nooraini binti md fadzlillah - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang...

22
KAJIAN PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL ATLIT SOFBOL WANITA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MENJALANI PROGRAM LATIHAN BAGI MENGHADAPI SUKAN ANTARA UNIVERSITI ( MASUM ) 2003 NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuonglien

Post on 28-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

KAJIAN PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL ATLIT

SOFBOL WANITA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBELUM DAN

SELEPAS MENJALANI PROGRAM LATIHAN BAGI MENGHADAPI

SUKAN ANTARA UNIVERSITI ( MASUM ) 2003

NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: KAJIAN PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN

FIZIKAL ATLIT SOFBOL WANITA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MENJALANI PROGRAM LATIHAN BAGI MENGHADAPI SUKAN ANTARA UNIVERSITI (MASUM 2003)

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seprti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

Oleh organisasi/badan di mana penyelidiksn dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap NO 18 JALAN TEMBAGA KUNING 10, ENCIK YUNOS BIN HAJI DAHLAN TAMAN SRI SKUDAI, 81300 SKUDAI, JOHOR DARUL TA’ZIM Tarikh : Tarikh :

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Page 3: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya terhadap

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.

Tandatangan : ………………………………….....

Nama Penyelia : Encik Mohd Yunos Bin Haji Dahlan

Tarikh : …………………………………….

Page 4: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

KAJIAN PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL ATLIT

SOFBOL WANITA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBELUM DAN

SELEPAS MENJALANI PROGRAM LATIHAN BAGI MENGHADAPI

SUKAN ANTARA UNIVERSITI ( MASUM ) 2003

NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ……………………………

Nama penulis : Nooraini Binti Md. Fadzlillah

No K/P : 820507-01-5724

Tarikh : 24 Februari 2003

Page 6: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

iii

DEDIKASI

Khas buat ‘mak’ dan ‘abah’, Fatimah dan Md Fadzlillah yang tersayang,

Serta adik- adik yang dikasihi,

Terima kasih atas harapan dan doamu,

Restu kalian menjadi inspirasi perjuanganku.

Teristimewa buat yang di ingati selalu………

Terima kasih kerana sudi melayan segala karenahku,

Kesabaran dan kasih sayangmu membangkitkan semangatku,

Jutaan terima kasih atas segala pengorbananmu.

Tak lupa juga buat teman- teman seperjuangan…

Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan,

Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Amin………….

Page 7: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini tepat pada

masanya.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada

penyelia PSM, Encik Yunos Bin Haji Dahlan di atas segala tunjuk ajar,

bimbingan, galakan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penulisan ini.

Tidak lupa juga pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang lain kerana

banyak memberikan panduan dan rujukan yang berharga kepada saya dalam

usaha menyiapkan penulisan PSM ini.

Selain itu juga, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada jurulatih Sofbol

wanita UTM, Encik Norman Sakib diatas tunjuk ajar dan kerjasama yang telah

diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada subjek-subjek yang telah sudi

meluangkan masa dan memberikan komitmen yang baik bagi menjayakan ujian

yang dijalankan.

Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan Mohd Roslizan,

Roseliza, Siti Rohaizat, Shuhada serta semua pihak yang terlibat samada secara

langsung atau tidak langsung dalam usaha melaksanakan PSM ini.

Akhir kata segala bantuan, sokongan, galakan dan hasil usaha yang

diberikan akan saya kenangi selamanya. Terima kasih dan semoga Allah sentiasa

memberkati kalian semua. Amin………

Page 8: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

v

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur dan

melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka oleh jurulatih selama

2 minggu untuk meningkatkan tahap kecergasan atlit sofbol wanita UTM bagi

menghadapi Sukan Antara Universiti (MASUM 2003). Subjek terdiri daripada 10

orang pemain sofbol wanita yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun.

Subjek dikehendaki menjalani Ujian Lari Pecut 35 m mengikut trek yang

disediakan bagi mengukur tahap kecergasan fizikal atlit sebelum dan selepas

menjalani program latihan yang telah dilakukan. Semua data dikumpul dan telah

dianalisis dengan kaedah Ujian-t untuk menguji hipotesis dan dapatan kajian

menunjukkan Ha1 diterima dengan nilai signifikan 0.00 di aras keertian p < 0.05

(5%). Diharapkan agar kajian ini akan memberikan panduan dan sumber inspirasi

kepada pengkaji-pengkaji akan datang terutamanya pihak jurulatih untuk

merangka program latihan yang lebih efisien.

