critical success factor bagi program keusahawanan

46
i CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN DI JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK SITI KHADIJAH BINTI MAT MOM Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2014

Upload: doduong

Post on 01-Jan-2017

239 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

i

CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN DI JABATAN

PERDAGANGAN POLITEKNIK

SITI KHADIJAH BINTI MAT MOM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2014

Page 2: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

v

ABSTRAK

Konsep Critical Success Factor berkait rapat mengenai pengurusan dalam mencapai

misi dan matlamat perniagaan dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, kajian ini adalah

bertujuan untuk mengkaji empat elemen Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan

Politeknik seterusnya melihat kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan. Kajian jenis kuantitatif ini telah dibuat ke atas pensyarah di Jabatan

Perdagangan Politeknik bagi zon Utara. Seramai 190 sampel kajian yang terlibat dalam

penyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik. Antara enam buah politeknik di

zon Utara yang terlibat dalam penyelidikkan ini adalah Politeknik Politeknik Tunku

Syed Sirajuddin, Perlis, Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kedah,

Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah, Kedah, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang,

Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Data yang

diperolehi dianalisis mendapati nilai skor min bagi ketiga-tiga persoalan kajian iaitu,

mengenalpasti elemen Critical Success Factor yang digunakan, cabaran dalam usaha

melaksanakan elemen Critical Success Factor dan mengenalpasti tahap kecenderungan

pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan adalah tinggi. Manakala bagi

persoalan kajian keempat iaitu mencari hubungan korelasi Pearson antara elemen

Critical Suceess Factor dengan kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam

bidang keusahawanan adalah berada pada tahap lemah, sekaligus menunjukkan Ho tidak

diterima. Kesimpulannya, elemen Critical Success Factor ini memainkan peranan dalam

pembentukkan organisasi yang berkesan supaya pembentukan matlamat dan objektif

tercapai.

Page 3: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

vi

ABSTRACT

The concept of Critical Success Factors related to the management in achieving the

mission and business goals of an organization. This study aims to examine four elements

of Critical Success Factor in Polytechnic at Department of Commerce and participating

student in entrepreneurship area. The quantitative methods was applied and conducted to

lecturer in Polytechnic at the Department of Commerce for north area. Around 190

samples involved in this research by using distribute questionnaire as instruments. There

are six Polytechnics are involved in this research such as Polytechnic Tunku Syed

Sirajuddin, Perlis, Polytechnic Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah,

Polytechnic Tunku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah, Politeknik Seberang Perai, Pulau

Pinang, Polytechnic Ungku Omar, Perak and Polytechnic Sultan Azlan Shah, Perak.

Result score min for three of research question which is, identify the element of Critical

Success Factor, challenges in order to implement of element Critical Success Factor and

students participation in entrepreneurship is high score min recorded. While for the

fourth research question which to find out Pearson correlation between the elements

involved Critical Success Factors and involvement student in entrepreneurship area is

categorize as week, therefore Ho not accepted. As a conclusion, element of Critical

Success Factor play important roles in efficient organization so that mission and

objective of organization can achieve.

Page 4: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

vii

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Tujuan Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Persoalan Kajian 11

1.7 Hipotesis 11

1.8 Kepentingan Kajian 12

Page 5: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

viii

1.9 Skop kajian 14

1.10 Kerangka Konsep Kajian 15

1.11 Definisi Konsep dan Operasi 16

1.11.1 Keusahawanan 16

1.11.2 Critical Success Factor 17

1.11.3 People 17

1.11.4 Task 18

1.11.5 Structure 18

1.11.6 Technology 18

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 19

2.2 Model Leavitt Diamond 20

2.3 Keusahawanan 23

2.4 Pendidikan Keusahawanan di Jabatan Perdagangan 25

Politeknik

2.5 Critical Success Factor 28

2.5.1 Elemen-elemen Critical Success Factor 29

2.5.1.1 People 29

2.5.1.2 Task 30

2.5.1.3 Stucture 31

2.5.1.4 Technology 32

2.5.2 Cabaran dalam Usaha Melaksanakan Critical 34

Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik

2.5.3 Kecenderungan Pelajar untuk melibatkan diri 34

dalam Bidang Keusahawanan

2.6 Kajian- kajian Terdahulu 35

2.7 Rumusan 36

Page 6: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

ix

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Kerangka Operasi Kerja 39

3.4 Lokasi Kajian 41

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 41

3.6 Instrumen Kajian 42

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 45

3.7.1 Kesahan 45

3.7.2 Kebolehpercayaan 45

3.7.3 Kajian Rintis 46

3.8 Pengumpulan Data 48

3.9 Analisis Data 49

3.10 Rumusan 51

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Analisis Kajian 54

4.2.1 Analisis Demografi 55

4.2.2 Elemen Critical Success Factor 58

4.2.3 Cabaran dalam melaksanakan elemen 63

Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan

4.2.4 Kecenderungan pelajar untuk melibatkan 66

diri dalam bidang keusahawanan 66

4.2.5 Hubungan elemen Critical Success Factor 67

dengan kecenderungan pelajar dalam

bidang keusahawanan

4.3 Rumusan 73

Page 7: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Ringkasan 74

5.2 Rumusan Kajian 75

5.2.1 Rumusan analisis faktor demografi 75

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 76

5.3 Perbincangan 77

5.3.1 Perbincangan Elemen-elemen CSF yang 77

digunakan di Jabatan Perdagangan Politeknik

5.3.2 Perbincangan cabaran dalam melaksanakan 81

eleme-elemen CSF di Jabatan Perdagangan

Politeknik

5.3.3 Perbincangan Kecenderungan pelajar untuk 83

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

5.3.4 Perbincangaan Hubungan antara elemen- 85

eleme CSF dengan kecenderungan pelajar

untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

5.4 Rumusan 86

5.5 Kerangka Cadangan Kecenderungan Pelajar untuk 87

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

5.6 Cadangan Kajian 91

5.7 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 93

5.8 Kesimpulan 94

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 8: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

xi

SENARAI JADUAL

1.1 Pencapaian Graduan Politeknik 7

3.1 Populasi dan Sampel Kajian 43

3.2 Skor pemberatan skala Likert 45

3.3 Tahap kecenderungan keputusan 46

3.4 Skor Alpha Cronbach 47

3.5 Interpretasi Skor Alpha Cronbach 49

3.6 Pemilihan Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 51

3.7 Kekuatan Nilai Korelasi 52

4.1 Tahap Skor Min Kajian 55

4.2 Julat Penentu Tahap Korelasi 55

4.3 Jantina Responden 57

4.4 Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Umur 57

4.5 Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Tempoh 58

Perkhidmatan

4.6 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Item CSF (People) 59

4.7 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Item CSF (Task) 60

4.8 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Item CSF (Structure) 61

4.9 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Item CSF 62

(Technology)

4.10 Elemen CSF secara keseluruhan 63

4.11 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Cabaran yang dihadapi 64

Dalam Usaha Melaksanakan CSF (Pendedahan terhadap

Konsep CSF)

4.12 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Cabaran yang dihadapi 65

Page 9: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

xii

Dalam Usaha Melaksanakan CSF (Perubahan Arus Semasa)

4.13 Cabaran Dalam Usaha Melaksanakan CSF secara Keseluruhan 66

4.14 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Tahap Kecenderungan 67

Pelajar untuk melibatkan diri dalam keusahawanan

4.15 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF dengan kecenderungan 68

pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

4.16 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF (people) dengan 69

kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan

4.17 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF (structure) dengan 70

kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan

4.18 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF (task) dengan 71

kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan

4.19 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF (technology) dengan 72

kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan

Page 10: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 15

2.1 Model Leavitt’s Diamond 20

3.1 Kerangka Operasi Kerja 41

Page 11: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

xiv

SENARAI SIMBOL

ABBM Alat Bantu Bahan Mengajar

CSF Critical Success Factor

DEB Dasar Ekonomi Baru

DPN Dasar Pembangunan Nasional

IPT Institusi Pengajian Tinggi

JP Jabatan Perdagangan

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

MARA Majlis Amanah Rakyat

MBE Model Baharu Ekonomi

PUNB Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

PSPTN Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara

PTSS Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Perlis

POLISAS Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kedah

PTSB Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah, Kedah

PSP Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

PUO Politeknik Ungku Omar, Perak

PSAS Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak

Page 12: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

xv

R&D Penyelidikan dan Pembangunan

RMK-9 Rancangan Malaysia Ke 9

SPSS Statistical Package for the Social Science

Page 13: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

xvi

SENARAI LAMPIRAN

A CARTA GANTT

B JADUAL KREJCIE MORGAN

C BORANG PENGESAHAN PAKAR

D SURAT KEBENARAN

E BORANG SOAL SELIDIK

F KAJIAN RINTIS

G ANALISIS DATA

Page 14: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembentukkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah membuka lembaran baru dalam sistem

ekonomi di Malaysia. Pelan untuk DEB ini bermatlamatkan untuk mengurangkan kadar

kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikkan taraf pendapatan dan

memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia (Othman &

Panniappan, 2012). Selain itu juga, penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki

ketidakseimbangan ekonomi yang sebelum ini dimanapoli sesetengah kaum (Unit

Perancang Ekonomi). Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah membuktikan

ketidakpuasan hati dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum menyebabkan

kegagalan integrasi nasional dibentuk. Melalui DEB dan kini diteruskan dengan Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) telah mewujudkan masyrakat yang lebih bersatu padu

dan adil dalam mempertingkatkan ekonomi negara (Ibrahim & Ahmad, 2006). Strategi

yang digunapakai adalah dalam memperkenalkan bidang keusahawanan itu kepada

kaum Melayu yang terkebelakang dalam menerajui ekonomi Malaysia pada ketika itu.

