pelaksanaan melindungi masa instruksional · 2019. 8. 29. · pengajaran dan pembelajaran berkesan...

222
MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kementerian Pendidikan Malaysia 2013 AMALAN TERBAIK GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 28-Sep-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan

Murid Belajar

Kementerian Pendidikan Malaysia

2013

AMALAN TERBAIK GURU

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN

MALAYSIA

Page 2: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

i

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU

MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

Diterbitkan oleh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

ii

CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013

© KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpeliharakecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil.

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran

atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara

elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu

daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Page 4: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

iii

Isi Kandungan

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

vi

KATA ALU-ALUAN

TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

(SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)

vii

Kandungan Muka Surat

1

Pengenalan

1

2

Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan

Pembelajaran Murid Formula Sejarah

Mohd Jamil Bin Rosli

SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis

5

3

Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan(Bidang

Pembelajaran: Pilih atur dan Gabungan)

Suhaimi bin Mohd Tabiee

SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang

20

4

Memelihara Masa InstruksionalMata Pelajaran: Biologi,

Strategi : ‘Guru Muda’

Roziah Ayub

SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak

26

5

Blog Modul Pembelajaran Kendiri

Gempurbio.Blogspot:Alternatif kepada Pengajaran dan

Pembelajaran Tanpa Guru Mahadiah binti Muda

SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

33

6

Intergrasi Idea Kreatif, Inovatif Melindungi Masa

Instruksional di Sekolah

Muhamad Shahlyme binAbd Wahid

Haryani binti Ismail

SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

47

Page 5: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

iv

7

Pengurusan Melindungi Masa Instruksional (Protecting

Instructional Time) Yang Berkesan di Sekolah

Katherine Tan Teck Neo

SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka

67

8

Guru Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus(2)Unik dan

Cemerlang

Hamimah binti Hamid

Jamilah binti Osman

Norrehan binti Mohamad

Nuur Hidayah binti Ab Hamid

SK Convent Infant Jesus 2, Melaka

76

9

Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan Geografi

PMRBerdasarkan Peta dengan Menggunakan Teknik, “Tak

Kenal Maka Tak Cinta”

Rohani binti Hamzah

SMK Durian Daun,Melaka

94

10

Kepimpinan Instruksional: Melindungi Masa Pembelajaran

Miracle Fingers (Matematik Sekolah Rendah Tahap 2) Shahril bin Othman

Azmi bin Abd Rahim

Rahim bin Hassan

SK Maran, Maran, Pahang

111

11

Team Teaching Sebagai Langkah Melindungi Masa

Instruksional Noraini binti Ibrahim

SK Tengku Mahmud

Nurul Syafinaz binti Ishak

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut

129

12

Pengajaran Berkesan Penggunaan Wazan Board dalam

Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab Andi Kaswia binti Abdul Kadir

SMKA Kota Kinabalu, Sabah

148

13

HUBAGAM: Pendekatan Kontekstual Visual dalam

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Iqra’ Farida binti Abdul Rahman

SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan

158

Page 6: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

v

14

Pengajaran Dan Pembelajaran YangBerkesan Di Sekolah

Untuk MeningkatkanKeberhasilan Pembelajaran Murid

Mohd Fauzi bin Hashim

SK Paya, Beseri, Perlis

169

15

Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan Di Bilik Darjah

Dapat Menjana Modal InsanYang Berpengetahuan,

Berkemahiran, Dan Menghayati Nilai-Nilai Murni Ab. Aziz bin Omar

SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan

182

16

Glosari

208

17

Penyumbang

211

Page 7: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

vi

Kata Alu-aluan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini

selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang

melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan

ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam

Gelombang 1 (2013 – 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan

sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan

sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya

meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin

instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin

sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan

menentukan program pembangunan profesionalisme guru.

Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru

untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah

supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah

seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai

panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi

sistem pendidikan negara.

TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

Page 8: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

vii

Kata Alu-aluan

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(Sektor Operasi Pendidikan)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa

Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan

dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta

warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya

amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat

signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu

memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat

keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam

mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan

menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan

aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara

berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin

masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter

dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran

dalam kalangan murid.

Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti

instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran

guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta

profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu

menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan

amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap

dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM

2013 – 2025.

Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam

tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa

instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak

pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan

atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah.

HAJI SUFA’AT BIN TUMIN

Page 9: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 1

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

1

Page 10: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 2

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan

pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat

mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara. Di negara kita,

isu kemenjadian murid menjadi perhatian di semua peringkat lapisan

masyarakat dan menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan di Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk

memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat tercapai, maka semua

peringkat pengurusan pendidikan perlu melaksanakan peranan masing-masing

dengan berkesan.

Pemerhatian oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM

mendapati berlaku penurunan masa instruksional di sekolah atas sebab

ketidakhadiran guru kerana tugasan rasmi dan tidak rasmi di luar.

Kebarangkalian ini akan menjejaskan pengurusan sekolah, kualiti pengajaran

guru dan pembelajaran murid. Maka, amalan Melindungi Masa Instruksional

(MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam

menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu

diberi perhatian bagi membangunkan modal insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mengasah potensi murid menjadi kritis,

kreatif dan inovatif. Senario ini akan memberikan impak positif kepada

pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sehubungan dengan itu, penerbitan buku ini diharapkandapat membantu

guru dan semua pihak yang bertanggungjawab menguruskan masa

instruksional di sekolah, memastikan pengamalan MMI terlaksana seperti yang

dikehendaki. Perkongsiankepakaran guru-guru yang terhimpun ini semestinya

menjadi rujukan, panduan, serta berupaya meningkatkan motivasi kepada

Page 11: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 3

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

semua pengamal MMI. Keberkesanan pengamalan MMI akan memantapkan

kualiti penyampaian dan penyaluran ilmu pendidik kepada anak-anak didik

mereka merentasi semua aspek di sekolah masing-masing.

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:

a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami

konsep MMI,

b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat

meningkatkan usaha MMI di sekolah untuk meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid,

c) semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua

sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesandalam

kalangan murid di semua sekolah, dan

e) memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan

pembelajaran dengan berkesan.

Keseluruhannya, adalah penting bagi semua guru membudayakan

MMIbagi memastikan pendidikan berkualiti dicapai dengan berkesan di

peringkat sekolah demi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Faktor

keberadaan guru di sekolah perlu diutamakan supaya semua murid memperoleh

pendidikan yang terbaik dan berkualiti. Penyediaan pendidikan yang berkualiti

Page 12: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 4

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

akan melahirkan modal insan yang berpotensi untuk memajukan ekonomi,

sosial, dan kesejahteraan negara pada masa akan datang.

Page 13: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 5

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERKESAN UNTUK KEBERHASILAN

PEMBELAJARAN MURID FORMULA

SEJARAH

2

Page 14: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 6

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN UNTUK

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

FORMULA SEJARAH

oleh

MOHD JAMIL BIN ROSLI

SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah

Jalan Besar, Arau, Perlis

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran guru

dalam melindungi masa instruksional (protecting instruksional time)khususnya

berkaitan dengan kaedah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah SPM.

Berdasarkan analisis daripada peperiksaan pertengahan tahun dan latihan yang dibuat,

murid didapati belum menguasai beberapa kemahiran khususnya berkaitan dengan

kefahaman sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Hal ini seterusnya, menyukarkan

mereka mengingati peristiwa tersebut. Isu ini menyebabkan guru sejarah kesuntukan

masa menyelesaikan sukatan pelajaran. Bagi menangani masalah ini dan pada masa

yang sama dapat melindungi masa instruksional kaedah newnomek (yang berasaskan

pencarian kata kunci bagi setiap ayat diubah kepada perkataan lain yang sangat

menarik) telah digunakan. Kaedah ini gelarkan sebagai Formula Sejarah. Modul

pembelajaran dan penilaian kendiri dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran pada

akhir tiap-tiap sesi pembelajaran. Langkah yang diambil telah membantu murid

meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah serta menarik minat mereka untuk

terus mempelajari mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, penguasaan dan kefahaman

murid tentang kandungan tajuk yang dipelajari turut meningkat.

Page 15: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 7

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Selaras dengan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011:

Pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sebagai Mata Pelajaran Wajib Lulus Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2013, Formula Sejarah dicipta

bertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Sejarah

terutamanya di peringkat SPM dan formula ini juga dapat melindungi masa

instruksional mata pelajaran ini serta sukatan pelajaran dapat diselesaikan

mengikut masa yang ditetapkan. Bagi mata pelajaran Sejarah, murid sering

merungut bahawa mata pelajaran ini membosankan kerana banyak yang perlu

dibaca dan banyak fakta yang perlu diingat. Hal ini akan menyukarkan mereka

untuk menghafal dan menjadikan mata pelajaran Sejarah kurang diminati. Hal

ini juga menyebabkan peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah merosot

setiap tahun. Justeru, satu teknik dalam mengingat fakta sejarah dicipta

berdasarkan kaedah ‘newnomek’, iaitu pencarian kata kunci bagi setiap ayat

dan diubah kepada perkataan lain yang sangat menarik. Kaedah ini digelarkan

sebagai Formula Sejarah.

Pendekatan Formula Sejarah

Terdapat 4 Pendekatan dalam mengingat fakta sejarah iaitu:

i. Menggunakan huruf awal dalam ejaan

Raja Berpelembagaan = Ramli Burger

ii. Menggunakan sebutan awal dalam perkataan

Singapura = Singa

iii. Menggunakan sebutan akhir dalam perkataan

Raja = Kerja

Menggunakan perkataan lain yang hampir sama sebutannya / sama

maksudnya

Harold = Herot

Page 16: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 8

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SAYA

Contoh 1

Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5)

1. Ciri-ciri Malayan Union

i. Semua NNS, NMB, dan NMTB disatukan

ii. Singapura diasingkan sebagai tanah jajahan Mahkota British

iii. Pemerintah tertinggi Malayan Union (MU) ialah

Gabenor British

iv. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja

Melayu dan boleh berbincang berkaitan Agama

Islam dan Adat Istiadat Melayu

v. Negeri ditadbir oleh Pesuruhjaya British

vi. Kerakyatan Jus Soli diwujudkan.

Formula: Semua Singa Malu Kerja Curi Cili

Contoh 2

Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5)

1. Ciri-ciri PTM 1948

i. Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan

11 buah negeri

ii. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk

iii. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan

Tanah Melayu

iv. Pesuruhjaya Tinggi British memelihara kedudukan

istimewa orang Melayu

v. Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan

Formula: 11 bulan Sepuluh Hari Berjaya Melahirkan Ramli Burger

Kata Kunci

Semua = Semua

Singapura = Singa

MU = Malu

Raja = Kerja

Negeri = Curi

Soli = Cili

Kata Kunci

11 Buah = 11 Bulan

Senarai = Se

Persekutuan = Puluh

Negeri = Hari

Pesuruhjaya = Berjaya

Melayu = Melahirkan

Raja = Ramli

Berpelembagaan = Burger

Huruf awal

Sebutan awal

Sebutan

akhir

Page 17: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 9

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebelum diperkenalkan

Tahun 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G Peratus

Lulus GPK

Jumlah

Murid

2006

1

7

10 8 9 7 10 10 2 97 4.81 69

2007

3 4 12 9 11 17 7 7 4 95 5.15 74

2008

4 5 7 10 11 8 11 3 4 94 5 63

Analisis Keputusan SPM 2006 Hingga 2008

Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2006 dilihat lebih dalam gred 3B, 7D,

dan 8E serta tidak ramai yang mendapat gred 1A dan 2A.

Keputusan Sejarah dalam SPM 2007 pula dilihat lebih dalam gred 3B, 4B, 5C,

dan 6C berbanding dengan gred 1A dan 2A yang paling sedikit.

Bil.

Pe

laja

r

Gred

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2006

Bil.

Pe

laja

r

Gred

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2007

Page 18: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 10

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Manakala keputusan Sejarah dalam SPM 2008 dilihat lebih dalam gred 4B, 5C,

6C, dan 7D berbanding dengan gred 1A dan 2A.

Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan

peratus kelulusan dalam SPM dari tahun 2006 hingga 2008 tidak memuaskan

Bil.

Pe

laja

r

Gred

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2008

GP

K

Tahun

GRAF GPK SEJARAH SPM 2006 - 2008

Pe

ratu

s

Tahun

GRAF PERATUS KELULUSAN SEJARAH SPM 2006 - 2008

Page 19: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 11

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kerana keputusan semakin menurun dari tahun ke tahun. Malahan banyak gred

tertumpu kepada gred 5C hingga 8E dan bukannya di gred 1A dan 2A. Hal ini,

menunjukkan bahawa murid-murid tidak berminat terhadap mata pelajaran

Sejarah.

STRATEGI PELAKSANAAN

Dalam proses PdP, Formula Sejarah digunakan melalui tiga langkah yang

mudah:

Langkah 1

Murid-murid diajar dan diberikan nota terlebih dahulu berkenaan dengan

sesuatu tajuk.

Contoh

Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

1. Cadangan Suruhanjaya Reid

i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan

ii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu

iii. Hak istimewa orang Melayu

iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu

v. Membentuk satu bangsa PTM

vi. Kerakyatan Jus Soli

vii. Agama Islam sebagai agama rasmi

viii. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

2. Kandungan PTM 1957

i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan

ii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Senarai

Negeri dan Senarai Persekutuan

iii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan

Page 20: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 12

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan

v. Kerakyatan dibahagikan kepada 3, iaitu permohonan, kuat kuasa undang-

undang, dan naturalisasi

vi. Kerakyatan Jus Soli diterima

vii. Agama Islam sebagai agama rasmi

viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Langkah 2

Formula Sejarah diberikan untuk memudahkan murid mengingat peristiwa /

fakta dalam tajuk tadi.

1. Isu / cadangan Suruhanjaya Reid

i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan

ii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam

bidang tertentu

iii. Hak istimewa orang Melayu

iv. Kedudukan Raja-raja Melayu

v. Membentuk satu bangsa PTM

vi. Kerakyatan Jus Soli

vii. Agama Islam sebagai agama rasmi

viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

(Formula: Satu Hari Isteri Ramli Basuh Cili Dalam Mesin)

2. Kandungan PTM 1957

i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan

ii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Senarai

Negeri dan Senarai Persekutuan

iii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan

iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja

Berpelembagaan

ix. Kerakyatan dibahagikan kepada tiga iaitu

Kata Kunci

Persekutuan = Satu

Negeri = Hari

Istimewa = Isteri

Raja = Ramli

Bangsa = Basuh

Soli = Cili

Islam = Dalam

Melayu = Mesin

Page 21: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 13

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

permohonan, kuat kuasa undang-undang dan

naturalisasi

v. Kerakyatan Jus Soli diterima

vi. Agama Islam sebagai agama rasmi

vii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

(Formula: Satu Hari Isteri Ramli Keringkan Tiga Cili Dalam Mesin)

Langkah 3

Soalan berbentuk SPM sebenar dan skema jawapan:

Contoh:

Percubaan SPM SBP 2011

7. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-

Raja Melayu dengan pihak British pada 15 Ogos 1957.

(a) Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam

membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

[6 markah]

(b) Jelaskan isi-isi penting perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

[8 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai kemerdekaan

yang telah kita capai selama ini ?

[6 markah]

Selepas Diperkenalkan

Tahun A+ A A- B+ B C+ C D E G Peratus

Lulus GPK

Jumlah

Murid

2009 0 9 21 27 21 11 12 3 1 0 100 3.81 105

2010 3 12 10 19 13 11 5 4 1 0 100 3.36 78

2011 8 25 21 17 6 3 1 0 0 0 100 2.01 81

Kata Kunci

Persekutuan = Satu

Negeri = Hari

Istimewa = Isteri

Raja = Ramli

Kerakyatan = Keringkan

Tiga = Tiga

Soli = Cili

Islam = Dalam

Melayu =

Mesin

Page 22: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 14

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Analisis Keputusan SPM 2009 Hingga 2011

Pada tahun 2009 didapati tidak ada murid yang gagal dalam keputusan Sejarah

peringkat SPM. Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2009 dilihat lebih

dalam gred A, A-, B+, B, dan C+.

Pada tahun 2010 juga tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Malah terdapat

3 orang murid yang mendapat A+ dalam mata pelajaran Sejarah. Tumpuan

Bil.

Pe

laja

r

Gred

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2009

Bil.

Pe

laja

r

Gred

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2010

Page 23: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 15

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

keputusan Sejarah dalam SPM 2010 dilihat lebih dalam gred A, A-, B+, B, dan

C+.

Pada tahun 2011 tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Tumpuan keputusan

Sejarah dilihat lebih dalam gred A+, A, A-, dan B+.

Bil.

Pe

laja

r

Gred

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2011

GP

K

Tahun

GRAF GPK SEJARAH SPM 2009 - 2011

Page 24: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 16

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan

peratus kelulusan dalam SPM dari tahun 2009 hingga 2011 adalah baik kerana

keputusan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Malah banyak tumpuan

kepada gred A+ hingga B bukannya di gred C+ hingga G. Hal ini,

menunjukkan bahawa murid-murid berminat terhadap mata pelajaran Sejarah

dan memperoleh skor yang baik dalam SPM.

Formula Sejarah di Sekolah Lain

Formula sejarah di SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis diperkenalkan pada

tahun 2011

Tahun A+ A A- B+ B C+ C D E G

Per

atus

Lulu

s

GP

K

Jum

lah

Muri

d

2010 0 0 2 4 5 6 8 9 4 13 75 6.29 51

2011 1 6 4 5 3 1 6 10 5 7 85 5.31 48

GP

K

Tahun

GRAF GPK SEJARAH SPM DARI TAHUN 2006 - 2011

Page 25: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 17

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam

SPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuan

pencapaian murid banyak kepada gred A, B, dan C pada tahun 2011

berbanding pada tahun 2010 yang tertumpu di gred D, E, dan G. Hal ini,

menunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran

Sejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan.

2. Formula Sejarah di SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang, Alor

Gajah, Melaka diperkenalkan pada tahun 2011

Tahun A+ A A- B+ B C+ C D E G

Per

atus

Lulu

s

GP

K

Jum

lah

Muri

d

2010 0 2 2 3 11 9 3 9 7 0 100 5.24 46

2011 1 4 6 10 7 5 5 2 1 0 100 3.71 41

Page 26: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 18

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam

SPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuan

pencapaian murid banyak kepada gred A dan B pada tahun 2011 berbanding

pada tahun 2010 yang tertumpu di gred C, D, dan E. Hal ini juga, turut

menunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran

Sejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan.

CADANGAN

Antara cadangan ialah:

1. Memperkenalkan Formula Sejarah di semua Sekolah Menengah negeri

Perlis untuk meningkatkan pencapaian subjek Sejarah dalam SPM

negeri Perlis.

2. Pendekatan Formula Sejarah juga dapat digunakan untuk subjek lain

seperti Perdagangan, Ekonomi Asas, Geografi, Pendidikan Islam, Fizik,

Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiah, dan lain-lain lagi.

Page 27: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 19

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3. Memperkenalkan Formula Sejarah kepada KPM untuk diuar-uarkan

kepada semua sekolah berkaitan dengan pendekatan Formula Sejarah ini

yang berkesan kepada PdP dalam meningkatkan prestasi murid.

PENUTUP

Pendekatan Formula Sejarah yang diperkenalkan ternyata berjaya

meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam matapelajaran Sejarah SPM

dan pada masa yang sama dapat melindungi masa instruksional (protecting

instructional time) dengan berkesan. Hal ini demikian kerana masa yang

diperuntukkan bagi PdP Sejarah berjaya dioptimumkan, sukatan dapat

diselesaikan lebih awal dan guru ada waktu untuk mengulang kaji malahan

dapat menarik minat dan menambah keyakinan murid untuk menghadapi SPM.

Diharap pendekatan Formula Sejarah ini dapat diperkenalkan di semua sekolah

terutamanya di negeri Perlis seterusnya dapat meningkatkan pencapaian SPM

bagi negeri tersebut.

Rujukan

Formula Sejarah, Pertandingan Inovasi Konvensyen Kebangsaan 2011,

Anjuran Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia, pada 30 Oktober hingga 2 November

2011 di A’Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka.

Yasmi Yahya, Setiausaha Peperiksaan, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad

Diniah, Jalan Besar, 02600 Arau, Perlis.

Nor Suzila Sarmani, Guru Sejarah, SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau

Sebang, Alor Gajah, Melaka

Kairul Fahmey Hashim, Guru Sejarah, SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis

Page 28: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 20

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK

TAMBAHAN (Bidang Pembelajaran : Pilih Atur

dan Gabungan)

3

Page 29: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 21

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN

(Bidang Pembelajaran: Pilih Atur dan Gabungan)

oleh

SUHAIMI BIN MOHD TABIEE

SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang

Abstrak

Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ( KPBMT ) ini merupakan set bahan

bantu mengajar yang akan digunakan oleh murid-murid secara individu ataupun

berkumpulan dengan bimbingan guru untuk mempelajari konsep Pilih Atur dan

Gabungan (Permutation and Combination) yang dijalankan secara penerokaan kendiri

(hands on). Kit Pembelajaran ini mengandungi satu kotak terbuka, satu kotak peti

terbuka lima ruang sebaris, lima keping kad bertanda A, B, C, D, dan E, Modul

Aktiviti Murid dan Lampiran Aktiviti Murid. Murid-murid akan menjalani aktiviti

penerokaan untuk mencari dan memahami konsep Pilih Atur dan Gabungan dengan

cara menyusun kad-kad yang disediakan mengikut arahan berpandukan Modul

Aktiviti Murid yang disediakan. Hasil susunan yang dibuat disenaraikan dalam

Lampiran Aktiviti. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, murid-murid akan membuat

perbandingan antara Pilih Atur dan Gabungan. Akhirnya, murid-murid akan cuba

menerbitkan sendiri definisi Pilih Atur dan Gabungan. Aktiviti diteruskan lagi dengan

mencari bilangan susunan pilih atur yang melibatkan bilangan kad yang lebih banyak.

Murid akan diberikan cabaran untuk memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih

mudah. Kaedah-kaedah lain akan ditemukan setelah menjalani aktiviti-aktiviti yang

seterusnya. Aktiviti akan diteruskan di peringkat yang lebih mencabar iaitu dengan

meneroka masalah yang diberikan dalam pelbagai situasi. Murid akan mula cuba

mengaplikasi konsep yang telah ditemukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pada peringkat lanjutan, aktiviti dijalankan tanpa perlu lagi menggunakan kit

pembelajaran. Diharapkan pada peringkat ini, konsep pilih atur itu telah pun dikuasai.

Isi pendidikan di peringkat ini lebih berfokus kepada penyelesaian masalah yang

berkaitan. Aktiviti penerokaan yang sama dijalankan untuk konsep gabungan.

Page 30: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 22

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Kaedah pembelajaran secara ‘penerokaan kendiri’ agak sukar diamalkan

khususnya untuk subjek Matematik Tambahan. Kekurangan bahan bantu

mengajar yang khusus untuk topik-topik dalam mata pelajaran ini

menyebabkan guru-guru ketandusan idea untuk mengamalkan kaedah tersebut.

Atas sebab itulah, maka Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini

direka cipta untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan. Penggunaan Kit

Pembelajaran Bijak yang dijalankan secara penerokaan kendiri ini diharapkan

akan memberikan impak yang positif ke arah meningkatkan kefahaman murid

dalam tempoh yang lebih cepat dan berkesan sejajar dengan matlamat program

‘Melindungi Masa Instruksional (MMI)’.

PERNYATAN ISU / CADANGAN

Tidak mudah untuk mengajarkan konsep Pilih Atur dan Gabungan.

Penerangan guru menggunakan bahan bantu mengajar yang hanya boleh dilihat

dan ditonton oleh murid boleh menyebabkan murid membuat tanggapan yang

salah. Masalah utama semasa mengajarkan topik ini ialah murid-murid tidak

dapat membezakan sama ada suatu masalah yang diberikan itu suatu masalah

pilih atur ataupun masalah gabungan. Murid-murid akan mencari kata kunci

bagi menyatakan pendirian mereka. Kesilapan dalam menentukannya akan

menyebabkan kesalahan yang besar.

Menyedari situasi ini, maka kit pembelajaran bijak ini direka cipta

supaya pembelajaran murid dapat dibuat secara penerokaan kendiri (hands on).

Diharapkan dengan menggunakannya, murid akan dapat berfikir dengan lebih

matang dan bijak dalam membuat tanggapan yang tepat supaya masalah yang

dinyatakan tidak berlaku lagi.

Page 31: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 23

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

CADANGAN TINDAKAN

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, perkara-perkara berikut perlu

diberikan perhatian:

(a) kaedah belajar secara penerokaan kendiri perlu diamalkan,

(b) kit Pembelajaran Bijak perlu dijadikan bahan bantu mengajar ke

arah penerokaan ilmu yang lebih efektif, dan

(c) mengamalkan pembelajaran secara berfikir bukan belajar secara

menghafal.

KESIMPULAN

Pembelajaran secara penerokaan kendiri ialah satu amalan pembelajaran yang

perlu diamalkan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat terkini. Sumber

ilmu pengetahuan sudah semakin luas dan konsep-konsep yang dipelajari sudah

tidak lagi terbatas. Kini, Sukatan pelajaran perlu dilihat sebagai panduan dan

bukan sebagai acuan. Murid-murid perlu digalakkan untuk mendalami sesuatu

ilmu itu lebih daripada jangkauan mereka.

CADANGAN

Dicadangkan supaya Kit Pembelajaran Bijak ini disebarluaskan kepada semua

murid di seluruh negara. Ciptaan dan rekaan baharu perlu dihasilkan ke arah

memperkaya khazanah bahan bantu mengajar yang lebih efektif dari semasa ke

semasa.

Page 32: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 24

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan

Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini ialah rekaan asli oleh :

SUHAIMI BIN MOHD TABIEE

Guru Cemerlang Matematik Tambahan

SMK Datuk Haji Abdul Kadir,

Kepala Batas, Pulau Pinang.

Page 33: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 25

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR

DALAM KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN

( Pilih Atur dan Gabungan )

Kotak peti terbuka 5 ruang sebaris Satu kotak kosong

5 keping kad bertanda A, B, C, D, dan E Kalkulator Saintifik 570

Modul Aktiviti Murid

Page 34: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 26

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL

MATA PELAJARAN BIOLOGI – STRATEGI :

‘GURU MUDA’

4

Page 35: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 27

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL

MATA PELAJARAN BIOLOGI

STRATEGI : ‘GURU MUDA’

oleh

ROZIAH BINTI AYUB

SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak

Abstrak

Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang

memberikan keutamaan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk

semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua

program dalam rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). Oleh itu, memelihara masa instruksional ialah aspek penting yang perlu

diambil kira. Bagi mata pelajaran Biologi, konsep Guru Muda didapati berjaya

meningkatkan kualiti dalam kalangan calon SPM di SMK Raja Permaisuri Bainun,

Ipoh. Kaedah ini berfokus kepada penyelesaian masalah murid yang tidak dapat

mempamerkan jawapan berkualiti dalam menjawab soalan berbentuk esei kerana

tidak ada keyakinan diri untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran yang telah

diterima. Tiga kategori murid diambil kira iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan

lemah. Konsep Guru Muda melibatkan semua murid secara aktif kerana mereka

berada dalam kalangan rakan sebaya dan bebas memberikan pendapat dalam isu yang

dibincangkan. Kumpulan guru muda ini akan dapat memperkukuh kefahaman mereka

dan memperoleh keyakinan diri yang tinggi lantas memantapkan pencapaian

kumpulan cemerlang mata pelajaran. Kumpulan sederhana dan lemah pula dapat

memanfaatkan guru muda untuk menghasilkan pembelajaran berkesan melalui

komunikasi yang baik dengan pemantauan berterusan daripada pihak guru. Konsep

kecerdasan pelbagai dan kemahiran berfikir menjadi tunjang kepada strategi ini.

Page 36: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 28

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

“Hakikatnya, masa instruksional mempunyai status saintifik yang sama seperti

Konsep Homeostasis dalam biologi, pengukuhan dalam psikologi atau graviti

dalam fizik. Seperti konsep yang lebih digemari ini, masa instruksional juga

membenarkan ruang untuk kefahaman, ramalan dan kawalan, lantas

menjadikan ia konsep yang berbaloi untuk diambil perhatian secara serius

dalam pendidikan.” (Berliner, 1990).

Masa instruksional ialah masa konteks guru dengan murid dalam

persekitaran instruksional semasa hari persekolahan, sebagai contoh, semua

kelas yang dihadiri dalam satu hari persekolahan. Waktu rehat murid dan masa

peralihan mata pelajaran terkecuali daripada masa instruksional.

Guru perlulah ada perancangan yang mantap untuk mewujudkan masa

instruksional yang berkualiti supaya semua murid mendapat peluang yang sama

untuk mempertingkatkan pembelajaran. Terdapat dua elemen yang penting

dalam PdP yang berkesan iaitu guru mesti mempunyai idea yang jelas tentang

objektif pembelajaran dan guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang

kreatif untuk mencapai objektif berkenaan. Murid yang telah didedahkan

kepada masa instruksional yang berkualiti akan dapat menyumbang kepada

pembentukan modal insan yang dinamik dan progresif bagi menggerakkan

kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan PdP yang digunakan oleh

guru haruslah meliputi berbagai-bagai strategi yang menerapkan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif dalam suatu pembelajaran yang aktif dan

konstruktif. Murid perlu mengalami perubahan pemikiran, kebolehandan sikap,

kesan daripada proses pengajaran (Gagne, 1974).

