nadiah zamlus tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 28 November - 4 Disember 2019, 1 - 7 Rabiulakhir 1441 Bisa gigitan undang malapetaka rabies Horas 600: Tekad atasi krisis air MUKA 17 MUKA 11 Perkakasan dapur cantik di @beliterustv Negeri pintar Selangor ke mata dunia MUKA 15 MUKA 3 OLEH NADIAH ZAMLUS BATU CAVES - Rakyat Selangor digesa menolak budaya politik sempit yang sengaja dimainkan pihak tidak ber- tanggungjawab, mutakhir ini. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, tindakan itu sengaja dimain- kan pembangkang tidak kira di pe- ringkat negeri mahupun persekutuan bagi menjatuhkan kredibiliti Pakatan Harapan (PAKATAN). “Ketika jumpa orang Cina, mere- ka menakut-nakutkan rakyat dengan mengatakan kononnya Perdana Men- teri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini rasis dan anti-Cina. “Kemudian bila jumpa orang Me- layu, mereka berulang kali menyebut masyarakat Melayu terpaksa berdepan cabaran kebangkitan kaum lain di ne- gara ini. “Inilah kata-kata lidah bercabang yang saya mahu rakyat Selangor tidak mudah termakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Tua di De- wan Siantan, di sini pada 24 Novem- ber lalu. Amirudin dalam ucapannya turut menjelaskan Kerajaan PAKATAN di pe- ringkat persekutuan sedang berusaha membetulkan kesilapan besar dilaku- kan kerajaan terdahulu. Beliau juga percaya rakyat akan te- rus memberi sokongan supaya kele- mahan di negara ini terus diperbaiki. “Saya yakin ia akan membuah- kan hasil, lihat sahaja Selangor yang ditadbir Kerajaan PAKATAN selama tiga penggal. Kita bertambah baik dan semakin makmur sehingga diikti- raf negeri terbaik di Malaysia,” ka- tanya. Dalam pada itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengetepi- kan perbezaan warna kulit, agama dan fahaman politik demi memas- tikan rakyat di negeri ini mendapat layanan terbaik. Justeru, beliau berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 1 No- vember lalu merangkumi kepenti- ngan semua kaum untuk manfaat bersama. Katanya, antara diberi perhatian ia- lah peruntukan hampir RM5 juta untuk pembangunan sekolah jenis kebang- saan tamil di seluruh negeri. Yakin rakyat beri sokongan “Pada masa sama, kita meneruskan usaha untuk membangunkan usaha- wan India menerusi program sedia ada termasuk HIJRAH serta melalui port- folio pemberdayaan, pembangunan so- sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di Selangor, sekali gus membolehkan kita semua hidup dalam keadaan harmoni,” katanya. Hadir sama Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Mohd Sany Hamzan; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Se- layang, Shamsul Shahril Badliza. Amirudin yang juga ADN Sungai Tua turut melahirkan rasa gembira atas sokongan padu komuniti India di kawa- san itu kepada Kerajaan Negeri. “Kita harus menjadi contoh kepada rakan di tempat lain bagi membuktikan kita melakukan perubahan, membangun dan maju bersama-sama. “Sebab itu juglah kita sedari awal su- dah katakan Maju Bersama di Selangor, negeri yang dicintai,” katanya. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ceria ketika merasmikan Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir di Jalan Sungai Rasah dan Jalan Padang Jawa bernilai RM60 juta bagi mengatasi masalah banjir. Projek sama turut membabitkan kerja naik taraf jalan kepada jalan berkembar dua lorong dua hala sepanjang 2.08 kilometer. - Foto oleh Asri Sapfie Tolak politik perkauman Saya yakin ia akan membuahkan hasil, lihat sahaja Selangor yang ditadbir Kerajaan PAKATAN selama tiga penggal. Kita bertambah baik dan semakin makmur sehingga diiktiraf negeri terbaik di Malaysia AMIRUDIN SHARI Dato’ Menteri Besar

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 28 November - 4 Disember 2019, 1 - 7 Rabiulakhir 1441

Bisa gigitan undangmalapetaka rabies

Horas 600: Tekadatasi krisis air

MUKA 17MUKA 11

Perkakasan dapur cantik di @beliterustv

Negeri pintar Selangor ke mata dunia

MUKA 15MUKA 3

OLEH NADIAH ZAMLUS

BATU CAVES - Rakyat Selangor digesa menolak budaya politik sempit yang sengaja dimainkan pihak tidak ber-tanggungjawab, mutakhir ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, tindakan itu sengaja dimain-kan pembangkang tidak kira di pe- ringkat negeri mahupun persekutuan bagi menjatuhkan kredibiliti Pakatan Harapan (PAKATAN).

“Ketika jumpa orang Cina, mere-ka menakut-nakutkan rakyat dengan mengatakan kononnya Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini rasis dan anti-Cina.

“Kemudian bila jumpa orang Me-layu, mereka berulang kali menyebut masyarakat Melayu terpaksa berdepan cabaran kebangkitan kaum lain di ne-gara ini.

“Inilah kata-kata lidah bercabang yang saya mahu rakyat Selangor tidak mudah termakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Tua di De-wan Siantan, di sini pada 24 Novem-ber lalu.

Amirudin dalam ucapannya turut menjelaskan Kerajaan PAKATAN di pe- ringkat persekutuan sedang berusaha membetulkan kesilapan besar dilaku-kan kerajaan terdahulu.

Beliau juga percaya rakyat akan te-rus memberi sokongan supaya kele-mahan di negara ini terus diperbaiki.

“Saya yakin ia akan membuah-kan hasil, lihat sahaja Selangor yang ditadbir Kerajaan PAKATAN selama tiga penggal. Kita bertambah baik dan semakin makmur sehingga diikti-raf negeri terbaik di Malaysia,” ka- tanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengetepi-kan perbezaan warna kulit, agama dan fahaman politik demi memas-tikan rakyat di negeri ini mendapat layanan terbaik.

Justeru, beliau berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 1 No-vember lalu merangkumi kepenti- ngan semua kaum untuk manfaat bersama.

Katanya, antara diberi perhatian ia-lah peruntukan hampir RM5 juta untuk pembangunan sekolah jenis kebang-saan tamil di seluruh negeri.

Yakin rakyat beri sokongan

“Pada masa sama, kita meneruskan usaha untuk membangunkan usaha-wan India menerusi program sedia ada termasuk HIJRAH serta melalui port- folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin.

“Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di Selangor, sekali gus membolehkan kita semua hidup dalam keadaan harmoni,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Mohd Sany Hamzan; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Se-layang, Shamsul Shahril Badliza.

Amirudin yang juga ADN Sungai Tua turut melahirkan rasa gembira atas sokongan padu komuniti India di kawa-san itu kepada Kerajaan Negeri.

“Kita harus menjadi contoh kepada rakan di tempat lain bagi membuktikan kita melakukan perubahan, membangun dan maju bersama-sama.

“Sebab itu juglah kita sedari awal su-dah katakan Maju Bersama di Selangor, negeri yang dicintai,” katanya.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ceria ketika merasmikan Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir di Jalan Sungai Rasah dan Jalan Padang Jawa bernilai RM60 juta bagi mengatasi masalah banjir. Projek sama turut membabitkan kerja naik taraf jalan

kepada jalan berkembar dua lorong dua hala sepanjang 2.08 kilometer. - Foto oleh Asri Sapfie

Tolak politik perkauman

Saya yakin ia akan membuahkan hasil, lihat sahaja Selangor yang ditadbir Kerajaan PAKATAN selama tiga penggal. Kita bertambah baik dan semakin makmur sehingga diiktiraf negeri terbaik di Malaysia

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 2: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

2Utama

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Serahkan borang di kaunter pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

SKIM AIR DARUL EHSAN Warganegara Malaysia menetap di Selangor Pendapatan bulanan suami dan isteri RM4,000 dan ke bawah Kediaman bermeter air individu Pangsapuri kos rendah bermeter pukal perlu pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) Layak memohon untuk satu akaun atau kediaman sahaja

Siapa layak dapat air percuma?

Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my dapatkan borang di www.airselangor.com borang juga disediakan di pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Di mana hantar borang?Hantar melalui emel [email protected]

Belum jelas? Layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

OLEH NAZLI IBRAHIM KLANG - Kerajaan Negeri memperuntuk-kan RM179 juta kepada Jabatan Kerja Raya bagi membaiki kerosakan jalan di seluruh negeri ini pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, Kerajaan Negeri juga menggunakan keseluruhan peruntukan kepada Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Mar-ris) bagi tujuan sama.

“Selangor kini menunggu peruntukan Kerajaan Persekutuan yang saya percaya lebih besar kerana jalan persekutuan lebih panjang berbanding jalan negeri.

“Bagi Kerajaan Negeri, kita akan guna-kan sepenuhnya peruntukan Marris bagi menyelenggara jalan. Tidak akan ada satu sen pun kita simpan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penyiapan Projek Cadangan Tebatan Banjir di Jalan Sungai Rasah dan Jalan Padang Jawa, di sini pada 26 November lalu.

Amirudin berkata, setakat ini aduan membabitkan kerosakan jalan persekutuan lebih banyak berbanding jalan negeri.

Katanya, antara jalan persekutuan paling banyak mengalami kerosakan ialah jalan-jalan di Pelabuhan Klang, Sementa dan jalan yang menghubungkan Meru dengan Kapar.

Sementara itu, Amirudin berkata, Kera-jaan Negeri turut memperuntukan RM88 juta bagi membiayai projek tebatan banjir pada 2020 yang akan disalurkan kepada Jabatan Parit dan Saliran.

RM179 juta baikijalan rosak

Guna sepenuhnya peruntukan Marris

KLANG - Masalah banjir di persimpa- ngan Jalan Sungai Rasah dan Jalan Pa-dang Jawa yang menghantui orang ra-mai berakhir berikutan siapnya projek tebatan sungai bernilai RM60 juta.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, projek membabitkan kerja me-naik taraf jalan dan peparitan di persim-pangan terbabit disiapkan dalam tem-poh lima tahun.

“Projek yang dimulakan pada 2014 ini berjaya disiapkan walaupun terdapat be-berapa cabaran ketika projek dijalankan.

“Projek ini juga membabitkan kerja naik taraf jalan daripada satu lorong dua hala kepada jalan berkembar dua lorong dua hala sepanjang 2.08 kilometer,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penyiapan Projek Cadangan Tebatan Banjir di Jalan Sungai Rasah dan Jalan Padang Jawa, di sini pada 26 No-vember lalu.

Hadir sama EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertani-an dan Industri Asas Tani, Izham Hashim serta Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rod-ziah Ismail.

Amirudin berkata, projek ini juga membabitkan kerja menaik taraf persim-pangan, menaik taraf lampu jalan dan lampu isyarat di kawasan tersebut.

Selain itu, katanya, ketinggian jalan terlibat juga dinaikkan kira-kira satu me-ter bagi memastikan kejadian banjir tidak berulang.

Projek tebatan Sungai Rasah atasi banjir

Bagi Kerajaan Negeri, kita akan gunakan sepenuhnya peruntukan Marris bagi menyelenggara jalan. Tidak akan ada satu sen pun kita simpanAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 3: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

Utama3SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

OLEH NADIAH ZAMLUS BATU CAVES - Selangor mun-cul negeri pertama di Malaysia yang membawa agenda Nege-ri Pintar ke mata dunia melalui Kongres Ekspo Bandar Pintar Sedunia (Smart City Expo World Congress) di Barcelona, baru-ba-ru ini.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, dasar Kerajaan Negeri yang bermula pada 2015 itu, sekali gus membuktikan agenda berkenaan berada pada kedudukan tepat.

Menariknya, beliau berkata, Selangor adalah negeri pertama mewakili Malaysia pada persi-dangan yang turut membaris-kan negara besar dunia.

“Jika pada peringkat rantau ASEAN, Selangor duduk bersa-ma Jakarta dan Bandung pada kongres yang turut membabit-kan lebih 146 negara itu.

“Oleh itu, saya yakin kita be-rada di landasan dan kedudu-

kan yang betul bagi membawa Selangor ke arah Negeri Pintar menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ke- tika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Dewan Undangan Negeri Sun-gai Tua di Dewan Siantan, di sini pada 24 November lalu.

Hadir sama Ahli Dewan Ne-geri Taman Templer, Mohd Sany Hamzan; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Se-layang, Shamsul Shahril Badliza.

Program yang turut diserikan dengan nyanyian serta tarian itu dihadiri kira-kira 1,000 pen-duduk.

Terdahulu Amirudin menge- tuai delegasi Selangor termasuk Smart Selangor Development Unit, Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management dan Smartsel Sdn Bhd menghadiri kongres berkenaan di Sepanyol.

Pada kongres berkenaan, syarikat berkaitan kerajaan Se-

Selangor bawa Malaysia ke mata dunia

Agenda Negeri Pintar

Amirudin Shari menyempurnakan pelancaran ‘Selangor Regional Powerhouse Roadmap’ di Pavil-lion Smart Selangor yang diadakan sempena Smart City Expo World Congress di Barcelona, Sepan-yol pada 20 November lalu

langor memeterai memoran-dum persefahaman bersama United Kingdom, Amerika Syari-

kat dan Turki.Persidangan yang ber-

langsung dari 19 hingga 21

November itu turut dihadiri le- bih 20,000 pengunjung dengan 1,010 pempamer.

KUALA LUMPUR - Selangor be-rada pada landasan betul untuk menjadi Negeri Pintar utama di ASEAN menjelang 2025 selepas memuktamadkan tiga usaha sama dalam pembangunan ban-dar pintar dengan syarikat asing pada Kongres Sedunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) di Barce-lona, Sepanyol.

Dalam kenyataan, ia berkata, cabang pelaburan negeri, Pe-merbadanan Menteri Besar (MBI) menandatangani perjanjian itu menerusi anak-anak syarikatnya iaitu SMARTSEL Sdn Bhd, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) dan Unit Penghan-taran Pintar Selangor (SSDU).

Menurut kenyataan itu, SMARTSEL menjalin perjanjian dengan Global Reach Technology UK dan Dune Global Sdn Bhd, un-tuk memaksimumkan teknologi WiFi dan hotspot terkini.

Sementara itu, KDEBWM be- kerjasama dengan syarikat peri-

sian berpangkalan di Turki, EVRE-KA, untuk menyediakan penyele-saian holistik bagi pengurusan sisa dan operasi pembersihan bandar dengan Kecerdasan Buatan dan pembelajaran mesin.

SSDU pula bekerjasama den-gan Urbaser Spain dan Mancuso Energy Sdn Bhd berkaitan penye-lesaian pengurusan sisa pintar untuk negeri tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman ber-kata, cabaran itu adalah bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kerjasama dan usaha yang sama mereka mung-kin ada pada masa depan.

“Usaha bersama itu selari de-ngan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030), matlamat 10 tahun untuk menyusun se- mula ekonomi yang berinten-sif buruh berkemahiran rendah Malaysia ke arah ekonomi be-rasaskan pengetahuan,” katanya sambil menambah bahawa neg-

eri itu sudah pun melaksanakan-nya menerusi pelancaran insiatif Smart Selangor empat tahun lalu.

SCEWC yang dianjurkan secara tahunan adalah perhimpunan pi-hak berkepentingan terbesar di dunia dalam bidang pengurusan bandar pintar yang bertujuan memperkasakan bandar dan menggabungkan inovasi bandar di seluruh dunia melalui promo-si inovasi sosial, mewujudkan perkongsian dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan. – BERNAMA

Tiga usahasama syarikat asing bangun visi 2025

GOMBAK - Akses sangat luas di media sosial terhadap isu agama dari pelbagai sumber dikhuati-ri mengundang kekeliruan pe-mikiran umat Islam, sekali gus membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bagi membendung perkara itu, Selangor mengambil pendekatan maslahah untuk te-rus mengekalkan keamanan dan keharmonian umat Islam di ne-geri ini.

