nasional hari isnin 15 februari 2021 13 dokumen/2021/pelita brunei... · 2021. 2. 15. ·...

7

Upload: others

Post on 15-Mar-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NASIONAL HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 13 Dokumen/2021/Pelita Brunei... · 2021. 2. 15. · menggunakan kaedah block. Pada18Februari1959,akhbarinidicetak seminggu sekali setebal lapan

HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 13NASIONAL

Page 2: NASIONAL HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 13 Dokumen/2021/Pelita Brunei... · 2021. 2. 15. · menggunakan kaedah block. Pada18Februari1959,akhbarinidicetak seminggu sekali setebal lapan

HARI ISNIN 15 FEBRUARI 202114 NASIONAL�

Ke muka 3

Oleh : Meja Rencana, Seksyen Kandungan Khas, Bahagian Pelita BruneiFoto : Jabatan Penerangan

Sejarah perkembanganPelita Brunei

PADA Rabu, 15 Februari 1956 tercatatdalam sejarah penerbitan apabilaPelita Brunei diterbitkan oleh Pejabat

Penerangan Kerajaan Brunei dalam bentuksiklostil (syslostyled) setebal 19 halamantermasuk halaman depan yangmengandungi senarai kandungan danmenggunakan mesin taip untuk membentukhuruf.

Edisi pertama akhbar ini dicetaksebanyak 300 naskhah dan diedarkansecara percuma. Kandungannya antara lainmeliputi titah Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam; ucap selamat Residen Britishdi Brunei kepada Pelita Brunei; beritamengenai beberapa orang penuntut Bruneiyang belajar di England dan Australia;penubuhan Pusat Latihan Guru-GuruMelayu Negeri Brunei; dan keputusanpeperiksaan Sarawak Junior Certificate.

Nama Pelita Brunei

Nama 'Pelita' diambil dari perkataanpelita (lampu) yang berfungsi untukmenerangi kegelapan di sekeliling.Sebelum kewujudan Pelita Brunei,kebanyakan tempat di pedalaman dankawasan yang sukar dihubungi masihbelum tahu mengenai kerajaan,pemerintahan dan dasar-dasar kerajaandan betapa perlunya kerajaan dibantu olehorang ramai. Tegasnya, akhbar ini lebihbanyak berfungsi untuk memberipengertian, penjelasan tentang apakerajaan itu dan peranan rakyat terhadapkerajaan dan kerajaan terhadap rakyat.Manakala perkataan 'Brunei' itu pulabermaksud rakyat atau orang ramai yangmerupakan kumpulan sasaran akhbar ini.

Tujuan Penerbitan

Penerbitan Pelita Brunei bertujuanbagi memberi maklumat kepada orangramai mengenai rancangan danmatlamat pembangunan negara, dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengankehidupan rakyat sejagat, pengumuman-pengumuman penting serta apa jugaperubahan yang berhubung kait dengankepentingan negara dan orang ramai.

Tegasnya, akhbar inidipertanggungjawabkan untuk memberikefahaman yang betul mengenairancangan kerajaan bagi mengelakkan

prasangka dan rasa tidak puas hatiterhadap kerajaan.

Meniti Perjalanan AkhbarPelita Brunei

Setelah terbitan sulung pada 15 Februari1956, Pelita Brunei menempuhi laluanpanjang hingga tetap bertahan sehinggake hari ini. Pelbagai perubahan danperistiwa penting mewarnai Pelita Bruneitetapi tetap relevan dalam menyampaikanmaklumat kepada seluruh masyarakatdi negara ini. Antaranya ialah mulaikeluaran 1 November 1957, akhbar initelah memuatkan empat keping gambarmenggunakan kaedah block.

Pada 18 Februari 1959, akhbar ini dicetakseminggu sekali setebal lapan halamandalam ukuran 9 inci x 14 inci (lebih kecil daribentuk tabloid) dengan menggunakanmesin cetak jenis Linotype di Brunei PressLtd., Kuala Belait sehingga tahun 1964.

Dalam tahun 1965, akhbar ini dicetakdi The Star Press Company, Bandar Bruneibermula 9 Julai 1965.

Mulai 14 Januari 1976, percetakanakhbar ini diambil alih oleh JabatanPercetakan Kerajaan menggunakan mesinpencetak Offset. Mutu percetakan terusdipertingkatkan dari semasa ke semasa.Dalam tahun 1983, percetakan akhbar inimulai menggunakan Web Offset.

Sejak penerbitan edisi pertama, akhbarini menggunakan sepenuhnya bahasaMelayu. Pada 6 Januari 1961, satu mukasurat daripada akhbar ini diterbitkan dalambahasa Cina yang dikenali sebagai 'Pai li tapao' atau 'Bai li da bao' bagi keperluanmasyarakat Cina di negara ini. Versi bahasaCina diberhentikan pada awal 80-andan digantikan dengan penerbitan dalambahasa Inggeris. Walau bagaimanapunpenerbitan dalam bahasa Inggerisjuga diberhentikan pada 24September 1980.

