nasi ayam

3
Nasi ayam Untuk bahagian Ayam : Di rebus 1 ekor ayam dipotong 5 bahagian atau ikut kesukaan. 1 sup bunjut/rempah sup 2 ulas bawang putih diketuk 2 cm halia yg diketuk Di perap 1 sudu besar kicap pekat/cair 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk Madu (OPTIONAL) Minyak bijan (OPTIONAL) Ayam direbus bersama 1 sup bunjut, bawang putih serta halia yang diketuk dan biarkan ayam di masak sehingga empuk. Angkat ayam yang sudah di rebus itu tadi dan asingkan air rebusan tersebut. Jangan buang air rebusan ayam itu tadi, nanti nak di gunakan untuk dimasak nasi dan juga dijadikan sup nasi ayam. Kemudian, perap ayam yang direbus tadi bersama bahan-bahan perapan iaitu bersama 1 besar sudu kicap pekat/cair, 1 sudu besar sos tiram, halia dan juga bawang putih yang ditumbuk. Untuk madu dan juga minyak bijan itu hanya tambahan, kalau nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa. Kalau nak letak, lumurkan sahaja madu dan juga minyak bijan itu pada ayam tadi. Perapkan ayam dan di simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Goreng ayam dengan minyak panas dan pastikan digoreng seketika sahaja. Untuk bahagian nasi : 3 cawan beras 1 bunga lawang

Upload: niahalisa

Post on 26-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dfgn

TRANSCRIPT

Nasi ayam

Untuk bahagian Ayam :

Di rebus1 ekor ayam dipotong 5 bahagian atau ikut kesukaan.1 sup bunjut/rempah sup2 ulas bawang putih diketuk2 cm halia yg diketuk

Di perap1 sudu besar kicap pekat/cair1 sudu besar sos tiram1 cm halia - ditumbuk2 ulas bawang putih - ditumbukMadu (OPTIONAL)Minyak bijan (OPTIONAL) Ayam direbus bersama 1 sup bunjut, bawang putih serta halia yang diketuk dan biarkan ayam di masak sehingga empuk. Angkat ayam yang sudah di rebus itu tadi dan asingkan air rebusan tersebut. Jangan buang air rebusan ayam itu tadi, nanti nak di gunakan untuk dimasak nasi dan juga dijadikan sup nasi ayam. Kemudian, perap ayam yang direbus tadi bersama bahan-bahan perapan iaitu bersama 1 besar sudu kicap pekat/cair, 1 sudu besar sos tiram, halia dan juga bawang putih yang ditumbuk. Untuk madu dan juga minyak bijan itu hanya tambahan, kalau nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa. Kalau nak letak, lumurkan sahaja madu dan juga minyak bijan itu pada ayam tadi. Perapkan ayam dan di simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Goreng ayam dengan minyak panas dan pastikan digoreng seketika sahaja.

Untuk bahagian nasi :

3 cawan beras1 bunga lawang2 buah pelaga1 kayu manis2 sudu besar mentega1 cm halia - ditumbuk3 ulas bawang putih - ditumbuk1 batang serai -diketuk2 helai daun pandanSedikit Kunyit/ Pewarna kuningAir rebusan ayam / AirSecubit garam Beras dibasuh kemudian di tos dan ke tepikan. Panaskan mentega kemudian tumis bersama halia, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, serai dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau, Masukkan beras dan goreng seketika sehingga sedikit garing dan masukkan air rebusan ayam, kalau rasa tak cukup air rebusan ayam itu tadi, boleh tambah dengan air biasa. Kemudian masukkan secubit garam dan juga sedikit kunyit/pewarna kuning. Biarkan nasi sehingga masak.

Untuk bahagian sos:

5 biji cili merah3 ulas bawang putih2 cm halia1 sudu kecil cukaGaram - secukup rasaGula - secukup rasaAir rebusan ayam Kisar ke semua bahan tersebut ke dalam mesin mengisar. Jika suka boleh juga dimasak sebentar. Siap!

Untuk bahagian sup (OPTIONAL - Saya ambil air rebusan ayam tadi je, sebab dah masukkan sup bunjut kan, cuma panaskan seketika tambah garam, penambah perisa dan juga daun sup. Selesai.) atau boleh juga guna cari ini:

Air rebusan ayam1 biji bawang besar kisarSup bunjut/rempah supGaramPenambah perisaDaun sup yang dihiris. Air rebusan ayam tersebut dididihkan di atas dapur bersama bawang besar, rempah sup, garam dan juga penambah perisa. Selesai, masukkan daun sup yang siap dihiris.