Bidang keusahawanan bukanlah suatu bidang yang asing lagi bagi masyarakat di

Malaysia. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan memainkan peranan dalam memberi

tumpuan kepada aspek-aspek seperti penguasaan teknologi moden supaya dapat

Page 15: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

2

melahirkan usahawan yang berpengetahuan dan berteknologi (technopreneur) untuk

sama-sama bersaing maju dengan negara luar selaras cabaran perkembangan ekonomi

negara. Menurut Basir, Che Pa & Raja Sulong (2009), cabaran yang dihadapi oleh

usahawan adalah berbeza bagi negara yang membangun dan negara maju. Pasaran yang

tidak menentu, kurangnya penyerapan teknologi dunia, kekurangan modal serta

pentadbiran yang kurang cekap merupakan cabaran utama yang dihadapi dalam

mengangkat naik bidang keusahawanan ini. Oleh itu, cabaran seperti ini perlu ditangani

oleh usahawan-usahawan yang cekal dalam meneruskan perusahaan perniagaan mereka.

Seiring dengan istilah usaha itu sendiri yang bermaksud daya upaya termasuk

ikhtiar, kegiatan, akal, kekuatan serta kebolehan dan lain-lain perkara untuk

melaksanakan sesuatu perkerjaan. Manakala keusahawanan menurut perspektif peniaga,

usahawan merupakan pesaing, rakan niaga, pembekal serta pelanggan kepada peniaga

lain dan mencipta peluang pekerjaan. Secara keseluruhannya, keusahawanan adalah

proses berdepan dengan risiko kewangan, fizikal dan sosial dalam usaha mendapatkan

ganjaran, kepuasan hati serta kebebasan diri dalam menghasilkan sesuatu (Hisrich &

Peters, 2008). Sehubungan dengan itu, bidang keusahawanan itu sendiri menjadi

semakin disegani dan dilihat sebagai salah satu cara untuk mewujudkan peluang

pekerjaan, tidak hanya pada semangat keusahawanan yang ada tetapi perlu seiring

dengan komitmen, pendidikan yang berkualiti serta faktor kritikal untuk kejayaan

usahawan bagi mana-mana negara di semua peringkat pembangunan ekonomi (Arthur &

Hisrich, 2012).

Ilmu keusahawanan perlu diterapkan sejak dari peringkat sekolah rendah lagi

untuk pembentukan dan dalam masa yang sama memupuk kesedaran nilai-nilai serta

ciri-ciri seorang usahawan dalam diri pelajar (Harun, 2007). Bertepatan dengan ini,

Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan tajuk

perdagangan dan keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

(teras dan elektif) bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga lagi (KPM,

2007). Pendidikan keusahawanan di peringkat pendidikan tinggi juga semakin

berkembang di Malaysia dalam bentuk akademik dan kokurikulum. Pertambahan

penawaran kursus akademik sebagai kursus teras, kursus elektif, program

Page 16: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

3

keusahawanan, Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan juga kursus di peringkat pasca-

siswazah (Ismail, 2005).

Sehubungan dengan itu, bidang keusahawanan menjadi semakin meluas setelah

pelbagai galakkan dan peluang yang diberikan oleh pihak-pihak terlibat. Dalam masa

yang sama potensi keusahawanan dalam kalangan pelajar kian juga meningkat dalam

agenda negara di mana telah menarik minat institusi dan pendidik untuk memberi

tumpuan kepada kajian terperinci ke dalam aktiviti keusahawanan yang boleh

didedahkan kepada mereka (McLarty, 2004). Budaya ini telah mencerminkan perubahan

dalam corak pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara. Menurut McLarty (2004),

perniagaan yang dikendalikan oleh graduan adalah berjaya tetapi dipengaruhi oleh

sejauh mana graduan menerima pelbagai perkhidmatan sokongan. Permintaan pelajar

terhadap pendidikan keusahawanan mempunyai kesan yang kuat. Menurut Roudaki

(2009), dalam tinjauannya sejumlah lima puluh peratus daripada pelajar-pelajar

Universiti Lincoln menyatakan bahawa keusahawanan itu dibuat dan bukan dilahirkan

menjadikan kualiti keusahawanan di kalangan graduan meningkat.

Oleh yang demikian, kerajaan memainkan peranan penting dalam mengorak

langkah untuk memperkenalkan pelbagai usaha dalam menarik minat pelajar-pelajar

yang masih lagi belajar tetapi dalam masa yang sama melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan. Tidak semua pelajar berminat untuk tampil ke depan tetapi dengan

peranan yang dan galakan oleh pihak institusi bersama pihak kerajaan melalui program-

program keusahawanan dapat sedikit sebanyak memupuk secara tidak sedar bidang

keusahawanan dalam kalangan pelajar. Program-program pendidikan dan latihan

keusahawanan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi pengendali seperti Majlis Amanah

Rakyat (MARA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Institut Penyelidikan

dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Perbadanan Usahawan Nasional

Berhad (PUNB), Perbadanan Produktiviti Negara dan institusi-institusi latihan swasta

perlu dimanfaatkan oleh graduan yang berkencederungan dalam memulakan perusahaan

mereka (Mohd Osman, 2007).

Pada Febuari 2010, Menteri Pengajian Tinggi telah melancarkan Dasar

Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan tujuan untuk

Page 17: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

4

menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang

dalam kalangan IPT tempatan (KPT, 2010). Dalam mencapai status negara maju

menjelang 2020, adalah diharapkan untuk meramaikan lagi graduan-graduan yang

bertindak sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara kepada negara

berpendapatan tinggi (KPT, 2010) termasuklah Politeknik di seluruh Malaysia. Menurut

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata,

pelan yang diperkenalkan menerusi Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC)

iaitu pelan strategik itu terbahagi kepada dua, iaitu jangka masa pendek dan panjang. Ini

kerana untuk melahirkan usahawan bukan perkara yang mudah jadi untuk permulaan

pelan jangka pendek akan dilangsungkan dalam tempoh dua tahun bermula sekarang dan

berakhir pada 2015. Selain telah memperuntukkan sejumlah 2.7 juta pada tahun 2013

untuk menambah baik bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar kemahiran serta

pelajar politeknik mempunyai pandangan yang lebih matang mengenai bidang

keusahawanan (KPT, 2010).

Melalui pelan pembangunan seperti ini dapat meningkatkan semangat dan

memberi peluang untuk pelajar menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selain

daripada mendapat pendidikan keusahawanan di dalam setiap kursus yang ditawarkan di

Politeknik. Penawaran khusus keusahawanan dalam pendidikan di Politeknik tidak lagi

asing kepada pelajar-pelajar untuk menyediakan asas keusahawanan sebagai langkah

persediaan awal untuk menghadapi realiti kehidupan selepas belajar (Rosli, 2013).

Untuk setiap khursus yang ditawarkan semestinya mempunyai kebaikan dan keutamaan

dalam pembangunan pendidikan keusahawanan dan untuk mencapai kejayaan dalam

setiap perancangan, perlu ada visi dan misi yang jelas serta Critical Success Factor yang

dapat dijadikan sebagai hala tuju supaya setiap objektif tercapai (Trkman, 2010). Dalam

hal ini, terdapat beberapa elemen Critical Success Factor yang boleh digunapakai

supaya setiap tindakan dalam membangunkan dan menjayakan kursus keusahawanan ini

kerjaya dalam kalangan pelajar Politeknik.

