nlbb

Upload: kelabk

Post on 04-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 NLBB

    1/106

    April Snow

    1

    Prolog

    Bawa muatan ke Inderagiri,

    Kayu gergaji dari Palembang,

    Inikah suratan riwayat diri,Diri sendiri penyebab malang?

    TAKDIR adakala memang pahit

    untuk ditelan. Itulah yang

    tertulis buat aku. Takdir yang

    tersurat buat aku memang teramat pahit untuk ditelan

    tetapi apakan daya. Bukan kemahuan diri untuk berada di

    sini di rumah ini. Wan (nenek) yang aku kasihi, yang

    memelihara aku sejak lahir telah kembali ke pangkuan-Nya

    dan aku akhirnya tercampak di sini. Di rumah agam ini.

    Aku tidak ingin ke sini. Sejuta kali tidak sudi ke

    sini. Aku lebih rela terus bersemayam di pondok buruk wan.

    Di sana syurga hidupku sejak sekian lama. Tetapi aku tidakberdaya menolak. Aku perlu tinggal di sini demi sebuah

    jawapan yang aku tagih sejak sekian lama. Kata arwah wan,

    hanya di sini persoalan tentang ibuku akan terjawab. Hanya

  • 7/31/2019 NLBB

    2/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    2

    seorang insan di dalam istana ini yang tahu jawapannya.

    Hanya dia.

    Dalam hidup ini aku cuma kenal dengan wan

    kerana dialah insan yang memeliharaku sejak aku kecil.

    Menatangku sepenuh jiwa. Tiada belah bahagi. Wanlah ibu,

    wanlah ayah. Aku tidak pernah kenal siapa ibu dan ayahku.

    Sekadar sepotong nama yang tertera di sijil lahir. Kata arwah

    wan, ayahku sudah tiada sebelum aku menjengah dunia. Aku

    tidak tahu di mana ibuku. Kata arwah wan, ibuku ada sebabmenitipkan aku dengannya. Aku tidak pernah ingin bertanya

    kerana bagiku jika aku sudah ditinggalkan sendirian,

    bukankah itu bermakna aku tidak punya tempat di hatinya?

    Untuk apa lagi aku bertanya.

    Itulah perasaan yang sering bermain di hati sejak

    kecil. Berlegar-legar dan mengasak minda. Menghiris jiwa.

    Namun jauh di sudut hati yang paling dalam, aku tetap

    merintih. Aku tetap memohon dalam setiap doa agar

    dipertemukan dengannya. Aku ingin sekali menatap wajah

    ibuku. Aku ingin sekali bertanya tentang siapa ayahku. Aku

    ingin sekali bertanya kenapa aku ditinggalkan sendirian

    menanggung segala caci cerca sekeliling. Kenapa aku harus

    sendirian berdepan umpat keji sekeliling tentang diriku yangyatim ini? Apa salah diriku? Apa dosa diriku ini sebenarnya?

    Pantai Lukut luas terbentang,

    Teluknya penuh berbatu karang,

    Ibarat melukut di tepi gantang,

    Masuk tak penuh keluar tak kurang.

    Pada pandangan zahir masyarakat, tiada apa yang

  • 7/31/2019 NLBB

    3/106

    April Snow

    3

    tidak kena pada kehidupan keluarga di dalam istana ini. Ya,

    inilah tempat baru di mana aku berteduh siang dan malam.

    Semuanya nampak sempurna dan molek-molek sahaja

    tetapi... siapalah yang tahu apa yang aku alami di dalam

    istana indah ini. Air mata ini rasanya sudah tidak mampu

    untuk menerbitkan percikan jernihnya dari kolam yang acap

    kali kering ditimba esak dan tangis.

    Aku sudah puas disakiti. Herdik, caci maki itu bagai

    irama merdu di telinga. Kebal sudah gegendang telinga inidengan segala laungan dan nyanyian tersebut. Aku sering

    bertanya diri sendiri kenapa nasib diri aku seburuk ini?

    Kenapa harus aku diuji sehebat ini? Kenapa mesti aku yang

    ditimpakan dugaan hidup nan hebat ini? Apakah Tuhan sudah

    memutuskan kasih dan sayang-Nya kepadaku? Apakah Tuhan

    sudah memalingkan rahmat-Nya kepadaku hingga begini

    buruk nasib diriku? Apakah aku ini insan yang tidak layakdiberikan kebahagiaan hidup di dunia ini?

    Jika arwah wan masih ada pastinya aku akan

    dimarahi jika berfkir sebegini. Kata wan, jangan sesekali

    mempersoalkan kasih sayang-Nya kepada kita tetapi tanyalah

    diri kita sendiri sejauh mana kasih sayang kita kepada-Nya.

    Hikmah Tuhan itu ada pada setiap kejadian.Tiada sesiapa pun akan meminta dilahirkan dengan

    membawa aib yang terlakar kepada diri, jauh sekali membawa

    palitan lumpur kepada kaum keluarga. Aku tidak terkecuali...

    tetapi apalah daya aku ini kerana segala-galanya sudah

    tercatat di lohmahuz. Lahirku dengan takdir begini. Aku

    tidak minta takdir hidupku begini. Tuhan, sampai bila lagi

    aku harus mengharungi duka ini...?

  • 7/31/2019 NLBB

    4/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    4

    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

    Tidak ada seorang pun di antara kalian

    dipandang beriman sebelum ia menyayangi

    saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia

    menyayangi dirinya sendiri.

    (Riwayat Bukhari, daripada Anas r.a.)

    S

    ITI...!!!

    Mak Jah yang

    sedang menyusun piring dan

    cawan di meja makan utama tersentak. Gerak lincah jari-

    jemarinya terhenti serta-merta. Seakan terkena renjatan

    elektrik. Tangan kanan mengurut dada beberapa kali. Naas

    dihela perlahan. Kepala menggeleng perlahan. Apa lagi tu

    agaknya, hatinya berbisik.

    Langkah dibuka menghala ke muka tangga. Kepalayang kemas berbalut skar putih dari benang kapas itu

    mendongak ke atas. Sekujur tubuh berisi yang hanya

    bersarung baju tanpa lengan berwarna hitam dan berskirt

    Bab1

  • 7/31/2019 NLBB

    5/106

    April Snow

    5

    pendek paras lutut yang juga sedang menjengah ke bawah

    ditatap. Bertentang mata kedua-duanya.

    Rambut hitam berbelang perang tua paras bahu

    yang lepas bebas bagai menggerbang, cukup menyemakkan

    mata tua Mak Jah. Ada apa, Cik Zurene?

    Budak kampung tu mana, Mak Jah?

    Siti kat belakang, Cik Zurene. Jemur kain baju.

    Tertangkap pada telinga tua Mak Jah dengusan kasar Zurene

    yang diiringi dengan kata makian. Mak Jah beristighar dalam

    hati.

    Panggil budak tu jumpa saya, Mak Jah. Cepat!

    Mak Jah laju menganggukkan kepala. Langkah tua

    Mak Jah diayun sederasnya mengarah ke pintu dapur. Meja

    makan utama yang sedang diatur untuk sarapan ditinggalkan.

    Pintu grill ditolak pantas sambil kepala tunduk ke bawahmencari selipar untuk disarung. Langkah terus dibawa ke

    belakang. Sesusuk tubuh yang sedang tekun menjemur

    pakaian di ampaian tertangkap di pandangan. Naas yang laju

    tadi dihembus perlahan. Siti... Siti....

    Siti... panggil Mak Jah.

    Gadis berbaju kurung Kedah dan berkain batik itumenoleh. Senyuman dilemparkan kepada Mak Jah. Ye, Mak

    Jah.

    Cepat nak, tu Cik Zurene dah menjerit kat atas.

    Tinggalkan baju-baju tu dulu. Nanti sambung.

    Gadis yang dipanggil Siti oleh Mak Jah itu menelan

    air liur. Gerak naas laju memukul dada. Kedua-dua belah

    tangan yang sedikit basah disapukan pada paha. Bahunya

    diusap perlahan oleh Mak Jah. Ada apa Cik Zurene panggil,

    Mak Jah?

  • 7/31/2019 NLBB

    6/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    6

    Kepala Mak Jah menggeleng perlahan. Memang

    tidak diketahui punca anak majikannya itu menjerit tadi.

    Mak Jah tak tau. Istighar banyak-banyak ye. Sabar. Dah,

    pergi cepat. Lagi lambat nanti makin teruk dia mengamuk.

    Bukan Siti tak tahu perangai dia tu.

    Kepala diangguk lemah. Kaki dibawa menuju ke

    pintu dapur. Anak tangga dilangkah laju menuju ke tingkat

    atas. Saat meniti anak tangga, Siti berselisih dengan Datuk

    Zainal, kepala terus ditundukkan sedikit lalu mengucapkansalam dan selamat pagi kepada tuan rumah tempat dia

    berteduh itu.

    Datuk Zainal hanya menganggukkan kepala sambil

    melangkah turun.

    Pintu bilik dua di sebelah kanan yang sudah terbuka

    luas dihampiri. Bersama laaz bismillah, Siti melangkahmasuk. Cik Zurene panggil saya?

    Bup! Sehelai jaket warna kelabu laju mendarat ke

    muka Siti sebelum menjunam ke lantai yang mendasari bilik

    berkenaan. Perlahan Siti membongkok lalu mengutip jaket

    tersebut. Tubuh ditegakkan kembali dan berdiri menatap

    pandangan tajam gadis muda di hadapan yang sedang

    bercekak pinggang.

    Hei perempuan kampung bodoh! Macam mana

    butang jaket ni boleh nak tercabut? Kau tak tengok betul-

    betul ke masa kau gosok, ha? Mata kau letak kat mana? Dah

    buta ke? Kau tau tak berapa harga jaket tu? Gaji kau setahun

    pun belum tentu boleh bayar tau!

    Siti menelan air liur. Ya Tuhan.... Maa, Cik Zurene,saya tak perasan. Saya jahitkan sekarang.

    Langkah wanita muda yang dipanggil Zurene itu

    menghampiri Siti. Kepala Siti ditunjal beberapa kali.

  • 7/31/2019 NLBB

    7/106

    April Snow

    7

    Bergoyang sedikit kepala Siti namun Siti tetap mematung.

    Mematikan diri. Mengunci mulut. Itu lebih baik. Dia sudah

    biasa diperlakukan begini oleh gadis muda ini. Malah lebih

    teruk sudah dirasainya. Ada sahaja yang tidak kena pada

    matanya. Siti tahu gadis ini amat benci kepadanya tetapi

    tidak diketahuinya mengapa.

    Hei bodoh, kau tau tak dah pukul berapa

    sekarang? Lengan yang sedikit gelap dan telanjang itu

    diangkat ke muka Siti. Tengok jam ni dah pukul berapa?Siti hanya menundukkan muka.

    Hei, kau pekakye? Aku tanya ni... jawab la!!!

    Mata diangkat perlahan-lahan lalu dihalakan pada

    Gucci tali perak yang tersarung di pergelangan tangan

    Zurene. Ditelan air liur. Pahit. Errr lapan, Cik Zurene.

    Zurene mendengus. Kasar. Memang dasar dungu.Tolol. Lembap. Sudah, berhambus! Menyampah aku tengok

    muka kau tu. Makin aku tengok muka kau ni, makin sakit

    hati aku.

    Laaz maa sekali lagi diucapkan sebelum

    melangkah keluar dari bilik Zurene. Langkahnya cepat-cepat

    diatur ke tangga dan matanya berlaga dengan pandangan

    tajam Datin Junainah yang juga mahu menuruni tangga.

    Kerlingan tajam wanita itu membuatkan Siti hanya

    menundukkan kepala. Berdiri tegak. Memberi laluan kepada

    wanita yang berusia lewat empat puluhan itu.

    Apa yang bising-bising tu? Kau dah buat apa kat

    Zurene?

    Siti kemam bibir. Renungan wanita itu

    membuatkan dadanya berdegup kencang. Kecut melihat

    renungan tajam daripada sepasang mata cantik di hadapannya

    ini.

  • 7/31/2019 NLBB

    8/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    8

    Bu... bu... butang jaket ni.... Jaket di tangan

    diangkat sedikit. Tercabut, Datin.

    Datin Junainah dilihat mengeluh kuat bersama

    jelingan tajam. Siti telan air liur. Dalam hati berdoa janganlah

    dia dimaki lagi.

    Kau ni, tak habis-habis buat hal.

    Mata wanita yang dipanggil Datin itu makin tajam

    menikam. Wajah Siti sedikit kecut. Memang dia takut dengan

    wanita di hadapannya ini.

    Sudah, cepat turun siapkan sarapan Zurene. Dia

    dah lambat tu.

    Kepala diangguk perlahan, tubuh dibongkokkan

    sedikit meminta izin untuk turun sebelum laju melangkah

    menuruni anak tangga.

    Pintu bilik kecil di tepi dapur dikuak. Jaket di

    tangan diletakkan di atas katil bujang yang berhamparan kain

    kapas berkotak-kotak rona hijau. Langkah diatur keluar dari

    bilik. Tombol pintu ditarik rapat.

    Ada apa tadi tu, Siti?