Mulai 3 Januari 1990, kandunganakhbar ini dibahagikan kepada duaedisi iaitu edisi Induk dan edisiAneka. Edisi Induk memuatkanberita-berita semasa. Manakalaedisi Aneka pula memuatkanrencana umum, Khutbah Jumaat,Irsyad Hukum, Ruangan Cerpen,Puisi, Sastera dan Budaya,Rancangan Radio dan Televisyen,Jawatan Kosong dan Tawaran

(tender). Mulai tahun 2005,beberapa ruangan baharudiadakan seperti Fokus, Lensa

Pelita, Ristaan, Teropong Pelita,ASEAN, Remaja, Bicara IT, Sudut

Perkhidmatan Awam, MenjanaKesihatan dan pelbagai lagi.Sepanjang perjalanan 65 tahun,

Pelita Brunei telah menambah ruang-ruangyang sedia ada seperti Minda Pembaca;Kenali Bahasa Kitani; Tip Pendidikan; TipKesihatan; Belia Berwawasan; TahukahAwda; Warisan; Selera Kampung Kitani;Apa Pendapat Biskita?; Info Sukan; AlaiPintar; Info Teknologi; Lensa Pelajar; FokusSukan; Industri Kotej; Ristaan Pelita Brunei60 Tahun; Imbasan Mingguan; DariMahkamah; dan Destinasi Pelancongan.

Pelita Brunei kekal relevan hingga ke hariini dengan penambahan ruangan-ruanganbaharu dan perubahan masthead ataunama akhbar Pelita Brunei dari segipenggunaan mohor kerajaan, warna, logo,tulisan Jawi dan latar belakang bercorakair mulih. Setiap reka bentuk namaakhbar mengekalkan penggunaan mohorkerajaan sejak tahun 1961. Di sepanjangpenerbitannya bermula 1956 hingga 2020,Pelita Brunei telah menggunakan tidakkurang dari 19 masthead yangberbeza.

Logo Pelita Brunei 'AkhbarRasmi Kerajaan Brunei' muladigunakan pada 1985 danpada 1987 diubahmenjadi 'Akhbar RasmiKerajaan Negara BruneiDarussalam'.

Pada 1985 penggunaantulisan Jawi bagi perkataanPelita Brunei berwarna kuning

juga mula dimasukkan dalam nama akhbarPelita Brunei, di samping tulisan Rumiperkataan 'Pelita Brunei'.

Pelita Brunei kini berkembang selarasdengan teknologi kini yang lebih canggihsesuai dengan kerja-kerja penerbitan. Jikapada awal penerbitan Pelita Brunei hanyamenggunakan siklostil, kini Pelita Bruneidapat berbangga dengan teknologimoden iaitu menggunakan sistem GN3 dantidak lama lagi akan diganti dengan GN4.Kemudahan ini secara tidak langsungmenunjukkan proses penerbitan yanglebih efisien sesuai dengan duniapenerbitan masa kini yang lebih canggihdan eksklusif.

Pelita Brunei juga kini semakinmembesar apabila dibahagikan kepadadua seksyen iaitu Seksyen Beritadan Seksyen Kandungan Khas. SeksyenBerita berkisar mengenai liputan manakalaSeksyen Kandungan Khas mengenairencana dan juga ruang-ruang. Denganadanya Pelita Brunei menjadi duabahagian, ia menjadi lebih mantap, teraturbahkan lebih eksklusif kerana setiapseksyen berusaha memberi yang terbaikdalam pengisian Pelita Brunei.

Page 3: NASIONAL HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 13 Dokumen/2021/Pelita Brunei... · 2021. 2. 15. · menggunakan kaedah block. Pada18Februari1959,akhbarinidicetak seminggu sekali setebal lapan

HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021

Aliran Kerja Pelita Brunei

Berita merupakan bahan pengisianutama dalam Pelita Brunei. Setiap bahanberita sama ada berbentuk liputanacara-acara rasmi mahupun berita susulanditerima oleh Bahagian PengurusanJabatan Penerangan untuk diaturkanpemberita dan jurugambar yang membuatliputan.

Para pemberita dan jurugambarmenerima tugasan melalui e-melmasing-masing.

Sebaik sahaja selesai para pemberitamendapat bahan dari lokasi sama adaberbentuk press release, teks ucapanatau temu bual, proses mengarang beritapun bermula yang kemudian die-mel [email protected]. Dalamhal ini, pemberita perlu tahu dan pekabagaimana untuk mengolah beritaagar tidak bertentangan dengan etikakewartawanan di negara ini.

