new pendidikan diploma madrasah alsagoff al-arabiah … · 2015. 12. 28. · menduduki sijil am...

1
DUA tahun lalu, Cik Nur Sabrina Nizam perlu membuat keputusan penting dalam lalu- an pendidikannya. Pada usia 16 tahun waktu itu, beliau telah menduduki Sijil Am Pelajaran (GCE) ‘O’ dan tamat menengah empat di Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah. Beliau sepatutnya perlu memilih sama ada mahu mengkhusus dalam aliran ukhrawi atau sekular. Cik Sabrina, 19 tahun, perlu memilih salah satu daripadanya jika beliau ingin meneruskan pengajian di madrasah itu. Namun, Cik Sabrina tidak tahu bagaimana memilih satu daripada kededuanya. Secara kebetulan pula waktu itu, Madrasah Alsagoff Al-Arabiah baru sahaja melancarkan satu program diploma baru. Program dua tahun itu membolehkan pela- jar meneruskan kedua-dua aliran sekular dan ukhrawi secara serentak di peringkat diploma. Di bawah kursus baru itu, mereka meraih Diploma Pengajian Islam (DPI), dan diberi pelu- ang menduduki GCE Peringkat ‘A’ pula pada tahun kedua program itu.. “Ibu saya yang dapat tahu mengenai pro- gram ini dan sarankan saya cuba program itu pula. “Pada mulanya, saya ragu-ragu juga kerana program itu baru tetapi saya fikir bagus juga sebab saya berpeluang meraih yang terbaik daripada kedua-dua aliran,” ujar Cik Sabrina. Risiko yang diambil dengan menyertai kur- sus baru itu ternyata membuahkan hasil bagi- nya. Ini kerana beliau muncul sebagai antara tiga pelajar terbaik dalam kursus tersebut. Meskipun perlu menyesuaikan diri bagi sekolah baru, sekurang-kurangnya sekolah ba- ru itu, seperti sekolah lamanya, merupakan sekolah perempuan. “Memang saya pun dah biasa dengan sekolah perempuan. Jadi senang sikit nak se- suaikan diri,” kata Cik Sabrina. Namun, seperti pelajar lain dalam kursus itu, beliau perlu mengimbangi mata pelajaran dalam kedua-dua bidang. Bagi setiap penggal, beliau perlu mengim- bangi sekitar lapan hingga sembilan modul, ter- masuk mata pelajaran sekular dan pengajian Is- lam. Cik Sabrina, yang menduduki peperiksaan GCE ‘A’ tahun lalu, merancang mendalami il- mu bahasa Arab di sebuah universiti di Timur Tengah. ENUR ADILAH MAHBOB [email protected] KESEMUA 14 pelajar dalam kum- pulan pertama kursus diploma baru Ma- drasah Alsagoff Al-Arabiah telah lulus dan telah menerima Diploma Pengajian Is- lam. Seramai 13 daripada mereka turut mengambil peperiksaan Sijil Am Pelaja- ran (GCE) peringkat ‘A’, yang ditawar di bawah program tersebut, tahun lalu dan kini menanti keputusannya. Program diploma itu diperkenal pada 2013 bagi memberi pilihan tambahan ke- pada pelajar madrasah tersebut yang tamat peringkat menengah. Kursus posmenengah dua tahun itu menawarkan subjek ukhrawi, yang mem- bawa kepada kelulusan diploma, dan sub- jek sekular, yang memberi pelajar pilihan menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘A’ pada tahun kedua. Mudir Madrasah Alsagoff, Ustaz Syed Mustafa Alsagoff, berkata kursus diploma itu melengkapi program di madrasah itu, yang sebelum ini hanya menawarkan pen- gajian hingga menengah empat. Ada pelajar menyambungkan pelaja- ran mereka ke madrasah lain yang menawarkan kursus prauniversiti, seperti Madrasah Aljunied dan Madrasah Al-Maarif, atau kolej di Malaysia. “Kursus diploma itu penting agar pela- jar dan waris berasa semacam ada jami- nan anak mereka dapat mengikuti pro- gram pendidikan Islam berkualiti setelah menamatkan peringkat menengah,” ujar beliau. Menurut Ustaz Syed Mustafa, diploma tersebut telah mendapat pengiktirafan Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej Universiti Islam Selangor. Pengiktirafan oleh Universiti Al-Azhar sedang diusahakan, tambah beliau. Disampaikan dalam bentuk kuliah dan tutorial, program itu mempunyai pen- syarah luar yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing. “Dengan ini, pelajar dapat mengalami pengalaman baru dan mempunyai persedi- aan untuk ke universiti,” ujar Ustaz Syed Mustafa. Kursus itu turut dibuka kepada lulusan madrasah sepenuh masa lain di sini. Namun, hanya lulusan wanita diterima memandangkan Madrasah Alsagoff khusus bagi pelajar perempuan. Kursus diploma itu kini mempunyai 31 pelajar yang sedang menuntut di tahun satu dan dua. Pelajar kumpulan pertama itu telah me- nerima diploma mereka dalam satu majlis di madrasah tersebut pada 14 Februari la- lu. Cik Shafikah Shaikh Salim muncul se- bagai pelajar terbaik kursus itu. “Saya tertarik pada program baru ini kerana ia menawarkan bukan diploma pengajian Islam sahaja, bahkan sukatan pelajaran peringkat ‘A’. Saya fikir ini akan membuka lebih banyak peluang untuk ka- mi,” ujar Cik Shafikah, 19 tahun. Seramai 13 pelajar program itu yang menduduki peperiksaan GCE ‘A’ tahun la- lu dijangka menerima keputusan mereka bulan depan. Sementara itu, Madrasah Alsagoff se- dang mengadakan pendafaran bagi darjah satu untuk kemasukan tahun depan. Seperti tahun-tahun sudah, 30 tempat ditawarkan dan pemohon dikehendaki menduduki ujian sebelum diterima ma- suk. Maklumat lanjut boleh didapati di la- man Madrasah Alsagoff. Pendaftaran dalam talian juga boleh dibuat di laman itu hingga 22 Februari. Risiko masuk sekolah baru buahkan hasil Kumpulan pelajar pertama lulus diploma baru Alsagoff CIK NUR SABRINA: Memilih kursus diploma Alsagoff untuk meneruskan pendidikannya dalam kedua-dua aliran sekular dan pengajian Islam secara serentak. – Foto KHALID BABA USTAZ SYED MUSTAFA ALSAGOFF PENDIDIKAN DIPLOMA MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH KUMPULAN PERINTIS: Seramai 14 pelajar menerima Diploma Pengajian Islam daripada Madrasah Alsagoff dalam satu majlis Sabtu lalu. – Foto MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH “Pada mulanya, saya ragu-ragu juga kerana program itu baru tetapi saya fikir bagus juga sebab saya berpeluang meraih yang terbaik daripada kedua-dua aliran.” – Cik Nur Sabrina Nizam. 4 Berita Harian | Sabtu, 21 Februari 2015 Berita SETEMPAT