    Pintu kabinet dibuka. Sebuah gelas kristal

    dikeluarkan. Gelas yang hanya untuk kegunaan Zurene.Wajah Mak Jah yang menoleh kepadanya dari singki dibalas

    dengan senyuman kecil. Takde apa, Mak Jah.

    Mak Jah menggelengkan kepala. Masak benar

    dengan perangai gadis yang satu ini. Sukar sekali mendengar

    dia melaazkan kata-kata buruk tentang penghuni rumah ini

    apatah lagi bercerita tentang apa yang mereka lakukan

    kepadanya. Apa jua yang melanda dirinya, ditelan seorang

    diri.

    Jus carrot Cik Zurene dah ambil ke Mak Jah? Siti

  • 7/31/2019 NLBB

    9/106

    April Snow

    9

    cuba mengalihkan perhatian Mak Jah. Tiada guna berbicara

    perihal ini. Sudah lali telinganya menelan segala cerca sejak

    enam bulan menjadi penghuni tetap di mahligai ini.

    Belum. Mak Jah tak keluarkan dulu. Nanti tak

    sejuk pulak. Karang mengamuk lagi cik kak tu. Tak larat

    telinga Mak Jah nak mendengarnya.

    Siti senyum. Langkah diatur ke Panasonic kelabu

    yang tersergam di sudut dapur. Dibuka pintunya yang seakan

    pintu almari itu lalu dikeluarkan kotak jus carrot. Diselakmuncung kotak yang sudah terbuka lalu dituangkan ke dalam

    gelas kristal tadi. Takpe, Mak Jah. Siti nak hantar jus ni dulu.

    Karang Cik Zurene marahpulak tengok jus dia takde.

    Hati-hati, Siti.

    Kepala dianggukkan sambil melempar senyum kecil

    kepada Mak Jah yang sedang mengupas bawang kecil danbawang putih untuk persediaan hidangan tengah hari nanti.

    Gelas kristal diletak berhati-hati di meja makan

    utama. Datuk Zainal yang sedang menatap surat khabar The

    Edge hanya dipandang sekilas. Datin Junainah yang

    menghirup kopi turut terlihat oleh kilasan matanya. Cawan

    kosong Datuk Zainal ditoleh. Teko kopi dicapai lalu

    dituangkan ke dalam cawan itu berhati-hati.

    Morning mama papa, sapa Zurene.

    Bibir merah dan berkilat Zurene sudah singgah di

    pipi Datin Junainah. Bahu wanita itu dipeluk.

    Datin Junainah menguntum senyum.

    Saat mata Siti dan mata Zurene bertembung,

    kerlingan tajam mata galak itu menikam mata bundar Siti.

    Pantas kepala ditundukkan lalu langkah diatur meninggalkan

    meja makan menuju ke dapur.

  • 7/31/2019 NLBB

    10/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    10

    Zurene hanya memandang tajam tubuh Siti yang

    melangkah ke ruang dapur.

    Datuk Zainal meletakkan akhbar yang baru dibaca

    di atas kerusi bersebelahan. Wajah hitam manis satu-satunya

    anak gadis bersama arwah isterinya ditenung. Apa hal pagi-

    pagi terjerit-jerit ni, Zurene? Kan tak elok macam tu. Papa

    rasa jiran pun boleh dengar suara Zurene tu. Selalu sangat

    dah Zurene. Cubalah hentikan menjerit ni. Tak manis.

    Sekeping roti yang sudah siap bersalut jem nanaskesukaannya dicapai lalu disuakan ke dalam mulut. Zurene

    pasti, tentu mama yang menyapukan jem tersebut untuknya.

    Zurene mendengus. Bencinya ditegur begitu. Papa selalu

    sahaja tidak setuju dengan setiap perilakunya. Papa tidak

    seperti mama yang begitu memahami dirinya.

    Papa... papa tau tak apa budak kampung bodohtu.... Jari telunjuk lurus dihala ke arah dapur. Dah buat

    pada baju Zurene? Butang jaket yang mama belikan kat

    Munich tu tercabut. Zurene ingat nak pakai pagi ni. Kan ke

    Zurene ada meeting dengan client baru kita tu. Papa pun

    tahu, kan?

    Gelas kristal dicapai oleh Zurene. Rakus disuakan

    ke bibirnya.

    Datin Junainah mengerling tajam ke arah dapur.

    Sakit hatinya mendengar aduan Zurene tadi.

    Datuk Zainal menggeleng kepala. Zurene terlalu

    dimanjakan oleh mamanya hingga adakala kelakuannya agak

    keterlaluan.

    Kalau ye pun.... Wajah Zurene yang masammencuka kerana ditegur dipandang. Anak ini hatinya sudah

    keras seperti rebung tua. Silapnya juga membiarkan Junainah

    keterlaluan mengikut telunjuk Zurene. Tak boleh ke Zurene

  • 7/31/2019 NLBB

    11/106

    April Snow

    11

    panggil Siti elok-elok. Dia tukan ada hubungan saudara

    dengan mama.

    Zurene mencebik sambil memandang Datin

    Junainah. Saudara apa, papa? Budak bodoh tu cuma cucu

    angkat arwah nenek je. Bukannya mama kenal sangat pun

    dengan dia... kan mama?

    Datin Junainah tersenyum kecil sambil

    menganggukkan kepala. Datin Junainah meminta Zurene

    segera menghabiskan sarapan kerana khuatir dia akan lewatke pejabat nanti untuk menghadiri mesyuarat yang disebut

    awal tadi. Tidak elok membuat pelanggan itu tertunggu-

    tunggu pada kali pertama berkunjung ke pejabat anaknya itu.

    Zurene akur. Jus carrot dihirup hingga licin. Pipi

    Datin Junainah dicium. Sedikit pun tidak menoleh kepada

    Datuk Zainal.Hanya gelengan kepala Datuk Zainal yang

    mengiringi langkah Zurene hingga ke muka pintu. You

    terlalu memanjakan dia, Jun. You spoil her very much.

    Adab dia dah takde langsung. Dengan I pun dia kadangkala

    tak hormat.

    Datin Junainah mencapai kepingan epal hijau yang

    sudah dihiris lalu disuakan ke dalam mulut. Dikunyah penuh

    tertib hingga selesai. Wajah suaminya dipandang. Nal

    Zurene tukan masih budak-budak. Biarkan aje la. Nanti-nanti

    tu dia okeylah. Angin dia tengah tak baik tu, kan? Selalunya

    dia okey, kan!

    Datuk Zainal menggelengkan kepala seraya

    memandang wajah tidak bersalah isterinya. Sama sahaja duaberanak!

    By the way, siapa client baru yang Zurene nak

    jumpa hari ni, Nal?

  • 7/31/2019 NLBB

    12/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    12

    Pertanyaan Datin Junainah mengingatkan Datuk

    Zainal pada pertemuan kelmarin dengan pelanggan tersebut.

    Dia diperkenalkan dengan pelanggan itu oleh rakan golnya,

    Tan Sri Salleh. Kata Tan Sri Salleh, anak muda ini bukan

    calang-calang proflnya. Baru sahaja dianugerahkan Tokoh

    Usahawan Muda dalam anugerah kecemerlangan EOY yang

    dianjurkan oleh sebuah frma perakaunan terkemuka dunia.

    Melihat penampilan anak muda yang memegang

    jawatan Pengarah Urusan UT Builders Berhad itu, DatukZainal amat kagum dengan pencapaian cemerlangnya dalam

    bidang perniagaan biarpun asalnya dia tidak mempunyai

    kelayakan akademik dalam bidang tersebut. Bidang yang

    dipelajari di universiti dahulu jauh menyimpang. Datuk

    Zainal dimaklumkan dahulunya Pengarah Urusan UT Builders

    itu ialah bekas seorang pendidik.

    Nal? Nal?

    Panggilan bertalu-talu daripada Datin Junainah

    mencantas lamunan Datuk Zainal.

    Dah sampai ke mana you ni? I tanya, you boleh

    khayal pulak. Cawan kopi di hadapan dicapai. Dihirup

    hingga licin.

    I dengar apa yang you tanya tadi. I teringatkan

    client tu tadi. Teringat masa frst time I jumpa dia kelmarin

    kat KLGCC. Bagus budaknya. Ada karisma walaupun muda

    lagi dah jadi MD.

    Muda ke Nal?

    Mudajugaklah.Late thirties I rasa.

    Kaya?

    Isy, you ni. Ke situ pulak! Datuk Zainal

    menggelengkan kepala.

  • 7/31/2019 NLBB

    13/106

    April Snow

    13

    Yelah. Mana tau, kan... boleh matchkan dengan

    Zurene ke. You juga yang untung nanti, kan?

    Datuk Zainal menggelengkan kepala memandang

    Datin Junainah yang menyimpul senyum memasang angan-

    angan.

  • 7/31/2019 NLBB

    14/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    14

    Terimalah apa yang mudah engkau lakukan,

    dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta

    berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang

    yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

    (Al-Ara: 199)

    SEPASANG kaki yang berbalut

    kain batik sedikit lusuh dibawa

    menuruni anak tangga. Berhati-

    hati dia melangkah. Di tangan ada segulung kain cadar,sarung bantal juga selimut yang baru dibawa keluar dari bilik

    Zurene, Zaza dan Zara juga Datin Junainah. Sebentar tadi

    sudah ditukarkan cadar juga sarung bantal baharu untuk

    kesemua empat buah bilik di tingkat atas. Itu memang rutin.

    Setiap tiga hari harus berganti baharu. Jika dia terlupa,

    maka hamburan kata-kata makianlah yang menjadi santapan

    telinganya terutamanya daripada Zurene.

    Kaki melangkah masuk ke ruang dapur. Samsung

    hitam tersandar megah di dinding batu berhampiran pintu

    Bab2

  • 7/31/2019 NLBB

    15/106

    April Snow

    15

    dapur dihampiri. Mulut Samsung sudah dibuka. Tubuhnya

    mencangkung menghadap wajah Samsung. Satu per satu

    cadar dan sarung bantal dimasukkan dengan cermat ke dalam

    mulut Samsung yang ternganga.

    Siti....

    Kepala mendongak. Ye, Mak Jah.

    Langsir bilik Cik Zurene dah ganti?

    Siti menepuk dahi. Bibir bawah digigit. Ya Allah,Mak Jah. Siti lupa. Lupa sungguh!

    Tangannya laju menyumbat semua cadar dan

    sarung bantal ke dalam mulut Samsung sebelum ditutup

    mulut yang ternganga. Ditekan punat di dada Samsung.

    Siti pergi tukarkan sekarang ye, Mak Jah. Tubuh

    kurusnya pantas ditegakkan lalu langkah deras dibawa

    menuju ke tangga kayu berukir di tengah-tengah rumah yang

    menghubungkan tingkat atas dan bawah.

    Mak Jah hanya menggelengkan kepala

    memerhatikan gelagat kelam-kabut Siti. Mak Jah tahu Siti

    kepenatan lantaran didera melakukan kerja hingga lewat

    malam tadi. Didenda kerana lewat pulang dari masjid. Hanya

    kerana terlewat pulang mendengar syarahan di masjid, Sitidipaksa oleh Zurene mencuci keretanya, kereta Datuk, Datin

    juga kereta Zaza dan Zara walhal itu adalah tugas suaminya,

    Pak Salleh selaku pemandu peribadi keluarga ini. Dipaksanya

    Siti mencuci kereta malam-malam buta. Dalam keadaan

    hujan yang agak lebat pula!

    Kasihan sungguh Mak Jah kepada gadis itu.

    Memang Zurene sengaja mahu mengenakan Siti. Mak Jah

    memang tahu niat tidak baik anak majikannya itu sejak Siti

    mula menjejakkan kaki ke sini. Ada-ada sahaja yang

    diperlakukan oleh Zurene kepadanya. Nasib baiklah Zaza dan

  • 7/31/2019 NLBB

    16/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    16

    Zara tidak turut bersekongkol dengan kakak mereka

    mengenakan Siti. Mereka berdua lebih bertimbang rasa

    dengan Siti. Mereka juga melayan Siti dengan baik, sama

    seperti papa mereka. Tidak pernah sekali pun telinga Mak Jah

    mendengar mereka mengeluarkan kata-kata kesat apalagi

    makian kepada Siti. Sekurang-kurangnya tidak semua ahli di

    rumah ini memperlakukan Siti dengan buruk sekali.

    Melayannya seperti hamba tebusan sahaja. Seperti yang

    dilakukan oleh mama dan kakak mereka. Mereka berdua ituperangainya tak ubah seperti syaitan!

    Mak Jah membuka pintu Panasonic kelabu di tepi

    singki. Tubuh gempalnya itu dibongkokkan sedikit.

    Tupperware bulat berwarna biru dicapai. Pintu Panasonic

    ditutup. Bekas plastik berwarna biru yang berisi cili kering

    yang sudah dikisar bersama bawang besar itu dibuka. Cili

    kering yang dikisar oleh Siti petang semalam lalu dididihkanhingga masak sebelum disejukkan dan disimpan. Mak Jah

    mahu meminta Siti memasak sambal tumis udang hari ini.