Page 9: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

vi

ABSTRACT

This experimental research was carried out to study the effects of 2

weeks of physical training programme that had been planned by the coach to

increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for the Inter

University Games (MASUM 2003). 10 female athletes with age from 19 to 22

years old were chosen as subjects. The subjects were to sprint 35 m for the

Sprint Test in order to analyze their physical fitness before and after training

programme. All the data was analized using the Statistical Package For Social

Science (SPSS) programme version 11.5 and paired sample T- test for the pre

and post test. It was found that there were significant difference in the test for the

experimental group (Ha1). The value of P obtained by the subject in the

experimental group was 0.00 at the level of significant p < 0.05 (5%). Hope this

research will give an inspiration to other’s and especially for softball coach.

Page 10: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Persoalan Kajian 6

1.4 Kepentingan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Limitasi Kajian 9

1.7 Hipotesis Kajian 9

1.8 Definisi Operasional 10

Page 11: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

viii

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Kecergasan Fizikal 12

2.3 Komponen – Komponen Kecergasan 16

2.4 Program Latihan Fizikal 17

2.5 Kesan Program Latihan Ke Atas 19

Kecergasan Fizikal

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka bentuk Kajian 22

3.3 Pemilihan Sampel 23

3.4 Intrumen Kajian 24

3.5 Prosedur Kajian 24

3.6 Pembolehubah Kajian 26

3.6.1 Tempat Ujian 26

3.6.2 Kesihatan Subjek 26

3.6.3 Kerelaan Subjek 27

3.7 Penganalisaan Data 27

IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 29

4.2 Penganalisaan Deskritif 29

4.2.1 Analisis Biodata Subjek 30

4.2.2 Analisis Tahap Kecergasan Subjek 34

4.2.3 Paparan Skor Kecergasan Fizikal 39

Bagi Setiap Subjek

Page 12: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

ix

4.3 Analisis Inferensi 46

4.3.1 Analisis Ujian – T 46

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Ringkasan Kajian 48

5.3 Perbincangan 49

5.4 Masalah Yang Dihadapi 52

5.4.1 Subjek 52

5.4.2 Lokasi Kajian 52

5.4.3 Cuaca 52

5.5 Cadangan 53

5.5.1 Persampelan 53

5.5.2 Kondisi Lokasi Kajian 53

5.5.3 Kelengkapan Diri Subjek 54

5.5.4 Kekerapan dan Jangka Masa 54

Latihan

5.5.5 Pengawalan Pembolehubah 54

Yang Lain

5.6 Kesimpulan 55

BIBLIOGRAFI 56

LAMPIRAN 59

Page 13: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

x

SENARAI JADUAL

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 Prosedur Larian Lari Pecut 35 meter 25

2.0 Norma Skor Bagi Ujian Lari Pecut 27

Page 14: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

xi

SENARAI RAJAH

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 Peratusan Subjek Mengikut Umur 31

2.0 Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 32

3.0 Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 33

4.0 Perbandingan Skor Bagi Ujian Pra Dan Pos 35

5.0 Perbandingan Peratus Tahap Kecergasan 37

Subjek Dalam Ujian Pra Dan Pos

6.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 1 39

7.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 2 40

8.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 3 40

9.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 4 41

10.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 5 42

11.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 6 42

12.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 7 43

13.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 8 44

14.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 9 44

15.0 Skor Ujian Pra Dan Pos Subjek 10 45

16.0 Lengkungan Normal Ujian – t Tahap Kecergasan 47

Fizikal Subjek Bagi Ujian Pra Dan Pos

Page 15: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Program Latihan Kecergasan 59