“Bukan mudah untuk kerajaan ambil tindakan tetapi kita perlu kerana menjadi tanggungjawab kita semua.

“Jika ada perkara yang mem-bimbangkan ia boleh dibincang-kan secara dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Pen-didikan Fatwa Negeri Selangor Peringkat Daerah Gombak, di Kompleks Islam, di sini pada 24 November lalu.

Mengulas penganjuran semi-nar berkenaan, Amirudin berkata sesuatu fatwa yang diputuskan oleh ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor perlu disebarlu-askan maklumatnya kepada mas-yarakat umum supaya ia dapat difahami dengan jelas.

Katanya, semua usaha yang dilaksanakan untuk mengelak-kan masyarakat terjebak kepada sesuatu amalan, ajaran atau faha-man yang songsang serta terse-leweng dari ajaran sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Cukuplah Islam bergaduh kerana politik, perniagaan atau persatuan dan jika bergaduh kerana agama tentunya ia tidak baik,” katanya.

Pada majlis itu lebih 200 peser-ta mengambil bahagian. Seminar sama akan diteruskan di setiap daerah rentetan daripada Mu-zakarah Ahli Jawatankuasa Fat-wa bersama Dato’ Menteri Besar yang diadakan pada 2 Julai lalu.

Maslahah atasi kekeliruan agama

SMARTSEL menjalin perjanjian dengan Global Reach Technology UK dan Dune Global Sdn Bhd, untuk memaksimumkan teknologi WiFi dan hotspot terkini

Page 4: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

4Utama

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan mengenakan tindakan te-gas ke atas mana-mana pihak yang membina rumah ibadat tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan.

EXCO Pemberdayaan, Pemban-gunan Sosio Ekonomi dan Kera-jaan Prihatin, V Ganabatirau berka-ta, sebelum ini terdapat beberapa kuil yang dibina melanggar pe- raturan yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Kadang-kadang ada kuil dibina

di tempat yang diwartakan tetapi mereka bina bangunan tambahan yang melanggar peraturan.

“Apabila perkara ini berlaku, Kerajaan Negeri terpaksa ber-tindak tetapi akhirnya kami pula dipersalahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantu-an Peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam (Kuil) Fasa 6/2019 serta Penyerahan Bantuan Yu-ran Pengajian IPTA/IPTS Fasa 8 di Bangunan Setiausaha Kera-jaan Negeri, di sini pada 25 No-vember lalu.

Ganabatirau berkata, perkara seumpama ini tidak akan berla-ku jika semua pihak menghor-mati undang-undang dan pera-turan ditetapkan.

Sementara itu, Ganabatirau mencadangkan supaya pihak pengurusan kuil mengutip data penduduk setempat seperti dilakukan pengurusan masjid, surau dan gereja.

Katanya, data yang diperole-hi itu kelak mampu membantu pihak pengurusan kuil menge-nal pasti program yang sesuai untuk komuniti setempat.

KOTA KEMUNING - Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH) menyumbangkan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) 130CC kepada usahawan kelapa sawit.

Pengurusnya, Syukri Ismail berkata, produk bernilai RM6,990 bagi kegunaan pertanian itu di-biayai sepenuhnya Yayasan HIJ-RAH.

“KOHIJRAH melancarkan ATV yang mempunyai tiga pakej dengan harga berpatutan iai-tu ATV 125 berharga RM5,500; ATV 130 (RM6,990) dan ATV 200

(RM8,500).“Kesemua pakej ini memili-

ki perlindungan kemalangan semasa mengendalikan pro-duk, kehilangan unit dan perlin- dungan kerosakan enjin selama setahun,” katanya pada majlis penyerahan berkenaan di Wis-ma KOHIJRAH di sini pada 25 No-vember lalu.

Hadir sama Pengurus Cawan-gan HIJRAH Kota Raja, Sukri Abdullah dan Pegawai HIJRAH Cawangan Kota Raja, Haimirid-zuan Hamal.

Pada masa sama, Syukri turut

menjemput orang ramai teruta-ma usahawan untuk menyewa rak bagi mempromosikan pro-duk mereka di KOHIJRAH Mart.

Katanya, harga yang ditawar-kan untuk sewaan secara bula-nan adalah RM230 bagi produk kerepek, produk kering (RM250), dan produk sejuk beku (RM290).

“KOHIJRAH komited mem-bantu usahawan terutama di Se-langor yang menceburi bidang pertanian dan keusahawanan selain memelihara kebajikan dengan memberi pulangan ser-ta manfaat,” katanya.

KOHIJRAH sumbang ATV bantu usahawan sawit

Kadang-kadang ada kuil dibina di tempat yang diwartakan tetapi mereka bina bangunan tambahan yang melanggar peraturanV GANABATIRAUEXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin

Garis panduan bina rumah ibadat

Tindakan tegas jika langgar peraturan

PUTRAJAYA - Seminar Amalan Baik Peraturan (GRP) Negeri Se- langor 2019 menjadi peluang terbaik buat jabatan kerajaan untuk melihat semula peratur-an sedia ada yang boleh ditam-bah baik bagi memberikan lebih manfaat kepada semua pihak.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zamani Ahmad Mansor berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai halangan se-kiranya Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mempunyai ca-dangan supaya peraturan tidak diperlukan atau lapuk digugur-kan.

“Antara dasar Kerajaan Ne-geri ialah dasar Smart Selangor,

pelaksanaan kempen bebas plastik, inisiatif peduli rakyat (IPR) dan dasar klusterisasi.

“Ucapan belanjawan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari turut menjadi salah satu dasar yang menjadi pegangan Kera-jaan Negeri,” katanya.

Dalam ucapan perasmian di Hotel Marriot, beliau berkata, pelaksanaan GRP diperkenal dan direalisasikan pada peringkat kementerian pada 2016 berlan-daskan Rancangan Malaysia Ke-11 ke arah dasar peraturan kom-prehensif.

Katanya, matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju akan meningkatkan daya saing

pembangunan yang mampan dan pertumbuhan inklusif da-lam menghadapi persekitaran dinamik serta dunia tanpa sem-padan.

Zamani Ahmad menjelas-kan, peraturan berkualiti dan efektif dapat dicapai melalui proses analisis yang mantap manakala rundingan bersama pihak berkepentingan mampu meningkatkan kecekapan serta akauntibiliti.

“GRP yang bakal dilaksana-kan akan memperkukuh proses membangunkan peraturan se- iring dengan amalan yang dilak-sanakan di negara maju,” kata- nya.

Selangor kaji gugur peraturan lapuk

Page 5: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

Utama5SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda mahu Kampung Baru dibangunkan dengan sebaik- nya di samping mengekalkan elemen dan ciri-ciri kemelayuan- nya, kata Menteri Wilayah Perse-kutuan, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, semasa menghadap Sultan Selangor pihaknya turut mengambil maklum titah baginda bahawa keadaan Kampung Baru keti-ka ini tidak lagi kondusif untuk kehidupan moden dan selesa sedangkan kawasan sekitarnya telah dibangunkan dengan pe-sat menjadikan Kampung Baru kelihatan ketinggalan.

“Selain itu, kementerian akan

memberi perhatian khusus atas titah Sultan Selangor yang mahukan lokasi bersejarah di Kampung Baru seperti Mas-jid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman dikeka-lkan dan dipulihara sepenuh-nya supaya dapat diwarisi dan diketahui generasi akan datang mengenai sejarah kewujudan-nya,” katanya dalam kenyataan pada 25 November lalu.

Pihaknya mengambil berat terhadap titah Sultan Selangor yang mahukan nama Kampung Baru dikekalkan termasuklah nama-nama jalan yang menun-jukkan salasilah Kesultanan Se-langor dan tokoh penting yang terlibat pada peringkat awal kewujudan penempatan itu.

“Kementerian sememang- nya mengambil maklum baha-wa wujudnya sejarah yang pan-jang antara Kampung Baru dan Kesultanan Selangor.

“Dengan keprihatinan dan pandangan jauh Kesultanan Selangor pada 1899 lalu, maka terwujudnya Kampung Baru sebagai penempatan orang Melayu di tengah ibu kota,” ka-tanya.

Oleh demikian, kementeri-an memberi perhatian khusus terhadap segala pandangan Sultan Selangor terhadap Kam-pung Baru.

Pada 21 November lalu, Sul-tan Selangor berkenan men-erima Khalid bersama pega-wai-pegawai kementerian dan

Sultan titah kekalkan ciri kemelayuan

agensi berkaitan menghadap baginda di Istana Bukit Kayan-gan, Shah Alam.

Ketika pertemuan hampir dua jam menghadap baginda,

Khalid melaporkan cadangan pembangunan semula Kam-pung Baru dan isu berkaitan status Penempatan Pertanian Melayu (MAS). – BERNAMA

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA - Selangor antara destinasi paling menambat per-hatian pelancong Singapura dan merekodkan kehadiran tertinggi berbanding negara lain pada tahun lalu, kata Datuk Abdul Rashid Asari.

EXCO Kebudayaan dan Pelan-congan, Peradaban Melayu dan Warisan itu berkata, seramai 316,230 pelancong dari negara seberang tambak itu memilih Se- langor sebagai destinasi pelan-congan daripada keseluruhan 7.23 juta pengunjung dicatatkan bagi tempoh sama.

“Ini adalah suatu pencapaian yang baik dan boleh ditingkatkan lagi untuk industri pelancongan Selangor, seterusnya memberi lonjakan pembangunan ekonomi negeri serta negara.

“Malah, kita juga mencatatkan hasil cukai pelancongan berjum-lah RM10.3 juta yang dilihat se-bagai satu pendapatan kepada Kerajaan Negeri,” katanya pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) pering-kat Selangor, di Grand Ballroom, Eastin Hotel Kuala Lumpur, di sini pada 21 November lalu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

Pelancong Singapura paling ramai lawat Selangor

Susun pelbagai acara sempena TMM2020

Malaysia (MOTAC), Mohammad Bakhtiar Wan Chik dan Pengarah Pejabat MOTAC Selangor, Syed Mohd Fariz Syed Mansor.

Sebagai langkah meningkat-kan kehadiran pelancong pada tahun hadapan, Abdul Rashid berkata, pihaknya menerusi Tou-rism Selangor giat melakukan persediaan terperinci membabit-kan perancangan strategik pro-mosi pelancongan.

Katanya, pelbagai acara besar disusun sempena TMM2020 an-taranya Selangor Marathon, Se-langor Cruise Festival , Selangor Golf Open, REGATTA (Perlumbaan Bot) dan Selangor International Indigenous Arts Festival.

“Penganjuran acara ini banyak memberi impak kepada pelan-cong untuk mengenali Selangor secara lebih dekat dan Malaysia amnya, selain memberi sumber

pendapatan untuk masyarakat se-tempat.

“Selangor mempunyai pel-bagai produk pelancongan yang menarik dan ia seharusnya dikem-bangkan lagi untuk menarik mi-nat kedatangan pelancong.

“Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat serta semua lapisan masyarakat amat diperlukan bagi menaikkan lagi industri pelancongan Selangor

Dato’ Abdul Rashid dan Mohammad Bakhtiar (tengah) bergambar bersama penerima sijil pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 peringkat Selangor di Eastin Hotel Kuala Lumpur, Petaling Jaya pada 21 November lalu

berdasarkan kepada kepelbagai- an produk pelancongan sedia ada,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa rakyat Se-langor supaya membantu men-guar-uarkan logo dan lagu kem-pen TMM2020 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Julai lalu.

“Masyarakat boleh menyokong pelaksanaan kempen TMM2020 secara bersepadu melalui pel-bagai usaha seperti penyampaian perkhidmatan yang mesra dan memelihara kebersihan tempat pelancongan.

“Selain itu, produk pelancon-gan perlu diselenggara dan dipu-lihara serta menambah nilai kepa-da yang sedia ada,” katanya.

Ini adalah suatu pencapaian yang baik dan boleh ditingkatkan lagi untuk industri pelancongan SelangorABDUL RASHIDEXCO Kebudayaan dan Pelancongan

Page 6: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

6Utama

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG - Selangor meran-cang menambah tiga lagi lokasi pelancongan agro pada tahun depan bagi merancakkan pem-bangunan pertanian di negeri ini.

EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, setakat ini terdapat dua lokasi pelan-congan agro iaitu Pesta Udang Galah di Sabak Bernam dan Pes-ta Memancing di Bagan Lalang, Sepang.

“Kedua-dua aktiviti ini akan ditambahbaik sepanjang 2020

bagi membolehkan ia dikenali tidak kira dalam kalangan pelan-cong tempatan mahupun luar negara.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengambil serius untuk mem-bangunkan pelancongan agro kerana ia adalah teras kelima dasar pembangunan pertanian di Selangor,” katanya.

Terdahulu, Izham merasmikan Program Memancing Bagan La-lang, di sini yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muham-mad Faiz Fadzil, pada 24 Novem-ber lalu.

Pada masa sama, Ir Izham ber-kata, lima teras pembangunan

pertanian sedang rancak dika-ji dan akan direalisasi Kerajaan Negeri dalam tempoh lima ta-hun akan datang.

Katanya, ia membabitkan guna tanah, teknologi, pemban-gunan usahawan, pemasaran dan pelancongan agro.

“Kita juga memfokuskan pelancongan agro sebagai des-tinasi tarikan kerana ia boleh menambahkan pendapatan pengusaha pada masa sama.

“Banyak pengusaha berjaya dalam bidang ini tetapi mereka gagal daripada segi pemasaran, justeru kita mahu membentuk mereka supaya berjaya hingga peringkat seterusnya,” katanya.

Tiga lagi lokasi pelancongan agro

Rancak sektor pertanian negeri

SHAH ALAM - Badan Penguru-san Bersama (JMB) dan Perba-danan Pengurusan (MC) digalak menubuhkan Pusat Kitar Strata di pangsapuri jagaan mereka.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Talha berka-ta, penubuhan pusat itu sebagai medium membudayakan amalan kitar semula, sekali gus menyum-bang kepada pengurangan sam-pah secara signifikan.

Katanya, sehingga kini ha-nya 27 pangsapuri kos rendah di sekitar Selangor yang sudah menubuhkan Pusat Kitar Strata.

“Tahniah diucapkan kepada JMB dan MC yang mengambil pendekatan kreatif lagi inovatif dalam usaha mendidik komuniti pangsapuri.

“Tanpa melihat keuntungan kewangan semata-mata, pen-duduk terdidik untuk mengurus sisa pepejal dengan kaedah yang wajar melalui idea kreatif seper-ti penubuhan Pusat Kitar Strata,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-

tika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Perdana JMB/Per-badanan Pengurusan (MC) pe- ringkat Selangor 2019 di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, di sini pada 23 November lalu.

Pada masa sama, Haniza ber-kata, berdasarkan statistik Be-lanjawan 2020, Selangor men-catatkan purata kutipan sampah sebanyak 7,000 tan dan 92 pera-tus adalah dari penduduk bandar.

“Malah, penduduk pangsapu-ri pula adalah 30 peratus daripa-da jumlah keseluruhan popula-si bandar, maka bayangkan jika JMB dan MC mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Kitar Strata itu.

“Saya yakin suasana pang-sapuri yang bersih, ceria dan har-moni pasti dapat diwujudkan,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri komited dalam memberikan sokongan kepada JMB dan MC yang berusaha mewujudkan pro-gram menjurus ke arah pengu-payaan rakyat.