    Zaza dan Zara sudah berpesan kepadanya semalam.

    Suka benar dua beradik kembar itu dengan sambal

    tumis udang. Sejak kecil itulah makanan kegemaran mereka.

    Sejak Siti tinggal di sini, gadis itulah yang memasak sambaltumis untuk Zaza dan Zara. Mereka semakin gemar sambal

    tumis air tangan Siti. Lebih sedap daripada biasa kata mereka.

    Sering kali mereka memuji masakan Siti dan Siti pula hanya

    tersenyum kecil setiap kali dipuji tentang masakannya.

    Mak Jah akui Siti memang pandai memasak. Dia

    sudah tua, dia lebih tahu menilai. Pastinya Siti dididik dengan

    sempurna perihal urusan di dapur oleh arwah nenekangkatnya. Siti pernah memberitahu arwah nenek angkatnya

    yang dipanggil wan itu memang pakar memasak di kampung

    mereka. Setiap kali ada kenduri kahwin di kampung mereka

  • 7/31/2019 NLBB

    17/106

    April Snow

    17

    mahupun kampung-kampung sekitar, arwah nenek angkatnya

    itu pasti akan ditempah untuk menyediakan hidangan.

    Hairan pula Mak Jah bagaimana Datin Junainah itu tidak

    mewarisi bakat memasak daripada arwah ibunya. Langsung

    tidak betah kala di dapur dan memang nampak janggal sahaja

    tingkah serta gerak lakunya. Macam tidak pernah jejak ke

    dapur sahaja gayanya. Memasak tu, jauh sekali!

    Langsir putih berbunga tabur kecil warna merah

    dilihat dari arah belakang pintu Zurene. Kedua-dua belahtangan mencekak pinggang. Senyuman terukir di ulas bibir

    bak delima yang merah merekah walaupun tanpa calitan

    sebarang pewarna tiruan. Cantik! Rasa puas memekar di hati

    Siti melihat bilik anak tuan rumah tempat dia menumpang

    tampak indah hasil sentuhan tangannya.

    Harap-harap Cik Zurene suka nanti, bisik hati kecil

    Siti.

    Kaki dibawa melangkah keluar dari bilik itu.

    Perlahan-lahan tombol besi pintu ditarik dari luar. Dibawa

    langkah menuju ke anak tangga.

    Mak Jah... Mak Jah. Kepala Siti menjenguk ke

    dapur mencari kelibat Mak Jah. Tiada. Kaki didorong ke

    ruang tamu. Mata melihat sekeliling. Tidak kelihatan susuktubuh yang dicari. Langkah dibawa semula ke dapur lalu

    terus keluar ke bahagian belakang dapur. Mata meliar

    mencari kelibat Mak Jah. Kepala sudah menggeleng. Pantas

    kaki melangkah ke arah ampaian.

    Mak Jah... kenapa Mak Jah buat kerja ni? Nikan

    kerja Siti. Dah, dah, biar Siti yang selesaikan. Siti memegang

    pergelangan tangan Mak Jah. Cuba menghalangnya daripada

    meneruskan kerja menyidai cadar-cadar dan sarung bantal

    yang dicuci tadi.

  • 7/31/2019 NLBB

    18/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    18

    Takpe la. Siti, kan ada kerja kat atas tadi. Jadi apa

    salahnya Mak Jah tolong. Cepat disidai, cepatlah kering nanti,

    kan?

    Siti menggoyang tangan Mak Jah. Dia bimbang

    kalau-kalau diketahui oleh Datin Junainah yang kerja-kerja

    sepatutnya dia lakukan dibantu oleh Mak Jah. Tapi nanti

    kalau....

    Kepala Mak Jah menggeleng. Tahu sangat apa yang

    bersarang di kepala gadis cantik di hadapannya ini.Kasihannya dia! Jangan risau. Zurene dengan Datin tak

    pasang kamera kat belakang dapur ni, Siti.

    Riak takut masih jelas terpapar diraut wajah Siti.

    Mak Jah tahu Siti begitu takut dengan Zurene dan

    Datin Junainah.

    Takpe la, Mak Jah.... Biar Siti habiskan kerja niye?Mak Jah masuklah. Tubuh dibongkokkan mendekati bakul

    plastik bujur berwarna hijau di hujung kaki Mak Jah.

    Siti.... Pergelangan tangan Siti yang baru

    mencapai sehelai cadar dipegang.

    Pergerakan tangan Siti terhenti. Matanya yang

    bercahaya memandang ke wajah tua Mak Jah. Mak Jah...biarlah Siti buat. Siti tolong Mak Jah,ye. Cepat kerja ni habis,

    kan?

    Siti nak tolong Mak Jah, kan?

    Senyuman manis diukir bersama anggukan kecil.

    Siti tolong masak sambal tumis udang untuk Zaza

    dan Zara,ye. Budak berdua tu dah pesan kat Mak Jah, mintakSiti yang masakkan.

    Mata Siti bercahaya. Bibir menguntum senyum

    teruja. Zara dan Zaza balik makan ke hari ni, Mak Jah?

  • 7/31/2019 NLBB

    19/106

    April Snow

    19

    Katanya nak balik. Takde kelas la budak berdua tu.

    Dah, cepat masuk. Nanti Siti buatkan acar timun sekali ye.

    Tentu suka budak berdua tu makan nanti.

    Siti menganggukkan kepala. Kaki mula mengorak

    langkah ke arah pintu dapur yang sedia ternganga. Siti

    masuk dulu, Mak Jah.

    Yelah. Udang... Mak Jah dah siap gorengkan. Ada

    kat bawah tudung saji merah tu.

    Sekali lagi kepala diangguk sambil menoleh kepada

    Mak Jah.

    Zaza dan Zara sungguh berlainan daripada Zurene.

    Bagai langit dan bumi. Bagai paya dan air di gunung. Zaza

    dan Zara tidak pernah menyakitinya. Mereka seakan mengerti

    penderitaan yang Siti tanggung. Sering kali juga mereka

    bertengkar dengan Zurene kerana mempertahankannya.Siti masih ingat ketiga-tiga beradik itu pernah

    bertengkar hebat ketika Zaza dan Zara membawanya keluar

    ke bandar. Mereka mahu membawanya berjalan-jalan sambil

    membelikan pakaian baru untuknya. Kata mereka Siti tiada

    baju baru. Mereka kasihan kepadanya.

    Memang dia tiada baju baru. Semua baju yang

    dipakai adalah baju-baju lama kala di kampung dahulu.

    Zurene yang marah, melemparkan kata makian dan hinaan

    kepada Siti. Sedihnya kala itu hanya Dia sahajalah yang tahu.

    Siti sedar. Siti tahu dia miskin. Sangat miskin dan hina di

    mata Zurene. Namun, kesanggupan Zaza dan Zara

    mempertahankan dirinya yang tidak berdaya menangkis

    cercaan Zurene membuatkan Siti terharu. Sesungguhnyakedua-dua beradik kembar itu mempunyai peribadi yang

    luhur.

    Siti tahu Zaza dan Zara belajar di KDU (Kolej

  • 7/31/2019 NLBB

    20/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    20

    Damansara Utama). Mereka berdua ada bercerita dengan Siti

    kala dia mula-mula sampai ke rumah ini dahulu. Mereka

    menyambung pelajaran selepas tamat SPM. Usai pengajian di

    situ nanti, Datuk Zainal akan menghantar mereka

    melanjutkan pengajian ke luar negara pula. Siti sedih

    mengenangkan nasib dirinya. Nasibnya tidak sebaik Zara dan

    Zaza. Alangkah bahagianya jika dia juga boleh diberi peluang

    menyambung pelajaran seperti dua beradik itu. Namun Siti

    sedar, sudah ditakdirkan dirinya dibawa ke sini selepaspemergian arwah wan.

    Kuali diletakkan ke atas dapur. Botol Seri Murni

    lima kilogram dicapai lalu dituangkan sedikit ke dalam mulut

    kuali.

    ADUH!

    Siti menyusun langkah pantas menuruni tangga

    masjid. Telekung yang masih tersarung di tubuh dijinjing

    kemas. Tubuh sederhana gempal dan sedikit tinggi itu pantas

    diraih sebelum jatuh mencecah lantai simen. Dibetulkan

    telekung yang sudah terselak. Siti mencangkung sedikit

    mendekati wanita separuh abad yang sudah terduduk di anak

    tangga yang penghabisan.

    Kenapa mak cik? Tangan wanita separuh usia itu

    digenggam erat agar dia mampu mengimbangi tubuh gempal

    yang hampir tersungkur tadi jika tidak dengan tindakan

    pantas Siti.Kaki mak cik ni tiba-tiba aje kejang, nak. Rasa tak

    jejak ke bumipulak.

    Siti melihat tangan wanita di hadapannya itu

  • 7/31/2019 NLBB

    21/106

    April Snow

    21

    mengusap pangkal betis kanannya. Siti membantu memapah

    wanita itu ke tepi agar tidak mengganggu laluan baki jemaah

    yang sedang menuruni tangga.

    Masjid sudah mulai lengang setelah selesai solat

    isyak.

    Ada beberapa orang jemaah Muslimah mendekati

    wanita itu bertanyakan keadaannya. Setelah diterangkan dia

    tiada apa-apa cuma kekejangan sahaja, jemaah tadi

    meninggalkan wanita itu dan Siti.

    Mak cik tinggal di mana? Mak cik datang sorang-

    sorang ke tadi? Sambil bertanya, tangan lembut Siti

    mengurut-urut perlahan kaki wanita itu. Cuba membantu

    menghilangkan rasa kekejangan yang dialami oleh wanita itu

    tadi sambil bertanya sama keadaannya. Lapang hati Siti bila

    wanita itu menyatakan rasa kejang yang menyerangnya tiba-tiba tadi sudah beransur pulih.

    Mak cik tinggal di rumah nombor lapan. Dekat

    selekoh tu saja. Jari telunjuk wanita itu lurus menghala ke

    arah yang disebutkan.

    Siti menganggukkan kepala.

    Mak cik baru saja pindah ke sini. Ikut anak mak

    cik. Mak cik datang ke masjid ni tadi dengan pemandu anak

    mak cik. Sekejap lagi dia sampai la tu. Anak nipulak duduk

    kat mana?

    Belum sempat Siti membuka mulut, sebuah

    Mercedes warna perak sudah menjalar tiba. Seorang lelaki

    dalam lingkungan lewat tiga puluhan laju menerpa ke arah

    mereka berdua. Wajahnya tampak cemas. Tampak bimbang.

    Ya Allah...! Puan, kenapa ni?

    Takde apa-apalah, Salim. Kaki saya ni tiba-tiba

  • 7/31/2019 NLBB

    22/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    22

    kejang pulak. Biasalah, dah tua-tua ni macam-macam la

    penyakit. Nasib baik ada bidadari ni... kalau tak, mahu

    tergolekjugak saya tadi di tangga tu.

    Salim melemparkan senyum kepada Siti yang

    berada di sebelah. Terima kasih, cik. Kalau cik takde tadi, tak

    tahu apa jadi kat puan. Mati saya kena marah dengan tuan.

    Siti menganggukkan kepala seraya membalas

    senyuman Salim. Takde apa-apa, encik. Saya kebetulan

    tengah turun tadi. Alhamdulillah, mak cik selamat daripadaterjatuh.

    Siti dan Salim membantu memapah wanita yang

    dipanggil puan itu ke arah kereta. Pintu tempat duduk

    belakang perlahan dibuka. Dengan berhati-hati Siti

    menyorong tubuh wanita itu masuk ke dalam perut kereta.

    Sebaik pintu mahu ditutup, tangan wanita itu pantasmenahan. Tangan Siti digenggam erat.

    Anak ni tinggal di mana? Marilah kami hantarkan.

    Boleh, Lim?

    Salim pamer senyum segaris. Eh, saya ikut

    perintah puanje. Boleh. Takde masalah. Marilah cik.

    Siti pantas menggeleng. Takpe

    la mak cik. Saya

    tinggal dekat je. Saya boleh jalan kaki. Tak payah susah-

    susah, mak cik.

    Isy, dah lewat ni, bahaya. Sebab mak cik, anak

    lewat balik. Mari mak cik hantarkan. Marilah, mak cik ikhlas.

    Tolong jangan hampakan mak cik,ye.

    Siti masih tercegat. Tangan wanita itu sudah

    menggapai. Mahu mencapai tangan Siti. Siti tidak sampai

    hati. Siti memusing tubuhnya. Mendekati perut kereta.

    Perlahan-lahan tubuhnya tenggelam ke dalam perut Mercedes

    perak yang mula meluncur.

  • 7/31/2019 NLBB

    23/106

    April Snow

    23

    Nama anak ni siapa? Mak cik ni panggilje Mak Cik

    Aishah. Tangan Siti ditepuk lembut.

    Siti senyum.

    Nama saya Siti Nur, mak cik. Panggil saja saya

    Siti. Perlahan dan penuh tertib suara dilantun.

    Siti Nur. Sedap nama tu. Orangnya pun cantik.

    Sejuk perut mak Siti mengandungkan anak yang baik macam

    Siti ni. Bertuah mak Siti dapat anak yang cantik rupa dan

    pekerti macam Siti ni.