Bagi berita-berita yang telah die-melkanke [email protected]., parapenyemak akan memuat turun berita-beritatersebut dan dimasukkan ke dalam sistemtera iaitu Ted, untuk proses penyuntingan.Proses penyuntingan terlebih dahulu dibuatoleh Penolong Penyunting Tingkat II yangkemudiannya akan disunting lagi olehPenolong Penyunting Tingkat I.

Setelah itu bahan berita akandisemak oleh para penyemak. Semakanadalah merangkumi ejaan dan terasul.Di sinilah para penyemak dan penyuntingbertanggungjawab dalam tugasan merekadengan teliti dan peka untuk memastikantidak ada kesalahan dalam ejaan mahupunprotokol.

Setelah selesai penyemakan, semakan

Dari muka 2 terakhir (final check) akan dilaksanakanmengikut Ketua Meja masing-masing.

Dalam masa yang sama, gambar-gambar yang telah diupload olehjurugambar di laman sesawang Infofotowww.infofoto.gov.bn. akan dimuat turunoleh Juruteknik Foto untuk disimpandi dalam server 'W' mengikut folder tarikhyang disediakan. Foto ini juga disimpandidalam sistem Tera iaitu Shell bersertadengan kapsyen gambar yang disediakanoleh jurugambar. Kapsyen gambar-gambarini juga akan disunting oleh para penyuntingagar selaras dengan bahan berita. Perlujuga dipastikan bahawa setiap gambaryang bakal digunakan pada Pelita Onlinetelah pun dibubuh watermark JabatanPenerangan, sementara gambar-gambaryang digunakan didalam versi cetakhendaklah dalam saiz dan cerah yangbersesuaian, dan dalam mode CMYK.

Sementara pihak jurugambar pula akanmemuat naik gambar-gambar pada lamansesawang.

Selepas itu bahan berita dangambar-gambar ini akan diproses untukterbitan di Pelita Online dan dilayout untukPelita Brunei edisi cetak.

Selain itu, kedudukan berita pada mukasurat tertentu juga diambil kira di manasusunan berita adalah mengikut protokoldan berita utama akan diletakkan padamuka hadapan dan seterusnya.

Lazimnya, dummy Pelita Brunei edisicetak akan dibincangkan dalam MesyuaratEditorial dan akan mengubah mana-manareka letak yang perlu dan dipersetujui.

Bahan-bahan yang telah direka letak didalam Pelita Brunei edisi cetak juga akandisemak yang merangkumi dari segi ejaan,terasul, font format, breaking dan spacing.

Selain itu, semakan gambar dan kapsyenturut dilakukan mengikut kesesuaian rekaletak dan pada berita yang betul.

Reka letak yang dihasilkan akan

dihadapkan kepada PemangkuPengarah Penerangan untuk sebarangpandangan dan penambahbaikan.Sebarang perubahan akan dilaksanakanoleh Ketua Meja Reka Kreatif dan parapereka yang bertugas.

Segala perubahan yang dibuat akandisemak oleh para penyemak yangbertugas dan sebelum dihantar ke PrintPlus Sdn. Bhd., semakan akhir akan dibuatoleh Ketua Bahagian Pelita Brunei danKetua-ketua Meja yang bertugas.

Setelah itu, PDF bagi Pelita Bruneiedisi cetak dihantar ke Print Plus Sdn. Bhd.menggunakan Google Drive.

Ruang Iklan

Salah satu inisiatif Jabatan Peneranganmelalui Pelita Brunei ialah pengiklanansecara berbayar di akhbar Pelita Bruneiuntuk syarikat-syarikat swasta danpersendirian. Penjualan ruang iklansebanyak dua muka surat dalam akhbarPelita Brunei tiga kali seminggu.

Inisiatif ini dihasratkan bagi menambahsumber ekonomi negara dalam usahauntuk memantapkan tadbir urus fiskal. Iajuga sebagai platform kepada anak-anak tempatan terutama pengusahauntuk memperkukuh sumber ekonomimasing-masing.

Dengan adanya pengiklanan ini, ia jugadapat mendukung usaha, produk danperkhidmatan oleh Perusahaan Kecil danSederhana (SME) yang dijalankan olehwarga tempatan di negara ini. Ia jugaadalah sebagai pemudah cara kepadapengusaha tempatan untuk menjanadan mengembangkan perusahaan merekadi samping membuka peluang pekerjaan.

Ruang ini dapat memberikanpendedahan dan idea baharu untukmeningkatkan perniagaan kepada tahapyang lebih baik dan memberi persainganyang sihat kepada perkhidmatanperusahaan tempatan (contoh cuci kereta,katering, potong rumput, kelas tuisyen /mengaji yang dibenarkan oleh KementerianPendidikan / Kementerian Hal EhwalUgama dan perkhidmatan membersihrumah oleh anak tempatan).