Page 37: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 29

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

Guru sering berpuas hati apabila isi kandungan mata pelajaran dapat

disampaikan kepada murid tanpa mengambil kira sama ada pengajarannya

memberikan impak kepada penguasaan murid atau tidak. Hakikatnya, murid

sering berasa bosan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat

chalk and talk dan sudah pasti hasil pembelajaran yang diperoleh tidak

mencapai matlamat. Tidak banyak berlaku perubahan pemikiran, kebolehan,

dan sikap yang dialami oleh murid. Keputusan peperiksaan tidak menunjukkan

peningkatan. Keputusan peperiksaan ialah fokus utama kerana keberkesanan

pengajaran guru sentiasa diukur berdasarkan tahap kejayaan yang dicapai oleh

murid dalam peperiksaan.

CADANGAN TINDAKAN DAN PENYELESAIAN

Pendekatan Kaedah Guru Muda merupakan salah satu cara yang berkesan

dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran Biologi terhadap calon

mata pelajaran Biologi SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Fokusnya ialah

menjawab soalan esei Kertas 2 dengan peruntukan markah 40% daripada

markah keseluruhan kertas tersebut dengan berkesan. Soalan yang dipilih ialah

soalan-soalan sebenar peperiksaan SPM yang terdahulu dan soalan-soalan lain

yang dikenal pasti oleh guru sebagai soalan popular dan kekerapan dalam

peperiksaan SPM. Keupayaan menjawab soalan esei juga akan membantu dan

meningkatkan kemampuan murid menjawab Kertas 1 dan Bahagian A bagi

Kertas 2.

Persediaan awal untuk mengklasifikasi murid mengambil kira tiga

kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah yang boleh

ditentukan melalui keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOV-

Page 38: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 30

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Take off value). Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan cemerlang akan

dilatih sebagai Guru Muda. Sekiranya ada murid lain yang menunjukkan

peningkatan pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan,

mereka juga akan dilantik menjadi Guru Muda. Secara tidak langsung akan

mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka. Di samping itu,

Guru Muda dapat memantapkan dan perlu menguasai isi kandungan mata

pelajaran apabila sesi pengajaran dilaksanakan. Murid dalam kumpulan

sederhana dan lemah akan menjadi anak didik Guru Muda ini dan didapati

mereka lebih bersemangat mengemukakan soalan dan memberikan pendapat

dalam kalangan rakan sebaya semasa sesi ini dilaksanakan. Guru bertindak

sebagai fasilitator sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat

diselesaikan oleh Guru Muda.

Prosedur strategi adalah seperti yang berikut :

1. Soalan-soalan yang telah dipilih ditaip semula oleh guru berserta

jawapannya sekali dan diperbanyak untuk setiap murid. Guru perlu

mengambil inisiatif untuk mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan

cemerlang dan berbincang terlebih dahulu tentang soalan dan jawapan

untuk kefahaman. Seterusnya, perbincangan berkaitan strategi

penyampaian kepada rakan-rakan kumpulan sederhana dan lemah

dilakukan. Mereka haruslah diberi motivasi untuk memperoleh keyakinan

yang tinggi sebelum diberi mandat untuk mengajar rakan-rakan yang lain.

2. Selepas membaca soalan dan jawapan serta memperoleh kefahaman, Guru

Muda diminta mengenal pasti kata kunci yang mesti dipamerkan oleh

murid untuk mendapat markah. Daripada kata kunci ini, mereka diminta

untuk membina peta minda atau carta alir yang ringkas berkaitan jawapan.

Langkah ini dapat membina kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis

berkaitan isu yang telah ditimbulkan dalam soalan. Guru boleh

Page 39: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 31

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memberikan contoh penggunaan peta minda dan carta alir menggunakan

ICT.

3. Semua soalan yang telah disediakan oleh guru perlu diselesaikan.

4. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya dalam

kumpulan kecil, Guru Muda ini melaksanakan kaedah yang sama seperti

yang telah didedahkan kepada mereka.

5. Guru akan sentiasa memantau pelaksanaan aktiviti supaya matlamat

tercapai. Dalam tempoh masa yang diperuntukkan, guru haruslah

menetapkan jumlah soalan esei yang dapat diselesaikan oleh kumpulan

murid ini.

KESIMPULAN

Guru Muda ialah modal insan yang dapat membantu dalam melindungi masa

instruksional dalam PdP sekiranya mereka ini dilatih secara sistematik oleh

guru. Guru Muda juga dapat menggantikan guru sekiranya berlaku keadaan

yang memang tidak dapat dielakkan apabila guru terpaksa meninggalkan kelas.

Murid yang memainkan peranan sebagai Guru Muda ini, sudah dilengkapkan

dengan kemahiran komunikasi berkesan, ciri-ciri kepimpinan berwibawa dan

kebolehan menggunakan teknologi maklumat. Berbekalan kemahiran

tersebutGuru Muda boleh bertindak sebagai pengajar dan pembantu untuk

rakan-rakan mereka yang masih bercelaru mindanya dalam PdP yang

sebenarnya.

Di samping itu, diharapkan dalam membangunkan negara, Guru Muda

ini boleh dibentuk sebagai pemimpin masa depan bagi penyediaan guna tenaga

dalam pelbagai bidang dan kepakaran yang tinggi. Sokongan padu daripada

Page 40: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 32

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pihak pengurusan sekolah merupakan faktor utama bagi menjayakan program

Guru Muda ini.

CADANGAN

Untuk melindungi masa instruksional, pihak pengurusan sekolah haruslah

merencanakan pelbagai program dalam membantu keberhasilan murid sama

ada dalam PdP ataupun menjadi modal insan yang memenuhi hasrat negara.

Program Guru Muda boleh dijadikan program yang utama dalam mengatasi

salah satu masalah yang dijelmakan dalam masa instruksional. Pengurusan

sekolah dan guru mestilah menjadi agen utama dalam pengendalian program

Guru Muda. Di samping itu, Guru Muda ini perlu diberi latihan secara

berterusan bagi meningkatkan kefasihan dalam penyampaian kepada rakan-

rakan sebayanya. Pelaksanaan program ini mestilah dijalankan pada masa yang

relevan dalam melindungi masa instruksional supaya PdP Guru Muda ini tidak

terganggu. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan sekolah perlu

merangsang dan menggerakkan guru dalam menyesuaikan kaedah-kaedah

terkini dalam PdP supaya keberhasilan murid dapat ditingkatkan dan gangguan

untuk masa instruksional dapat dikurangkan.

Rujukan

Berliner. (1990). “What's all the fuss about instructional time?”

Gagne. (1974). “Implikasi PdP Teori Pemprosesan Maklumat“ oleh

Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini

Page 41: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 33

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BLOG MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

gempurbio.blogspot: ALTERNATIF KEPADA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TANPA GURU

5

Page 42: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 34

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BLOG MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI gempurbio.blogspot:

ALTERNATIF KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TANPA GURU

oleh

MAHADIAH BINTI MUDA

SM Sains Seri Puteri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Abstrak

Penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan

ialah satu alternatif menarik dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran (PdP). Penggunaan blog, Google Docs, Twitter dan Skype telah mula

mengambil tempat dan menjadi popular dalam bidang pendidikan era kini. Dalam

kajian ini, inovasi blog pendidikan iaitu gempurbio.blogspot telah membuktikan

bahawa kaedah alternatif ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap mata

pelajaran Biologi. Penggunaan blog ini amat praktikal kerana percuma, mudah dibina

kerana tapaknya sedia ada, bersifat global, mudah digunakan, mudah diselenggara

serta mudah diakses kerana tidak terikat kepada masa dan tempat. Kaedah ini bukan

sahaja boleh diaplikasikan semasa PdP secara formal di dalam bilik darjah, malah

juga boleh digunakan sebagai sumber gantian semasa ketiadaan guru sebagai satu alat

PdP pada bila-bila masa dengan syarat terdapat keperluan kemudahan ICT. Hasil

soal selidik mendapati bahawa murid seronok dan teruja belajar menggunakan laman

blog kerana di dalam blog ini terdapat banyak gambar foto, bahan-bahan animasi, dan

video yang interaktif. Hal ini, memudahkan murid mevisualisasikan konsep abstrak

yang sukar digambarkan dalam mata pelajaran Biologi. Penggunaan blog dalam

proses PdP juga didapati berjaya melindungi masa instruksional dan meningkatkan

masa pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, kaedah PdP lebih

santai dan lebih selesa, lantas mengukuhkan kefahaman mereka tentang konsep

Biologi.

Page 43: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 35

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa, teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalam

bidang pendidikan. Hal inikerana, masyarakat Malaysia pada abad ke-21

merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan

sains dan teknologi. Masyarakat kini sangat bergantung kepada penggunaan

sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan. Pembaharuan dan

penggunaan unsur-unsur kreatif adalah sangat penting dalam PdP. Penggerak

utama kemajuan dan pembaharuan ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya

menerusi ICT. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi teknologi

maklumat dan komunikasi sebagai teknologi yang berkaitan dengan

pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat melalui

penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Khalili dan Shashoani

(1994) dan Moore dan Kearsley (1996), menyatakan bahawa penggunaan

teknologi dalam proses PdP mampu meningkatkan hasil pembelajaran.

Pengajaran berasaskan teknologi lebih interaktif dan mampu menjadikan murid

lebih berfikiran kreatif dan inovatif.

Pada hari ini, banyak bahan PdP dapat diperoleh daripada internet sama

ada untuk diguna pakai dalam PdP ataupun untuk dijadikan rujukan bagi

menambah maklumat kita sendiri. Semua bahan ini boleh dimuat turun melalui

laman web yang tertentu. Antara aplikasi ICT tersebut ialah blog. Blog ialah

sejenis laman web yang dikendalikan oleh individu dengan entri yang kerap

dan sentiasa dikemas kini oleh pemilik blog. Entri blog selalunya berbentuk

komentar, penerangan mengenai sesuatu peristiwa, bahan-bahan grafik atau

video. Kebanyakan entri disusun mengikut urutan masa. Kebanyakan blog

bersifat interaktif, membenarkan pelawat meninggalkan komen dan boleh juga

berbalas pesanan melalui ‘widgets’ yang ada pada blog. Sifatnya yang interaktif

membezakannya daripada laman web statik yang lain. Perkongsian maklumat

Page 44: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 36

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

paling berguna untuk pengguna blog. Pengguna boleh membaca apa saja

maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan pemilik blog yang memberikan

maklumat melalui teks, gambar, dan video serta cara interaktif yang lain.

Banyak blog menyediakan komentar atau berita mengenai sesuatu perkara yang

lebih berfungsi sebagai catatan peribadi di atas talian. Umumnya, blog

menggabungkan teks, imej, dan pautan kepada blog yang lain. Penggunaan

teknologi menerusi blog dapat membantu murid berhubung secara atas talian

(on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Murid juga boleh menggunakan blog

sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun

berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain.

ISI KANDUNGAN

Blog pendidikan gempurbio ini dibina berdasarkan keperluan bahan bantu

mengajar (BBM) yang bercirikan ICT. Hal sedemikian ini, selaras dengan

keperluan sekolah yang memberikan keutamaan kepada penggunaan ICT

dalam PdP. Blog ini juga merupakan bahan sokongan untuk kegunaan guru

dalam PdP serta bahan rujukan para murid untuk memperkukuh pengetahuan

Biologi mereka. Oleh sebab mudah penggunaannya dan bersifat mesra

pengguna, blog ini menjadi pilihan murid untuk mendapatkan bahan-bahan

pembelajaran Biologi. Kelebihan blog ini ialah perbincangan boleh dibuat

dalam ruang komen atau chat box/shout box di seluruh dunia secara atas talian

dan merupakan tempat untuk menyampaikan idea serta berkongsi maklumat.

Perkataan ‘gempur’ yang digunakan sebagai nama blog ini bermaksud

‘menggerakkan segala daya usaha’ untuk menguasai isi kandungan mata

pelajaran Biologi sebagai persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan,

khususnya peperiksaan SPM. Bahan yang terdapat dalam blog ini bukan hanya

tertumpu kepada murid-murid tetapi boleh juga digunakan oleh para guru.

Page 45: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 37

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pengisian laman blog ini antaranya, contoh soalan topikal berserta skema

pemarkahan yang dipilih khas oleh pemilik blog, nota mata pelajaran yang

ringkas dan padat berserta gambar foto, dan gambar rajah. Blog ini dilengkapi

dengan sokongan imej dan animasi yang menarik dan dipetik daripada sumber-

sumber yang boleh dipercayai dari internet dan dikemukakan supaya dapat

membantu proses PdP agar menjadi lebih berkesan dan interaktif.

Seterusnya, blog ini turut mengandungi panduan untuk menjawab soalan-

soalan peperiksaan Biologi. Pengunjung dalam kalangan murid juga dapat

berinteraksi dengan guru melalui kotak sembang yang disediakan. Soalan-

soalan yang dikemukakan melalui kotak sembang akan dijawab oleh guru

melalui ‘posting’ blog. Situasi ini secara tidak langsung mewujudkan interaksi

antara guru dan juga pengunjung untuk menyelesaikan atau menjawab sebarang

soalan khususnya berkaitan mata pelajaran Biologi. Blog

gempurbio.blogspot.com ini telah disebar luas melalui guru-guru, ceramah-

ceramah di sekolah, dan laman sosial Facebook.

Blog ini sentiasa dikemas kini setiap minggu dengan bahan-bahan PdP

yang disusun mengikut label semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Respon

melalui ‘live traffic’ dan statistik menunjukkan ramai pengunjung mengunjungi

blog ini dan memuat turun bahan-bahan untuk kegunaan persediaan

peperiksaan masing-masing. Selaras dengan perkembangan ICT yang pesat

dalam bidang pendidikan, kewujudan blog ini sedikit sebanyak menambah

BBM untuk kegunaan guru manakala bagi murid pula sebagai sumber bahan

rujukan dan pembelajaran dalam mata pelajaran Biologi.

Page 46: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 38

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU & CADANGAN

Sesungguhnya sukar untuk mencari satu laman web atau laman blog Biologi

yang mudah difahami, menarik, kaya maklumat, dan aktiviti serta mesra

pengguna. Laman blog ini dapat membantu murid untuk memahami konsep

Biologi malah turut memberikan panduan dan bimbingan bagi persediaan

menghadapi peperiksaan SPM.

Didapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan murid terutamanya

dalam bidang pendidikan semakin berkembang pesat. Penggunaan blog dalam

pendidikan memberikan faedah kepada murid. Kehadiran blog merupakan satu

revolusi yang muncul apabila ramai pembangun teknologi berasaskan web

merasakan maklumat terkini perlu dikemas kini secara berkala dan disusun

mengikut sisipan terkini. Justeru, inovasi ini dijalankan bagi mengenal pasti

keberkesanan penggunaan blog sebagai alternatif dalam proses PdP.

1. Pengisian Blog

(a) Pengenalan kepada blog dan sinopsis mengenai kepentingan blog ini

ditulis pada bahagian paling atas untuk memperkenalkan blog

kepada pengunjung. Pilihan warna latar blog iaitu hijau

menggambarkan konsep alam semula jadi iaitu sesuai dengan mata

pelajaran Biologi atau kaji hayat.

(b) Isi kandungan mata pelajaran dilabelkan mengikut bab-bab dalam

silibus Biologi sekolah-sekolah di Malaysia iaitu terdiri daripada 15

bab.

(c) Pengunjung boleh memilih bab untuk mengulang kaji dengan

menekan ikon yang menunjukkan tajuk bab dan seterusnya masuk

ke bab yang dikehendaki.

Page 47: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 39

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(d) Beberapa label tambahan disediakan seperti Bio Books, Bio CD, Bio

Lesson, Bio SPM, Bio Talk yang mempamerkan pelbagai maklumat

tambahan yang berkaitan.

(e) Bahan-bahan yang ada dalam setiap label bab ialah nota ringkas dan

padat dengan ilustrasi yang pelbagai seperti gambar rajah, gambar

foto, video animasi, dan video interaktif. Bahan-bahan ini dipetik

daripada pelbagai sumber atas talian bertujuan untuk menjadikan

blog lebih menarik dan bermaklumat.

(f) Terdapat ikon ‘link’ yang disediakan untuk pengunjung supaya

dapat terus ke pautan yang dicadangkan . Link ke tapak-tapak

berguna dan berkaitan dengan pendidikan seperti, ‘Eduweb TV’,

GCBio Malaysia, Koleksi soalan, MGC Malaysia, dan laman

sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

(g) Terdapat pelbagai tambahan gajet seperti: ‘SPM countdown’ untuk

memberikan peringatan kepada calon SPM tentang hari peperiksaan

mereka; ‘Time waits for no man’, iaitu jam dan kalendar untuk

rujukan masa; ‘Owner introduction’, untuk memperkenalkan

pemilik blog; ‘What do you think of Gempurbio blogspot’, untuk

meminta pendapat melalui undian; muzik untuk latar belakang blog;

‘Bio chapters’, untuk memudahkan pencarian bab; ’Contact me’,

untuk berinteraksi dengan pemilik blog; ‘Blog counter’, untuk

mengetahui bilangan pelawat yang mengunjungi blog ini;

‘Followers,’ merekod bilangan pengunjung yang mengikuti blog

yang bertambah dari semasa ke semasa; ‘Who’s here’, untuk

mengetahui dari manakah datangnya pengunjung blog; ‘Reminder’,

untuk memberi peringatan kepada pengunjung; ‘chat box’ yang

dinamakan ‘Get connected’, untuk memberikan ruang kepada

pengunjung berinteraksi dengan pemilik blog. Maklum balas dan

cadangan juga dapat dicapai melalui ‘chat box’ ini.

Page 48: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 40

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(h) Di bahagian bawah setiap ‘posting’, pula terdapat label, tarikh bahan

disiarkan, dan terdapat ruang untuk mencatat komen.

2. Pengendalian Blog

Blog ini dikendalikan oleh pemilik blog sepenuhnya. Bahan-bahan dipilih

dengan teliti, sama ada daripada sumber buku rujukan, majalah, akhbar

ataupun dari internet. Sumber laman web pendidikan dari seluruh dunia

banyak didapati dengan percuma. Ucapan penghargaan disertakan, jika

dipetik daripada sumber yang mempunyai hak cipta. Blog dikemas kini

dari semasa ke semasa. Apabila terdapat soalan daripada pengunjung,

pemilik akan memberikan jawapan dengan segera dan menyediakan

‘posting’ yang khusus bagi menjawab persoalan yang diberikan.

3. Pengurangan Kos Operasi

Tiada perbelanjaan diperlukan untuk membina blog ini kerana pemilik

blog menggunakan tapak blog secara percuma yang lazim disediakan oleh

beberapa organisasi blog seperti, http://blogspot.com/,

http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/ . Penyediaan blog ini tidak

melibatkan kos kerana pemilik blog telah mengekploitasi kemudahan

internet berwayar dan juga tanpa wayar yang disediakan di sekolah. Para

guru dan murid bebas mencapai laman blog ini pada bila-bila masa dan di

mana sahaja mereka berada di kawasan sekolah. Di samping itu, mereka

boleh membaca terus untuk mendapat bahan tanpa perlu mencetaknya.

Mereka juga boleh memuat turun bahan yang dikehendaki daripada blog

dan disimpan di dalam ‘pen drive’ bagi kegunaan seterusnya. Hal ini,

dapat mengurangkan kos penggunaan kertas. Petikan bahan daripada

internet pula diperoleh daripada sumber-sumber yang dipilih secara

percuma.

Page 49: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 41

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4. Penjimatan Masa

Kewujudan tiga buah makmal komputer di sekolah juga membolehkan

murid-murid mengunjungi blog ini pada masa PdP dan juga di luar waktu

persekolahan. Masa PdP juga dapat dijimatkan kerana murid lebih cepat

memahami sesuatu konsep selepas melayari blog ini.

5. Ulasan Hasil Dapatan

Secara keseluruhan, 23 responden yang terdiri daripada murid-murid

Tingkatan Lima di sekolah pengkaji menunjukkan kecenderungan untuk

memilih skala ‘memuaskan’ dan ‘sangat memuaskan’. Tiada responden

yang memilih skala 1-3. (Sila rujuk kepada ulasan hasil daripada soal

selidik).

(a) Cakupan Isi Kandungan

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 96%daripada responden

bersetuju memilih skala ‘sangat memuaskan’ iaitu, “Blog ini

menambah minat saya untuk belajar Biologi”. Sebanyak 83%

daripada responden memilih skala ‘sangat memuaskan’ bagi item,

“Blog ini membantu saya untuk mengulang kaji tajuk-tajukdalam

Biologi”.Sebanyak 78%daripada responden memilih skala ‘sangat

memuaskan’, bagi item-item:“Saya seronok belajar Biologi

menggunakan blog”, “Sampel soalan dan jawapan yang

disediakanmembantu saya dalam peperiksaan dan bahan-bahan

dalam blog adalah sesuai dan berguna untuk saya”.Sebanyak

74%daripada responden memilih skala ‘sangat memuaskan’, bagi

item-item:“Secara keseluruhannya, blog ini merangkumi semua bab

Page 50: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 42

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

yang dipelajari secara seimbang dan menyeluruh”. “Banyak bahan

pembelajaran yang berguna diperoleh dari blog ini”, dan “Blog ini

padat dengan maklumat Biologi yang saya perlukan.”

Kesimpulannya, cakupan isi kandungan blog ini merangkumi semua

bab dalam mata pelajaran Biologi. Blog ini membantu responden

untuk mengulang kaji bab-bab dalam Biologi dengan adanya nota

dan sampel soalan serta jawapan yang telah disediakan sebagai

persediaan peperiksaan.

(b) Reka Bentuk Blog

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 87% daripada responden

bersetuju memilih skala ‘sangat memuaskan’, iaitu “Bahan animasi

dan video dalam blog ini membantu saya memahami sesuatu proses

dengan lebih jelas”, dan “Petikan rajah dan gambar foto dalam

blog ini membantu sayamemahami dengan mudah sesuatu perkara.”

Sebanyak 83% daripada responden memilih skala, ‘sangat

memuaskan’ bagi item,“ Pautan/link yang disediakan membantu

saya mencapai blog-blog laindengan lebih cepat”. Hal sedemikian

ini sedikit sebanyak telah membantu responden untuk melawat

pautan-pautan lain secara terus dengan cepat dan mudah.

Kesimpulannya, secara keseluruhan responden telah berpuas hati

dengan reka bentuk blog ini. Ada beberapa penambahbaikan yang

dicadangkan seperti menambah video dan bahan-bahan yang bersifat

interaktif.

(c) Pendapat Responden

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 91% daripada responden

bersetuju memilih skala, ‘sangat memuaskan’ iaitu, “Saya akan

Page 51: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 43

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini

untuk pembelajaran mereka”. Sebanyak 87%daripada responden

memilih skala ‘sangat memuaskan’ bagi item-item, “Penggunaan

blog ini sebagai tambahan yang baik kepada kaedah lain dalam

pembelajaran”,dan “Sila nyatakan skala kepuashatian anda selepas

melawat blog ini“.

Kesimpulannya, secara keseluruhan responden berpuas hati dengan

penggunaan blog ini sebagai satu kaedah alternatif kepada kaedah-

kaedah pembelajaran yang sedia ada. Responden bersetuju untuk

mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini

dalam pembelajaran mereka.

KESIMPULAN

Oleh sebab blog ini merupakan satu aplikasi ICT, didapati murid-murid

mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakannya dalam pembelajaran

mereka. Penggunaannya yang meluas menyebabkan terdapat peningkatan

dalam penguasaan isi kandungan dalam bidang Biologi. Bukan itu sahaja,

malah dapat juga meningkatkan prestasi penulisan dalam kalangan murid.

Selain itu, penggunaan blog banyak memberikan faedah lain seperti mampu

menjana kemahiran pemikiran secara kritis, melahirkan sikap positif tentang

pembelajaran, membangunkan kemahiran sosial, dan menggalakkan

perkongsian idea di samping meningkatkan tahap motivasi murid-murid .

Para guru pula mendapati lebih mudah untuk menerangkan sesuatu

konsep dengan adanya sokongan bahan-bahan interaktif dan animasi yang

diperoleh daripada blog ini. Blog kini telah menjadi dimensi baharu untuk para

guru dan murid-murid bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan

segera. Blog juga boleh menjadi medium yang membolehkan kerja murid

Page 52: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 44

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dikutip, disunting, ditaksir dan seterusnya diterbitkan untuk penonton atau

pembaca maya. Dari ‘chat box’ dan ‘comment box’ yang terdapat pada blog,

didapati ramai yang bersetuju bahawa blogspot ini sangat berguna kepada

mereka. Antara faedah lain ialah blog ini membantu para guru dalam

penyediaan sampel-sampel soalan berserta skema pemarkahan untuk mata

pelajaran Biologi, memperkembang dan memperkaya isi kandungan mata

pelajaran Biologi secara meluas, bukan sekadar skop silibus Biologi sekolah-

sekolah di Malaysia sahaja, mewujudkan jalinan dan jaringan dalam kalangan

guru Biologi seluruh negara khususnya, dan seluruh dunia amnya. Penggunaan

kemahiran ICT pula didapati dibuat secara maksimum untuk memperoleh

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran daripada sumber blog ini bersama

pautan yang dicadangkan. Pautan-pautan yang berguna yang dicadangkan dapat

digunakan terus oleh pengguna dengan hanya menekan ikon pautan. Situasi ini

membolehkan mereka membuat penerokaan seterusnya melepasi dunia tanpa

sempadan.

CADANGAN

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa terdapat perubahan

yang positif atas mata pelajaran Biologi dengan penggunaan kaedah belajar

menggunakan blog. Kaedah ini didapati menambah minat murid kepada mata

pelajaran ini. Murid seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahan

animasi, video dan gambar foto. Di samping itu juga, mereka dapat berinteraksi

dengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan berkaitan mata pelajaran

melalui blog. Murid juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapat

maklumat mata pelajaran Biologi yang selaras dengan keperluan peperiksaan.

Sesi PdP menggunakan blog agak menarik kerana sesi tersebut bukan sahaja

boleh dijalankan dalam waktu PdP secara formal. Penggunaan blog ini juga

dapat menyelesaikan masalah, “Kelas Tanpa Guru” kerana pembelajaran

Page 53: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 45

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kendiri dapat dijalankan pada setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang

mempunyai kemudahan ICT.

Bagi pihak guru pula, keberkesanan kaedah ini bergantung kepada

kebijaksanaan masing-masing untuk menyesuaikannya dengan murid yang

dihadapi setiap hari. Pihak guru dicadangkan untuk memiliki blog mata

pelajaran masing-masing sebagai usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pihak sekolah pula hendaklah

memberikan sokongan penuh dengan menyediakan keperluan asas kemudahan

ICT supaya PdP alternatif melalui penggunaan blog ini menjadi lebih mudah.

Penggunaan blog dilihat mampu menyelesaikan masalah dan kesukaran yang

dihadapi oleh murid-murid dan guru dalam komunikasi dua hala yang interaktif

berbanding dengan forum maya yang lain.

Dengan peningkatan minat murid-murid dalam mata pelajaran Biologi

menerusi kaedah penggunaan blog pendidikan ini, diharapkan dapat

meningkatkan tahap kecemerlangan murid dalam peperiksaan sekali gus

melonjakkan prestasi peperiksaan SPM di sekolah khususnya, dan prestasi

negara amnya.

Rujukan

Khalili, A., & Shashoani, L. (1994). The effectiveness of computer

applications: a meta-analysis. Journal of Research on Computing in

Education, 27, 48-61.

Moore, M. G., & Kearsley, G. (1996). Distance education: A systems

view. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company.

http://en.wikipedia.org/wiki/Edublog

Top 100 Education Blog : http://oedb.org/library/features/top-100-education-

blogs

Page 54: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 46

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

http://educational-blogging.wikispaces.com/

http://edublogs.org/10-ways-to-use-your-edublog-to-teach/

http://www.onlineclasses.org/2010/12/08/100-seriously-cool-classroom-blogs-

for-teaching- ideas-inspiration/

Page 55: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 47

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

INTEGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI

SEKOLAH

6

Page 56: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 48

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

INTERGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF MELINDUNGI

MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

oleh

MUHAMAD SHAHLYME BIN ABD WAHID

HARYANI BINTI ISMAIL

SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan kepentingan melindungi masa instruksional di setiap

sekolah yang juga merupakan komponen fungsi pemimpin instruksional dalam

menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian

dalam memastikan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal

insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Di samping itu, keberhasilan pembelajaran

murid bukan hanya dinilai dari segi “output” iaitu mendapatkan “A” tetapi murid

yang boleh memberikan faedah kepada negara dengan mengutamakan sahsiah murid.

Oleh itu, sekolah boleh merangka masa instruksional yang ideal (jadual waktu dan

perancangan) namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran

berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh dua faktor gangguan iaitu

faktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru itu sendiri. Impak daripada

masalah ini, pendekatan melalui kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi

sekolah perlu diterapkan sebagai pencetus kepada lonjakan perubahan sistem

pendidikan di negara kita, seterusnya menjadi pemangkin dalam mencapai status

negara maju.

Page 57: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 49

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara

yang memberikan keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti

disediakan bagi semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan

fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh

Kementerian Pelajaraan Malaysia. Justeru, pihak kementerian memastikan PdP

dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan

untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh itu, kepentingan

melindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yang

bermatlamat mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan

pembelajaran berlaku secara bermakna di setiap sekolah memerlukan suatu

wadah baharu dalam dunia pendidikan negara supaya segala masalah dan isu

yang diperkatakan dapat dibendung secara optimum dan bermatlamat.

Sedia dimaklumi pendidikan negara merupakan tonggak perkembangan

ekonomi negara. Pelbagai dasar dan program telah direncanakan serta

dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi

memastikan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tercapai seterusnya

dapat merealisasikan Wawasan 2020. Namun, dalam mengorak langkah

mencipta dan mencorak sistem pendidikan yang mampan dan holistik, banyak

cabaran dan rintangan perlu dihadapi terutamanya dalam organisasi sebuah

sekolah, guru-guru dan murid-murid serta komuniti setempat yang merupakan

elemen penting dalam membangunkan modal insan yang berdaya maju.

Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan semua pihak

supaya melaksanakan inovasi dalam semua bidang utama termasuklah PdP di

sekolah bagi tujuan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara ini.

Page 58: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 50

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

1. Beban Tugas dan Tanggungjawab Guru

Isu keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugasan dalam

memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah telah

dipandang serius oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri

Pendidikan Malaysia yang menegaskan, “Kualiti guru perlu dimantapkan,

mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem

pentaksiran perlu diperkemas, prasarana sekolah perlu ditambah baik serta

sumber penyampaian pendidikan perlu diurus dengan cekap. Pendek kata,

keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkan

kualitinya secara bersepadu”.

Menurut kajian beban tugas guru, terdapat Pekeliling berkaitan tugas dan

tanggungjawab guru iaitu bagi kategori guru kelulusan Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang

menyenaraikan ringkasan tugas guru PPPLD berdasarkan Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 11/2007 merangkumi 7 aspek iaitu:

(a) PdP (Kurikulum)

(b) Kokurikulum ( Sukan/Kelab/Persatuan/Badan Beruniform)

(c) Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan / Kebajikan / Kesihatan

/ Bina Insan / Sistem Maklumat Murid / Koperasi/Lawatan)

(d) Pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan

(e) Pembangunan Fizikal

(f) Pembangunan Staf

(g) Hubungan Komuniti

Page 59: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 51

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2. Faktor Gangguan di sekolah

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan terdapat 2 faktor yang

menyumbang kepada pengurangan masa instruksional bagi meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan

yang kritis, kreatif, dan inovatif.

(a) Faktor Pengurusan Sekolah

i. Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada

di dalam kelas, tidak cukup guru, guru menghadiri kursus atau

tugas luar, guru menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum/

sukantara,

ii. Gangguan fizikal seperti pengumuman dari pembesar suara,

susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan

persekitaran,

iii. Gangguan luar jangkaan seperti guru cuti sakit, cuti

kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan guru mengajar,

melaksana tugas sampingan, dan

iv. Gangguan Adhoc seperti menghadiri mesyuarat, dipanggil ke

pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan

tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat.

(b) Faktor Instruksional Guru

i. Kualiti pembelajaran murid seperti kesediaan murid belajar,

kualiti guru, proses pembelajaran dan pengajaran berkesan,

sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru dan kesediaan

guru mengajar, dan

ii. Kualiti pengajaran guru seperti penggunaan bahan bantu

mengajar yang sesuai dan berkesan, strategi, kaedah serta

pendekatan.

Page 60: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 52

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3. Cadangan Intervensi Beban Tugas Guru

Hasil dapatan awal daripada isu beban tugas guru yang telah dilaksanakan

oleh Jawatankuasa Kerja Masalah Beban Tugas Guru (MMBTG) dalam

menangani isu ini merupakan satu langkah penambahbaikan dalam

membantu guru-guru dan murid-murid di sekolah agar lebih komited dan

berdedikasi terutamanya dalam melindungi masa instruksional di dalam

bilik darjah. Antara pendekatan awal yang diambil kira bagi melindungi

masa instruksional adalah seperti yang berikut:

(a) ujian amali diadakan sekali sahaja semasa peperiksaan,

(b) kecilkan saiz kelas,

(c) tambah bilangan guru,

(d) wujudkan jawatan pembantu bengkel/makmal,

(e) kurangkan masa mengajar guru (termasuk guru disiplin),

(f) adil dalam agihan tugas,

(g) utamakan kebajikan guru,

(h) sediakan kemudahan yang sesuai mengikut spesifikasi

penjawat awam lain,

(i) kurangkan aktiviti hari Sabtu/dikecualikan hari Sabtu,

(j) jadikan Cuti Rehat Khas hak guru,

(k) wujudkan jawatan khas untuk kokurikulum,

(l) tingkatkan kerjasama komuniti/PIBG/Perkongsian Pintar, dan

(m) wujudkan jawatan pembantu guru.

Namun begitu, sejauh mana intervensi ini dapat memastikan masa

instruksional guru dan murid dapat dioptimumkan secara berkesan bagi

mengelakkan situasai yang menyebabkan kelas tidak berlangsung seperti

yang dirancang serta memastikan kualiti masa instruksional yang

menjamin pembelajaran bermakna.

Page 61: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 53

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4. Kolerasi Kreativiti dan Inovasi dalam Sistem Pendidikan

Merujuk topik kertas kerja yang dibincangkan, “Integrasi Idea Kreatif,

Inovatif untuk melindungi Masa Instruksional” amat bertepatan dengan

dasar negara pada tahun 2012 yang bertemakan “Inovasi” bagi tujuan

memperkasakan Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan di Malaysia.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia, kualiti

guru merupakan aspek penting dalam Kajian Semula Pendidikan Negara.

Berteraskan ilmu dan inovasi, maka guru yang berkualiti ialah guru yang

berinovasi, iaitu mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan

kemahiran alaf baharu seperti keupayaan berfikir secara kritis,

kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Selain itu, guru yang berinovasi juga memberikan tumpuan kepada

kaedah pembelajaran dan pengajaran yang boleh merangsang daya fikir

dan kreativiti murid agar kemampuan mereka standing dengan penilaian

murid-murid di negara maju.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya, pada Seminar Dasar dan

Pengurusan Pendidikan menyatakan, inovasi bermaksud pembaharuan,

modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya

tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fugsi tertentu atau memenuhi

cita rasa tertentu atau pasaran tertentu.

Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, inovasi memainkan peranan

yang amat penting kepada keberhasilan pembelajaran murid kerana

inovasi merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam rancangan

pembangunan pendidikan sesebuah negara termasuklah di Malaysia. Oleh

yang demikian, kerangka masa instruksional ideal yang telah diwujudkan

oleh sesebuah organisasi yang dikatakan tidak sepenuhnya menjanjikan

Page 62: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 54

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor

gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah kini

boleh dibendung secara berkesan dengan adanya penerapan unsur inovasi

dan kreativiti kepimpinan, pengurusan organisasi, budaya, teknologi,

pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah, dan komunikasi

terbuka.

Oleh hal yang sedemikian, guru perlulah sedar bahawa untuk melindungi

masa instruksional itu berlangsung secara optimum (memastikan murid

belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan

kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru dan berkesan) di sekolah

ataupun di bilik darjah dan haruslah bermula daripada peringkat individu.

Sebagai contoh, organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat

memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar,

dedikasi, profesional, dan mempunyai semangat kerja yang tinggi serta

berdaya maju. Mereka ini dianggap sebagai tenaga penggerak dan aset

kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti

pendidikan. Keutamaanya, keberhasilan pengajaran mereka mendorong

murid seronok dan minat belajar kerana mereka mudah memahami

pelajaran.

Menurut Majaro (1992), kreativiti didefinisikan sebagai proses pemikiran

yang mendorong mengeneralisasikan idea baharu. Mumford dan

Gustafson (1998), menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk

dan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959), pula membuat

analisis atas seratus definisi kreativiti dan mengkalsifikasikannya kepada

5 peringkat iaitu peringkat ekspresif, produktif, inventif, inovatif, dan

imaginatif.

Page 63: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 55

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Secara am, dapat diringkaskan bahawa kreativiti ialah kombinasi antara

idea baharu dan idea lama. Idea baharu diperlukan dan idea lama dikaji

dan dinilai semula. Hal ini juga merupakan proses melihat semula,

memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baharu, dan

kemahiran. Dalam organisasi sesebuah sekolah, integrasi idea kreatif, dan

inovasi dilihat sebagai suatu kuasa atau force yang penting bagi

mencorakkan perkembangan dalam pengurusan sekolah. Pengurusan

organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah sebagai

organisasi PdP yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baharu,

budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat, dan pembangunan

potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-

Ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan

sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman,

1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif dan inovatif bagi

menjadikan sekolah pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall,

1999).

Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang

mendasari perkembangan pendidikan,

(a) Kreativiti kurikulum - ini banyak berlaku dalam isi kandungan

pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk,

dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan

kurikulum.

(b) Kreativiti pengajaran - menyentuh kaedah, pendekatan, cara,

pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan, dan

pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah.

(c) Kreativiti profesional - mengenai perkembangan guru dari segi

personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan,

kecekapan dan kepakaran, amalan baharu, pemikiran baharu,

Page 64: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 56

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku, dan

dilaksanakan dalam profesion ini.

(d) Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda,

pandangan yang progresif, berfikiran terbuka, pembacaan dan

pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baharu yang

mendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya.

(e) Kreativiti persekitaran pembelajaran - iaitu kreativiti yang

mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik

darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang

dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan

kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.

(f) Kreativiti pengurusan - cara sekolah dikendalikan dan

beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan,

sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah

dalam hubungan, dan perkhidmatan yang ditawarkan.

(g) Kreativiti teknologi - bagaimana teknologi digunakan untuk

pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran, dan

pengurusan sekolah disamping inovasi teknologi maklumat

yang menyumbangkan kreativiti dan inovasi sekolah.

(h) Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang

kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif.

Pelbagai inovasi yang boleh mendorong perubahan dan

kemajuan kekreatifan perlu diperkenalkan dalam sistem

pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang

dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih

berinovasi dan berdaya maju bagi menggilap potensi manusia.

Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan

kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti

dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran

sekolah.

Page 65: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 57

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

5. Perkembangan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif dalam Organisasi

Sekolah.

Terdapat beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan

kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi seperti mewujudkan

persekitaran untuk perkembangan kreativiti, menggalakkan

perkembangan idea dan pendapat, pengaliran dan kebebasan maklumat

untuk mendorong kreativiti, membina suasana dan iklim organisasi

tempat kerja yang menggalakkan kreativiti, dan membentuk struktur

kreatif penyelesaian masalah serta perkembangan pemikiran kepada

tindakan. Namun begitu, kreativiti dan inovasi hanya boleh

dikembangkan dalam organisasi pembelajaran di sekolah melalui proses

perubahan seperti pengurusan berkesan, komunikasi terbuka, teknologi,

penyelesaian masalah, iklim budaya di sekolah, strategi dalam PdP,

kepimpinan, dan pemikiran. Perubahan atas elemen-elemen ini mampu

membawa kepada perkembangan organisasi sekolah yang kreatif dan

inovatif seterusnya mencapai keberhasilan pembelajaran murid. Terdapat

beberapa jenis kreativiti yang boleh diterapkan dalam sesebuah organisasi

sekolah, antaranya

(a) Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas

originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari

kanak-kanak).

(b) Kreativiti Teknikal- kecekapan bagi menghasilkan sesuatu

produk (contoh, membuat biola).

(c) Kreativiti Inventif - reka cipta baharu yang dihasilkan seperti

penemuan telefon bimbit dan penulisan novel.

(d) Kreativiti Inovatif - kefahaman dan modifikasi andaian asas

dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif.

Page 66: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 58

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(e) Kreativiti imaginatif - kreativiti yang kompleks dan bentuk

yang jarang berlaku boleh merintis perubahan keseluruhan

prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.

Tambahan lagi, kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah juga

boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang

bebas daripada belenggu birokrasi, malahan dapat menjadikan sekolah

lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta

menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan

meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan

sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan

mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang

terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang

berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan

pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi

sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif. Pengurusan yang

kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan

strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan

bersifat progresif serta berpaksikan strategi kreatif dan inovatif untuk

meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan organisasi

pembelajaran melibatkan:

(a) Perancangan perubahan

Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang

berasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebih

kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran

tahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif

dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru.

(b) Pengetahuan

Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan

seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar,

Page 67: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 59

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang

tinggi dan berdaya maju. Mereka dianggap sebagai tenaga

penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran

untuk menjamin kualiti pendidikan.

(c) Strategi PdP yang berkesan adalah apabila strategi tersebut

dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan

serasi dengan wawasan yang diperjuangkan di samping dapat

mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan murid

untuk terus belajar serta dapat menambah baik apa yang sedia

ada pada murid.

(d) Kaedah dan pendekatan PdP yang kreatif dan inovatif perlu

menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang

dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi,

pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif murid.

Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,

menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan.

Kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar

dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatu

yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang

ceria dan berkesan. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi,

perasaan, dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan murid

dan guru daripada stress, bimbang, dan takut. Guru juga tidak

mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya

lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam

organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran

yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel, dan efektif. Pengaruh

kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah

didekati.

Page 68: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 60

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Strategi PdP yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan

pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Iklim sekolah

yang mengutamakan kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan

kemajuan kognitif, efektif, dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga

dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi

mengembangkan pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) dengan

menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan

mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan,

minat, kecerdasan dan, kecekapan mereka.

Sebagai contoh strategi pembelajaran kontekstual ialah kaedah

pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman

harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Secara khususnya,

pembelajaran kontekstual melibatkan aktiviti menghubungkan,

mengalami, mengaplikasi, berkoperasi, dan pemindahan. Pengalaman

pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta

merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun murid-murid boleh

dimotivasikan dengan strategi PdP seperti video, naratif, atau aktiviti

berasaskan teks, tetapi situasi tersebut masih merupakan bentuk

pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran akan lebih

berkesan sekiranya murid-murid dapat memanipulasi alatan dan bahan

serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. (seperti dalam lampiran).

Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat

penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara

yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baharu. Inovasi

kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan,

pengetahuan, dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid

boleh dinilai melalui cara pelaksanaannya di sekolah. Kurikulum yang

Page 69: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 61

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau

murid. Kurikulum tersebut juga dapat menyediakan murid dengan dunia

pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya,

daya cipta, pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan murid.

Situasi ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi, dan

pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan murid dan

keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum

pada umumnya memerlukan guru mengaplikasi pengetahuan dan strategi

yang kreatif dan inovatif. Guru juga mestilah komited dan berdedikasi

untuk menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif.

Strategi baharu dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan

dalam kalangan murid supaya murid dapat menguasai pembelajaran

dengan lebih kreatif, inovatif, dan berkesan. Bagi memantau dan

mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum

atau teamwork perlu dibentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan

kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum

sekolah.

KESIMPULAN

Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan dalam

melindungi masa instruksional guru dan juga murid di sekolah, seterusnya

merangsang pembangunan yang efektif dalam sebuah organisasi dalam bidang

pendidikan khususnya. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran

yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah

pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi

pembelajaran, penyelesaian masalah, dan juga komunikasi terbuka.

Page 70: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 62

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian

dengan keperluan dan kehendak guru, murid, dan ibu bapa. Kreativiti dan

inovasi juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan

yang merupakan prasyarat untuk mengembangkan potensi murid yang

seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif serta berdaya

maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diberikan ganjaran

supaya bakat yang ada tidak dipersiakan.

Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka perlulah sentiasa

mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam

profesion mereka. Refleksi terhadap diri setiap guru perlu ada bagi menjamin

kualiti PdP di dalam bilik darjah seterusnya, membentuk modal insan yang

cemerlang serta bersahsiah terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MELINDUNGI MASA

INSTRUKSIONAL

1. Aplikasi Teknologi

Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah

organisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada

Teknologi Maklumat memainkan peranan sebagai to manage, innovate

and implement change. Oleh yang demikian,teknologi dalam pengurusan

organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti

dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh

mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif.

Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan ICT dapat membina

imej baharu organisasi inovatif. Di samping menjadikan organisasi

Page 71: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 63

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan lebih

produktif.

Penggunaan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden.

Revolusi maklumat dan perubahan teknologi memberikan kesan yang

positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran,

khususnya sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi sering

kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan,

penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur

pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada

kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui

sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik

teknologi maklumat juga belum begitu tercapai, disebabkan jurang

perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah, terutamanya

disekolah luar bandar berbanding dengan sekolah bandar yang lebih

terdedah kepada kemudahan ini.

ICT telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia

pendidikan dan organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan

ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana ICT dapat menangani

dan membantu inovasi sesebuah organisasi.

2. Kepimpinan

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan

inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain mempunyai latihan,

pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang

pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan

komitmen bagi membawa perubahan kepada sekolah melalui pengamalan

kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan

organisasi sekolah.

Page 72: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 64

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa

perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi

pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu

mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin

perubahan berasaskan strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam

pengurusan pendidikan sekolah.

Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi

membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan

inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh

dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam

menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai

kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan, dan

inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran

banyak bergantung kepada kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif.

Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia

mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai

kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai-bagai pembaharuan

dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka

boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual,

dan kualiti prestasi pelajar di samping berkeupayaan memotivasikan

ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada

dalam organisasinya.

3. Budaya

Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran

belajar yang mendorong semangat murid untuk belajar, membentuk minat

yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi, dan perkembangan

Page 73: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 65

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

potensi murid. Murid juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan

bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih, dan

profesional.

Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal,

keceriaan budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini

menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni, ceria dan sesuai untuk

perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi. Perasaan dan pemikiran

yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria.

Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai

gejala sosial dan moral yang tidak diingini.

Rujukan

Mohamad Kamil bin Abd Rahman. (1997). Inovasi dan Kreativiti dalam

Pendidikan.

Ibrahim Bin Abd.Rahman. (1992). Penggunaan Media Pendidikan dalam

Mempertingkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di

sekolah-sekolah, Jurnal Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan.

Laman sesawang: i. http://pena-bonda.blogspot.com/2011/07/bagaimana-memupuk-

pemikiran-kreatif.html

ii. http://www.mudahbelajar.com/?p=154

iii. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasaKerjatang

aniisubebangurusedanglaksana28perakuan_Muhyiddin/Article

iv. http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120523/fo_04/Guru-

berinovasi-wajar-diberi-keutamaan

v. http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/05/Teks-

Ucapan-YAB-Timbalan-Perdana-Menteri.pdf

Page 74: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 66

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

INOVASI LITERASI & NUMERASI DALAM PdP

Page 75: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 67

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MELINDUNGI MASA

INSTRUKSIONAL (PROTECTING

INSTRUCTIONAL TIME) YANG BERKESAN

DI SEKOLAH

7

Page 76: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 68

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

(PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) YANG BERKESAN DI

SEKOLAH

oleh

KATHERINE TAN TECK NEO

SK Convent Infant Jesus 1, Melaka

ABSTRAK

Melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah amat penting

untuk meningkatkan keberhasilan PdP. Bagi menjayakan program yang dirangka oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peranan sebagai Guru Besar Cemerlang

yang menerajui Sekolah Kluster Kecemerlangan merangkumi penyeliaan dan

penilaian aktiviti sokongan pengajaran, pemantauan pengajaran dan juga amalan-

amalan di dalam bilik darjah. Usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya

matlamat ini tidak difahami dan disokong oleh semua guru. Tiga fokus utama

pendidikan akan terlaksana dan berkesan ialah pembelajaran murid, guru, dan

kemenjadian murid.

Beberapa cadangan diutarakan dalam kertas kerja ini antaranya, PdP dijalankan secara

optimum, guru boleh ‘jual beli’ waktu pengajaran dan pembelajaran, menyediakan

latihan untuk murid sekiranya guru berkursus, kelas tambahan intensif, murid perlu

sentiasa berada di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran, guru

bantuan LINUS, peranan ketua darjah, dan penolong ketua darjah.

Sehubungan dengan itu, peranan sebagai pentadbir perlu memastikan pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan atau kekangan bagi mencapai

objektif melindungi masa intruksional (MMI) yang disasarkan dalam usaha

meningkatkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran murid.

Page 77: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 69

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi

memastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa

halangan. Selaku Guru Besar Cemerlang yang melalui fasa-fasa berbeza dan

MMI merupakan satu komponen utama dalam menjayakan pembelajaran

secara berkesan di sekolah. Justeru, pelaksanaan berkesan dan optimum

memang menjadi satu tugasan yang mencabar.

Pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan

masa pembelajaran berkesan ini atau academic learning time memberikan

kesan yang mendalam kepada murid-murid.

PERNYATAAN ISU

Profesion keguruan, antara profesion utama dalam pembangunan manusia,

masyarakat dan negara. Dalam hal ini, tidak disangkal lagi profesion ini

merupakan satu-satunya profesion yang penting dalam proses penyampaian

ilmu pengetahuan kepada individu dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan

Misi Nasional ke arah negara maju, pelbagai usaha dilaksanakan dan perubahan

demi perubahan drastik telah memberikan tamparan hebat kepada para

pendidik di seluruh negara. Sikap amanah seorang guru terhadap muridnya

telah terhakis dengan kelalaian guru dalam mengejar arus perubahan. Nilai-

nilai kemanusiaan seorang guru iaitu kepimpinan dan amanah bekerja terhadap

profesion mula berubah.

Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan seperti :

(a) menghadiri mesyuarat/taklimat/bengkel,

(b) berkursus,

Page 78: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 70

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c) menghadiri majlis rasmi,

(d) mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan

permainan,dan

(e) Cuti sakit/cuti kecemasan/cuti bersalin/cuti belajar.

Selain itu, bidang tugas guru sudah semakin luas sehingga tugas utamanya

(core duty) iaitu menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya tidak dapat

dijalankan dengan baik dan berkesan.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Guru Besar bertanggungjawab memperuntukkan dan melindungi masa

pengajaran dengan memastikan guru berada di dalam bilik darjah, berfungsi,

dan menjalankan peranan sebagai sebagai seorang pendidik dengan berkesan.

PdP mestilah terlaksana kerana itu ialah tugas utama(core duty) guru di

sekolah.

Beberapa cadangan tindakan atau penyelesaian dapat dihuraikan seperti

yang berikut :

1 PdP dijalankan secara optimum

Guru-guru dikehendaki menjalankan PdP dengan menggunakan masa

pengajaran secara optimum. Kerja-kerja atau latihan bertulis tidak

digalakkan di dalam bilik darjah. Aktiviti tersebut harus dilakukan

sebagai kerja rumah murid. Dengan itu, guru-guru akan menggunakan

masa sepenuhnya untuk proses PdP di dalam bilik darjah. Secara tidak

langsung, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang

kreatif dan inovatif agar aktiviti PdP dapat dipenuhi sepenuhnya dengan

Page 79: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 71

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berkesan. Murid tidak akan berasa bosan. Secara tidak langsungnya,

waktu instruksional berlaku sepenuhnya.

2 Jual beli masa pengajaran

Guru-guru yang mengetahui bahawa mereka perlu menghadiri kursus atau

menjalankan tugas-tugas rasmi dan tidak dapat mematuhi jadual

pengajaran asalnya akan menjual waktunya dan membeli waktu

pengajaran guru lain yang mengajarkan kelas yang sama. Guru ini akan

memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran bahawa jual

beli masa pengajaran telah dilakukan sebelum guru tersebut pergi

berkursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi. Masalah untuk membuat

jadual ganti tidak berlaku dan proses PdP dijalankan seperti biasa.

3 Guru menghadiri kursus/taklimat secara adhoc

Ada kalanya guru-guru menghadiri kursus atau taklimat secara adhoc dan

tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tertentu. Guru tersebut

memaklumkan kepada pihak pentadbir melalui telefon atau sistem

pesanan ringkas (SMS) seberapa segera yang mungkin. Dengan itu,

pengurusan jadual waktu ganti guru dapat disusun dengan teratur dan

cekap.

Guru-guru yang tidak berada di sekolah pada hari itu juga diminta

menghantar buku rancangan hariannya berserta latihan yang dirancang

perlu dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, guru ganti akan mengajar

murid seperti dirancang dan memberikan latihan yang dibekalkan.

Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan

Pentadbiran untuk memastikan kelas tersebut tidak terabai.

Page 80: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 72

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4 Guru cuti bersalin/bercuti panjang

Guru yang akan cuti bersalin atau bercuti panjang seharusnya merancang

dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan topik-topik mengikut

Rancangan Pengajaran Tahunan yang ditetapkan.

Kelas gantian perlu dijalankan selepas masa persekolahan, cuti

persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai dan tidak mengganggu

waktu PdP rasmi. Hal sedemikian ini, bagi memastikan masa

instruksional dilindungi dan jika sekolah tidak mendapat guru ganti ketika

guru cuti tersebut bersalin.

5 Kelas gantian khas untuk murid yang lemah/masalah

pembelajaran/selalu tidak hadir ke sekolah

Guru-guru digalakkan untuk mengadakan kelas gantian khas untuk

membantu murid-murid yang lemah atau bermasalah pembelajaran dan

murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Kelas gantian tersebut boleh

dilakukan selepas waktu persekolahan atau waktu cuti persekolahan.

Kelas gantian ini untuk memberikan bantuan dan bimbingan kepada

murid-murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, murid-murid

tidak akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang perlu dipelajari

oleh mereka.

Page 81: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 73

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

6 Kelas bantu LINUS

Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kelas bantu LINUS bagi murid-

murid LINUS tegar bermula dari Tahun 1. Murid-murid ini dikenal pasti

oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Murid-murid LINUS tegar ini akan dibantu secara personal coaching oleh

guru yang tiada waktu mengajar (free-period) semasa waktu pembelajaran

murid-murid arus perdana. Kemahiran yang diajar juga bersesuaian

dengan kemahiran sedia ada mereka.

Kelas bantu LINUS dapat merapatkan jurang penguasaan kemahiran

murid-murid ini dengan murid-murid di arus perdana dan secara tidak

langsung waktu instruksional berlaku. Hal ini selari dengan hasrat KPM

di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) 4 fokus sub-

NKRA iaitu literasi dan numerasi iaitu semua murid yang tidak

mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi

dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa PdP

Semasa PdP dijalankan, murid-murid tidak dibenarkan keluar kecuali

dalam keadaan yang amat memerlukan atau terdesak. Tumpuan murid-

murid diperlukan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat diterima

dengan sepenuhnya tanpa gangguan. Jika murid kerap keluar seperti ke

tandas atau urusan lain maka akan mengganggu masa pembelajaran

mereka. Oleh sebab itu, dijadikan budaya supaya murid-murid berada di

bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Urusan

peribadi seperti ke kedai buku atau ke bilik air, cuma dibenarkan pada

waktu pagi sebelum kelas bermula dan pada waktu rehat.

Page 82: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 74

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

8 Peranan ketua darjah dan penolong ketua darjah

Peranan ketua darjah atau penolong ketua darjah juga amat penting dalam

pelaksanaan MMI di sekolah. Ketua darjah atau penolong

dipertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir jika tiada guru

masuk ke kelas (atas urusan yang tidak dapat dielakkan) selepas 5 minit

bermulanya mata pelajaran.

Tindakan segera daripada ketua darjah dan penolong dapat membantu

pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.

KESIMPULAN

Pengurusan MMI yang berkesan dapat mencapai matlamat sekolah dan prestasi

akademik murid akan meningkat. Usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi

dan sokongan padu daripada semua pihak. Kerja berpasukan yang mantap

dapat menjayakan pengurusan MMI.

SYOR

Disyorkan agar pengurusan MMI akan menjadi lebih berkesan sekiranya pihak

sekolah menyediakan buku catatan kehadiran guru mata pelajaran yang masuk

ke dalam kelas. Guru yang masuk ke dalam kelas mestilah menandangtangani

buku catatan kehadiran guru bagi mata pelajaran tersebut mengikut masa yang

ditetapkan. Hal sedemikian ini, membuktikan guru mata pelajaran masuk ke

dalam kelas mengikut masa yang tepat dan waktu instruksional berlaku

sepenuhnya.

Page 83: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 75

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan

Amalan-amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua Cemerlang

Kebangsaan, 2010.

Melindungi Masa Instruksional (Proctecting Instruktional Time) di Sekolah

untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor

Operasi Pendidikan, KPM 2012.

Page 84: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 76

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT

INFANT JESUS (2) UNIK DAN CEMERLANG

8

Page 85: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 77

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (2)

UNIK DAN CEMERLANG

Oleh

HAMIMAH HAMID

JAMILAH OSMAN

NORREHAN MOHAMAD

NUUR HIDAYAH AB HAMID

SK Convent Infant Jesus 2

Abstrak

Sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Convent Infant

Jesus 2 telah menunjukkan prestasi cemerlang yang sentiasa meningkat dari semasa

ke semasa. Kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum telah

disokong oleh barisan guru yang unik dan cemerlang. Sekolah ini terdiri daripada 40

orang guru dan 480 orang murid perempuan pada tahun 2012. Penulisan ini

membincangkan keunikan guru-guru sekolah ini dalam memacu kejayaan yang

gemilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Situasi yang memungkinkan

guru-guru Tahap 1 mampu mengajar dengan baik kelas-kelas Tahap 2 menjadikan

guru-guru sekolah ini unik. Ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi,

dapat diatasi dengan adanya barisan guru yang versatil. Pengurusan sekolah berkesan

menyediakan pelbagai program dan perancangan akademik yang menjamin kejayaan

murid. Selain kualiti pengajaran dan akademik yang cemerlang, program dan

perancangan akademik disesuaikan dengan kurikulum mata pelajaran di sekolah.

Penggunaan modul khas pembelajaran bagi semua mata pelajaran teras telah dapat

membantu mengatasi masalah ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau

peribadi. Begitu juga dengan pelaksanaan jadual ganti terancang sebagai persediaan

untuk menempatkan guru ganti yang mengajarkan mata pelajaran yang sama. Hasil

daripada keunikan yang ada di sekolah ini, telah dapat melonjakkan kejayaan dan

kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pengurusan

sekolah yang berkesan ialah usaha berterusan bagi meningkatkan komitmen guru atas

tugas pendidikan, kepimpinan, dan pengurusan pendidikan dalam konteks sekolah.

Page 86: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 78

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2, Melaka, Malaysia telah

dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011.

Sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal yang terdiri daripada 40 orang

guru dan 480 orang murid berdasarkan statistik terkini. Terdapat sebanyak 18

buah bilik darjah dengan purata 30 orang murid setiap kelas. Kejayaan anak

didik didokong oleh guru-guru di sekolah ini yang menjadi tulang belakang

kepada peningkatan prestasi akademik dan koakademik.