    Siti hanya tersenyum kecil memandang wajah Puan

    Aishah. Naas dihela lembut. Sungguhkah dia itu bertuah

    punyai anak seperti aku ini...?

  • 7/31/2019 NLBB

    24/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    24

    Bab3Sabda Rasulullah SAW: Orang mukmin yang

    paling sempurna imannya ialah yang terbaik

    akhlaknya.

    (Riwayat Tirmidzi, daripada Abu Hurairah

    r.a.)

    BERHENTI di depan sana

    saja, encik. Di tepi pokok

    mangga tuye.

    Suara lembut Siti menyapa telinga Salim yang

    sedang memandu. Mercedes perak diperlahankan sebelum

    Salim memberhentikan kereta di tepi pokok mangga

    sebagaimana yang diminta oleh Siti.

    Kepala Puan Aishah terjenguk-jenguk memandang

    ke luar dari dalam kereta. Suasana persekitaran yang sunyi

    dengan hanya lampu-lampu jalan yang menyala juga lampudari garaj rumah-rumah sekitar. Mungkin penghuninya tiada

    di rumah.

    Yang mana satu rumah majikan Siti? Puan Aishah

  • 7/31/2019 NLBB

    25/106

    April Snow

    25

    terus bertanya kepada gadis manis yang duduk di sebelahnya.

    Sukar untuknya menghadamkan kata-kata yang diucapkan

    oleh Siti sewaktu dalam perjalanan tadi. Siti hanya orang

    gaji. Sudah lebih setengah tahun dia menghuni banglo itu

    dan berkhidmat kepada lima orang penghuni di situ. Kata

    Siti, selain dirinya, ada Mak Jah yang juga merupakan orang

    gaji kepada keluarga berkenaan. Suami Mak Jah, Pak Salleh

    ialah pemandu peribadi kepada keluarga Datuk Zainal. Mak

    Jah dan suaminya menurut Siti, sudah lama berkhidmatdengan keluarga tersebut. Sejak sebelum kematian isteri

    pertama Datuk Zainal lagi.

    Sudah lama Puan Aishah mahu mengenali gadis itu

    namun tidak berkesempatan kerana selalunya sebaik sahaja

    selesai imam menamatkan doa, kelibatnya pasti hilang

    daripada pandangan. Namun hari ini, jodoh mereka ada lalu

    dia menjadikan aktor kekejangan kakinya penyebabuntuknya berkenalan dengan pemilik nama Siti Nur ini.

    Rumah yang di belakang pokok mangga tu, mak

    cik.

    Suara Siti yang lembut menyapa telinga

    mengembalikan Puan Aishah ke alam realiti. Mata Puan

    Aishah mencari arah rumah yang dimaksudkan oleh Siti.Banglo dua tingkat berwarna putih dengan reka bentuk

    kontemporari itu nampak sunyi sahaja.

    Kata Siti tadi, majikannya berserta anak-anak tiada

    di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan anak rakan

    perniagaan mereka di hotel. Cuma Mak Jah sahaja yang

    tinggal. Pak Salleh turut berada di hotel kerana nanti dia

    yang akan memandu kesemua mereka pulang.

    Kata Siti lagi, walaupun mereka tiada di rumah, dia

    harus sampai ke rumah sebelum majikannya pulang. Bila

  • 7/31/2019 NLBB

    26/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    26

    ditanya lebih lanjut mengapa, hanya senyuman sahaja yang

    dihulur. Tiada sepatah pun kata yang diucapkan bagi

    menjawab soalan yang ditanya sebentar tadi.

    Puan Aishah tidak mahu bertanya lanjut, nanti apa

    pula kata Siti. Mereka baru sahaja mahu berkenal mesra. Dia

    tidak mahu sikap ingin tahunya itu nanti akan membuatkan

    Siti menjauhkan diri biarpun dia tiada apa-apa niat. Sekadar

    ingin tahu sahaja. Hatinya bagai dapat merasakan ada sesuatu

    yang cuba disembunyikan oleh Siti daripada tutur katanyatadi. Biarlah. Mungkin suatu hari nanti dia akan tahu juga.

    Telekung yang sudah ditanggalkan tadi sewaktu

    dalam perjalanan digantungkan pada lengan. Tudung coklat

    cair begitu sepadan dengan baju kurung pesak gantung

    daripada jenis kain kapas berwarna coklat tua berbunga tabur

    putih yang tersarung pada tubuh tinggi lampai Siti. Baju

    kurung dan tudung ini dibeli oleh Zaza dan Zara buat Siti.

    Hadiah sempena Siti masakkan mereka sambal tumis udang

    yang tersedap di dunia. Itu kata mereka.

    Siti ketawa dengan kata-kata lucu Zaza dan Zara.

    Ada-ada sahaja dua orang anak gadis lincah dan baik hati itu.

    Siti jadi seronok melayan kerenah mereka berdua. Dia

    terhibur dengan kedua-dua mereka. Tanpa mereka, dia tiadateman untuk berbicara. Dia akan jadi sunyi. Hanya novel-

    novel yang dibeli oleh mereka sahajalah teman penghiburnya.

    Mahu diharapkan Mak Jah, tentulah tidak manis. Mak Jah,

    kan perlu melayan Pak Salleh. Dia tidak tega mengganggu

    masa emas kedua-duanya.

    Tapak tangan Siti dihulurkan kepada Puan Aishah.

    Senyuman yang terukir daripada ulas bibir bak delima yang

    basah tanpa palitan sebarang warna itu nampak begitu manis

    pada mata tua Puan Aishah. Dia sudah jatuh kasih kepada

    gadis di hadapannya ini. Entah mengapa perasaan itu mudah

  • 7/31/2019 NLBB

    27/106

    April Snow

    27

    sahaja hadir di hati tuanya sedangkan dia baru sahaja

    beberapa minit berkenalan dengan Siti. Sejuk sahaja hati dan

    jiwanya melihat wajah manis bercahaya di hadapannya ini.

    Terima kasih mak cik sebab sudi hantar saya balik.

    Siap sampai depan rumah lagi. Berlebih-lebih pulak saya ni,

    kan? Tak malu sungguh! Siti ketawa kecil seraya menutup

    mulut. Kulitnya yang putih mulus itu jadi kemerah-merahan

    kala dia ketawa.

    Sopannya dia! Bisik hati kecil Puan Aishah.

    Siti turut menyatakan rasa terima kasih kepada

    Salim. Pemandu Puan Aishah itu menganggukkan kepala

    sambil tersenyum.

    Isy, kenapa pulak cakap macam tu. Kan mak cik

    yang beria-ia nak hantar Siti tadi. Tangan gadis itu masih

    kejap di dalam genggamannya. Sayang sekali dia mahumelepaskan gadis ini. Entah mengapa, dia sendiri tidak tahu.

    Saya minta diri dulu ye, mak cik. Tangan Puan

    Aishah dikucup penuh tertib.

    Saat kepala ditegakkan, tubuhnya sudah ditarik ke

    dalam pelukan Puan Aishah. Siti membiarkan sahaja

    tubuhnya dipeluk erat. Hatinya senang diperlakukan begitu.

    Bagaikan pelukan yang dilimpahi rasa kasih sayang. Bagaikan

    pelukan daripada seorang ibu sejati. Alangkah bertuahnya

    anak Puan Aishah kerana mempunyai ibu yang penyayang

    seperti ini. Kata Puan Aishah, waktu mereka berbual-bual

    dalam perjalanan tadi, anaknya cuma seorang sahaja. Lelaki.

    Siti jadi pilu seketika. Dirinya tidak sebertuah anak

    Puan Aishah itu. Naas dihela perlahan. Dia cuba melontarrasa sedih itu jauh-jauh. Cuba untuk tidak mengenangnya

    lagi. Senyuman ditebar ke wajah tua yang penuh kasih sayang

    di hadapannya ini. Wajah arwah wan terlayar di mata seketika.

  • 7/31/2019 NLBB

    28/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    28

    Hati Siti mula dibasahi rintik hujan! Wan... Siti rindu wan!

    Rindu sangat....

    Mak cik jaga diri baik-baik ye. Jangan banyak

    bergerak sangat sebab kaki mak cik tu saya rasa belum pulih

    lagi. Solat di rumah saja sehari dua ni. Kalau dah sihat nanti

    barulah boleh berjemaah di masjid.

    Puan Aishah jadi sebak dengan keprihatinan gadis

    ini. Alangkah baiknya jika dia ada anak perempuan. Namun

    cepat-cepat dia beristighar dalam hati. Tidak baikmempertikaikan takdir Allah. Tentu ada hikmahnya.

    Sekurang-kurangnya dia patut bersyukur. Dia tetap juga

    dikurniakan seorang anak lelaki. Dan juga patut rasa

    bersyukur anaknya itu sangat menyayangi dan

    menghormatinya. Tidak pernah ingkar kepadanya.

    Hmmm... kalau macam tu, tak dapatlah mak cikjumpa Siti sehari dua ni nanti. Rindu la mak cik. Canda

    Puan Aishah yang segera mengundang tawa Siti.

    Salim turut ketawa.

    Wah puan, bahaya ni. Main rindu-rindu tu. Takpe,

    boleh je teleon buah hati puan ni kalau dah rindu sangat

    nanti. Bolehkan, Siti? Salim angkat kening sambil

    memandang Siti yang menyimpul senyum.

    Mata Puan Aishah sengaja dibulatkan memandang

    Salim. Isy, kamu ni! Ke situpulak.

    Ketawa Salim makin galak.

    Puan Aishah juga ketawa sudahnya.

    Siti turut ketawa kecil mendengar kata-kata lucu

    Salim. Siti berdiri sambil tangan memegang tangan Puan

    Aishah yang sedang memandangnya dari dalam kereta.

    Usai menghabiskan sisa ketawa, Salim

  • 7/31/2019 NLBB

    29/106

    April Snow

    29

    menghidupkan enjin Mercedes perak yang sedia bergerak

    pada bila-bila masa sahaja.

    Harap boleh jumpa malam Jumaat nanti ye, mak

    cik. Siti akan doakan kaki mak cik cepat sembuh. Ada bacaan

    Yasin beramai-ramai. Bolehlah mak cik turut serta. Boleh

    kita turut sama doakan pada arwah-arwah ahli keluarga kita

    yang dah pergi.

    Puan Aishah menganggukkan kepala. Ya, dia juga

    berharap kakinya akan sembuh cepat. Dia tidak mahumelepaskan peluang bersama-sama Siti untuk majlis bacaan

    Yasin tersebut nanti. Dia mahu mendengar suara gadis itu

    kala mengaji. Pasti merdu dan sedap didengar. Wajah cantik

    Siti yang masih tersenyum ditatap tanpa jemu. Betapa

    bertuahnya ibu dan bapa gadis ini. Sejuk perut ibu yang

    mengandungkan anak sebaik Siti.

    Setelah mengucapkan salam kepada Puan Aishah

    dan Salim, Siti mula mengorak langkah memasuki

    pekarangan banglo di hadapan. Wajah dipusingkan kembali

    memandang ke belakang. Tangannya dilambaikan kepada

    Puan Aishah yang masih memerhatikan dirinya. Lambaian

    mereka saling bertukar.

    Langkah Siti diekori dengan pandangan mata. SaatSiti melambaikan tangan kepadanya kala gadis itu sudah

    memasuki pekarangan halaman rumah, Puan Aishah turut

    mengangkat tangan. Mata terus kaku tidak berkelip

    memandang hingga tubuh tinggi lampai itu tenggelam

    daripada layar matanya. Puan Aishah melepaskan naas

    panjang.

    Salim menoleh seketika ke belakang sebelum

    memandang semula ke hadapan. Puan suka benar dengan

    budak tu. Macam dah lama kenalje saya tengok.

  • 7/31/2019 NLBB

    30/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    30

    Entah la, Lim. Hati tua saya ni jadi macam tenang

    saja tengok dia. Sejuk mata pandang muka dia. Baik

    budaknya. Pekerti pun tertib. Budi bahasa pun elok. Rupa

    pun ada. Sempurna.

    Berkenan ke, puan? Salim tersenyum mengusik.

    Puan Aishah tersenyum penuh makna.

  • 7/31/2019 NLBB

    31/106

    April Snow

    31

    Tahukah engkau akan orang yang

    mendustakan agama (meliputi hari

    pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas

    serta berlaku zalim kepada anak yatim.

    (Al-Maun: 1-2)

    PINTU belakang ditutup dan terus

    dikunci. Jeriji juga turut dikunci

    sama. Memang Siti sentiasa

    membawa kunci pendua bila ke masjid. Kunci pendua yangditempah oleh Pak Salleh untuk dirinya. Siti yang memintanya.

    Dia tidak mahu menyusahkan Mak Jah untuk membuka pintu

    setiap kali dia pulang sedikit lewat. Lihatlah seperti hari ini,

    dia sudah terlebih lewat. Nasib baiklah majikannya belum

    pulang dari hotel lagi. Jika tidak, pasti akan ada bahagian

    buatnya daripada Zurene.