Penerbitan Akhbar

Akhbar Pelita Brunei pada awalnyaditerbitkan setiap Rabu bagi memberi masayang cukup untuk akhbar ini sampai kepadakumpulan sasaran terutama rakyat dipedalaman pada hujung minggu. Kini PelitaBrunei dicetak sejumlah lebih 8,000naskhah setiap minggu. Diedarkan dalamdan luar negeri.

Perkembangan Pelita Brunei semakinmeningkat dengan penerbitan tiga kaliseminggu iaitu edisi Isnin, Rabu danSabtu dengan jumlah cetakan 8,000memandangkan wujudnya versi PelitaBrunei Online. Diterbitkan dan dicetaksetiap Isnin, Rabu dan Sabtu termasuke-Paper - www.epaper.pelitabrunei.gov.bn

Pelita Brunei terus berkembang dengankewujudan Pelita Brunei versi Online ataudikenali dengan 'Pelita Brunei Online'

sejajar dengan perkembangan pesat duniaICT. Ia dihasratkan sebagai memperluasjangkuan sehingga kepada pembaca luarnegeri dan dunia. Ia juga dihasratkanuntuk mengesankan lagi peranan danfungsinya sebagai mata, lidah dantelinga kerajaan. Menerbitkan berita untukdimuat naik setiap hari ke Pelita Online -www.pelitabrunei.gov.bn

Inisiatif terbaharu Jabatan Peneranganialah memuat naik berita utama setiaphari ke aplikasi mudah alih JabatanPenerangan - InfoDeptBN.

Pelita Brunei Dalam Meniti ArusCabaran Akhbar

Satu usia yang dianggap matang bahkanboleh diibaratkan seperti warga emas yangsudah berpencen, begitulah juga denganPelita Brunei. Dalam usia 65 tahun,Pelita Brunei telah banyak menghadapicabaran dan rintangan tetapi masih mampubertahan sehingga kini. Semua ini adalahatas dasar kerjasama serta muafakat dalamkeluarga Pelita Brunei sehingga mampuberdiri megah hingga ke saat ini. Siapakahmereka di belakang tabir yang berupayamengukuhkan penerbitan akhbar rasmidi negara ini?

Keupayaan, kemampuan, kebolehan,kesabaran serta komited menjadi acuanutama dalam mengekalkan PelitaBrunei. Kemampuan para pemberitadalam menghidangkan berita-beritasama ada dalam dan luar negara sangatdihargai. Penulisan berita atau rencanadibuat perlu memenuhi formulakewartawanan iaitu 5 Ws (what, when, why,where dan who) dan 1 H (how) bersesuaiandengan kehendak sebuah akhbar yangmemberikan liputan yang lengkap, tepatdan padat. Malahan bahasa yangdigunakan dalam berita adalah berbezadengan bahasa genre lain. Bagi menambahkemahiran seorang pemberita, merekabanyak didedahkan dengan dunia liputanyang pantas dan cekap dalammendapatkan berita-berita yangdimahukan. Antaranya membuat liputanke luar negeri merupakan 'bonus' bagimereka dengan dunia kewartawanannegara luar. Di sinilah mereka dapatbelajar dengan memerhatikan bagaimanaberita diperoleh, diolah untuk dijadikanberita yang berkualiti, sensasi danmenarik.

Tetapi di sinilah ciri Pelita Bruneiyang berbeza dengan akhbar lain. Dalamhal ini, pemberita perlu tahu dan pekabagaimana untuk mengolah beritaagar tidak bertentangan dengan etikakewartawanan di negara ini. Pelita Bruneisebagai sebuah akhbar rasmi kerajaanyang menghidangkan berita yangboleh dipercayai sangat bersesuaianuntuk dijadikan bahan rujukan buatgenerasi akan datang dan ia merupakansatu khazanah. Jelasnya walau berpuluh-puluh tahun akan datang, kesahihan faktadalam sesebuah berita yang ditonjolkandalam Pelita Brunei adalah benar dan bolehdipercayai.

Page 4: NASIONAL HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 13 Dokumen/2021/Pelita Brunei... · 2021. 2. 15. · menggunakan kaedah block. Pada18Februari1959,akhbarinidicetak seminggu sekali setebal lapan

16

Kronologi Pelita Brunei

15 Februari 1956 - Penerbitankeluaran dalam bentuk siklostil(Cyclostyled) berukuran F4(Fullscape) setebal 19 halamandepan yang mengandungisenarai kandungan. Akhbarini diterbitkan sebanyak 300naskhah dan diedarkan secarapercuma.

1 Mac 1958 - Perubahan keduamasthead.

1 November 1957 - Mulaimemuat empat keping gambarmenggunakan kaedah block.

18 Februari 1959 - Dicetakdi Brunei Press Ltd., KualaBelait menggunakan mesincetak jenis Linotype seteballapan halaman dan dicetakseminggu sekali.