Menurut Sufean Hussin (2005 : 293), guru berkesan di sekolah

digambarkan mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam

tentang pedagogi am dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata

pelajaran, memiliki kesedaran belajar sebagai proses sepanjang hayat,

berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingini dan memiliki

motivasi personaliti yang tinggi sebagai seorang guru.

Transformasi dalam bidang pendidikan merupakan satu proses yang

pantas dan berterusan selari dengan perkembangan semasa. Selain kemajuan

dan perubahan yang dicapai, profesion perguruan ini juga sentiasa berhadapan

dengan pelbagai krisis. Justeru, amatlah penting bagi guru-guru untuk

beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku agar segala kekangan tidak

menjadi satu isu besar dalam mengekalkan kecemerlangan.

Keunikan guru-guru di sekolah ini yang mempunyai ilmu pedagogi dan

metodologi yang luas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

berkesan. Justeru, penyusunan jadual waktu mengajar tidak menjadi masalah

utama kerana guru-guru berkebolehan ditempatkan di kelas-kelas Tahap Satu

dan Tahap Dua. Selain itu, kredibiliti guru yang unik ini dapat mengisi waktu

Page 87: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 79

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pengajaran dan pembelajaran bagi kelas yang ketiadaan guru di sekolah atas

urusan rasmi atau peribadi.

Komitmen ini ditunjukkan dengan daya usaha, inisiatif, dan usaha positif

guru untuk melaksanakan wawasan sekolah dan menyokong agenda

pembaharuan sekolah. Sifat rajin, dedikasi dan dorongan yang tinggi guru atas

usaha memajukan murid meningkatkan lagi kejayaan sekolah. Guru yang

komited dengan tugas juga menyebabkan guru mengambil tanggungjawab

memimpin dan menunjukkan semangat berkorban untuk murid dan sekolah.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

1. Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikut

kesesuaian bidang khusus.

2. Ketiadaan guru kerana menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1. Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikut

kesesuaian bidang khusus. Penyusunan dan pengagihan mata pelajaran

oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam merancang dan membina

jadual waktu guru amat penting bagi memastikan perjalanan proses PdP

berkesan dan dapat menjamin peningkatan pencapaian akademik sekolah

yang cemerlang. Asasnya guru di sekolah ini berpotensi mengajar dengan

cemerlang dan efisien.

Menurut Bajuri Babu (2010), dalam Strategi Pengajaran Guru

Cemerlang, pengajaran dan pembelajaran didorong oleh guru yang

Page 88: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 80

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berdedikasi atas tanggungjawabnya. Guru yang mempunyai komitmen

yang tinggi atas tugas dan kesediaannya untuk memberikan

perkhidmatan yang cekap, berkualiti, setia, dan jujur terhadap sekolah

dapat mencorakkan kejayaan sekolah.

Berdasarkan kesedaran tentang tanggungjawab dan iltizam

sebagai seorang pendidik, maka guru-guru di sekolah ini sentiasa

bersedia menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, tidak

menjadi masalah kepada guru-guru untuk mengajarkan sebarang mata

pelajaran dan kelas yang ditetapkan. Keunikan guru-guru di sekolah ini

ialah berkebolehan dan berpengetahuan dalam mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan pembelajaran pada kedua-dua tahap secara kreatif dan

inovatif.

Jadual 1 menunjukkan contoh jadual waktu mengajar bagi

beberapa orang guru sekolah ini yang diberi tugas mengajar Tahap 1 dan

Tahap 2 bagi tahun 2012. Guru-guru ini telah berjaya melaksanakan

tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang pada kedua-dua tahap.

Hasilnya, kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 6 telah mencapai

keputusan yang sangat cemerlang dalam Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) dan Ujian UPSR 2012.

Kesanggupan pihak pentadbir menggalas tanggungjawab

tambahan mengajarkan mata pelajaran teras Tahap 1 dan Tahap 2 telah

menjadikan guru sekolah ini unik.

Page 89: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 81

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 1 : Jadual Waktu Mengajar Guru

2. Guru-guru menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.

Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan, guru-guru di sekolah ini

sering terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah. Maka tidak hairanlah

Page 90: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 82

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekiranya isu ketiadaan guru menjadi salah satu faktor proses PdP

terganggu. Walau bagaimanapun, isu ini tidak menjadi masalah utama di

sekolah ini memandangkan semua guru mempunyai sikap bertoleransi

yang tinggi dan setiakawan dalam melaksanakan tanggungjawab serta

sentiasa mengamalkan sikap bekerja dalam satu kumpulan. Situasi ini

dapat dilihat melalui kesanggupan guru-guru di sekolah ini untuk

menggantikan rakan guru dalam panitia yang sama secara sukarela.

Melalui kerja berpasukan, penstrukturan sumber manusia dapat dilakukan

untuk menjadikan pekerjaan yang dilakukan itu lebih cekap dan terkawal.

Kerjasama dan perkongsian kerja serta kepakaran dapat dilakukan. Begitu

juga untuk tujuan mengembangkan konsep learning organization dalam

sekolah bagi mengembangkan profesionalisme keguruan.

Proses PdP dapat dijalankan seperti yang dirancang dengan adanya

penggunaan modul-modul pembelajaran. Panitia-panitia mata pelajaran

teras sekolah ini telah menyediakan modul-modul mengikut sukatan mata

pelajaran tersebut. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang terlibat dalam

kelas ganti akan menggunakan modul yang dibekalkan. Oleh itu, tiada

wujud masalah kelas terabai. Lampiran A menunjukkan contoh muka

depan modul pembelajaran mata pelajaran teras yang digunakan oleh

murid-murid di sekolah ini.

Guru-guru sekolah ini juga mengambil berat soal kebajikan dan masalah

pembelajaran yang dihadapi murid dan sentiasa berusaha untuk

membantu muridnya mencapai kejayaan. Dedikasi dan keikhlasan guru

untuk membantu membimbing dan memimpin anak didik menjadi salah

satu faktor kecemerlangan sekolah ini.

Page 91: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 83

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kepimpinan yang berkarisma tinggi dan berterampilan yang wujud dalam

kalangan guru di sekolah ini seperti kehebatan intelektual, idealisme yang

tinggi, berhemah dan berjiwa besar, bijaksana, kecekapan berkomunikasi,

pemikiran strategik serta daya imaginasi yang tinggi dapat diaplikasikan

dalam kelas ganti. Justeru, masalah ketiadaan guru yang menjalankan

tugas luar tidak akan menjejaskan proses PdP di dalam bilik darjah. Hal

ini, akan mengekalkan kecemerlangan prestasi sekolah.

KESIMPULAN

Berdasarkan kebolehan dan integriti yang ada pada semua guru di sekolah ini,

segala isu yang wujud dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum dapat

ditangani dengan mudah dan efisien. Permuafakatan antara guru di sekolah ini

juga membentuk satu keluarga besar yang berjuang menuju satu matlamat yang

sama, selari dengan slogan, ‘CIJ 2 Always No. 1’ dan ‘Be The Best and Beat

The Rest’.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan bukan sahaja memikirkan aspek

kecemerlangan akademik, tetapi juga kemahiran, sikap dan keterampilan diri

guru. Hal tersebut dapat dilakukan dengan pelbagai kaedah pengajaran yang

terancang dan strategik.

Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Julai 1995 berkata, “Sumber yang

paling utama bagi sesebuah negara selain pengeluaran bahan mentah ialah

bakat, kemahiran, daya cipta, dan daya usaha rakyatnya sendiri. Kekuatan guru

jauh lebih hebat dan berharga daripada sumber alam yang ada.”

Page 92: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 84

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru berkualiti mampu melahirkan murid-murid yang berdaya saing

dalam pasaran pekerjaan dan berupaya menangani cabaran negara dan arus

globalisasi bagi merealisasikan wawasan pendidikan negara.

CADANGAN

Sekolah ini sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi

memastikan prestasi sekolah sentiasa berada di kemuncak kegemilangan. Di

sini dinyatakan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh membantu

meningkatkan kelancaran perjalanan pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

1. Semua guru didedahkan kepada semua bidang pembelajaran

memandangkan semua guru perlu bersedia mengajarkan semua

mata pelajaran pada Tahap 1 dan Tahap 2.

Dalam ruangan temu bual Utusan Pendidikanbulan Mei 2003, mantan

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyatakan

bahawa akan pentingnya guru sentiasa bersedia menguasai ilmu baharu

untuk menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang

berlaku. Menurut Abd. Rahim (2005), guru yang mempunyai kombinasi

beberapa mata pelajaran yang boleh diajar, lebih berwibawa, dan lebih

baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus pada satu bidang

sahaja.

Guru harus mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa

mengikuti arus transformasi pendidikan selaras dengan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dari semasa ke semasa,

kepakaran guru dalam mengajarkan suatu mata pelajaran perlu

dipertingkatkan melalui pelbagai cara seperti mengikuti kursus

Page 93: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 85

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pengajaran, menjadi pemeriksa kertas peperiksaan sebelum diiktiraf

sebagai guru pakar. Selain itu, pengetahuan guru dalam pelbagai mata

pelajaran dapat dipertingkatkan melalui pembacaan buku, kajian,

penyediaan modul pembelajaran, dan penggubalan soalan berasaskan

sekolah.

2. Jawatankuasa Jadual Waktu Mengajar menyediakan jadual ganti

terancang untuk kemudahan guru-guru ganti.

Setiap panitia menyenaraikan ahli panitia masing-masing dan merancang

satu jadual waktu senggang yang fleksibel bagi memudahkan pengisian

guru untuk kelas ganti. Selain itu, pembinaan jadual waktu anjal bagi

guru-guru yang mengikuti kursus jangka panjang perlu dirancang lebih

awal.

Penggunaan jadual anjal, guru tidak hanya tertakluk kepada penetapan

masa 30 minit bagi satu slot pengajaran seperti amalan sekarang,

sebaliknya menetapkan beberapa masa diperlukan bagi mengajarkan

sesuatu topik hingga semua murid memahami konsep berkaitan.

Oleh itu semua guru mestilah sentiasa bersedia untuk memperuntukkan

lebih masa PdP di luar waktu mengajar yang telah ditetapkan dalam

jadual waktu induk.

3. Semua panitia mata pelajaran elektif juga perlu menyediakan modul-

modul pembelajaran sama seperti mata pelajaran teras supaya

pengisian masa PdP berjalan dengan lancar.

Page 94: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 86

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh T. Komate (2008),

tahap penerimaan murid lebih tinggi apabila menggunakan modul

pembelajaran kendiri.

Justeru, penggunaan modul bukan sahaja tertumpu pada mata pelajaran

teras, tetapi melibatkan mata pelajaran elektif juga. Di samping itu,

penggunaan modul juga membantu guru melaksanakan aktiviti dan

memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara berkesan melalui

perbincangan dan bimbingan.

Rujukan

Abd. Rahim A. R. (2005). Professionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizul Rahman, A. R. dan Mohamad Saleeh, R. (2010). Strategi Pengajaran

Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions

Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sufean Hussin. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang

: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

T. Komate. (2008). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Modul

Pembelajaran Kendiri Berasaskan Rekabentuk Teori Beban Kognitif.

Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Zaidatol Akmalia Lope Pihie dan Foo Say Fooi. (2003). Pengurusan dan

Kepimpinan Pendidikan: Satu Langkah Ke Hadapan. Serdang : Universiti

Putra Malaysia.

Bajuri Babu. (2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti :

Pendidikan Seni Visual Mampu Melahirkan Insan Kreatif. Strategi

Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur : Utusan Publication

Distributor Sdn. Bhd.

Page 95: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 87

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Page 96: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 88

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Page 97: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 89

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Page 98: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 90

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Page 99: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 91

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Page 100: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 92

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Page 101: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 93

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Page 102: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 94

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID

MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI PMR

BERDASARKAN PETA DENGAN

MENGGUNAKAN TEKNIK, “TAK KENAL

MAKA TAK CINTA”

9

Page 103: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 95

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAWAB SOALAN

GEOGRAFI PMR

BERDASARKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK

“TAK KENAL MAKA TAK CINTA”

oleh

PUAN ROHANI BINTI HAMZAH

SMK Durian Daun,Melaka

Abstrak

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan amat penting dalam usaha guru

membangunkan modal insan anak didik di dalam bilik darjah. PdP yang berkesan

secara tidak langsung dapat membantu pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional

(MMI) warga pendidik di bilik darjah. Apabila seseorang guru itu mengamalkan dan

menghasilkan suatu kaedah baharu dalam PdP, sudah pasti masa guru dan murid dapat

dijimatkan. Justeru, guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pencapaian

objektif dalam masa yang singkat dan murid pula dengan cepat dapat menguasai

sesuatu tajuk, bab atau topik. Hal ini sudah tentu akan menjimatkan masa guru dan

murid. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengaitkan teknik, “Tak Kenal Maka Tak

Cinta” dengan MMI. Dalam peperiksaan Geografi PMR, terdapat lebih kurang 12

soalan (22%) Geografi fizikal dan manusia berasaskan peta dan 23 soalan (44%)

memerlukan pengetahuan lokasi yang berasaskan peta. Walau bagaimanapun, terdapat

ramai murid yang gagal menjawab soalan tersebut dengan betul. Kegagalan murid

menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan lokasi di atas peta telah

menyebabkan murid tidak berminat akan mata pelajaran Geografi.

Berdasarkan keadaan ini, pengkaji telah menggunakan teknik. “Tak Kenal Maka Tak

Cinta” bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Geografi.

Teknik ini berjaya meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta di atas peta dan

seterusnya mampu menjawab soalan peta dengan lebih baik. Hal ini, secara tidak

langsung dapat meningkatkan peratus lulus dan kualiti keputusan peperiksaan

PMR.Teknik tersebut juga digunakan untuk membantu guru Geografi yang bukan

opsyen, guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan guru ganti di negeri Melaka.

Oleh itu, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan

dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia dan membuat kajian yang

terperinci. Maka pengkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang

mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Pengkaji telah

membuat penambahbaikan dengan menandakan lokasi kawasan tertentu. Teknik,

“Tak Kenal Maka Tak Cinta” bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang.

Page 104: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 96

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kajian bermula dari bulan Februari hingga Mei 2009 terhadap 30 orang murid kelas 3

Merah. Kajian meliputi minat, masalah pembelajaran, dan kekerapan ulang kaji

pelajaran Geografi. Murid seiring kali diuji dengan menggunakan peta kosong.

Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan sikap dan minat murid lebih positif

terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam

kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya.

Murid juga menjadi semakin seronok untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan

peta apabila diberikan sebagai latihan.

Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan

dan mudah.Teknik ini banyak membantu murid menguasai peta dan fakta yang

berkaitan. Oleh itu, secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi

mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dianggap membosankandan sukar

kerana terlalu banyak peta yang perlu diingati.

Page 105: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 97

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Mengapakah pengkaji menggunakan teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta?”

Melalui pemerhatian pengkaji, didapati murid suka menampal gambar yang di

sukai pada fail dan meja mereka. Mereka dapat melihat setiap masa gambar

tersebut sewaktu persekolahan. Oleh itu, pengkaji mendapat idea untuk

menggantikan gambar tersebut dengan peta yang lengkap mengandungi

maklumat. Murid dapat melihat peta tersebut setiap hari persekolahan dan

secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan mereka tentang lokasi

dan maklumat di atas peta.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dilakukan oleh pengkaji bermula

pada tahun 2005, didapati bahawa murid yang tidak minat mata pelajaran ini

boleh dibantu. Oleh itu, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku

teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia.

Setelah membuat kajian yang terperinci, maka pengkaji telah menghasilkan

sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di

atas sehelai kertas. Pengkaji telah mengedarkan bahan tersebut ke semua

sekolah di negeri Melaka. Kelemahan bahan tersebut ialah pengkaji tidak

menandakan lokasinya.

Oleh itu, pengkaji telah membuat penambahbaikan pada tahun 2006

dengan menandakan lokasi. Pada tahun 2007 pengkaji terus menghasilkan peta

Asia Tenggara dan peta Dunia yang juga mengandungi fakta yang disediakan

oleh murid Tingkatan 1-3. Jumlah peta yang mengandungi fakta Geografi ialah

4 helai. Dengan menggunakan peta tersebut telah memudahkan murid

mengulang kaji pelajaran. Kelemahannya ialah murid hanya melihat peta

Page 106: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 98

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tersebut jika ingin mengulang kaji pelajaran atau diminta oleh guru. Oleh itu,

pengkaji telah menggunakan teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bermula

pada tahun 2009 hinggalah sekarang. Pada tahun 2012, pengkaji telah membuat

penambahbaikan dengan mewarnakan peta tersebut untuk menarik lebih

perhatian murid.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

Kajian ini dijalankan bermula dari Februari hingga Mei 2009, melibatkan

seramai 30 orang murid Tingkatan 3M telah dijadikan sampel kajian. Murid-

murid ini dipilih berdasarkan prestasi pencapaian Geografi yang rendah semasa

di Tingkatan 2 tahun 2008.

Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat atas sampel kajian

untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Dalam tempoh kajian

dijalankan, murid telah ditemu bual dan diajukan dengan soalan. Antara soalan

ialah :

(a) minat mereka terhadap mata pelajaran Geografi,

(b) masalah pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran Geografi,

dan

(c) kekerapan mereka mengulang kaji mata pelajaran Geografi dalam

tempoh seminggu.

Pemerhatian diteruskan selepas meja setiap murid ditampal dengan empat

keping peta yang mengandungi fakta Geografi. Saiz peta berukuran 64sm x

46sm. Peta tersebut sentiasa ada di atas meja dan murid dapat melihat setiap

masa sewaktu berada di dalam kelas. Melalui pemerhatian juga pengkaji, murid

Page 107: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 99

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Tingkatan 3M selalu melihat peta di atas meja tersebut sewaktu menunggu

kehadiran guru.

Murid sering kali diuji dengan dipamerkan peta kosong di hadapan kelas

dan diminta murid menanda sendiri kawasan tertentu di atas peta serta

menjelaskan lokasi yang ditanda. Murid diberikan kebebasan menandakan

lokasi yang diingati. Pada peringkat awal didapati murid agak malu untuk ke

hadapan kelas dan menanda peta tetapi selepas seminggu, iaitu 3 kali proses

PdP, murid menjadi berani ke hadapan dan berlakon seperti guru untuk

menanda dan menjelaskan lokasi yang ditanda di atas peta. Murid juga menjadi

semakin teruja untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan peta

apabila diberikan sebagai latihan. Teknik. “Tak Kenal Maka Tak Cinta”

terhasil daripada tindak balas perlakuan murid tersebut.

Jadual 1, menunjukkan beberapa aspek yang telah diperhatikan oleh guru

dan pengkelasan yang dibuat berdasarkan pendapat peribadi guru.

Jadual 1 : Pemerhatian guru atas sampel kajian

Bil Aspek yang

diperhatikan

Bilangan murid

Sebelum kajian Selepas kajian

Baik Sederhana Lemah Baik Sederhana Lemah

1 Minat Geografi 2 5 23 20 10 0

2 Pengetahuan peta 2 3 25 19 8 3

3 Sikap terhadap

Geografi

3 9 18 20 10 0

Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan bahawa sikap dan minat

murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah

menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta

dan fakta yang berkaitan dengannya.

Page 108: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 100

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Murid didapati terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Untuk menguji tahap penguasaan murid mengingati fakta yang

terdapat dalam peta, pengkaji telah menanggalkan peta yang ditampal di atas

meja dan menyimpannya selama seminggu. Pengkaji terus menguji murid pada

minggu tersebut tanpa peta di atas meja mereka. Kesannya amat positif kerana

mereka masih dapat mengingati tempat dan fakta yang berkaitan dengan peta

berkenaan. Malahan murid semakin seronok belajar kerana berlumba-lumba

untuk menanda peta dan menjawab apabila diberikan peluang. Suasana

pembelajaran menjadi lebih seronok dan murid sentiasa tertunggu-tunggu

kehadiran pengkaji ke dalam kelas dan juga meminta pengkaji menjadi guru

ganti jika ada guru yang tidak hadir ke sekolah.

Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih

berkesan dan mudah. Teknik ini dapat membantu murid menguasai peta dan

fakta yang berkaitan. Secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan

persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dikatakan

membosankan dan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingat.

Untuk melihat keberkesanan teknik tersebut dalam peperiksaan PMR

tahun 2009, pengkaji telah mengumpulkan kertas soalan yang telah ditanda

oleh sampel kajian pengkaji dan membuat analisis. Hasilnya dapat dilihat

dalam Jadual 2 yang menunjukkan bilangan soalan peta dan pengetahuan fakta

berkaitan peta yang berjaya dijawab oleh sampel kajian pengkaji.

Jadual 2:Bilangan Murid Menjawab Tepat Soalan Berasas Peta PMR 2009

Bilangan Soalan Peta

bertanda/fakta peta

Skala ketepatan bilangan murid menjawab

1-10 11-20 21-26

26 2 10 18

Page 109: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 101

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa teknik, “Tak Kenal

Maka Tak Cinta” telah banyak membantu sampel kajian pengkaji menjawab

soalan peperiksaan PMR tahun 2010 dengan tepat. Berdasarkan keberkesanan

teknik tersebut, maka pada tahun 2010, teknik ini telah diguna pakai oleh

semua murid Tingkatan 3 sekolah pengkaji juga oleh murid di SMKA Sultan

Mohamad, Melaka.

Pada tahun 2011, penggunaan peta menggunakan kaedah, “Tak Kenal

Maka Tak Cinta” turut diguna pakai oleh guru dan murid :

(a) MRSM Alor Gajah, Melaka

(b) SMJK Katholik, Melaka

(c) SMK Tinggi, Melaka

(d) SMK Tinggi Perempuan, Melaka

(e) SMK Dato Hamzah,Kelang, Selangor

(f) SMK Mahmud,Raub, Pahang

(g) SMKA As-Syaiidah Khatijah, Melaka

(h) SMK Dang Anum, Melaka

(i) SMK Methodist, Melaka

(j) SMK Infant Jesus, Melaka

(k) SMK Canoss Convent, Melaka

(l) dan sekolah-sekolah lain di negeri Melaka.

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil dapatan, terdapat peningkatan dalam kemahiran murid

menjawab soalan Geografi berasaskan peta yang telah disediakan. Penggunaan

peta yang mengandungi fakta/maklumat telah banyak membantu peningkatan

Page 110: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 102

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

prestasi Geografi sekolah-sekolah di negeri Melaka dan peratus pencapaian

negeri Melaka mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Jadual 3

menunjukkan rekod pencapaian PMR tahun 2008-2009 untuk 20 buah sekolah

di negeri Melaka yang mengguna pakai empat helaian peta bermaklumat

tersebut.

Jadual 3 : Analisis PMR 2008-2009 Mata Pelajaran Geografi Sekolah-Sekolah

Negeri Melaka

Bil Nama Sekolah 2008 (%) 2009 (%) Beza %

1 SBP Integrasi Selandar 100 100 -

2 SM Muzaffar Shah 100 100 -

3 SMKA Sharifah Rodziah 100 100 -

4 SMKA Sultan Mohamad 100 100 -

5 SMK Tinggi Perempuan 100 100 -

6 SMK Infant Jesus 95.9 96.7 +0.8

7 SMK St.Francis 91.7 97.3 +5.6

8 SMK Ayer keroh 94.5 95.5 +1.0

9 SMK Katholik 83.4 93.9 +10.5

10 SMK Selandar 89.0 94.1 +5.1

11 SMK Durian Daun 86.2 92.4 +6.2

12 SMK Lubuk China 91.0 92.4 +1.4

13 SMK Nyalas 90.2 90.5 +0.3

14 SMK Klebang Besar 88.6 91.1 +2.5

15 SMK Bemban 93.4 94.3 +0.9

16 SMK Dato Bendahara 90.2 90.7 +0.5

17 SMK Seri Tanjung 87.0 87.2 +0.2

18 SMK Rahmat 80.8 90.3 +9.5

19 SMK Tun Tijah 84.3 92.4 +8.1

20 SMK Sungai Udang 93.2 94.7 +1.5

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan peningkatan prestasi mata

pelajaran Geografi untuk 20 buah sekolah yang menggunakan peta

bermaklumat tersebut secara terbimbing. Bahan telah diedarkan untuk semua

Page 111: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 103

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekolah di negeri Melaka pada bulan Mac tahun 2008 semasa kursus anjuran

JPN Melaka di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor. Guru-guru juga telah

dibimbing tentang cara menggunakan peta tersebut. Bahan juga telah diguna

pakai oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Zon Selatan khasnya MRSM

Terendak, MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Alor Gajah, MRSM

Serting dan MRSM Kuala Kelawang. Bahan juga digunakan oleh anak-anak

Petronas, Felcra, dan anak-anak orang asli Zon Selatan. Bahan juga diedarkan

semasa Konvensyen Guru Cemerlang Malaysia di Akademi Kenegaraaan Biro

Tatanegara, Kuala Lumpur. Peta bermaklumat ini juga diguna pakai oleh Dr.

Faris Dzaudin, Pensyarah Geografi di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, di

Universiti Perguruan Sultan Idris untuk pelatih UPSI.

Teknik ini juga telah diguna pakai oleh guru mata pelajaran Matematik di

sekolah pengkaji, Guru Cemerlang Perdagangan Negeri Sembilan, Guru Besar

SK Mahmud, Raub, Pahang dan sekolah lain.

Menurut kajian temu bual yang dijalankan oleh Tuan Hj. Baharuddin bin

Husin selaku GPK HEM SBP Integrasi Selandar, Melaka yang juga merupakan

guru Geografi di sekolah tersebut, murid beliau memberitahu bahawa mereka

dapat menjawab 54 soalan Geografi PMR pada tahun 2007 dengan hanya

mengingati peta bermaklumat tersebut. Bahan ini juga telah dipamerkan

semasa Pameran Karnival Malaysia Inovatif Zon Tengah di MITC, Melaka

pada 13-14 November 2011. Bahan ini juga telah menerima Anugerah Emas

Guru Inovatif di Konvensyen Persidangan Kebangsaan Guru anjuran BPG dan

IPG, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan ini mempunyai permintaan

yang tinggi dalam kalangan ibu bapa yang mengetahui tentang bahan ini bagi

membantu meningkatkan prestasi Geografi anak-anak mereka.

Penambahbaikan telah dilakukan atas peta tersebut dengan mewarnakan dan

menggunakan simbol untuk menarik perhatianmurid sederhana dan lemah.

Page 112: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 104

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Bahan ini mempunyai potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain kerana

bahan ini amat membantu guru dan murid dalam melaksanakan MMI. Bahan

ini patut diguna pakai oleh semua sekolah di Malaysia untuk:

1. Meningkatkan daya ingatan murid tentang lokasi kawasan tertentu.

2. Meningkatkan daya tarikan terhadap murid kerana peta berwarna.

3. Menambah keceriaan kelas dan meja murid yang sebelum ini meja telah

diconteng dengan pen marker atau liquid paper. Apabila meja mereka

ditampal peta, keadaan ini telah membantu mengatasi masalah meja

yang tidak ceria.

4. Menjimatkan kos kerana bahan hanya dibuat sekali sahaja dan tahan

untuk jangka masa yang lama kerana telah digunakan laminate. Bahan

boleh digunakan untuk tahun berikutnya. Sebelum peta menggunakan

laminate murid selalu menghilangkan peta yang diberikan oleh guru

atau dikoyak. Keadaan ini menyebabkan pembaziran kertas dan kos.

5. Memudahkan PdP guru kerana semua maklumat yang hendak dipelajari

berkaitan peta ada di atas meja murid dan guru tidak perlu meminta

murid melihat buku yang mempunyai terlalu banyak peta hingga

menyebabkan murid tidak menggemari Geografi, tetapi dengan peta

yang ringkas ini, telah menimbulkan tanggapan positif bahawa Geografi

amat senang.

6. Murid dapat memanfaatkan masa yang terluang sewaktu pertukaran guru

dengan melihat sebentar peta bermaklumat yang ditampal di atas meja.

Secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang

ciri-ciri keunikan Geografi Malaysia selaras dengan hasrat Sukatan

Pelajaran Geografi Sekolah Menengah.

Page 113: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 105

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

7. Meningkatkan peratus lulus dan peningkatan kualiti keputusan

peperiksaan PMR sekolah-sekolah negeri Melaka kerana sebelum

inovasi ini didapati murid sering kali silap menjawab soalan yang

berkaitan dengan peta atau pengetahuan am tentang ciri-ciri

keistimewaan sesebuah negara atau negeri.

8. Guru juga dapat menghayati MMI dalam PdP di dalam bilik darjah.

Dengan menggunakan teknik ini, masa PdP yang digunakan dapat

dijimatkan kerana teknik ini akan menyebabkan murid mudah faham.

Page 114: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 106

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran A

Proses mewarnakan gambar menggunakan laminate

Peta 1

Peta 2

Peta 3

Peta 4

Peta 1,2,3 dan 4menggunakan laminate

Page 115: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 107

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran B

Keadaan meja murid sebelum ditampal peta, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” dan

selepas ditampal peta yang tidak berwarna.

Sebelum

Selepas

Keadaan meja murid yang ditampal dengan peta tidak berwarna dan peta

berwarna.

Sebelum warna

Selepas warna

Page 116: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 108

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran C

Contoh borang soal selidik tahap kepuasan hati murid dalam Program Suntikan

A+ anjuran JPM dan Petronas.

