nilai-nilai semeste

6
NILAI-NILAI YANG RELEVENSI KEPADA MALAYSIA. Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan. 1-Dharma Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku).Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Semua fungsi dalam masyarakat adalah penting bagi sesuatu aturan. Amalan mempertingkatkan fungsi adalah percubaan untuk mengedarkan sumber kuasa iaitu yang mempunyai status tertinggi tidak mempunyai kuasa politik atau ekonomi, mereka yang mempunyai kuasa politik tidak menguasai sumber kekayaan dan mereka yang menguasai kekayaan tidak mempunyai kuasa politik atau kedudukan tertinggi. Dalam susunan seperti ini fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja buruh. Aturan seperti ini mengesahkan kewujudan sistem Varna dalam masyarakat. Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna. Misalnya, seseorang Brahmin yang berada dalam peringkat brahmacarya diwajibkan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seorang Kshatriya dalam peringkat kedua atau

Upload: je-teir

Post on 20-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Titas

TRANSCRIPT

Page 1: nilai-nilai semeste

NILAI-NILAI YANG RELEVENSI KEPADA MALAYSIA.

Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk

semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian

dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur

tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.

1-Dharma

Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan

masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana

sesuatu itu wujud atau berlaku).Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan

peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan

apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.

Semua fungsi dalam masyarakat adalah penting bagi sesuatu aturan. Amalan

mempertingkatkan fungsi adalah percubaan untuk mengedarkan sumber kuasa iaitu yang

mempunyai status tertinggi tidak mempunyai kuasa politik atau ekonomi, mereka yang

mempunyai kuasa politik tidak menguasai sumber kekayaan dan mereka yang menguasai

kekayaan tidak mempunyai kuasa politik atau kedudukan tertinggi. Dalam susunan seperti ini

fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam

masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja

buruh. Aturan seperti ini mengesahkan kewujudan sistem Varna dalam masyarakat.

Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan

peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna. Misalnya,

seseorang Brahmin yang berada dalam peringkat brahmacarya diwajibkan menumpukan

perhatian kepada pelajaran dan seorang Kshatriya dalam peringkat kedua atau grhastya

dikehendaki menceburkan diri dalam pemerintahan atau ketenteraan.

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan seperti

vamadharma (bagi vama),jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan stridharma

(bagi isteri). Misalnya, rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi

seorang pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya

dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi

tugasnya adalah melindungi undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk

menggantikan raja yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak

Page 2: nilai-nilai semeste

melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan

rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagai

kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya. Sadharna dharma menekankan

sifat-sifat am seperti kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda, tidak mencuri,

kebersihan, tidak melakukan kekejaman, kawalan deria, pengetahuan, ikhlas dan tidak marah,

yang perlu ada bagi semua manusia.

Maka itu, dharma yang dikaitkan dengan tugas. tanggungia^-ab dan aturan member! makna

kepada kehidupan manusia iaitu member! individu identiti dan makna kepada peranannya

dalam kehidupan keseluruhan. Manusia tidak mempunyai pilihan bahkan tugas-tugas spesitik

dan jaminan bahawa perlakuannya memberi kesan kosrruk dan akhirnya akan membantu

dalam usaha untuk melepaskan diri daripada kehidupan duniawi.

2- Kepercayaan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran

manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu.

Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting

dengan merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak Zaman Vedik.

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan

dikenali sebagai Brahman.

Brahman mempunyai dua aspek iaitu saguna (mempunyai sifat) dan nirguna (tanpa

aspek).

Dalam aspek saguna, Brahman adalah ketua bagi semua, mengetahui segala-galanya

dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Dialah yang menyebabkan semua,

daripadanya segala- galanya berhasil dan kepadanya sahaja segala-galanya bersatu.

Brahman adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara dan

akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan

yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan

memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan kebebasan, sebaliknya menghukum

merekayangjahat. Dia digelar sebagai Isvara dan badannya adalah jumlah campuran

badan di alam semesta.

Dalam aspek nirguna Dia tiada sifat-sifatnya. Kewujudannya mutlak, pengetahuannya

mutlak dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua mi tidak merupakan sifat-sifatnya.