Ir Izham melawat persekitaran Pantai Bagan Lalang yang menjadi lokasi pelancongan agro di Selangor selepas merasmikan Program Memancing Bagan Lalang pada 24 November lalu

Galak pangsapuri tubuh pusat kitar

Penerima Anugerah Komuniti bergambar sempena Majlis Per-himpunan Perdana JMB/MC Pangsapuri Negeri Selangor di Mid-lands Convention Centre, Shah Alam pada 23 November lalu

KLANG - Selangor sedang meng-kaji teknologi baharu untuk pem-bangunan kolam takungan di bawah padang permainan atau tempat parkir awam bagi mem-bantu mengurangkan risiko banjir di negeri ini, kata EXCO Infrastruk-tur, Kemudahan Awam, Pemod-enan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim.

Ir Izham berkata, pihaknya mahu satu kaedah yang moden digunakan dalam pembangunan kolam takungan itu supaya pem-

binaan itu memberikan hasil yang sempurna.

“Sesuatu pembangunan tidak boleh lari daripada kompenan utama iaitu saliran dan kolam takungan banjir.

“Pembangunan yang pesat pula, pastinya mempunyai kesan sampingan iaitu banjir. Bencana ini memberikan kesan yang tinggi kepada kemusnahan harta benda awam.

“Memandangkan ruang tanah yang terhad, justeru, kita mahu

melihat teknologi baharu yang membolehkan kolam takungan dapat dibina di bawah padang atau tempat parkir,” katanya.

Beliau berkata demikian sele-pas pelancaran Program Penye-lenggaraan Kolam Takungan Ban-jir di Negeri Selangor, di Kolam Takungan Bandar Puteri, di sini pada 19 November lalu.

Hadir sama Timbalan Penga-rah (Pembangunan) II JPS, Ir Saari Abdullah dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr G Gunarajah.

Bagaimanapun, Ir Izham ber-kata, jika kaedah itu (teknologi baharu) tidak dapat dilaksanakan, Kerajaan Negeri sedia memper-timbangkan pelaksanaan pembi-naan ‘vertical detention pond’.

“Pembinaan kolam seperti ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan di tanah yang terla-lu sukar, terhad dan kawasan yang padat dengan pembangunan,” ka-tanya.

Pada masa sama, beliau mahu penyerahan kolam takungan oleh

pemaju dilakukan sebelum Pera-kuan Penyiapan dan Pematuhan dikeluarkan.

Katanya, hal itu bagi menge-lakkan masalah kolam takungan tidak diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

“Jika tidak diserahkan kepa-da JPS mengikut tempoh yang ditetapkan, ini akan menjadi masalah kepada pihak berwajib membuat penyelenggaraan, ak- hirnya isu banjir tidak akan sele-sai,” katanya.

Cari teknologi baharu kurangkan risiko banjir

Page 7: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

Ekonomi7SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Sim-panan Pekerja (KWSP) pada 21 Novem-ber lalu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perkhid-matan Pencen Nasional Korea Selatan (NPS) bagi memperoleh akses kepada amalan terbaik dalam bidang perlindun-gan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, usaha sama itu juga akan meggalakkan perkongsian pengetahuan dalam pengurusan sistem pencen.

“Kerjasama ini memberi peluang kepa-da kami untuk memanfaatkan kumpulan pakar global selain mengenal pasti penye-lesaian daripada perspektif yang berbeza,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian itu yang disaksikan oleh Men-teri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tunku Alizakri menandatangani MoU itu bagi pihak KWSP manakala NPS diwa-

kili oleh Pengerusi dan CEOnya, Sung Joo Kim.

KWSP berminat memanfaatkan kema-hiran dan inisiatif baharu dari rakan se- rantau dalam menangani penuaan selain penduduk yang bekerja sendiri, kata Tun-ku Alizakri.

“Memandangkan Malaysia mahu men-jadi negara maju, kita perlu melihat model terbaik untuk memperoleh strategi baha-ru dalam menangani isu-isu sosial seper-ti peningkatan ekonomi bebas dan pen-duduk yang semakin tua.

“Usaha sama ini menetapkan komit-men proaktif kami untuk menangani isu-isu berkaitan kesejahteraan pencarum,” katanya.

Ditubuhkan pada 1987, NPS adalah antara dana pencen terbesar di dunia dengan jumlah aset dalam pengurusan sebanyak AS$600 bilion dan 21 juta pen-carum wajib. – BERNAMA

Kongsi ilmu pengurusan, manfaat pakar global

KWSP meterai MoU dengan dana pencen Korea Selatan

Memorandum persefahaman (MoU) antara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkhidmatan Pencen Nasional Korea Selatan (NPS) disaksikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 21 November lalu

KUALA LUMPUR - Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) kekal tidak berubah pada AS$103.2 bilion setakat 15 November 2019 daripada 31 Oktober lalu.

BNM dalam kenyataan berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jum-lah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama dalam rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing AS$96.5 bilion, kedudu-kan Rizab Tabung Kewangan Antarabang-sa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.9 bilion) dan aset-aset rizab lain (AS$2.6 bilion).

Aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM432.20 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.20 bilion), de-posit oleh institusi kewangan kerajaan (RM760,000), pinjaman dan pendahuluan

(RM6.83 bilion), hartanah – tanah dan ban-gunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM10.92 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripa-da modal berbayar (RM100 juta), ri- zab (RM144.55 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.75 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM152.50 billon), de-posit Kerajaan Persekutuan (RM19.70 bi- lion), deposit lain (RM1.31 bilion), Kertas Bank Negara (RM19.19 bilion), peruntukan SDR (RM7.68 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.52 bilion). – BERNAMA

Rizab antarabangsa kekal AS$103.2 bilion

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek

Page 8: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

8Nasional

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

PUTRAJAYA - Yang di-Pertu-an Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima meng-hadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyu-arat Pra-Kabinet mingguan kali ke-30, yang disifatkan Istana Ne-gara sebagai ‘amat bermakna’.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja

KUALA LUMPUR - Kerajaan ber-cadang mengurangkan bayaran denda kesalahan merokok di ka-wasan larangan daripada RM250 kepada RM150 bagi pesalah yang membuat bayaran denda awal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pe- nguatkuasaan terhadap golo- ngan perokok bukan semata-ma-ta aspek hukuman atas kesalahan merokok di kawasan larangan tetapi lebih penting ia bertu-juan mendidik orang ramai serta memberi penjelasan tentang tin-dakan kerajaan.

“Kita ada 20,000 rakyat yang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok, sama ada kan-ser dan sebagainya, sebab itu saya ambil tindakan ini.

Prihatin hal ehwal pentadbiran negara

Agong minta rakyat beri kepercayaan kepada PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet Mingguan Kali Ke-30, di Istana Melawati pada 22 November lalu - Foto BERNAMA

Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, mesyuarat di Istana Me- lawati yang bermula pada 8 pagi itu berlangsung selama 45 minit.

“Mesyuarat Pra-Kabinet pada hari ini amat bermakna kerana ia adalah Mesyuarat Pra-Kabinet kali ke-30 Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri sejak

Al-Sultan Abdullah dipilih se-bagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari tahun ini.

“Ini menunjukkan bahawa Al-Sultan Abdullah bukan saha-ja amat prihatin dalam hal eh- wal pengurusan dan pentadbiran negara malah yang juga penting, Seri Paduka Baginda mengambil perhatian serius dalam hal ehwal

kebajikan rakyat jelata,” katanya.“Al-Sultan Abdullah juga amat

terperinci, di mana Seri Paduka Baginda sentiasa meluangkan masa untuk meneliti Memoran-dum, Nota Jemaah Menteri dan laporan-laporan, sehari sebelum setiap Mesyuarat Pra-Kabinet di-adakan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sul-tan Abdullah amat peka semasa mesyuarat berlangsung dan Seri Paduka menggunakan buku nota kecil untuk mencatat butiran perbincangan bersama Perda-na Menteri. Katanya, Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Per-dana Menteri.

Mesyuarat-mesyuarat Pra-Ka-binet, yang berlangsung sela-ma 30 hingga 40 minit, pada ke-biasaannya berlangsung pada Rabu atau Jumaat (sekiranya persidangan Dewan Rakyat ber-langsung). Mesyuarat tetap di-jalankan jika Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya dan beliau diwakili oleh timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Is-mail.

Mesyuarat Pra-Kabinet, bagai- manapun, tidak berlangsung jika hari tersebut jatuh pada cuti

umum atau jika pada hari terse-but berlangsung majlis atau aca-ra rasmi negara seperti Pameran Aeroangkasa dan Maritim An-tarabangsa Langkawi pada Mac lalu.

“Keprihatinan dan keperiba-dian tinggi Al-Sultan Abdullah turut terserlah apabila Seri Padu-ka Baginda menitahkan agar Mesyuarat Pra-Kabinet bersa-ma Perdana Menteri diadakan di Istana Melawati dan bukan di Istana Negara seperti kebiasaan yang diamalkan terdahulu.

“Ini untuk memudahkan per- gerakan Perdana Menteri su-paya beliau tidak perlu datang ke Istana Negara dari pejabat beliau di Putrajaya,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Pa- duka berangkat dari Istana Ne-gara pada 7.15 pagi dan tiba di Istana Melawati pada 7.50 pagi untuk persediaan bagi Mesyuarat Pra-Kabinet yang bermula pada 8 pagi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, Seri Paduka turut me-nasihati rakyat jelata supaya ber-sabar dan memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet dalam usaha menyejahterakan negara dan juga rakyat jelata. – BERNAMA

Bayar denda awal, perokok dapat diskaun

“Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah bukan wang ringgit yang kami mahukan dan meng-haramkan merokok bukan satu tugas…saya tidak mahu perokok pasif didedahkan kepada asap rokok tersebut yang beri kesan buruk kepada kesihatan,” katan-ya.

Beliau berkata demikian ke-

pada pemberita selepas maj-lis pelancaran Program Mamo-gram Percuma Etiqa – fasa ketiga dengan kerjasama Persa- tuan Kebangsaan Kanser Malay-sia (NCSM) di sini pada 23 No-vember lalu.

Kementerian Kesihatan me-netapkan mulai 1 Januari, per-buatan merokok hanya boleh dilakukan di luar jarak tiga meter dari setiap premis berkenaan.

Bagi kesalahan merokok di ka-wasan larangan, kompaun seba- nyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal membayar kom-paun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penja-ra. – BERNAMA

Kita ada 20,000 rakyat yang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok

DR DZULKEFLY AHMADMenteri Kesihatan

Page 9: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

Nasional9SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

SACHEON - Malaysia berminat mendalami kemajuan dan pem-bangunan industri aeroangkasa Korea Selatan, kata Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap semasa lawatan be-liau ke fasiliti pertahanan dan aeroangkasa Korea Aerospace Industries (KAI) di sini, perdana menteri berkata, Korea Selatan mencatatkan kemajuan besar dalam bidang tersebut sejak kali terakhir beliau datang ke negara ini.

Lawatan terakhir Dr Mahathir ke Korea Selatan sebagai perdana menteri adalah pada 2002.

Minat dalami aeroangkasa Korea Selatan“Saya sentiasa berminat de-

ngan pesawat pejuang dan pesa-wat buatan tempatan. Saya ingin melihat bagaimana ia beraksi dan kemajuan industri pesawat anda,” katanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif KAI, Ahn Hyun-ho, yang menyambut ketibaan beliau ke fasiliti itu, di sini.

Dr Mahathir, yang juga me- rupakan seorang juruterbang berkelayakan dan penggemar bi-dang aeroangkasa tiba di fasiliti pertahanan dan aeroangkasa itu dengan menaiki helikopter se-kitar jam 10.30 pagi waktu tem-patan.

Sacheon terletak kira-kira 100 kilometer dari Busan, bandar raya yang menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Peringa-tan ASEAN-Korea Selatan 2019, yang Dr Mahathir dijadualkan hadir.

Dr Mahathir meluangkan masa lebih dua jam di fasiliti itu dengan pertemuan kira-kira sete-ngah jam bersama para pegawai tertinggi dan kemudiannya me- lawat fasiliti tersebut di mana be-liau diberikan taklimat mengenai pesawat tempur ringan (LCA) KAI FA-50 Fighting Eagle.

Turut mengiringi beliau sema-

sa lawatan tersebut ialah Ment-eri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking; Duta Ma-laysia ke Korea Datuk Mohd Ashri Muda; dan Atase Pertahanan Ma-laysia di Seoul, Kolonel Mohd So-birin Mohd Yusof.

Malaysia ketika ini sedang menimbang pilihannya bagi LCA dan dijangka secara rasmi melan-carkan usaha pemerolehan untuk bergerak seiring dengan kema-juan dan teknologi canggih.

Menurut terbitan pertahanan, Jane’s Defence Weekly, Tentera

Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang mendapatkan 36 LCA dengan pilihan bagi 26 lagi bagi melengkapkan kumpulan pesawat pejuang Hawks, Sukhoi SU-30MKM dan FA-18D Hornets yang ada sekarang.

Kelulusan kerajaan dijangka-kan pada suku pertama 2020. An-tara jenis LCA lain yang dipertim-bangkan oleh TUDM selain KAI FA-50 Fighting Eagle, adalah Hin-dustan Aeronautics Limited (HAL) Tejas; Leonardo M-346; Aero Vo-dochody L-39NG; CAC L-15A/B; CAC/PAC JF-17; Saab Gripen; dan Yakovlev Yak-130. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - United King-dom (UK) bersetuju untuk mengambil semula 42 kontena mengandungi sisa plastik yang dihantar melalui penghantaran haram ke Malaysia, sejajar den-gan Konvensyen Basel.

Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Ma- laysia (MESTECC) dalam ke- nyataan bersama pada 25 No-vember lalu berkata, pihak berkuasa dan ejen perkapalan sedang bekerjasama dalam proses penghantaran balik kon-tena berkenaan.

Kontena tersebut yang tiba di Pelabuhan Pulau Pinang an-tara Mac 2018 dan Mac 2019, di-anggap sebagai tidak sah kerana

tidak mematuhi dokumen import yang diperlukan.

Menteri Tenaga, Sains, Tekno- logi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, tinda-kan proaktif Suruhanjaya Tinggi Britain yang bekerjasama rapat dengan MESTECC untuk mem-bawa pulang kontena berkenaan amat dipuji.

Kerjasama ini, katanya, me- nandakan perakuan bahawa pen- cemaran bahan plastik adalah isu global yang memerlukan komit-men daripada pelbagai negara untuk menangani masalah terse-but.

“Kami berharap kerjasama dan kefahaman antara Malaysia dan UK akan menjadi contoh kepada negara-negara lain yang syarikat mereka mengeksport sisa plastik

Menurut kenyataan itu, EA telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan MESTECC, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak berkuasa dan agensi pelabuhan yang berkaitan di Malaysia.

MESTECC dan suruhanjaya tinggi itu telah menjalin ker-jasama dalam beberapa inisiatif untuk menangani pencemaran plastik, termasuk menganjur ber-sama tayangan VIP rancangan Blue Planet II terbitan BBC Studio untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keburu-kan plastik sekali guna.

Selain itu, suruhanjaya tinggi itu menawarkan kepakaran UK dari WRAP Global, badan amal ke-lestarian UK, untuk menyokong inisiatif MESTECC dalam mewu-judkan Perjanjian Plastik Malay-sia.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa UK dijangka menjadi pengerusi bersama Persidangan Pelbagai Pihak ke Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu mengenai Pe-rubahan Iklim (COP26) Ke-26 ta-hun depan. – BERNAMA

tercemar ke negara membangun lain,” katanya dalam kenyataan itu.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay berkata,

kerajaan UK berkongsi kebim-bangan sama seperti kerajaan Malaysia mengenai isu sisa plas-tik.

“Penghantaran balik 42 konte-na ini mencerminkan komitmen kami memerangi perdagangan sisa plastik secara haram,” kata- nya, sambil menambah bahawa UK berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia dalam agenda yang lebih luas untuk memeliha-ra alam sekitar dan menangani perubahan iklim.

Pengumuman berkenaan su-sulan lawatan Agensi Alam Se-kitar (EA) UK baru-baru ini, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain sebagai respons kepada berita mengenai peng-hantaran sisa plastik secara ha-ram dari UK.