Konsep Critical Success Factor telah dibangunkan oleh Ronald Daniel

McKinsey & Company pada tahun 1961. Ismail (2005) menyatakan dalam tulisan

Licker (1997) bahawa analisis bermula dengan menyenaraikan critical success kepada

Page 18: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

5

kejayaan success. Faktor ini akan dianalisis terhadap penyumbangan maklumat kepada

maklumat dalam menentukan untuk membuat keputusan bagi mencapai Critical Success

Factor sesebuah organisasi. Melalui konsep Critical Success Factor yang dicadangkan

untuk menentukan kejayaan sesuatu perkara, terdapat beberapa elemen penting dalam

membangunkannya termasuk dalam bidang pendidikan (Dexter, 2010). People, task,,

structure, technology merupakan elemen penting dalam menentukan Critical Success

Factor sesuatu perkara dan menurut Ibrahim, Basir, Daud (2012) elemen ini penting

dalam mengenalpasti faktor- faktor yang utama supaya dapat memberi fokus dalam

kejayaan projek atau sesebuah organisasi.

Justeru itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen Critical Success Factor

yang digunakan serta cabaran dalam melaksanakan elemen ini oleh pihak Jabatan

Perdagangan Politeknik untuk menjayakan pendidikan keusahawanan dalam mencari

titik kejayaan supaya dengan bidang keusahawanan ini dapat membangun selaras

dengan penglibatan pelajar dan usaha kerajaan dalam mewujudkan konsep ekonomi

berdikari dan mengurangkan perkerjaan secara makan gaji (Santos, 2012)

1.2 Latar Belakang Masalah

Matlamat kerajaan untuk melahirkan insan yang perindustrian dan perdagangan negara

adalah berkait rapat dengan elemen pendidikan yang didedahkan. Pendidikan yang

menyeluruh adalah merangkumi kesemua aspek, iaitu aspek pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang dikaitan adalah nilai keusahawanan dan jati diri dalam seseorang pelajar

itu. Walaubagaimanapun, ilmu dan kemahiran secara berdikari masih tidak dapat

digunapakai setelah tamat pengajian (Sufean, 2004). Disebabkan keadaan inilah yang

menjadi punca peningkatan masalah penganguran dalam kalangan pelajar graduan IPTA

termasuklah graduan Politeknik yang mana tiada kesanggupan untuk menceburi bidang

seperti keusahawanan.

Page 19: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

6

Sehingga bulan Januari 2012 adalah sebanyak 3.2 peratus telah mencatatkan

jumlah penganguran berdasarkan perangkaan pengganguran yang telah dibuat oleh

Jabatan Perangkaan Malaysia (2012). Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan

Perangkaan Malaysia pada tahun 2009, mencatatkan peratusan graduan yang

menganggur adalah 3.2 peratus iaitu seramai 63, 000 graduan yang gagal mendapat

pekerjaan. Menurut Yusof (2008), para majikan sering kali menyuarakan rungutan dan

kebimbangan terhadap graduan yang mana tidak dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran

yang secukupnya untuk melangkah ke alam pekerjaan. Isu pengangguran dalam

kalangan graduan adalah bukan suatu pekara yang baru malah memberi masalah besar

kepada negara. Fokus utama kerajaan adalah untuk mengatasi masalah graduan dan

pengangguran (Nordin, 2010). Menurut Mohd Osman (2007), bidang keusahawanan

yang dipelopori oleh graduan dapat membendung dan sekali gus mengurangkan masalah

pengangguran di negara ini. Menghasilkan graduan yang mendapat pekerjaan yang

sesuai adalah matlamat utama KPT, graduan yang berjaya membawa ilmu dan

kemahiran yang telah diterapkan semasa proses pembelajaran beserta mempunyai nilai

tambah dari segi soft skill adalah sangat memenuhi kehendak pasaran (KPT, 2009)

Pendedahan terhadap budaya keusahawan ini adalah menepati hasrat dan objektif

kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam

pembangunan modal insan negara. Bidang keusahawanan merupakan landasan utama

kepada pembangunan insan dengan melahirkan sumber tenaga manusia yang dapat

memelihara kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara (Esa, Hassan, Hassim & Hadi,

2012). Menurut Omar (2011) untuk menjayakan budaya keusahawanan dalam kalangan

pelajar, pihak institusi pengajian perlu mempunyai pelan tindakan kerana keusahawanan

merupakan salah satu bidang yang sangat penting di Malaysia ketika ini. Sehubungan

dengan itu, pihak institusi seperti Politeknik perlu untuk memantapkan kurikulum dan

kokurikulum yang berkaitan keusahawanan di semua aliran pengajian yang mana telah

dicadangkan dalam kajian Warman, Roddin, Esa, Awang, Mohamed, Ab. Rahman

(2010). Dalam kajian beliau menyimpulkan bahawa pelbagai program yang dijalankan

bagi menggalakkan pernyertaan pelajar-pelajar dan alternatif kepada mereka untuk

Page 20: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

7

peluang keusahawanan selaras dengaan ilmu yang telah dibekalkan semasa di

Politeknik.

Melalui perancangan yang sistematik dan berencana, minat serta kecenderungan

pelajar terhadap bidang keusahawanan ini dapat dipupuk dan diterapkan dengan lebih

berkesan. Manakala penubuhan Pusat Pembangunan Usahawan PUO (PEDEC) adalah

merupakan satu percubaan untuk mencapai hasrat tersebut. Pada tahun 2013 ini, tedapat

20 buah IPT awam bertaraf Universiti, 32 buah Politeknik, 37 buah Kolej Komuniti dan

32 buah Universiti dan Kolej Universiti wasta di Malaysia. Pihak IPT perlu

menyediakan tenaga pengajar atau kakitangan akademik yang berkelayakkan dan terlatih

bagi menjamin kualiti serta keberkesanan pendidikan dalam meningkatkan minat dan

kebolehpasaran pekerjaan pelajar yang telah tamat pengajian terutamanya menceburi

bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

Kajian Pengesanan Graduan Politeknik yang mana dilaksanakan pada setiap

tahun merupakan satu usaha berterusan dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik

bagi mengukur serta mendapatkan maklum balas daripada graduan Politeknik supaya

hasil dapatan dapat dijadikan penambahbaikkan dalam usaha memberi petunjuk yang

baik terhadap kebolehan pelajar dalam kebolehpasaran mendapatkan pekerjaan. Dalam

tempoh beberapa tahun menunjukkan peratusan bagi pilihan bekerja, tidak bekerja dan

lanjutan pengajian. Jadual 1.1 menunjukkan Pencapaian Graduan Politeknik dari tahun

2006 sehingga 2009.

Jadual 1.1: Pencapaian Graduan Politeknik

Tahun Kajian

Pengesahan Graduan

Peratusan Responden(%)

Bekerja Lanjutan Pengajian Tidak Bekerja

2006 50.8 18.4 30.8

2007 46.5 20.8 32.7

2008 53.9 19.8 26.3

2009 50.2 7.8 37.1

(Sumber: Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik, 2009)

Page 21: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

8

Melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996, telah menyebabkan perluasan

pendidikan dengan peningkatan institusi swasta (KPTM, 2006). Menurut Sufean (2004),

menyifatkan lebih banyak peluang pendidikan di peringkat tinggi terhadap perubahan

pendidikan yang dijana untuk menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan

antarabangsa. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2012), telah menunjukkan

graduan Politeknik yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Bidang keushawanan

dijadikan sebagai pilihan terakhir atau pekerjaan sementara sahaja. Ini bermakna, setelah

gagal untuk mendapatkan pekerjaan, bidang keusahawanan barulah menjadi pilihan

mereka dan menganggap pekerjaan selain keushawanan adalah lebih stabil dan

membanggakan. Situasi ini ternyata tidak selaras dengan aspirasi dan cabaran dalam

mewujudkan pembangunan modal insan yang berterusan dalam negara (Harun &

Nasharudin, 2010)

Menurut Mohamed (2005), adalah sangat penting dalam melahirkan pelajar yang

mempunyai ciri-ciri usahawan dan boleh berdikari dalam pasaran kerja serta biasa

dengan dunia perniagaan dalam program pendidikan dan latihan keusahawanan seperti

penawaran kursus dan program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak institusi

pengajian. Oleh itu, untuk seseorang itu mula meminati bidang keusahawanan,

persediaan pendidikan keusahawanan merupakan langkah awal dalam memulakan

kerjaya mereka berdasarkan keinginan dan persediaan yang wujud dalam diri mereka.

Pendidikan keusahawanan yang diterapkan dalam program yang mereka ikuti adalah

memudahkan mereka untuk mendalami ilmu dalam bidang keusahawanan ini.