Dialah yang menerangkan kesemua dan nirguna Brahman hanya dapat diterangkan

dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang

atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya.

Page 3: nilai-nilai semeste

Dalam konteks menerangkan Brahman pemikir-pemikir Vedik telah membincangkan roh

individu sitau. Atman.

Atman digambarkan sebagai entiti yang bersemadi dalam badan manusia tetapi pada

dasarnya adalah sama dengan Brahman.

Roh individu digunakan untuk menerangkan Brahman yang juga dikenali sebagai

Paratman (roh duniawi).

Atman yang sebenarnya berasal dari Brahman menjadi berbeza kerana diselubungi oleh

badan dan sehingga sifat keindividuan itu keksA Atman tidak dapat melepaskan diri dari

duniawi dan bersatu dengan Brahman.

Atman haruslah menyingkirkan segala karma atau hasil perbuatan untuk mencapal

Brahman.

Upanishad-upanishad telah menggunakan beberapa tamsil dan ibarat seperti garam

yang dicampurkan dengan air setiap titik air itu bergaram, bunga api dan apt, besi dan

gunting, tanah liat dan periuk belanga, emas dan rantai dan lain-lain untuk menerangkan

sifat-sifat persamaan antara Brahman dan Atman.

Pemikiran agama dan falsafah yang muncul kemudiannya masih berasaskan kepada

ajaran Upanishad.

Dalam usaha untuk menerangkan hubungan Atman dan Brahman pendapat mereka

berbeza iaitu ada aliran pemikiran yang menekankan sifat perbezaan antara roh individu

dan roh duniawi, ada yang membincangkan hubungan bersyarat, ada yang menekankan

bahawa tidak ada keduaan dan lain-lain tetapi semua aliran-aliran ini menerima konsep

ketuhanan.

Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan

mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari

segi geografi, bangsa dan agama.

Ini menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia di dunia ini. la

memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan meningkatkan

umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal abadi.

la merupakan penjelasan kepada persoalan mengapa kita hams buat baik kepada orang

lain? Kita harus berbuat baik kepada orang lain kerana kita kesemuanya ini adalah satu

dan dengan menolong orang lain bermakna kita menolong diri kita sendiri.

Sebaliknya, dengan menyakiti orang lain kita tidak mencederakan sesiapa tetapi

sebenarnya mencederakan diri kita sendiri.

Page 4: nilai-nilai semeste

3- Karma

merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam

kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula.

Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan punya karma dan

perbuatan sebaliknya menyebabkan pengumpul pava karma.

Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir

semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan

meyakinkannya supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik.

Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini

supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa.

Membantu orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata

yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkarayang baik dan

sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi

seseorang yang menuju kepunya karma.

Agama-agama Budhisme dan Jainisme yang dianggap heterodoks kerana tidak

menerima Veda sebagai autoriti dan tidak mementingkan konsep ketuhanan dalam

ajaran-ajaran mereka telah menerima prinsip karma dengan makna yang sama.

Prinsip ini menjadi asas pengajaran kepada kedua-dua agama ini, misalnya Buddha

yang melihat sifat keinginan sebagai sumber penderitaan manusia mencadangkan lapan

cara yang mulia seperti perbuatan yang baik, pengetahuan yang baik, pemikiran yang

baik, renungan yang baik, ucapan yang baik dan sebagainya dan semua ini merangkumi

prinsip karma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan nishkama karma atau membuat kerja tanpa

menginginkan hasil dari kerja itu.

Mengesyorkan karma yoga sebagai salah satu cara untuk mencapai pelepasan dari

kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah menjalankan kerja dengan sempurna

sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkanapajuapunbalasan.

Agama Sikhisme yang merupakan agama yang menggabungkan unsur-unsur

Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.

Jadi karma adalah prinsip asas bagi semua aliran pemikiran falsafah dan agama di India

biar yang berpandangan ortodoks mahupun yang memilih pandangan hetorodoks.

http://cikgucikdi.blogspot.com/2012/02/bab-8-interaksi-tamadun-asia-dan.html