    Siti tahu Zurene membenci dirinya sejak dia mula

    menjejakkan kaki di banglo ini. Dan rasa benci itu kian hari

    kian bertambah. Akibatnya Siti akan sentiasa menjadi sasaran

    Bab4

  • 7/31/2019 NLBB

    32/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    32

    amarah gadis itu walaupun ada kalanya tanpa sebarang sebab.

    Seakan satu kenikmatan buat Zurene setiap kali dapat

    menyakiti Siti. Mengingatkan anak gadis sulung majikannya

    itu, Siti hanya mampu beristighar. Memohon agar Allah

    sentiasa melindungi dirinya dan memberi keampunan pada

    setiap perbuatan Zurene. Entah apa sebenarnya yang

    melingkari fkiran Zurene terhadap diri Siti hingga

    membuatkan dirinya sentiasa menjadi sasaran kemarahan

    gadis itu.Langkah berhati-hati dibawa menyusun tapak. Suis

    di bahagian dapur basah ditutup. Sudah biasa begitu, setiap

    kali dia pulang dari masjid, lampu di bahagian dapur ini akan

    terpasang. Sengaja Mak Jah tidak menutupnya kerana mahu

    memudahkan Siti apabila pulang dari masjid. Kata Mak Jah,

    nanti kalau gelap tentu Siti susah hendak buka pintu

    belakang.

    Siti tahu, Mak Jah pasti akan menunggunya pulang

    dari masjid setiap malam walaupun wanita separuh abad itu

    tidak pernah menzahirkannya melalui kata-kata. Dan pintu

    bilik Mak Jah pastinya akan direnggangkan sedikit bagi

    memudahkan wanita itu mengetahui kepulangan Siti dari

    masjid. Kepala menjenguk sekilas memandang bilik Mak Jah.Pintu bilik terbuka sedikit. Kedengaran suara dari televisyen.

    Kalau Pak Salleh ada pastinya Pak Salleh sedang menonton

    dan Mak Jah pula melipat pakaian. Siti sangat maklum akan

    rutin pasangan tersebut.

    Langkah Siti menghampiri pintu bilik Mak Jah.

    Salam diberi sambil tangan mengetuk sekali pintu bilik.

    Kedengaran suara Mak Jah menjawab salam sambilmengarahkan Siti masuk. Perlahan-lahan kepala dijengukkan

    ke dalam. Siti melihat Mak Jah sedang duduk di penjuru katil

    sambil melipat pakaian.

  • 7/31/2019 NLBB

    33/106

    April Snow

    33

    Ha, dah balik. Lambat Siti malam ni. Risau Mak

    Jah. Ada apa-apa kat masjid ke tadi? sapa Mak Jah dengan

    nada suara yang lembut.

    Siti melangkah masuk sambil melabuhkan duduk

    di soa kayu yang terletak di hujung katil. Telekung yang siap

    berlipat diletakkan di atas katil. Tudung ditanggalkan

    perlahan-lahan lalu diletakkan di atas telekung. Naas dihela

    perlahan. Tadi ada sorang mak cik tu, kaki dia tiba-tiba

    kejang masa turun kat tangga masjid. Siti tolong dia, MakJah. Maa, Mak Jah. Siti buat Mak Jah risau.

    Tangan Mak Jah yang melipat pakaian terhenti.

    Matanya memandang wajah anak gadis di hadapannya. Siti

    sudah dianggap sebagai anaknya sendiri. Apatah lagi dia

    sendiri tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang lebih dua

    puluh tahun perkahwinannya dengan Pak Salleh. Mak Jah

    reda dengan ketentuan Allah. Pasti ada rahmat di sebalik

    semua ini.

    Mak Jah ni bukannya apa risau Siti balik jalan

    kaki malam-malam. Siti tu perempuan. Anak dara pulak tu.

    Hati Mak Jah ni bimbang. Diletakkan tapak tangan ke dada

    sambil redup mata memanah ke arah Siti.

    Siti bangun seraya melabuhkan duduk di penjurukatil bersebelah Mak Jah. Siti capai tangan Mak Jah.

    Digenggam erat. Siti tahu kebimbangan Mak Jah yang sudah

    dianggap bagaikan ibu sendiri.

    Insya-Allah Siti tak ada apa-apa, Mak Jah. Lagipun,

    kan Siti selalu balik dengan jiran depan sana tu. Cuma malam

    ni je, ada orang hantar Siti balik. Dan yang istimewanya.

    Siti angkat kening. Tersenyum.

    Mak Jah kerut kening melihat perlakuan Siti.

    Siti balik dengan kereta besar tau, Mak Jah. Hantar

  • 7/31/2019 NLBB

    34/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    34

    sampai kat depan rumah lagi. Siti tersenyum seraya ketawa

    kecil.

    Mak Jah terus pandang Siti dengan dahi yang

    berkerut seribu.

    Siti cepat sahaja menangkap reaksi lurus Mak Jah.

    Mak cik yang Siti tolong tu hantar Siti balik la, Mak Jah.

    Pemandu mak cik tu hantar sampai depan rumah tadi.

    Mak Jah tersenyum sambil menggelengkan kepala.

    Jadi mem besar la sekejap tadi Cik Siti Nur kita ni ye.

    Patutlah senyum memanjangje dia.

    Ketawa Mak Jah dan Siti saling bergabung.

    Haaa... apa ketawa-ketawa ni? Ooo... ada sorok

    rahsia besarye?

    Mak Jah dan Siti yang masih ketawa terkejut

    dengan suara nyaring Zaza dan Zara yang tiba-tiba menerpa

    di muka pintu. Kedua-dua anak gadis kembar majikan

    mereka itu tiba-tiba sahaja melompat di hadapan pintu

    sambil bercekak pinggang. Mak Jah urut dada sambil

    beristighar panjang. Siti pulageleng kepala.

    Zaza dan Zara terus ketawa melihat gelagat Mak

    Jah. Kedua-duanya terus melabuhkan duduk di tepi katil MakJah, bersebelahan Siti. Tubuh Siti dipeluk erat oleh gadis

    kembar yang lincah itu. Siti sengaja menggoyangkan badan.

    Cuba melepaskan diri daripada pelukan Zaza dan Zara. Saling

    bergelut ketiga-tiga mereka. Ketawa pecah.

    Mak Jah menggelengkan kepala melihat aksi

    gurauan mesra ketiga-tiga anak gadis berkenaan.

    Siti hela naas yang seakan semput dengan gelagat

    kedua-dua anak kembar majikannya ini. Tahu benar dengan

    perangai Zaza dan Zara yang suka sangat mengusiknya.

  • 7/31/2019 NLBB

    35/106

    April Snow

    35

    Kenapa tak bagi salam dulu, Zaza... Zara, hmmm?

    Tengok... kesian Mak Jah, terkejut dia. Tak baik buat macam

    tu. Nasib baik Mak Jah tak ada sakit jantung tau! Siti

    mengusap lembut kepala kedua-dua gadis kembar tersebut.

    Memang kedua-duanya sangat manja dengan Siti.

    Zara mencebik.

    Ala, kita nak terperanjatkan sikit je tadi. Sikit

    macam ni. Zara arah jari telunjuk dan ibu jari yang

    didekatkan sedikit ke arah Siti.

    Zaza hanya menganggukkan kepala. Mengiakan

    kata-kata kakak kembarnya itu.

    Siti mencebik. Sengaja mahu menyakat kedua-

    duanya. Yelah sangat tu. Kan elok sebelum masuk bilik

    orang, beri salam dulu. Kalau orang buat macam tu kat

    Zaza... kat Zara, mesti tak suka, kan? Bilik orang kita kenahormat. Tak boleh masuk macam tu aje. Tak sopan

    namanya.

    Zaza pandang wajah Zara.

    Zara angkat kening.

    Sorry, Mak Jah. Zaza minta maa.

    Zara pun, Mak Jah.

    Hai, dengan Kak Siti tak minta maa ke?

    Eh, apa pulak! Ni bilik Mak Jah, bukan bilik Kak

    Siti.

    Siti senyum sambil pandang wajah-wajah cemberut

    di hadapannya.

    Tapi tadi, kan Kak Siti pun kena sergahjugak. Kiraitu tak berlaku sopan pada akak jugak la, kan? Jadi.... Siti

    kelipkan kelopak mata beberapa kali. Cuba memprovokasi

    kedua-dua gadis berkenaan.

  • 7/31/2019 NLBB

    36/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    36

    Kenalah mintak maajugak. Kan Mak Jah? Siti

    pandang Mak Jah sambil mengenyitkan mata.

    Mak Jah ketawa kecil.

    Siti cuba menyembunyikan tawanya saat melihat

    kedua-dua gadis berkenaan memandang wajahnya dengan

    bibir muncung ke hadapan. Siti mahu ketawa, tetapi cuba

    ditahan.

    Ala, akak ni... jahat tau! Sajaje.

    Ketawa Siti pecah sudahnya. Tubuhnya terus

    terbaring di atas katil Mak Jah akibat diasak oleh Zaza dan

    Zara. Jeritan kecil Siti bertingkah dengan jeritan nyaring

    kedua-dua gadis berkenaan.

    Mak Jah hanya menggelengkan kepala. Tahu sangat

    dengan perangai Zaza dan Zara yang nakal. Jauh di sudut

    hati, Mak Jah gembira melihat kemesraan kedua-dua beradikkembar itu dengan Siti. Sekurang-kurangnya mereka tidak

    seperti kakak dan mama mereka yang sentiasa melayan Siti

    dengan buruk.

    Siti duduk bersandar di tepi katil Mak Jah sambil

    membetulkan ikatan rambutnya yang terlerai akibat

    kenakalan Zaza dan Zara tadi. Jari-jemarinya pantas melurut

    rambut lalu ikatan rambut diperkemaskan semula. Ganas la

    korang berdua ni tau! Tengok Mak Jah, habis kusut-masai

    rambut Siti dikerjakan budak-budak bertuah ni. Tak nak la

    Siti kawan dengan budak-budak ganas macam ni. Bahaya la,

    Mak Jah.

    Kedua-dua gadis itu memeluk lengan Siti sambil

    ketawa. Tidak langsung mengendahkan kata-kata Siti. Merekatahu Siti hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa.

    Mereka tahu hati budi Siti yang tulus.

    Kak Siti kalau merajuk tambah berseri macam

  • 7/31/2019 NLBB

    37/106

    April Snow

    37

    bulan mengambang penuh tahu! Kan Zara? Zaza angkat

    kening seraya mengerling ke arah adiknya.

    Zara menegakkan kedua-dua ibu jarinya sambil

    dihalakan ke wajah Siti.

    Siti hanya mencebik.

    Mak Jah tersenyum melihat gelagat ketiga-tiga

    gadis berkenaan. Tubuhnya yang sedikit gempal itu

    ditegakkan daripada duduk lalu tangan mengangkat kesemua

    pakaian yang sudah siap dilipat tadi untuk disimpan ke dalam

    almari pakaian.

    Apa yang Mak Jah dengan Kak Siti ketawa-ketawa

    tadi?

    Mata kedua-dua gadis itu memandang Mak Jah yang

    sedang menyusun pakaian di dalam almari sebelum beralih

    pada wajah mulus Siti.

    Cik Siti kita ni la.... Tadi balik dari masjid naik

    kereta besar. Ada pemandu orang kaya hantarkan dia sampai

    depan rumah. Cik Siti kita duduk kat belakang. Tu Mak Jah

    cakap, merasalah jadi mem sekejap.

    Mata Zaza dan Zara sudah membulat. Tangan

    kedua-duanya dilekatkan pada mulut yang sedikit ternganga.Siti ketawa melihat aksi kedua-dua beradik itu. Dia

    tahu mereka sengaja membuat reaksi sedemikian. Sengaja

    mahu mengusiknya.

    Siapakah gerangan putera yang menghantar tuan

    puteri kita pulang ke istana kala malam bulan mengambang

    begini duhai Bonda Jah?

    Ketawa Siti pecah.

    Mak Jah turut ketawa mendengar kata-kata lucu

    yang diucapkan oleh Zara.

  • 7/31/2019 NLBB

    38/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    38

    Zaza sudah berguling di atas katil dengan dekahan

    ketawa yang gagal ditahan.

    Itu kena la tanya tuan puteri sendiri. Mak Jah

    kenyit mata kepada Zaza dan Zara.

    Kedua-dua gadis berkenaan menggoncang tangan

    Siti. Tuan puteri, tolong la beritahu patik berdua gerangan

    putera itu. Tolonglah katakan tuan puteri.

    Siti ketawa.

    Enggak ada putera. Pak supir, ya ada. Namanya

    Mas Salim. Apa nona manis berdua mahu berkenalan sama

    Mas Salim?Bisa aja dong! Siti mengenyitkan mata.

    Mak Jah ketawa besar.

    Apa, pak supir?! Suara Zaza dan Zara serentak

    bergema.

    Dan bilik Mak Jah sekali lagi digamatkan dengan

    ketawa ketiga-tiga gadis berkenaan.

    Ketawa Mak Jah turut sama ikut bergabung.

