no pindaan: 0 manual mpk bil. 62 tarikh berkuatkuasa ... · 6.0 skop kerja 10-11 ... sekali sebagai...

14
MANUAL MPK BIL : 62 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: PENDAFTARAN KERTAS PERTUDUHAN DAN SAMAN (BUKAN TRAFIK)

Upload: duongkhanh

Post on 10-Jul-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

MANUAL MPK BIL : 62 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

PENDAFTARAN KERTAS PERTUDUHAN

DAN SAMAN

(BUKAN TRAFIK)

Page 2: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN /UNIT 7

5.0 SUMBER KUASA 8-9

6.0 SKOP KERJA 10-11

7.0 PROSES KERJA 10-11

8.0 CARTA ALIR 12

9.0 PENUTUP 13

10.0 LAMPIRAN 14

Page 3: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan

status Bandaraya tersebut.

Manual ini disediakan bertujuan untuk mempermudahkan lagi

pendaftaran kertas pertuduhan dan saman, supaya ianya lebih mudah

dan berkesan untuk menjalankan tindakan pendakwaan. Oleh itu,

penyediaan manual ini akan membantu MPK dalam usaha pembaikan

dari segi kelemahan dan kecacatan di dalam urusan tindakan

pendakwaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.Ini

adalah kerana Tujuan sesuatu pendakwaan dibuat adalah untuk

mencari kebenaran dan keadilan bukan semata-mata untuk mencapai

kemenangan melalui sabitan sahaja.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum

w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu

saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan

kurnianya penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan

Jabatan Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja

bagi Jabatan Undang-Undang mengikut format dan bentuk

yang lebih tersusun dan sistematik.

Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan

terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-

Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam

menyediakan manual ini.

Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan

di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya

menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

manual ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir

sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:

“ Buah pelaga makan dihilir,

Di bawa orang dari hulu,

Sebarang kerja hendak digilir,

Supaya jangan mendapat malu”

Sekian, terima kasih.

Page 5: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013

1.2 Memudahkan rujukan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan

Undang-Undang.

1.3 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan tindakan pendakwaan teratur.

1.4 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.

1.5 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.

1.6 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah.

1.7 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.

1.8 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Untuk memulakan tindakan pendakwaan, OKK perlu didakwa

kerana telah melakukan kesalahan bukan trafik, Oleh kerana

OKK tidak membuat pembayaran kompaun ataupun notis

peringatan, maka proses susulan perlu dijalankan iaitu dengan

mendaftarkan kertas pertuduhan dan saman ke mahkamah

untuk dibuat pendakwaan bagi mendakwa OKK kerana telah

membuat kesalahan trafik.

Page 6: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

6

3.0 DEFINISI

3.1 Pendakwaan

Perbuatan pendakwaan (pengemukaan) penyampaian sesuatu dakwaan (tuduhan)

3.2 Daftar Susunan nama, barang dan lain-lain yang ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut turutan angka atau abjad. 3.3 Saman

Menyaman mengeluarkan perintah kepada seseorang supaya datang ke mahkamah untuk dibicarakan. 3.4 Pertuduhan

Kenyataan yang menuduh atau mendakwa seseorang yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah. 3.5 Tindakan

Peraturan dan lain-lain (yang dilaksanakan), langkah yang diambil (untuk mengelakkan, mengatasi dan sebagainya sesuatu,: perintah berukurung merupakan ~ yang berkesan mencegah merebaknya rusuhan.

3.6 Mahkamah

Tempat membicarakan sesuatu yang ada hubungannya dengan undang-undang.

Page 7: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

7

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

CARTA ORGANISASI UNIT PENDAKWAAN BUKAN TRAFIK

EMYSHIMY RIZAL B NASARUDDIN

PEGAWAI UNDANG-UNDANG

TUN MOHD SYAHMI BIN ZAKARIA

PEN. PEGAWAI UNDANG

NOR HAFIZAH BTE MD MUSA

PEM.TADBIR (N17) TETAP

ROSE RAHAYU BTE MD IDRIS

PEM.TADBIR (N17) TETAP

MOHD AZIZAN BIN HAJI SALLEH

BAILIF (N12)TETAP

S.V VIJAYA SINGAM A/L VIJAYARATNAM

BAILIF (N11) TETAP

MOHD FAZLI BIN MASZUKI

PEM. TADBIR PEJABAT (N17) TETAP

ROZITA BTE CHE ROSS

PEM. TADBIR (N17) TETAP

INTAN WANNIZA BTE AB WAHAB

PEM.TADBIR (N17) TETAP

Page 8: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

8

5.0 SUMBER KUASA Sumber kuasa yang menjadirujukan jabatan bagi pelaksanaan manual

adalah seperti berikut:

Akta

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171);

ii. Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133);

iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172;

iv. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (AKTA 336);

v. Akta Makanan 1983 (AKTA 281);

Kanun

i. Kanun Tanah Negara 1965 (AKTA 56/1965)

ii. Kanun Prosedur Jenayah (AKTA 593)

