nilai keberanian [novel kembara amira]

Upload: khalilah-aisyah

Post on 17-Jul-2015

978 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Berdasarkan novel Kembara Amira jelaskan 2 contoh nilai keberanian yang terdapat dalam watak utama.

Peristiwa yang telah menunjukkan nilai keberanian Amira di dalam Novel Kembara Amira ini ialah semasa Amira mengikut Itai masuk ke dalam hutan untuk mencari emas buat kawan baiknya, Jacinta. Jacinta kecewa kerana tidak menjumpai batu kuarza yang diingininya walaupun telah menggali di tapak arkeologi selama beberapa hari. Bagi tiba ke destinasi di mana terdapatnya emas, Amira terpaksa menyebarangi sungai yang pernah melemaskannya dan hampiar meragut nyawanya semasa dia tegelincir kerana ingin berjumpa dengan Malique. Dengan keberanian yang ada pada watak utama ini, Amira berjaya menyeberangi sungai tersebut dan berhasil mengutip emas buat Jacinta.

Contoh peristiwa lain yang boleh dikaitkan dengan nilai keberanian yang terdapat pada Amira ialah sewaktu Amira bersama-sama Jacinta, Itai, Roslan, Pak Lias dan lain-lain pergi mencari Malique yang telah diculik dan dikurung oleh Tau yang menyamar sebagai makluk berbulu di Gua Gunung Gajah. Mereka mencari Malique di situ kerana menjumpai Mobile Disk kepunyaan Malique di gua tersebut. Amira yang mengharapkan bantuan daripada Tau kecewa kerana tidak berjaya menemui Tau. Walaubagaimanapun, mereka berjaya menemui Malique yang cedera di puncak Gua Gunung Gajah.

Ahli Kumpulan: Khalilah, Siew Yee.