    MAK, kenapa dengan kaki mak? Akhmal Haiz meluru

    menuruni tangga saat melihat ibunya yang baru melangkah

    masuk berjalan dengan kaki yang sedikit terhincut-hincut.

    Salim yang berada di belakang dilihat memegang telekung

    yang disangkutkan pada lengan sambil tangan kanannya

    memegang lengan kanan ibunya.

    Salim lantas menceritakan apa yang telah terjadi dimasjid tadi kepada Akhmal.

    Akhmal memegang lengan kiri ibunya lalu

  • 7/31/2019 NLBB

    39/106

    April Snow

    39

    perlahan-lahan tubuh tua ibunya didudukkan di soa ruang

    tamu. Salim diminta memanggil Mak Cik Azizah, pembantu

    rumah berkenaan di dapur. Langkah pemandu peribadinya

    itu panjang dan laju sahaja menuju ke arah ruang dapur.

    Akhmal melabuhkan duduk di sebelah ibunya sambil tangan

    mengurut-urut kedua-dua kaki ibunya.

    Puan Aishah menarik naas perlahan. Mak okey

    dah Mal, janganlah risau sangat. Sekejap je rasa kejang ni.

    Nanti-nanti baik la dia.Akhmal menggelengkan kepala. Sudah acap kali dia

    meminta ibunya itu agar solat sahaja di rumah kerana

    kesihatan ibunya itu ada kalanya tidak menentu. Tetapi

    ibunya tetap juga mahu solat berjemaah di masjid. Kata

    ibunya itu, masjid yang sudah berdekatan dengan kawasan

    rumah bukankah elok diimarahkan? Lagipun kata ibunya,

    solat berjemaah di masjid bukankah dua puluh tujuh kali

    ganda pahalanya berbanding solat sendirian di rumah? Ibunya

    kalau sudah buka kitab, Akhmal kena angkat bendera

    putihlah jawabnya.

    Salim dilihat datang bersama Mak Cik Azizah.

    Sebotol minyak urut turut berada dalam pegangan tangan

    Mak Cik Azizah.Salim kata kaki akak kejang tadi. Sakit lagi, kak?

    Mak Cik Azizah sudah bersila di lantai sambil tangannya

    sudah singgah di betis Puan Aishah.

    Akhmal segera mengalihkan tangannya. Dia tahu

    Mak Cik Azizah memang handal mengurut.

    Sikit je, Zah. Salim ni je yang berlebih-lebih.Puan Aishah memandang Salim yang tersengih sebelum

    mengalihkan pandangannya kepada Akhmal di sebelah.

    Eh, tadi teruk apa, puan. Terduduk puan kat

  • 7/31/2019 NLBB

    40/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    40

    tangga masjid tu. Nasib baik ada budak Siti tu tadi. Cepat

    jugak dia bertindak. Kalau tak, tak tau jugak apa jadi kat

    puan tadi.

    Siti? Akhmal pandang Salim sambil angkat kening.

    Dilihatnya Salim tayang senyum lebar. Isy, dia ni!

    Siapa Siti, mak? Akhmal alih pandangan ke wajah

    ibunya yang sedang tunduk melihat Mak Cik Azizah

    mengurut betis dan pergelangan kakinya.

    Wajah Akhmal ditoleh sekilas sebelum melemparkan

    sebuah senyuman. Bahu Akhmal ditepuk perlahan. Senyuman

    dihalakan pula kepada Salim yang masih berdiri di hadapan.

    Bidadari masjid, tuan. Cun gila! Salim angkat

    kedua-dua ibu jari ke atas dan dihalakan kepada Akhmal.

    Puan Aishah ketawa mendengar kata-kata Salim.

    Dahi Akhmal berkerut mendengar kata-kata yang

    dilaazkan oleh pemandunya itu. Bidadari masjid?

  • 7/31/2019 NLBB

    41/106

    April Snow

    41

    Allah menentukan pemberian rahmat-Nya

    itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan

    (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia

    yang besar.

    (Al-i-Imraan: 74)

    SITI...!!!

    Terkocoh-kocoh

    Siti melangkah menaiki

    tangga. Tangan menyingsing kain batik yang tersarung bagi

    mempercepatkan lagi langkahnya. Pintu bilik Zurene yang

    sudah ternganga didekati. Air liur yang bagai tersangkut di

    kerongkong gagah ditelan. Tubuh yang bersarung T-shirt putih

    sendat tanpa lengan yang dipadankan dengan skirt lurus hitam

    paras lutut itu dipandang. Mata mereka bertembung. Siti lihat

    ada lahar pada pandangan itu. Dia gerun. Dia kecut perut.Hei, kau pergi mana ha? Zurene merapati Siti

    yang tegak berdiri di hadapan pintu. Jari telunjuknya singgah

    di dahi licin Siti.

    Bab5

  • 7/31/2019 NLBB

    42/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    42

    Siti telan air liur. Mata Zurene yang tajam menikam

    cukup menggerunkan Siti.

    Sa... saya ada di belakang jemur baju, Cik Zurene.

    Jelingan Zurene menyambut jawapan yang diberikan Siti.

    Mana skar yang aku suruh kau iron semalam?

    Mana dia??? Zurene bercekak pinggang sambil memandang

    tajam ke arah Siti. Sakit hatinya melihat ketenangan pada

    wajah cantik di hadapannya itu. Biarpun cuma berbaju

    kurung pendek yang lusuh dan berkain batik buruk sertawajah yang bersih tanpa secalit warna yang menyentuh kulit

    mulusnya, kecantikan gadis itu tetap terserlah. Zurene gigit

    bibir. Irinya makin membara.

    Siti kerut dahi. Dia amat pasti skar yang dicari oleh

    anak majikannya ini memang diletakkan di tempat yang

    diarahkan. Saya dah gantungkan dalam almari, Cik Zurene.Zurene mendengus sambil memejamkan matanya

    seketika. Wajah Siti yang menundukkan kepala ditenung

    tajam. Kau nikan memang sengaja cari pasal dengan aku,

    kan...?

    Zurene mendengus kuat. Bibir digigit. Geram.

    Siapa suruh kau gantung skar tu dalam almari? Ada aku

    suruh?

    Siti telan air liur mendengar herdikan Zurene.

    Dadanya berombak kencang. Naasnya turun naik tidak tentu

    hala. Mindanya cuba memutar semula peristiwa semalam. Dia

    memang pasti Zurene ada mengarahkannya menyimpan skar

    berkenaan di dalam almarinya apabila siap diseterika. Dia

    tidak salah mendengar. Setiap arahan Zurene tertulis di mindadan disimpan terus di dalam pangkalan data kepalanya.

    Siti angkat wajahnya perlahan-lahan. Matanya

    memandang wajah Zurene yang memandang penuh benci.

  • 7/31/2019 NLBB

    43/106

    April Snow

    43

    Hati semakin berdebar-debar. Dia tahu, pasti Zurene mahu

    mengenakannya lagi. Ya Allah, lindungi hambaMu ini....

    Tapi semalam Cik Zurene kata Siti tidak sempat

    menghabiskan kata-katanya bila tapak tangan Zurene keras

    menghentam kepalanya. Sakit. Sedikit bergoyang tubuh

    kurus Siti. Siti bertahan dengan bersandar di pintu. Dia

    beristighar dalam hati.

    Aku kata apa ha? Cakap! Cakaplah bodoh! Zurene

    menampar lengan Siti. Kuat.

    Siti hanya membatu. Kepalanya ditundukkan

    memandang kaki.

    Kau jangan pandai-pandai nak reka cerita. Dasar

    budak kampung penipu.Big liar!

    Jeritan Zurene yang bergema menyebabkan Zaza

    dan Zara yang berada di dalam bilik sebelah dan bilik hujungmembuka pintu bilik mereka. Kedua-dua kembar itu

    menggelengkan kepala. Langkah diatur memasuki bilik

    Zurene.

    Zaza pandang wajah sayu Siti yang hanya tertunduk

    di pintu. Dia berasa kasihan kepada gadis pembantu rumah

    yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.

    Zara mengambil tempat di sebelah Siti. Bahu Siti

    diusap lembut. Sudah-sudah la tu, kak. Benda kecik pun nak

    bising. Pakai je la skar yang lain, habis cerita. Melambak

    skar akak dalam almari tu pun, kan?

    Mata Zurene membuntang memandang wajah

    selamba Zara yang berdiri di sebelah Siti. Hatinya tambah

    sakit melihat kedua-dua adiknya itu bagaikan cuba

    memenangkan Siti. Rasa bencinya semakin meluap-luap

    kepada Siti. Tak guna!

  • 7/31/2019 NLBB

    44/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    44

    Hey, you two mind your own business! Jangan

    nak sibuk masuk campur hal orang. Zurene melontar

    jelingan tajam.

    Zaza dan Zara mencebik serentak. Menyampah

    dengan perangai Zurene yang keterlaluan itu. Biadab!

    Tapi masalahnya suara Kak Zurene yang tak

    sedap tu mengganggu sistem pendengaran kami. Terbantut

    mimpi kita orang. Kan Zara?

    Zurene ketap bibir. Wajah Siti yang cuba menyimpul

    senyum tertangkap oleh pandangannya. Zurene genggam

    erat kedua-dua tangan. Kurang ajar!

    Yup. Betul, betul, betul...! Zara angguk laju sambil

    memandang selamba renungan tajam Zurene. Langsung

    tidak terkesan. Orang nak rehatlah cuti-cuti ni, kak. Please

    think about others okay. Dont be selfsh la sis!Zurene hala telunjuk kepada kedua-dua adik

    kembarnya. Sakit hatinya sukar diucapkan saat ini. Mahu

    sahaja ditampar bibir mungil kedua-duanya. Watch your

    mouth, Zaza Zara. Kurang ajar ye korang sekarang. Ni

    sebab banyak sangat habiskan masa dengan budak kampung

    tak guna ni la.

    Siti terus menundukkan muka. Jantungnya berlari

    laju. Dia jadi takut melihat perang mulut ketiga-tiga beradik

    itu. Dan ia pula berpunca daripada dirinya.

    Takde kena-mengena dengan Kak Siti ni la. Kak

    Zurene tu yang kena kawal mulut sikit. Tak malu ke pagi-pagi

    menjerit-jerit macam ni? Kalau tak malu pada diri sendiri,

    malulah untuk papa dan mama. Kesian papa dan mama.

    Jari telunjuk Zurene makin lurus menuding kepada

    Zaza dan Zara. Tajam pandangan Zurene kepada kedua-dua

    adiknya itu. Naasnya turun naik. Sakit hatinya dipersenda

  • 7/31/2019 NLBB

    45/106

    April Snow

    45

    dan dimalukan di hadapan Siti. Dia tidak boleh menerima

    penghinaan ini. Memang kurang ajar, kan korang sekarang

    ni? Tak hormat aku langsung! Sudah. Out o my room. Now!!!

    Pergi. Menyampah aku tengok mukakorang semua. Pergi!!!

    Jeritan Zurene mengundang langkah Datin

    Junainah yang baru keluar dari bilik. Zurene didekati.

    Belakang tubuh Zurene diusap lembut.

    Zaza dan Zara mempamerkan riak selamba di

    hadapan mama mereka.

    Kenapa ni, sayang? Pagi-pagi mama dah dengar

    bising-bising.

    Zurene lepas naas dalam-dalam. Hatinya sakit

    dengan kata-kata Zaza dan Zara.

    Ala ma, biasalah kakak ni. Kalau tak mengamuk

    sehari, tak sah.Boring betul!

    Jaga mulut kau, Zaza! Zurene jegil mata kepada

    Zaza. Tangannya ringan sahaja mahu menampar mulut Zaza

    yang celopar. Langsung tidak menghormati dirinya sebagai

    kakak.

    Datin Junainah pandang Zaza sebelum beralih

    kepada Zara. Renungan tajam dihadiahkan kepada Siti yangterus menundukkan wajah. Hati kecilnya pasti, ini tentunya

    ada kaitan dengan gadis itu. Benci betul dia memandang

    wajah tenang itu. Zaza, kenapa cakap macam tu pada kakak?

    Tak baik, kan? Mama tak ajar anak mama kurang ajar, kan?

    Say sorry to kakak. Zara too, dear.

    Zurene senyum kemenangan.Serve you right!

    Zaza dan Zara saling berpandangan. Dilepaskan

    keluhan tidak puas hati. Tapi ma.

    Datin Junainah geleng kepala melihat wajah

  • 7/31/2019 NLBB

    46/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    46

    cemberut Zaza dan Zara. Matanya merenung tajam kepada

    Siti yang masih tercegat.

    Yang kau tercegat lagi kat sini kenapa? Cepat

    turun! Banyak kerja lagi kat bawah tu. Jelingan tajam Datin

    Junainah menikam wajah Siti.

    Siti terkejut sebelum menundukkan diri. Kata-kata

    maa diberikan kepada Zurene tetapi gadis itu memalingkan

    wajah ke arah lain. Siti melangkah laju ke arah anak tangga.

    Zaza dan Zara saling memandang sebelum

    pandangan redup mereka jatuh pada wajah jernih Siti. Melaut

    rasa simpati mereka kepada gadis itu. Zaza mahupun Zara

    masih tidak aham hingga kini kenapa mama mereka tidak

    boleh melayan Siti dengan baik. Seperti layanannya kepada

    Mak Jah dan Pak Salleh.