Sejajar Konvensyen Basel

UK setuju ambil balik 42 kontena sisa plastik

Tindakan proaktif Suruhanjaya Tinggi Britain yang bekerjasama rapat dengan MESTECC untuk membawa pulang kontena berkenaan amat dipujiYEO BEE YINMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku terdapat keki-lafan dalam tindakannya men-cadangkan kepada sebuah parti politik untuk mengambil tinda-kan tatatertib terhadap ahlinya yang dikatakan terlibat dalam sa-lah laku.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, ia bukan menjadi dasar SPRM untuk membuat ca-dangan sedemikian kepada ma-

na-mana parti politik berhubung salah laku ahli parti itu.

Beliau berkata, mengikut ga-ris panduan tatatertib yang per-lu diikuti SPRM, laporan sesuatu salah laku hanya dihantar kepada agensi dan kementerian kerajaan persekutuan atau negeri.

“Oleh itu, SPRM mengakui ter-dapat kekhilafan yang dilakukan Ketua Cawangan Laporan SPRM menerusi sepucuk surat kepada parti berkenaan yang menca- dangkan tindakan Tatatertib ke-

rana melanggar kod eti-ka parti berkenaan,” katanya.

Azam berkata demikian meru-juk kepada surat yang dihantar SPRM kepada Par-ti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang menyebabkan dua ah- linya di Pahang dipecat ber- kuatkuasa serta-merta pada 24 November lalu kerana dipercayai

terlibat dengan kes ra-suah dan suapan ke-

tika pemilihan parti itu pada tahun lalu.

Pemecatan Ke- tua Cabang KEADI- LAN Bera, Zakaria Abdul Hamid, iai-

tu seorang daripa-da ahli Majlis Pimp-

inan Pusat (MPP) dan ahli KEADILAN Pahang, Is-

mail Dulhadi diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin

KEADILAN, Datuk Ahmad Kass-im selepas mesyuarat bulanan parti itu, di ibu pejabat KEAD-ILAN di sini. Zakaria yang juga bekas setiausaha politik ke-pada Pengerusi KEADILAN Sa- rawak, Baru Bian.

Azam berkata, SPRM akan menghantar surat pemakluman ini kepada Pengerusi Lemba-ga Tatatertib KEADILAN untuk diperjelaskan kekilafan ini agar tidak timbul salah faham pada masa akan datang.– BERNAMA

SPRM khilaf hantar surat pada KEADILAN

Page 10: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

10Global

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

KUALA LUMPUR - China sedia membantu pihak berkuasa Ma-laysia melumpuhkan rangkaian sindiket jenayah rentas sempa- dan yang mebabitkan rakyatnya, kata Duta Besar China ke Malay-sia, Bai Tian.

Bantuan itu termasuk per- kongsian maklumat berhubung sindiket besar penipuan pelabu-ran dalam talian yang ditumpas-kan Jabatan Imigresen Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.

“Kami sedia menawarkan ban-tuan dalam bentuk perkongsi- an maklumat dalam mengenal pasti 680 suspek warga China dan sedia bekerjasama dengan agen-si penguatkuasaan undang-un-dang Malaysia dalam melumpu-hkan sebarang jenayah merentas sempadan, termasuk dalam kes ini,” katanya.

Beliau yang ditemui pem-berita selepas menjadi tetamu Program Bicara Duta Bersempe-na dengan 45 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia – China di Dewan Bahasa dan Pustaka pada

BANGKOK - Tuduhan Malaysia memberi perlindungan kepada penjenayah dari wilayah selatan Thailand yang dikehendaki pi-hak berkuasa negara itu adalah tidak berasas, kata Menteri Perta-hanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, semua agensi keselamatan sentiasa meman-tau kemasukan elemen asing ke Malaysia terutamanya melalui sempadan bersama kedua-dua negara.

“Agensi-agensi keselamatan kedua-dua negara terutama- nya yang bertugas di sempadan darat sentiasa berhubung dan bertukar maklumat operasi dan perisikan secara berkala melalui platform Jawatankuasa Am Sem-padan Malaysia-Thailand.

“Sehubungan itu, tuduhan bahawa Malaysia memberi per-lindungan kepada penjenayah (Thailand) yang melarikan diri ke Malaysia adalah tidak berasas dan tidak tepat,” katanya, di sini,

Sindiket pelaburan dalam talian

China sedia bantu lumpuh rangkaian rentas sempadan

Sebahagian daripada 680 warga China yang ditahan dalam serbuan di Cyberjaya pada 20 November lalu. Foto Jabatan Imigresen

23 November lalu berkata, ke- semua suspek yang terlibat den-gan kes penipuan dalam talian terbabit patut dikenakan huku-man mengikut undang-undang negara ini, jika dibuktikan ber-

salah.“Kami menyokong penuh

operasi berkenaan kerana dasar kami adalah menentang ma-na-mana warga China menjalan-kan kegiatan jenayah biar di

mana mereka berada dalam du- nia. Kami merasakan mereka harus dihukum mengikut un-dang-undang,” katanya.

Bai Tian berkata, setakat ini, pihak kedutaan belum dihubu-

ngi oleh mana-mana ahli ke- luarga suspek namun bersedia memberikan bantuan mengikut prosedur yang ditetapkan nega-ra ini.

Pada 20 November lalu, Jaba- tan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan pelaburan da-lam talian dengan menahan 680 warga China yang menjalankan operasi aktiviti berkenaan di Cy-berjaya.

Tangkapan besar-besaran itu dilakukan selepas pasukan imi-gresen menggempur tingkat enam sebuah bangunan yang dipercayai menjadi pusat pang-gilan aktiviti penipuan yang me- nyasarkan penduduk negara Chi-na sebagai mangsa.

Kesemua suspek iaitu 603 le-laki dan 77 wanita itu memasuki negara menggunakan pas la-watan sosial, dengan hampir ke-semuanya tidak dapat menun-jukkan pasport dan dokumen pengenalan diri ketika ditahan, dan kini mereka direman selama 14 hari. – BERNAMA

Malaysia tidak lindungi penjenayah selatan Thailandbaru-baru ini.

Mohamad berkata, Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Thailand untuk menjejaki pen-jenayah yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu.

Berikutan serangan di Yala pada 5 November lalu, ada pi-hak mendakwa penjenayah yang terlibat dalam serangan itu telah melarikan diri ke Malaysia.

Dalam serangan itu, sekum-pulan individu bersenjata telah menyerang pos kawalan kes-elamatan di Yala, selatan Thai-land dan membunuh 15 orang, termasuk sukarelawan perta-hanan kampung, anggota polis serta mencederakan lima yang lain.

Sementara itu, Mohamad ber-kata, Malaysia sebagai fasilitator rundingan damai di selatan Thai-land akan terus membantu kera-jaan Thailand untuk mengadakan rundingan rasmi.

Beliau berkata, Perdana Men-

teri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya, Jeneral Prayuth Chan o-cha pada awal bulan ini telah memberi komitmen mem-bantu Thailand mencari jalan penyelesaian menyeluruh, adil dan berkekalan di selatan Thai-land melalui satu perjanjian da-mai.

“Rundingan rasmi dijadual di-adakan semula pada awal bulan depan,” katanya.

Rundingan damai itu digan-tung sejak Februari lalu berikutan kekecewaan Majlis Syura Patani (Mara Patani) terhadap sikap yang ditunjukkan oleh ketua panel rundingan damai Thailand, Jen Udomchai Thammasarorath, yang enggan bertemu panel rundingan Mara Patani di Kuala Lumpur.

Dengan barisan Kabinet ba-haru, Thailand melantik Jeneral Wanlop Rugsanaoh sebagai ke-

tua perunding baharu proses da-mai selatan itu berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Bekas Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand itu menggantikan tempat Udomchai yang dilantik sebagai senator.

Malaysia memilih bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator dalam rundingan damai di selatan Thai-land antara kerajaan Thailand dan Mara Patani, badan yang mewa- kili beberapa kumpulan militan di selatan Thailand.

Sejak beberapa tahun lalu, Mara Patani mengadakan rundin-gan damai dengan kerajaan Thai-land untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang berlanjutan sejak 2004.

Konflik di empat wilayah di selatan Thailand – Pattani, Nara-thiwat, Yala dan Songkhla yang meletus pada 2004, sudah men-gorbankan lebih 7,000 nyawa. – BERNAMA

Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Thailand untuk menjejaki penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa negara ituMOHAMAD SABUMenteri Pertahanan

Page 11: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

ERAJAAN NEGERI amat ko- mited memastikan krisis air ini tidak berulang lagi dan membuat segala perancan-gan supaya bekalan air sen-

tiasa mencukupi dalam apa jua keadaan sekalipun.

Bagi Selangor khususnya, cabaran kita bukan lagi menyediakan bekalan air ke-pada penduduknya, tetapi lebih kepada usaha memastikan bekalan air terjamin, mampan dan mampu mengharungi pe-rubahan iklim sama ada semasa musim panas dan kering yang panjang ataupun musim tengkujuh serta banjir besar.

Saya kecewa dengan pengusaha yang tidak bertanggungjawab sanggup men-jalankan perniagaan tanpa menghiraukan alam sekitar dan kesihatan orang awam sehingga berlakunya pencemaran sumber air mentah seperti kejadian pencemaran bau yang melanda Sungai Semenyih dan pencemaran bau dan diesel di Sungai Se-langor.

Kedua-dua kes pencemaran ini adalah berpunca dari bahan-bahan buangan in-dustri berasaskan resin.

Air Selangor memaklumkan terdapat satu kajian mendalam daripada Universi-ty Cranfield, United Kingdom berhubung bahan pencemar yang menyebabkan bau dalam air dengan tajuk `National Assess-ment Of The Risks To Water Supplies Posed By Low Taste And Odour Threshold Com-pounds’. Tambahan juga, pihak Air Selan-gor merujuk kepada pihak University Cran-field berkenaan hasil kajian tersebut.

Berdasar kepada kajian yang dilaksan-akan oleh Air Selangor, dapat dirumuskan bahawa bahan pencemar yang mence-markan Sungai Selangor dan Sungai Se-menyih mempunyai karekter yang sama seperti bahan pencemar dalam kajian yang dijalankan oleh University Crand-field, ia memang tidak dapat dirawat sepe-nuhnya dengan rawatan konvensional (ko-agulasi, penapisan dan klorin) mahu pun rawatan advance treatment seperti ozon dan activated carbon dengan peratusan penyingkiran adalah pada 37 peratus dan 87 peratus sahaja.

Tambahan lagi, bahan tersebut mem-punyai bau yang kuat walaupun pada ke-pekatan amat rendah 0.01 micro gram per liter, ibarat setitik bahan tersebut mampu mengakibatkan pencemaran bau bagi enam kolam renang bersaiz olimpik.

Oleh yang demikian, Air Selangor tia-da pilihan lain selain terpaksa membuat keputusan untuk henti tugas loji.

Justeru, kawalan di sumber adalah mustahak bagi memastikan jenis dan pun-ca pencemaran dikenalpasti lebih awal su-paya langkah mitigasi yang efektif dapat dilaksanakan. Ia selaras dengan pendeka-tan Water Pollution Management di bawah Integrated Water Resources Management (IWRM).

Pihak Kerajaan Negeri memandang se-rius berhubung isu pencemaran ini dan telah meminta semua jabatan dan agen-si berkaitan menangani isu ini dengan kadar segera serta penyelesaian secara menyeluruh harus diambil.

Sehubungan itu, saya mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk menyelaraskan dengan semua jabatan dan agensi terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan IWK untuk mengemuka-kan cadangan jangka pendek dan jang-ka panjang kepada Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan dan menangani insiden pencemaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Adalah amat penting sekali bahan buangan dari industri dan loji kumbahan dikawal rapi dan penguatkuasaan dilak-sanakan secara ketat oleh pihak penguat-kuasa dan agensi berwajib.

Selain daripada itu, kesedaran orang ra-mai dan pengusaha kilang perlu diperting-katkan agar tidak membuang bahan kimia atau sisa-sisa buangan dari proses kilang ke dalam sistem kumbahan.

Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pen-gusaha atau individu yang menyebabkan berlakunya pencemaran sumber air men-tah. Setiap warga Selangor mempunyai peranan untuk bersama-sama memasti-kan kelestarian alam sekitar dan sumber air dapat dipelihara daripada sebarang bentuk pencemaran.

Untuk itu, marilah kita mulakan pe- ranan ini pada diri kita, sayangi dan peli-haralah sungai, jangan jadikan sungai se-bagai tempat pembuangan sampah sarap dan sisa-sisa industri.

Justeru, penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha memulihara sumber air adalah penting bagi memasti-

kan kemelut ini dapat diatasi. Mudah-mu-dahan dengan kesedaran seluruh anggota masyarakat berhubung perkara ini akan dapat mempertingkatkan lagi tahap ke-bersihan sumber air kita.

Lebih-lebih lagi dalam memastikan pengurusan dan pemeliharaan sumber air yang lebih mampan dan lestari pada masa akan datang agar anak cucu kita tidak me-warisi sumber bekalan air tercemar.

Saya yakin, pembangunan Hybrid Off River Augmentation Storage (Horas) 600 ini memberi banyak manfaat kepada rak-yat Selangor secara amnya dan manfaat khusus kepada Daerah Kuala Selangor. Selain dijadikan sebagai sumber air, ta-pak HORAS 600 ini boleh dibangunkan sebagai pusat rekreasi dan tarikan pelan-cong.

Paling membanggakan, walaupun se- belum siap sepenuhnya, HORAS 600 ini telah menjadi rujukan dari negeri lain da-lam mengatasi masalah air ketika musim kering, malahan projek HORAS 600 ini telah menjadi ikutan negeri lain. Projek HORAS 600 ini juga telah dilawati oleh wakil-wakil negeri seperti dari Kedah, Jo-hor dan lain-lain.

Sebelum mengakhiri kata-kata, sekali lagi saya ingin menyampaikan komitmen bahawa selaku kerajaan yang peduli rak-yat, Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan nombor satu.

Ucapan di Majlis Perasmian Dan Penyerahan Projek Pembangunan Horas 600.

Hybrid Off River Augmentation Storage (Horas) 600nKeluasan keseluruhan: 211.39nKeluasan kolam: 147 hektarnLori/mesin/jentera: 200 buahnPalong/pontoon/pam selut: 8 buahnPasir: 14 juta metrik tannTanah beban: 10 juta metrik tannTempoh projek: 4 tahun 7 bulan (2013-2018)nKemalangan: sifarnKedalaman kolam: 23.5 meternKapasiti Kolam: 30 juta meter padunKapasiti stesen pam air: 300 juta liter seharinParameter kolam: 5 kilometer

Tekad atasi krisis air

Page 12: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

Album Klik!13SelangorKini 28 November - 4 Disember 201912 SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

KIRIAnggota bomba mengadakan demonstrasi keselamatan bersama murid taska di UiTM Shah AlamI REMY ARIFIN

KANANPengunjung berbasikal di tepi tasik Putrajaya, Putrajaya I HAFIZ OTHMAN

KIRIGelagat kanak-kanak pada program berkhatan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah AlamI REMY ARIFIN

KANANAksi pemain sukan lasak bebola cat di Mudtrekker Paintball Park, Puncak Alam I HAFIZ OTHMAN

KIRIAmir Arsyad, 58, berkarya ketika Pameran dan Jualan Lukisan Orang Kurang Upaya di Da Menn Mall, Subang Jaya I FIKRI YUSOF

KANANPertunjukan burung kakak tua menarik perhatian pengunjung di Bukit Melawati, Kuala SelangorI ASRI SAPFIE

KIRIPersembahan tarian tradisional India sempena Majlis Sambutan Deepavali MPSJ 2019 di Taman Kinrara Seksyen 1, Puchong I FIKRI YUSOF

KANANPekerja Kualiti Alam Sdn Bhd membersihkan kawasan pembuangan sisa kimia haram di Kampung Tambak Jawa, JeramI ASRI SAPFIE

Memberi makanan percuma kepada penduduk di pasar Kampung Baru, Seri Kembangan

ADN SERI KEMBANGANEan Yong Hian Wah

Meninjau pertandingan Sukaneka Muafakat Kampung Sungai Tengar, Sungai Air TawarADN SUNGAI AIR TAWAR

Rizam Ismail

Bersama pelajar sempena perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kapar, Klang

ADN MERUMohd Fakhrulrazi

Merasmikan lif baharu di Pangsapuri Desaria, Petaling Jaya

ADN SERI SETIAHalimey Abu Bakar

Meraikan pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, Pelabuhan Klang

ADN PELABUHAN KLANGAzmizam Zaman Huri

ADN JERAMMohd Shaid Rosli

Melawat adik Awal Neddim yang mengalami kanser urat di Kampung Bukit Hijau, Jeram

Page 13: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

14 SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

Page 14: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

15SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

SIAPA sangka bermula den-gan hanya melihat rancangan masakan terkenal di televisyen, pasangan suami isteri Puteri Zulaiqha Mohd Arif dan Ikh-

ram Baharuddin mula tergerak hati untuk menjual barangan perkakasan dapur yang digunakan dalam rancangan terbabit ter-utama jika barangan itu unik serta sukar didapati di Malaysia.