Page 117: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 109

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran D

Komen Pelawat dalam Persidangan Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan

Tahun 2011 di Institut Aminuddin Baki, Jitra, Kedah

Komen Pelawat di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011

di A Famosa Resort, Melaka

Page 118: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 110

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Page 119: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 111

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL :

MELINDUNGI MASA PEMBELAJARAN

MIRACLE FINGERS (MATEMATIK

SEKOLAH RENDFAH TAHAP 2)

10

Page 120: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 112

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : MELINDUNGI MASA

PEMBELAJARAN MIRACLE FINGERS

(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAHAP 2)

oleh

SHAHRIL BIN OTHMAN

AZMI BIN ABD RAHIM

RAHIM BIN HASSAN

SK Maran, Maran, Pahang

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan bahan inovasi yang dapat membantu

Melindungi Masa Instruksional (MMI) guru-guru Matematik. Perkaitan kaedah

menjawab soalan dengan cara yang mudah dan cepat bagi topik yang melibatkan

timbangan berat, ukuran panjang, isipadu cecair, Peratus serta masa dan waktu

mengelakkan para guru menghabiskan masa menerangkan konsep dan kaedah yang

sama berulang kali. Selain itu, murid akan dapat menjawab soalan Matematik

melibatkan pecahan bagi topik yang dinyatakan dengan lebih cepat berbanding

kaedah konvensional. Kaedah inovasi yang diperkenalkan ini menepati konsep

Melindungi Masa Instruksional (MMI). Melalui bahan inovasi ini, para guru dapat

menerapkan kaedah pengiraan secara pantas dalam salah satu topik berkaitan selepas

pengenalan konsep. Seterusnya, bagi topik yang berikutnya penerangan kaedah tidak

diperlukan lagi. Oleh itu, kaedah ini dapat melindungi MMI guru dan murid.

Penghasilan bahan inovasi ini berkait rapat dengan masalah yang berlaku terhadap

murid iaitu tidak dapat menjawab soalan Matematik Kertas 1 UPSR dalam tempoh

masa yang ditetapkan. Bagi murid yang telah menguasai kaedah biasa adakalanya

cuai ketika melakukan proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah baharu

perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan topik melibatkan

pecahan dengan teknik yang lebih pantas dan tepat. Enam puluh orang murid daripada

tiga buah sekolah yang berbeza telah dipilih menjadi responden bagi kajian ini. Dalam

sesi pengajaran, responden telah diajar teknik inovasi dan diuji dengan soalan-soalan

ujian. Kajian ini menggunakan pra dan pascaujian bagi memastikan keberkesanan

bahan inovasi. Hasil kajian didapati bahawa lebih 95% responden berjaya menjawab

soalan dengan lebih pantas berbanding sebelum inovasi diperkenalkan. Berdasarkan

soal selidik yang diedarkan kepada responden, kesemua mereka bersetuju bahawa

teknik inovasi yang diperkenalkan lebih mudah dan menarik serta senang difahami.

Page 121: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 113

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penerangan konsep dan kaedah menjawab soalan secara konvensional oleh

guru-guru Matematik menjadi salah satu faktor berlakunya ketidakcukupan

masa menghabiskan silibus dan berlaku masalah pencapaian yang kurang

memberangsangkan oleh murid-murid dalam Matematik. Berdasarkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah, didapati

bahawa masih terdapat banyak kelemahan tentang penukaran unit secara pantas

melibatkan pecahan dan seterusnya menjejaskan masa menjawab soalan.

Sehubungan dengan itu, ketidakcukupan masa sering kali diutarakan oleh

murid-murid terutamanya ketika menjawab soalan Matematik Kertas 1.

Berdasarkan pengalaman kumpulan penyelidik sebagai guru Matematik

sekolah rendah, didapati hampir 90% murid di dalam setiap kelas akan

menghadapi masalah ketidakcukupan masa menjawab soalan berkaitan

penukaran unit bagi tajuk Peratus, Masa dan Waktu, Ukuran Panjang,

Timbangan Berat, dan Isipadu cecair. Walaupun kebanyakan murid memahami

konsep dan kaedah bagi menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahan

bagi tajuk-tajuk berikut, namun kaedah penyelesaian yang lebih mudah dan

cepat perlu diketahui oleh semua murid supaya masalah yang dihadapi ini dapat

diatasi.

Sehubungan dengan itu, satu penyelidikan perlu dilakukan bagi

mengatasi masalah ini. Menurut Ee Ah Meng (1997), setiap guru perlu

berusaha meningkatkan mutu pengajarannya melalui penyelidikan tindakan

atau kajian tindakan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, suatu refleksi

perlu dilakukan dan berusaha ke arah penyelesaian masalah tersebut.

Melalui kajian tindakan ini, suatu inovasi dan pembaharuan dalam

pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Menurut Noor Azlan

(1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di Malaysia,

Page 122: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 114

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak

merdeka hingga sekarang. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peka

tentang kualiti PdP di dalam bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk

meningkatkan mutu PdP Matematik. Justeru, pihak kerajaan telah

memperkenalkan dan menggalakkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan

inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah

Matematik.

Sehubungan dengan itu, perlu ada daya usaha untuk membuat kajian

serta penghasilan teknik yang inovatif serta lebih berkesan supaya perubahan

ini dapat memberikan impak yang positif kepada murid-murid. Selain itu,

usaha untuk mengurangkan tanggapan negatif berkaitan mata pelajaran

Matematik sebagai mata pelajaran yang dianggap sukar dan membosankan

akan dapat diatasi.

PENYATAAN ISU/CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian kumpulan penyelidik, didapati antara masalah utama

yang menyebabkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik

tidak cemerlang ialahketidakcukupan masa untuk menjawab soalan-soalan

yang dikemukakan.

Purata masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan; Kertas 1(90 saat) dan

Kertas 2 (120 saat), semua murid perlu mengetahui dan menguasai apa sahaja

kaedah untuk menjawab dengan seberapa segera. Namun begitu, masalah yang

timbul ialah keseluruhan murid akan menjawab soalan dengan cara mengira

langkah demi langkah. Oleh itu, masa yang diambil untuk menjawab soalan

tersebut agak lama dan menyebabkan ramai murid yang tidak dapat

menyiapkan soalan pada masa yang telah ditetapkan.

Page 123: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 115

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sehubungan dengan itu, sasaran untuk mendapatkan pencapaian

cemerlang dalam Matematik akan sukar dicapai sekiranya tiada suatu tindakan

susulan untuk menyelesaikan masalah ini dijalankan. Oleh yang demikian,

kaedah yang lebih mudah perlu dihasilkan supaya kaedah tersebut akan dapat

membantu murid menjawab soalan dengan tepat berkaitan dengan penukaran

unit dan seterusnya mendapat keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran

Matematik.

Masalah yang wujud ini telah memberikan idea kepada penyelidik untuk

membina satu bahan inovasi yang dipanggil Miracle Fingers yang

menggunakan jari-jari tangan untuk menjawab secara pantas tanpa perlu

mengira menggunakan kaedah pengiraan biasa.

Walaupun kaedah penyelesaian secara kaedah biasa telah diketahui dan

dikuasai tetapi masih belum dimantapkan dalam bentuk penyelesaian secara

pantas menggunakan jari serta pemetaan dalam minda murid. Oleh itu, Miracle

Fingers ialah satu inovasi bagi membantu murid untuk menjawab soalan

penukaran unit secara pantas dan mencapai keputusan yang lebih baik dalam

mata pelajaran Matematik.

Miracle Fingers merupakan inovasi yang menggunakan peranan jari-jari

tangan untuk mendapatkan jawapan penukaran unit yang melibatkan pecahan

secara pantas. Secara tidak langsung kaedah ini dapat menyelesaikan masalah

bagi 5 topik utama Matematik sekolah rendah iaitu Peratus , Masa dan Waktu ,

Ukuran Panjang , Timbangan Berat, dan Isipadu cecair.

Dalam PdP yang berkaitan topik berkenaan, bahan inovasi ini boleh

digunakan sebagai bahan untuk penerangan konsep dan seterusnya

menggunakannya untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan:

Page 124: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 116

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(a) penukaran unit (Conversion)

(b) penambahan (Addition)

(c) penolakan (Subtraction)

(d) pendaraban (Multiplication)

(e) pembahagian (Division)

(f) penyelesaian masalah (Problem Solving)

CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIAN

Kebanyakan murid di sekolah mampu menjawab soalan penukaran unit

melibatkan pecahan menggunakan kaedah biasa tetapi tidak dapat menjawab

dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid yang menguasai kaedah biasa

pula adakalanya cuai ketika proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah

baharu perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan

topik melibatkan pecahan, dengan teknik yang lebih pantas dan tepat.

Berdasarkan pemerhatian, didapati murid-murid lebih mudah mengingati

sesuatu kaedah melibatkan bahan maujud. Oleh itu, penggunaan jari ialah suatu

penemuan baharu dan terkini yang boleh digunakan untuk memudahkan murid-

murid menukar unit dengan lebih pantas dan tepat. Jari-jari lebih praktikal

digunakan berbanding bahan maujud yang lain sebagai Bahan Bantu Mengajar

(BBM).

Sehubungan dengan itu, idea untuk membantu murid dengan cara

menghasilkan satu inovasi yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi

ini supaya tidak terus berpanjangan. Melalui penemuan ini, didapati minat dan

keupayaan murid menjawab soalan semakin bertambah. Ironinya, apabila

soalan yang sukar tetapi dapat dijawab dengan mudah akan menambah minat

murid untuk belajar.

Page 125: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 117

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Oleh yang demikian, mempraktik kaedah yang begitu efektif ini oleh

guru-guru di dalam kelas amat digalakkan. Penguasaan kaedah ini oleh murid-

murid secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk belajar dan

seterusnya menghilangkan tanggapan negatif atas mata pelajaran Matematik.

KESIMPULAN

Bahan inovasi ini amat membantu guru ketika sesi PdP. Masa yang

diperuntukkan dalam sesuatu sesi pengajaran tidak memadai sekiranya masa

instruksional guru tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Melalui

pembinaan bahan inovasi ini, selain dapat membantu para guru meningkatkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik, bahan ini juga dapat

melindungi masa instruksional. Guru tidak memerlukan masa yang panjang

untuk memberikan penerangan dan murid akan lebih memahami kaedah

inovasi berbanding kaedah konvensional. Guru hanya perlu menggunakan

sarung jari yang direka oleh penyelidik untuk menerangkan konsep serta

kaedah menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding kaedah biasa.

Berdasarkan maklum balas melalui temu bual dan soal selidik,

kebanyakan guru berminat menggunakan kaedah Miracle Fingers dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka. Para guru kebanyakannya berpuas hati

serta mengakui murid-murid mereka lebih cepat menguasai kemahiran

penukaran unit menggunakan Miracle Fingers serta dapat menjawab soalan-

soalan dengan lebih pantas.

Kesimpulannya, berdasarkan pembinaan bahan ini, setelah diaplikasi di

dalam PdP, didapati, bahawa:

(a) murid dapat memahami dan menguasai kaedah menjawab soalan

Page 126: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 118

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dengan lebih pantas dan berkesan,

(b) pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik bagi topik-topik

tersebut semakin baik,

(c) murid lebih meminati pembelajaran secara santai, dan

(d) murid hanya memerlukan kurang daripada 10 saat untuk menukar

unit melibatkan pecahan seterusnya melibatkan operasi asas yang

lain.

HASIL DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik didapati inovasi yang

dibina ini bermanfaat seperti pernyataan berikut:

1. Memendekkan masa menjawab soalan

Kaedah ini dapat mengatasi masalah ketidakcukupan masa ketika

menjawab soalan peperiksaan yang menjadi asas kepada penghasilan

bahan inovasi.

2. Pencapaian ujian meningkat

Murid yang menjadi responden kajian ini telah menunjukkan

peningkatan pencapaian ujian bagi tajuk-tajuk yang berkaitan.

3. Pengendalian bahan dalam PdP lebih mudah dan berkesan

Bentuk bahan inovasi yang ringkas dan ringan memudahkan guru-guru

untuk mengendalikannya dalam sesi PdP berbanding BBM yang lain.

Selain itu, penggunaan bahan ini lebih berkesan dan menarik.

4. Menjimatkan masa topik pengajaran

Penggunaan bahan ini telah menjimatkan masa pengajaran guru kerana

Page 127: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 119

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

melalui satu sesi pengajaran tersebut yang telah merangkumi 5 topik

sekaligus.

5. Penjimatan kos penghasilan bahan inovasi

Bahan inovasi yang dibina ini memerlukan perbelanjaan yang amat

minimum. Jumlah keseluruhan bagi bahan ini hanya RM25.00 (Ringgit

Malaysia: Dua Puluh Lima Sahaja). Jumlah perbelanjaan yang

digunakan adalah untuk membina set PdP yang terdiri daripada Rajah

Tangan dan Set Sarung Jari. Jumlah RM25.00 adalah bagi membina

satu set lengkap bahan inovasi ini. Oleh yang demikian, pembinaan

bahan inovasi ini amat murah tetapi begitu efisien dalam PdP.

Setelah bahan inovasi ini dibina dan dilihat efektif dalam PdP

bagi mata pelajaran Matematik, penyebaran di peringkat sekolah

penyelidik iaitu Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang telah dilakukan.

Selain itu, penyebaran di sekolah-sekolah lain turut dijalankan melalui

ceramah-ceramah yang dihadiri oleh pengkaji yang telah dijemput untuk

menyampaikan ceramah Kecemerlangan UPSR di peringkat Daerah

Maran dan Negeri Pahang.

Disyorkan agar teknik ini disebarluaskan melalui medium-

medium yang bersesuaian supaya diterima pakai dan dipraktikkan di

semua sekolah seluruh negara kerana terbukti teknik ini telah menerima

respon yang baik serta memberikan impak kepada guru dan murid.

Teknik ini akan dapat menambahkan kemahiran murid-murid

menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih pantas serta secara

tidak langsung akan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian

mereka.

Page 128: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 120

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

6. Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Bahan inovasi yang direka cipta amat mudah diaplikasi dalam PdP oleh

semua guru. Kit pengajaran yang mengandungi manual pengajaran dan

alat bantu mengajar yang dikenali sarung jari memudahkan sesiapa

sahaja yang ingin mengguna pakai dalam pengajaran. Sarung jari yang

menggunakan bahan boleh laras (zap on) memudahkan guru yang

menggunakannya mengikut saiz jari guru tersebut dan dengan kata lain

tidak akan membataskan penggunaan bahan tersebut.

Bahan yang mesra pengguna ini akan mengelakkan berlakunya

pembaziran masa oleh guru dalam pengajaran topik berkaitan. Secara

tidak langsung dapat melindungi masa instruksional guru. Selain itu,

bagi guru yang menggantikan kelas juga dapat mengajar murid dengan

berkesan kerana bahan ini mudah digunakan. Kelaziman yang berlaku di

sekolah, guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain tidak dapat

melangsungkan pengajaran kerana tiada perancangan serta tiada

kemahiran. Bahan inovasi ini akan dapat melindungi masa instruksional

bagi guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain.

CADANGAN

Berdasarkan kejayaan kajian dan kelebihan penggunaan bahan inovasi Miracle

Fingers dalam PdP mata pelajaran Matematik sekolah rendah Tahap 2,

dicadangkan supaya semua guru Matematik mengaplikasikan kaedah ini secara

lebih meluas di semua sekolah. Kaedah ini lebih efektif dan membantu MMI

guru. Guru baharu atau yang menggantikan kelas guru lain akan dapat

menjalankan pengajaran dengan berkesan kerana bahan pengajaran ini mudah

difahami melalui manual pengguna. Bahan inovasi yang mesra pengguna dan

Page 129: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 121

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

menarik akan dapat meningkatkan minat murid-murid kepada mata pelajaran

Matematik serta meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan

terutamanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Rujukan

Noor Azlan Ahmad Zanzali. (1995). History of Mathematics Education in

Malaysia: Coping With The Demands Of Curriculum Change. Paper

Presented At The International Seminar On Education And Change,

University Of South Africa, Pretoria, September 1995.

EE, Ah Meng. (1997). Pedagogi II : pelaksanaan pengajaran, : Shah Alam :

Fajar Bakti.

Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2001). Satu kajian

mengenai penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah.

Page 130: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 122

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

TOPIK BERKAITAN

( kg - g ), ( km - m ), ( l - ml )

Page 131: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 123

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2

Kaedah biasa

Kaedah Inovasi

KAEDAH PENGGUNAAN

MIRACLE FINGERS

Penyebut (denominator) bagi soalan ini ialah angka 5. Oleh itu, 5 jari perlu digunakan. Setiap jari membawa nilai 200.

Seterusnya, lihat pada pengangka (numerator). Pengangka menunjukkan angka 3. Dengan itu, hanya gunakan 3 jari sahaja dan jumlahkan nilai bagi setiap jari. 200 + 200 + 200 = 600 Jawapan : 600 g

Page 132: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 124

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), ( peratus )

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), (

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), (

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), (

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), (

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), (

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), (

Page 133: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 125

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4

SOAL SELIDIK (MURID)

Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yang

terkandung dalam borang soal selidik.

Nama : ___________________________________________________

Sekolah : ___________________________________________________

i) Jantina

Lelaki Perempuan

ii) Tahun

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

iii) Pernahkah anda didedahkan dengan Miracle Fingers sebelum

ini? Pernah Tidak Pernah

iv) Setelah diajar, adakah ia mudah difahami ?

Mudah Sukar

vi) Adakah ia membantu anda menjawab soalan-soalan berkaitan

time, money, length, mass, volume of liquid & percentage?

Membantu

Kurang membantu

Tidak membantu

vii) Nyatakan faedah-faedah yang anda peroleh setelah menggunakan

Miracle Fingers dalam mata pelajaran Matematik.

___________________________________________________

___________________________________________________

Tandatangan murid,

………………………………………………….

( )

Page 134: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 126

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 5

SOAL SELIDIK (GURU)

Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yang

terkandung dalam borang soal selidik.

Nama Guru : ________________________________________________

Sekolah : ______________________________________

i) Jantina

Lelaki Perempuan

ii) Umur

20 – 30 tahun 41 – 50 tahun

31 – 40 tahun

iii) Pengalaman Mengajarkan Mata Pelajaran Matematik

kurang daripada 5 tahun

lebih daripada 5 tahun

iv) Pernahkah anda didedahkan dengan ‘Miracle Fingers’

sebelum ini? Pernah Tidak Pernah

v) Adakah ia mudah difahami ?

Mudah Sukar

Page 135: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 127

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

v) Adakah ia lebih efisien berbanding dengan kaedah lain ?

Ya Tidak

vi) Adakah ia membantu anda dalam PdP melibatkan soalan-

soalan berkaitan time, money, length, mass & volume of

liquid & percentage ?

Membantu

Kurang membantu

Tidak membantu

vii) Adakah anda akan terus menggunakan kaedah Miracle

Fingers dalam PdP?

Ya Tidak

vii) Nyatakan faedah-faedah lain yang anda peroleh setelah

mengaplikasikan Miracle Fingers dalam mata pelajaran

Matematik.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

Tandatangan guru,

…………………………………………….

( )

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN.

Page 136: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 128

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 6

Nama : ______________________________________

Tahun : ______________________________________

Sekolah : _____________________________________

Sila jawab semua soalan

a) Percentage (Peratus) Jawapan

1. Nyatakan 5

3 kepada peratus. _________________

2. Tukarkan 210

5 kepada peratus. __________________

b) Time (Masa & Waktu)

1.

abad = ___________ tahun

2. Tukarkan

abad kepada tahun. __________________

c) Length (Ukuran Panjang)

1.

km = ______________ m __________________

2. 4

m = _____________ cm __________________

d) Mass (Timbangan Berat)

1. 6

kg = ______ kg _________ g __________________

2. Tukarkan 4

kg kepada gram. __________________

e) Volume of Liquid (Isipadu Cecair)

1. 3

l = ____________ ml ___________________

2. Tukarkan 5

l kepada l dan ml ___________________

Soalan Pra dan Pasca

Page 137: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 129

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

TEAM TEACHING SEBAGAI LANGKAH

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

11

Page 138: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 130

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

TEAM TEACHING SEBAGAI LANGKAH MELINDUNGI MASA

INSTRUKSIONAL

oleh

NORAINI BINTI IBRAHIM

SK Tengku Mahmud

NURUL SYAFINAZ BINTI ISHAK

SM Imtiaz, Yayasan Terengganu, Besut

Abstrak

MMI merupakan tanggungjawab penting pengurusan sekolah dan para guru dalam

memastikan setiap murid mendapat hak instruksional mereka. Namun begitu,

perubahan besar dalam senario pendidikan hari ini memperlihatkan beban tugas guru

yang semakin meruncing hingga hampir mengorbankan tugas asal seorang guru iaitu

mengajar di dalam kelas. Justeru, team teaching dilihat sebagai pendekatan bijak

untuk mengatasi masalah MMI. Gabungan dua atau lebih guru dalam satu pada masa

yang sama akan dapat mengekang pembaziran masa instruksional akibat ketiadaan

guru mata pelajaran di dalam kelas. Selain itu, pengajaran akan menjadi lebih

berkesan dan bermakna dengan kehadiran dua orang guru dalam satu masa

pengajaran. Kajian kes yang dibentangkan berdasarkan pengalaman penulis kedua di

SM Imtiaz Besut hasil daripada pengimplemantasian selama tiga tahun strategi Team

Teaching bagi calon PMR dan tahun pertama untuk calon SPM. Walaupun kekangan

ketiadaan guru di SM Imtiaz begitu mendesak, namun strategi Team Teaching telah

memperlihatkan hasil yang signifikan dengan pengekalan prestasi cemerlang calon

PMR selama tiga tahun berturut-turut.

Page 139: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 131

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penulisan ini disediakan bertujuan untuk membincangkan strategi pengajaran

Team Teaching yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi Melindungi Masa

Instruksional (MMI). Masa instruksional didefinisikan sebagai jumlah masa

yang sebenarnya digunakan oleh guru untuk aktiviti pembelajaran tanpa

gangguan. Masa pengajaran tidak termasuk masa yang digunakan oleh guru

untuk menguruskan bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task).

Manakala MMI pula membawa maksud mengurangkan gangguan bagi

mengelakkan kelas tidak dilaksanakan seperti yang dirancang serta memastikan

kualiti masa intruksional yang menjamin pembelajaran bermakna dan berkesan

dalam kalangan murid dapat dilaksanakan oleh guru. Situasi ini boleh

dilakukan dengan memastikan kawalan displin dan polisi sekolah berkaitan

dengan penggunaan masa dilaksanakan. Hal sedemikian ini, perlu diberi

perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid

bagi membangunkan modal insan kreatif, kritis, dan inovatif.

Masa yang digunakan oleh seorang murid seharian dalam sesi

persekolahan boleh dikategorikan seperti jadual berikut:

Jadual 1: Kategori Masa Murid

Kategori Masa Penjelasan

Masa persekolahan Jumlah masa murid hadir ke sekolah.

Masa bilik darjah Jumlah masa murid berada di dalam kelas tidak termasuk waktu

rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain.

Masa ini merupakan subkategori masa persekolahan.

Masa instruksional Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional tidak

termasuk gangguan dan pengurusan rekod.

Masa pembelajaran

akademik

Jumlah masa instruksional berdasarkan murid memberikan

perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan

tertentu serta berlakunya pembelajaran bermakna dan berkesan.

Page 140: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 132

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pihak pengurusan sekolah akan merangka masa instruksional yang ideal

merangkumi jadual waktu, perancangan pengajaran harian, mingguan, dan

tahunan. Namun begitu, masa yang telah diperuntukkan tidak semestinya

menjanjikan pembelajaran berkualiti dan berkesan. Hal ini, disebabkan faktor-

faktor gangguan yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah. Sebagai

contohnya, ketiadaan guru di sekolah kerana mengikuti kursus atau bercuti,

guru ada di sekolah tetapi bukan atas urusan PdP dan guru ada di sekolah tetapi

PdP tidak berlaku.

Jadual 2 berikut mengkategorikan faktor gangguan masa instruksional.

Jadual 2: Kategori Faktor Gangguan

Kategori faktor

gangguan Kelompok Contoh gangguan

Faktor

pengurusan

sekolah

Guru tiada Guru tiada di sekolah, guru ada di

sekolah tetapi tidak berada di dalam

kelas, guru tidak mencukupi, guru

menghadiri kursus atau tugasan luar, guru

menduduki peperiksaan, dan aktiviti

kokurikulum.

Gangguan fizikal Gangguan dari pembesar suara, susun

atur kelas atau sekolah, prasarana

sekolah, dan persekitaran.

Gangguan luar

jangka

Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal

peribadi, kesediaan murid belajar,

kesediaan guru mengajar dan

melaksanakan tugas sampingan.

Gangguan adhoc Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke

pejabat, menghadiri kursus, taklimat

peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih

utama, dan sambutan lawatan pelawat.

Faktor

instruksional guru

Kualiti pembelajaran

murid

Kualiti pengajaran

guru

Kesediaan murid belajar, kualiti guru,

proses pengajaran dan pembelajaran,

sikap guru, guru bukan opsyen,

kompetensi guru, dan kesediaan guru

mengajar.

Proses MMI memerlukan kerjasama erat antara pengurusan sekolah

dengan guru dan antara guru dengan guru. Ybhg. Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin,

Page 141: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 133

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mencadangkan beberapa strategi

jangka panjang dan jangka pendek semasa menyampaikan ucaptama,

“Melindungi Masa Intruksional di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan

Pembelajaran Murid”. Beliau telah mencadangkan beberapa program khas bagi

melindungi masa intruksional, antaranya:

(a) Pengajaran rakan sebaya,

(b) Program Guru Muda,

(c) Modul guru ganti,

(d) Kelas Gantian,

(e) Jual beli jadual waktu pengajaran, dan

(f) Pemantauan dan penilaian pengajaran guru secara berterusan.

Satu analisis-meta yang melibatkan 10,000 hasil statistik oleh Wang,

Haertal dan Walberg (1993;1997) telah menunjukkan pengaruh langsung

mempunyai impak yang lebih besar atas pembelajaran murid jika dibandingkan

dengan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung di sini ialah sikap dan

karakter guru-guru yang mampu membawa perbezaan yang signifikan. Hal ini

boleh dilakukan dengan membina budaya sekolah yang menggalakkan amalan

PdP yang penting dan berkualiti. Oleh itu, kertas kerja ini mencadangkan

amalan team teaching dijadikan budaya di sekolah bagi melindungi masa

instruksional dan seterusnya memainkan peranan dalam peningkatan prestasi

murid di dalam bilik darjah.

Page 142: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 134

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

TEAM TEACHING

1. Konsep Pengajaran Team Teaching

Dalam literasi, team teaching selalunya dijalankan di dalam kelas inklusif

untuk mengajar murid kurang upaya (Tannock, 2009). Menurut Goetz

(2000), dua kategori team teaching telah dikenal pasti iaitu:

Kategori A : Dua atau lebih guru mengajar murid yang sama

pada masa yang sama dan di dalam kelas yang

sama.

Kategori B : Dua orang guru saling bekerjasama tetapi tidak

semestinya mengajar kumpulan murid yang sama

atau pada masa yang sama.

2. Model Pengajaran Team Teaching

Penulisan ini lebih berfokus kepada team teaching mengikut kategori A.

Dalam kategori A terdapat beberapa model yang berbeza iaitu:

(a) Traditional Team Teaching – guru dengan secara aktif berkongsi

kandungan pengajaran dan kemahiran dengan semua murid. Sebagai

contoh, seorang guru mempersembahkan kandungan pelajaran yang

baharu kepada murid manakala seorang guru lagi membina peta

minda ataupun menulis nota penting pada papan putih sewaktu

murid mendengar penjelasan guru yang pertama.

(b) Complementary / Supportive Team Teaching – Model ini berbeza

dengan model Traditional Team Teaching kerana guru

bertanggungjawab akan mengajarkan kandungan pelajaran manakala

seorang guru lagi menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan topik

tersebut.

Page 143: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 135

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c) Collaborative Team Teaching – Model ini hampir sama dengan

Traditional Team Teaching kerana kedua-dua guru terlibat dalam

mereka bentuk pengajaran. Perbezaannya pada proses pengajaran

apabila kedua-dua orang guru mengendalikan pengajaran bersama-

sama dengan bertukar-tukar idea dan teori di hadapan murid.

Aktiviti seperti teknik pembelajaran berkumpulan, kerja dalam

kumpulan kecil, dan perbincangan berpusatkan murid, adalah antara

beberapa aktiviti yang biasa digunakan dalam model ini.

(d) Parallel Instruction – kelas dibahagikan kepada dua atau lebih

kumpulan mengikut bilangan guru yang terlibat. Setiap guru

memberikan arahan secara individu tentang kandungan, bahan, dan

kemahiran yang sama untuk setiap kumpulan.

(e) Differentiated Split Class – Model ini melibatkan pembahagian

kelas kepada kumpulan kecil mengikut keperluan murid. Setiap guru

mengajar mengikut keperluan murid.

(f) Monitoring Teacher Model – Seorang guru memberikan arahan

untuk keseluruhan kelas manakala seorang lagi guru bergerak di

sekitar bilik darjah memantau kefahaman dan sikap murid,

mengekalkan displin dan pengurusan kelas.

(g) Guru boleh menggunakan satu atau menggabungkan lebih daripada

satu model di atas dalam satu kelas yang sama. Berikut ialah

beberapa keadaan yang tidak sepatutnya dipraktiskan sewaktu team

teahing:

i. Guru masuk ke kelas tanpa persediaan awal.

ii. Guru hanya berdiri sewaktu seorang lagi guru mengajar.

iii. Guru bergerak di dalam kelas untuk membantu aktiviti

kumpulan berdasarkan penjelasan sendiri tanpa merujuk

pengajaran dengan rakan guru yang lain.

iv. Guru hanya membantu mengagihkan lembaran kerja.

Page 144: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 136

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

v. Guru keluar dan masuk ke kelas sesuka hati dan membiarkan

rakan guru menangani kelas sendirian.

