negeri sabah, malaysia peraturan … di mekah. sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih...

2

Click here to load reader

Upload: dotuong

Post on 18-Apr-2018

217 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: NEGERI SABAH, MALAYSIA PERATURAN … di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atas sebab-sebab tertentu pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan

NEGERI SABAH, MALAYSIA

[ No. JKM. C103/47(342) ]

PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 4/1985

PERATURAN MENGENAI KELAYAKAN CUTI HAJIDI BAWAH PERINTAH-PERINTAH AM NEGERI SABAH 39(l) DAN 39(2),

BAHAGIAN "C"

TUJUAN

1. Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini ialah bagi melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memindaperaturan mengenai kemudahan Cuti Haji bagi membolehkan seseorang pegawai yang berugama Islam,yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun perkhidmatan mendapatkan kemudahan Cuti Haji bergajipenuh untuk menunaikan Fardhu Haji sekali disepanjang tempoh perkhidmatannya.

KELAYAKAN CUTI HAJI

2. Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya peraturan-peraturan berikut dipakai berhubung dengani CutiHaji bagi membolekan pegawai Kerajaan yang berugama Islam, mengambil cuti bergaji penuh bagimaksud menunaikan Fardhu Haji di Mekah. Peraturan-peraturan berkenaan adalah seperti berikut:

(i) Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti huiungminggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang berugama Islam untuk menunaikan FardhuHaji di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atassebab-sebab tertentu pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan cuti rehatnya atau cutitanpa gaji.

(ii) Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawaidan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahundan telah disahkan dalam jawatannya.

TARIKH KUATKUASA

3. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai dari 17 Mej 1984.

PINDAAN KEPADA PERINTAH-PERINTAH AM NEGERI SABAH 39(1) DAN 39(2), BAHAGIAN "C".

4. Pindaan-pindaan kepada Perintah Am Negeri Sabah 39(l) dan 39(2) Bahagian "C" Tahun 1982 yangsewaiamya akan dibuat dengan kuatkuasa kebelakangan mulai daripada tarikh berkuatkuasanyaPekeliling ini.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH CEKAP DAN AMANAH."

Page 2: NEGERI SABAH, MALAYSIA PERATURAN … di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atas sebab-sebab tertentu pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan

( TAN SRI (DATUK) ABDUL HAMID EGOH )Setiausaha Kerajaan Negeri

JABATAN KETUA MENTERIKOTA KINABALU

18 MAC 1985

s.k. Pegawai Perjawatan Persekutuan, Sabah,Wisma Persekutuan,KOTA KINABALU.Fail C. 401/329

Diedarkan kepada : Semua Setiausaha Tetap,Semua Ketua Jabatan Negeri dan PersekutuanSemua Pegawai Daerah DanSemua Penolong Pegawai Daerah Kecil.