Bagi Puteri Zulaiqha, 29, tercetusnya idea itu apabila beliau sering membeli barangan perkakasan dapur berkenaan menerusi dalam talian dan setiap kali ada tetamu berkunjung ke rumah mereka ber-tanya dari mana ia dibeli.

Katanya, senario itu membuatkan be-liau dan suami, Ikhram, 32, terlintas untuk memulakan perniagaan terbabit dengan hanya mengambil tempahan daripada ra-kan sekeliling yang mahukan barangan berkenaan.

“Pada mulanya, saya hanya mengam-bil tempahan daripada rakan dan sau-dara-mara yang berminat dengan per- kakasan dapur itu dan bantu menempah-kan untuk mereka.

“Lama-kelamaan sambutan diterima amat menggalakkan dan saya percaya atas bantuan promosi mulut ke mulut mereka juga menjadi salah satu faktor perkakasan ini semakin mendapat per-mintaan,” katanya kepada SelangorKini.

Tercetus idea @beliterustv

Puteri Zulaiqha berkata, suami- nya banyak memberi sokongan dan

menggalakkan beliau untuk membuka perniagaan dengan menjual barangan perkakasan dapur itu.

Katanya, daripada situ tercetus idea un-tuk membuka perkhidmatan jualan dalam talian di Facebook dan Instagram meneru-si nama @beliterustv. Mengulas berkenaan idea nama itu terhasil, katanya ‘beli terus’ itu diambil berikutan beliau terfikir de-ngan fenomena tempahan awal (pre oder) yang wujud pada masa kini membuatkan pelanggan terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan sesuatu barangan.

“Saya kurang gemar dengan fenomena tempahan awal menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu dan secara spontan saya serta suami terfikir dengan nama ‘beli terus’ bermaksud pelanggan boleh mendapat secara terus.

“Manakala, tv (televisyen) pula diambil

sekadar angan-angan apabila saya suka menonton rancangan seperti GoShop dan CJ Wow Shop. Kemudian, saya dan sua-mi bersetuju untuk jenamakan jualan da-lam talian dengan nama @beliterustv (@BTTV),” katanya yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Menariknya, beliau berkata, meneru-si @beliterustv pelanggan tidak perlu menunggu lagi sebaliknya barangan yang dijual sudah tersedia dan hanya tinggal untuk dipos sahaja.

Untung RM25,000 sebulan

Baru sahaja tiga bulan berjinak dalamperniagaan itu, beliau bersyukur apa-

bila untung bulanan kini sudah mencecah hampir RM25,000.

Mengulas berkenaan cara promosi, ka-tanya, beliau dan suami menggunakan saluran ‘influencer’ masakan untuk mem-promosikan produk mereka.

“Sambutan diterima amat menggalak-kan dan kebanyakan pelanggan kami bu-kan sahaja dari Malaysia tetapi Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Malah, kebanyakan pelanggan turut memberi maklum balas positif bahawa barangan yang kami jual antara termu-rah. Saya percaya ini mungkin salah satu

faktor sambutan menggalakkan,” katanya yang memang minat terhadap dunia per-niagaan sejak zaman sekolah.

Menariknya, Puteri Zulaiqha berkata, beliau turut mempunyai ejen jualan di Si- ngapura memandangkan permintaan di negara terbabit antara yang tertinggi.

Mengulas berkenaan cabaran dalam dunia perniagaan, katanya, apa sahaja perkara yang dilakukan pasti mempunyai cabaran tersendiri, namun ia atas peranan masing-masing sama ada mampu atau tidak untuk mengendalikannya.

“Sebelum ini, saya pernah men-jual selendang, kosmetik, buka kafe ‘hipster’ dan penyewaan kerusi chiavari.

“Namun, semua perniagaan itu ti-dak kekal lama memandangkan banyak persain-gan dan sambu-tan kurang mem-berangsangkan,” katanya yang juga membuat kerja sampingan seba-

gai jurusolek dan menjahit.Selain itu, pekerjaan teras Puteri Zulai-

qha dan Ikhwan adalah sebagai pengurus acara dan pengiklanan jadi tidak hairan-lah pasangan suami isteri ini hebat dalam menguruskan perniagaan serta promosi.

Sasar buka kedai tahun depan

Sementara itu, Puteri Zulaiqha berka-ta, ekoran sambutan diterima amat

menggalakkan, beliau dan suami menya- sarkan mahu membuka kedai menjual per-kakasan dapur serta perabot tahun depan.

Beliau bercadang membuka kedai ber-hampiran dengan rumahnya di Cheras ke- rana lokasi itu agak strategik kerana ia ter-letak di tengah kota raya.

“Impian ingin membuka kedai sebe-narnya sudah lama. Saya bertambah yakin apabila ada permintaan daripada pelanggan kerana mereka mahu meli-hat dan menyentuh sendiri barangan ter-babit,” katanya yang mempunyai seorang cahaya mata berusia tiga tahun.

Menariknya orang ramai boleh mendapati barangan di @beliterustv me- nerusi tempahan dengan bayaran seren-dah RM15 dan melangsaikan hutang se-baik sahaja mendapat gaji.

Tercetusnya idea itu apabila beliau sering membeli barangan perkakasan dapur berkenaan menerusi dalam talian dan setiap kali ada tetamu berkunjung ke rumah mereka bertanya dari mana ia dibeli

Variasi terkini pilihan kaum hawa

Perkakasan dapur cantik di @beliterustv@beliterustv

INFOlInstagram dan Facebook:

@beliterustvlMula berniaga:

Ogos 2019lBarangan dijual:

- Penapis- Papan memotong- Set perkakas dapur- Pengasah pisau- Peti sejuk mini- Pemegang span

lHarga barangan:RM23 hinggaRM200

lBelum gaji?Boleh menempahdengan depositserendah RM15

Teks SHEEDA FATHIL Foto HAFIZ OTHMAN

Page 15: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

Wajah-wajah bidadari dan sekuntum kemboja

Di relung mahabbah yang ternukil inisi gadis itu merenung tajam dengan penuh ketakjubanmelihat teratai yang beralun-alun di gigi sungaimelemparkan wajah-wajah bagaikan bidadari yang setiamenunggu di sebalik indahnya panoramayang melakarkan ikatan penuh kedamaianpada pepohon yang melambai-lambaipabila ditiup sang angin sepoi-sepoi bahasayang mengalunkan irama yang syahdugemersik jiwa pabila mendengarnya.

Di bawah lembayung senja nan indah inisesayup ombak menghempas pantaipada pagi yang mendamaikan sejahteradi sebalik mekarnya sekuntum kembojayang memutik warna di kelopak jinggaatas rasa seharum mewangi di teratak pujanggakerna wajah-wajah bidadari yang menjelma itubagaikan sekuntum kemboja yang mekarterukir di persada nanti abadi murniternoktah di jalinan ukhuwah yang abadimemaknakan serungkai kata yang azalidi jambangan suci semurni hati.

Wadiasofi Jaafar

OLEH NUR ILYANI ALIAS

Saksi 1: Cerita Tabib Yang Mele-wati Rumah Tuk Tua

Ya! Memang tak silap. Sah!Kebiasaannya, kalau aku pergi

ke kedai Mek Dah, memang dia sudah tercongok di atas peleng-gar. Kalau tidak pun, dia akan makan sireh pinang sambil ja-hit kain jalur merah putih yang berbintang bulan kuning sam-pai elok. Jarang sungguh aku tak nampak dia kalau lintas rumah ni pagi-pagi. Tapi, kukira dia ma-sih tidur atau paling kurang tidak sihat. Tidaklah aku panggil dia pula.

Aku memang tabib. Tetapi untuk menampung belanja ru-mah tangga, aku perlu ada kerja lebih. Kadang-kadang tiga kerja aku buat dalam satu masa. Aku bukannya ada kedai tabib. Da-hulu pernah ada, tetapi tutup sebab mahal harga untuk cukai pelbagai benda. Tengah hari aku pulang dari menebas, masih tidak nampak kelibat Tuk Tua. Siapa kata dia tidak ramah? Eish! Sim-pang ujaran kau kalau tuduhn-ya begitu. Tuk Tua sangat ramah dan penyayang. Dia pemimpin tempat ini. Kalau ada masalah orang berkelahi, dialah tempat dituju untuk mendapat nasihat. Di sekeliling rumahnya penuh pelbagai jenis kandang haiwan. Penyayang orangnya. Aku juga masih bingung, ke mana orang tua ini? Setiap hari dia akan te-gur pakaianku yang lusuh serta

kadang-kadang dipenuhi selut. Katanya, dah sampai masa kau kerja dengan aku. Jadi tukang kebun di rumahku ini. Aku masih ingat. Bahkan, terngiang-ngiang sehingga sekarang.

Aku buat tidak endah sehing-galah masuk waktu Maghrib, ke-tika aku hendak ke masjid. Ru-mahnya memang laluan orang kampung ke masjid. Rumahnya terang benderang tetapi kelibat-nya tiada.

Akukan tabib. Aku kira…Sahlah! Orang tua ini sudah

hilang.

Saksi 2: Rasa Hati Marlina Akan Kehilangan Tuk Tua

Mengapa ini boleh berlaku?

Aku salah seorang isterinya - yang paling muda, sembilan be-las tahun. Rumahnya mempunyai empat belas bilik. Sudah 62 ta-hun rumah tersebut tersergam di tanah ini. Walaupun dia mempu-nyai 14 buah bilik tetapi dia lebih gemar meluangkan banyak masa di perpustakaan (bilik yang pa-ling luas dan mempunyai kolek-si buku mengalahkan bilangan buku di Perputakaan Utama Uni-versiti Teknologi Petronas)

Pemarah? (Ketawa) Jarang sekali dia marah. Te-

gas, ya. Sekiranya ada antara maduku

yang bergaduh, dia akan rund-ingkan sehingga damai. Sedang-kan lidah lagi tergigit, apatah kami yang bermadu. (Ketawa) Se-tiap malam dia akan pergi ke em-pat-empat bilik untuk menema-ni kami. Ya, memang empat bilik sahaja yang digunakan. Kerana, kami empat orang isteri. Oh, bilik yang sepuluh lagi milik bekas is-terinya. Sekarang, bilik-bilik terse-but didiami oleh anak-anaknya yang seramai puluhan orang.

Kaya? (Mengangguk)Pasti sekali. Lihat sahaja ru-

mahnya yang gah tersergam in-dah dengan bayaran utiliti se-banyak lima ribu ringgit sebulan. Tetapi, dia langsung tidak pernah menunjuk-nunjuk. Sumpah, kami tidak tahu ke mana dia meng-hilang. Sejak pukul dua belas tengah malam tadi, kelibatnya langsung tidak nampak. Dia ke- luar dari bilikku yang paling akh-ir. Aku lihat dia terus menuju ke perpustakaan sambil menikmati segelas kopi kosong. Selepas itu, aku dengar bunyi enjin kereta. Tidak pula aku mengintai kerana sudah lewat malam.

Bantu kami carikan dia sehing-ga jumpa. Dia ialah ketua keluar-ga. Sukar kami hendak teruskan

hidup tanpa pemimpin rumah; tambah-tambah aku sedang hamil anak kelima.

Saksi 3: Titipan Penjaga Pintu

Inilah pekerjaanku setelah ke- luar dari penjara sepuluh tahun dahulu. Sebelumnya, aku seo-rang pemilik syarikat pengeluar utama hasil bumi negara. Akibat korupsi, aku lingkup. Dia yang menaruh kepercayaan kepadaku dengan mengambilku sebagai Tukang Jaga Pintu dengan gaji lumayan. Aku belum berkahwin dan memang tiada sesiapa hen-dak mengahwiniku- barangkali kerana ada cop banduan di da-hiku. Sehingga kalau aku ke mas-jid, masih kedengaran bisik-bisik nakal tentang kondisi diriku. Se-malam, aku tolong dia tegakkan tiang di sebelah dapur. Tiang tersebut miring ke kanan. Sebab pesaknya sudah kena makan anai-anai.

Pagi-pagi lagi Tuk Tua sudah keluar. Pagi yang aku maksudkan ialah pukul satu pagi. Dia hen-dak ke suatu tempat. Tidak pula aku tanyakan kerana dia tidak suka aku masuk campur urusan-nya. Sepanjang aku bekerja di sini, inilah pertama kali dia keluar pada waktu begitu.

Orang tua sepertinya yang ada penyakit kencing manis dan darah tinggi memang tidak enak keluar waktu begitu. Tambahan pula, tidurnya mesti cukup. Pas-ti dia punya hal penting untuk bergegas keluar waktu-waktu be-gitu. Dia hanya seorang diri ber-sama sebuah beg kecil berwarna hitam.

Pukul enam pagi, aku terjaga. Memang sengaja aku tidak tu-tup pagar rumah, manalah tahu kalau-kalau Tuk Tua pulang. Sam-pai pagi, keretanya masih tiada.

Apatah lagi kelibat orang tua itu. Bukan tugasku untuk melapor-kan hal ini kepada pihak polis. Tambahan pula, isterinya ada empat orang. Anak-anaknya juga melimpah ruah di dalam rumah. Pasti mereka lebih mengetahui apa yang berlaku.

Betul-lah Tuk Tua hilang?Allahu Akbar!

Kebenaran: Surat dari Tuk Tua di bawah sebatang tiang.

Sengaja aku tinggalkan wasi-atku di sini. Di bawah tiang seri rumah yang pasaknya langsung tidak berganjak sejak enam pu-luh dua tahun lalu.

Wahai isteri-isteriku,Terima kasih atas segala kepe-

ritan yang kalian kaburkan demi aku. Aku tahu, di sebuah perai-ran berpuluh-puluh pantai yang muncul, tetap lautnya hanya satu. Maka, aku wasiatkan segala tanah-tanahku di seluruh negara serta yang tersembunyi gerannya di luar negara. Peliharalah sega-la harta ke jalan yang baik-baik, agar aku turut mendapat tempias cahayanya. Usah kalian berduka. Jagalah rumah pintu empat belas dengan penuh kasih sayang dan reda Tuhan.

Keputusan pemergianku ini bukanlah terburu-buru. Aku su-dah renta. Nafsu serakahku mu-dah patah. Bahkan, kian umurku menghampiri garisnya, aku kian gusar tatkala memikirkan pemi-mpin rumahku nanti.