31 Disember 1962 - Perubahanmasthead. Dicetak oleh TheLight Press, Brunei.

4 Januari 1961 - Perubahanmasthead dan penerbitan satuhalaman Pelita Brunei dalambahasa Cina, 'Pai li ta pao'atau 'Bai li da bao' secaraberasingan. Dicetak di TheBrunei Press Limited, KualaBelait.

17 April 1963 - Dicetak olehThe Brunei Press, Kuala Belait.

6 Januari 1965 - Perubahanmasthead dan dicetak olehPercetakan Bintang, di BandarBrunei.

12 Januari 1966 - Perubahan masthead.

11 Januari 1967 - Perubahan masthead.

22 Februari 1967 - Perubahan masthead.

1 Januari 1969 - Perubahan masthead.

5 Januari 1972 - Perubahan masthead.

1975 - Penerbitan 'Pai li ta pao'diberhentikan dan digantihalaman dalam bahasaInggeris.

7 Januari 1976 - Perubahanmasthead.

14 Januari 1976 - Dicetak olehJabatan Percetakan Kerajaan.

21 Januari 1976 - Dicetakdi Jabatan Percetakan Kerajaanmenggunakan mesin 'Offset'.

4 Januari 1978 - Perubahanmasthead.

24 September 1980 - Penerbitandalam bahasa Inggerisdiberhentikan.

6 Januari 1982 - Perubahan masthead.

5 Januari 1983 - Perubahan masthead.

1983 - Dicetak menggunakanmesin jenis 'Harris Web Offset'Na20B empat warna.

1 Februari 1984 - Perubahan masthead.

4 Jun 1986 - Perubahan masthead.

3 Januari 1990 - Dibahagikankepada dua edisi iaitu edisiInduk dan edisi Aneka.Pencetakan edisi khas (kertastebal).

6 Januari 1993 - Perubahan masthead.

15 September 2000 - Perubahan masthead.

11 Julai 2001 - Masthead baharudan perubahan dalam beberaparuangan.

15 Februari 2006 - SambutanJubli Emas Pelita Brunei.

7 Julai 2008 - Pelita Onlinediterbitkan.

18 Julai 2010 - Penerbitanditingkatkan tiga kali seminggu,edisi Isnin, Rabu dan Sabtu.

2015 - Halaman ditingkatkanmenjadi 32 muka surat.

2016 - e-Paper dan Kod QRPelita Brunei diperkenalkan.Halaman dikurangkan menjadi24 muka surat.

7 Januari 2017 - Edisi HujungMinggu dikenalkan.

1 April 2020 - Berita Global.

1 Julai 2020 - Dicetak di PrintPlus Sdn. Bhd.

4 Julai 2020 - Halamanditingkatkan menjadi 32 mukasurat..

Page 5: NASIONAL HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 13 Dokumen/2021/Pelita Brunei... · 2021. 2. 15. · menggunakan kaedah block. Pada18Februari1959,akhbarinidicetak seminggu sekali setebal lapan

HARI ISNIN 15 FEBRUARI 202118 NASIONAL�

Oleh : Hajah Rosidah Haji Ismail dan Norliah Md. ZainFoto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman dan Jabatan Penerangan

Temu bual eksklusif bersamaYang BerhormatMenteri Hal Ehwal Ugama

YANG Berhormat Pehin Udana KhatibDato Paduka Seri Setia Ustaz HajiAwang Badaruddin bin Pengarah

Dato Paduka Haji Awang Othman yang kiniMenteri Hal Ehwal Ugama telah menjadiKetua Pegawai Penerangan pada tahun1979 dan kemudiannya dilantik menjadiPengarah Penerangan pada tahun 1980hingga tahun 1985.

Semasa Yang Berhormat berkhidmatdi Jabatan Penerangan, Yang Berhormattelah memulakan Pelita Brunei dicetakdengan warna iaitu pada 6 Januari 1983.

Pelita Brunei telah berkesempatanmenemu bual Yang Berhormat MenteriHal Ehwal Ugama pada penghujungJanuari lalu.

Berkongsi pengalaman Yang Berhormatsebagai Pengarah Penerangan dansemasa bersama Pelita Brunei dahulu yangketika itu seminggu sekali penerbitan(setiap Rabu), Yang Berhormat merupakanpenulis tetap ruangan Pada Hemat Sayayang menyoroti ehwal semasa. Sepertimana juga penulis akhbar yang lain, YangBerhormat juga tidak terkecuali terikatdengan dateline yang diberikan iaitudikehendaki menghantar pada tengah hari,Ahad. Lazimnya Yang Berhormat menulispada waktu malam.

