new hakcipta byond success sdn bhd(1113174-u) · 2019. 12. 18. · abdulbasit editor norshahirah...

18
HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Upload: others

Post on 16-Sep-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Page 2: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Tahniah kerana anda dah selangkah ke hadapan untukkembangkan bisnes anda! Semoga ebook ini membantu

anda untuk lebih bersemangat automate dan grow kan bisnes anda.

Ketua Research & DevelopmentZulfadhli Talib ([email protected])

Penulis Abdul Basit

EditorNorshahirah binti Zahimi

Reka Bentuk Grafik Amirul Hafis

Hak Cipta Terpelihara. Namun andai mahu kongsikan ilmu di media sosial, sila gunakan #ByondSuccess

Ebook ini diterbitkan oleh: Byond Success Sdn Bhd (1113174-U)

85-1 & 85-2, Dataran DwiTasik,Jalan Dwitasik 1,

Bandar Sri Permaisuri,56000 Cheras, Kuala Lumpur

Page 3: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

PENGENALAN

Page 4: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Setiap pendiri bisnes pasti ada impian untuk memiliki aset bernilaijutaan ringgit hasil daripada perniagaan yang berjaya. Namun, impianakan terkubur begitu sahaja sekiranya wang syarikat tidak diuruskandengan betul.

Pengurusan kewangan adalah salah satu daripada perkarapenting dalam memastikan sebuah organisasi ataupun syarikat dapatberoperasi dengan baik. Kepincangan dalam pengurusan kewanganakan menyebabkan syarikat tidak dapat berkembang ataupun teruslingkup dalam masa yang begitu singkat.

Setiap transaksi yang berlaku di dalam akaun syarikat perlu dipantau denganteliti.

Ia adalah bukti transaksi operasi yang berlaku dalam syarikat.Walaupun hanya dengan 0.01 peratus kesilapan dalam setiap transaksi,ia boleh mengakibatkan syarikat menanggung kerugian bernilai jutaanringgit.

Para pendiri bisnes bertanggungjawab untuk memastikan kewangansyarikat diuruskan dengan baik oleh staf yang telah diamanahkan untukmenjalankan tugas tersebut. Maka, demi memastikan wang syarikatdapat diuruskan dengan baik, pendiri bisnes perlu ada ilmu.

Pendiri bisnes perlu jelas dengan tujuan pengurusan kewangan.Ini kerana dengan pengurusan kewangan yang betul dan bersistem,syarikat akan lebih pantas dapat diautomasikan dan dikembangkan kesatu tahap yang lebih tinggi.

Di dalam e-book ini, kita akan dibawa meneroka dunia pengurusankewangan. Kita akan lebih faham apa sebenarnya yang perlu diaplikasikandi dalam syarikat.

Page 5: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

PETA PERJALANAN KEWANGAN

Page 6: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Peta perjalanan kewangan (Finance Roadmap) adalah amatpenting dalam memastikan Bahagian Pengurusan Kewangan telahmemiliki kerangka aliran kewangan syarikat untuk tempoh masa setahunyang akan datang.

Peta perjalanan kewangan dibangunkan bertujuan untukmembantu Ketua Bahagian Kewangan merancang penggunaan wangsyarikat dengan baik. Setiap wang yang dibelanjakan adalahberdasarkan perancangan yang telah dibuat.

Peta perjalanan kewangan memberi impak positif kepadaBahagian Kewangan syarikat. Mereka yang menguruskan kewangansyarikat akan lebih peka dengan setiap transaksi yang berlaku danpemantauan rapi lebih kerap dilakukan kerana data yang disediakantelah membantu permudahkan proses tersebut.

Kebiasaannya, semua ketua bahagian akan laporkan jumlahbajet yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan dalam syarikat. Iabertujuan untuk memastikan kerja-kerja operasi syarikat dapat berjalandengan lancar.

Dengan kerjasama daripada semua bahagian, peta perjalanankewangan akan lebih mudah untuk disiapkan. Sebagai pemilik bisnes,kita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikatdapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misimenyiapkan peta perjalanan kewangan ini.