Maka, melalui ini, aku wasiat-kan Tukang Jaga Pintu untuk me-neladani isteri-isteriku seterusnya menjadi pengganti ketua rumah berpintu empat belas.

Benar, aku tahu status dirimu banduan. Itulah yang menjadi dorongan untukku memilihmu setelah meringkuk selama sepu-luh tahun di dalam penjara. Kau lebih hebat mempelajari hal ke-hidupan melalui tembok batu dan jeriji besi. Kau lebih kenal yang mana intan, yang mana ni-san.

Tiang seri ini menjadi saksi, ba-hawa aku takkan kembali.

Kerana aku renta.

Prolog.

Tiang seri yang tegak berpak-si sejak enam puluh dua tahun di cat semula dengan warna biru, kuning, serta jaluran putih dan merah. Di perdu tiang diserikan dengan bunga kelopak lima pel-bagai warna; merah menyala, kuning istana dan putih suci.

Dan, Tukang Jaga Pintu se-bagai ketua.

Page 16: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

17SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

Wabak anjing gila atau rabies kian menular di Malaysia dan Sa-rawak merekodkan

jumlah tertinggi dengan 22 kes sejak diisytiharkan pada 1 Julai 2017.

Rabies adalah penyakit sistem saraf disebabkan jangkitan virus yang merebak daripada haiwan kepada manusia.

Kebiasaannya wabak ini mere-bak melalui luka gigitan haiwan, luka terbuka pada kulit daripada air liur haiwan dan cairan atau tisu tubuh daripada haiwan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 15 Oktober 2019, sebanyak 21 kematian di-rekodkan dalam tempoh lebih dua tahun.

Kematian terbaru yang di-laporkan pada 8 November lalu membabitkan kanak-kanak beru-sia lima tahun dari Kampung Mambong, Jalan Penrissen, Ku-ching, Sarawak.

Beliau meninggal dunia di Hos-pital Umum Sarawak (HUS) dan sampel untuk ujian rabies yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan positif rabies pada 6 November.

Mula tidak aktif sejak 13 Ok-tober dan mengadu sakit tekak, kanak-kanak itu dibawa ke klinik swasta untuk pemeriksaan dua hari kemudian selepas mengala-mi demam serta berkelakuan luar daripada kebiasaan.

Keadaan beliau bertambah teruk dan dibawa pula ke Klinik Kesihatan pada 18 Oktober 2019 dan dirawat sebagai pesakit luar dengan diagnosa Upper Respira-tory Tract Infection (URTI).

Pada 21 Oktober 2019, beliau

dibawa ke HUS apabila keadaan-nya semakin lemah.

Keluarga mendiang mempu-nyai dua ekor anjing peliharaan di rumah dan tidak pernah men- dapat vaksinasi anti-rabies selain bebas bergaul dengan anjing liar. Namun, buat masa ini kedua-dua anjing ini masih hidup dan sihat.

Mendiang juga tidak pernah mengadu digigit anjing atau hai-wan lain dan kes rabies terbaru ini sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk tindakan lanjut.

Kesan jangkitan

Setiap mangsa yang menja-di pesakit wabak Rabies hanya akan mengalami tindak balas di antara 20 hingga 90 hari dalam tempoh pengeraman selepas gigitan haiwan. Gejala berlaku apabila virus telah menyerang sistem saraf pusat.

Jika digigit anjing, perkara per-tama yang perlu dilakukan adalah mencuci segera bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air bagi menghilangkan kesan air liur.

Mangsa juga perlu segera mendapatkan rawatan luka di klinik kesihatan atau hospital berhampiran dan patuhi arahan doktor. Sekiranya diperlukan, ambil suntikan vaksin anti-rabies mengikut jadual ditetapkan.

Ibu bapa diminta untuk me-nasihatkan anak supaya ber-waspada dan segera memaklum-kan jika digigit, dicakar atau luka dijilat oleh anjing, sama ada an-jing liar atau anjing milik sendiri.

Jabatan Perkhidmatan Veteri-nar Sarawak sebelum ini pernah melaporkan bahawa bagi setiap lima ekor anjing di Sarawak, dua daripadanya positif virus rabies, maka langkah pencegahan perlu

sentiasa diamalkan.Bagaimanapun, kejayaan me-

ngawal dan mencegah jangkitan rabies dalam kalangan anjing serta manusia bergantung pada kerjasama juga komitmen padu

segenap lapisan masyarakat.Semua pihak perlu memberi

kerjasama dalam melaksanakan langkah kawalan yang sudah di- rancang dan ditetapkan kerajaan supaya jangkitan serta kematian

akibat rabies dapat dicegah.

Sumber: Kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan berhubung situasi terkini rabies di Sarawak pada 8 November 2019.

Page 17: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

18PBT

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANTING - Pemilik tanah dan pe- ngusaha kilang berdaftar di daerah Kuala Langat diberi tempoh seta-hun untuk memulihkan atau mem-buat permohonan tukar kategori syarat tanah bermula 1 Oktober lalu hingga 30 September 2020.

Pegawai Daerahnya, Mohd Jusni Hashim berkata, tempoh itu diper-setujui di bawah Program Pematu-han Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (PPSPKTK) membabitkan beberapa kaedah pelaksanaan.

“Bagi tempoh pemutihan, pemi-lik perlu memulihkan tanah dengan mengembalikan keadaan tanah mengikut kategori dan syarat nyata seperti dalam hak milik.

“Selain itu, tindakan penguat-kuasaan akan dilaksanakan de-ngan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan agensi

berkaitan terhadap semua pemilik berdaftar sama ada berada di da-lam atau luar zon perindustrian.

“Tindakan secara bersepadu ini turut dilakukan terhadap kilang yang dibina di atas tanah kerajaan terutama rizab sungai, jalan dan kawasan lapang.

“Insentif sehingga 30 peratus daripada jumlah premium akan diberikan kepada pemilik jika per-mohonan dibuat mengikut tem-poh ditetapkan,” katanya pada pro-gram PPSPKTK, di Kompleks Sukan MDKL, di sini, pada 20 November lalu.

Mohd Jusni berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis supaya menunjukkan sebab, selain tinda-kan merampas tanah jika pemilik didapati ingkar melakukan pemu-tihan selepas tamat tempoh seta-hun itu.

“Saya menyeru semua pemilik berdaftar tanah dan pengusaha

kilang mengambil peluang kali ini untuk memutihkan kilang tan-pa kebenaran supaya selari de-ngan dasar Kerajaan Negeri untuk menyediakan ruangan industri yang menepati serta mematuhi se-gala perundangan terpakai.

“Langkah ini juga bagi mening-katkan produktiviti dan persaingan sihat antara semua pemain indus-tri,” katanya.

Sebelum ini, PPSPKTK dina-makan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang bermula pada Julai 2006 sehingga 31 Di- sember 2015 dan disambung se-banyak enam kali dalam tempoh itu.

Untuk rekod sepanjang tempoh PPKTK, hanya 630 kilang berjaya diputihkan daripada keseluruhan kira-kira 2,885 kilang yang dibina di atas 2,638 lot tanah pertanian mengikut kawasan Dewan Unda- ngan Negeri.

Pemutihan premis pemilik tanah, kilang

MDKL beri tempoh setahun

SHAH ALAM - Sebanyak 45 premis di bawah pentadbiran Majlis Da- erah Hulu Selangor (MDHS) menyertai Pertandingan Tandas Bersih anjuran Jabatan Penguru-san Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), pada 19 hingga 20 November lalu.

Pertandingan julung kali itu me-liputi lima kategori iaitu jabatan kerajaan, pusat ibadat, premis makanan, stesen minyak, sekolah dan pusat pengajian.

Unit Komunikasi Korporat MDHS berkata, inisiatif itu ber-tujuan menyemai sikap cintakan

kebersihan dan tanggungjawab sebagai pengusaha, pemilik serta pengguna tandas.

“Ini juga bagi memastikan tan-das di kawasan Hulu Selangor sen-tiasa bersih, ceria dan memberi ke-selesaan kepada pengguna serta mampu menarik pelancong,” ka-tanya dalam kenyataan.

Katanya, penjurian akan di-jalankan mengikut garis panduan dikeluarkan Kementerian Peruma-han dan Kerajaan Tempatan.

“Panel juri terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal Dalaman MDHS iaitu Jabatan Kejuruteraan,

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Landskap, Jabatan Korporat, Ja-batan Penilaian dan Pengurusan Harta termasuk Jabatan Pemba- ngunan Masyarakat.

“Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada 30 Novem-ber ini sempena Program Karnival 3W (Wellness, Welfare, Women) dan Hari Tanpa Kenderaan.

“Pemenang bakal membawa pulang wang tunai, sijil penghar-gaan, piala iringan dan saguhati sebagai galakan bagi penyertaan tahun 2020,” katanya.

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) mem-buka permohonan tapak untuk perniagaan sempena Tahun Baru Cina pada 2020.

MBPJ dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, tapak permit berkenaan boleh dimo-hon secara dalam talian bermula 20 November hingga 1 Disem-ber ini.

“Jumlah petak yang akan di-buka untuk peniaga di Pasar Jalan Othman adalah 12, Pasar

Kampung Cempaka (23) dan Pa-sar Taman Megah (16),” kata ke- nyataan itu.

MBPJ mengajak orang ramai khususnya peniaga untuk mela-yari laman sesawang MBPJ bagi membuat permohonan berke-naan.

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hubungi Unit Permit Perayaan, Jaba- tan Perlesenan MBPJ di Ting-kat 6, Menara MBPJ di talian 03-79541560/79604667.

Mohon tapak niaga Tahun Baru Cina

RAWANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan mening-katkan unit kawalan haiwan liar bagi memastikan aktiviti pe- nangkapan anjing liar secara lebih berkesan di Bandar Tasik Puteri, di sini.

Pengarah Jabatan Korporat- nya, Mohamad Zin Masoad berkata, aktiviti kawalan, tang- kapan dan pemasangan perang-kap dijalankan bagi menyele-saikan isu berkaitan anjing liar di kawasan terbabit.

“Berdasarkan statistik dari Ja- nuari hingga Oktober lalu, seba- nyak 38 aduan diterima dengan penangkapan 95 anjing di seki-tar Bandar Tasik Puteri.

“Operasi penangkapan an-jing liar yang kita laksanakan mematuhi Tatacara Operasi Pi-awai ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tem-patan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Zin berkata, pihaknya meng-hadapi cabaran apabila ter-dapat pihak yang melindungi haiwan itu daripada ditangkap dan memberikan makanan se-hingga menyebabkan popu-lasi anjing liar membiak tanpa kawalan.

“Selain itu, vandalisme ke

MPS perkemas unit kawalan haiwan liar

Tandas bersih tarikan baharu Hulu Selangor

atas perangkap anjing yang di-pasang MPS menyumbang ke-pada ma-salah ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau mela-hirkan rasa kesal dan mengu-tuk sekeras-kerasnya perbua-tan tidak bertanggungjawab individu yang menyebabkan kematian enam anjing jalanan dipercayai diracun di sini, ba-ru-baru ini.

Operasi penangkapan anjing liar yang kita laksanakan mematuhi Tatacara Operasi Piawai ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MOHAMAD ZIN MASOADPengarah Jabatan Korporat MPS

Page 18: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

19SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

PBTInformasiTerkinidi jari anda

Apa itu cukai petak?Cukai Petak bukan cukai yang baharu tetapi ia menggantikan cukai tanah yang dikenakan kepada pemilik harta tanah yang memiliki strata.

Kesan jika tidak membayar cukai petak:Pemilik harta tanah strata yang tidak membayar cukai petak akan terdedah kepada risiko perampasan harta tanah strata oleh pihak berkuasa.

Memudahkan urusan urusniaga dan pusaka dilaksanakan.

Cukai petak dikenakan secara adil mengikut syarat petak iaitu kediaman, perniagaan dan perusahaan.

Memudahkan pemilik petak membuat bayaran cukai secara terus tanpa melalui perbadanan pengurusan

Bayaran boleh dilakukan di:Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis perbandaran dan Majlis DaerahMelalui cawangan POS Malaysia seluruh negara dan POS online Secara “Online” Layari : https://ehasil.selangor.gov.my

Bil tidak diterima?Semak dan kemaskini maklumat anda.

Biar lembu berkeliaran

Heret pemilik ke mahkamah OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR - Pemilik haiwan ternakan berisiko diseret ke mah-kamah jika sengaja membiarkan hai-wan peliharaan mereka berkeliaran di jalan raya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kua-la Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat berkata tindakan mengikut Seksyen 13 Enakmen Mengawal Lembu-Ker-bau 1971 itu memberi kuasa kepada pihaknya untuk menjalankan pendak-waan di mahkamah.

Katanya pihak berkuasa tempatan itu juga boleh mengurung mana-ma-na lembu atau kerbau yang ditangkap serta disimpan di suatu tempat kuru- ngan khas haiwan atas risiko penja- ganya.

“Sebelum mengambil semula hai-wan ternakan mereka, pemilik perlu membayar kos tangkapan, kurungan dan makanan haiwan terbabit.

“Selepas membuat pembayaran, penjaga boleh menuntut kembali lembu atau kerbau berkenaan mengi-kut Seksyen 4(4) Enakmen Mengawal

Lembu-Kerbau 1971.“Sehingga hari ini, MDKS kerap

menerima aduan berhubung kacau ganggu haiwan ternakan di kawasan kediaman mahupun jalan raya,” kata- nya dalam kenyataan.

Terdahulu pihaknya menjalankan operasi tangkapan lembu di sekitar kawasan Bestari Jaya, Ijok dan Jeram.

Pada operasi itu, sebanyak em-pat ekor lembu berjaya ditangkap di Taman Cahaya, Bestari Jaya, Jalan Bukit Rotan dan Taman Permai, Jeram.

Rahilah berkata, dua kompaun turut dikeluarkan serta merta kepada pemilik ternakan di Taman Permai, Je-ram dan Taman Cahaya Dua atas kesa-lahan sama.

“Operasi ini bertujuan mence- gah haiwan peliharaan seperti lembu atau kerbau supaya tidak berkeliaran di kawasan awam dan untuk kebai-kan semua pihak terutama pengguna jalan raya.

“Masyarakat digalak untuk menya-lurkan aduan berkaitan secara dalam talian di selangor.spab.gov.my atau hubungi 03-32891439,” katanya.

Penguat kuasa MDKS menangkap lembu yang berkeliaran di beberapa kawasan di Kuala Selangor, baru-baru ini

Foto ihsan MD

KS

Page 19: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

20Pendidikan

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Amalan mem-baca ayat suci al-Quran setiap hari antara kunci kejayaan Nor Syamimi Mohd Fuad, yang di-umumkan sebagai murid ce-merlang Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2019 di Selangor.

“Nor Syamimi anak sulung daripada tiga beradik menja-di contoh kepada adiknya lain. Rezeki saya bila anak menerima anugerah ini walaupun dia suka belajar saat akhir tetapi kekua-tannya adalah menghafal,” kata bapa Nor Syamimi, Mohd Fuad Ibrahim.

Berasal dari Klang, Mohd Fuad, 39, berkata sebagai ayah, dia sentiasa mendoakan anak-nya itu mendapat keputusan yang terbaik.

“Makanan sunnah juga tidak pernah tinggal, saya berikan ke-pada dia. Dia anak yang baik, solat dan mengaji memang ti-dak tinggal,” katanya.

Sementara itu, Nor Syamimi berkata, dia bertuah kerana bapa dan ibunya sentiasa mem-berikan sokongan tidak berbe- lah bahagi.

“Saya terkejut bila cikgu tele-fon minta hadir untuk terima anugerah ini, memang terkejut dan tidak sangka.