Yang Berhormat menambah, PelitaBrunei merupakan sebuah akhbar rasmikerajaan yang mempromosi apa jugadasar-dasar kerajaan demi kebaikan dan

kebajikan rakyat. Apa juga projek-projekbesar kerajaan yang melibatkanperuntukan, hendaklah dinyatakanperbelanjaannya agar dapat mendidikrakyat untuk menghargai nilai sesuatuprojek itu.

''Teknik pemberitaan juga sangat pentingkerana ia boleh mendidik masyarakat.Pembaikan dari segi pemberitaan jugaperlu kerana pada masa ini banyak pilihan,''ujar Yang Berhormat.

Yang Berhormat juga ingin melihatakhbar ini dapat memberikan sainganagar menjadi pilihan utama dan bukannyamenjadi akhbar alternatif kepada suratkhabar yang ada.

Selain itu, ujar Yang Berhormat, ruanganSidang Pengarang juga perlu dikekalkandengan mengetengahkan saranan,pemikiran bahkan hasrat kenegaraanterutama berdasarkan titah-titah KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam dengan mengajakorang ramai ke arah satu acuan pemikiranbagi pembangunan negara dan rakyat yangseimbang.

Manakala peranan orang ramai yanghadir pada acara-acarayang diadakan di kementerian-kementerian atau jabatan-jabatanmenunjukkan bahawa pihak

kerajaan itu disokong oleh orang ramai.Oleh itu, liputan majlis seyogialah turutmemaparkan gambar atau video kehadiranmereka. Selain itu, meminta ulasan danrespons dari mereka yang hadir agarmereka dapat merasa keterlibatan dalamacara tersebut.

Sementara itu, Pelita Brunei itu walihmenurut Yang Berhormat keranapenulis-penulisnya adalah terdiri darikalangan orang kitani. Penulisan rencanayang baik adalah dengan mencari angleyang lain dan penulisan tidak perlu panjangkerana artikel berkenaan dimuatkan dalamakhbar dan bukan buku. Penyusunanruangan-ruangan juga boleh menarik minatpembaca.

''Ruangan berkaitan sastera jugapenting kerana ia juga mengasuh danmengetengahkan penulis tempatan danmengangkat bidang sastera sepertiruangan cerpen atau penulisan berkaitandengan ulasan sajak,'' jelas YangBerhormat yang juga dikenali dengannama pena Badaruddin H.O.

Selain itu, Yang Berhormat turutmenyarankan penulisan rencana ekonomidengan mengundang penulis yang

pakar dalam bidang tersebut. Ini juga satu

peluang untuk melatih orang ramai dalambidang penulisan mengikut kepakaranmasing-masing.

Mengimbas kembali semasa YangBerhormat berkhidmat di JabatanPenerangan, Yang Berhormat bersamaseluruh warga di Jabatan Peneranganketika itu sama-sama bekerja agar orangramai berkeyakinan penuh terhadapKerajaan Kebawah Duli Yang Maha Muliayang mementingkan kebajikan rakyat untukdijaga dan negara akan terus kekal amandamai.

Yang Berhormat berasa bersyukurkerana telah berkhidmat di JabatanPenerangan dan juga bersama-samadengan Pelita Brunei pada era menjelangkemerdekaan yang mana ketika itu perlumempersiap rakyat untuk menerimakemerdekaan dalam acuan Brunei yangberpemerintahan beraja.

Menyentuh mengenai surat khabar versidigital yang mana Pelita Brunei juga sudahmempunyai e-Paper, sememangnya iaadalah trend terkini dan ia perlu sentiasadiperbaiki dengan belajar teknik darie-Paper akhbar lain.

''Cari teknik agar dapat menarik minatpembaca. Kitani mesti pandai teknik agarkita dipilih,'' jelas Yang Berhormat.

Untuk generasi baharu di Pelita Brunei,Yang Berhormat turut menitipkan pesanagar terus menjaga kesinambungan PelitaBrunei terutama dalam membuat acuanpemikiran menerusi surat khabar. Teknikjuga mesti berkembang agar menjadi suratkhabar yang reliable.

Page 6: NASIONAL HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 13 Dokumen/2021/Pelita Brunei... · 2021. 2. 15. · menggunakan kaedah block. Pada18Februari1959,akhbarinidicetak seminggu sekali setebal lapan

HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 19NASIONAL �

Oleh : Hajah Rosidah Haji Ismail dan Norliah Md. ZainFoto : Jabatan Penerangan

Temu bual eksklusif bersama mantanPengarah Penerangan (2009-2012)

DR. Haji Muhammad Hadi binMuhammad Melayong merupakanmantan Pengarah Penerangan

bermula Mac 2009 hingga 2012.Sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan

Penerangan, Pelita Brunei telah muladiterbitkan tiga kali seminggu iaitu bermulapada terbitan 19 Julai 2010 dan masih lagikekal sehingga kini. Selain itu, penerbitanruangan Seruan Suci dalam versi Jawidi Pelita Brunei juga dimulakan semasaera beliau.

