, anugerah
perkhidmatan cemerlang dan lain-lain.
Ia boleh dianggap sebagai suatu perkara biasa yang
dilakukan secara senyap dan tidak dapat dikesan oleh
mana-mana pihak. Individu yang melakukan penipuan ini
sedar akan kesalahan mereka. Penipuan mempunyai
pelbagai tujuan:
Bagi menyembunyikan kesalahan yang telah
dilakukan daripada pengetahuan umum.
Penipuan seperti pemalsuan dokumen dan
maklumat
Pengeliruan dan pemalsuan pengiklanan dan lain-
lain.
9
Berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris yang
bermakna berpegang teguh kepada prinsip kejujuran
serta mempunyai prinsip moral yang tinggi. Integriti
adalah kewibawaan dan juga boleh ditakrifkan sebagai
keutuhan, juga keseluruhan pembawaan kita dari segi
peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun. Manakala
diperingkat individu, integriti ialah keselarasan antara
perkara yang dikatakan dengan tindakan yang dilakukan,
keselarasan antara tindakan dengan prinsip moral, etika
dan undang-undang serta keselarasan antara kepentingan
diri dengan kepentingan umum.
Hakikat yang nyata ialah strategi, struktur dan sistem
yang diamalkan itu akan berubah-ubah dari semasa ke
semasa. Tidak ada satu sttruktur dan sistem pengurusan
yang akan kekal selama-lamanya kerana setiap struktur
dan sistem pengurusan harus disesuaikan dengan realiti
sedia ada. Yang paling penting, dalam pengurusan ialah
manusia yang menganggotai organisasi itu. Jika manusia
itu baik, maka organisasi itu juga akan turut menjadi
baik.
Pemimpin dalam organisasi boleh mengamalkan pelbagai
gaya kepemimpinan tetapi untuk mempratikkan dan
membudayakan gaya kepemimpinan ini memerlukan
kualiti asas atau kualiti peribadi yang sudah sedia ada
pada seseorang pemimpin. Kita sering mendengar kata-
kata seperti
Namun, pemimpin yang dipilih mesti mempunyai kualiti
peribadi asas dan mampu memikul tanggungjawab bagi
memartabatkan organisasi mereka. Jatuh bangunnya
sesebuah organisasi bergantung kepada pucuk
kepimpinan yang memimpin organisasi tersebut. Empat
ciri penting yang dapat membantu memberi makna
kepada kepemimpinan yang diperlukan ialah :
10
iaitu sifat yang mahukan perubahan dan
sanggup menanggung risiko bagi setiap
program perubahan yang dilakukan
Keupayaan memberi inspirasi kepada pekerja
adalah sentuhan yang nilainya sangat
berharga.
Adalah kelebihan kepemimpinan ini bagi
mendalami masalah dalam mengurus
sumber manusia.
Memerlukan individu yang berilmu dan
berkemahiran tinggi. Kepemimpinan yang
menguasai kapasiti ilmu, kemahiran dan ciri-
ciri inteklektual menjadi pemimpin yang
cemerlang dan dapat menggerakkan
organisasi ke arah hala tuju yang tepat.
Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan oleh
seseorang pekerjaa. Setiap pekerja akan dapat
meningkatkan kecekapan masing-masing dalam
menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. Rasulullah
SAW bersabda:
11
Keikhlasan dalam bekerja menunjukkan pendirian individu
dalam melaksanakan sesuatu . Setiap jawatan yang
disandang adalah hasil pemilihan kita sendiri dan
bukanlah dipaksa oleh pihak lain untuk memenuhi
jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya wajarlah
seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan
penuh kerelaan.
Sifat amanah dalam kerja yang diamanahkan tentunya
akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seseorang
pekerja yang baik. Orang yang beriman seharusnya
sentiasa menepati amanah yang telah diberikan
kepadanya dan sebagai balasannya dia akan mendapat
kepercayaan. Sifat amanah adalah ters keharmonian dan
kejayaan sesebuah institusi pekerjaan. Amanah ini
termasuklah memelihara barang yang berharga, sesuatu
tugasan atau tanggungjawab.
Dalam menghargai pekerjaan, amat perlu dititiberatkan
soal pengurusan masa kerana salah faham satu faktor
kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang
berkesan. Pengurusan masa yanag cekap dapat
membantu meringankan beban tugas disamping
memudahkan segala urusan kerja. Berlalunya masa tanpa
sebarang pekerjaan yang berfaedah beerti suatu kerugian
kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.
Seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan
pekerjaan yang tertentu. Dengan sendirinya untuk
menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu
kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bermuafakat
melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu
membantu antara satu sama lain dan antara pekerja akan
menimbulkan suasana yang aman dan gembira.
12
Memahami diri sendiri dan pekerja mereka.
Mempunyai niat yang jelas, jujur tanpa sebarang
niat tersembunyi.
Mempunyai keupayaan, kecekalan dan saling
mempercayai.
Bercakap dengan hati dan bukan daripada
pemikiran saja.
Berhadapan dengan orang lain tanpa prasangka
Mengakui kekurangannya.
Ketekunan dalam menggunkan kuasa secara positif.