B Rekod Kesihatan dan Kecergasan Diri 62

C Borang Skor Individu 63

D Borang Perlantikan Subjek 64

E Skor Mentah ( Analisis Deskriptif ) 65

F Nilai genting bagi Ujian T 68

G Ujian – T (Pra dan Pos) 69

Page 16: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Permainan sofbol merupakan permainan yang dimainkan secara berkumpulan

dan memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Tidak dinafikan juga bahawa aspek

kecergasan memainkan peranan yang penting bagi seseorang pemain sofbol sewaktu

menghadapi lawannya. Ini kerana permainan ini melibatkan satu jangka masa yang agak

lama iaitu selama 1jam 20 minit untuk melengkapkan satu perlawanan. Mengikut sejarah

sukan ini, permainan sofbol dicipta pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat oleh

George W. Hancook, seorang pemberita. Beliau telah memperkenalkan permainan sofbol

sebagai satu permainan dewan (indoor) dengan mengambil ciri-ciri penting dari

permainan besbol. Pelbagai nama seperti kitten ball, mushall dan ladies baseball telah

digunakan sebelum ‘sofbol’ diterima secara umum dan rasmi pada tahun 1926.

Pasukan Petugas Sukarelawan (Peace Corps) Amerika yang datang bertugas di

Malaysia pada tahun 60 an telah memperkenalkan dan mempopularkan permainan ini di

sekolah dan institusi pendidikan sebagai satu aktiviti rekreasi. Sebelum ini, permainan

raundas (rounders) lebih dikenali oleh masyarakat tempatan. Sejak awal tahun 70 an

permainan sofbol telah menjadi salah satu permainan dalam program sukan ko kurikulum

di sekolah dan maktab perguruan.

Page 17: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

Dalam membangunkan dan meningkatkan mutu permainan sofbol, pelbagai

langkah diambil dan dijalankan bagi meraih sesuatu kejayaan. Setiap pemain sofbol perlu

memiliki ciri-ciri yang positif untuk menjadi seorang pemain yang berjaya. Selain dari

faktor kebolehan dan bakat semulajadi, faktor utama yang penting ialah faktor kecergasan

fizikal perlu diambil kira bagi membolehkan seorang pemain sofbol bermain dengan

cemerlang. Bagi mencapai matlamat ini, seharusnya kita memiliki ilmu pengetahuan dan

pendekatan yang lebih efektif dan tersusun agar pembangunan dan penyelidikan lebih

berlandaskan prinsip-prinsip sains sukan. Ini kerana faktor-faktor ini memainkan

peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang pemain atau pasukan

itu sendiri.

Dalam permainan sofbol, tidak dapat dinafikan bahawa setiap pemain

dikehendaki berlari sama ada selepas memukul bola atau untuk menangkap bola yang

dipukul oleh pihak lawan. Tambahan pula bola yang dipukul ini tidak menentu arahnya.

Oleh yang demikian, seseorang pemain itu perlu bersedia dari segi fizikal dalam konteks

pergerakan tubuh badannya. Dengan yang demikian, bagi membolehkan seorang pemain

sofbol bertanding dengan pemain yang lebih elit daripadanya, aspek kecergasan fizikal

yang tinggi seperti kekuatan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti,

koordinasi dan ketangkasan perlu di titik beratkan.

Jika seseorang individu ingin memiliki tahap kecergasan fizikal yang baik,

latihan yang insentif dan konsisten harus dijalankan setiap hari . Aspek kecemerlangan

dan prestasi yang tinggi tidak boleh diambil ringan kerana ianya memerlukan satu sistem

dan gaya penyeliaan latihan yang bersepadu dan tekal sekiranya mahu sesuatu yang baik.

Bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang

sukan bukanlah sesuatu yang mustahil. Justeru itu suatu usaha yang lebih gigih

khususnya dalam memantapkan pasukan perlu dititik beratkan. Persediaan yang

terperinci dan bersistematik dalam semua aspek latihan bagi menghadapi pertandingan

sukan adalah sesuatu yang sangat penting.

Page 18: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

Perancangan adalah cara yang penting yang mana perlu dibuat oleh jurulatih

dalam melaksanakan program latihan. Segala perancangan mestilah diuruskan dengan

sempurna, mengikut lunas-lunas pengkaedahan dan tatacara yang bersistematik dimana,

ianya akan membantu para atlit untuk mencapai prestasi tinggi semasa pertandingan.