PERNYATAAN ISU

Sesuatu tindakan yang praktis untuk MMI perlulah dipastikan pengamalannya

bagi membolehkan guru terus mendampingi murid secara bermakna agar

instruksional boleh berlangsung dengan efektif dan matlamat pencapaian murid

yang dihasratkan tercapai.

Dr Shirley (2011) dan Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching

sebagai sekumpulan yang terdiri daripada dua orang guru atau lebih yang

bekerjasama dalam merangka pelan, melaksanakan dan membuat penilaian

aktiviti pembelajaran bagi sekumpulan murid yang sama. Manakala, Quinn and

Kanter (1984) dipetik oleh Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching

sebagai kerja berkumpulan antara dua orang guru terlatih, bersama-sama

membuat satu pengajaran kepada sekelompok audien.

Untuk itu, penulisan ini disediakan bagi membincangkan bagaimana

MMI melalui strategi Team Teaching di SM Imtiaz Besut berdasarkan definisi

yang telah dinyatakan di atas.

Terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan berkaitan Team

Teaching:

(a) Adakah Team Teaching dilaksanakan secara sukarela atau

diwajibkan oleh pengurusan sekolah ?

Team Teaching dilaporkan boleh dilaksanakan dengan jayanya

apabila guru-guru sendiri yang menginisiatifkan strategi ini.

Page 145: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 137

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Terdapat sebahagian guru yang tidak yakin dengan pelaksanaan

Team Teaching seterusnya tidak berpuas hati sekiranya pihak

pengurusan mewajibkan pelaksanaan strategi ini untuk diguna pakai

di sekolah mereka.

(b) Adakah guru diberi kebebasan memilih pasangan mengajar ?

Memetik dapatan (Dr.Shirley, 2011) daripada sumber (Costin, 2002;

Rea and Connel, 2005; Murawski, 2010) Guru yang memilih

pasangan mengajar sendiri iaitu seseorang yang dikenali mereka

atau senang untuk bekerja, lazimnya tidak akan menimbulkan

banyak masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak pengurusan

yang membentuk pasangan dan menggariskan peraturan tanpa

sebarang pandangan, atau pun tanpa sebarang makluman akan

menimbulkan masalah untuk mengendalikan masa instruksional

bersama.

(c) Adakah guru-guru tersebut memahami dengan mendalam tugas dan

tanggungjawab mereka dalam masa instruksional?

Kebanyakan guru yang terlibat dalam Team Teaching tidak

memahami peranan khusus mereka semasa sesi tersebut dijalankan.

Akhirnya mereka berasa tidak berminat untuk meneruskan strategi

pengajaran ini.

(d) Adakah guru mempunyai masa yang cukup untuk sesi perancangan

dan persediaan ?

Masa merupakan faktor yang penting kepada setiap guru untuk

merancang masa instruksional yang berkesan (Anonymous, 1997).

Oleh itu, para guru terikat dengan arahan tugas rasmi di luar seperti

kursus, seminar dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga tugas

mengiring murid mengikuti pertandingan dan juga program.

Menurut Dr Shirley (2011), satu dapatan kajian oleh Walther-

Thomas and Christine S (1997) juga membincangkan permasalahan

masa, perancangan, dan persediaan kedua-dua guru yang akan

Page 146: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 138

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

menjalankan team teaching. Masa yang diperlukan untuk merancang

persediaan pengajaran bersama-sama amat sukar dilaksanakan

terutamanya pada waktu persekolahan. Malahan akan menjadi

masalah yang serius di kebanyakan sekolah kerana masa

perancangan dan persediaan guru tidak boleh diselaraskan dengan

mudah berdasarkan faktor-faktor di atas.

(e) Adakah persoalan interpersonal pasangan mengajar

dititikberatkan?

Isu interpersonal individu amat serius apabila dikaitkan dengan

Team Teaching. Hal ini sedemikian, kerana setiap individu

mempunyai idea, cara penyampaian dan kemahiran tersendiri dalam

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Menurut kajian

Schamber (1999) pasangan mengajar kadangkala akan menemui

jalan yang rumit dan sukar memandangkan setiap mereka

mempunyai professional preferences tersendiri berbanding

pasangannya yang lain. Guru seharusnya mempunyai nilai

menghormati yang tinggi antara satu sama lain dalam menggerakkan

sesuatu aktiviti terutamanya pelaksanaan masa instruksional ke arah

satu matlamat yang sama. Selain itu, Goezt (2000) turut menyatakan

bahawa pasangan Team Teaching mestilah saling mempercayai

antara satu sama lain untuk menjadikan mereka jelas tentang

tanggungjawab dan peranan mereka.

TEAM TEACHING DI SM IMTIAZ BESUT - PENGENALAN

Senario pendidikan di Malaysia menuntut pengurusan sekolah merangka satu

program yang berkesan bagi MMI murid. Sehubungan dengan itu, setiap warga

sekolah diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan

Page 147: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 139

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

matlamat tersebut dapat dicapai. Tempiasnya turut dirasai oleh pihak

pengurusan SM Imtiaz, Besut tatkala buat pertama kalinya sekolah ini

dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik PMR 2009 kategori Sekolah Agama

Peringkat Kebangsaan dan diikuti Anugerah Tertinggi Kementerian Pendidikan

Malaysia iaitu, Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Kohort 2.

Bersandar kepada moto ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia, pihak

pengurusan, guru-guru, kakitangan dan seluruh warga SM Imtiaz cuba

menggarap kecemerlangan dari pelbagai sudut dengan amanah dan

kepercayaan yang telah dianugerahkan. Merujuk Direktori 1 Sekolah

Berprestasi Tinggi, 60% markah pengiktirafan SBT ini berdasarkan pencapaian

akademik terutamanya peperiksaan awam. Namun, bilangan keluar masuk guru

ke sekolah juga meningkat apabila pelbagai kursus bagi sekolah-sekolah SBT

di bawah penganjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan

Sekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK). Selain itu, pihak pengurusan juga turut

didedahkan dengan sesi percambahan ilmu dan pengukuhan pengurusan

sekolah di bawah anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB). Terdapat antara

mereka ini turut mengajarkan kelas peperiksaan PMR dan SPM.

Senario yang merisaukan ini agak menjejaskan prestasi murid untuk

seketika apatah lagi untuk sekolah mengekalkan prestasi PMR bagi

melestarikan status SBT. Harapan para ibu bapa yang mahukan anak-anak

mereka menggenggam kejayaan cemerlang dalam peperiksaan turut menambah

tekanan kepada guru-guru. Melihatkan situasi ini dan juga moto yang

disasarkan, guru-guru di SM Imtiaz mula melaksanakan beberapa strategi

dalam masa instruksional bagi membolehkan sesi itu berjalan dengan lancar

dan murid mendapat bimbingan guru secara langsung. Team Teaching dilihat

sebagai penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini.

Page 148: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 140

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1. Pelaksanaan

Pada tahun 2011, guru-guru SM Imtiaz memberikan cadangan awal

kepada pihak pengurusan untuk mencuba strategi Team Teaching ini bagi

murid-murid Tingkatan 3yang akan menduduki peperiksaan awam.

Dengan mengadakan beberapa sesi percambahan idea, pada semester

kedua tahun 2011, strategi Team Teaching mula diperkenalkan untuk

masa instruksional kelas Tingkatan 3. Berikut langkah-langkah awal

yang telah diambil oleh pemimpin sekolah dalam melaksanakan team

teaching:

(a) Jawatankuasa jadual waktu mengambil tanggungjawab ini sebagai

memulakan langkah pertama dengan mengatur jadual guru-guru

supaya jadual tersebut lebih bersifat fair and square dan tidak terlalu

membebankan serta bertindan. Guru-guru juga perlu berkorban

untuk menerima penambahan masa instruksional antara 3 – 5 masa

setiap orang. Jadual waktu di bawah menunjukkan deskripsi

bagaimana team teaching diaturkan dalam jadual. Pihak sekolah

boleh menggunakan Team Teaching Kategori A atau Kategori B.

i. Kategori A : Dua orang guru dalam satu masa instruksional.

Dalam satu masa instruksional dapat dilihat dua nama guru

dicatatkan dalam jadual waktu.

Page 149: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 141

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 3: Contoh Jadual Waktu 1

Jadual 4: Contoh Jadual Waktu 2

ii. Kategori B: Kelompok dipecahkan kepada yang lebih kecil dan

ditempatkan secara berasingan serta melaksanakan

instruksional yang berbeza.

Jadual 5: Contoh Jadual Waktu 3

Page 150: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 142

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 6: Contoh Jadual Waktu 4

(b) Pemilihan mata pelajaran untuk dijalankan secara team teaching

dibuat mengikut kesesuaian sekolah. Sebagai langkah rintis, strategi

ini diguna pakai untuk beberapa mata pelajaran memandangkan SM

Imtiaz, menghadapi kekangan guru.

Jadual 7: Rangka Jadual Masa Instruksional bagi Tingkatan 3 dan 5.

J

a

d

u

a

l

J

a

d

u

a

l

7

Bil. Tingkatan Mata pelajaran Guru

1. 5 Ibn Amir/ 5 Ibn Kathir B.Inggeris 1. Guru J

2. Guru K

2. 5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir B.Melayu 1. Guru L

2. Guru M

3. 5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir B. Arab 1. Guru N

2. Guru O

4. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir /

3 Genggam Gemilang

Matematik 1. Guru P

2. Guru Q

3. Guru R

5. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir /

3 Genggam Gemilang

Sains 1. Guru S

2. Guru T

6. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir /

3 Genggam Gemilang

K.Hidup 1. Guru U

2. Guru V

3. Guru W

7. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir /

3 Genggam Gemilang

Geografi 1. Guru X

2. Guru Y

3. Guru Z

Page 151: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 143

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2. Pendedahan model-model team teaching kepada guru-guru. Bagi

memudahkan team teaching dilaksanakan, setiap guru perlu didedahkan

kepada model-model pengajaran secara team teaching. Di SM Imtiaz,

pelbagai model yang digunakan oleh guru-guru di setiap kelas dalam

memastikan objektif masa instruksional tercapai. Contohnya:

(a) Kesemua kelas yang melaksanakan Team Teaching dikendalikan

oleh dua orang guru yang masing-masing memainkan peranan saling

melengkapi antara satu sama lain dan juga memberikan sokongan

kepada pasangan mereka.

(b) Kelas lazimnya dimulakan dengan seorang guru memulakan set

induksi serta memulakan konsep yang kemudiannya bersambung

dengan aktiviti, arahan, dan kesinambungan daripada konsep awal

secara bergilir-gilir antara dua orang guru.

(c) Seterusnya, guru membahagikan murid kepada kelompok bagi

aktiviti pengukuhan dan pengayaan secara pengendalian bersama

melalui kaedah Enrichment Cluster mengikut minat murid atau

kaedah Differentiating iaitu mengikut pencapaian dan prestasi

murid. Proses ini dilaksanakan melalui beberapa model pengajaran

yang diperkenalkan seperti traditional team teaching,

complimentary or supportive, collaborative, parallel instruction,

dan differentiated split class.

(d) Model-model ini boleh dipilih oleh guru mengikut kesesuaian isi

kandungan, masa instruksional dan kumpulan murid. Dalam

kebanyakan waktu, murid akan berada dalam kelompok yang lebih

kecil daripada biasa. Situasi ini membuka peluang yang luas untuk

murid bertanya kepada guru kerana segelintir murid mempunyai low

Page 152: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 144

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

self-esteem untuk mengemukakan soalan dalam kelas yang rata-rata

bilangan muridnya antara 28-30 orang.

(e) Hubungan rapat dan jarak yang dekat menyebabkan murid

berkecendurungan untuk menyertai aktiviti dalam masa

instruksional sama ada secara individu, berpasangan mahupun

berkumpulan bagi mendapatkan jawapan atau penyelesaian kepada

permasalahan atau perbincangan dalam tempoh yang singkat.

Ironinya, peningkatan kuantiti dan kualiti dicatat bagi dua tahun ini

bermula daripada TOV, OTI 1, OTI 2, Gerak Gempur, Tambah Nilai,

percubaan, dan juga peperiksaan awam sebenar iaitu PMR. Hal ini

menjadi satu penanda aras yang baik kepada SM Imtiaz, Besut untuk

melestarikan strategi instruksional kerana pendekatan ini menimbulkan

suasana pembelajaran bermakna. Walaupun sekolah masih menghadapi

kadar keluar masuk guru dan pengurusan atas urusan rasmi yang masih

kerap namun dapat dibuktikan bahawa Team Teaching telah banyak

membantu guru-guru mengatasi masa instruksional yang terbuang begitu

sahaja.

KESIMPULAN

Kejayaan dari sudut akademik yang dicatatkan di SM Imtiaz, Besut dalam

peperiksaan umum merupakan bukti bahawa strategi Team Teaching adalah

antara cadangan terbaik untuk MMI di sekolah. Hal ini, tidak akan berlaku

sekiranya pihak pengurusan, guru-guru, dan murid tidak bergerak ke arah itu;

apatah lagi tidak memahami kenapa strategi ini dipilih. Pihak Pengurusan juga

bersedia untuk menambah masa instruksional dan berusaha untuk mengatur

jadual waktu agar tidak terlalu membebankan, tiada pertindanan dan adil

Page 153: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 145

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kepada semua. Guru-guru dengan ikhlas menerima tambahan masa

instruksional mereka dan berusaha menginovasikan pendekatan, teknik, dan

kaedah instruksional dengan peluang ini. Murid-murid pula sanggup mencuba

satu strategi baharu dan bersedia diasing-asingkan walau pada mulanya berasa

rendah diri kerana berpendapat kelompok mereka ialah kelompok yang

tercorot.

SYOR

Dicadangkan agar strategi pengajaran Team Teaching dapat diperkasakan di

semua sekolah. Pelaksanaanya diharap dapat memastikan Tiga Idea Utama

Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada

pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja berpasukan), dan fokus

kepada hasil atau kemenjadian murid.

Gambar - gambar pelaksanaan Team Teaching di SM Imtiaz

Gambar 1: Sudut guru-guru membuat persediaan pengajaran secara Team

Teaching.

Page 154: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 146

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Gambar 2: Guru-guru melaksanakan pengajaran secara Team Teaching.

Gambar 3: Guru-guru melaksanakan pengajaran secara Team Teaching.

Rujukan

Shirley T.S.H. (2011). Building Succesful Teams in a Challenging

Environment. Courage Leadership for Positive Change. Kertas kerja

dibentangkan dalam Seminar Nasional ke-18, Julai 2011. IAB,

Genting Highlands.

Goetz. (2000). Instructional Leadership of Team Teaching.

Page 155: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 147

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Ashley N.Y.M. (2012). Kepimpinan Instruksional dan Peningkatan Sekolah.

Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepimpinan Instruksional.

Hallinger, P.(1982). Resource Manual : The Principal Instructional

Management Scale. Center for the Advance Study of Educational

Leadership, Vanderbilt University, Nasville, USA.

Pengurus Strategik SM IMTIAZ BESUT : Bab Pengurusan Kurikulum, 2011.

Direktori 1 SBT, Dr. Haji Zahari bin Aziz, TKKP Sektor Operasi Pendidikan,

Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,

KPM.

Page 156: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 148

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN BERKESAN

PENGGUNAAN WAZAN BOARD DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA ARAB

12

Page 157: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 149

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN BERKESAN PENGGUNAAN WAZAN BOARD

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

oleh

ANDI KASWIA BINTI ABDUL KADIR

SMKA Kota Kinabalu, Sabah

Abstrak Kertas kerja ini menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

menggunakan bahan inovasi Wazan Board dalam tajuk wazan yang telah berjaya

memaksimumkan masa PdP di dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran berpusatkan

murid dan mewujudkan budaya bekerjasama antara satu sama lain. Hasilnya, murid

dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sejurus selepas pengajaran, sekaligus

menunjukkan bahawa penggunaan bahan inovasi ini mudah, menarik dan berkesan.

Page 158: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 150

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Proses PdP merupakan elemen penting dalam memastikan murid-murid dapat

mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Proses pengajaran

hendaklah melibatkan hubungan dua hala antara guru dengan muridnya melalui

aktiviti dan tugasan pembelajaran. Pengajaran pula hendaklah sesuai dan

dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti dengan kaedah dan teknik

pengajaran yang sesuai, membimbing, menggalakkan dan memotivasikan

murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu

pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, setiap guru

hendaklah menentukan kaedah yang sesuai dengan tajuk dan muridnya. Kajian

Ab. Halim (2003) terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang

dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Hal

ini ditambah lagi dengan adanya bahan bantu mengajar dan belajar yang sesuai

bagi mendekatkan murid kepada konsep yang disampaikan oleh guru. Oleh itu,

dalam kertas kerja ini, pengkaji ingin memfokuskan penggunaan bahan inovasi

Wazan Board ke arah meningkatkan keberkesanan proses PdP Bahasa Arab

dalam tajuk wazan.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

1. Situasi Murid

Terdapat 3 situasi utama yang dihadapi dalam tajuk ini:

murid yang lemah mengecam kata dasar sesuatu perkataan,

murid yang tahu kata dasar tetapi masih tidak dapat menentukan

wazan perkataan, dan

kekeliruan dalam menentukan wazan perkataan yang ada

pembuangan huruf.

Page 159: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 151

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2. Situasi Guru

bahan bantu mengajar (BBM) tajuk ini kurang,

kaedah yang digunakan ialah kaedah konvensional ,dan

kesedaran untuk mengubah kaedah pengajaran supaya lebih baik.

CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIAN

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan inovasi Wazan Board

1. Apakah itu Wazan Board ?

Wazan Board ialah gabungan kalimah Arab (Wazan) dan Inggeris

(Board). Wazan berasal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu al-waznu

yang bermaksud neraca atau acuan dan merupakan salah satu daripada

subtopik dalam sukatan Bahasa Arab Tingkatan 4 & 5 dalam topik al-

Mizan as-Sorfi. Contohnya, kalimah kataba)َكتََب( wazannya fa ‘a la)فََعَل(.

Katibun)َكاتٌِب( wazannya fa ‘i lun)فَاِعٌل(. ‘Board’ pula ialah papan kertas.

1 set Wazan Board mengandungi papan wazan, marker pen dan

pemadam. Wazan Board digunakan sebagai satu bahan bantu dalam

pembelajaran untuk memudahkan murid membuat latihan dalam tajuk

wazan dengan lebih mudah dan efisyen.

Page 160: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 152

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2. Langkah pengajaran dan pembelajaran 2 masa (70 minit)

Langkah Proses Catatan

Set

Induksi

5 minit

Guru menerangkan topik pengajaran serta isi

pengajaran yang perlu dikuasai

- Soal jawab antara guru dan murid tentang

beberapa perkataan dalam bahasa Arab

Langkah 1

10 minit

Guru menerangkan kaedah baharu dalam

pembelajaran tajuk wazan iaitu penggunaan

Wazan Board

- Maksud Wazan Board

- Fungsi item yang ada dalam Wazan Board

Guru

memberikan

2 contoh

penggunaan

diikuti oleh 2

orang murid

Langkah 2

20 minit

Guru memberikan lembaran kerja dan satu set

Wazan Board kepada setiap kumpulan. Setiap

kumpulan diberikan 5 soalan untuk diselesaikan.

Murid

dibahagikan

kepada 5

kumpulan

Langkah 3

15 minit

Setiap kumpulan membentangkan hasil jawapan

menggunakan Wazan Board

Pembetulan

dan

peneguhan

oleh guru

Langkah 4

15 minit

Setiap kumpulan menyediakan 3 soalan spontan

untuk ditanya kepada kumpulan lain. Kumpulan

yang berjaya menjawab soalan yang paling

banyak menjadi pemenang.

Aktiviti

pengukuhan

Penutup

5 minit

Guru membuat kesimpulan dan maklum balas

daripada murid berkenaan kaedah baharu.

Page 161: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 153

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3. Perbezaan pembelajaran sebelum dan selepas

Sebelum Inovasi Selepas Inovasi

1. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4

& 5 hanya menggariskan tajuk-tajuk sarf

yang perlu diajar kepada murid. Kaedah

pengajaran bergantung kepada guru .

Guru biasanya menggunakan kaedah

hafalan wazan dan teknik pengajaran lebih

berpusatkan guru (teknik penerangan)

tanpa menggunakan alat bantu (BBM).

2.Murid perlu mengetahui kata dasar

terlebih dahulu sebelum mencari wazan

kalimah.

3. Apabila menggunakan kaedah hafalan,

biasanya murid akan mengambil masa

yang lama. Begitu juga ketika menjawab

soalan berkaitan wazan.

4.Murid biasanya sukar dan keliru untuk

wazan feil mu’tal khususnya apabila feil

tersebut berlaku pembuangan huruf ‘illah.

Murid-murid menggunakan

bahan inovasi secara

kendiri untuk mencari

wazan kalimah yang

dikehendaki tanpa perlu

menghafal wazan.

Murid boleh mencari

wazan kalimah tanpa perlu

mengetahui kata dasar

terlebih dahulu.

Dengan menggunakan

WazanBoard, masa untuk

mendapatkan wazan

kalimah lebih mudah dan

cepat.

Murid dapat mencari

wazanfeil mu’tal dengan

mudah menggunakan

Wazan Board dan

meleraikan kekeliruan yang

dihadapi.

4. Bentuk Kejayaan

(a) Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

i. pengajaran menjadi lebih menarik, mudah, dan penguasaan

murid lebih menyeluruh,

Page 162: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 154

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii. suasana PdP menjadi lebih ceria, dan

iii. tahap pencapaian murid dapat diukur dengan mudah sebaik

selesai pembelajaran.

Berdasarkan Graf 1, terdapat tiga orang murid mendapat markah penuh

dalam Ujian Pasca dengan bantuan Wazan Board

Berdasarkan Graf 2, terdapat lima orang murid mendapat

markah penuh dalam Ujian Pasca dengan bantuan Wazan

Board

Graf 1 : Taburan markah 10 Murid Tingkatan 5 (set 1) 2011

Graf 2 : Markah 16 Murid Tingkatan 5 Bukhari 2012

Page 163: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 155

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b) Peningkatan dalam Tahap Kepuasan Hati Guru dan Murid

i. Guru berpuas hati dengan pencapaian murid dalam ujian pasca.

ii. Murid lebih mahir dalam penguasaan wazan,

iii. Berikut ialah analisis penilaian penggunaan Wazan Board

oleh 16 orang murid Tingkatan 5 Bukhari dan Guru Bahasa

Arab:

Skala Likert :

1= Sangat tidak setuju

2= Tidak setuju

3= Kurang setuju

4= Setuju

5= Sangat setuju

BIL

SKALA

1 2 3 4 5

Bilangan Murid dan Guru

Item P G P G P G P G P G

1 Wazan Board sebagai

bahan bantu yang

praktikal dalam

Pengajaran &

Pembelajaran.

0

1

(6.25

%)

2

(33.3

%)

15

(93.7

5%)

4

(66.

7%

)

2 Wazan Board boleh

digunakan di mana-

mana sahaja. 0

1

(6.

25

%)

0

2

(12.5

%)

4

(66.7

%)

13

(81.2

5%)

2

(33.

3%

)

3 Wazan Board

membantu murid

menguasai kemahiran

mewazankan kalimah

dengan mudah dan

cepat.

0

4

(25%

)

4

(66.

%)

12

(75%

)

4

(25

%)

Page 164: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 156

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BIL

SKALA

1 2 3 4 5

Bilangan Murid dan Guru

Item P G P G P G P G P G

4 Wazan Board

menjimatkan

masapenerangan guru . 0

3

(18.7

5%)

5

(83.3

%)

13

(81.2

5%)

1

(16.

7%

)

5 Wazan Board ialah

bahan bantu PdP yang

mempunyai daya

kreativiti yang

menarik.

0

2

(12.5

%)

0

14

(87.5

%)

6

(10

0%

)

6 Wazan Board ialah

bahan bantu PdP yang

menyeronokkan.

0

3

(18.7

5%)

1

(16.7

%)

13

(81.2

5%)

5

(83.

3%

)

7 Wazan Board dapat

membantu

meningkatkan

kemahiran dalam

mewazankan kalimah.

0

2

(12.5

%)

1

(16.7

%)

14

(87.5

%)

5

(83.

3%

)

8 Wazan Board dapat

menambah minat

murid untuk belajar

Bahasa Arab.

0

1

(6.

25

%)

0

1

(6.25

%)

4

(66.7

%)

14

(87.5

%)

2

(33.

3%

)

9 Wazan Board dapat

merungkai 2 isu utama

dalam wazan (lemah

kata dasar & tahu kata

dasar).

0

1

(6.

25

%)

0

1

(6.25

%)

3

(50%

)

14

(87.5

%)

3

(50

%)

10 Pengkaji berpuas hati

dengan markah yang

diperolehi melalui

penggunaan Wazan

Board dalam ujian

pasca.

0

1

(6.

25

%)

0

1

(6.25

%)

4

(66.7

%)

14

(87.5

%)

2

(33.

3%

)

Page 165: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 157

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Kaedah pembelajaran menggunakan BBM memang sangat berkesan bagi

meningkatkan kualiti PdP dan hasilnya sangat memberangsangkan. Buktinya,

penggunaan bahan inovasi Wazan Board telah meningkatkan kemahiran murid

dalam tajuk ini.

SYOR

Diharapkan agar semua guru dapat menyediakan BBM yang sesuai dalam PdP.

Murid akan lebih mudah untuk menerima ilmu melalui medium pengajaran

yang menarik . Pengajaran yang cemerlang mestilah mempunyai kepelbagaian

dalam penggunaan BBM (Esah Sulaiman, 2004).

Rujukan

Tamuri, Ab.Halim dan Jasmi, Kamarul Azmi. (2007). Pendidikan Islam:

Kaedah PdP. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Penerbit : Universiti Teknologi

Malaysia.

Journal of Islamic & Arabic Education 3(1), 2011 59-74 ,KAmarul Azmi JAsmi,

UTM, Mohd Faeez Ilias, UTM, Abd Halim Tamuri, UKM, Mohd Izham Mohd

Hamzah, UKM

Page 166: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 158

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

HUBAGAM : Pendekatan Kontekstual

Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(PdP) Iqra’

13

Page 167: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 159

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

HUBAGAM : Pendekatan Kontekstual Visual dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) Iqra’

oleh

FARIDA BINTI ABDUL RAHMAN

SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan

Abstrak

HUBAGAM akronim HUruf, BAris dan GAMbar merupakan inovasi PdP untuk

meningkatkan kemahiran membaca Iqra’ dalam kalangan murid Tahap 1. Kaedah

HUBAGAM yang menggunakan prinsip kecerdasan pelbagai menfokuskan huruf-

huruf hijaiyah tunggal yang berbaris di atas ( khasnya Iqra’ 1) bagi memudahkan

murid-murid mengingat bunyi huruf yang berbaris di atas. Penggunaan bahan-bahan

dan gambar-gambar dalam persekitaran serta pengalaman sedia ada murid menjadikan

HUBAGAM satu alternatif dalam penyampaian kandungan pelajaran yang mampu

meningkatkan penggunaan waktu pengajaran dan pembelajaran secara maksimum,

mempercepat proses pembelajaran, serta mengukuhkan daya ingatan murid. Selain

itu, HUBAGAM mengupayakan murid agar mampu belajar sendiri di samping

memangkinkan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid di rumah.

Page 168: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 160

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Guru disarankan agar sentiasa mencari kaedah pengajaran yang sentiasa

relevan dengan keperluan murid. Setiap murid pula mempunyai kapasiti

berlainan dalam menyerapkan kandungan pelajaran yang disampaikan oleh

guru. Cabaran ini menuntut guru sentiasa meneroka dimensi kreativiti dan

inovasi dalam ilmu pedagogi. Justeru, HUBAGAM diasaskan kepada masalah

penguasaan membaca Iqra’ 1 dalam kalangan murid Tahun Satu. Inovasi ini

memberikan penekanan tentang cara mengingat huruf hijai’yah tunggal yang

berbaris di atas. Kebanyakan murid hanya boleh mengingat dalam jangka masa

yang singkat sahaja dan mudah lupa huruf-huruf yang telah dipelajari. Masalah

ini menyebabkan guru-guru terpaksa mengulangi pelajaran yang sama berulang

kali. Menyedari masalah ini, murid-murid tahun satu diajar dengan

menggunakan teknik membaca cepat dan berkesan berasaskan HUBAGAM

supaya murid dapat menguasai bacaan Iqra’ 1 dengan lebih cepat daripada

masa yang ditetapkan. Inovasi ini berfokus kepada aspek :

(a) Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan bunyi.

(b) Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan guru.

(c) Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan gambar.

PENYATAAN ISU

Murid-murid Iqra 1 menghadapi masalah mudah lupa dan sukar untuk

mengingat huruf-huruf yang berbaris dan sering keliru dengan bunyi antara

satu huruf dengan satu huruf yang lain. Hal ini menyebabkan guru

menghabiskan banyak masa mengulangi pelajaran yang sama sehingga murid-

murid mampu menguasai kandungan pembelajaran.

Page 169: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 161

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bilangan murid belum menguasai yang ramai menyukarkan guru-guru

melaksanakan pengajaran Al-Quran pada semester kedua persekolahan kerana

masa pengajaran yang diperuntukkan hanya satu jam sahaja untuk pengajaran

Al-Quran. Ini menyebabkan murid-murid ini hanya akan belajar Iqra’ di dalam

kelas tasmik (di luar masa sekolah).

Pemerhatian guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) juga

mendapati murid-murid cepat bosan dan kurang fokus kepada pembelajaran

Iqra 1. Buku Iqra’ yang hanya mempunyai huruf hija’iyah tunggal dan baris

membuatkan murid kurang berminat untuk menguasainya dengan cepat.

Selain itu, kegagalan murid mengingat bunyi huruf hija’iyah tunggal

berbaris di atas dengan cepat juga menyumbang kepada punca masalah.