Enakmen

i. Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971

ii. Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995

iii. Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980

iv. Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan

(Am)(Selangor)2001

v. Kaedah-Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok 2001

Peraturan

i. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan

(Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan

Penyeliaan) (Selangor) 1996

ii. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan

(Selangor) 1996

Undang-Undang Kecil

i. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor)

1986

Page 9: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

9

ii. Undang-Undang Kecil Peruntukan Mengenai Lesen

Bersesama (MPK) 1992

iii. Undang-Undang Kecil Kerja Di Jalan 1996

iv. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-

Kesalahan) (MPK) Kerajaan Tempatan 2005

v. Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-

Kesalahan) (MPK) Jalan, Parit Dan Bangunan 2005

vi. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta

Persendirian (MPK) 2005

vii. Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005

viii. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 2005

ix. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 2005

x. Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK)

2007

xi. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan

Kesihatan (MPK) 2007

xii. Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 2007

xiii. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 2007

xiv. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 2007

xv. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan

(MPK) 2007

xvi. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan

Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007

xvii. Undang-Undang Kecil Hotel (MPK) 2007

xviii. Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007

xix. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan

Perindustrian (MPK) 2007

xx. Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (MPK)

2007

xxi. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah

Pembiakan Anjing (MPK) 2007

Page 10: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

10

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pendaftaran kertas pertuduhan dan saman purata dilakukan

seminggu 3 kali, purata setiap ikatan kertas pertuduhan dan

saman adalah sebanyak 30 fail, ini bermakna untuk seminggu

kertas pertuduhan dan saman didaftar ke mahkamah sebanyak

90 fail. Setelah didaftarkan, kertas pertuduhan dan saman yang

telah dikembalikan akan direkod dan saman akan diserah kan

kepada bailiff dan penguatkuasa untuk penyerahan saman

kepada orang kena saman (oks).

7.0 PROSES KERJA

7.1 Terima arahan daripada Pegawai Pendakwa untuk menyediakan

Kertas Pertuduhan dan Saman yang telah lengkap untuk

disemak oleh Pegawai Pendakwa.

7.2 Semak status bayaran Kertas Siasatan. Sekiranya berbayar

asingkan dan failkan ke dalam Kertas Siasatan Berbayar.

7.3 Sekiranya masih tiada bayaran, sediakan duasalinan Kertas

Pertuduhan dan tiga salinan saman melalui Sistem Maklumat

Pengurusan Kompaun.

7.4 Sediakan dua set ikatan dokumen pendakwaan:

Ikatan pertama:

a.Dua salinan saman

b.Satu salinan Kertas Pertuduhan

c.Satu salinan Pengaduan Mahkamah

d.Dua borang kebenaran serahan saman luar

kawasan (jika berkenaan)

Ikatan kedua:

a.Satu salinan saman

b.Satu salinan Kertas Pertuduhan

c.Satu salinan Pengaduan Mahkamah

Page 11: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

11

7.5 Merujuk Pegawai Pendakwa untuk semakan.

7.6 Jika Kertas Pertuduhan dan saman tidak teratur, Pegawai

Pedakwa akan mengarahkan untuk membuat pembetulan seperti

diminitkan.

7.7 Sekiranya teratur, ikatan dokumen tersebut akan didaftarkan ke

Mahkamah untuk pendaftaran kes.

7.8 Pulang dari Mahkamah, kes-kes tersebut direkod dalam Buku

Rekod Pendaftaran Kes Mahkamah.

7.9 Kemaskini dan rekod tarikh daftar dan nombor kes dalam Sistem

Maklumat Pengurusan Kompaun.

Page 12: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

12

8.0 CARTA ALIR

Penyediaan Kertas Pertuduhan dan Saman

Terima arahan.

Semak status bayaran Kertas Siasatan.

Mula

Tamat

Rujuk kepada PP untuk semakan

Teratur?

Daftar ikatan dokumen ke Mahkamah

untuk pendaftaran kes.

Bayaran?

Sediakan 2 salinan Kertas Pertuduhan

dan 3 salinan saman melalui SPP.

Sediakan 2 set ikatan dokumen

pendakwaan. Bagi ikatan pertama

sekiranya terdapat saman luar kawasan,

hendaklah disertakan bersama Borang

Kebenaran Serahan Saman Luar Kawasan

dan ditandatangan oleh PP.

Ya

Tidak

Asingkan dan failkan

dalam Kertas Sisatan

berbayar.

Tidak

Ya

Buat pembetulan

semula seperti minit

PP.

Page 13: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

13

9.0 PENUTUP

Manual ini disediakan adalah untuk rujukan oleh warga Jabatan

Undang-Undang khasnya dan warga Majlis Perbandaran Klang amnya.

Manual ini disediakan adalah bagi memperkemas dan menambahbaik

tugasan jabatan agar dapat menghasilkan kerja yang lebih efisyen dan

berkesan untuk kepentingan Majlis khususnya.

Page 14: No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun: ... kertas pertuduhan dan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)

14

10.0 LAMPIRAN