nama

3
Tajuk : Hikayat Seri Kelantan Tema Keistimewaan seorang puteri raja yang memiliki keistimewaan luar biasa. Persoalan Mengambil hak orang lain – Raja Siam sanggup menggunakan kekerasan untuk mengambil hak orang lain iaitu Puteri Sa’dung walaupun Tuan Puteri sudah bersuami. Kasih sayang antara suami dan isteri – Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung sayang antara satu sama lain dan berasa sangat sedih ketika hendak berpisah. Taat setia kepada raja – Rakyat Siam sangat taat kepada rajanya dengan menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung walaupun hanya untuk merampas Tuan Puteri Sa’dung daripada Sultan Abdullah. Watak dan Perwatakan Tuan Puteri Sa’dung Anak perempuan Raja Jembal. Dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang. Baginda mempunyai rupa paras yang terlalu cantik sehinggakan Raja Siam ingin memilikinya walaupun sudah berkahwin. Baginda memiliki kesaktian yang luar biasa kerana dapat memindahkan seluruh Kota Jelasin ke dalam hutan. Sultan Abdullah

Upload: dharshini-gangatharan

Post on 21-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

HIKAYAT SERI KELANTAN

TRANSCRIPT

Page 1: Nama

Tajuk : Hikayat Seri Kelantan

Tema

Keistimewaan seorang puteri raja yang memiliki keistimewaan luar biasa.

Persoalan

Mengambil hak orang lain – Raja Siam sanggup menggunakan kekerasan untuk mengambil hak orang lain iaitu Puteri Sa’dung walaupun Tuan Puteri sudah bersuami.

Kasih sayang antara suami dan isteri – Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung sayang antara satu sama lain dan berasa sangat sedih ketika hendak berpisah.

Taat setia kepada raja – Rakyat Siam sangat taat kepada rajanya dengan menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung walaupun hanya untuk merampas Tuan Puteri Sa’dung daripada Sultan Abdullah.

Watak dan Perwatakan

Tuan Puteri Sa’dung Anak perempuan Raja Jembal. Dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang. Baginda mempunyai rupa paras yang terlalu cantik sehinggakan Raja Siam ingin

memilikinya walaupun sudah berkahwin. Baginda memiliki kesaktian yang luar biasa kerana dapat memindahkan seluruh Kota Jelasin ke dalam hutan.

Sultan Abdullah Anak Raja Jembal.   Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dan

memerintah Kota Jelasin.  Baginda sayang akan isterinya. Hal ini terbukti apabila baginda sangat sedih apabila

terpaksa berpisah dengan isterinya.   Baginda juga seorang yang sanggup berkorban apabila sanggup menyerahkan isterinya

kepada raja Siam demi keselamatan negeri dan rakyatnya.

Page 2: Nama

 Latar Masa

40 hari 40 malam Waktu malam  Waktu siang

Latar Tempat 

Negeri Kelantan Purba  Kota Jelasin  Gunung Ayam  Perahu jong 

Latar Masyarakat 

Masyarakat feudal.  Masyarakat yang penyayang.  Masyarakat yang setia kepada raja.  Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara.  Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.

Gaya Bahasa

Bahasa Istana – sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda.  Bahasa Melayu Klasik – jemelah, suak, cerang, cetera.  Bahasa Arab – mustaib, Allah subhanahu wa taala.  Dialek Kelantan – beroyat  Kata pangkal ayat – maka, alkisah, hatta, sebermula

Nilai 

Kasih sayang  Taat setia  Bertolak ansur  Keberanian  Cinta akan tanah air (patriotik)

Pengajaran 

Kita hendaklah taat setia kepada raja.  Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.  Kita hendaklah bersatu padu dalam menjaga kedaulatan negara.