Page 7: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

UNJURAN KEWANGAN(FINANCIAL PROJECTIONS)

Page 8: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Unjuran Kewangan (Financial Projections) berkait rapat denganpeta perjalanan kewangan. Namun, unjuran kewangan adalah secaraterperinci dan menyeluruh. Unjuran kewangan dibuat terhadappendapatan dan perbelanjaan syarikat untuk bulan-bulan ataupuntahun-tahun yang mendatang.

Dengan menyediakan unjuran kewangan untuk setahun, kita akan dapat gambaran awal

secara keseluruhan tentang alirankewangan dalam akaunsyarikat.

Kita akan dapat lihat berapa kos yangditanggung oleh syarikat pada setiap bulan. Selain itu juga, kita dapatlihat berapa jumlah jualan yang dijangka akan dicapai untuk tempohtersebut.

Apabila kita terlebih dahulu dapat lihat gambaran tahapkewangan syarikat pada masa depan, ia memudahkan tim yangterbabit untuk menyediakan aktiviti tambahan yang dapat menampunglopong-lopong dalam mencukupkan dana kewangan syarikat.

Selain itu juga, kita akan lebih peka dengan setiap tindakan yangperlu dibuat untuk memastikan perniagaan akan terus kekal danberkembang ke satu tahap yang lebih tinggi.

Bila mana unjuran kewangan telah lengkap disediakan, kita dapatlihat dengan jelas maklumat aliran wang masuk dan wang keluardaripada akaun syarikat. Kita akan tahu bila kewangan syarikat beradadalam keadaan stabil dan sebaliknya. Ia akan membantu BahagianKewangan untuk merancang pelaburan wang syarikat.

Page 9: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

Selain itu juga, pengurusan kewangan syarikat akan lebih sistematikdan ia memudahkan pihak pengurusan tertinggi untuk merancangsebarang plan tindakan tambahan berdasarkan data yang telahdisediakan. Pengeluaran wang akan lebih terkawal bila semua pihakmerujuk kepada maklumat unjuran kewangan sebelum sebarangkelulusan permohonan pengeluaran wang diluluskan.

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Unjuran kewangan umpama perancangankitauntuk menuju ke satudestinasi.

Contohnya, kita mahu ke Taman Tasik Putrajaya. Apabila kita tahuarah mana untuk dituju dan berapa tempoh masa perjalanan ke sana,ia akan memudahkan proses pergerakan nanti. Jika tiada sebarangmaklumat, ia akan lebih sukar.

Begitulah gambaran dalam penyediaan unjuran kewangansyarikat. Jika kita dapat sediakan unjuran kewangan secara terperinci,ia akan menampakkan masa depan dalam mencapai visi dan misisyarikat.

Setiap tindakan dalam menjayakan unjuran yang telah dibuatakan kelihatan lebih mudah kerana segala maklumat yang disediakandapat dijadikan panduan yang sangat membantu dalam prosesmencapainya. Setiap tindakan yang dibuat adalah berdasarkan unjurankewangan yang telah dibuat.

Pasti akan ada persoalan dikalangan para peniaga kecil, perlukahdisediakan unjuran kewangan walaupun bisnes hanyalah secara kecil-kecilan di rumah ataupun di jalanan sahaja?

Jawapannya semestilah YA!

Page 10: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

Bagaimana bisnes kita mahu berkembang jika tidak dimulakanpengurusannya sekarang?

Pasakkan dalam minda kita bahawa setiap tindakan yang dibuatsekarang adalah persediaan untuk membina empayar perniagaan yanglebih besar pada masa akan datang. Bermula pada saat kita masihbelum punya apa-apa, ia adalah persediaan yang bagus untuk kitamenguruskannya bila bisnes berkembang satu hari nanti.

Maka, inilah masanya untuk kita belajar bagaimana mahuhasilkan unjuran kewangan dengan baik. Bagaimana kita nak dapatkankeuntungan RM1 dan digandakan sehingga 1000 kali ganda. Unjurankewangan akan jadi rujukan dalam menyusun segala perbelanjaan danpendapatan syarikat.

Kita perlu mulakan saat bisnes masih kecil kerana bi lamana bisnessemakin berkembang, ia akan jadi satu proses yang mudah untukdiaplikasikan. Kita semakin mahir dalam menentukan unjuran kewangandan pengurusan kewangan akan menjadi lebih mudah dan sistematik.