    KELUARjalan-jalan?

    Zaza dan Zara serentak menganggukkan kepala.

    Tak nak la. Akak takut. Nanti Datuk dengan Datin

    tahu, habis akak. Kalau Cik Zurene pun tahu, mati akak Zaza,Zara. Siti geleng kepala. Dia tidak berani.

    Zara dan Zaza mendengus kecil. Tangan Siti yang

    sedang melipat pakaian yang dilonggokkan di atas katil

    dicapai. Tiga pasang mata saling memandang.

    Papa dan mama pergi overseas esok la, Kak Siti.

    Kak Zurene pun ikut. Lima hari ke Paris.Overseas? Paris? Lima hari?

    Zaza dan Zara tebar senyum lebar sambil kenyit

    mata.

  • 7/31/2019 NLBB

    47/106

    April Snow

    47

    Tapi kenapa Zaza dan Zara tak ikut sama? Kan ke

    sekarang tengah cuti semester?

    Zaza sandar tubuh pada dinding. Tangan mencapai

    sehelai jean yang berada dalam longgokan kain yang mahu

    dilipat oleh Siti. Papa ikut rombongan misi pelaburan dan

    perdagangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

    Industri dengan kerjasama MATRADE. Kira ni urusan rasmi.

    Sebab tu Kak Zurene pun ikut sama. Papa nak dia belajar.

    Kan ke nanti Kak Zurene yang akan ambil alih syarikat papa.Mama tu biasa la kan... pengiring setia papa.

    Zara sudah ketawa mendengar perkataan pengiring

    yang ditujukan oleh Zaza kepada mama mereka.

    Tapi Zaza dan Zara tak terkilan ke tak ikut mereka

    pergi sana? Bolehlah habiskan cuti dengan melancong. Mesti

    seronok. Boleh tengok negeri orang. Kak Siti ni memang latakde harapan nak pergi tempat-tempat macam tu. Jangan

    mimpilah dapat pergi.

    Ala, mana tahu rezeki Kak Siti nanti. Entah-entah

    bukan setakat Paris, seluruh dunia pun akak dapat pusing.

    Kalah kita orang tau!

    Siti ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.

    Mana mungkin! Itu semua takkan mungkin terjadi. Dia kena

    sedar diri. Hendak ke bandar pun dia tidak mampu kalau

    tidak dengan ihsan kedua-dua gadis kembar ini, inikan pula

    ke luar negara. Lucu la Zaza ni!

    Jadi... boleh, kan kak?

    Siti pandang wajah kesian Zaza dan Zara. Mahu

    ketawa dia dengan gelagat selamba kedua-dua kembar ini.Nak ke mana?

    Zaza dan Zara saling tersenyum. Tahu rancangan

    mereka memujuk Siti ke bandar akan berjaya.

  • 7/31/2019 NLBB

    48/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    48

    Ala kak kita jalan-jalan, makan-makan, beli baju

    baru, beli buku baru... beli novel-novel baru. Nak?

    Novel baru? Siti teruja. Matanya bercahaya. Novel-

    novel yang dibelikan oleh kedua-dua gadis itu sudah habis

    semuanya dibaca. Tentu ini peluang yang baik untuknya

    mendapatkan novel-novel baru. Siti mahu beli novel penulis

    kesukaannya, Areila Sahimi. Sejak Zaza hadiahkannya novel

    yang berjudul Iman Suraya, dia jatuh cinta dengan karya

    penulis ini. Kemudian bila Zara pula hadiahkan Yes Boss,bertambah-tambah rasa cinta Siti pada karya penulis ini. Kata

    Zaza dan Zara, Areila Sahimi ada menulis novel terbaharu.

    Dia mahu dapatkannya. Siti juga mahu mencari novel-novel

    kayra Areila Sahimi yang terdahulu. Siti mahu kumpul. Mahu

    buat koleksi.

    Siti akan guna wang gaji yang diberi oleh Datuk

    Zainal setiap bulan kepadanya. Dia simpan duit gajinya sejak

    lebih enam bulan berada di sini. Papa Zaza dan Zara itu baik

    orangnya. Dia beri Siti tujuh ratus ringgit setiap bulan.

    Jumlah itu banyak bagi gadis kampung sepertinya. Dan Siti

    tidak pernah guna wang gajinya itu. Semuanya disimpan di

    dalam bank. Atas jasa Pak Salleh, Siti dibawa membuka akaun

    di bank untuk menyimpan semua wang gaji yang diterimanya.Dia tidak perlu beli apa-apa kerana semua di rumah ini sudah

    lebih daripada cukup buatnya. Dia mahu simpan duit gajinya

    itu. Jika ada rezeki, dia mahu sambung belajar. Semua itukan

    perlukan duit, jadi dia perlu ada tabungan sendiri.

    Siti senyum kepada Zaza dan Zara. Nanti Kak Siti

    minta izin Mak Jah,ye?

    Hooray!!! Zaza dan Zara serentak menjerit

    kegembiraan.

  • 7/31/2019 NLBB

    49/106

    April Snow

    49

    ALLAH!Errr kakak minta maa, adik. Kakak tak sengaja.

    Minta maa banyak-banyakye. Siti tunduk sambil mengutip

    semula buku-buku yang bertaburan di lantai. Budak lelaki yang

    melanggarnya secara tidak sengaja tadi turut mencangkung

    sambil memandang Siti.

    Siti senyum melihat wajah si kecil di hadapan yang

    tunak merenungnya. Budak lelaki di hadapannya turut

    senyum. Comelnya! Siti serahkan semua buku cerita yang

    dikutip tadi ke tangan comel di hadapannya. Mata merekabertaut.

    Pipi si comel di hadapannya ini diusap lembut.

    Adik siapa nama?

    Ben.

    Van? Siti kerut dahi. Biar betul!

    Bukan van la, kakak. Nama saya Ben. Benjamin.

    Ooo.... Ulas bibir Siti sedikit terbuka. Kepala

    mengangguk perlahan. Senyuman dilontar.

    Nama kakak siapa?

    Siti senyum terus. Siti Nur. Ben boleh panggil

    Kakak Siti saja.

    Okey. Ben pergi dulu. Nanti papa cari. Bye Kakak

    Siti. Ben berlari dengan buku di dalam pelukan menuju ke

    arah rak-rak buku di sebelah kanan.

    Siti membalas lambaian Ben. Benjamin....

    Comelnya dia!

  • 7/31/2019 NLBB

    50/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    50

    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

    Setiap anak yang lahir itu adalah dalam

    keadaan ftrah (Islam; suci bersih). Maka ibu

    bapanyalah yang bertindak menjadikan ia

    Yahudi atau Nasrani atau Majusi.

    (Riwayat Muslim dan Baihaqi)

    A

    KHMAL memasukkan Visa

    Signaturenya ke dalam wallet

    berjenama Hermes. Ben dilihatmeluru keluar dari premis MPH lalu berdiri di tengah-tengah

    laluan memandang ke arah hadapan. Kepala Ben dilihat

    terjengah-jengah bagaikan sedang melihat sesuatu. Langkah

    Akhmal pantas mendapatkan Ben. Kala berdiri di sebelah Ben,

    Akhmal cuba memandang sama ke arah yang diperhatikan

    penuh khusyuk oleh anaknya itu. Tiada apa-apa atau sesiapa

    yang mungkin dikenalinya berada di hadapan sana. Cumayang ada hanyalah para pengunjung yang silih berganti

    melintasi mereka berdua. Akhmal usap lembut kepala Ben.

    Anaknya itu mendongak memandangnya sebelum kembali

    Bab6

  • 7/31/2019 NLBB

    51/106

    April Snow

    51

    membawa pandangan matanya ke arah hadapan sana. Ben

    tengok apa?

    Ala, kakak cantik yang Ben langgar kat dalam book

    store tadi tu. Mata Ben masih tunak memandang ke

    hadapan.

    Kakak cantik? Akhmal kerut dahi. Bahu Ben

    ditepuk lembut. Bila? Papa tak nampak pun?

    Ben tayang senyum comelnya. Masa papa katshel

    yang kat belakang tu, Ben kan kat depan pilih story books.

    Then masa Ben nak gi tempat papa la Ben langgar kakak

    cantik tu. Kakak tu baik tau papa. Dia tak marah pun Ben.

    Dia minta maa pada Ben, papa.

    Akhmal angkat kening memandang Ben. Kan Ben

    yang perlu minta maa pada kakak tu sebab Ben yang langgar

    dia.Ben terlupa. Ben tak sengaja, papa. Suara Ben

    tulus membuat pengakuan.

    Akhmal geleng kepala.

    Tu tadi Ben nampak kakak cantik lalu dengan dua

    orang kakak lain depan book store masa papa tengah bayar.

    Ben cuba nak kejar dan panggil kakak tu tapi tak dapat.Akhmal menggeleng perlahan. Nak panggil macam

    mana, Ben bukan tahu nama dia.

    Ben pantas menggeleng. Tidak setuju dengan kata-

    kata papanya itu. Nama kakak cantik tu, Siti. Ben tahu la

    papa. Dia cakap tadi kat Ben.

    Siti?Ben pegang tangan Akhmal. Papa, kalau kita

    jumpa kakak cantik tu lagi, papa tunggu ye, Ben nak minta

    maa pada kakak tu.

  • 7/31/2019 NLBB

    52/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    52

    Akhmal angguk kepala sambil tersenyum.

    Langkah kedua-dua mereka sudah menaikieskalator. Hari ini mereka berdua mahu menonton bersama.

    Sebenarnya sudah acap kali Ben bertanya tentang janji

    Akhmal mahu membawanya menonton flem tetapi kesibukan

    Akhmal dengan urusan pejabat sering kali menggagalkan

    rancangannya mahu membawa Ben menonton. Sudahnya,

    Ben merajuk. Protes. Tidak mahu berbicara dengannya.

    Makan bersama juga dia enggan. Pintu bilik punkebelakangan ini dikunci. Tidak membenarkan Akhmal

    masuk. Marah sungguh anak tunggalnya itu terhadap

    Akhmal. Ibunya tidak mahu campur dalam perang dingin

    Ben dan dirinya. Akhmal buntu mahu memujuk anaknya itu.

    Dia bukan sengaja. Sungguh!

    Kelmarin bila dimaklumkan oleh Ashikin yang janji

    temu Akhmal dan Datuk Zainal juga anaknya Zurene terpaksa

    ditunda kerana kedua-dua beranak itu terlibat dalam misi

    pelaburan MITI dan MATRADE ke Perancis, Akhmal

    bersyukur sangat-sangat. Lalu cepat-cepat dia meminta

    Ashikin menempah tiket untuknya dan Ben menonton

    bersama. Senyum setiausahanya itu bila dia menyebut nama

    flem yang ingin ditonton. Tak kisahlah, janji dia dapatmemenuhi janjinya kepada Ben. Paling penting anaknya itu

    gembira dan seronok.

    TENGOKwayang? Cite omputih? Tak naklah akak. Mesti nanti

    ada yang tak elok ditonton oleh mata. Siti geleng kepala.

    Zaza dan Zara mengeluh perlahan.

    Kita tengok cite kartun la kak. Akak tengok la

  • 7/31/2019 NLBB

    53/106

    April Snow

    53

    nanti, mesti dalam panggung tu penuh dengan budak-budak

    dan mak bapak dia orang. Percayalah cakap kami. Cite kat

    panggung tak semestinya tayang benda yang tak elok, kak.

    Siti tenung wajah Zara dan Zaza. Betul ni?

    Kedua-dua gadis di hadapannya itu serentak

    menegakkan tangan hingga paras bahu. Siti senyum sambil

    angguk kepala, membuatkan kedua-dua gadis itu saling

    menepuk tapak tangan.

    Jom kita beli tiket Rio. Tangan Siti ditarik oleh

    Zaza dan Zara.

    Siti kerut dahi. Tiket Rio? Tiket apa tu?

    Zaza dan Zara ketawa.

    Cite yang kita nak tengok ni tajuk dia Rio la, akak.

    Dah, jom!

    Tangan Siti terus diheret oleh langkah laju kedua-

    dua gadis kembar tersebut.

    ZAZAsiku lengan Zara.

    Zara yang leka menjilat sundae cone memandang

    Zaza sambil angkat kening.Apsal?

    Muncung Zaza dihalakan ke arah hadapan.

    Mata Zara memandang ke arah yang dihalakan

    muncung Zaza. Zara membesarkan mata sambil menutup

    mulutnya dengan tapak tangan. Wajah selamba Zaza

    direnung. Zaza.... Fu... Fuad!

    Zaza angguk kepala. Bibir digigit. Sakit hati. Marah.

    Matanya masih kejap memandang ke arah objek yang sedang

  • 7/31/2019 NLBB

    54/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    54

    mencuri perhatiannya. Fuad sedang berpegangan tangan

    dengan seorang gadis seksi. Entah apalah perasaan Zurene

    jikalau mata kakaknya itu yang menyaksikan lakonan

    memualkan teman lelakinya itu. Zaza genggam tangannya

    erat-erat.Siot kau, Fuad!