Jati diri adalah kekuatan jiwa seseorang individu iaitu
keteguhan hati. Kekuatan jiwa bukan kerana tubuh
fizikalnya atau dengan harta benda yang dimiliki.
Keteguhan hati diperolehi bukan kerana pangkatnya,
kedudukannya atau ilmu yang dimilikinya. Adalah
kekuatan manusia dalam ketahan diri. Jati diri
dibangunkan dengan ilmu, iman dan takwa. Apabila jati
diri tidak ada, insan akan terdedah kepada segala macam
yang bersifat negatif.
Ketahanan Jiwa
Kemurniaan Perasaan
Kejernihan Hati
Kecerdikan Minda
Ketangkasan Berfikir
Kehalusan Budi
Keindahan Tutur Bahasa
Ketajaman Pandangan,
Kebijaksanaan Menilai
Keadilan Menghukum
Keikhlasan Hubungan
Kekentalan Semangat
Kesungguhan Dalam Perjuangan
Kesucian Keimanan dan Ketinggian Ketakwaan
13
Kerjaya dapat didefinasikan sebagai satu urusan atau
corak yang menunjukkan peranan kerja seseorang
individu. Secara tradisi, perkataan kerjaya hanya merujuk
kepada jawatan yang bertaraf pengurusan dan
profesional.
Antara faedah yang dapat dinikmati adalah:
Mewujudkan daya tarikan terhadap organisasi
kepada pekerja yang berpotensi.
Meningkatkan nama baik organisasi kerana
pengiktirafan yang diberikan terhadap keperluan
dan kehendak pekerja.
Menggalakkan komitmen daripada pekerja dan
mengurangkan pusing ganti pekerja.
Menggalakkan motivasi dan meningkatkan prestasi
pekerja kerana pekerja dapat melihat peluang
peningkatan dalam organisasi tersebut.
14
Individu yang memiliki kemahiran ini cenderung
melakukan kerja yang memerlukan kemahiran
teknikal
Individu ini berminat dalam bidang pentadbiran
pengurusan dan memiliki keupayaan mengalisis,
keupayaan menjalinkan hubungan antara individu
dan ketahan emosi yang tinggi
Individu ini akan melakukan apa saja ya
dikehendaki organisasi untuk mendapatkan
jaminan pekerjaan . Beliau juga yakin terhadap
keupayaan organisasi untuk melindungi kerjayanya
pada masa depan.
Sentiasa didorong oleh keinginan untuk melakukan
sesuatu yang baru dan penglibatan dalam projek
baru yang bersifat keusahawanan.
15
Dari segi istilah motivasi berasal daripada Bahasa inggeris
– Motivation yang diambil dari bahasa Latin Movere
(penggerak) yang bermaksud tindakan yang digerakkan
kearah motif. Motivasi merupakan kaedah pencarian
pengaruh bagi membangkitkan, menguatkan dan
mengarhkan sesuatu kelakuan seseorang individu
Motif Fizikal
Motif Sosial
Motif Psikik
Para ilmuwan telah membentuk bermacam-macam jenis
teori motivasi yang dianggap akan membantu
menggerakkan seseorang individu. Mereka berpendapat
bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh beberapa
faktor. Sesetengah tindakan manusia sipengaruhi
perasaan dan naluri individu. Manakala, sesetengah pula
dipengaruhi perasaan alam sekeliling.
Motivasi Intrisik
Motivasi Ekstrinsik
Terdapat pelbagai teknik untuk memotivasikan seseorang
individu dalam penglibatan sesuatu aktiviti. Unsur-unsur
keyakinan diri, dedikasi dan keagungan diri perlu dititik
beratkan. Terdapa beberapa teknik-teknik motivasi yang
penting.
Mengaitkan motivasi dengan Sesuatu falsafah.
Teknik falsafah jadi kuat (Be Strong)
Teknik falsafah jadi baik (Be Good)
Teknik berfikiran positif
Teknik menang dan berjaya
Teknik pampasan yang wajar
16
Teknik pemberian insentif dan galakan
Teknik persepsi terhadap kepentingan usaha
Teknik mencapai objektif yang peribadi
Teknik bertindak mengikut matlamat
Teknik mempelbagaikan aktiviti kerja
Teknik pengiktirafan dan penerimaan sosial
Teknik tawar menawar secara implisit
Teknik pertandingan
Teknik dorongan dalaman
Teknik pelbagai kaedah
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kesemua teori
motivasi daripada buku ini adalah Allah telah menjadikan
dalam diri manusia sifat baik dan jahat. Sifat jahat dalam diri
kita dipengaruhi oleh hawa nafsu kita. Perjuangan melawan
nafsu merupakan perjuangan yang terbesar bagi orang yang
beriman. Kita harus muhasabah diri sendiri untuk
membezakan antara keinginan yang baik dan keinginan yang
buruk. Nafsu akan menyebabkan kita membentuk sikap
kedekut,cemburu, keangkuhan dan ketamakan. Nafsu akan
berasa puas apabila memperoleh lebih banyak wang dan
pangkat yang lebih tinggi. Namun, apa yang diperolehi tidak
pernah dapat memuaskan hati dan akhirnya manusia akan
bertindak seperti haiwan liar.