Oleh itu para jurulatih seharusnya mempunyai pengalaman dan pengetahuan dari aspek-

aspek yang berkaitan dengan prestasi tinggi.

Persoalan yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah sejauhmana program latihan

yang dirancang atau disediakan memberikan kesan positif ke atas kecergasan fizikal atlit

seterusnya membantu mereka mencapai sasaran yang digariskan.

Program latihan yang tidak dilaksanakan dengan betul, boleh menyebabkan fungsi

otot menjadi tidak seimbang, koordinasi neuromuskular juga turut lemah seterusnya

kekuatan otot dan fungsi tendon turut terjejas. Ini akan mengakibatkan kemerosotan

prestasi atlit. Bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal atlit ke tahap yang optimum,

serta mengelakkan kecederaan, satu program latihan yang bersistematik dan saintifik

adalah perlu. Program latihan terbahagi kepada empat fasa iaitu fasa persediaan umum,

persediaan khusus, pertandingan dan transisi. Fasa persediaan umum sangat penting

dalam satu program latihan. Dimana pada masa ini latihan akan tertumpu bagi

meningkatkan tahap kecergasan fizikal atlit.Dalam tempoh menjalani latihan pada fasa

ini, jurulatih harus berwaspada kerana atlit kurang mempunyai tahap kecergasan fizikal

yang sama sepertimana semasa mereka menghadapi pertandingan lepas. Kekurangan

fleksibiliti, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular boleh menyebabkan berlakunya

kecederaan. Peningkatan intensiti

latihan harus dirancang sebaik mungkin agar kemungkinan berlakunya kecederaan tidak

akan berlaku. Penekanan terhadap program peningkatan tahap kecergasan fizikal harus

dilakukan dan di tambah dengan latihan yang lebih intensif.

Melalui program latihan yang terancang, semasa menjalani peringkat pembinaan

awal ini, penekanan harus diberi kepada pembinaan kelenturan, kekuatan dan daya tahan.

Page 19: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

Faktor umur, jantina, tahap kebolehan dan perbezaan individu juga perlu diambil kira

dalam program latihan bagi meningkatkan kecergasan fizikal atlit.

Secara umumnya, atlit harus mempunyai tahap kecergasan yang tinggi supaya

membolehkan mereka bertanding di peringkat tinggi. Tahap kecergasan yang baik akan

menampakkan prestasi cemerlang, mengurangkan risiko kecederaan dan

mempercepatkan kadar pemulihan nadi atlit itu sendiri. Berikutan daripada kesedaran ini,

lahirlah beberapa program latihan yang bersistematik untuk memastikan kejayaaan

cemerlang sukan.

Definisi kecergasan fizikal yang dicadangkan oleh Akademi Pendidikan Jasmani

Amerika Syarikat (Clarke, 1979) ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan

cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang

mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal

seharusnya sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin

timbul.

Individu digalakkan menyertai aktiviti kecergasan dengan melibatkan diri dalam

sukan dan aktiviti rekreasi. Ini adalah bertujuan supaya mereka dapat menjalankan kerja-

kerja harian tanpa berasa penat dan lesu dengan cepat. Selain daripada itu, individu juga

dapat mengatasi berbagai-bagai masalah kesihatan atau gangguan mental. Menurut

American College of Sports Medicine (1998), golongan yang mengamalkan gaya hidup

yang kurang aktif lebih terdedah untuk menghidap penyakit jantung koronari (serangan

jantung dan kegagalan jantung berfungsi), tekanan darah tinggi, stroke (angin ahmar),

osteoporosis (terutamanya bagi kaum wanita), arteriosclerosis, kencing manis (diabetes

mellitus), kegemukan, sakit dada, penyakit tulang belakang, kegelisahan dan tekanan

perasaan (anxiety and depression).

Heyward (1991), mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan individu

melaksanakan pekerjaan harian dengan berkesan serta mempunyai tenaga yang

Page 20: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

mencukupi untuk berekreasi dan dapat melakukan aktiviti harian tanpa berasa letih.

Diantara komponen kecergasan fizikal yang penting ialah daya tahan otot dan daya tahan

kardiorespirasi.