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • DUA tahun lalu, Cik Nur Sabrina Nizamperlu membuat keputusan penting dalam lalu-an pendidikannya.

    Pada usia 16 tahun waktu itu, beliau telahmenduduki Sijil Am Pelajaran (GCE) ‘O’ dantamat menengah empat di MadrasahAl-Ma’arif Al-Islamiah.

    Beliau sepatutnya perlu memilih sama adamahu mengkhusus dalam aliran ukhrawi atausekular.

    Cik Sabrina, 19 tahun, perlu memilih salahsatu daripadanya jika beliau ingin meneruskanpengajian di madrasah itu.

    Namun, Cik Sabrina tidak tahu bagaimanamemilih satu daripada kededuanya.

    Secara kebetulan pula waktu itu, MadrasahAlsagoff Al-Arabiah baru sahaja melancarkansatu program diploma baru.

    Program dua tahun itu membolehkan pela-jar meneruskan kedua-dua aliran sekular danukhrawi secara serentak di peringkat diploma.

    Di bawah kursus baru itu, mereka meraihDiploma Pengajian Islam (DPI), dan diberi pelu-ang menduduki GCE Peringkat ‘A’ pula padatahun kedua program itu..

    “Ibu saya yang dapat tahu mengenai pro-gram ini dan sarankan saya cuba program itupula.

    “Pada mulanya, saya ragu-ragu juga keranaprogram itu baru tetapi saya fikir bagus jugasebab saya berpeluang meraih yang terbaikdaripada kedua-dua aliran,” ujar Cik Sabrina.

    Risiko yang diambil dengan menyertai kur-sus baru itu ternyata membuahkan hasil bagi-nya.

    Ini kerana beliau muncul sebagai antara tigapelajar terbaik dalam kursus tersebut.

    Meskipun perlu menyesuaikan diri bagisekolah baru, sekurang-kurangnya sekolah ba-ru itu, seperti sekolah lamanya, merupakan

    sekolah perempuan.

    “Memang saya pun dah biasa dengansekolah perempuan. Jadi senang sikit nak se-suaikan diri,” kata Cik Sabrina.

    Namun, seperti pelajar lain dalam kursusitu, beliau perlu mengimbangi mata pelajarandalam kedua-dua bidang.

    Bagi setiap penggal, beliau perlu mengim-bangi sekitar lapan hingga sembilan modul, ter-masuk mata pelajaran sekular dan pengajian Is-lam.

    Cik Sabrina, yang menduduki peperiksaanGCE ‘A’ tahun lalu, merancang mendalami il-mu bahasa Arab di sebuah universiti di TimurTengah.