Langkah utama dalam menanam kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan

adalah dalam pendidikan keusahawanan itu sendiri. Sesetengah institusi pengajian tinggi

tidak memberi penekanan dalam usaha mendedahkan bidang keusahawanan ini kepada

pelajar. Menurut Rosli (2013), kurikulum dan program-program yang berkait rapat

dengan pembentukkan kecenderungan keusahawanan perlu dilaksanankan untuk

menjayakan pembudayaan bidang keusahawanan. Justeru itu, pihak institusi Politeknik

memainkan peranan untuk mencipta kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang dapat

menarik pelajar dalam bidang keushawanan ini supaya pelajar berkecenderungan dalam

menjayakan program keusahahwanan setelah tamat pengajian kelak. Tenaga pengajar di

Page 22: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

9

Politeknik perlu mencari faktor kejayaan supaya dapat melihat kecenderungan pelajar

dalam pendidikan keusahawanan.

Antara Critical Success Factor yang telah dikenalpasti akan mempengaruhi hasil

perlaksanaan dalam sesebuah organisasi ialah pembolehubah people seperti keperluan,

gaya kognitif, personaliti, demografi, gaya-keputusan, dan jangka sumbangan,

pembolehubah structure seperti pembezaan atau integrasi, tahap pemusatan, autonomi

unit, budaya, norma-norma kumpulan, sistem ganjaran, dan pengagihan kuasa,

pembolehubah task seperti penglibatan pengguna, sifat komunikasi penganalisis-

pengguna, kesahihan organisasi, dan kewujudan jisim kritikal dan pembolehubah

technology yang termasuk jenis teknologi (MIS, TPS, alat CASE, EMS, dan lain-lain),

dan ciri-ciri teknologi seperti pemindahan, pelaksanaan, dan kandungan budaya (Sarker,

2000).

1.3 Penyataan Masalah

Politeknik merupakan salah sebuah Institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk

melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan kilang

dan industri (KPT, 2010). Walaupun begitu, hasrat kerajaan untuk memperluaskan

penglibatan pelajar dalam program keusahawanan tidak terkecuali kepada pelajar di

Politeknik. Oleh itu, pihak pengurusan dan pentadbir pendidikan bertanggungjawab

dalam membentuk budaya keusahawanan kepada pelajar untuk mempertingkatkan

kemajuan negara. (Warman et al, 2010). Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan

oleh pihak universiti dalam membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan ini dan

seorang pelajar memerlukan kemahiran keusahawanan untuk berjaya dalam apa jua

bidang yang diceburinya. Ini boleh dirujuk pada ciri-ciri usahawan itu sendiri, di mana

seorang usahawan perlulah kreatif, mempunyai daya imaginasi yang tinggi, inisiatif dan

mampu membuat perubahan dan menggunakan peluang yang ada dengan baik (Dabson,

2005).

Page 23: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

10

Menurut Harun & Nasharudin (2010) lagi, institut pengajian tinggi boleh

melakukan pelbagai cara untuk membantu pelajar-pelajar melibatkan diri secara

langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan ini seperti menubuhkan kelab

usahawan untuk pelajar, penerapan ilmu keusahawanan dalam kurikulum institut

pengajian tinggi, menganjurkan seminar keusahawanan dan banyak lagi. Oleh itu, kajian

ini adalah perlu untuk mengkaji apakah elemen Critical Success Factor yang digunakan

di Jabatan Perdagangan, mengkaji apakah cabaran dalam melaksanakan elemen Crtical

Success Factor di Politeknik Jabatan Perdagangan, mengkaji kecenderungan pelajar

untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan untuk mengurangkan bilangan

lepasan pelajar Politeknik menganggur dan menjadikan bidang keusahawanan ini

sebagai salah satu cabang kerjaya mereka.

1.4 Tujuan kajian

Selaras dengan penyataan masalah yang dinyatakan di atas, maka kajian ini dijalankan

adalah bertujuan untuk mengenalpasti elemen Critical Success Factor yang digunakan

di Jabatan Perdagangan Politeknik, cabaran melaksanakan elemen Critical Success

Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik, tahap kecenderungan pelajar dalam

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan serta mencari hubungan antara elemen

Critical Success Factor dengan tahap kecenderungan pelajar dalam melibatkan diri

dalam bidang keusahawanan.

1.5 Objektif Kajian

i) Mengenalpasti elemen Critical Success Factor yang digunakan di Jabatan

Perdagangan Politeknik.

Page 24: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

11

ii) Mengenalpasti cabaran dalam usaha melaksanakan elemen Critical

Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik.

iii) Mengenalpasti tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam

bidang keusahawanan.

iv) Mengenalpasti hubungan antara elemen Critical Success Factor di

Jabatan Perdagangan Politeknik dengan tahap kecenderungan pelajar

untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

1.6 Persoalan Kajian

i) Apakah elemen Critical Success Factor yang digunakan di Jabatan

Perdagangan Politeknik?

ii) Apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha melaksanakan elemen

Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik?

iii) Apakah tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan?

iv) Apakah hubungan antara elemen Crtitical Success Factor di Jabatan

Perdagangan Politeknik dengan tahap kecenderungan pelajar untuk

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan?

1.7 Hipotesis

Berdasarkan persoalan kajian yang dibina, hipotesis yang boleh dibentuk adalah:

Ho: Tidak wujud hubungan antara elemen Critical Success Factor (people,task,

structure dan technology) dengan tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri

dalam bidang keusahawanan.

Page 25: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

12

H1: Wujud perhubungan antara elemen Critical Success Factor (people,task, structure

dan technology) dengan tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam

bidang keusahawanan.

1.8 Kepentingan kajian

Kajian ini penting dalam membawa usaha kepada penglibatan pelajar dalam program-

program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Politeknik. Tidak semua pelajar

berminat dalam program yang dianjurkan oleh tetapi pihak institusi perlu mencari titik

permulaan yang berkesan supaya dapat membentuk pelajar-pelajar ini cenderung dan

melahirkan produk-produk usahawan yang berjaya dimasa hadapan. Selain itu,

keseimbangan dalam diri pelajar berkaitan keperluan ilmu keusahawanan perlu

diterapkan semasa masih lagi dalam proses pembelajaran supaya pelajar tidak keluar

dengan tangan kosong tanpa ilmu keusahawanan. Sekurang-kurangnya, pelajar-pelajar

dapat mempraktikkan pelajaran keusahawanan itu dalam tempoh mereka berada di

institusi.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyedari kepentingan bidang

keusahawanan ini dalam kalangan belia, turut memberi peruntukkan yang besar untuk

melahirkan usahawan-usahawan yang berwawasan, kreatif dan inovatif dalam kalangan

pelajar-pelajar teknikal. Usaha kerajaan itu dilihat dapat meningkatkan persaingan yang

sihat antara pelajar yang mana mempunyai latar belakang keusahawanan dalam diri

pelajar. Seperti mempunyai keluarga yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Daripada program-program yang dicetuskan oleh pihak pengurusan institusi Politeknik

ini, dapat membantu memantapkan ilmu dan pengalaman yang sedia ada tanpa

merugikan peruntukkan yang telah diberi.

Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah

bertujuan untuk menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang

Page 26: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

13

lebih terancang dan holistik di kalangan IPT tempatan dalam usaha untuk melahirkan

modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.

Selain dari untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang akan bertindak sebagai

pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi

dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020.

Selain dari pihak kerajaan, pihak industri yang menjalankan perusahaan yang

berjaya dan mempunyai organisasi yang kukuh perlu memainkan peranan penting dalam

memberi galakkan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk

menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Dalam masa yang sama mereka boleh

mempromosikan produk serta berkongsi ilmu dengan bekerjasama pihak institusi.

Pengurusan pihak institusi juga dimudahkan dalam membawa matlamat kerajaan untuk

memacu pelajar-pelajar teknikal terlibat sama dalam bidang keusahawanan untuk

menjalankan program yang dijalankan.

Institusi Pengajian Tinggi diberi mandat untuk mempertingkatkan usaha menarik

pelajar dalam bidang keusahawanan dengan memberi sejumlah peruntukkan. Oleh itu,

pihak pentadbiran Politeknik hendaklah membawa perubahan dalam bidang

keusahawanan mengikut bentuk acuan permintaan dari masyarakat selaras dengan ciri

seorang usahawan yang berjaya. Dengan ini, Politeknik bukan sahaja melahirkan tenaga

pekerja mahir tetapi juga mempunyai kemahiran keusahawanan dapat dipupuk di

kalangan pelajar Politeknik. Kepentingan juga dapat dilihat daripada pihak organisasi

yang terdiri daripada pihak pengurusan dan tenaga pengajar. Dalam hal ini, pensyarah

merupakan tunjang utama dalam memastikan hasil dapatan yang telah ditargetkan dalam

menyampaikan hasil pembelajaran secara berkesan.