Segala strategi untuk meminimumkan kos dan meningkatkan profitsyarikat akan lebih mudah diperolehi kerana data perjalanan kewangansyarikat telah disusun sejak bisnes masih baru bermula.

Kita perlu ingat, ada 2 perkara penting ini dalam membuat unjurankewangan;

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Page 11: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

4 LANGKAH PENYEDIAAN UNJURAN KEWANGAN

Dalam proses menyediakan unjuran kewangan, kita perlu pastikansegala data yang diperlukan telah diperolehi. Ini akan memudahkanproses analisa yang akan dibuat. Bahagian Kewangan bertanggungjawabuntuk dapatkan semua maklumat kos yang yang diperlukan olehsetiap bahagian untuk memastikan mereka dapat jalankan tugas yangdiamanahkan.

Jika syarikat memiliki 6 bahagian, maka Bahagian Kewangan perludapatkan maklumat terperinci tentang kos perbelanjaan yang dijangkaakan digunakan oleh mereka untuk setahun yang akan datang. Ia akanmembantu Bahagian Kewangan untuk menyediakan unjuran kewangansecara keseluruhan.

Page 12: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

#1SEDIAKAN DATA ALIRAN TUNAI (CASH FLOW)

Data aliran tunai adalah perkara asas yang perlu ada dalammenyediakan unjuran kewangan. Sediakan aliran tunai yangmenunjukkan aliran wang keluar dan masuk secara terperinci setiapbulan.

Daripada data aliran tunai yang diperolehi, kita akan tahu berapajumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat pada setiap bulan.Selain itu juga, kita akan dapat tahu berapa banyak pendapatan yangdiperolehi syarikat pada setiap bulan.

Perkara utama adalah tentukan pendapatan yang ingin diperolehiterlebih dahulu. Ini kerana, dengan adanya sasaran pendapatan, barulahkita boleh tentukan berapa jumlah perbelanjaan yang boleh dilaburkanuntuk dapatkan nilai pendapatan seperti yang disasarkan.

Aliran tunai yang baik adalah apabila aliran wang masuk (income) adalah lebih banyak berbanding wang

keluar(expenses).

Inilah yang dipanggil sebagai aliran tunai positif (positive cashflow). Sebagai seorang pendiri bisnes, kita perlu memastikan alirantunai kewangan syarikat sentiasa berada dalam keadaan positif supayakelangsungan perniagaan lebih terjamin dan berada di paras selamat.

Sekiranya kita menghadapai situasi di mana aliran wang masukadalah lebih sedikit berbanding wang keluar secara konsisten setiapbulan, ini bermakna bisnes atau perniagaan kita sedang berada di fasayang membimbangkan.

Page 13: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Sekiranya situasi ini berlaku, apa yang anda boleh lakukan adalah:

1. Naikkan jualan

2. Kurangkan kos operasi

# 2GUNAKAN DATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN YANG LEPAS

Kebiasaannya, kita buat aliran tunai dengan isikan semua maklumat

sebenar perbelanjaan dan pendapatan setiap bulan. Bila habis sesuatu

bulan itu, kita akan tutup akaun dan jumlahkan semua perbelanjaan

dan pendapatan selama sebulan, maklumat itulah yang dimasukkan ke

dalam aliran tunai.

Berdasarkan maklumat sebenar itu, kita sudah boleh anggarkan

jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan

pendapatan yang tertentu. Kebiasaannya, untuk mencapai sasaran

jualan sebanyak RM 100,000 kita perlu spend lebih kurang 10% yakni RM

10,000 daripada sasaran jualan yang telah kita tetapkan.

Ini bermakna setiap sen yang kita belanjakan haruslah memberi

pulangan balik 10 kali ganda kepada syarikat/perniagaan. Ini merupakan

kayu ukur yang selamat untuk kita berbelanja terutamanya apabila

menggunakan wang syarikat/perniagaan. Namun ia terpulang kepada

nature dan strategi bisnes yang anda gunakan.

Tanpa adanya data - data lepas, sukar bagi kita meramal dan

meletakkan sasaran jualan. Ia seolah-olah kita pergi bercuti ke luar

negara tanpa menggunakan waze, kompas atau peta. Kita boleh sampai

ke destinasi yang dituju. Bezanya cepat atau lambat.