Beliau ketika ditemu bual oleh PelitaBrunei menerangkan bahawa oleh keranaMelayu Islam Beraja (MIB) menjadi dasarnegara, ini melibatkan reka letak, design,muka surat, kedudukan gambar-gambarberdasarkan protokol dan juga kedudukanberita iaitu siapa yang di depan dan siapayang di belakang, penggunaan bahasadalam atau terasul atau bahasa Brunei,semua ini merupakan satu gambaranidentiti budaya kitani orang Bruneiyang mengukuhkan lagi sebagaimanamendukung titah Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalambahawa apa juga sistem atau dasar negaradalam semua bidang termasuk dalampercetakan atau penerbitan dan penyajianberita hendaklah berdasarkan nilai MIB.

Beliau berkata perkara ini perlu diambilberat kerana Pelita Brunei sebagai bahanrujukan dan indung kepada media atausurat khabar tempatan lain yang manamenjadi rujukan dan paling penting sebagaisukat-sukat mana yang boleh dan manayang tidak dalam bidang penerbitan cetakdi negara ini.

Dari segi status Pelita Brunei yang bagibeliau merupakan indung atau contohteladan yang menjadi rujukan atau panduansurat khabar-surat khabar lain di NegaraBrunei Darussalam kerana Pelita Bruneimerupakan lidah rasmi kerajaan yangmenyebarkan maklumat yang tepat, cepat,betul dan bukan surat khabar yang sensasi.Dibanding dengan surat khabar lainyang mana Pelita Brunei mementingkannilai-nilai ketepatan dalam penyebaranbahkan juga dilihat dari segi budaya, teknikbudaya Brunei, protokol dan sebagainya.Kita melihat Pelita Brunei sebagaisatu simbol, identiti, salah satu lidahkerajaan yang bertanggungjawab untukmenyebarkan apa-apa isu, pandangan,polisi dan sistem kerajaan kepada orang

ramai dengan betul dan tepat dan ia adalahmenjadi panduan dan rujukan untukpelaksanaan dasar kerajaan yang menjadipanduan dan rujukan bukan sahaja kepadapihak kerajaan ataupun jabatan-jabatankerajaan / kementerian tetapi juga kepadaorang ramai.

Dr. Haji Muhammad Hadi jugamenegaskan bahawa apa juga peraturanyang perlu dikekalkan adalah peraturanyang tidak bercanggah malah mendukungMIB.

''Selain itu, perlu difikirkan mengenaikeperluan untuk menggunakan tulisanJawi dan ia sangat penting dikekalkankhususnya dalam penerbitan Pelita Bruneidalam memuatkan berita-berita keranaini dapat menegakkan Perlembagaan1959,'' ujar beliau.

Tulisan Jawi yang memuatkan KhutbahJumaat adalah penting. Perlu juga diambilperhatian tidak mengeluarkan ayat-ayatAl-Quran kerana tidak sesuai diterbitkandan digunakan kerana ada orang yangtidak tahu ada ayat-ayat Al-Quran dalamsurat khabar tersebut.

''Kuantiti dan kualiti Pelita Bruneiperlu dikekalkan. Jangan sampai adaperkembangan media baharu, Pelita Bruneitidak lagi diterbitkan dalam media cetak.Walaupun dalam era globalisasi tetapigenerasi-generasi baharu lebih senangmerujuk Pelita Brunei,'' tegasnya.

Beliau juga tidak setuju jika penerbitanPelita Brunei ditiadakan. Walaupun jumlahterbitan Pelita Brunei tidak ditingkatkantetapi perlu dikekalkan dan dimantapkanpada masa-masa akan datang.

Bila diajukan soalan mengenai PelitaBrunei bercetak dan versi Pelita Bruneionline, Dr. Haji Muhammad Hadimenjelaskan bahawa perkara ini tidakada masalah kerana ini merupakansatu kemajuan teknologi selaras denganperkembangan peredaran semasa dan kitaperlu mengikuti perkembangannya dalammenyebarkan maklumat. Untuk mencapaimatlamat kita dalam menyebarluaskanmaklumat kepada rakyat dan penduduk dinegara ini bukan sahaja untuk masyarakattempatan bahkan juga masyarakatantarabangsa dengan lebih efisien danmudah.

Ini merupakan satu usaha yang baikbukan sahaja melibatkan tenaga, masa dansebagainya bahkan juga menambahkanpengedaran dalam bentuk penyebaran

yang lebih meluas, menyebabkan lebihbanyak orang khususnya generasi baharuyang lebih suka menggunakan mediabaharu mendapat manfaat daripadaperkembangan ciptaan melalui digitaldalam penyebaran maklumat.

''Bahkan ini merupakan satuperkembangan baharu dalam penyebaranPelita Brunei kepada orang ramai.Meskipun ada versi online tetapi tidakboleh melenyapkan Pelita Brunei dalambentuk asalnya iaitu bentuk cetakanberdasarkan surat khabar,'' ujarnya.