Dalam sesebuah organisasi yang telah lengkap dengan tugas dan peranan serta

kepakaran masing-masing menjadikan strategi yang dirancang teratur sebelum

memulakan sesuatu matlamat. Setiap hala tuju, misi, visi dan objektif adalah sejajar

supaya pensyarah memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan tugas mereka

selaras dengan profesion akademik mereka. Profesionalisme akademik merujuk kepada

keupayaan dan kecekapan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada panduan

ilmu, kepakaran dan juga amalan akademik

Page 27: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

14

Etika bekerja di mana-mana sektor termasuk sektor pengajian tinggi adalah

penting untuk mencapai kecemerlangan yang hakiki. Penerapan nilai integriti dalam

etika bekerja di IPT akan menjurus Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian

tinggi menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Strategi Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN). Institusi pengajian tinggi (IPT), harus menerap dan memperkasakan

nilai integriti dikalangan akademia, pegawai tadbir, kakitangan sokongan serta para

pelajar kerana IPT adalah pusat perkembangan ilmu yang akan melahirkan generasi

cerdik pandai, Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi serta berakhlak

mulia, maka akademia semestinya menjalankan tugas dengan beretika dan berintegriti.

Kepincangan masyarakat dari aspek integriti dan etika boleh dibaiki sekiranya suasana

kondusif yang bermoral, beretika dan berintegriti dapat dihidupkan disetiap kampus IPT

1.9 Skop Kajian

Skop kajian yang dilakukan ini menekankan kepada elemen Critical Success Factor

yang digunakan di Jabatan Perdagangan Politeknik, cabaran dalam melaksanakannya,

tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahwanan serta

mencari hubungan elemen Critical Success Factor dengan kecenderungan pelajar dalam

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Page 28: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

15

1.10 Kerangka KonsepKajian

Tenaga Pengajar Jabatan Perdagangan Politeknik

Elemen:

i) People:

- gabungan tenaga pengajar (kemahiran asas,peranan)

- Kesanggupan tenaga pengajar untuk belajar, menerima

maklum balas

- Bekerjasama dalam kumpulan, menerima pandangan orang

lain

ii) Task:

- Bagaimana melakukan sesuatu

- Apa yang cuba dicapai

- Berasaskan komuniti, bermakna dan sebenar

- Tumpuan dengan jelas, pelajar dinilai

iii) Stucture:

- Hubungan

- Corak komunikasi bekerja

- Penyelarasan tahap pengurusan

iv) Technology:

- Penggunan teknologi yang sesuai mengikut keperluan dan

membantu serta memudahkan dalam melaksanakan tugas

- Cabaran perlaksanaan:

i) Pendedahan terhadap konsep Critical Success Factor

ii) Perubahan arus semasa

Kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

(Adaptasi dan ubahsuai daripada: Dexter, B., 2010; Bergman, I., Gunnarson,

S. dan Ra¨isa¨nen, S., 2013.)

Page 29: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

16

Kerangka konsep pada Rajah 1.1 telah diadaptasi daripada yang mana menunjukkan

input yang terdiri daripada tenaga pengajar di Jabatan Perdagangan Politeknik, antara

elemen yang dikaji dalam Critical Success Factor dan juga cabaran perlaksanaannya.

Dalam konteks elemen Critical Success Factor empat perkara telah dikenalpasti iaitu

people, task, structure, technology mejadi perkara yang ingin dikaji di dalam sesebuah

Jabatan Perdagangan Politeknik sama ada mengambil kira elemen tersebut atau tidak

sebagai matlamat dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks cabaran pula, dilihat dari

beberapa kengkangan dalam menyampaikan dan melaksanakan iaitu dari segi

pendedahan terhadap konsep Critical Success Factor dan perubahan arus semasa.

Manakala sebagai output yang dikeluarkan adalah kecenderungan pelajar untuk

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

1.11 Definisi Konsep Dan Operasi

1.11.1 Keusahawanan

Keusahawanan ditakrifkan sebagai peri laku atau gaya usahawan bertindak terhadap

peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju

perniagaan yang telah diterokainya (Othman & Panniapan, 2012). Dalam konteks kajian

ini, keusahawanan dalam kalangan pelajar adalah untuk membawa pelajar mendalami

bagaimana untuk mencapai matlamat menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan

berbekalkan ilmu dan foktor kejayaan kritikal yang sebenar.

Page 30: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

17

1.11.2 Critical Success Factor

Pertama kali dibentang oleh Ronald D. Daniel pada 1960-an yang berkait rapat dengan

misi dan matlamat strategi perniagaan atau projek. Dengan mengenalpasti Critical

Success Factor itu, dapat membuat titik rujukan untuk membantu mengarahkan dan

mengukur kejayaan perniagaan atau sesuatu projek. Critical Success Factor juga

membantu ahli dalam organisasi untuk setiap fungsi dan kepentingan masing-masing

dan dapat melaksanakan kerja dalam konteks yang betul dan keseluruhan. Pengenalan

kriteria kejayaan yang sesuai adalah penting bagi pemilik projek dan pengurus, yang

mana memerlukan satu rangka kerja khursus dan boleh diukur untuk mengesan hasil

projek utama. Critical Success Factor juga perlu bagi peruntukan yang sesuai daripada

pelbagai sumber (Abdul Manaf, Omar & Kuan Yee, 2012). Ini kerana untuk memahami

faktor-faktor kejayaan projek sahaja tidak mencukupi untuk kejayaan projek (Pheng &

Chuan, 2006), tetapi perlu menjelaskan tentang Critical Success Factor sesuatu projek,

terutama apabila projek adalah sangat kompleks dan tidak menentu. Terdapat empat

elemen yang dikaji dimana melibatkan people, task, structure dan technology dalam

mencari Critical Success Factor yang ideal merangkumi setiap misi, visi, objektif

sesebuah organisasi (Dexter, 2010).

1.11.3 People

People merujuk kepada pekerja dalam sesebuah organisasi dan apabila pendekatan ini

tidak hanya dilihat pekerja sebagai akauntan, penyambut tetamu, pengurus dan lain-lain

sebaliknya perlu dilihat dari segi kecekapan, pengetahuan dan produktiviti (Dexter,

2010). Dalam konteks kajian ini, people merujuk kepada peranan utama seorang

pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik.

Page 31: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

18

1.11.4 Task

Task merupakan elemen yang menjelaskan mengenai tugasan yang perlu dilakukan

seseorang mengikut peranan dalam sesebuah organisasi (Dexter, 2010). Dalam konteks

kajian ini, task dilihat sebagai tugasan pensyarah selain mengajar. Tugasan yang

berasaskan komuniti ini perlu ada supaya setiap pensyarah memegang skop tugasan

yang lain selain mengajar.

1.11.5 Structure

Elemen structure bukan hanya pada struktur hierarki, tetapi juga termasuklah hubungan,

corak komunikasi dan penyelarasan tahap pengurusan yang berbeza, jabatan dan pekerja

serta aliran tanggungjawab dalam organisasi (Thakur, 2013). Dalam konteks kajian ini,

structure dilihat sebagai organisasi Jabatan Perdagangan Politeknik. Hubungan serta

corak komunikasi bekerja adalah penting supaya struktur ini selaras dan mudah

dipahami oleh ahli-ahlinya (pensyarah).

1.11.6 Technology

Technology merupakan elemen yang membantu atau memudahkan orang ramai untuk

melaksanakan tuga-tugas (Dexter, 2010). Dalam konteks kajian ini, penggunaan

teknologi dalam merealisasikan perlaksanaan tugas adalah lebih mudah dan berkesan.

Pengetahuan asas dalam penggunaan ICT perlu ada dalam seseorang pensyarah supaya

dapat melaksanakan tugas sebagai pengajar dan juga tugas lain dalam organisasi

tersebut.

Page 32: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini memfokuskan kepada beberapa sub tajuk yang berkaitan dengan kajian ini.

Kajian literatur ataupun sorotan kajian amat penting dalam sesuatu kajian. Chua (2006)

menyatakan bahawa kajian literatur adalah dengan membuat rujukan secara kritikal dan

sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan

kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan

dilaksanakan. Tujuan bab ini adalah untuk mengetahui lebih mendalam tentang kajian

yang dilakukan ini dan sebagai panduan kepada pengkaji yang melakukan kajian ini.