    ENUR ADILAH [email protected]

    KESEMUA 14 pelajar dalam kum-pulan pertama kursus diploma baru Ma-drasah Alsagoff Al-Arabiah telah lulusdan telah menerima Diploma Pengajian Is-lam.

    Seramai 13 daripada mereka turutmengambil peperiksaan Sijil Am Pelaja-ran (GCE) peringkat ‘A’, yang ditawar dibawah program tersebut, tahun lalu dankini menanti keputusannya.

    Program diploma itu diperkenal pada2013 bagi memberi pilihan tambahan ke-pada pelajar madrasah tersebut yangtamat peringkat menengah.

    Kursus posmenengah dua tahun itumenawarkan subjek ukhrawi, yang mem-bawa kepada kelulusan diploma, dan sub-jek sekular, yang memberi pelajar pilihanmenduduki peperiksaan GCE peringkat‘A’ pada tahun kedua.

    Mudir Madrasah Alsagoff, Ustaz SyedMustafa Alsagoff, berkata kursus diplomaitu melengkapi program di madrasah itu,yang sebelum ini hanya menawarkan pen-gajian hingga menengah empat.

    Ada pelajar menyambungkan pelaja-ran mereka ke madrasah lain yangmenawarkan kursus prauniversiti, sepertiMadrasah Aljunied dan MadrasahAl-Maarif, atau kolej di Malaysia.

    “Kursus diploma itu penting agar pela-jar dan waris berasa semacam ada jami-

    nan anak mereka dapat mengikuti pro-gram pendidikan Islam berkualiti setelahmenamatkan peringkat menengah,” ujarbeliau.

    Menurut Ustaz Syed Mustafa, diplomatersebut telah mendapat pengiktirafanUniversiti Sains Islam Malaysia dan KolejUniversiti Islam Selangor.

    Pengiktirafan oleh Universiti Al-Azharsedang diusahakan, tambah beliau.

    Disampaikan dalam bentuk kuliah dantutorial, program itu mempunyai pen-syarah luar yang merupakan pakar dalambidang masing-masing.

    “Dengan ini, pelajar dapat mengalamipengalaman baru dan mempunyai persedi-aan untuk ke universiti,” ujar Ustaz SyedMustafa.

    Kursus itu turut dibuka kepada lulusan

    madrasah sepenuh masa lain di sini.Namun, hanya lulusan wanita diterima

    memandangkan Madrasah Alsagoffkhusus bagi pelajar perempuan.

    Kursus diploma itu kini mempunyai 31pelajar yang sedang menuntut di tahunsatu dan dua.

    Pelajar kumpulan pertama itu telah me-nerima diploma mereka dalam satu majlisdi madrasah tersebut pada 14 Februari la-lu.

    Cik Shafikah Shaikh Salim muncul se-bagai pelajar terbaik kursus itu.

    “Saya tertarik pada program baru inikerana ia menawarkan bukan diplomapengajian Islam sahaja, bahkan sukatanpelajaran peringkat ‘A’. Saya fikir ini akanmembuka lebih banyak peluang untuk ka-mi,” ujar Cik Shafikah, 19 tahun.

    Seramai 13 pelajar program itu yangmenduduki peperiksaan GCE ‘A’ tahun la-lu dijangka menerima keputusan merekabulan depan.

    Sementara itu, Madrasah Alsagoff se-dang mengadakan pendafaran bagi darjahsatu untuk kemasukan tahun depan.

    Seperti tahun-tahun sudah, 30 tempatditawarkan dan pemohon dikehendakimenduduki ujian sebelum diterima ma-suk.

    Maklumat lanjut boleh didapati di la-man Madrasah Alsagoff.

    Pendaftaran dalam talian juga bolehdibuat di laman itu hingga 22 Februari.

    Risiko masuk sekolah barubuahkan hasil

    Kumpulan pelajar pertamalulus diploma baru Alsagoff

    CIK NUR SABRINA: Memilih kursus diploma Alsagoff untuk meneruskan pendidikannya dalamkedua-dua aliran sekular dan pengajian Islam secara serentak. – Foto KHALID BABA

    USTAZ SYED MUSTAFA ALSAGOFF

    PENDIDIKAN DIPLOMA MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH

    KUMPULAN PERINTIS: Seramai 14 pelajar menerima Diploma Pengajian Islam daripada Madrasah Alsagoffdalam satu majlis Sabtu lalu. – Foto MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH

    “Pada mulanya, saya ragu-ragu juga kerana program itubaru tetapi saya fikir bagus juga sebab saya berpeluangmeraih yang terbaik daripada kedua-dua aliran.”

    – Cik Nur Sabrina Nizam.

    4 Berita Harian | Sabtu, 21 Februari 2015

    Berita SETEMPAT