Dr. Haji Muhammad Hadi jugamenjelaskan pengalaman beliau ketikabertugas di Jabatan Penerangan danmemantau Pelita Brunei merupakan satucabaran bukan sahaja kepada diri sendiritetapi juga melibatkan pegawai dankakitangan di Jabatan Penerangan tetapialhamdulillah masalah yang dihadapiberjaya diselesaikan dari segi penyediaanbahan berita dan juga penyusunan semulajumlah pegawai-pegawai dan kakitanganyang terlibat bagi setiap pengeluaran.

Ini merupakan satu kemajuan dalammemperbaiki penyajian berita kepadarakyat supaya berita yang disampaikantidak basi dengan adanya terbitan daridua kali seminggu kepada tiga kali dalammasa seminggu. Tambah beliau lagi, beritamemang sentiasa ada menyebabkan adaberita-berita lain terpaksa diterbitkankemudian.

''Ini penting kerana ia melibatkan darisegi tenaga, melibatkan penambahan kospercetakan. Dari segi masa pula perlutambahan masa khususnya bahagian PelitaBrunei perlu ditambah untuk menjalankanpenyusunan dari segi reka letak danpenyemakan setiap berita yang akandihantar untuk dicetak,'' jelasnya.

Dr. Haji Muhammad Hadi jugamengucapkan terima kasih dan berasaberuntung atas kerjasama yang eratdari Pelita Brunei dan juga bahagianpenggambaran, atas usaha yangsunguh-sungguh kerana menyediakandummy dan berita sehingga percetakandapat disediakan dalam masa yangditetapkan.

Menurut Dr. Haji Muhammad Hadi lagi,kenangan ketika bertugas di Pelita Brunei(2009-2012) banyak pengalaman yangbaharu yang tidak pernah dilalui sama adadi Pusat Sejarah dan Pendidikan keranabidangnya berlainan iaitu bidang media di

samping ia melibatkan pertemuandengan masyarakat (face-to-face) dalamhal ehwal penyebaran maklumat.

''Saya sangat beruntung denganpengalaman ini dan saya anggap sebagaicabaran dan sebagai menambah ilmudalam bidang media sama ada positif danjuga negatif,'' katanya.

''Perkara yang tidak lupakan dalam isupencetakan ialah saya tidak pernah balikawal dalam tiga kali seminggu itu. Selepasbalik 4.30 pagi, saya akan balik semulake pejabat sekitar jam 7.00 pagi untukbertugas dan melihat, meneliti kandunganPelita Brunei, reka letak, susunan berita,bahasa yang digunakan. Paling awalmencetak adalah pada jam 12.00 tengahmalam, paling akhir jam 5.00 pagi.Walau bagaimanapun, kami tetap dapatmelaksanakan tugasan sehingga PelitaBrunei sampai ke tangan pihak-pihakberkenaan sebelum jam 7.00 pagi,''katanya.

''Jika kita betul-betul komited, janganmenyebar maklumat yang salah, kitamesti bekerja bertungkus lumus tidak kiramasa kerana Allah Subhanahu Wata'ala juadan juga kerana negara dan masyarakatdalam menyampaikan maklumat,'' jelasbeliau lagi.

Beliau berharap dan berdoa semogapenerbitan Pelita Brunei bukan sahajadalam bentuk cetak bahkan juga onlineakan berterusan pada masa akan datangmemainkan peranan dan tugasnya sebagaipenyebar maklumat rasmi kepada rakyatdan penduduk di negara ini.

Apa yang penting maklumat itumerupakan satu ilmu dan ibadah yangdisampaikan kepada rakyat di negara inisebagai amalan suci, berkebajikan yangditinggalkan kerana ia kekal sama adadalam bentuk kertas atau teknologi iaitudalam bentuk digital. Apa yang kitanilakukan adalah semata-mata kepadaAllah Subhanahu Wata'ala sahaja dalammenjalankan tanggungjawab kitani sebagaipenjawat awam dan hamba Allah.

Amalan dan ibadat yang kitani lakukanbukan semata-mata kerana gaji tetapikerana Allah Subhanahu Wata'alasemata-mata. Kitani sebagai penjawatawam harus komited dalam meneruskanusaha bukan sahaja mendukung bahasaMelayu dalam Pelita Brunei, tetapi jugamengekalkan identiti MIB dan budayaMIB.

Page 7: NASIONAL HARI ISNIN 15 FEBRUARI 2021 13 Dokumen/2021/Pelita Brunei... · 2021. 2. 15. · menggunakan kaedah block. Pada18Februari1959,akhbarinidicetak seminggu sekali setebal lapan

HARI ISNIN 15 FEBRUARI 202120 NASIONAL