Penyelidik membuat rujukan ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat,

idea, data dan kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk Critical

Success Factor bagi program keusahawanan di Jabatan Perdagangan Politeknik.

Page 33: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

20

2.2 Model Leavitt Diamond

Rajah di bawah menjelaskan hubungan antara elemen yang terdapat dalam model

Leavitt’s Diamond yang mana terdiri daripada people, tasks, structure dan technology.

Rajah 2.1: Model Leavitt’s Diamond (Leavitt, H., 1965; Sarker, S., 2000; Radnor, Z. J.,

Boaden, R., 2004)

Model Leavitt Diamond merupakan pendekatan baru untuk membentuk sesebuah

organisasi pada 1965 melalui empat elemen interaktif. Pendekatan ini telah digunakan

secara meluas untuk membuat perubahan sesebuah organisasi yang lebih berkesan

(Thakur, 2013). Menurut kajian Radnor & Boaden (2004) Leavitt telah mencadangkan

untuk setiap sistem organisasi terdiri daripada empat elemen utama iaitu people, task,

structure dan technology. Keempat-empat elemen ini saling berinteraksi dan saling

bergantung antara satu sama lain yang mana akan menentukan nasib sesebuah

organisasi. Elemen yang telah diilhamkan oleh Dr Harold Leavitt ini menekankan

bahawa setiap perubahan yang terdapat dalam salah satu elemen ini akan mempunyai

kesan ke atas elemen lain dan perlu mengagak untuk menampung perubahan yang

berlaku (Sarker, 2000). Model Leavitt ini merupakan salah satu pendekatan bersepadu

dan digunakan secara meluas untuk mengurus perubahan organisasi.

Page 34: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

21

People

Menurut kajian Dexter (2010), people merujuk kepada pekerja dalam sesebuah

organisasi dan apabila pendekatan ini tidak hanya dilihat pekerja sebagai akauntan,

penyambut tetamu, pengurus dan lain-lain sebaliknya perlu dilihat dari segi kecekapan,

pengetahuan dan produktiviti. Perubahan task dilihat dalam konteks bagaimana sesuatu

tugasan itu dilakukan. Sekiranya penukaran tugas berlaku, selaku ketua dalam sesebuah

organisasi perlu untuk mendidik dan melatih pekerja untuk pekerja melaksanakan

tugasan. Perubahan dalam structure menjelaskan bahawa perubahan peranan kerja

seseorang. Sebagai pekerja, perlu mengetahui peranannya tentang tugas-tugas baru dan

bertanggungjawab terhadap peranan yang digalasnya. Manakala perubahan dalam

technology akan melibatkan latihan yang banyak, supaya setiap pekerja boleh

mengendalikan teknologi yang baru dengan cekap tanpa menyebabkan keosakkan

kepada diri sendiri atau teknologi itu sendiri, ini juga akan melibatkan pekerja baru yang

mahir untuk mengendalikan teknologi baru tersebut (Thakur, 2013).

Task

Task merupakan elemen yang menjelaskan mengenai tugasan yang perlu dilakukan

seseorang mengikut peranan dalam sesebuah organisasi (Dexter, 2010). Melibatkan

persoalan bagaimana untuk melakukan sesuatu dan apa yang cuba dicapai. Perubahan

dalam elemen people berlaku apabila menukar tenaga kerja selaras perlu mengubah suai

tugas-tugas serta matlamat untuk menggunakan kemahiran yang optimum daripada

pekerja baru tersebut. Perubahan dalam elemen structure pula menimbulkan persoalan

mengenai apakah yang akan berlaku jika sesebuah organisasi untuk beralih sistem

pengurusan, semestinya ia akan melibatkan perubahan tugasan untuk setiap pekerja.

Perubahan dalam elemen technology yang lebih maju memerlukan perubahan cara kerja

(Thakur, 2013).

Page 35: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

22

Structure

Elemen structure bukan hanya pada struktur hierarki, tetapi juga termasuklah hubungan,

corak komunikasi dan penyelarasan tahap pengurusan yang berbeza, jabatan dan pekerja

serta aliran tanggungjawab dalam organisasi (Thakur, 2013). Perubahan pada people

berlaku apabila mengambil pekerja yang lebih mahir dan berkelayakkan akan

memudahkan dalam penyeliaan dan pengawasan. Perubahan pada task pula

menerangkan bagaimana struktur perlu ditukar dengan pengubahsuaian dalam matlamat

untuk setiap tugasan. Perubahan dalam elemen technology yang memerlukan

penyusunan semula struktur organisasi hasil daripada menaik taraf teknologi dari segi

pengkomputeran dan automasi (Sarker, 2000).

Technology

Technology merupakan elemen yang membantu atau memudahkan orang ramai untuk

melaksanakan tuga-tugas (Thakur, 2013). Peralatan seperti komputer, pembaca kod bar,

aplikasi perisian dan sebagainya adalah berkaitan dengan technology. Perubahan dalam

elemen people, sekiranya pekerja yang berkerja mempunyai tahap pendidikan yang

tinggi, sudah pasti teknologi yang digunakan harus selaras dengan kepakaran pekerja

tadi. Sesebuah organisasi juga perlu mengikut perubahan dalam pengetahuan,

kelayakkan dan kemahiran tenaga pekerja dengan teknologi supaya hasil kerja pekerja

adalah berkualiti. Perubahan dalam elemen task ialah perubahan dalam bentuk tugasan

atau matlamat yang memaksa untuk perubahan teknologi berlaku. Manakalan perubahan

dalam elemen structure pula berlaku apabila mahu mengurangkan kakitangan dari

jabatan tertentu, perlu melakukan pengautomasian beberapa proses untuk mengekalkan

tahap pengeluaran yang sama. Sama ada cuba untuk mengecilkan struktur organisasi

atau mengembangkan organisasi, perubahan teknologi diperlukan untuk menyokong

struktur yang baru.

Page 36: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

23

2.3 Keusahawanan

Usahawan adalah merupakan kata dasar kepada keusahawanan yang bermaksud individu

atau sekumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta

mengembangkannya dari masa ke semasa demi kemakmuran masyarakat dan Negara.

Keusahawanan dalam perkataan Inggeris ialah entrepreneur yang berasal dari perkataan

Perancis iaitu entrepredre yang membawa maksud to undertake atau dalam Bahasa

Melayu boleh dimaksudkan sebagai memikul tugas atau tanggungjawab. Richard

Cantillon iaitu seorang pelopor ekonomi di Austri telah menggunakan perkataan

entrepreneur yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan sejak tahun 1775.

Kemahiran keusahawanan adalah kemahiran seseorang itu untuk melibatkan diri

dalam bidang perniagaan baik secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Menurut

Abu Bakar, Md Ali, Omar, Md Som, Muktar, (2007) keusahawanan adalah suatu

proses mencipta perniagaan yang mampu menembusi pasaran dalam membangunkan

sumber-sumber dan amnesia kearah pendekatan yang lebih unik untuk membangunkan

suatu organisasi yang baru. Bagi Yusuf (2007) keusahawanan adalah membawa maksud

kesediaan seseorang individu untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber

semasa yang ada dalam kawalannya.

Keusahawanan adalah merupakan suatu bidang yang masih baru dan masih

belum sepenuhnya dikaji, namun prinsip-prinsip dan asasnya semakin hari semakin

berkembang dan mencapai perhatian daripada pelbagai golongan masyarakat. Dalam

Rancangan Malaysia ke-9 ada menyatakan bahawa bagi memenuhi permintaan ekonomi

berasaskan pengetahuan serta membina pemikiran dan sikap positif serta kepimpinan

dan kemahiran keusahawanan. Antara elemen-elemen yang terkandung dalam

keusahawanan adalah seperti kebolehan mengenalpasti dan mencari peluang pekerjaan,

yang kedua kobolehan merangka perangcangan bagi sesebuah pernigaan, kebolehan

membina, meneroka dan merebut peluang pernigaan dan pekerjaan, dan kebolehan

untuk bekerja sendiri (JPN)

Yusuf (2007) menyenaraikan ciri-ciri asas yang dikatakan sebagai keusahawanan

adalah seperti mengenalpasti peranan, berkemampuan, bermotivasi, dan kesedian

Page 37: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

24

melakukan perubahan. Dalam mengenalpasti perananan adalah dikatakan sebagai

sebagai suatu keberkesanan iaitu merupakan suatu jaringan proses secara berkelompok

dan bukannya secara bersendirian. Ini termasuklah, membuahkan, menilai, membangun

dan melaksanakan idea yang telah terbentuk. Berkemampuan pula membawa maksud

mempunyai kemampuan untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan juga rasional namun

elemen yang paling penting bagi berkemampuan adalah memiliki kemahiran berfikir

secara inisiatif ataupun secara gerak hati yang akan menggerakkannya untuk peka

terhadap keperluan persekitaran.