Kebanyakan murid hanya boleh mengingat dalam masa yang singkat sahaja.

Keadaan ini akan menjadi lebih parah jika menjelang cuti hujung minggu dan

cuti persekolahan. Akhirnya guru terpaksa mengulang kembali tajuk pelajaran

lalu yang menyebabkan banyak waktu PdP perlu digunakan.

Ramai murid mudah keliru dengan bunyi huruf yang hampir sama

bentuknya. Sebagai contoh, bunyi “do” dan “so”, “fa” dan “ko”, “da” dan “za”.

Memandangkan sukatan kurikulum Tahun Satu ialah asas kepada sukatan

pelajaran peringkat yang lebih tinggi maka masalah ini menyebabkan

berlakunya defisit pembelajaran jika tidak ditangani di peringkat awal. Murid-

murid juga akan mengalami kesukaran untuk menghafal dan menyebut bunyi

huruf dengan betul.

Sebahagian ibu bapa atau penjaga tidak berbuat apa-apa dalam membantu

anak-anak belajar di rumah. Situasi ini menyukarkan tugas guru untuk

membantu murid-murid yang lemah. Akibatnya, ramai murid yang tidak

melepasi Iqra 1 walaupun telah melepasi Tahun Satu.

Page 170: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 162

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sehubungan dengan itu, inovasi HUBAGAM dihasilkan dan wajar

dipraktikkan agar murid-murid dapat menguasai kandungan pelajaran dengan

cepat dan berkesan serta menjimatkan waktu PdP.

CADANGAN / TINDAKAN PENYELESAIAN

1. Guru mengenal pasti murid-murid yang lemah melalui pemerhatian

semasa sesi PdP. Hal ini dicatat dalam Rekod Kelompok Guru.

2. Proses pemulihan dijalankan semasa waktu PdP dan kelas tasmik. Selepas

6 bulan pertama berakhir, guru memilih 15 orang murid dalam kalangan

murid yang lemah secara rawak untuk dipulihkan melalui tiga kaedah

seperti di bawah :

(a) Kaedah Bunyi :

i. Sebagai permulaan, guru menggunakan kaedah bunyi.

Kaedah ini sangat mudah kerana bunyi yang

diperdengarkan oleh guru akan membantu murid-murid

yang tersebut untuk mengingati kembali bunyi huruf

tersebut.

ii. Sebagai contohnya, huruf “za” berbaris di atas, guru akan

membunyikan “zzzz” dan murid secara spontan akan

menyebut “za”.

iii. Walau bagaimanapun, hanya huruf-huruf za, sa, sya, so,

zo, gho, fa, ma, dan na sesuai dengan menggunakan

kaedah ini.

Page 171: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 163

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b) Kaedah Lakonan Guru :

i. Menyedari kekurangan kaedah bunyi, guru menggunakan

kaedah baharu iaitu Kaedah Lakonan Guru. Kaedah ini

dilakukan dengan bantuan lakonan mulut guru, contohnya,

huruf “alif” berbaris di atas dibunyikan ‘A’ dan guru

membuka mulut dan murid menyebut ‘aaaa”. Begitu juga

dengan huruf “ha” berbaris di atas dilakonkan dengan gaya

menarik nafas sambil membuka mulut dan murid dengan

pantas menyebut “haaaaa”. Huruf yang sesuai

menggunakan kaedah ini ialah alif, ha, kho, a’, dan gho.

ii. Kaedah ini telah banyak membantu guru dan murid dalam

sesi PdP sepanjang kajian dijalankan. Walau

bagaimanapun, masih terdapat beberapa huruf yang tidak

dapat menggunakan kedua-dua kaedah tersebut.

Seterusnya kaedah bantuan gambar digunakan.

(c) Kaedah Bantuan Gambar :

i. Melalui kaedah ini, setiap huruf tunggal yang berbaris di

atas akan disertakan dengan gambar yang bersesuaian

dengan persekitaran murid itu sendiri. Gambar-gambar di

bawah ialah contoh bahan bantu yang boleh digunakan.

Page 172: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 164

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ط

Guru menyebut TO…Tomato….

sambil menunjukkan gambar tomato

Guru menyebut DO…Doremon

sambil menunjukkan gambar

doremon.

Gambar 1 : Contoh kad gambar yang digunakan dalam HUBAGAM

3. Langkah-langkap penggunaan HUBAGAM

(a) Guru memperkenalkan huruf hijaiyah tunggal dan bentuknya.

(b) Kad HUBAGAM ditunjukkan kepada murid mengikut huruf satu

persatu.

(c) Kad HUBAGAM digunakan untuk memudahkan murid mengingat

bunyi huruf berbaris di atas.

(d) Guru menyebut bunyi huruf berbaris tadi dan sebutan suku kata

pertama gambar itu sebagai bayangan bagi bunyi huruf tersebut.

(e) Murid diminta menyebutkan bunyi huruf berbaris di atas berserta

gambar yang diberikan.

Page 173: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 165

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(f) Latih tubi dilakukan oleh guru dengan mengulang huruf-huruf yang

lalu.

(g) Guru menayangkan huruf tanpa gambar dan menyuruh murid

meneka.

(h) Guru menayangkan gambar tanpa huruf dan menyuruh murid

menyebut huruf bagi gambar tersebut.

(i) Guru menjalankan aktiviti tasmik dan meletakkan buku

HUBAGAM bersebelahan murid sebagai rujukan semasa tasmik.

(j) Guru memperbanyak buku HUBAGAM dan diberikan kepada setiap

murid sebagai rujukan dan latih tubi sebelum membaca Iqra’ di

hadapan guru.

4. Kesan Penggunaan HUBAGAM

Kajian yang dilakukan sepanjang Februari hingga Ogos 2011 mendapati

HUBAGAM berjaya mengurangkan jumlah murid yang belum menguasai

Iqra’ seramai 86 orang iaitu daripada 94 orang kepada 8 orang sahaja.

Senario ini dapat digambarkan melalui graf 1 seperti di bawah :

IQRA 1, FEB, 94

IQRA 1, MAC, 82

IQRA 1, APR, 68

IQRA 1, MEI, 53

IQRA 1, JUN, 36

IQRA 1, JUL, 21

IQRA 1, OGS, 15 IQRA 1, SEPT, 13

IQRA 1, OKT, 10 IQRA 1, NOV, 8

JU

M M

UR

ID

BULAN

Graf 1 : Tahap Penguasaan IQRA 1

FEBMACAPR

Page 174: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 166

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Kanak-kanak sangat berminat dan tertarik kepada gambar terutamanya gambar

yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Kajian juga menunjukkan bahawa

otak kanak-kanak lebih mudah mengingat dalam bentuk visual. Oleh itu, selain

teknik bunyi yang digunakan oleh guru, teknik visual juga mampu menarik

minat murid untuk lebih mengingati huruf-huruf berbaris yang berkenaan.

HUBAGAM mampu merangsang dan menarik minat murid dalam PdP

terutamanya untuk membaca Iqra’. Selain itu, HUBAGAM mempunyai

pelbagai kelebihan seperti berikut :

(a) HUBAGAM menggunakan bahan yang jimat, murah, mudah

disediakan dan mudah dibawa.

(b) HUBAGAM mudah diurus dan dikendalikan oleh guru dan ibu

bapa.

(c) HUBAGAM berupaya merentas kurikulum kepada mata pelajaran

lain seperti Pendidikan Seni, Sains, Matematik, Bahasa Melayu, dan

sebagainya.

(d) HUBAGAM juga boleh berperanan sebagai “guru pengganti” jika

ketiadaan guru dan secara tidak langsung membolehkan PdP

berlangsung walaupun tanpa kehadiran guru.

(e) HUBAGAM sesuai digunakan kepada semua tahap kebolehan

murid.

(f) HUBAGAM terbukti berjaya meningkatkan prestasi Iqra’ murid

dalam jangka masa yang singkat.

(g) HUBAGAM mengurangkan penggunakan waktu PdP kerana murid-

murid menguasai kandungan pelajaran dengan cepat.

Page 175: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 167

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Gerakan Melindungi Masa Instruksional (MMI) menuntut komitmen pelbagai

pihak bergerak sederap bagi menjamin hak murid-murid mendapat pendidikan

berkualiti di dalam bilik darjah dapat dipenuhi. Guru-guru dituntut

menghasilkan pelbagai pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyampaikan

kandungan pelajaran kepada murid-murid serta menjadi harapan agar apa jua

pendekatan yang diperkenalkan mampu dimanfaat oleh warga pendidik di

pelbagai peringkat termasuk ibu bapa. Justeru, HUBAGAM amat sesuai

digunakan dalam PdP Iqra 1 dan wajar diperluas penggunaannya kerana

ternyata memberikan kesan positif untuk peningkatan penguasaan pelajaran

dalam kalangan murid dan mempercepat proses PdP. Selain itu, pendekatan

yang berteraskan kontekstual visual ini dapat meminimumkan waktu PdP guru

kerana murid dapat menguasai kemahiran tersebut lebih awal dan

mengurangkan waktu pengulangan pelajaran. Guru-guru pula dapat

menumpukan kepada penyampaian kandungan pelajaran yang baharu sebanyak

mungkin tanpa banyak halangan. Jika pendekatan HUBAGAM dapat

diaplikasikan dengan baik maka matlamat kita untuk MMI dan meningkatkan

keberhasilan murid akan beroleh kejayaan.

Rujukan

Farida Abdul Rahman. (2012). HUBAGAM (Teknik Meningkatkan Kemahiran

Membaca Iqra’ 1 Dengan Cepat dan Berkesan). Jabatan Pelajaran W.P

Labuan.

Suzanne F. Peregroy & Owen F. Boyle. (2008). Reading, Writing and Learning

in ESL. United States of America: Pearson Education Inc.

Suzanne Stokes. Visual Literacy in Teaching and Learning: A Literature

Perspective. Troy State University.

Page 176: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 168

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

http://ejite.isu.edu/Volume1No1/pdfs/stokes.pdf, 10 Feb, 2011.

http://www.sciencedaily.com/releases/2009/03/090304091326.htm, 10 Feb,

2011.

Visual Cues Help People Understand Spoken Words. Science Daily (Mar. 6,

2009).

Page 177: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 169

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJRAN DAN PEMBELAJARAN

YANG BERKESAN DI SEKOLAH UNTUK

MENINGKATKAN KEBERHASILAN

PEMBELAJARAN MURID

14

Page 178: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 170

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG

BERKESAN DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh

MOHD. FAUZI BIN HASHIM

SK. Paya, Beseri, Perlis.

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah Pengajaran dan

pembelajaran (PdP) guru dalam Melindungi Masa Instruksional (MMI) supaya

proses PdP menjadi lebih sistematik, terancang, dan teratur. Guru juga dapat

menentukan terlebih dahulu apakah teknik yang mahu digunakan dalam

pengajaran supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Kepelbagaian kaedah

pengajaran akan mewujudkan tahap motivasi kendiri yang tinggi kepada murid.

Page 179: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 171

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

PdP merupakan aktiviti yang saling berkait dan berlaku secara bersama dalam

satu ruang masa. Pemisah antara dua konsep ini sukar dilakukan secara

praktisnya kerana proses berlaku secara serentak. Konsep pengajaran itu

diwakili oleh individu yang bergelar guru, manakala pembelajaran diwakili

oleh murid. Tanpa guru maka tiada murid (dan sebaliknya) maka tiadalah

aktiviti PdP.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan

pembelajaran murid-muridnya. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru

bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik

dan harmonis, tetapi mereka juga mestilah mencipta pengajaran yang berkesan.

Hal ini bermakna, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat

merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan

keperluan murid.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang

berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini, memerlukan kepakaran guru

dalam menentukan strategi PdP. Situasi ini bermakna, guru boleh menentukan

pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang

sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,

selain berpotensi merangsang murid untuk belajar secara aktif, sstrategi

tersebut haruslah mampu membantu menganalisis konsep atau idea serta

berupaya menarik hati murid bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Page 180: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 172

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bagi menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti

yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi

untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara

jelas. Semua aktiviti diharapkan dapat mempengaruhi intelek, emosi, dan minat

murid secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu

mempunyai urutan yang baik. Persedian perlu diselaraskan dengan isi

kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya, aktiviti yang dipilih itu ialah

gerak kerja yang mampu memberikan sepenuh pengaruh tentang perhatian,

berupaya meningkatkan kesan bagi intelek, ingatan, emosi, minat, dan

kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan

pengajarannya. Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan

bermakna kepada murid-murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu

tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.

KSSR menyarankan agar pembelajaran mempunyai ciri sepunya ‘learning

is fun’ berlaku. Sehubungan dengan itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif

dalam pelaksanaan proses pembelajaran murid. Secara umumnya, sesuatu

proses PdP akan merangkumi 3 fasa iaitu:

Fasa sebelum pengajaran

Fasa semasa pengajaran

Fasa selepas pengajaran

Rajah di bawah menunjukkan urutan ketiga-tiga fasa yang terlibat dalam

proses PdP.

Page 181: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 173

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebelum Pengajaran

Penentuan kemahiran atau isi pelajaran

Penelitian kebolehan sedia ada murid

Penentuan objektif PdP

Penentuan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik Pd P

Pemilihan bahan sumber

Semasa Pengajaran

Pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik

Pengurusan kelas

Penggunaan bahan bantu

Penilaian

Selepas Pengajaran

Penilaian pencapaian

Penganalisisan maklum balas – Refleksi/Impak

Page 182: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 174

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Panduan untuk Pelaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang

Berkesan.

Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai

objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh

difikirkan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Berikut antara yang boleh

difikirkan oleh guru untuk dilaksanakan.

Rancang aktiviti PdP.

Fikirkan pelbagai strategi PdP.

Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada

murid.

Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.

Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan

daripada yang konkrit kepada yang abstrak.

Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.

Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan

menimbulkan rasa ingin tahu murid.

Gunakan bahasa yang dapat difahami dan didengari murid dengan

jelas.

Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid.

Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid.

Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat dan tumpuan murid.

Kerap memberikan peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk

pujian.

Memberikan peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara

berkaitan pembelajaran mereka.

Page 183: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 175

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Apakah Kaedah, Pendekatan dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Yang Sesuai Digunakan?

Dalam KSSR, pelaksanaan pengajaran melibatkan strategi pemusatan guru,

murid, pemusatan bahan dan berasaskan aktiviti / tugasan. Strategi PdP

merujuk kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan merancang kaedah serta

teknik yang umumnya terdapat tiga mod pembelajaran dan boleh digunakan

oleh guru dalam aktiviti PdP di sekolah iaitu:

Pembelajaran secara kelas.

Pembelajaran secara kumpulan.

Pembelajaran secara individu.

Pembelajaran Secara Kelas

Kaedah ini paling biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dalam aktiviti PdP.

Guru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua

murid di dalam sebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas manakala

interaksi murid dengan murid sukar berlaku. Penyampaian maklumat lebih

kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid. Kebiasaannya, BBM juga

sama kepada semua murid. Kadangkala penggunaan papan putih lebih

tertumpu untuk membuat catatan dan penyampaian maklumat.

Dalam konteks KBSR, pelaksanaan pengajaran secara kelas memang sering

berlaku. Penggunaan kaedah kelas ini dilakukan sewaktu di peringkat set

induksi, perkembangan, dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara

kegunaan penting kaedah kelas ialah memberikan pengenalan umum dan

gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topik baharu bagi menyediakan murid

untuk pembelajaran terperinci, membincang dan menjelas sesuatu prinsip,

diskripsi, dan rumusan tentang isi pelajaran.

Page 184: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 176

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pembelajaran Secara Kumpulan

Pembelajaran secara kumpulan bermakna dua atau lebih murid akan disatukan

secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti PdP secara

bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks

KBSR murid-murid boleh disatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut:

Kebolehan

Pencapaian

Minat

Jantina

Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru mudah memberikan bimbingan

dan tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama.

Dalam kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan berlaku

interaksi antara murid dengan murid yang berkebolehan merangsang ahli

sekumpulan yang lain.

Pembelajaran Secara Individu.

Pembelajaran secara individu dalam proses PdP merupakan cetusan pemikir

moden dalam bidang pendidikan. Golongan ini berpendapat setiap individu

murid unik, pelbagai, dan rencam dalam aspek pertumbuhan dan

perkembangan mereka. Justeru, setiap individu murid mempunyai hak untuk

memperkembang aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka melalui

sistem pendidikan.

Pendekatan individu ini sangat fleksibel kerana setiap murid mempunyai

kebebasan untuk menentukan arah tuju pembelajaran mereka. Murid dituntut

mempunyai sifat kendiri dan motivasi yang tinggi kerana segala aspek

Page 185: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 177

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pembelajaran mereka ditentukan oleh murid sendiri. Penggunaan BBM dalam

melaksanakan kaedah individu berbagai-bagai dan perlu disediakan oleh guru.

Kaedah lain yang sesuai dalam konteks masa, murid dan masa pembelajaran

ialah Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Inkuri Penemuan, Pembelajaran

Secara Konstruktivisme dan Pembelajaran Secara Kontekstual.

Pembelanjaran Masteri

Suatu pendekatan PdP bagi memastikan semua murid menguasai hasil

pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum

berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Pembelajaran Inkuiri-Penemuan melibatkan penyiasatan. Dalam penyiasatan

ini proses-proses yang berlaku ialah membuat pemerhatian, membuat hipotesis,

merancang dan melaksanakan penyiasatan, menterjemah dapatan dan membuat

kesimpulan, dan berkomunikasi.

Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan

menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

membina pengetahuan baharu.

Page 186: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 178

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi

kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam

pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang

melibatkan hands-on dan minds-on.

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan ICT / TMK

YAB Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada bulan September yang lalu.

Pelan ini menyatakan hasrat dan tekad Kementerian Pendidikan dalam

meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk

meletakkan Malaysia dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas

di dunia.

Sehubungan dengan itu, sudah semestinya inovasi dalam PdP berasaskan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan pencetus kreativiti

dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran

yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Transformasi ini penting

dalam usaha melengkapkan anak didik kita dengan pengetahuan, kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis, serta berupaya berkomunikasi dengan

berkesan pada peringkat global.

Prinsip Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk

Menjana Inovasi

Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam PdP. Pertama, murid

mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka

mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua, dengan memperoleh

Page 187: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 179

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran ini, murid dapat mengaplikasi dan mengintegrasi TMK dalam

pembelajaran mereka. Bagi menjayakan perkara ini, murid perlu mempelajari

TMK secara kaedah amali (hands-on) dan memperoleh kemahiran TMK yang

boleh dikuasai dalam konteks PdP untuk menjana inovasi.

Penggunaan TMK Dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.

TMK tidak semestinya diguna pakai sepanjang proses PdP. Guru dan murid

perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan PdP mereka.

Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran membolehkan murid

mengukuhkan lagi pembelajaran dan pembelajaran serta mencapai standard

kurikulum. Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih

seronok dan membentuk guru dan murid untuk menjadi lebih kreatif dan

inovatif.

RUMUSAN

Dalam konteks penggunaan TMK dalam PdP, tiada satu cara pun boleh

dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang

sebenarnya ialah penggunaan TMK sesuai dengan keperluan murid serta dapat

membuahkan hasil yang diharapkan. Penggunaan TMK dalam PdP dapat

dilihat daripada dua aspek, iaitu aspek pengajaran (Guru menggunakan TMK)

dan aspek pembelajaran (Murid menggunakan TMK).

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam PdP boleh dikategori

sebagai:

Tutorial,

Penerokaan (eksploratori),

Aplikasi, dan

Komunikasi.

Page 188: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 180

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Perancangan PdP yang berkesan diharapkan dapat melahirkan generasi yang

kreatif dan inovatif selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani,

emosi, rohani, intelek, dan sosial. Keberkesanan PdP ini juga akan mengubah

minda, pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran bagi meningkatkan

kualiti instruksional dalam kalangan guru di samping meningkatkan jaringan

profesionalisme inter dan intra sekolah.

SYOR

1. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan

pembelajaran muri-murid dengan mewujudkan situasi pengajaran yang

berkesan.

2. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang

minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan

murid.

3. Guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan

mereka. Situasi ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi

PdP dan menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-

teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid.

4. Guru perlu menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran dengan

merancang pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid.

Page 189: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 181

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Negara,

Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mak Soon Sang. (2008). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P

Gred DGA34, DG44 & DG48. Kuala Lumpur : Multimedia-ES Resources

Sdn.Bhd.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1992). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : DBP.

Raiff, J.C. (1992). Learning Style. Washington Dc: National Education

Association

Yufiza binti Mohd. Yusof. (2005). Gaya Pembelajaran dan Hubungan dengan

Pencapaian Pelajar Perakaunan.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan

Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Page 190: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 182

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERKESA DI BILIK DARJAH DAPAT

MENJANA MODAL INSAN YANG

BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN,

DAN MENGHAYATI NILAI-NILAI

MURNI

15

Page 191: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 183

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DI BILIK

DARJAH DAPAT MENJANA MODAL INSAN YANG

BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN, DAN MENGHAYATI

NILAI-NILAI MURNI

oleh

AB. AZIZ BIN OMAR

SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan.

Abstrak

Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan menghayati

nilai-nilai murni sejagat, sekolah merupakan institusi sosial yang paling relevan.

Sekolah amat berkait rapat dengan pentadbir, guru, murid dan ibu bapa termasuklah

PdP di bilik darjah. PdP di bilik darjah ialah suatu proses melentur dan membina

tamadun murid ke arah yang lebih sempurna dalam semua aspek kehidupan untuk

masa hadapan. Bahagian pengenalan tulisan ini, menghuraikan konsep dan rupa

bentuk modal insan berpengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni

diikuti konsep bilik darjah dan PdP yang berkesan. Bahagian isi pula, akan

menyingkap isu-isu PdP berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang

berilmu pengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.

Bahagian kesimpulan, dikemukakan beberapa cadangan yang konstruktif serta syor-

syor yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Page 192: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 184

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Berlandaskan Wawasan 2020, ditegaskan bahawa dalam usaha kita untuk

maju, tidak ada yang lebih penting daripada pembangunan sumber manusia

(Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, 1991). Misi Nasional

dan Rancangan Malaysia Ke-9 telah menetapkan, “ Pembangunan modal insan

berminda kelas pertama “ sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah

mencapai Wawasan 2020 (Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,

Perdana Menteri Malaysia, PIPP, 2006-2010).Ciri-ciri modal insan yang

hendak dilahirkan oleh Kementerian Pendidikan melalui PIPP 2006-2010,

antara lain ialah modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek,

rohani, emosi, kepercayaan kepada Tuhan, berilmu, berkemahiran, berakhlak

mulia, berpegang kepada nilai-nilai murni, berkeyakinan tinggi,

berketerampilan, dan mengamalkan gaya hidup sihat (Perutusan Tahun Baru

2008, Menteri Pendidikan Malaysia).

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), menjana bermaksud

berkembang dan meningkat maju, membuat supaya membangun (maju dan

berkembang), membina, dan memajukan. Dengan erti kata lain menjana modal

insan ialah sumber tenaga atau manusia iaitu rakyat perlu dimajukan, dibina,

dikembangkan dan diberi nilai tambah. Dalam konteks PIPP, rupa bentuk

modal insan yang hendak dibangunkan ialah modal insan yang dapat membina

negara ini, yang dapat mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara, yang

dapat memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara (Dato’ Hishammudin

Tun Hussein, Menteri Pendidikan, PIPP 2006-2010). Dalam PIPP, telah

ditegaskan bahawa dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk

membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran

serta menghayati nilai-nilai murni (PIPP, 2006-2010).

Kamus Dewan Edisi Keempat 2007 (DBP, hal.1571) mentakrifkan

berpengetahuan ialah mempunyai pengetahuan, berilmu, dan terpelajar. Oleh

Page 193: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 185

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

itu, modal insan yang berpengetahuan ialah sumber manusia, rakyat atau warga

negara dan sumber tenaga yang mempunyai ilmu dan terpelajar.Ilmu ialah

maklumat, data, dan keterangan daripada pelbagai disiplin umpamanya, bidang

sains, sejarah, kemasyarakatan, dan sebagainya (Sukatan Pelajaran

Kesusasteraan Melayu, KBSM, 1991 Semakan Semula 2002, PPK, KPM).

Merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), konsep ilmu atau intelek

mengambil kira aspek-aspek hikmat iaitu ilmu yang boleh membawa kepada

kebenaran, daya pemikiran yang lojik, analitis, kreatif, inovatif, dan ilmu yang

bermanfaat (KBSM, PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Dalam

aspek ilmu dan impian untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, Dr.

Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri telah meletakkannya sebagai

cabaran keenam dalam Dasar Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya

perubahan tinggi dan berpandangan jauh, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa

depan. Beliau menambah, apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang

empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting daripada apa yang kita ada

di bawah tapak kaki dan sekeliling kita (Wawasan 2020, 1991). Dalam PIPP

telah ditegaskan bahawa modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk

berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah,

berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta

berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran dunia global yang sering

berubah-ubah (PIPP 2006-2010).

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mendefiniskan berkemahiran ialah

mempunyai kemahiran, terlatih untuk mengerjakan sesuatu, mempunyai

kecekapan, kelancaran, dan kepandaian. Jadi modal insan yang berkemahiran

ialah sumber tenaga, rakyat, warga negara atau tenaga kerja yang mempunyai

Page 194: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 186

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran, kecekapan, kepandaian serta mampu melakukan, dan dapat

menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Konsep berkemahiran ini ada

ditegaskan dalam Dasar Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara

maju, bahawa kita tidak boleh tidak perlu berhasrat untuk mencapai taraf paling

tinggi dari segi kemahiran rakyat kita (Dr. Mahathir bin Mohamad, Wawasan

2020, 1991). Untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran, PIPP

2006-2010 telah menegaskan bahawa bagi meningkatkan kualiti murid dari

segi bina upaya insan human capacity building perlu adanya sistem pentaksiran

peringkat sekolah. Sistem pentaksiran holistik ini memberikan tumpuan kepada

pemupukan nilai-nilai yang menyeluruh seperti nilai kreatif, inovatif, kritis,

berdisiplin, dan berakhlak mulia dalam kalangan pelajar ( Kad Laporan Kedua

PIPP 2006-2010, KPM ).

Mok Soon Sang (2007), mentakrifkan nilai sebagai kepercayaan dan sikap

yang mendorong seseorang atau institusi untuk melakukan sesuatu tindakan.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (2005)

mendefinisikan nilai sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat

untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap

sesuatu perkara, darjah, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai

seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Kurikulum

Semakan Semula Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 2002 (KBSM),

mentakrifkan nilai kemanusiaan yang dikenali juga sebagai nilai murni atau

nilai moral bermaksud sesuatu perbuatan atau tingkah laku positif yang

diamalkan dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Konsep penghayatan nilai murni ini

akan lebih terserlah jika dirujuk kepada Falfasah Pendidikan Kebangsaan

(KBSM 1988) yang menggariskan bahawa dalam konteks pendidikan yang

luas, matlamat pendidikan bukan sahaja diorientasikan kepada masyarakat

tetapi dituju ke arah pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran, keadilan,

dan kebersihan dalam masyarakat. Demikianlah nilai-nilai hidup yang harus

Page 195: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 187

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dibina menerusi pendidikan andainya kita benar-benar mahu membina

manusia. Ilmu yang disampaikan, sekiranya tidak memiliki teras dan nilai-nilai

murni yang boleh diserapkan dalam diri pelajar, maka ilmu tersebut tidak

memanfaatkan malah jauh daripada membawa kebenaran. Unsur nilai

merupakan komponen bersepadu yang penting dan dilaksanakan merentasi

kurikulum selain yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral

(PPK, KPM, 1988). Kementerian Pendidikan Malaysia melalui dasar KBSM

telah menggariskan enam belas senarai nilai murni guru perlu diterapkan

kepada pelajar di sekolah. Antaranya, baik hati, berdikari, hormat-

menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan

fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan,

kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat, dan semangat

kewarganegaraan. Dalam konteks PIPP 2006-2010, ditegaskan bahawa

kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti

sistem pendidikan negara. Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk

membangun satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem ini perlu

membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral,

dan beretika tinggi (Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana

Menteri Malaysia, PIPP 2006-2010). Kesimpulannya, modal insan yang

menghayati nilai-nilai murni ialah rakyat, warganegara, sumber tenaga dan

murid yang betul-betul dapat memahami dan mengamalkan ciri-ciri positif

dalam kehidupan seharian mereka.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan bilik darjah ialah tempat

yang merumahkan murid buat sementara waktu, iaitu selama lima hingga enam

jam dalam satu hari, dan untuk lima hari dalam seminggu. Bilik ini merupakan

persekitaran pembelajaran yang paling penting kerana ketika murid berada di

sekolah, hampir semua daripada masanya dihabiskan di bilik ini.

Page 196: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 188

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pengkaji kertas kerja ini mentakrifkan bilik darjah ialah tempat khas di

sekolah yang disediakan oleh KPM untuk guru mengajar dan murid belajar.

Dengan erti kata lain, tempat berlakunya PdP secara formal. Untuk mencapai

tahap PdP berkesan, sesebuah bilik darjah mestilah berada dalam keadaan

ceria dan mempunyai tampalan-tampalan bahan yang berkaitan dengan PdP.

Bilik darjah yang kondusif dan ceria akan menimbulkan rangsangan belajar

yang tinggi dalam kalangan pelajar .

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan penyampaian ialah

perihal menyampaikan sesuatu. Pengajaran ialah perihal mengajar serta segala

sesuatu yang berkaitan dengan pengajaran seperti cara atau sistem mengajar.

Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Berkesan ialah menimbulkan

hasil yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan serta

mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran seseorang atau sesuatu

golongan seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau

perasaan.

Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran merupakan aktiviti atau

proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran

tertentu. Pengajaran juga ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang

diusahakan bersama oleh guru dan murid. Beliau mengatakan pembelajaran

merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran.

Daripada definisi dan takrifan di atas, dapat dirumuskan bahawa

penyampaian pengajaran dan pembelajaran berkesan ialah suatu proses

pemelajaran di bilik darjah yang menyeronokkan, menimbulkan rangsangan,

dan menarik minat murid-murid. PdP juga suatu proses pemelajaran yang

berakhir dengan kepuasan dan meninggalkan kesan perubahan minda,

kemahiran dan tingkah laku positif kepada murid.

Page 197: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 189

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Untuk mencapai taraf PdP berkesan di bilik darjah, guru perlulah

memainkan peranan utama selain memastikan bilik darjah sentiasa dalam

keadaan ceria. Sikap guru yang berpakaian kemas (SPI Bil.13, 1969: SPI Bil.

6, 1985), berdisiplin, yakin diri, adil, dan bersungguh-sungguh merupakan asas

utama ke arah pengajaran dan pembelajaran berkesan di kelas. Guru juga

mestilah menguasai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid di samping

menguasai kurikulum,sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini.

Guru juga mestilah menguasai pedagogi (pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti,

aplikasi kemahiran bernilai tambah, sistem penilaian, aspek pengisian

kurikulum dan sebagainya). Guru mesti mampu merancang dan menyediakan

rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian yang

memenuhi spesifikasi KBSM sesuai dengan tajuk, aspek, objektif, HPU, HPK,

dan HHP yang hendak dicapai. Di samping itu, guru juga harus memiliki

dokumen-dokumen rasmi PdP seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan

pelajaran terkini dan buku rekod mengajar. Guru seharusnya boleh mencipta

teknik-teknik PdP baharu atau paling kurang mengadaptasi teknik-teknik yang

sedia ada, misalnya Teknik Pemaduan Seni Wayang Kulit untuk PdP prosa

tradisional. Untuk lebih memantapkan lagi proses PdP berkesan di bilik darjah,

guru seharusnya mampu membina sendiri alat bantu mengajar sama ada dalam

bentuk dokumen bertulis, audio visual seperti pita rakaman, cakera padat CD

atau DVD.

Sebagai kesimpulan, dalam rangka untuk menzahirkan PdP berkesan di

bilik darjah, guru tidak boleh mengabaikan beberapa strategi PdP yang telah

ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum, KPM (2002), yakni

pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik,

kepelbagaian sumber, dan pembacaan luas.

Page 198: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 190

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ISI KANDUNGAN

1. Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah

menjana modal insan yang berpengetahuan

Aspek ilmu yang hendak diajar ialah teknik plot dan gaya bahasa dalam

genre novel Restu, (Ismail Kassan, 2000). Pendekatan digunakan ialah

pendekatan berfokus manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks

dan pemahaman, membaca, dan melakonkan adegan. Teknik pula ialah

lakonan dan main peranan menggunakan aplikasi kemahiran berfikir.

Aktiviti yang dirancang ialah teknik aktiviti membaca petikan dalam

teks novel Restu (hal. 235-241) dan penilaian dibuat secara formatif

(lisan, pemerhatian, dan penulisan). Guru berperanan untuk

menyediakan petikan novel dalam bentuk dialog (Lampiran 1) dan

mengawal situasi pembelajaran.

Selepas sesi set induksi berkaitan pembelajaran terdahulu, murid diminta

membuka dan membaca teks novel Restu di halaman 235-241 dengan

memberikan penekanan tentang peristiwa menggunakan teknik plot

(suspen dan kejutan) dan jenis-jenis gaya bahasa yang ada dalam petikan

tersebut. Selepas itu, guru mengemukakan beberapa soalan kepada

murid. Guru memanggil lima orang murid ke hadapan kelas dan

memberikan salinan petikan yang telah diubah ke dalam bentuk dialog

kepada setiap murid. Guru meminta murid membaca perenggan dialog

dalam bentuk lakonan yang memperlihatkan adanya unsur suspen dan

kejutan (Lampiran 2). Selepas dialog dibaca, guru bertanya beberapa

soalan mengenai teknik plot dan gaya bahasa. Guru memberikan sedikit

penjelasan dan meminta murid merumuskannya.

Page 199: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 191

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kaedah, teknik dan aktiviti seperti ini sangat menarik,berkesan, dan

menyeronokkan murid kerana 70% perkembangan PdP di bilik darjah

berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai pemudah cara untuk

membimbing situasi PdP. Penilaian dibuat berdasarkan keaktifan murid

seperti menjawab soalan, membaca petikan, membaca dialog dalam

bentuk lakonan, dan merumuskan nota. Sehubungan dengan itu, ilmu

yang boleh dibina dan dipupuk secara langsung kepada murid di sini

ialah ilmu sastera dalam aspek teknik plot dan jenis-jenis gaya bahasa.

Sementara ilmu atau pengetahuan lain yang terserap secara tidak

langsung ialah ilmu psikologi, kemasyarakatan dan ilmu seni

mempertahankan diri.Strategi PdP yang dicadangkan ini sangat berkesan

untuk menjana modal insan yang proaktif, kreatif, kritis, inovatif,dan

berkualiti untuk masa depan negara.

Daripada amalan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah seperti di

atas, kesannya amat membanggakan. Keadaan ini dapat dilihat dengan

peningkatan pencapaian kualiti mata pelajaran Kesusasteraan Melayu

dalam peperiksaan SPM di SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, selama

enam tahun secara berturut (2006–2011). Data lengkap pencapaian dapat

dilihat dalam carta di bawah.

TA

HU

N

JUM

LA

H

CA

LO

N

A+ A A- B+ B C+ C D E G

JUM

LU

LU

S

%

LU

LU

S

GP

MP

2006 101 0 1 2 9 14 17 16 24 18 83 82.2 6.95

2007 106 2 4 16 15 16 20 12 11 10 96 90.6 5.69

2008 103 4 12 15 15 12 9 16 9 11 92 89.3 4.95

2009 82 1 8 17 14 10 15 4 6 3 04 78 95.1 3.96

2010 98 1 13 18 15 17 10 9 5 6 4 94 95.9 3.93

2011 95 2 19 27 17 5 5 3 6 3 8 87 91.6 3.42

Page 200: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 192

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebagai rumusan, PdP berkesan di bilik darjah dengan mengamalkan

strategi berpusatkan murid dapat menghasilkan modal insan yang

mantap dari segi pengetahuan dan pemikiran.

2. Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah

menjana modal insan yang berkemahiran

Melalui mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, banyak aspek kemahiran

yang boleh dibina untuk pembangunan murid atau modal insan.

Antaranya ialah kemahiran membaca, bercakap, berdialog, mendengar,

menghayati, mendeklamasi sajak, melagukan syair, berpantun, berlakon,

mencipta puisi (sajak, pantun, syair, dan seloka), menghasilkan skrip

drama, membuat projek sastera, dan sebagainya.

Salah satu daripada kemahiran yang perlu diajar kepada murid

Tingkatan Empat dan Lima seperti yang terkandung dalam Sukatan

Pelajaran Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM (Sukatan

Semakan Semula 2002 ialah menghasilkan dan mempersembahkan puisi

(KBSM, PPK, KPM). Aspek menghasilkan dan mempersembahkan

puisi (sajak, pantun,syair, gurindam, dan seloka) merupakan perkara

asas yang perlu diajar kepada murid. Untuk mengaplikasi dan

merealisasikan aspek kemahiran membina dan mendeklamasi puisi,

memerlukan kepakaran guru (PdP berkesan). Misalnya, selepas tajuk

dan objektif PdP telah ditetapkan, iaitu murid boleh membina dan

mempersembahkan sajak dengan baik. Proses PdP seterusnya ialah

aktiviti guru dan murid mencipta dan mendeklamasi sajak. Tema sajak

yang hendak dibina dan dipersembahkan ialah, ‘Kebesaran Tuhan’.

Aspek pedagogi yang digunakan ialah pendekatan berfokus, kaedah

mendengar pita rakaman, soal jawab, teknik penerangan, latihan,

menggunakan lembaran kerja, kemahiran bernilai tambah (aplikasi

Page 201: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 193

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara

belajar), aktiviti melengkapkan lembaran peta grafik, mencipta, dan

mendeklamasikan sajak. Penilaian dibuat secara formatif (lisan,

pemerhatian, dan penulisan). Kerja pengukuhan ialah menjelaskan tema

dan persoalan-persoalan sajak yang dibina.

Set induksi dimulakan dengan guru menyoal murid tentang tajuk dan

jumlah rangkap sajak yang dipelajari pada pelajaran lepas.

Perkembangan PdP diteruskan dengan guru memperdengarkan pita

rakaman deklamasi sajak berjudul, ‘Ibadat’ karya Sabar Bohari (1995)

yang dideklamasikan oleh R. Azmi (guru dari SMK Machang).

Beberapa soalan seperti nada dan unsur agama yang terdapat dalam

sajak tersebut dikemukakan kepada pelajar. Seterusnya guru

mengedarkan kepada setiap pelajar LPG (carta pai) yang tercatat tema

dan kata kunci untuk pembinaan setiap rangkap sajak seperti di bawah.

Tema Sajak

Kebesaran Tuhan

Manusia

………………………………………………………

Bumi

……………………………………………………….

Matahari

……………………………………………………….

Mati

…………………………………………………………

Page 202: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 194

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan kata kunci dalam setiap petak di atas, murid diminta

membina baris-baris ayat dengan bahasa yang puitis dalam masa tiga

puluh minit. Selepas setiap petak siap dibina dengan bimbingan guru,

dan sajak siap dicipta, satu atau dua orang murid diminta

mendeklamasikannya. Guru akan menegur aspek kelemahan deklamasi

murid seperti gaya, nada, suara, kelancaran, dan penghayatan.

Kesimpulannya, potensi dan kemahiran murid boleh dipupuk dengan

bimbingan guru di bilik darjah secara berkesan dan bijaksana. Apabila

murid sudah terbiasa dengan teori dan konsep kemahiran mencipta

sesuatu, maka dengan mudah projek-projek tugasan lain di luar bilik

darjah boleh dilaksanakan dengan baik. Misalnya, tugasan projek folio

sastera SPM yang mempunyai lima puluh tajuk yang diberi kepada

murid-murid telah dapat diselesaikan dengan sempurna (Rujuk kepada

Lampiran 3). Kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang seperti inilah

yang hendak dipupuk dan dibina dalam PIPP 2006-2010, iaitu modal

insan sebagai penyumbang dan bukan lagi sekadar pengguna.

3. Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah

menjana modal insan yang menghayati nilai-nilai murni

PdP nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu boleh dilaksanakan dengan dua cara, iaitu secara

langsung dan tidak langsung.

Dalam penyampaian PdP berkesan di bilik darjah, pengkaji cuba

menghuraikan aplikasi dan penghayatan nilai murni atas pelajar atau

modal insan melalui kedua-dua cara ini sebagai contoh, PdP aspek nilai

kemanusiaan dan pengajaran dalam cerpen, ‘Pawana’ karya Zaharah

Nawawi (1997). Pendekatan digunakan ialah pendekatan berfokus dan

Page 203: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 195

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

analitik manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks dan

pemahaman, membaca teks dan perbincangan, dan kerja kumpulan.

Teknik yang digunakan ialah, menggunakan lembaran kerja dan

sumbang saran manakala kemahiran bernilai tambah (Aplikasi

kemahiran berfikir), aktiviti perbincangan dalam kumpulan (Rujuk

kepada Lampiran 4), membaca teks, mengisi carta, dan pembentangan.

Set induksi dimulakan dengan guru bertanya murid maksud nilai

kemanusiaan atau nilai murni dan jenis-jenisnya sebagai mengulang kaji

pelajaran lepas. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan iaitu

lapan orang setiap kumpulan. Guru meminta murid membuka teks

“Bacalah dalam Bahasamu”, Siri A halaman 54-64. Guru menentukan

halaman mengikut kumpulan, iaitu kumpulan 1 (halaman 54-55),

kumpulan 2 (halaman 56-57), kumpulan 3 (halaman 58-59), kumpulan 4

(halaman 60-61), dan kumpulan 5 (halaman 62-64). Guru meminta

setiap kumpulan meneliti nilai kemanusiaan atau nilai murni dan

pengajaran beserta contoh peristiwa yang terdapat di halaman teks

seperti yang telah ditetapkan dan mengisi carta yang diedarkan kepada

setiap kumpulan dalam masa 40 minit seperti di bawah.

Senarai nilai

murni

Contoh

peristiwa

Senarai

pengajaran

Contoh peristiwa

1)

2)

3)

4)

5)

Page 204: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 196

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru menyarankan setiap kumpulan tampil ke hadapan bilik darjah

untuk membentangkan hasil penemuan masing-masing. Guru membuat

rumusan dan meminta murid mencatatkannya di dalam buku catatan.

Daripada pelaksanaan penyampaian PdP di bilik darjah seperti di atas,

aplikasi penghayatan dan pelaksanaan nilai-nilai murni telah pun

berlaku. Aplikasi penghayatan nilai-nilai murni secara tidak langsung

ialah melalui aktiviti kerja kumpulan dan pembentangan hasil

penemuan. Dalam aktiviti kerja kumpulan, penerapan nilai-nilai murni

yang berlaku ialah nilai kerjasama, ketekunan, ketelitian, berdisiplin,

menepati masa, semangat persaingan yang sihat, berbahasa sopan

santun, menghormati pandangan rakan sebaya, akur kepada arahan, dan

sebagainya. Dalam aktiviti pembentangan hasil penemuan kumpulan di

depan kelas, nilai-nilai murni yang terserlah dan dapat dibina dalam

kalangan murid atau modal insan ialah nilai keberanian, yakin diri, tidak

segan, berbahasa sopan santun, dan menghormati guru.

Penilaian penghayatan nilai-nilai murni dibuat melalui lisan, penulisan,

dan pemerhatian atas tingkah laku, sikap, dan tindak tanduk murid

sepanjang masa PdP. Penyampaian PdP seperti di atas, amat menarik

kesannya. Kesannya dapat dilihat berlaku perubahan sikap, amalan,

tindakan, dan tingkah laku murid ke arah yang lebih positif. Misalnya,

kelas lebih terkawal dan tidak bising dan tugasan yang diberi kepada

pelajar dapat disiapkan dengan baik. Apabila dikemukakan soalan

mengenai pelajaran, murid berdiri dan menjawab dengan sopan. Ketika

mula melangkah kaki ke kelas, murid berdiri dan memberikan salam.

Selepas tamat masa pengajaran, murid berdiri dan mengucapkan terima

kasih.

Page 205: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 197

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kesan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah dalam aspek

penghayatan nilai-nilai murni terbukti apabila Raja Fadhilah binti Raja

Ahmad, murid Tingkatan 5P3, telah dilantik sebagai Ketua Pengawas

Sekolah sesi 2007, di SMK.Sultan Ibrahim Satu. Dari segi akademik,

murid ini hanya mendapat 4B mata pelajaran Kesusasteraan Melayu

(SPM 2006), tetapi dengan kekuatan nilai-nilai murni yang dimilikinya

menyebabkan beliau dipilih sebagai Ketua Pengawas Sekolah. Dengan

nilai yakin diri yang tinggi, beliau telah dapat berucap dengan baik

sebagai pengerusi majlis, dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Guru

dan Murid, di Dewan Besar, SMK. Sultan Ibrahim Satu, pada 4 April,

2008 ( Rujuk Lampiran 5).

Kesimpulannya, melalui penyampaian PdP berkesan di bilik darjah

secara terancang dan penuh komited, saya yakin, kita mampu membina,

memupuk dan menghasilkan modal insan yang memiliki sahsiah

cemerlang, gemilang, dan terbilang.

KESIMPULAN

Penyampaian PdP berkesan di bilik darjah merupakan satu strategi penting

pendidikan yang perlu diberi perhatian serius oleh semua guru. Untuk

mencapai tahap PdP berkesan, guru merupakan terasnya. Guru harus terlebih

dahulu menyediakan dirinya dengan segala unsur yang melibatkan

profesionalismenya. Dengan kekuatan dalaman dan luaran guru, di samping

elemen-elemen lain yang menyokong sistem pendidikan yang sedia ada pada

hari ini, modal insan yang hendak dijana dan dilahirkan sebagaimana yang

terkandung dalam PIPP 2006-2010 diharap akan dapat dicapai.

Page 206: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 198

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Untuk memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada, khususnya ke

arah menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan

menghayati nilai-nilai murni, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu hendaklah

dijadikan sebagai mata pelajaran teras di peringkat SPM, kerana mata pelajaran

ini mempunyai banyak ilmu, kemahiran dan nilai murni yang boleh membentuk

seseorang insan. Pelaksanaan sistem penilaian dan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah seperti membuat projek dan slot persembahan bagi mata pelajaran ini

akan meningkatkan potensi diri yang ada dalam kalangan murid. KPM juga

harus memikirkan satu penandaarasan khusus tentang cara mentaksir

penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan murid kerana pencapaian

akademik semata-mata belum pasti menjamin kesejahteraan masa depan

mereka.

SYOR

1. KPM hendaklah menjadikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu

sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil dan lulus oleh semua

murid di peringkat peperiksaan SPM kerana dalam mata pelajaran ini

terdapat banyak amalan nilai murni yang sangat untuk menjana modal

insan yang berjiwa kemanusiaan.

2. Untuk mencapai tahap PdP berkesan di bilik darjah, guru-guru hendaklah

menambahkan pengetahuan dalam bidang pendidikan dari semasa ke

samasa. Guru-guru haruslah menguasai keseluruhan aspek bahan PdP

sebelum memasuki sesuatu kelas. Guru-guru hendaklah menguasai dan

memahami Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Pedagogi

terkini (KBSM 2002 yang diubahsuai). Guru-guru harus menguasai

pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, teknik, kemahiran bernilai tambah,

dan aspek pengisian kurikulum. Guru-guru harus mampu menggunakan

Page 207: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 199

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BBM yang sesuai dan terkini. Guru-guru juga dicadangkan agar boleh

mencipta inovasi dan kaedah PdP yang menarik. Tidak hanya tertakluk

dan terkongkong dengan apa yang sedia ada.

3. Guru-guru hendaklah mempunyai visi dan misi serta bersemangat dan

bermotivasi tinggi sepanjang masa. Guru-guru juga mestilah mempunyai

pengetahuan yang luas dalam aspek pembinaan soalan ujian atau

peperiksaan di samping berpengalaman dalam pemeriksaan kertas di

peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia dan sebagainya.

4. Disiplin dan sahsiah diri merupakan tonggak penting yang perlu dijaga

oleh setiap guru. Disiplin dari segi masa, pakaian, tutur bicara, dan

perilaku merupakan unsur yang tidak boleh diabaikan.

Rujukan

PIPP 2006-2010. Laman Web. KPM: www.moe.gov.my

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mok Soon Sang. (2007). Penilaian Tahap Kecekapan Kompetensi Umum untuk

Pegawai Perkhidmatan Awam. Selangor: Multimedia-ES Resourses Sdn

Bhd.

Mok Soon Sang. (2007). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) :

Pengajaran & Pembelajaran (PdP). Selangor : Multimedia-Es Resourses

Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim

Perkhidmatan Guru, Edisi Kedua. Subang Jaya : Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Dr. Mahathir Bin Mohamad. (1991). Wawasan 2020. Biro Tatanegara: Jabatan

Perdana Menteri Malaysia.

Page 208: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 200

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Budi Bahasa Budaya Kita. (2005). Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan Malaysia. Selangor : MBH Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur :

Vinlin Sdn. Bhd.

Ismail Kassan. (2000). Novel Restu. Kuala Lumpur : Gapeniaga Sdn. Bhd.

Bacalah Dalam Bahasamu, Jilid A. (2000). DBP, KPM. Kuala Lumpur : Rina

Sdn. Bhd.

KBSM. (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM. (1991) (Semakan Semula

2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 209: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 201

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

Petikan novel Restu ( Bab 24 ) yang diubahsuai dalam bentuk dialog

Ikram : “Tuan-tuan lebih ramai dan lengkap bersenjata. Saya Cuma

seorang. Bagaimana kalau kita berunding saja?

Rozali : “Berunding? Hei, kau ingat ni mesyuarat? Kau takut mati ya,

tuan A.D.O.? Ha! Ha! Ha! ( Ketawa kuat )

Ikram : “Ya, berunding! Tuan-tuan mau apa? Wang? Kereta ini atau

apa saja barang dalam stor itu. Ambillah! Tolonglah jangan

ganggu saya.”

Rozali : “ Tuan A.D.O. kita ni penakut rupanya! Aku ingat dia ayam

jantan Penarik Hulu! Rupa-rupanya cuma kucing kurap! Hei,

dengar sini! Aku mau semuanya, wang, kereta kau, barang-

barang dalam stor itu dan tambah satu lagi nyawa engkau.

Ikram : “ Apa tujuan tuan-tuan buat macam ini? Siapa sebenarnya

tuan-tuan semua? Saya tak ada salah apapun kepada tuan-

tuan.”

Rozali : “ Hei, Dol! Dia panggil aku tuan. Muka penjahat

antarabangsa macam aku ini dipanggil tuan oleh tuan A.D.O.

Rupanya tuan A.D.O. ini memang betul-betul pengecut.”

(Ketawa beramai-ramai).

Dol/Abdullah : “ Li, entah-entah seluar dia dah basah tak? Ha! Ha! Ha! Aku

sukalah kalau dapat tengok dia merangkak atas jalan tanah

merah yang cantik ini melalui celah kelangkang aku. Apa

macam, Li?”

Rozali : “ Din, Dol, dia nak kenal siapa akulah. Macam mana? Boleh

tak aku perkenalkan diri aku yang mulia ini? Ha! Ha! Ha!

“Tuan A.D.O. kita sibuk benar nampaknya. Malam-malam

hari begini masih lagi merayap dari rumah ke rumah,

berkempen.”

Page 210: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 202

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Hei, engkau betullah tak berhati perut! Kalau kunci air ini

siap, jalan pun siap jugak. Bila jalan dah siap, lori enam roda

dari bandar boleh terus masuk ke hulu. Kami semua nak

makan apa? Bodoh? Tolol!”

Ikram : ” Li, Rozali! Aku tau engkau Rozali. Ini bukan cara yang baik

untuk selesaikan masalah. Kita boleh berunding. Kita boleh

adakan peraturan melarang lori besar masuk ke dalam

kampung. Lori-lori milik engkau masih boleh terus

mengangkut hasil macam biasa.”

Rozali : “Ya, aku Rozali (sambil merenggut kain hitam yang

membungkus mukanya).

Rozali yang telah engkau malukan dalam gelanggang silat

beberapa bulan lalu. Takkan tuan A.D.O. dah lupa!”

Ikram : “Jadi, selama ini engkaulah orang yang mencuri barang-

barang dari stor itu?”

Rozali : “Ya, akulah yang mencuri barang-barang itu!”

Dol/Abdullah : “Li, apa yang kau buat ini?”

Rozali : “Ah, aku tak peduli! Sekejap lagi tuan A.D.O. ini bersekali

penjaga stor itu akan hangus jadi abu. Hei, tuan A.D.O.!

Kalau kau hendak tau, akulah jugak yang menikam Tok

Leman dulu, sampai dia jadi separuh mati. Dan abang kau,

Yazid yang tolol itu yang kena tuduh. Sekarang engkau

adiknya pulak akan menerima nasib macam si bahlul itu.

Cukup bertuah aku malam ini.” (Ketawa berdekah-dekah).

Mengingatkan nasib malang abangnya Yazid, kepada

tanahnya yang telah bertukar milik akibat undian dan sikap

biadap Rozali, Ikram semakin hilang kesabaran.

Dengan pergerakan yang cukup pantas Ikram mengayun satu

tendangan tepat ke arah perut si kekar dan pergaduhan yang

mencemaskan terus berlaku...

Page 211: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 203

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dari arah belakang kereta tiba-tiba muncul satu lembaga

manusia. Lembaga itu kelihatan memegang sepotong kayu.

Dengan kayu di tangan, lembaga itu menghentam mudah dua

daripada musuh yang sedang bersedia untuk menyerang

Ikram.

Pak Usop : “Cukup! Jangan dipukul lagi. Buka ikatan penjaga stor itu”.

Page 212: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 204

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2

Kaedah membaca dialog menggunakan petikan novel Restu, Bab 24

Page 213: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 205

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

Projek tugasan folio mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Murid

Tingkatan Lima, 2007

Page 214: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 206

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4

Kaedah perbincangan dalam kumpulan

Page 215: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 207

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 5

Raja Fadhilah binti Raja Ahmad ( Pelajar 5P3, SPM 2006: Ketua Pengawas

SMK. Sultan Ibrahim Satu, sesi 2008 )

Page 216: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 208

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GLOSARI

16

Page 217: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 209

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GLOSARI

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

IAB - Institut Aminuddin Baki

JNJK - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

BKK - Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

BPSH - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

LP - Lembaga Peperiksaan

PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

MMI - Melindungi Masa Instruksional

SOP - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi)

LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

SIP - School Improvement Programme (Program Peningkatan

Sekolah)

PLC - Profesional Learning Community (Komuniti Pembelajaran

Profesional)

RPH - Rancangan Pengajaran Harian

RPT - Rancangan Pengajaran Tahunan

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca

HIV - Human Immunodeficiency Viirus

AIDS - Acquired Immuno Deficiency Syndrome

Page 218: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 210

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AJK - Ahli Jawatankuasa

JK - Jawatankuasa

PK - Penolong Kanan

HEM - Hal Ehwal Murid

PIBG - Persatuan Ibu Bapa - Guru

BBM - Bahan Bantu Mengajar

VRC - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya)

NKRA - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara)

SPPK - Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

TALIS - Teaching and Learning International Survey (Kajian

Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran)

ALT - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik)

SK - Sekolah Kebangsaan

SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas

TOV - Take-Off Value

OTI - Operational Target Increase

ETR - Expected Target Result

OKU - Orang Kurang Upaya

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PS - Pentaksiran Sekolah

PPsi - Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan

dan Kokurikulum (PAJSK)

PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Page 219: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 211

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENYUMBANG

17

Page 220: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 212

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENYUMBANG

Penasihat

Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

(Sektor Operasi Pendidikan)

Ketua Pasukan

Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Setiausaha

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Penolong Setiausaha

Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Editorial

Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Rose Lina binti Ismail Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Saiful Bahari bin Mohd Tauhid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Anuar Adnan bin Ismail Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama

Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Azlina binti Yusoff Sekolah Kebangsaan Kajang Utama

Ummul Aemma binti

Murtedza

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi

Mohd. Mustafa Amin bin Sidek Jabatan Pendidikan Perlis

Zulkiifli bin Yaacob Jabatan Pendidikan Kedah

Zulkafly bin Othman Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

Zulkifli bin Mohd Surin Jabatan Pendidikan Perak

Azmi bin Misron Jabatan Pendidikan Selangor

Wan Zamri bin Wan Ali Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

Radziah binti Abdul Manap

Nasri bin Ramli

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Page 221: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 213

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Mat Hassan bin Abdullah Jabatan PendidikanMelaka

Siti Hajar binti Mahrol Jabatan Pendidikan Johor

Rohana binti Moin Jabatan Pendidikan Pahang

Muhamad bin Tawan

Zainon bin Jusoh

Jabatan Pendidikan Terengganu

Haji Wan Mohamed Zuri bin Wan

Abdullah

Jabatan Pendidikan Kelantan

Haji Harith bin Haji Ideris

Nordin bin Haji Abd. Rashid

Jabatan Pendidikan Sabah

Nur Muhd Aiman bin Abdullah Jabatan Pendidikan Sarawak

Mohd Nizam bin Yasim Jabatan Pendidikan WP Labuan

Zorkarnini bin A. Ghani Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah

Melek bin Arbi Pejabat Pendidikan Daerah Mukah

Pembaca Proof

Saruchi bin Sawal Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SK Sungai Serai, Kajang, Selangor

Dr. Noor Hayati binti Che Mat SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor

Nor Salina binti Mohd. Zainudin SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor

Penulis

Mohd Jamil Bin Rosli SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad

Diniah Arau, Perlis

Suhaimi bin Mohd Tabiee SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala

Batas, Pulau Pinang

Roziah binti Ayub SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,

Perak

Mahadiah binti Muda SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur

Muhamad Shahlyme Bin Abd Wahid

Haryani Binti Ismail

SK Yamtuan Lenggong, Tanjung Ipoh,

Negeri Sembilan

Katherine Tan Teck Neo SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka

Hamimah binti Hamid

Jamilah binti Osman

Norrehan binti Mohamad

Nuur Hidayah binti Ab Hamid

SK Convent Infant Jesus 2, Melaka

Rohani Binti Hamzah SMK Durian Daun, Melaka

Shahril bin Othman

Azmi bin Abd Rahim

Rahim bin Hassan

SK Maran, Maran, Pahang

Page 222: PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL · 2019. 8. 29. · Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah SMA Al Madrasah Al Alawiyah

M u k a S u r a t | 214

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Noraini Binti Ibrahim SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu

Puan Nurul Syafinaz Binti Ishak SMK Imtiaz, Yayasan Terengganu,

Besut, Terengganu

Andi Kaswia binti Abdul Kadir SMKA Kota Kinabalu, Sabah

Farida binti Abdul Rahman SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan

Labuan

Mohd Fauzi bin Hashim SK Paya, Beseri, Perlis

Ab Aziz bin Omar SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas,

Kelantan

Reka Bentuk dan Susun Atur

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Reka Bentuk Kulit

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Urus Setia

Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Rose Lina binti Ismail Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Anuar Adnan bin Ismail Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama

Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Abrar bin Idris Bahagian Pendidikan Islam

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Hasliza binti Md Ali Bahagian Pengurusan Sekolah Harian