Menurut Zainal Abidin Abu Zain (1987), kecergasan adalah suatu keadaan dan

keupayaan bagi seseorang melakukan kerja dan tanggungjawab hariannya tanpa cepat

rasa penat atau letih dan bertenaga untuk berekreasi serta berurusan dengan keluarga dan

masih berdaya bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan. Dalam konteks

MALAYSIA CERGAS ia menggalakkan seseorang individu berkeadaan sedemikian

semoga ia dapat berperanan dan berfungsi dalam pembangunan negara. Kegiatan-

kegiatan kecergasan adalah seperti bersenam, gymwork dan kegiatan aerobik seperti

senamrobik, berjoging, berlari, berbasikal, berenang, berjalan kaki dan sebagainya.

1.2 Latar Belakang Masalah Tahap kecergasan fizikal merupakan aset penting bagi seseorang atlit sewaktu

melakukan sesuatu aktiviti. Ianya perlu dititik beratkan sewaktu permainan di jalankan

khususnya permainan yang melibatkan tempoh permainan yang agak lama. Contohnya di

dalam sukan sofbol, atlit terpaksa menghadapi tempoh perlawanan yang agak lama iaitu

selama 1 jam 20 minit. Perbezaan tahap kecergasan atlit akan menentukan sesebuah

pasukan itu menang atau kalah. Semasa di dalam perlawanan, penggunaan tenaga aerobik

dan anaerobik perlu di ambilkira. Tenaga aerobik akan digunakan semasa atlit

dikehendaki memadang manakala tenaga anaerobik akan digunakan apabila seorang

pemain dikehendaki berlari dari plat pemukul ke arah bes yang ditetapkan.

Untuk mendapatkan tahap kecergasan fizikal yang baik, ianya bergantung kepada

jenis program yang telah di berikan. Walau bagaimanapun tahap kecergasan yang

Page 21: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

berbeza selepas menjalani program latihan yang sama adalah di sebabkan oleh faktor

baka dan bentuk fisiologi badan seseorang atlit.

Program latihan yang baik adalah salah satu faktor penyumbang kepada

kejayaan seseorang atlit. Hal ini telah di perakui oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia,

Datuk Hishamuddin Tun Hussien yang mana program pembangunan atlit yang telah

dilakukan seperti Program Jaya ’98, Gemilang 2001 dan Gemilang 2006 telah berjaya

melahirkan atlit-atlit negara yang bertaraf dunia seperti Ng Shu Wai (gimnastik artistik ),

Shalin Zulkifli (bowling ), Nicol David ( skuash ) dan lain – lain lagi. ( Utusan Malaysia ,

20 Ogos 2003 ).

Menurut atlit olahraga negara, Noraseela Mohammad Khalid, latihan intensif

yang di jalaninya di Jerman adalah satu program yang cukup memberangsangkan.

Latihan persediaan Sukan Sea XXII yang di jalani oleh beliau bukan sahaja di lakukan

di padang bahkan beliau juga turut menjalani latihan di makmal kecergasan sukan Pusat

Latihan Olimpik di Leipzig, Jerman. Jelasnya terdapat perubahan yang cukup

memberangsangkan apabila latihan indoor dan outdoor di buat secara berselang seli..

(Utusan Malaysia ,15 Ogos 2003 )

Untuk membuktikannya, kajian ini di jalankan bagi mengukur perbezaan tahap

kecergasan fizikal atlit sofbol wanita UTM sebelum dan selepas menjalani program

latihan untuk menghadapi Sukan Antara Universiti (Masum 2003) di Universiti Utara

Malaysia.

Page 22: NOORAINI BINTI MD FADZLILLAH - fp.utm.my · melihat keberkesanan program latihan fizikal yang dirangka ... increase the physical endurance of UTM women’s softball athlete for

1.3 Persoalan Kajian Persoalan yang mungkin timbul semasa kajian di jalankan adalah seperti berikut

1.3.1 Adakah program latihan yang di jalankan selama 2 minggu ini dapat

meningkatkan tahap kecergasan fizikal atlit sofbol wanita UTM?

1.3.2 Adakah terdapat perbezaan tahap kecergasan fizikal sebelum dan selepas

program latihan ini di berikan?