Page 14: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

# 3BUAT PELAN TINDAKAN

Pelan tindakan merupakan gerak kerja terperinci bagi mencapaisatu-satu sasaran. Gerak kerja ini jika tidak dilakukan dengan betulmaka sasaran yang telah kita tetapkan bakal tersasar. Gerak kerjasetiap ahli pasukan haruslah selari. Kerjasama yang jitu amat pentingbagi merealisasikan apa jua sasaran yang telah ditetapkan.

Tidak kira apa jua industri yang anda ceburi, ada tiga perkarapenting yang perlu diperhalusi pelan tindakannya. Antaranya ialah:

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Page 15: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Bagi merangka pelan tindakan ini dengan mudah, anda perlu sediakan beberapa dokumen penting:

Takwim tahunanperancangan aktiviti syarikat/perniagaan bagi tahun tertentu.

Kalendar cutiBagi mengatur kempen pemasaran dan promosi.

Data jualan 3 tahun sebelumuntuk mengkaji pattern jualan dan meramal kenaikkan.

# 3LAKUKAN REVIEW BULANAN

Setelah unjuran dilakukan dan perancangan tindakan disediakan,kita akan laksanakan pengurusan kewangan berdasarkan perancangantersebut. Pastikan semuanya dilaksanakan dengan betul.

Dari masa ke semasa, kita perlu adakan review perancangan danpantau keputusan secara tetap. Ia boleh dilakukan samada secaramingguan ataupun bulanan. Sebarang perubahan dan penambahbaikanboleh dibuat berdasarkan keputusan sesi review tersebut.

Apa yang penting ialah, perancangan pengurusan kewangan inidapat membantu kita mencapai mat lamat dalam menjalankanperniagaan. Tiada guna bisnes kita membuat jualan bernilai jutaanringgit jika kita pun tidak tahu kemana setiap sen wang tersebutdibelanjakan.

Page 16: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

PROSES PENYEDIAAN UNJURAN KEWANGAN

Proses asas dalam penyediaan unjuran kewangan adalah seperti berikut;

Kita perlu dapatkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan untukmenyusun strategi pengurusan kewangan syarikat. Data yang lengkapakan memudahkan proses penstrukturan di dalam unjuran kewangansyarikat.

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Page 17: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

KESIMPULAN

Page 18: New HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U) · 2019. 12. 18. · AbdulBasit Editor Norshahirah bintiZahimi Reka BentukGrafik AmirulHafis HakCiptaTerpelihara. Namunandaimahukongsikanilmudi

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD(1113174-U)

Pengurusan kewangan adalah tunjang dalam memastikan bisnesdapat mengekalkan posisinya di dalam industri. Maka, setiap daripadastaf yang menguruskan kewangan syarikat bertangggungjawab untukmemastikan kewangan syarikat diuruskan dengan baik.

Dalam memastikan pengurusan kewangan dapat dilaksanakandengan baik, perkara utama yang perlu dibuat adalah unjuran kewanganuntuk setiap tahun dan setiap bulan. Dengan adanya unjuran kewanganyang lengkap, ia umpama satu peta perjalanan yang memandupengurusan kewangan syarikat untuk satu tempoh masa yang tertentu.

Selain itu juga, aliran tunai syarikat perlu dipantau dengansebaiknya. Buku Tunai membantu para pendiri bisnes untukmenguruskan kewangan syarikat dengan lebih mudah. Pengurusankewangan bukan sekadar memastikan wang masuk dan wang keluartetapi ia juga merangkumi aspek bagaimana kita merancang untukmeminimumkan pengeluaran wang dan memaksimumkan kemasukanwang.

Dalam Mastery My Finance, pelbagai strategi di sebalik pengurusanwang syarikat dibongkarkan dengan lebih mendalam. Selama 4 hariprogram, kita akan terokai dunia pengurusan kewangan yang selamaini ramai gagal untuk uruskannya dengan betul. Teknik dan strategi yangakan dikongsikan bakal membawa pengurusan kewangan syarikat kesatu tahap yang lebih sistematik dan efisien.

Semoga penerangan yang diberikan di dalam e-book ini dapatmembantu anda untuk menguruskan kewangan syarikat dengan lebihmudah dan bersistem.

SEMOGA TERUS SUKSES!