    Zara ketap mulut. Dadanya sakit dengan apa yang

    disaksikan di hadapan mata. Zara pantas mengeluarkan

    kamera Lumix dari beg LV yang disandangnya lalu lensa

    Lumix dihalakan ke hadapan. Dia mahu merakamkan buktiini buat tatapan Zurene. Jari-jemari Zara laju menekan punat

    Lumix kesayangannya. Dia mahu Zurene tahu bahawasanya

    lelaki yang dipuja-pujanya itu memang tidak boleh dipercayai.

    Dasar buaya besi!

    Siti yang berada di sebelah kedua-dua kembar itu

    sedikit kehairanan. Tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

    Yang dia nampak wajah Zara yang ternyata sedang marahkan

    seseorang. Zaza pula kelihatan tenang sahaja. Dia tidak mahu

    bertanya kerana menyedari mungkin itu urusan peribadi

    kedua-dua gadis itu. Dia tidak mahu jadi penyibuk. Dia masih

    ingat pesanan wan, jangan sesekali jadi penyibuk dan masuk

    campur urusan orang lain. Nanti orang benci!

    MATABen bagaikan bola saat memandang tiga buah kerusi di

    hujung sana. Kakak Siti!

    Papa...! Ben goyang lengan Akhmal di sebelah

    sambil matanya masih tidak berkelip memandang ke arahkerusi di hujung sebelah kanan.

    Hmmm.... Akhmal yang sedang menekan iPhone

    menjawab ringkas.

  • 7/31/2019 NLBB

    55/106

    April Snow

    55

    Papa, Ben nak gi kat depan sana jumpa kakak

    cantik tu kejap, boleh?

    Akhmal toleh memandang Ben. Telunjuk Ben

    dilihat menghala ke arah tiga buah kerusi di hujung kanan

    mereka. Ada tiga orang gadis yang duduk di situ. Seorang

    daripadanya memakai tudung biru dan berbaju kurung.

    Siapa tu? Ben kenal?

    Ben angguk kepala. Tu la Kakak Siti.

    Akhmal memicingkan anak mata. Cuba

    memokuskan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh

    Ben. Yang mana satu Kakak Siti?

    Kakak yang pakai tudung biru tu la, papa. Boleh

    ye, papa. Ben nak minta maa kat Kakak Siti yang Ben terlupa

    cakap tadi.

    Akhmal angguk kepala. Lengan Ben dipegangperlahan untuk keluar dari tempat duduknya. Careulturun

    tangga, okey. Cepat ye, nanti nak mula, they will switch-o

    the light.

    Ben angguk kepala. Okey, papa.

    Akhmal memerhatikan dari jauh langkah Ben

    menuruni tangga lalu menghampiri gadis bertudung biruberkenaan. Jelas kelihatan kemesraan kedua-dua mereka

    bagaikan sudah lama kenal. Akhmal cuba menjengah

    kepalanya ke kiri dan kanan untuk melihat wajah gadis yang

    dipanggil Kakak Siti oleh Ben. Malang sekali, dia tidak dapat

    melihat dengan jelas wajah gadis itu kerana terselindung oleh

    beberapa orang penonton yang baru memasuki panggung.

    Akhmal mendengus kecil.

  • 7/31/2019 NLBB

    56/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    56

    SITI terasa bahunya dicuit. Dia menoleh. Siti menutup

    mulutnya. Wajah yang sedang membongkokkan tubuhnya di

    tepi kerusi Siti sudah tersenyum. Comel!Ben! Buat apa kat

    sini, sayang?

    Ben? Zaza dan Zara serentak menoleh ke arah

    Ben.

    Siti menerangkan peristiwa di dalam MPH tadi.

    Zaza dan Zara bersalaman dengan Ben. Kedua-

    duanya sempat mencubit pipi Ben yang comel. Zaza siap

    bertanya sama ada Ben sudah mempunyai girlriendataupun

    tidak, sebab dia pun belum ada boyriendlagi.

    Siti jegilkan matanya kepada Zaza.

    Zara ketawa kecil sambil kenyit mata kepada Ben.

    Ben tersenyum simpul. Malu diusik begitu.

    Sudahnya kesemua mereka ketawa lalu menutup mulut bila

    menyedari gelagat mereka diperhatikan oleh kalangan

    penonton yang duduk di kerusi bersebelahan.

    Ben pun datang tengok Rio dengan papa ye? Ben

    duduk mana?

    Ben angguk kepala sambil tangan menuding ke

    atas. Kelihatan wajah papanya terselindung oleh tubuhpenonton yang baru memasuki panggung. Ben mendengus

    kecil... kecewa tidak dapat menunjukkan kepada Kakak Siti

    wajah papanya.

    Siti tidak pasti yang mana satu papa Ben kerana

    ramai penonton yang baru memasuki panggung. Siti cuba

    memujuk Ben dengan menyatakan tidak mengapa.

    Ben nak minta maa pada kakak. Tadi Ben terlupa.

    Ben yang langgar kakak, bukan kakak yang langgar Ben.

    Siti tersenyum.

  • 7/31/2019 NLBB

    57/106

    April Snow

    57

    Zaza dan Zara tunjuk isyarat bagus kepada Ben.

    Ben tak sengaja, kan? Kak Siti tak apa-apa pun.Ben jangan rasa bersalahye?

    Terima kasih, Kakak Siti.

    Siti angguk kepala sambil pegang tangan Ben. Erat.

    Ben gi balik ke kerusi Ben ye. Nanti papa Ben

    risau. Ada rezeki kita jumpa lagi. Jaga diri baik-baikye. Kirim

    salam Kak Siti pada papa Ben. Siti dakap dan cium pipi Ben.Ben membiarkan sahaja, tidak menolak

    diperlakukan begitu oleh Siti. Dan tanpa disedari dia turut

    membalas pelukan Kakak Siti. Entah mengapa dia berbuat

    begitu, dia sendiri tidak tahu. Sedangkan selama ini, dia

    sukar membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu oleh

    perempuan. Hanya nenek sahaja. JugaAuntie Duha.

    Akhmal melihat tubuh Ben didakap dan pipi

    anaknya dicium oleh gadis bertudung biru itu. Dan Akhmal

    agak terkejut Ben langsung tidak menolak diperlakukan

    begitu malah membalas pelukan gadis itu. Bukan dia tidak

    ari perangai anak tunggalnya itu. Ben memang pemilih

    orangnya. Tidak sewenangnya membiarkan dirinya

    diperlakukan begitu. Sayang sekali dia tidak dapat melihat

    dengan jelas wajah gadis yang begitu mudah sekali mencuri

    hati anak tunggalnya itu. Dia ingin sekali melihat wajah dan

    berkenalan dengan gadis itu. Ingin sekali!

    BEBOLAmata Siti terpaku pada lukisan di kalendar itu. Adagenangan air pada tubir mata. Satu wajah terus terlayar di

    minda. Siti pantas seka air matanya.

    Zaza pandang Zara. Sejurus selepas menonton tadi

  • 7/31/2019 NLBB

    58/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    58

    mereka kembali semula ke MPH kerana Zaza terlupa membeli

    majalah kesukaan mama. Dan kala dia dan Zara sedang

    berada di kaunter bayaran, mereka lihat Siti sedang tunak

    memandang salah sebuah lukisan pada sebuah kalendar yang

    dihasilkan oleh seorang pelukis pekak dari MFD (Persekutuan

    Orang Pekak Malaysia).

    Kenapa akak?

    Takde apa-apa. Tengok lukisan ni buat akak

    terkenang rumah arwah wan di kampung. Rumah burukkami tapi tetap bagai syurga bagi akak. Akak bahagia di sana.

    Sangat bahagia.

    Zara hela naas.

    Zaza pandang wajah sayu Siti. Tangan Siti

    digenggam erat. Mana-mana rumah pun sama, kan kak?

    Semuanya bagai syurga buat penghuninya.Siti pandang wajah Zaza. Siti pandang wajah Zara.

    Siti senyum kecil.

    Tak sama, Zaza... tak sama. Dan tak akan sama

    sampai bila-bila!

  • 7/31/2019 NLBB

    59/106

    April Snow

    59

    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

    Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau

    dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa

    yang ada di sisi manusia, maka nescaya

    engkau dicintai oleh orang ramai.

    (Riwayat Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Saidd

    r.a.)

    S

    ITI duduk penuh takzim di

    hujung sa belakang sambilbibir perlahan mengalunkan

    zikir sementara menunggu solat isyak dimulakan. Suara

    merdu muazin mengalunkan iqamat bergema. Tasbih kayu

    peninggalan arwah wan diletakkan di hadapan sejadah.

    Simpuhnya dikemaskan. Tumpuan diberikan pada laungan

    dan pujian-pujian yang dilaazkan kepada Yang Esa. Tiba-tiba

    terasa bahunya dicuit perlahan.

    Siti menoleh. Senyuman manis dihulur menyambut

    salam dan senyuman yang dihadiahkan kepadanya oleh insan

    Bab7

  • 7/31/2019 NLBB

    60/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    60

    di sebelah. Tangan Puan Aishah dicapai dan dikucup.

    Tubuhnya diraih lantas dipeluk. Erat. Kedua-duanya sudah

    berdiri. Rapat di dalam sa. Suara imam memulakan solat

    bergema dan takbir dialun serentak.

    Tangan meraup wajah, penutup tertib bagi doa yang

    dibacakan oleh imam. Stoking putih dibuka dan dilipat

    kemas. Sejadah baldu merah jambu turut dilipat kemas. Saat

    menoleh ke sebelah, mata Siti bertembung dengan wajah

    Puan Aishah yang sedang memandangnya tidak berkelip. Sititersenyum kecil biarpun dalam hati sedikit hairan kenapa

    wajahnya ditenung begitu.

    Mak cik cari Siti masa solat maghrib tadi, tapi tak

    nampak pulak, bicara Puan Aishah perlahan. Tidak mahu

    mengganggu jemaah lain walaupun ada yang sudah beransur

    meninggalkan masjid.

    Siti lontar senyum.

    Tak sempat maghrib kat masjid tadi, mak cik. Saya

    tolong Mak Jah sediakan makan malam. Ada tetamu Datuk

    dan Datin akan datang ke rumah malam ni. Kesian pulak

    biarkan Mak Jah sorang-sorang. Suara Siti bagaikan berbisik.

    Kepala Puan Aishah mengangguk lembut.

    Kedua-duanya sudah bangun dan berjalan

    menghampiri pintu. Siti bersalaman dengan beberapa orang

    jemaah perempuan yang berpapasan dengannya. Begitu juga

    dengan Puan Aishah.

    Siti memimpin tangan Puan Aishah menuruni

    tangga masjid. Sambil berjalan Siti bertanyakan keadaan kaki

    Puan Aishah. Siti melaazkan syukur bila mendengar ceritadaripada wanita yang sedang dipimpinnya itu bahawa kakinya

    sudah pulih. Tiada lagi masalah kekejangan yang menyerang.

    Seperti Siti, Puan Aishah turut memanjatkan rasa

  • 7/31/2019 NLBB

    61/106

    April Snow

    61

    kesyukuran kepada-Nya atas nikmat kesihatan yang masih

    dikurniakan kepadanya untuk terus beribadat.

    Mereka sudah sampai di anak tangga terakhir.

    Kita berdiri di tepi ni kejap ye, Siti. Mak cik

    tunggu Salim dan cucu mak cik. Budak bertuah tu nak ikut

    mak cik solat sama di masjid tadi. Papanya tak dapat ikut. Ada

    urusan.

    Siti angguk kepala. Tersenyum.

    Nenek...! Ben laju menuruni tangga dengan

    langkah comelnya.

    Salim mengekori dari belakang sambil

    menggelengkan kepala melihat telatah anak tunggal

    majikannya itu. Sepasang baju Melayu biru frus membuatkan

    Ben nampak begitu comel sekali. Tadinya sewaktu

    menghantar Akhmal pulang, majikannya itu meminta jasabaik Salim menemani Ben dan ibunya ke masjid kerana dia

    terpaksa menghadiri jemputan makan malam di rumah rakan

    perniagaan barunya.

    Selalunya Ben tidak pernah mahu ikut ke masjid,

    namun malam ini dia tiba-tiba sahaja mahu mengikut

    neneknya solat di masjid dan meminta Akhmal ikut serta.

    Kata Akhmal lagi, sudah acap kali pertemuan

    mereka ditunda, jadi hendak tak hendak dia terpaksalah

    memenuhi jemputan malam ini. Salim tidak kisah kerana

    selama bekerja sebagai pemandu peribadi keluarga

    majikannya ini, dia dan keluarga dilayan dengan begitu baik

    oleh Akhmal sekeluarga.

    Subhanallah. Mata Siti terkasima saat melihat

    tubuh comel yang sedang berdiri di hadapannya saat ini.

    Ben?

  • 7/31/2019 NLBB

    62/106

    Nasi Lemak Buah Bidara

    62

    Siti sedikit terkejut tetapi begitu teruja berjumpa

    kembali dengan Ben. Wajah comel yang sedang berdiri di

    sebelah Puan Aishah