Manakala bermotivasi pula merupakan elemen yang penting kerana motivasi

adalah suatu daya penggerak yang akan membezakan antara seorang usahawan yang

berjaya dengan usahawan lelap (Rosli, 2013). Elemen yang terakhir ialah kesedian

melakukan perubahan yang boleh membawa maksud seseorang yang mampu dan

bersedia untuk menangani perubahan malah mampu mengadaptasi segala perubahan

yang berlaku seperti perubahan perkembangan perniagaan dan perubahan teknologi yang

memungkinkan berlakunya perubahan dalam dasar perniagaan tersebut (Yusuf, 2007).

Merujuk kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia 2009, bilangan usahawan di

Malaysia menunjukkan peningkatan yang marginal. Bilangan usahawan dalam tempoh

1982 hingga 2003 adalah di antara 1.2 hingaa 1.9 juta orang. Mulai tahun 2004,

bilangannya antara 2.0 hingga 2.2 juta orang. Pertambahan bilangan usahawan ini sejajar

dengan peningkatan bilangan penduduk bekerja daripada 5.25 juta pada 1982 kepada

10.66 juta pada tahun 2008. Namun demikian, peratusan usahawan di Malaysia agak

kecil iaitu tidak melebihi 26 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja dalam

tempoh 25 tahun. Peratusan tersebut didapati menunjukkan trend yang menurun

daripada 25.1 peratus pada 1982 kepada 20.9 peratus pada tahun 2008. Secara

keseluruhannya, bilangan usahawan di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 25.2

peratus dan usahawan wanita sebanyak 13.1 peratus.

Hal ini menunjukkan langkah yang lebih efektif perlu dikaji dan dilaksanakan

oleh kerajaan bagi menarik lebih ramai penduduk bekerja di Malaysia menceburi bidang

keusahawanan sejajar dengan keaddan ekonomi yang tidak menentu. Sehubungan

dengan itu. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah ditubuhkan di bawah

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan adalah merupakan satu

Page 38: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

95

RUJUKAN

Abd Ghaffar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghani, F., & Ahmad Kamil, N. R. (2011). Tret Personaliti dan Faktor Pemilihan

Kerjaya dalam Bidang Perguruan di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana.

Abdul Manaf, A., Omar N. H., & Kuan Yee, L., (2012) Faktor Kritikal Kejayaan

Usahawan Dalam Perniagaan. Journal of Social Sciences and Humanities. 7(1).

pp. 34-45

Abu Bakar, N. N., Hamzah, R. & Udin, A. (2011), Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan

Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia. Journal of

Edupre. 1. Pp. 159-164.

Abu Bakar, S., Md Ali, A., Omar, R., Md Som, H., Muktar, S. N., (2007) Penglibatan

Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor: Kajian Terhadap

Faktor-Faktor Kritikal Kejayaandan Kegagalan Pengendalian Perniagaan.

Universiti Teknologi Malaysia

Ambotang, A. S. (1 Mei 2013) Cabaran Transformasi Agenda Pendidikan Negara.

Utusan Malaysia.

Ames, C. (1992). Classroom Goals, Structures and Student Motivation. Journal of

Education Psychology, 84, 261-271.

Andrej Bertoncelj A., Kovacˇ, D., Bertoncel, R. (2009) Success factors and

competencies in organisational evolution.

Page 39: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

96

Arthur, J. S. & Hisrich, R. D., (2012). The importance of education in the

entrepreneurial process:a world view. Journal of Small Business and Enterprise

Development. 19 (3). pp. 500-514.

Azizi Y. et al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Basir S. A., Che Pa B., Raja Sulong R. H., (2009). Prinsip-prinsip kualiti kearah

melahirkan usahawan muslim yg berjaya. Jurnal Syariah.17(2). pp. 327-352.

Charles Banfe (1991). Entrepreneur:From Zero To Hero. New York: Van Nostrand

Reinhold.

Caroline N. Daniels (1994). Information Technology: The Management Challenge.

England. Addison-Wesley Publishing Company.

Chua Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan . Kuala Lumpur : McGraw-Hill.

Chua, Y. P. (2006). “Asas Statistik Penyelidikan”. Malaysia: McGraw Hill (Malaysia)

Sdn Bhd.166 – 172.

Dabson, B. (2005). The Meaning of Entrepreneurship. Texas: Rural Policy Research

Institute.

Dexter, B. (2010). Critical Success Factor for Development Team Project. Journal of

Team Performance Management. 10. pp343-358.

Esa, A., Hassan, R., Hashim, J., Hadi, M. Y. (2012). Cabaran Pendidikan Teknik &

Vokasional (PTV) Di Malaysia : Peranan UTHM Dalam Melahirkan Pendidik

Berketrampilan. Seminar JPPG 2009. Hotel Impiana Casuarina, Ipoh. Fakulti

Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Gudienėa, N., Banaitisa A, Banaitienėa, N., Lopes, J. (2013) Development of a

Conceptual Critical Success Factors Model for Construction Projects: a Case of

Lithuania. 11th International Conference on Modern Building Materials,

Structures and Techniques, MBMST 2013.

Hart, M. and Harrison, R. (1992) Encouraging Enterprise In Northern Ireland:

Constraints And Opportunities. Irish Business and Administrative Research.13,

104-116.

Harun, L. (2005). Graduan Menganggur: Sambung Belajar di Kolej Komuniti :Marzita

Abdullah. http://Tutor.com.my/Tutor. Dipetik pada November 13 2013.

Page 40: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

97

Harun, H. (2007). Keusahawanan Remaja Malaysia. 1st ed Serdang: Universiti Putra

Malaysia.

Hashim, M. K. & Wafa, S. A., 2002. Small and Medium-Sized Enterprises in Malaysia:

Development Issues. Kuala Lumpur: Prentice Hall Pearson Malaysia.

Hisrich, R.D., Peters, M.P & Shephard D.A. (2008). Entrepreneurship (International

Edition). Singapore: The McGraw-Hill Education Asia.

Hussein, R. (2003). Pembudayaan Keusahawanan Merentas Aliran Pengajian. Prosiding

Persidangan Pendidikan Teknikal Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

pp. 104-109.

Ibrahim, P., Basir, S. A., Daud, N. (2012). Critical Success Factors (Csf) Of Zakah-

Financed Small- Scale Entrepreneurs (Zfse): Malaysian Experience. Proceedings

International Conference of Technology Management, Business and

Entrepreneurship. Renaissance Hotel, Melaka, Malaysia.

Ibrahim, Y., Ahmad, N. (2006). Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di

Sektor Pelancongan, Jurnal Pengajian Melayu, 17.

Ismail, A., Kecenderungan Pelajar Semester Akhir Diploma Kejuteraan KUiTTHO

dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Tesis Sarjana. KUiTTHO; 2005

Jamaluddin, M. K. A. M. (2001). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan

Perlaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Jurnal Sosiohumanika. 4

Johari, S., Bakar, F. A. A., Ahmad, S. F. (2009). Kajian mengenai Kecenderungan

Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah dalam Menjalankan

Perniagaan atas Talian.

JPP. (2009). Hala Tuju Transformasi Politeknik: kea rah Kelestrarian penghasilan Modal

Insan Negara. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia

JPM. (2013). Dicapai pada 11 November 2013, daripada

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PERANGK

AAN_%20SISWAZAH_2011.pdf

Joseph, C. P. & Terese, V. M., (2006). Engineering Student and Entrepreneurship

Education: Satisfaction Career Path and Propensity to Venture. Boston: Brock

Universiti

Page 41: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

98

Jusoh, N., Esa, A., Alwi, M. F. & Khalid, K. (2012) Keusahawanan Membangunkan

Kemahiran Insaniah. Seminar Amalan Terbaik Aplikasi Softskills IPTA

Malaysia. UNIMAS: Pusat Kokurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1995. Program Pembudayaan Keusahawanan

Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Arah Pewujudan Masyarakat Perdagangan

dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Keogh, W., Galloway, L. (2004). Teaching Enterprise In Vocational Discipline:

Reflecting On Positive Experience. Management Decision. 42(3). pp. 531-541.

Knoll, R. (2005) Critical Success Factor (CSF) Analysis for the Establishment of Home

Networks using Plastic Optical Fiber.

Konting, M. M. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

KPT. (2010). Laporan Eksekutif Kajian Pengesahan Graduan IPT (2009). Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia.