“Saya sering mengulang kaji pelajaran dengan membuat nota ringkas dan peta min-da,” kata pelajar yang sering mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Pada sama sama, Anugerah Murid Cemerlang PSRA bagi kategori lelaki diraih oleh Mu-hammad Uwais AlQarni Fairus

dari Gombak.Uwais berkata, dia terharu

dan tidak menyangka meneri-ma keputusan yang baik, seka-li gus mengangkatnya sebagai pelajar lelaki terbaik peringkat negeri.

“Apa yang boleh dikong-sikan, saya jarang menonton televisyen dan bermain telefon bimbit. Setiap hari saya akan belajar kira-kira sejam.

“Bapa saya banyak memban-tu daripada segi latihan dan ba-han bacaan,” katanya.

Pencapaian Peratus Kelu-lusan Keseluruhan bagi PSRA 2019 merosot 2.77 peratus de-ngan pencapaian 90.13 peratus berbanding 92.9 peratus tahun lalu.

Manakala, Anugerah Daerah Terbaik PSRA ialah daerah Se-pang.

PSRA peringkat Selangor 2019

Baca al-Quran setiap hari, rahsia pelajar cemerlang

Pelajar Cemerlang PSRA, Muhammad Uwais AlQarni dan Nor Syamimi Fuad ketika Majlis Pengisytiharan keputusan PSRA pe- ringkat Selangor 2019 dan pelancaran Modul Pemberdayaan Ba-hasa Inggeris dan Bahasa Arab di Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi di Masjid Negeri pada 20 November lalu

Raja Permaisuri Agong dimasyhur Canselor UIAMKUALA LUMPUR - Raja Permai-suri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandari-ah dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Univer-siti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada 22 November lalu.

Watikah pemasyhuran itu dibaca dan dipersembahkan kepada baginda oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Ab-dullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena dengan maj- lis konvokesyen ke-35 UIAM.

“Beta dengan ini mengisy-tiharkan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagin-da, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimu-nah Iskandariah Binti Al-Mar-hum Al-Mutawakil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, sebagai Ketua Perlembagaan UIAM.

“Semoga Allah SWT membe- rikan Seri Paduka Baginda sega-la kemudahan, keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Perkara 23 (1) Per-lembagaan UIAM, ketua per-

lembagaan universiti hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tunku Azizah, dalam titah uca-pan baginda berjanji akan mem-pertahankan dan melindungi falsafah suci, visi serta misi yang termaktub dalam perlembagaan UIAM.

“Sejak sekian lama, beta me-

ngagumi visi dan misi UIAM dan kisah kejayaannya dan beta ya-kin kejayaan hebat UIAM adalah tanda barakah daripada Allah SWT yang merahmati universi-ti ini dengan warisannya dalam menggabungkan ilmu dengan sains manusia,” titah baginda.

Tunku Azizah mahu univer-siti itu mendukung slogannya

‘Leading the Way’ untuk ummah khususnya dan kemanusiaan amnya supaya terus maju serta menyumbang kepada dunia.

“Mari kita semua saling ber-ganding bahu dalam menja- dikan al-Quran sebagai pega-ngan untuk menjadikan UIAM terus sejahtera demi Allah SWT dan mendoakan universiti ini ber-

jaya mengharungi pelbagai caba-ran dan halangan semasa serta di masa depan,” titah baginda.

Tunku Azizah, 59, adalah wan-ita pertama dilantik bagi jawatan itu, menerima watikah pengisy-tiharan sebagai canselor baharu itu daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Istana Negara pada Jun lalu.

Pelantikan itu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 12 April 2019.

Jawatan itu sebelum ini di-pegang oleh Sultan Pahang keli-ma, Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, yang mangkat pada 22 Mei lalu.

Turut hadir pada upacara itu ialah Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser, Tengku Pu-teri Raja Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Presiden UIAM, Prof Datuk Dr Mohd Daud Bakar; Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Ab-dul Razak dan beberapa pemim-pin tertinggi universiti itu turut hadir pada upacara itu. – BERNA-MA

Page 20: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

21SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjalin kerjasama untuk mem-bina pusat dialisis di Masjid Sultan Abdul Samad, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurus Operasi YIDE, Md Ariffin Jaafar berkata, pembinaan itu bagi memberi pe-luang kepada penduduk sekitar KLIA dan kakitangan MAHB menjalani rawatan diali-sis dengan lebih mudah.

Katanya, caj rawatan dialisis yang dike-nakan amat rendah berbanding pusat di-alisis swasta sekitar Sepang dan Kuala La-ngat.

“Perkhidmatan ini juga dijangka mam-pu memberi rawatan hemodialisis kepada pelancong luar negara yang tiba ke Malay-sia, sekali gus menjadikan negara ini se-

bagai ‘medicalhealthtourism,” katanya.Beliau berkata demikian selepas me-

ngadakan pertemuan dengan Ketua Pega-wai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazud-din di pejabatnya, baru-baru ini.

Selepas itu, katanya, pihaknya me- nyasarkan untuk memperluaskan kerjasa-ma dengan syarikat pelancongan lain bagi membina lebih banyak pusat dialisis bagi membantu mereka yang ada penyakit kencing manis.

Md Ariffin berkata, setakat ini YIDE mempunyai enam pusat dialisis termasuk di Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Su-ngai Besar, Bukit Jelutong dan Taman Ma-lawati.

“Perancangan kami adalah untuk mem-buka pusat dialisis di setiap daerah dalam negeri ini. Setakat ini, kami mempunyai 263 pesakit yang sedang menjalani rawatan dia- lisis di bawah seliaan YIDE,” katanya.

Kerjasama YIDE - MAHB

Bina pusat dialisis di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

SHAH ALAM - Angkatan Belia Is-lam Malaysia (ABIM) Selangor terus komited dalam usaha melahirkan lebih ramai belia yang cakna dan pri-hatin terhadap rakyat di negeri itu.

Yang Dipertua ABIM negeri, Ah-mad Fawwaz Ahmad Syukri berkata, pelbagai program berbentuk sukare-lawan dianjurkan supaya golongan belia dapat mengisi masa lapang, sekali gus mengurangkan gejala so-sial yang berlaku.

“Menerusi program ABIM, kita mahu membendung belia daripada terjebak untuk menerima atau mem-beri rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan korupsi sejajar usaha kerajaan dalam menangani masalah tersebut.

“ABIM Selangor komited dalam menjadikan wadah buat belia un-tuk bergiat aktif serta berpartisipasi dalam ruang sukarelawan, kema- syarakatan dan dakwah sebagai usa-ha membantu mengurangkan gejala sosial juga masalah belia,” katanya kepada SelangorKini.

Menerusi program terbaharu, Ahmad Fawwaz berkata, pihaknya menganjurkan program Hospital Volunteer Crew (HAVOC) 2019 yang diadakan di Hospital Serdang.

Katanya, program bersiri dan kon-

ABIM Selangor komited lahir lebih ramai belia cakna

sisten itu membantu meningkatkan emosi dan mental pesakit dalam menghadapi ujian, selain memu-puk semangat kesukarelawanan da-lam diri belia serta melahirkan rasa syukur dan insaf untuk menjalani ke-hidupan.

“Kita memberi latihan dan me- nyampaikan maklumat berkaitan ak-tiviti kesukarelawanan hospital dan kesihatan.

“Program ini juga membina jari-ngan kerjasama yang mantap antara pihak hospital dan semua sukare- lawan sosial dalam usaha memberi

sokongan emosi kepada pesakit ter-masuk pelawat,” katanya.

Selain menziarahi wad kanak-kanak dan meraikan hari lahir, ABIM Selangor turut menyampaikan sum-bangan kepada pesakit asnaf serta membersihkan surau dan tandas.

Ahmad Fawwaz berkata, pihaknya kini merangka untuk mengadakan program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) yang menumpukan ke-pada soal pendidikan seksual repro-duktif khasnya buat remaja dan belia dengan kerjasama Ahli Dewan Ne-geri Selangor.

28 Khamis 5:36 5:46 7:03 1:06 4:29 7:03 8:17 29 Jumaat 5:36 5:46 7:03 1:07 4:29 7:03 8:17 30 Sabtu 5:36 5:46 7:03 1:07 4:29 7:03 8:17 01 Ahad 5:37 5:47 7:04 1:08 4:30 7:04 8:18 02 Isnin 5:37 5:47 7:04 1:08 4:30 7:04 8:18 03 Selasa 5:37 5:47 7:05 1:08 4:31 7:04 8:19 04 Rabu 5:38 5:48 7:05 1:09 4:31 7:05 8:19

28 Khamis 5:33 5:43 7:01 1:04 4:26 7:01 8:15 29 Jumaat 5:33 5:43 7:01 1:04 4:26 7:02 8:15 30 Sabtu 5:33 5:43 7:01 1:04 4:27 7:02 8:16 01 Ahad 5:34 5:44 7:02 1:05 4:27 7:02 8:16 02 Isnin 5:34 5:44 7:02 1:05 4:28 7:03 8:17 03 Selasa 5:34 5:44 7:03 1:06 4:28 7:03 8:17 04 Rabu 5:35 5:45 7:03 1:06 4:28 7:03 8:17

28 Khamis 5:33 5:43 7:01 1:04 4:27 7:02 8:16 29 Jumaat 5:33 5:43 7:02 1:05 4:27 7:02 8:16 30 Sabtu 5:33 5:43 7:02 1:05 4:28 7:03 8:17 01 Ahad 5:34 5:44 7:03 1:05 4:28 7:03 8:17 02 Isnin 5:34 5:44 7:03 1:06 4:29 7:03 8:17 03 Selasa 5:34 5:44 7:03 1:06 4:29 7:04 8:18 04 Rabu 5:35 5:45 7:04 1:06 4:29 7:04 8:18

28 NOVEMBER - 4 DISEMBER 20191 -7 RABIULakhir1441

Page 21: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

22Wanita & & Kebajikan

SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESANEGERI SELANGOR

MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976PENERIMAAN DAN PEMERIKSAAN AWAM

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU SELANGOR (PENGUBAHAN 3) 2020

PEMBERITAHUANMenurut subseksyen 15 (4) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), dengan ini adalah diberitahu bahawa Pihak Berkuasa Negeri Selangor telah memberi persetujuan pada 2hb April 2019 kepada Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor (Pengubahan 3) 2020 untuk diterimapakai melalui No. Warta 3381 pada 12hb September 2019.

DAN Bahawasanya Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor (Pengubahan 3) 2020 seperti mana yang dikehendaki oleh subseksyen 15 (4) adalah dibuka untuk diperiksa oleh orang ramai di Jabatan Perancang Bandar, Tingkat 1, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu pada waktu pejabat.

PENGARAHJabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri SelangorTingkat 15-18, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440646 Shah AlamSelangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Yang Dipertua,Majlis Daerah Hulu Selangor,Jalan Bukit Kerajaan,44000 Kuala Kubu Bharu.

OLEH SHEEDA FATHIL

HULU LANGAT - Seramai 65,000 golongan asnaf, fakir dan miskin di negeri itu dibantu Lembaga Za-kat Selangor (LZS) pada tahun ini, kata Ketua Operasi Agihan Hulu Langat LZS, Mohd Aqmal Jais.

Mohd Aqmal berkata, daripa-da jumlah itu seramai 9,197 pe- nerima adalah dari Hulu Langat.

Katanya, jumlah itu mungkin akan meningkat dari semasa ke semasa dan bergantung kepada kerjasama pihak Skuad Jejak Ke- miskinan setiap daerah, pemim- pin setempat serta masyarakat.

“Sehingga kini, kita menerima kerjasama baik daripada pihak mereka dan sebaik aduan diteri- ma LZS komited turun padang

bagi membantu golongan ini.“Malah, sumbangan ini juga

antara usaha LZS dalam memas-tikan mereka yang memerlu-kan tidak tercicir selain sentiasa disantuni,” katanya.

Beliau berkata demikian sele-pas Program Ziarah Agensi Lem-baga Zakat Selangor bersama Tenaga Nasional Berhad cawa- ngan Cheras di daerah Hulu La-ngat, di sini pada 20 November lalu.

Mohd Aqmal berkata, aktiviti rutin turun padang itu bertujuan menyelami kelangsungan hidup asnaf selain melihat keperluan lain yang layak disantuni LZS.

“Aktiviti ziarah asnaf, fakir dan miskin ini juga memberi ruang untuk LZS beramah mesra serta

mendekati golongan ini selain mendapatkan maklum balas se-cara terus berkenaan keberke-sanan agihan zakat yang dilak-sanakan di Selangor,” katanya.

Katanya, LZS akan memberi bantuan daripada segi kewa- ngan, makanan, pendidikan, sewa rumah dan membantu dalam so-al pembangunan pendidikan.

Pada masa sama, beliau berka-ta, masyarakat yang mempunyai maklumat berhubung mana-ma-na individu memerlukan bantu-an diminta terus melaporkan ke cawangan LZS berhampiran.

“Tunailah zakat di Lembaga Zakat Selangor, saya yakin zakat anda akan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan,” katanya.

HULU LANGAT - Seorang wani-ta terpaksa mengambilalih tu-gas mencari rezeki menyara keluarga selepas suaminya ter-lantar akibat menghidap pe- nyakit saraf sejak 2013.

Norhayati Moha- mad Yatim, 38, tidak pernah berputus asa meneruskan kehidu-pannya bersama sua-mi, Nizal Azli Zainudin, 41 dan anak tunggal, Nurul Ain Balqis ber-usia tujuh tahun.

Ibu muda itu berkata, dia terpaksa mencari reze-ki dengan mengambil upah menjadi pengasuh yang menerima bayaran RM400 se- bulan sejak suaminya tidak be- kerja.

“Duit RM400 sebulan sudah tentu tidak cukup, namun saya bersyukur apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jaba- tan Kebajikan Masyarakat turut

menghulurkan bantuan,” kata- nya yang berkahwin sejak 2011.

Norhayati berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Ziarah Agensi Lemba-

ga Zakat Selangor bersama Tenaga Nasional Berhad cawangan Cheras di Hulu Langat, di sini pada 20 No-vember lalu.

Sementara itu, Nizal berkata, dia pernah rasa ber-

putus asa dengan nasib me- nimpanya, namun sedikit demi sedikit mampu menerima ke-nyataan.

“Saya kagum dengan kesa- baran isteri yang tabah dan me-nerima keadaan saya yang su-dah tidak mampu mencari reze-ki,” katanya.

Nizal berkata, dia terjatuh ke-tika baru sampai di rumah dari tempat kerja sebelum disahkan menghidap penyakit saraf.

SHAH ALAM - Seramai 50 wani-ta komuniti India di sekitar Klang menyertai program gubahan set hantaran di Auditorium e-Perpus-takaan Majlis Perbandaran Klang, di sini, pada 17 November lalu.

Setiausaha Kanan EXCO Ke-sihatan, Kebajikan, Pember-dayaan Wanita dan Keluarga, Muhammad Nabil Norhalim ber-kata, beliau memuji insiatif Per-satuan Kemahiran e-Inovasi Sela- ngor dalam menjayakan pro-gram berkenaan.

Katanya, ia mampu mem-beri semangat kepada wanita khususnya untuk memberdaya diri masing-masing selain men-jadikan seni gubahan sebagai terapi kepada diri sendiri.

“Saya difahamkan sudah ba-nyak kali program ini dilaksana- kan di beberapa Dewan Undangan Negeri bagi memberdaya golo-

Pencapaian Lembaga Zakat Selangor 2019

Bantu 65,000 asnaf Ibu muda tabah sara suami sakit saraf

50 wanita sertai gubahan set hantaran

Mohd Akmal Jais (kanan) menyerahkan sumbangan barangan asas kepada asnaf, Nizal Azli Zainuddin (tengah) dan isteri, Norhayati Mohamad Yatim (kiri) ketika Program Ziarah Asnaf Bersama Pengeluar Zakat di Kampung Sungai Raya, Cheras pada 20 November lalu

ngan wanita di Selangor khususnya.“Hari ini, kita dapat melihat ke-

unikan gubahan hantaran yang dihasilkan mereka dan ia satu pengalaman yang bagus untuk golongan ini berkongsi idea serta pendapat,” katanya.