KPT. (2011). Laporan Eksekutif Kajian Pengesahan Graduan IPT (2010). Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia

KPT. (2012). Asas Pengajaran dan Pembelajaran Institusi Pengajian Tinggi (2012).

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KPT. (2012). Laporan Eksekutif Kajian Pengesahan Graduan IPT (2010). Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia

KPT (2009). Laporan Eksekutif Kajian Pengesahan Graduan IPT (2008). Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia

KPT. (2010). Hala Tuju Transformasi Politeknik: Ke Arah Kelestearian Penghasilan

Modal Insan Negara (2009). Kementerian Pengajian Tinggi.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2007b). Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster

di Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research

activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Page 42: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

99

Lope Pihie, Z. A. & Elias, H. (2000). Pengajaran-Pembelajaran Perdagangan,

Keusahawanan dan Ekonomi Asas, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Lope, Pihie. Rahim, Bakar, K. L., (2002), Entrepreneurial Aspirations of Secondary

School Student Enrolled In Vocational and Technical Subject, Faculty of

Education Studies, Universiti Putra Malaysia

Laman Web Unit Perancang Ekonomi. Dicapai pada 23 November 2013, daripada

http://www.epu.gov.my/economic-history

McLarty, R., (2004) Entrepreneurship among graduates: towards a measured response.

Journal of Management Development. 24(3). pp. 223-238.

Mat Arif, N. (2012). Pelaksanaan Transformasi Politeknik Premier di Malaysia.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

MdYasin, A. Y., NikMahmood, N. A. A., NikJaafar, N. A.

(2010).TheEntrepreneurialInclinationofKotaBharuPolytechnicStudents:A

PreliminaryInvestigation. Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal

Mytedt. Hotel Emerald Puteri , Sungai Petani.

Minghat, A. D., & Mansor, N. Z. (2010). Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik sebagai Pembentukan Awal Kerjaya di Sekolah Menengah Teknik

Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana.

Minghat, A. D., Selamat, K., & Mohd Rejab, H. (2010). Faktor-faktor yang

Mempengaruhi Kesediaan Pelajar-Pelajar Aliran Vokasional untuk Memilih

Kerjaya dalam Bidang yang Dipelajari. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana.

Mohammad, S. H. (2008). Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif Guru. Universiti

Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Mohamad, A., Amir, A. R. & Abdulallah, S., (2005). Kepentingan Pendidikan

Keusahawanan kepada Organisasi dan Negara. National Conference on Skills

and Competencies in Education. 2005. ms. 101 – 106.

Mohamed, A.(2005), Kepentingan Pendidikan Kepada Organisasi dan Negara,

Universiti Utara Malaysia, Sintok

Page 43: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

100

Mohd, Osman, M., H., (2007), Faktor-Faktor Yang Telah Mendorong Graduan Dan

Alumni Universiti Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan

Mohd. Osman, M. H., Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit

Mikro Di Negeri Johor. Vot Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia; 2007.

Mohd Rosli, F. 2013. Pembudayaan Keusahawanan Ke Arah Mempengaruhi

Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Bakal

Graduan Di UTHM.

Nordin, M. K. (2010). Teks Ucapan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Dicapai pada

Disember 16, 2011 dari

http://www.mohe.gov.my/portal/Images/info/kpt/ucapan/menteri/ucapan psptn

fasa2.pdf

Omar, N (2011). Teks Ucapan. Minggu Perkasa Puta Pelajar Baharu Semester Pertama

Sesi 2011/2012. Dicapai pada Disember1, 2013 dari

http://www.moa.gov.my/c/dokument_library/get_file?uuid=201151aa-14d9-

4b2d-8a37-0c9987803ee&groupId=10149

Othman, N., Panniapan, S. (2012). Profil Keusahawanan Peniaga India di Malaysia.

Akademik. 82(1). pp. 103-111.

Othman, S. S., Buang, Z., Tompang, L. (2001). Pengurusan Teknologi: Pengaruh

Komunikasi Strategi Terhadap Prestasi Organisasi.

PSPTN. (2010). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-2010) Fasa 1. Dicapai

pada 2013, Disember 29 dari Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara:

http://www.mohe.gov.my/transformasi/fasa2/psptn-fasa2.pdf

PTPTN. (2006). PelamTindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-2010) Fasa 1. Dicapai

pada 2014, Mei 30 dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian

Tinggi: http://jpt.mohe.gov.my/DASAR/bab%20PTPTN/2_bm.pdf

PTPTN. (2010). Projek Agenda Kritikal iaitu Transformasi Politeknik. Dicapai pada

2014, Mei 30 dari Kementerian Pengajian Tinggi:

http://www.utem.edu.my/pjka/download/AKEPT2.pdf

Page 44: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

101

Radnor, Z. J., Boaden, R. (2004). Developing An Understanding Of Corporate Anorexia.

International Journal of operations & Production Management.24(4). pp. 424-

440.

Rahman, F. A. A., Kamarolzaman, N., Azmi, S. A. (2007). Tahap Penggunaan ICT dan

Teknologi dalam Pengurusan Masjid dan Surau.

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005), Jabatan Penerangan Malaysia

Roudaki, J. (2009), University students’ perceptions on entrepreneurship: commerce

students’ attitudes at Lincoln University, Journal of Accounting – Business &

Management, 16 (2), pp. 36-53.

Sanholtz, K. (1990) MBA: Attitudes. The College Edition of the National Business

Employment Weekly, Spring, 14-15.

Santos, J. (2012, Mei 30). Mentaliti ‘Makan Gaji’ Punca Ramai Menganggur. Utusan

Borneo.

Sarker, S. (2000). Toward A Methodology For Managing Information Systems

Implementation: A Social Constructivist Perspective. 3(4).

Sequeira, J., Muller, S. L., & McGee, J.E. (2007). The Influence of Social Ties and Self

Effecacy in Forming Entrepreneurial Intentions and Motivating Nascent

Behavior, Journal Of Development Entrepreneurship. 12(3). pp 257-279.

Sidharth Thakur. (2013). A Look at the Components of Leavitt's Diamond. Dicapai

pada Disember 1, 2013, dari http://www.brighthubpm.com/change-

management/122495-a-look-at-the-components-of-leavitts-diamond/

Som, H. M. (2005). “Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan SPSS Windows”.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia,

Sufean H. 2004. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sufean, R., (2004), Perancangan Kurikulum Bersepadu Untuk Industri Masa Hadapan,

Pembangunan Sumber Manusia Pendidikan, Johor: Universiti Teknologi

Malaysia

Talib, H. (2003). Aplikasi Teknologi Maklumat (IT) dalam Pengurusan Organisasi:

Sorotan Kajian. 1.

Page 45: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

102

Thakur, D. (2013). Critical Success Factors In Implementation Of Information Systems.

Dicapai pada 2013, November 20 dari ComputerNotes:

http://ecomputernotes.com/mis/implementation-and

evaluation/criticalsuccessfactorsinmis

Trkman, P. (2010), The critical success factors of business process management

International Journal of Information Management. pp. 125–134.

Ujang, Z., (2009). Mengangkasa Pengajian Tinggi. 1st ed. Universiti Teknologi

Malaysia.

Weihe, H.J and Reich, F.R. (1993). Entrepreneurial Interest Among Business Students:

Results Of An International Study. Entrepreneurship and business Development,

Ed. Klandt,H. Avebury.

Warman, S., Roddin, R., Esa, A., Awang, H., Mohamed, M., Ab. Rahman, A. (2010).

Penerapan Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Di Politeknik.

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan. 25-26

September.

Watisin, W., Hashim M. M. H. (2008). Cabaran Perlaksanaan Program Pembelajaran

Berasakan Kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.

Wiersma, W. (2000) “Research Method in Education: An Introduction” Boston: Allyn &

Bacon.

Yahya, N. F. (2004), Persepsi pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Guru

Pengajian Keusahawanan: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Teknik Alor

Setar, Kedah.

Yee, C. Y. & Mustaffa N. E., (2012). Analysis of factors critical to construction project

success in Malaysia. Journal of Engineering, Construction and Architural

Management.19(5). pp. 543-556.

Yusof, I., Ismail, R. & Sidin, R. (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah

UKM Graduates and Employment. The Case of UKM’s Graduate. Akademika

72 (Januari) 2008. Dicapai pada November, 30, 2013 dari

http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA72/akademi

ka72[01].pdf

Page 46: CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN

103

Yusuf, A. A. (2007). Prinsip Keusahawanan Edisi ke Dua. Petaling Jaya: Prentice Hall,

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.