Beliau yang mewakili Dr Siti Mariah Mahmud berkata demiki-an ketika ditemui SelangorKini selepas merasmikan Program Gu-

bahan Set Hantaran.Muhammad Nabil berkata, be-

liau optimis program itu akan di- teruskan pada masa akan datang kerana ia secara tidak langsung membantu wanita terutama da-lam menjana pendapatan.

“Menerusi program ini juga, ia mampu mengasah bakat wanita dalam bidang kesenian atau seni gubahan,” katanya.

Page 22: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

23SelangorKini 28 November - 4 Disember 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Kementeri-an Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pembangunan su-kan elektronik (e-sukan) dapat dinik-mati bersama di setiap pe- ringkat di seluruh negara.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, melalui Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan, kerajaan akan memasti-kan peruntukan RM20 juta dalam Bajet 2020 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tujuan pembangunan e-sukan itu.

Katanya, KBS bercadang untuk menganjurkan sistem liga bagi e-sukan yang dilihat mampu un-tuk melahirkan lebih ramai atlet berdaya saing pada peringkat an-tarabangsa selain memberi ruang kepada pasukan baharu bertan- ding secara lebih profesional.

“Akan datang kita ada liga ke-bangsaan yang buat pertama kali diadakan di peringkat nege-ri supaya e-sukan dapat dirasai me-lalui semua peringkat di Ma-laysia bukan hanya di bandar tapi termasuk luar bandar.

“Pada masa sama kita mahu perkembangan industri ini dapat dirancang, dengan menganjur-kan lebih banyak pertandingan di peringkat antarabangsa. Kita juga mahu pastikan lebih ba-nyak pelaburan dari luar dalam e-sukan ini,” katanya selepas me- lancarkan Pelan Strategik Pem-bangunan E-Sukan di Universiti Malaya, pada 21 November lalu.

Dalam pembentangan Be-lanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada bulan lalu, Menteri Kewa- ngan, Lim Guan Eng berkata, ke- rajaan mengiktiraf potensi tinggi e-sukan dan akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2020.

Pelan strategik pembangunan e-sukan akan memberi peneka-nan kepada lima strategi utama meliputi pemegang taruh dalam industri seperti pemain profe-sional, penggerak industri, pela-bur dan agensi kerajaan.

Pelan strategik lima tahun dari 2020-2025 itu selaras dengan usaha kerajaan untuk memas-tikan hala tuju e-sukan dapat berkembang secara menyeluruh di Malaysia.

Mengikut rekod, pada ta-hun lalu, Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai antara ne-gara yang mampu menarik dan membuka peluang mengem-bangkan industri e-sukan dengan lebih meluas dengan kejayaan menganjurkan be-berapa siri kejohanan di pe- ringkat global seperti Kuala Lumpur Major Dota 2, Mobile Legends World Championship 2019 dan World Esports Games (WESG).

Buat julung kalinya, e-sukan juga akan menjadi salah satu aca-ra dipertandingkan untuk pingat pada Sukan SEA 2019 dan Sukan Asia 2022. – BERNAMA

KBS anjur sistem liga e-sukanMANILA - Datuk Ong Kim Swee mungkin seorang jurulatih vete-ran untuk skuad bola sepak Su-kan SEA negara tetapi Sukan SEA Filipina ke-30 kali ini nampaknya berbeza sama sekali.

Ketua Jurulatih Skuad Ke-bangsaan Bawah 22 tahun (B-22) itu berkata, Malaysia selaku pe-menang pingat perak dalam edisi Sukan SEA lalu berhadapan de-ngan cabaran yang sengit.

Kim Swee berkata, penyer-taan dua pemain lebih umur akan menghangatkan lagi perlumbaan untuk skuad negara mengejar “ibu segala pingat emas” dalam acara yang akan berlangsung di tiga lo-kasi iaitu Stadium Memorial Rizal, Stadium Binan dan Imus Grand-stand and Track Oval.

Jurulatih berusia 49 tahun itu memilih pemain pertahanan Jo-hor Darul Ta’zim, Adam Nor Azlin,

Semua miliki peluang sama23 dan Muhammad Irfan Zakaria, 24, pemain pertahanan Kuala Lum-pur mengisi slot dua pemain lebih umur untuk mewakili ne-gara.

“Setiap pasukan ma- hu menang (pingat emas) dan saya per-caya Sukan SEA kali ini akan berbeza seka-li dari Sukan SEA lalu kerana ini kali pertama dua pemain lebih umur dibenarkan bermain. Ia menjadikan semua pasukan dalam Kumpulan A dan B seim-bang,” katanya pada sidang me-dia pra perlawanan di sini pada 23 November lalu.

Pada masa sama beliau mela- hirkan keyakinan tuan rumah, Filipina mampu menguruskan te- masya sukan itu dengan baik wa-laupun berhadapan beberapa

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Perlumbaan ber-basikal Tour de Selangor (TdS) 2019 dari 18 hingga 22 Disember ini menjanjikan kelainan apabi-la Bukit Jugra, Banting dipilih se-bagai satu daripada lima laluan meliputi jarak keseluruhan 679.2 kilometer (km).

Bukit Jugra setinggi 120 meter dari aras laut akan menjadi garisan penamat peringkat ketiga TdS dari Cyberjaya sejauh 90.1 km pada 20 Disember, sekali gus memberi cabaran besar kepada pelumba.

Laluan lain Tds edisi kedua itu ialah peringkat pertama (Pulau Indah-Batang Kali sejauh 176.9 km), kedua (Sungai Buloh-Kajang, 159.4 km), empat (Selayang-Su-ngai Besar, 144.6 km) dan kelima (Klang-Shah Alam, 108.2 km).

Pengarah Perlumbaan TdS, Noradiazhar Sulaiman berkata status perlumbaan masih kekal 2.2 seperti disyaratkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) berdasarkan hadiah wang tunai kemenangan bernilai RM70,000.

Katanya sebanyak 20 pasukan akan bertanding mewakili lapan pasukan Benua dan 12 pasukan

negeri atau kelab luar negara.“Antara pasukan Benua ia-

lah dua wakil Malaysia yang kini mengungguli Jelajah UCI Asia, TSG Cycling dan Sapura yang akan menampilkan pelumba seperti Hariff Salleh sert Anuar Manan.

“Turut bersaing ialah Asian Racing (Jepun), 7 Eleven Cliqq-Air21 by Roadbike (Filipina), Cus-

toms Cycling (Indonesia) dan Em-brace The World (Jerman).

“Manakala, lain-lain termasuk tuan rumah Selangor, Polis Dira-ja Malaysia, Johor, Kuala Lum-pur, Terengganu, Perak Kencana, Kelantan Sitra, Nice Cycling (Swit-zerland), Nex Cycling (Singapu-ra), Carnegie Caulfield dan Velofit (Australia),” katanya dalam ke- nyataan kepada SelangorKini.

Pengarah Urusan Masterpacer Venture itu berkata TdS menjadi medan terbaik untuk pelumba negara dalam memungut mata kelayakan acara lebuh raya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Juara bertahan keseluruhan Muhammad Zawawi Azman (pe- milik jersi Merah dan Kuning) da- ripada Team Sapura Cycling (TSC) juga mengesahkan penyertaan.

“Tarikan lain TdS termasuk ke-

munculan bekas pemenang pi-ngat emas Sukan SEA Chiang Mai 1995 negara, Tsen Seong Hoong yang sudah berusia 50 tahun dan antara anggota pasukan kebang-saan juara keseluruhan kategori Asia Tour de Langkawi 1999,” ka-tanya.

Katanya, beliau berhasrat me-naikkan status perlumbaan TdS kepada 2.1 untuk edisi akan da-tang dengan mengambil kira taraf pasukan yang diundang menyertainya, kos penganjuran dan hadiah wang kemenangan sehingga RM213,000.

TdS selama lima hari itu me- nerima sokongan penajaan 25 unit kereta rasmi untuk kegunaan pegawai penganjur dan pasukan iaitu model Subaru Forester dan XV, selain minuman tenaga ber-jenama Forca bernilai RM50,000.

Lima laluan baharu

Tour de Selangor janji kelainan

masalah terutama untuk meng-hantar atlet ke tempat pengina-pan masing-masing dalam masa

ditetapkan di dalam kesesakan teruk lalu lintas di sana.

Berkongsi panda- ngan yang sama ia-lah Ketua Jurulatih B-22 Myanmar, Velizar Popov, yang melihat semua pasukan da-lam Kumpulan A dan B mempunyai peluang

yang sama untuk mara dalam pertandingan kalah mati itu.

“Kami berharap dapat ber- aksi dalam pertandingan yang berkualiti di Sukan SEA dan semua pasukan sudah tentu berada dalam keadaan terbaik mereka berdasarkan persiapan menyeluruh dilakukan sebelum tiba di Manila,” menurut war-ganegara Bulgaria berusia 43 ta-hun yang pernah menjadi ketua jurulatih Kelantan pada 2016.

Diundi dalam Kumpulan A, Malaysia memulakan kempen Sukan SEA bertemu Myanmar pada 24 November lalu, diiku-ti Filipina (29 November), Timor Leste (2 Disember) dan Kemboja (4 Disember) dengan semua per- lawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal.

Juara bertahan Thailand di da-lam Kumpulan B bersama Indo-nesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei. - BERNAMA

Page 23: NADIAH ZAMLUS Tolak politik perkauman · 2019-11-29 · folio pemberdayaan, pembangunan so-sio ekonomi dan kerajaan prihatin. “Semua ini dilakukan khas buat ma- syarakat India di

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Le Tour de Langkawi cetus budaya berbasikal KUALA LUMPUR - Perlumbaan je-lajah berbasikal tertua Asia Le Tour de Langkawi (LTdL) ter-bukti mencetuskan budaya berbasikal di Malaysia.

Ia bukan sa-haja berjaya mela- hirkan atlet berbasi-kal bertaraf profesio- nal dan antarabangsa, malahan berjaya membudayakan basikal secara keseluruhannya.

Perkara itu diakui Menteri Belia

dan Sukan, Syed Saddiq Syed Ab-dul Rahman, menerusi penganju-

ran program Junior Cy-cling Malaysia (JCM)

serta pembinaan sebuah lagi velo-drom di Tereng- ganu.

“LTdL menjadi pencetus budaya

berbasikal di Malaysia bukan sahaja bagi atlet berpresta-si tinggi tapi juga membudayakan basikal secara keseluruhan. Kita su-

dah ada JCM untuk mendidik anak kita yang akhirnya nanti akan ber-peluang mewakili Malaysia pada masa akan datang.

“Pada awal tahun depan, kita akan mula membina velodrom di Dungun untuk memastikan sukan berbasikal dapat dirancak-kan lagi supaya lebih ramai rakyat Malaysia melibatkan diri dalam sukan berbasikal ini,” katanya selepas pelancaran rasmi Petro-nas LTdL 2020 di pekarangan Menara Berkembar PETRONAS

pada 23 November lalu.Syed Saddiq berkata, dengan

kembalinya LTdL ke Sabah dan Sarawak selepas kali terakhir pada 1997, ia bukan sahaja memberi peluang kepada peminat sukan berbasikal menikmati kemeria- han acara tetapi pada masa sama membantu menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

LTdL yang dinaik taraf kepada Siri Profesional (ProSeries) me- nampilkan empat tahap perlum-baan dijadualkan berlangsung

dari 7 sehingga 14 Februari 2020, meliputi jarak 1,095.7km melintasi laluan di Sarawak, Terengganu, Pa-hang, Wilayah Persekutuan (Putra-jaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Kedah.

Bagi edisi 2020, penganjur- nya Human Voyage mejanjikan keunikan dengan kemasukan se- mula Sabah dan Sarawak serta pengenalan dua pra serta ‘post’ perlumbaan iaitu Criterium Inter- national juga Malaysia Classic. - BERNAMA

BANGI - Kontinjen Malaysia me- nyasarkan kutipan 70 pingat emas, 51 perak dan 105 gangsa dalam 52 daripada 56 acara yang akan disertai pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, penghujung bulan ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ber-kata, sasaran 70 emas itu jika berjaya dicapai akan meletakkan Malaysia pada kedudukan empat terbaik daripada 11 negara ASE-AN yang bertanding pada kali ini.

“Sekiranya sasaran ini berjaya dicapai, maka ia akan mengata-si pencapaian terbaik Kontinjen Malaysia di luar Kuala Lumpur iaitu Sukan SEA 2007 Korat (Thai-land) dengan (kutipan) 68 emas,” katanya pada sidang media sele-pas hadir pada majlis penyerahan bendera jalur gemilang pada Per-himpunan Akhir Kontinjen Malay-sia ke Sukan SEA 2019 di sini pada 21 November lalu.

Turut hadir Timbalannya, Ste-ven Sim Chee Keong, Menteri Pe-rumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Ketua Kon-tinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019 Datuk Megat Zulkarnain Omar-din, dua timbalannya, Nurul Huda Abdullah dan Ahmad Faedzal Md Ramli serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ah-mad Shapawi Ismail.

Syed Saddiq memaklumkan, empat sukan iaitu olahraga, gimrama, memanah dan boling padang, selain beberapa sukan baharu seperti sukan elektronik (Esports) dan sukan berhalangan (obstacle sports) dijangka men-jadi penyumbang utama kepada kutipan pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA kali ini.

Beliau berkata, kontinjen ne-

gara akan diwakili 773 atlet yang terdiri daripada 447 atlet lelaki dan 326 atlet wanita, selain 339 pegawai.

Daripada 773 atlet berkenaan, seramai 396 atlet adalah muka baharu yang bertanding buat ju-lung kalinya pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.

“Seramai 322 atlet yang terpi-lih mewakili negara pada Sukan SEA kali ini adalah berumur 21 tahun. Jumlah ini tidak terma-suk pemain bola sepak lelaki dan wanita yang akan dinamakan

pada mesyuarat pengurus pasu-kan,” jelas Syed Saddiq.

Atlet luncur air lelaki negara, Adam Yoong Hanifah, 11, adalah atlet termuda negara, manakala pemain pool negara Ibrahim Amir, 57, dari sukan billiard dan snuker, menjadi atlet tertua yang mewaki-li negara pada Sukan SEA 2019.

Pada majlis berkenaan, Syed Saddiq menyaksikan penyera-han Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) MSN berjumlah RM1,678 285 kepada 16 jenis su-kan yang berjaya mengharum-

kan nama negara dalam bebera-pa kejohanan antarabangsa pada tahun ini.

Sukan Wushu adalah peneri-ma tertinggi dengan jumlah wang tunai sebanyak RM444,000 hasil kejayaan meraih dua emas, lima perak dan satu gangsa pada edisi ke-15 Kejohanan Wushu Dunia di Shanghai, China dari 20 hingga 24 Oktober lalu, disusuli sukan ten-pin bowling sebanyak RM360,000 manakala sukan para olahraga meraih sebanyak RM168,000.

Syed Saddiq turut menyerah-

kan bendera Jalur Gemilang ke-pada Megat Zulkarnain sebagai simbolik acara kemuncak pada majlis itu.

Untuk rekod, seramai 544 at-let serta 164 pegawai hadir pada Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019 yang bermula 19 November lalu.

Sukan SEA 2019 yang bermu-la pada 24 November lalu akan berakhir pada 11 Disember ini membabitkan 56 acara di tiga kluster iaitu Manila, Clark dan Subic. - BERNAMA

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Zuraida Kamaruddin bersama atlet dan pegawai Kontinjen Malaysia pada majlis penyerahan Jalur Gemilang Sukan SEA 2019 ke Manila pada 21 November lalu – Foto BERNAMA

realistikrealistik Sasaran 70 emas Sasaran 70 emas